May 18, 2011

Gaji pertama, beli apa?

(Pada tahun 2007 lebih kurang, ada sorang pembaca keretamayat bertanya tentang apakah belanja yang paling afdal untuk gaji pertama, aku lupa apa jawapan aku waktu tu, tapi aku jawab balik beberapa tahun kemudian bersamaaan hari ini)

Kita biasanya tak akan lupa benda yang first time, seperti hari pertama haid bagi perempuan, atau hari pertama baligh bagi lelaki, atau hari pertama naik bas, atau hari pertama masuk wayang, atau hari pertama jatuh basikal, atau hari pertama masuk hospital, atau hari pertama jatuh cinta, atau hari pertama malam pertama, atau persetubuhan kali pertama (dah nak start melalut, ehss..).. dan lain lain.

Pendek kata, benda first time ni memang selalu kita ingat, dan bila berkongsi dengan kawan kawan tentang benda benda pertama ni, kadang kadang kita ralit berborak, habis teh tarik, tambah lagi, itulah resam manusia yang hidup atas dunia yang fana, selalu cerita benda benda yang pertama dibuat dalam hidup dengan penuh teruja sambil gelak macam orang gila, lepas dah jadi mayat, baru kita akan cerita benda terakhir yang kita buat dan itu cerita lain.

Straight to the point, kali ni aku nak tanya korang,

Apakah benda ‘berharga’ atau ‘sentimental value’ yang pernah korang belanja pada kali pertama dapat gaji dan benda tu masih ada sampai sekarang?

Apa korang beli?

PS2? Bayar muka ansuran Motosikal? Beli DVD? Beli Tafsir Al quran, belanja awek makan? Sedekah kat mak? Beli tasbih? Beli seluar Jeans? Beli Handphone? Daftar MLM? Beli cicak tokek? Beli gelang Magnet?

Apa benda pun jawapan korang, simpanlah sebagai kenangan gaji pertama, lantak korang lah nak beli apa pun, korang berhak nak belanja apa yang patut, janji halal dan membawa kebaikkan, Cuma, apa yang aku nak bagitahu, gaji terkahir korang akan dibelanja untuk beli kain kapan, keranda, batu nisan dan upah driver keretamayat, woha!

Sambung balik, kat mana tadi? Oh ye, sebagai tuah tanah, di sini aku nak bagi cadanganlah kepada mereka yang baru dapat gaji hari ni, gaji pertama pulak tu, akan apa yang patut korang belanja.

Ok, simpanlah duit dalam RM100 ke bawah, dan belilah..

(Ini bukan nak melawak..)

Belilah…

(Mesti korang tak sabar nak gelak.)

Korang belilah..

(tapi apa yang aku cadangkan ni tak lawakpun)

korang belilah almari buku!.

(aku sedang serius)

Ya, Almari buku!, atau rak buku!

Dulu aku beli RM 25 ringgit jer, boleh pikul buat balik, sampai rumah pasang sendiri, pakai skru dalam 15 minit siap, ada tiga slot, tinggi tiga kaki, lebar dua kaki.

Jika ada duit lebih, bulan tu jugak beli sebuah buku dengan gaji pertama tadi, jika takde duit lebih, boleh beli pada gaji kedua.

Ok, sekarang, setiap kali gaji, beli sebuah buku, dalam setahun korang akan ada dua belas biji buku, dan aku rasa dalam tiga tahun hingga ke lima tahun, almari korang akan penuh dengan buku, sepenuh dada korang dengan ilmu (jika korang baca sampai habis sebelum beli buku baru.)

Amacam best tak?

Best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis dan ada yang dah khatam berkali kali, memang best sangat…

Bagi aku, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. Perlu sangat!

Dan untuk menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca, maka buku yang korang beli mestilah tebal tebal dan berilmiah, majalah tak aci, syaratnya: mesti tebal, maka bolehlah korang beli buku seperi kitab ugama, kitab Fadail, Kitab Mutakhab Hadith, Kitab hayatul sahabah,, Tafsir al quran, dan lain-lain, dan letak buku katogori ugama ni pada level paling atas,

Level bawah bawah bolehlah hias almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca seperti Buku Motivasi Dale Carnegie, Buku sejarah, Buku tentang tokoh tokoh dunia, atau buku politik seperti A Doctor in the House, dan bawah lagi boleh jugak letak buku komik yang tebal tebal seperi GTO, Naruto, Dragonball, Pendekar laut dan lain lain. Janji tebal.

Memang best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah habis baca, memang beeeeeeeest sangat…! (baca sambil menyeringai macam budak perempuan yang comel)

Sebenarnya, budaya menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis, jarang dipratik oleh bangsa di jajah terutama orang melayu macam kita, sebagai contoh, aku biasa jugak pergi bermalam di rumah saudara mara, kat ruang tamu mereka, langsung takde satu bukupun untuk aku baca, rak bukupun takde, memang hampeh, yang ada almari mahal yang di hias dengan pinggang mangkuk mahal, apa ke jadah? Kalau pinggang mangkuk tu tukar dengan buku, aku rasa mahu penuh satu almari.

Ok, aku sangka baik, mungkin mereka ada rak buku di dapur, sebab aku tengok, bangsa penjajah, mereka ada rak buku bukan setakat di ruang tamu, dan dalam bilik, kat dapur pun ada rak buku…, mungkin bangsa kita takut kena kutuk jika letak rak buku ruang tamu lalu simpan dalam bilik atau di dapur,

Akupun pergi ke dapur mereka, teka apa aku jumpa.?

Rak pinggang mangkuk jugak! Woha!

Jap, jap, nampak macam rak buku, ok ada majalah bawah meja buruk, tengok majalah apa..

Mastika? Mangga? URTV? (pensang..!)

Ok, dahlah tu aku membebel.., dah penuh air liur bertakung kat tepi bibir aku- buruk sungguh!

Sebagai penutup, nasihat aku kepada korang yang tak pernah beli rak buku, bertaubatlah, malu pada bangsa melayu, yang tak pernah beli buku ilmiah tapi beli ‘pinggang mangkuk berilmiah’, jugak kena bertaubat..

Kesimpulan:

1.Tanamkan dalam diri bahawa untuk mencapai Negara maju, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca.

2. Untuk itu, satu rumah kena ada sekurang-kurangnya satu rak buku, jika tak beli pada gaji pertama, boleh beli pada duit pencen yang pertama.

3. Buku mesti tebal, majalah tak aci, Komik tebal tak apa, (Woha!)

4. Buku itu mestilah berilmiah dan di baca sekurang kurangnya satu pertiga, separuh itu bagus, baca habis itu terbaik!

5. Tanda tarikh beli, dan tanda jugak tarik khatam pada setiap buku.

6. Level atas, susun buku ugama, level tengah, buku berilmiah, level bawah, buku hiburan, jangan sesekali hias pinggang mangkuk bodoh antara buku buku itu.

7.Wujudkan satu buku log untuk peminjam, tarikh pinjam, tarikh hantar, catat dengan jelas.

8.Simpan resit buku dengan baik, boleh tolak cukai LHDN.

9.Pastikan ada rak buku di ruang tamu, senang tetamu nak baca sepintas lalu jika boring dengan perbualan korang.

10.Jika rak buku dah penuh, boleh beli Rak baru yang lebih besar, dan jika ada ruang, sila wujudkan perpustakaan mini di rumah masing masing.

11.Pastikan buku yang di tulis oleh Hamka keretamayat ada terselit di celah celah rak buku korang sebagai rujukan dalam dunia rumah tangga.

Eh? Hamka keretamayat ada terbit buku ke? Tak tahupun!

Hek Eleh.., punyalah panjang aku membebel, rupanya nak mempromosi buku berilmiah yang ditulis oleh Hamka keretamayat rupanya, celaka sungguh- woha!

Ok, aku belum cetak lagi, semua bahan dan siap, aku tulis tentang dunia rumah tangga, tapi aku kena buat survey dulu sebelum cetak, sila click-clik. Segala kerjasama korang, amat aku hargai.



May 12, 2011

Menafsir Mimpi?

(Sedikit tafsiran mimpi dari aku yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat aku semata-mata)

Aku ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa aku masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan email aku suruh tafsir mimpi korang, sebab hati aku kotor, dosa aku banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.

Aku tak tahu tafsir mimpi, aku tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun.(buat masa ini)

Maka, kepada mereka mereka yang email tanya bab tafsir mimpi, maaf sebab aku tak layan. Dan kepada yang belum email dan baru nak tanya aku bab tafsir mimpi, baik tak payah hantar, korang akan kecewa kerana aku TAK TAHU langsung bab tafsir mimpi.

Aku ulang: aku tak tahu, aku tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun!.

Apapun mimpi korang, betapa pelik, petapa seram, betapa inception pun, aku tak ada rasa nak kagum, jauh lagi nak tafsir, sebab aku memang tak tahu, aku bukan seorang yang suka perasan pandai, bila tak tahu, aku cakap tak tahu.

So, berhenti email aku tanya bab tafsir mimpi buat selama-lamanya, ok?

(akupun mendelete email korang yang tanya pasal tafsir mimpi)

Untuk mengubat sedikit kehampaan korang yang mengemail aku bab tafsir mimpi, Aku cerita serba sedikit apa yang aku tahu tentang tafsir mimpi, dengan harapan,:-lepas ni jangan cerita kandungan mimpi korang dan suruh aku tafsir- aku bukan orangnya.

Sedikit info tentang mimpi yang aku tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat aku semata-mata.



  1. Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.

  2. Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,

  3. Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )

  4. Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli shurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)

  5. Pada pendapat aku, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.

  6. Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, (baca: jika tak nak masuk neraka.)

  7. Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.

  8. Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak?

  9. Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Aku bila mimpi jumpa hantu, aku akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.

  10. Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.

  11. Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah seorang islam yang suka tidur lewat.

  12. jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!

  13. Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. Woha! (ini adalah lawak bagi yang faham)

Arghh banyak pulak cerita tafsir mimpi aku, tadi nak cerita sikit jer, stop!, habis sampai sini.

Moral of the story: JANGAN EMAIL AKU SURUH TAFSIR MIMPI KORANG LAGI! TOLONG!
Sekian.

Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat aku semata-mata. Peace!

May 3, 2011

Bila kekasih di Fitnah?

(Kampung Garuda dalam filem Hikayat Merong Maha wangsa rupanya adalah kampong chendering di Terengganu)

Pada suatu hari, di semenanjung emas, dalam kitab melayu lama kononnya, terdapat satu Hikayat Moron Murah Mangsa akan kisah seorang ketua pemberontak yang telah di tuduh berzina dengan seorang puteri dari china, lalu apabila rakyak jelata yang ingin mengetahui kebenaran bertanya kepada puak puak penyokong ketua pembakang itu (kerana mereka sepatutnya kenal kelakuan ketua mereka), apakah benar ketua kamu berzina?

Maka, dengan penuh emosi dan marah, mereka menafikan serta merta, lalu mendakwa bahawa semua ini adalah fitnah dan gossip semata mata.

Mana mungkin ketua pemberontak kami berzina? Beliau adalah pilihan tuhan, ini semua adalah konspirasi Raja melayu yang di bantu oleh tentera ROM.

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti akan salinan FLV kelakuan seorang penzina yang mukanya ada iras ketua pemberontak dan bertanya, apakah benar ketua kamu berzina dalam video ini?

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit, ini semua adalah konspirasi! Ketua saya adalah orang beriman dan bertakwa!

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti lain bahawa salinan FLV itu melengkung dan nampak buncit akibat proses conversion atau Format Wide Screen TV kerana imej yang dirakam pada 4:3 aspect ratio 16:9.

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit sangat!, perut ketua saya buncit sikit jer.
Lalu Rakyat bertanya, kamu yakin ketua kamu tidak berzina?

Ya, kami yakin! Mana mungkin ketua kami berzina, beliau adalah pilihan tuhan, beliau telah di zalimi. Ini semua fitnah!

Rakyat masih bertanya lagi, ketua kamu berani bersumpah menafikan fitnah ini?
Mana boleh bersumpah, sumpah tiada dalam islam, sumpah untuk suami isteri sahaja, saya bersumpah bahawa sumpah itu tak betul, bla.. bla.. bla..

Lalu guruh dan kilat pun berdengung dengung di langit hitam..

*******

Ok, kita tinggalkan dulu Hikayat Bohong Moron Mangsa ini, kita kembali ke studio untuk ikuti ulasan Hamka keretamayat berhubung isu ini.

ULASAN KERETAMAYAT:

Tuan tuan dan puan puan, jika kita menuduh orang yang tidak berzina itu berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh membutakan kita masuk api neraka.

Sama juga, jika kita membela orang yang berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh jugak masuk api neraka.

Sekarang aku tengok, puak puak pembangkang begitu bersungguh-sunnguh mempertahankan ketua mereka daripada fitnah ini, baik yang berdogol, berserban atau berkopiah, lepas tu guna ayat ayat al quran membetulkan tindakan ketua mereka, yakin benar mereka nampaknya akan ketua mereka tidak bersalah, seolah olah ketua mereka tu mat som (orang yang bebas daripada dosa)

Aku pernah tulis ala-ala isu ni dalam “menghina kekasih orang” yang mana aku cakap: Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih..
Sebab kekekasih kita tidak semestinya betul, jika beliau buat salah, dan kita mempertahankan kesalahan mereka, jadi angkuh dan bengonglah kekasih kita..

Tapi dalam kes ini, jika ada orang menfitnah kekasih kita, apa korang buat? Ada korang ikut cara nabi berhadapan dengan fitnah?

Apa islam tak ajar ke cara menghadapi fitnah?

Islam dah ajar!, korang tu yang perasan pandai tak nak rujuk sejarah!
Hari ni korang melenting bila orang fitnah kekasih korang, lalu fitnah balik orang yang menuduh, bila orang cakap kekasih korang berzina, korang balas, kekasih orang lain bom orang, hampeh!

Orang bagi bukti bergambar, korang nafikan,” ya! betul gambar lelaki ni macam ketua saya, tapi perut tak sama, zakar jugak tak sama, zakar dalam gambar ni besar dan panjang, tapi zakar ketua saya.., (argh, malas aku nak tulis)

Mari sini aku nak cerita kepada korang yang mengaku berjuang ugama islam akan bagaimana caranya nak ‘menjawab’ jika kekasih atau ketua kita di fitnah mengikut ajaran islam.

Mari dengar sini tuan tuan da puan-puan,

Kita balik kepada kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendek cerita, pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya”

Itu yang terbaik..,

Dulu ada orang pernah tanya aku pasal sudin ajaib lelaki tabligh yang berkahwin dengan budak budak.

Aku jawab: jika terbukti ada kes memperdaya, atau menipu, atau ‘pukau’, atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak, maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum.., sebab Nabi bersabda, jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, Nabi tak pilih kasih, yang bersalah, cukup bukti, kena hokum, habis cerita, kenapa nak pening kepala masuk neraka bela orang buat dosa atau fitnah orang buat dosa?

Jadi, Jika terbukti ketua pembankang meliwat saiful, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam..,

Nasihat aku, pengikut pengikut ketua pembakang yang berlagak faham ugama,tak payahlah guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa korang, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, kepada ketua pembakang, tak payah jugak nak mengamuk, tiru jer macam Aisyah isteri nabi, sabar, bertaubat dan bertawajjuh, jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

Ok lah, tak perlu sambung kisah Hikayat Moron Murah Mangsa di atas, sebab mereka semua sudah mati di panah petir.

Kita tutup dengan pantun yang di petik dari kampong Garuda, atau nama terkininya Chendering.

Sampai Masa Tibanya Waktu...
Redup Hati Kamu Berdua...
Bila Dua 'Parti' Bersatu..
Hidup Mati Jadi Bersama

Woha!

Ps: Cerita Hikayat Moron Murah Mangsa di atas adalah ciptaan semata mata, jika ada kena mengena dengan peristiwa hari ini, anggapalah itu adalah suratan dan takdir-:) Peace!

Apr 23, 2011

Filem Hero tanpa Heroine?

(Sesiapa yang menjaga matanya, akan mendapat kelazatan iman- Buznama)

Pada satu malam, kelihatan seorang remaja cina telah masuk ke sebuah kedai makan sambil menggalas sebuah beg, lalu singgah di beberapa meja makan, tanpa dipelawa duduk, kelihatan beliau tabah bercerita kepada beberapa pelangggan kedai makan akan movie terkini di pawagam lalu membuka beg dan mengeluarkan beberapa keping DVD, rupa-rupanya remaja cina tu adalah lanun cetak rompak DVD haram.

Setelah berjaya menjual beberapa keping DVD dengan harga RM6 sekeping kepada beberapa pekerja kilang yang sedang makan nasi goreng, beliau mendekati sebuah meja yang di duduki oleh seorang pakcik berserban hijau yang sedang makan roti canai.

“Hello, Pakcik, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”

Pakcik tu menghabiskan kunyahan roti canai lalu menelannya, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.

“Kalau kau ada movie tanpa pelakon perempuan, baru pakcik sanggup beli”

Pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:

“Kenapa pakcik tak nak tengok perem,puan? Mereka semua cantik cantik maa..”

Pakcik tu ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.

“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat pakcik masuk neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik kau blah!”

Aurat? Haram? Apa ni, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.

“Ha, ni cerita yang pakcik cari, tak de pelakon perempuan jadi heroin.., confirm!”

Pakcik tu belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.

“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."

“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.

“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.

“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”


"Kisah orang masuk penjara kena liwat? Sebelum masuk penjara ada babak dia dengan isteri dia, perempuan, lepas tu waktu negro keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"

“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap pakcik suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.”

Pakcik tu pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.

“Top Gun 2?”, hmm, pakcik tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan, bagus, pakcik beli.

Malam tu, pakcik tu pun dengan tak sabarnya ajak anak bini menonton filem Top Gun part two, sebuah filem tanpa pelakon perempuan., semangat sungguh pakcik ni mempromosikan filem ini pada anak bini suruh tengok betul betul takut ada kelibat pelakon perempuan, (jika ada, boleh claim ganti rugi) al maklumlah, tengok aurat perempuankan berdosa, tak gitu?

Malam tu pakcik tu mati serta merta depan TV sebab beliau ada penyakit jantung, apa taknya, filem tu rupanya filem:

“Gay Pornos”

Woha!

Ps: Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang berjalan menharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini, tinggalkan fatwa kaum kera kepada mereka yang ingin senasib kaum kera sahaja.

Apr 20, 2011

Rezeki anak, di mana kita?

(Izinkan aku mempujanggakan diri ini seketika...)

Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya.

-Hamka Keretamayat

Ps: jika ada kawan kawan yang dah lama kahwin tapi tak dapat anak, jangan tanya soalan yang menyakitkah hati mereka seperti,'bila hendak dapat anak?' atau 'kenapa tidak mendapatkan rawatan', atau 'siapa yang mandul' dan lain lain kerana rezeki itu Allah yang tentukan, berdoalah kebaikkan untuk mereka dan semua ummat islam. Hidup dunia hanya sementara, selamat naik keretamayat menuju alam akhirat.., i love u all.

Apr 13, 2011

Fatwa kaum beruk itu salah?

(Blog ini mungkin Paradox, kerana menggunakan fatwa kaum beruk untuk mencegah fatwa kaum beruk, tapi kini, semua itu hanya kenangan-yang salah tetap salah, sila mengaku dalam taubat masing masing)

Alangkah terharunya dalam sejarah menulis blog, yang mana setelah bertahun tahun menulis nota ugama kepada diri sendiri, sebagai rujukan selepas belajar ugama, tiba tiba muncul seorang ustaz mengaku sebagai pembaca setia akan nota keretamayat yang tersusun di ruangan blogesfera, dan (setakat ini) membenarkan apa yang aku tulis, alhamdulillah, syukur pada Allah, oh., terharunya,,

Kenapa aku gembira?

Sebab, jika seorang yang bertaraf Ustaz, lalu sanggup merendah diri membaca blog seorang aku yang carca merba ini, maka akan banyaklah ilmu ilmu dari ustaz itu yang dapat dikongsi bersama (dari email atau komen) seterusnya dapatlah aku belajar menjadi seorang penkongsi ilmu yang sejati dan jitu dalam bergerak di jalan yang lurus, chewahh..

Tak perlu aku nyatakan nama ustaz ini di sini kerana aku rasa blog aku ini terlalu hina untuk di sadingkan dengan nama beliau, seorang lulusan Universiti Al Azhar, cukuplah aku nyatakan aku gembira bila dapat tahu ada ustaz yang ‘pantau’ blog aku, lalu dalam kedaan mata bersinar sinar dengan kegembiraan, akupun bertanya.

“agak-agak ustaz, ada tak nota ugama yang salah dalam blog keretamayat yang boleh menyesatkan ummat”

Tanya aku sambil di selangi rasa takut-takut jika ustaz tu kata: “ada”, al maklumlah, jika aku terkongsi ilmu yang salah, maka ke nerakalah aku jawabnya, sebab tu aku bukak ruang komen serta email yang mana jika korang rasa apa yang aku tulis tu salah, silalah betulkan aku bila-bila masa, anytime. Kalau korang perasan, dah lama aku warning agar korang tidak menjadikan blog aku sebagai rujukan terakhir…

Korang tahu apa jawapan ustaz tu?

“Ada!”

Argghh! Sudah.., ni yang tak best ni jika ustaz baca.., (pulak!)

“err, Nota yang mana satu ustaz”


Tanya aku dengan penuh ketakutkan, wajah pucat lesi macam hantu kak limah balik rumah. Dalam kepala aku terbayang beberapa nota controversy seperti “video arrivals”, “teori memanipulasikan syaitan”, “menyepak gay”, “takzkirah lepas tarawikh”, “Surat kepasa wahabi”dan lain-lain.

“Nota yang bertajuk: fatwa kaum beruk” jawab si Ustaz.

Kofft!, aku tersedak air liur, sudah.., habislah aku, lalu terbayang di kelapaku akan seluruh isi karangan “Fatwa kaum beruk”.

Dalam nota Fatwa kaum beruk, aku bercerita tentang satu kaum yang dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, hari lain semua boleh tangkap ikan kecuali hari sabtu, dan sebagai ujian ke atas diri mereka, Allah sengaja buat ikan ikan tu bergorombolan pada hari sabtu dengan mulut ternganga nganga dipermukaan air, kaki pancing tengok memang geram, namun pada hari-hari yang lain, iaitu hari yang boleh tangkap ikan, takde pulak ikan tu melompat ke sana sini, memang geram, tapi untuk menjadi orang yang alim dan soleh pada zaman itu, maka kenalah sabar pada setiap hari sabtu melihat ikan bersesak sesak di tepi pantai tapi tak boleh nak tangkap kerana Allah dah larang.

Maka puak puak ni, buat satu helah, iaitu pasang bubu pada hari sabtu, dan angkat bubu pada hari ahad.., lalu puak soleh dan bertakwa menasihati mereka, salah perbuatan kamu, mana boleh tangkap ikan hari sabtu? Tapi mereka yang degil pun bagi fatwa.

"Kami mana ada tangkap ikan hari sabtu, kami tahan bubu sahaja, ikan tu sendiri yang masuk, kami angkat bubu pada hari ahad.., hari ahad mana haram tangkap ikan."

Dipendekkan cerita, oleh kerana mereka beramal dengan fatwa baru yang membenarkan dosa mereka, lalu telah disumpah oleh Allah menjadi beruk!

Itu intipati utama dalam entry “Fatwa kaum beruk”, lalu aku kaitkan dengan isu ummat akhir zaman, yang mana, di zaman moden ini, telah ramai orang yang jahil ugama telah keluarkan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa dosa mereka,

Sebagai contoh, peniaga yang bukak kedai seharian, tapi kurang pelanggan datang, bila tiba waktu magrib, Allah uji mereka dengan kehadiran pelanggan yang berbondong-bondong, merekapun dengan sengaja melengah-lengkan solat atau tinggal solat, lalu bila aku tegur, tanpa rasa bersalah telah keluarkan fatwa,” kerjapun ibadat bang, saya sedang berjihad dengan ekonomi”

Jihad kepala beruk jika tak solat! Tulah tu, pandai sangat bagi fatwa kaum beruk, konon pandai ugama, tapi jika mereka mati dalam keadaan sengaja tidak solat, masuk nerakalah jawabnya!

Contoh lain, orang perempun yang tak pakai tudung, bila tanya kenapa tak pakai tudung, terus bagi fatwa kaum beruk betina..

“Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dengan warden..”

Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!

Itu sikit copy/paste yang aku petik dari entry fatwa kaum beruk, banyak lagi contoh termasuk fatwa kaum beruk dalam bab politik, boleh rujuk entry yang lepas, jadi, secara kesimpulanya, fatwa kaum beruk merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan ugama untuk benarkan dosa mereka, puak puak ni memang selalu memberok berokkan keadaan, memang celaka, Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak. Woha!

Tapi tulah, Ustaz dah cakap, entry tu salah, maka aku kena tarik balik entry tu nampaknya, sedihnya, rasa macam dah betul dah, isk isk..

“Kenapa entry tu salah, ustaz?”

Tanya aku dengan penuh keinsafan.”

“Hamka, jika nak tafsir Al quran, kita kena faham bahasa arab, kena tahu jugak ilmu Asbabul Nuzul, ilmu Rijalil, Ilmu Al-Jarh Wat-Ta’dil, ilmu Mushtalahui, dan banyak lagi, sebenarnya jika merujuk dalam Al quran akan perkataan yang awak tulis dalam blog, itu tidak sama dengan apa yang awak tafsirkan diblog. Awak tak boleh tuduh mereka guna fatwa kaum beruk, walaupun niat awak betul, tapi istilah tu terlalu kasar dan tak sama dengan maksud ayat Al quran,"

“Habis tu ustaz, jika orang gunakan alasan ugama untuk benarkan dosa mereka, apa kita nak bagitahu pada mereka?”

Tanya aku lagi kesedihan.

Selamba ustaz tu jawab.

“fatwa kaum kera!”


Woha!

Ps: Rupanya kaum yang tangkap ikan tu disumpah menjadi kera, bukan beruk.., dulu mak bapak suruh hantar sekolah arab tak nak sebab kelas asing lelaki perempuan, sekarang padan muka aku, maka, dengar sini semua akan pembaca blog keretamayat sekalian, lepas ni, siapa buat dosa lalu guna alasan ugama untuk halalkan dosa mereka, jangan tuduh mereka guna fatwa kaum beruk, sebab kasar sangat, gunakan, fatwa kaum kera., lebih harmoni dan tepat dengan tafsir Al quran..

(Woha sekali lagi)

Apr 6, 2011

Video lucah, di mana kita?

(18 SX- tidak sesuai untuk budak bawah umur, juga tidak sesuai di baca kat tempat kerja. Aku dah bagi warning, memang lucah entry ni, jangan baca jika slow.)


Email tahun lepas.

Salam Abang keretamayat, saya seorang pelajar di IPTA dan ada kawan sebilik yang cukup suka tengok video lucah dari internet, dah bermacam macam nasihat saya bagi, tapi beliau tetap suka tengok, sekarang kita orang dah tak bertegur sapa sebab saya sedikit berkasar dengan dia, saya bukan apa, saya tak nak dia masuk neraka, tapi makin di nasihat, makin kurang ajar sikapnya pada saya, macam mana nak berdakwah pada orang macam ni?


****** Jawapan tahun ini.
Salam, Maaf sebab ambik masa lama nak balas email, abang bukan apa, sibuk tolong bini tebuk lubang pasang wall plug untuk gantung langsir baru yang di jahit sendiri menggunakan mesin jahit singer menawan keluarga bahagia- tak lawak, ok, balik pada main topic,

Kau berdakwah pada kawan kau yang suka tengok video lucah sampai bergaduh? Wah wah wah, meriahnya belajar di IPTA, Tak baik tau tak bertegur sapa sesama islam, tiga hari tak bertegur sape, nanti dua dua masuk neraka dalam keadaan lucah, tak ke haru biru?

Maka, ingatlah pesan keretamayat baik baik,

“Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia..”

Baik, untuk menjawab permasalahan kamu, aku selalu dengar budak budak usrah cakap, kita kena berjuang menegakkan islam ‘walaupun terpaksa menggunakan senjata orang kapir’, Dalil yang mereka guna: zaman Nabi, dalam perang badar, orang kapir pakai pedang, orang islam pakai pelapah tamar (sebab miskin) tapi bila angkat pelapah tamar, kepala musuh terbelah dua (di belah oleh malaikat), lalu pedang musuh jatuh, maka perintah Nabi, buang pelepah tamar dan guna pedang musuh yang dah mampos tadi sebagai senjata.

Maka kerana itulah kami (baca: budak budak usrah parti so call islamic) terpaksa menggunakan system demokrasi ciptaan orang kapir dalam menegakkan Negara islam di Malaysia! Woha! Ops! itu ada sedikit fatwa kaum beruk, dan itu cerita lain, cerita hari ni, aku nak pinjam ‘fatwa kaum beruk’ dari puak puak XYZ dan aplikasikan dalam permasalahan: Kawan saya suka tengok video lucah di internet, apa saya patut buat?.

Jadi, untuk mencegah kemungkaran kawan korang yang suka download video lucah di internet, apa kata kita tiru budak budak usrah dengan guna ‘senjata’ orang kapir juga untuk amal makruf nahi mungkar, dalam kes kawan kau ni, apa kata? Jika demokrasi kapir di lawan ‘demokrasi ala ala islam’, maka apa salahnya video lucah lawan video lucah versi keretamayat, woha!

Maka, bukak computer, klick “start” pada button window, pergi pada “All program” dan pilih “Windows Movie Maker”, lepas tu ikut skrip dan arahan aku, edit, dan tukar dalam bentuk MPEG dan downloadlah dalam link website yang kawan kau suka tengok tu. Kita tengok sama sama..

******

Cerita satu.


Lokasi: air terjun,
Lagu latar: cinta krystal

Dalam video, ada dua orang sedang duduk dalam semak tepi batu, perempuan pakai baju T shirt lengan pendek warna kuning, seluar jeans warna biru, lelaki pulak pakai baju kemeja ala ala Hawai, seluar slack warna kelabu, tangan lelaki di atas bahu perempuan manakala tangan perempuan atas peha lelaki, bila orang lelaki bercakap sepatah dua, perempuanpun ketawa, bila perempuan pulak bercakap sepatah dua, lelaki pulak ketawa, apa yang kelakar ntah?..

Biarkan mereka berborak selama 3 minit, sehinggalah kelihatan mereka mahu mencium mulut dan tangan seolah sedang mahu meraba anggota sulit satu sama lain. Pada waktu ini, kelabukan video dan perlahan lahan, gelapkan, lalu tukar muzik seram dan masukkan gambar hantu di bawah.

Biasanya, kaki tengok blue ni suka tengok video lucah sorang diri, tengah malam dan dalam gelap, sebab nak cover line kerana nak melancap, eloklah sedang zakar keras, tiba tiba muncul hantu Jo-on atau hantu Dark Water siap dengan sound effect Wilhelm scream, tak terkejut berok kawan kau tu, terus terjatuh kerusi dan boleh mati pucuk di buatnya, ha ha, lepas ni taubat dah dia tengok video lucah sorang diri dalam gelap, jika ketagih,tentu tengok curi curi tempat orang ramai tapi malu maka akhirnya kawan kau tupun berhenti dan menjadi lelaki beriman yang di gemari perempuan bertudung, amacam best tak idea aku? Woha!


******* Video 2


Tapi jika kawan kau tu jenis tak takut hantu sama macam aku, maka susah juga, idea ni tak berkesan, tapi jangan bimbang, sebab aku ada skrip lain untuk kawan kau tu, cuba tengok video di bawah pula.


Lokasi: celah tangga di sebuah bangunan


Lagu latar, I Don't Belong Here – Cromok


Dalam video, ada dua orang sedang duduk atas tangga, perempuan pakai baju kurung warna biru, lelaki pulak pakai baju T shirt hitam gambar kuda bertanguk, tangan lelaki di atas bahu perempuan manakala tangan perempuan atas peha lelaki, bila orang lelaki bercakap sepatah dua, perempuanpun ketawa, bila perempuan pulak bercakap sepatah dua, lelaki pulak ketawa, apa yang kelakar ntah?..


Biarkan mereka berborak selama 2 minit, sehinggalah kelihatan perempuan cuba membuka seluar lalaki untuk melakukan seks oral, Pada waktu ini, kelabukan video dan perlahan lahan, gelapkan, lalu tukar muzik seram dan masukkan gambar orang yang menderita penyakit kelamin di bawah.


******


(delete)


(delete)


(delete)


(*RALAT, GAMBAR LELAKI DAN ZAKAR BURUK TERPAKSA DI DELETE KERANA MENYINGGUNG SESETENGAH PEMBACA BLOG KERETAMAYAT)


Aku rasa siapa tengok gambar tu ketika zakar tegang, maka akan kendurlah zakar korang dengan penuh keinsafan, lepas tu masukan jugak tulisan seperti, “jauhi zina jika tak mahu zakar buruk! “ Atau, “dulu zakar saya juga cantik seperti anda, tapi selepas banyak melancap dan seks bebas, saya menderita seumur hidup, zakar saya sudah tidak cantik seperti dulu....”


Ok, sebenarnya aku nak letak gambar zakar dan faraj buruk banyak lagi, tapi takut korang pulak hilang selera makan, maka aku serahlan tugas itu kepada kau untuk edit video ‘baik punya cilok’ tu baik-baik demi santapan batiniah kawan sebilik kau tu, ha ha.


******


Video 3


Tapi, jika kawan kau tu jenis tak kesah dapat zakar buruk, pun susah juga, idea ni tak berkesan, tapi jangan bimbang, ehem, ehem, sebab aku ada satu lagi skrip masterpiece khas untuk kawan kau yang suka tengok blue tu, cuba tengok video di bawah, layan..


Lokasi: Dalam sebuah bilik hotel bajet rendah.


Lagu latar, Exist: Mengintai Dari Tirai Kamar


Dalam video, ada sorang perempuan sedang berkembang atas katil, tiba tiba pintu bilik air terbukak dan keluar seorang lelaki berperut buncit hanya bertuala lantas terus menuju ke arah perempuan tu, bila orang lelaki bercakap sepatah dua, perempuanpun ketawa, bila perempuan pulak bercakap sepatah dua, lelaki pulak ketawa, padahal tak kelakarpun..


Biarkan mereka berborak selama 1 minit, sehinggalah kelihatan perempuan cuba menanggalkan tuala di badan,


Pada waktu ini, kelabukan video dan perlahan lahan, gelapkan, lalu tukar muzik kepada lagu ‘Open Your Eyes nyanyian Maher Zain dan masukkan video seorang makcik yang duduk atas kerusi sambil menangis. “Mak tak sangka, isk isk, Mak hantar kau belajar tinggi tinggi, tapi kau tengok cerita lucah malam-malam, isk isk.., kalau arwah bapak kau tahu, tentu dia libas kau dengan tali pinggang, dah lah tu anak, dah lah tengok video lucah, baik kau pergi baca yassin untuk arwah bapak kau..isk..isk..


Aku rasa kawan kau tu tentu terus insaf dan bertaubat serta merta di tempat kejadian, apa tak nya?, rupa rupanya kau dah pergi kampong kawan kau tu dan mengadu pada mak dia akan perihal anaknya yang suka tengok video lucah, lalu rakam pesanan mak dia guna handphone dan edit dalm video lucah- makcik tu rupanya mak kandung kawan kau-woha!


Sekian. Selamat menonton.


Ps: Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.


Akhir kata, (baca dengan penuh semangat) Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah sehingga ugama tersebar atau kami terkorban! Sumber gambar: Internet