Mar 22, 2022

KKM Kena Kecam Macam?

Dari post semalam kisah KKM kena kecam, dan bila baca komen bab ramai suruh KKM undur, masalahnya nak ganti dengan siapa?

Alkisahnya, Cerita bab perubatan, tahu kah korang Dalam dunia ini, ada ramai pihak yang dakwa boleh rawat pesakit yang sakit, ada sembilan cabang lebih kurang.

1. Kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti sains yang di kawal oleh KKM, guna kajian yang di uji pada tikus, monyet dan akhirnya manusia, bila dah terbukti baru dipasarkan.

2. kita juga ada geng Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy, guna ubat serasi dengan tengok jenis rambut dan lain lain kaedah.

3. Kita juga ada Ustaz ustaz yang rawat penyakit guna perubatan islam seperti doa, solat hajat, serta madu campur habatu sauda.

4. Kita juga ada bomoh, dukun, pawang,  yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk sembuhkan pelbagai penyakit,

5. kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna herba cina, rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.

6. Kita juga ada penjual ubat ajaib yang guna testimony dalam meyakinkan pengguna.

7. Kita juga ada ejen MLM yang jual produk mengarut konon boleh sembuh pelbagai penyakit dengan air alkali lah, gelang magnet lah, selimut aura lah, macam macam!

8. Ada yang tolak cara moden dan nak guna system alami seperti beranak dirumah, tolak vaksin dan nak guna antibody semula jadi, jika ada apa apa masalah serahkan pada alam.

9. Ada juga geng anti vaksin cukup makan vitamin atau ubat cacing untuk binatang, atau apa apa sahaja alternatif yang bukan dari KKM, mereka ambik dengan slogan kami bukan anti vaksin tapi prochoice.

.

.

.

.

Dalam Sembilan mazhab perubatan ini, ada yang taksub, dengan mengaku mereka paling handal dalam menyembuh pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling pakar berubat, dalam KKM ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada jugak pakar, dalam perubatan islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional pun ada pakar petua nenek moyang, dalam MLM ada ejen tahap berlian, dalam gaya alami ada penasihat dan dalam group antivaksin testimoni adalah pakar rujukan mereka, macam macam lah.

Semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai jenis penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini, perubatan mana yang korang akan pilih?

Bagi yang taksub, mereka akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka yang anti dengan KKM, anggap KKM adalah senjata sulit yahudi lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa ustaz, dan upah ustaz solat hajat..

Ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus percaya kata bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus rujuk petua nenek moyang seperti makan ketam bila demam denggi, ada jugak yang beli produk MLM pakai gelang magnet untuk elak penyakit, ada yang makan ubat cacing, ada yang minum air kencing ganti vaksin, dan yang paling meriah pakat ambik semua kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan allopathy di hospital KKM (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)

Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah, penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..

Jadi dalam bab perubatan ini, bagi saya masing masing ada hujah, masing masing boleh bagi testimony, masing masing boleh emosi, tapi bagi saya, dengan guna akal dan fikiran kurniaan Tuhan, saya lebih cenderung kepada allopathy di bawah KKM, sebab mereka gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat pesakit.

Di samping itu saya tak tolak cara islam, saya makan madu dan kurma, amal kayu sugi dan lain lain namun ada kaedah yang tak wujud zaman nabi macam bius anak sebelum berkhatan, atau tampal gigi, atau jahit perut ibu yang anak songsang, saya setuju jer sebab terbukti ada penyakit yang tak wujud zaman Nabi maka tak salah guna kaedah yang terbukti berkesan dari pihak KKM.

Tapi memang saya tolak produk MLM mengarut, bomoh dan lain lain, bagi saya KKM dan perubatan islam sudah okey, sebab dalam KKM pun ramai juga pakar islam.

Jadi balik kepada mereka yang tolak KKM, saya nak Tanya?

Hari ini, jika ada orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance Homeotahy? Geng anti vaksin? Geng bumi rata? Ejen MLM? Siapa?

Perubatan mana yang pergi kutip?

Semua tak mampu nak ambik orang cedera di jalan raya, sebab tak ada system yang bagus macam KKM, hanya KKM yang datang kutip orang cedera dengan ambulance dan bawa ke hospital KKM dan di rawat oleh doctor KKM.

Ketahuilah, hanya KKM yang mana seluruh Malaysia, akan ada Ambulance stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira hospital kerajaan atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab kaedah perubatan mereka maju dan bersistem.

Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia, tak mampu semaju dan secanggih KKM, masing masing tak bersatu dan tak ada ambulance! Mereka tak bersidang macam geng KKM buat. Mereka tak bermesyuarat macam KKM buat, mereka tak berada di bawah satu amir, sedang Mereka boleh sembang konon boleh rawat semua penyakit, tapi cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka, tangan putus, mata tersembul, ada mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak ada sistem yang baik.

Padahal apa KKM buat, bermesyuarat, rujuk pakar, kemas kini kaedah terkini, semua tu asal dari cara islam, kalau korang mahu mengerti, sebab tu mereka berjaya.

Rujuk Geng anti KKM beranak di rumah bila berlaku kompilasi, KKM jugak datang dengan ambulance KKM ambik dan rawat di hospital KKM bersama doctor KKM. Geng anti vaksin jatuh motor tangan patah, bukannya ada tok mudim atau tukang urut naik ambulance peribadi pergi ambik, pemandu KKM bersama ambulan KKM jugak yang ambik dan rawat di hospital KKM bersama doctor KKM. Malahan ada ustaz perubatan islam bila sakit jantung, selamba sahaja pergi Hospital KKM sebab KKM ni sains, sakit jantung ni sains, pergi Hospital KKM tak menjadikan kita kafir, faham ke tidak?

Jika ada ubat yang haram, dalam KKM ada pulak pakar islam yang akan cari jalan untuk guna kaedah yang halal, sebab tu vaksin halal pun dah ada, buat apa susah susah nak lawan KKM bila mana waktu eksiden Ambulance KKM jugaklah korang tunggu sambil berdoa insyaAllah.

Jadi guna akal kurniaan Allah dengan sebaik baiknya, tak salah sesiapapun nak pilih KKM sebagai cara ikhtiar merawat penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, mereka juga ada Bank darah untuk bantu semua orang, perubatan lain ada ke Tabung darah?

Lagi satu.. oleh sebab Allah buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Jadi langsung tak ada masalah  dengan perubatan cara KKM macam di hospital kerajaan, swasta dan seluruh dunia.

Namun jika melibatkan gangguan jin, saya tak tolak merawat cara islam, Macam arwah Dr Harun Din, pakar perubatan islam, tapi bila sakit jantung, pergi berubat di hospital Sains luar negara dan balik ke  IJN juga hospital KKM, sebab arwah Dr Harun Din tahu, allopathy KKM adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.

Jadi balik kepada debat anti vaksin, walau masing masing dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat berhujah. tolong jangan sembang kencang macam Tok Bomoh atau penjual ubat di pasar malam, yang mana Nampak cara perubatan mereka hebat? tapi bila orang eksiden, buat tak tahu..

Jadi mari kita buat kesimpulan mudah.

Perubatan yang tak ada Ambulance jangan sembang!

Woha!

Sama bab agama, Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama, akulah wahabi paling Sunnah, akulah asyaari paling Sunnah, akulah parti islam politik paling sunnah, akulah penyanyi nasyid paling sunnah, akulah penulis media sosial paling sunnah, tapi bila mat rempit merempit tengah malam, bila umat tak solat di Lorong maksiat, bila umat buat maksiat di rumah sewa, siapa yang nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Siapa yang mampu jadi ambulance pergi jumpa mereka rumah ke rumah macam Nabi buat? Sembang boleh lah bang..

Saya tengok yang mampu jadi ambulance dalam bab agama adalah orang tabligh atau pendakwah yang sanggup bergerak rumah ke mrumah, mereka bermesyuarat, ada amir, kemas kini kaedah dakwah, sebijik macam KKM buat dan semua itu adalah amalan islam.

Maka bab agama tolong Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada KKM, sakit simple korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.

Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja, ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat bertatoo, siapa nak dakwah? Tak kan semua nak bagi kat orang Tabligh? Mereka kecil jumlahnya sebab dah akhir zaman..

Jom Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit iman’ kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.

Akhir kata: Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz, golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan lain dan perasan betul, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau terhadap 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam

I rest my case, woha!

2 comments:

Anonymous said...

Ianya dah selesai 1000 tahun lebih..Golongan yg selamat itu namanya ahlusunnahwaljamaah..ini mmg fakta..semua dah tau pun hal ni..

golongan ini la yg paling besar dlm dunia islam..disebabkan ianya golongan yg paling besar maknanya banyak la orang yg Allah selamatkan nanti insyaAllah..

Hindari la kita dari sikap taksub yg akhirnya kita condong menyalahi fakta/mengelirukan fakta..x caya tngok la kat mana2 pun sikap org taksub insyaAllah condong dia menyalahi fakta/kelirukan fakta..
lalu x sengaja telah sempitkan sesuatu yg Allah dah luaskan..(ahlusunnahwaljamaah itu golongan yg paling besar)

Ahlusunnah itu pula perkara yg paling pokoknya ialah akidah..manakala feqahnya ada perbezaan2/khilaf yg tertentu..ada pula hukum2nya,yg wajib yg haram yg halal yg sunat yg harus yg makhruh..

Jadi kita nak gambarkaan sesuatu yg dah selesai ni utk orang yg bukan dari golongan yg Allah selamatkan ni itu condong di mana babnya?x kan kita kata sedara2 kita yg nampak mcm x buat hal2 feqah tertentu ni kita kata dia bukan tergolong dalam golongan (ahlusunnah)orang yg Allah akan selamatkan?x kan semudah itu?
sedangkan semua ahlusunnah tau bahawa ddlm bab feqah itu ada khilaf2nya,ada pula hukum2nya, manakala dalam akidah itu takda khilaf...saya ulang..dlm akidah tiada khilaf..
Jadi agak mudah dan putus ke untuk kita gambarkan orang yg x selamat tu disebabkan nampak mcm mereka x buat bab2 tertentu dalam bab feqah?

Perincian ahlusunnah tu pun ulamak dah wariskan..kongsikan je la apa yg ulamak dah perinci wariskan apa itu ahiusunnah..
Pada yg x tau..negara kita dah mengikut jalan ahlusunnah sejak turun temurun..bukan sehari dua..nama golongan yg selamat tu pun dah selesai lama,namanya ahlusunnahwaljamaah..apa perinciannya ahlusunnahwaljamaah pun dah selesai lama..

Apa2 pun semoga kita baik2 je semua akhirnya insyaAllah..

Anonymous said...

ahlusunnahwaljamaah:-

-dlm akidah(usul akidah) tiada khilaf..
-Dalam feqah ada khilaf dan ada pula hukum2 feqahnya..

Cuba kita tengok perangai pakwahub,mereka sedaya upaya mengatakan yg kita ini seolah2 mmg tidak mengikuti jalan sebenar nabi saw itu (bukan sebenar2 golongan yg 1 itu) dgn mereka sering merujuk kat bab mana?bab feqah la kan..(walhal faktanya didalam feqah itu ada khilaf2 dan hukum2nya)

Walhal tanda beso seseorg tu jalani atau x jalani jalan sebenar nabi saw(golongan yg 1 itu) itu ialah tengok la kat bab akidah(usul akidah) ...kerana bab ini TIADA KHILAF..

-Feqah Yg ada khilaf2 dan ada hukum2nya dia buat mcm xda khilaf..dia nampak kat sini xda jalan meraikannya mengikut khilaf2 itu dan mengikut hukum2 feqahnya itu ..dia kunci mati..bukan sebenar2 ikut jalan nabi saw(bukan sebenar2 golongan yg 1) la kalo x berfeqah seperti mereka..

-Akidah(usul akidah) yg tiada khilaf..dia buat mcm ada khilaf pulak..contohnya akidah Allah duduk atas langit/Allah turun dari langit dan yg seumpamanya dia suruh kita raikannya sebagai khilaf..kat sini yg tiada khilaf dia x kunci mati pula..dia suruh kita raikannya sebagai akidah sebenar jalan nabi saw( golongan yg 1 itu ) juga..walhal tiada khilaf dalam akidah(usul akidah)

perkara ni semua dah selsesai lama..

Semoga akhirnya baik2 je semua insyaAllah..