Seorang Atheist telah di tanya oleh orang Islam..
“Kamu tahu kenapa Tuhan hantar kita ke dunia? Kamu tahu dari
mana kita datang?, dan ke mana kita selepas mati?”
Jawab si Atheist, saya tak pedulikan soalan kenapa saya di
sini, atau ke mana saya selepas mati, saya hanya perlu menikmati kehidupan ini,
makan sedap, bercinta, minum minum, berkawan.. enjoy tengok sini sana, itu
sajer cukup lah.
“Baiklah, bayangkan satu hari awak tertidur lama, dan
apabila awak terjaga, awak berada dalam keretamayat, bersama makanan yang enak,
dan lokasi tepi tingkap bersama pemandangan yang tak pernah awak nampak,
cantik.. soalan saya, apakah soalan pertama yang terlintas di fikiran kamu?”
“Saya akan bertanya, kenapa saya berada di sini?”
“Betul, kamu jawab dengan logic yang sangat betul, kenapa
saya di sini, hanya orang bodoh yang makan sedap atas keretamayat, tengok
pemandangan yang cantik tanpa bertanya soalan, kenapa saya di sini kan? Tapi
untuk dunia dan hidup selepas mati, awak memilih jalan yang tidak normal”
“Awak betul, awak nampaknya pandai berkata kata..”
Atheist itu pun berlalu dan semoga dia dapat hidayat
menjawab dengan tepat akan tiga soalan, dari mana kita datang, kenapa saya di
sini dan apakah yang berlaku pada saya selepas mati?
Korang pulak, ada jawapan tak? untuk tiga soalan ini?
Keretamayat ini sehala jalannya. Buat sehabi baik sebelum
tumpang.
Woha!
Jawapan :
https://www.facebook.com/photo/?fbid=378124117003000&set=a.247853046696775
No comments:
Post a Comment