Salam abang keretamayat, ada orang hutang saya tak nak bayar, dah lima tahun saya minta, dia buat bodoh jer. Boleh tak tulis nasihat untuk orang macam ni? Sakit hati tengok status dia pergi jalan jalan, beli gejet, sedangkan hutang kita dia tak bayar..
******
(Jawapan)
Salam, baik.., InsyaAllah Kepada siapa siapa yang Stress
sebab orang tak bayar hutang? Baca ni..
Alkisahnya, Mangsa seks gunakan media sosial untuk dedahkan
nama orang yang mencabulnya agar pihak berwajib bertindak menghukum orang yang
buat jenayah seks.
Tujuan mangsa seks dedahkan agar orang ramai terselamat dari
kejahatan orang itu.
Semoga mangsa seks mendapat keadilan, dan sipenjenayah
dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Dengan tertangkapnya penjenayah seks, maka kuranglah
stress mangsa seks itu…
Alkisahnya balik kepada tajuk utama yang mana, ada satu lagi
kejahatan dalam hidup yang buatkan ramai orang stress.
Nampaknya kena dedahkan macam mangsa seks juga demi
keselamatan orang lain.
Kejahatan ini walaupun tidak di kira jenayah tapi mangsa
ramai yang murung dan stress!
Dan di sisi islam, perkara ini termasuk dosa besar!
Apa kah perkara itu?
Hutang tak bayar! Masuk neraka walaupun mati syahid.
Rujuk kitab Mutakhab hadis,, bab ikram muslimin, hadis no
200 hingga 210.
Saya buat ringkasan.
Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan
berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., Roh orang berhutang
yang baik akantergantung (tertangguh) untuk sampai ke syurga disebabkan hutang
tidak bayar.
Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya amaran ini, iaitu
barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak masuk syurga
selagi hutang tidak di bayar.
Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang
berhutang.
Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat
membayar, Allah akan binasakan mereka.
Dan Orang islam yang terbaik adalah yang membayar hutang
dengan baik. Iaitu memBayar hutang bersama ucapan terima kasih dan pujian.
Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur
kepada Allah.
Jadi dari hadis di atas, mendapati bahawa dosa besar tak
bayar hutang, dan mangsa yang bagi pinjam pula murung dan stress, lagi lagi
tengok orang berhutang beli kereta baru, pergi melancong, makan durian
sedangkan sipemberi hutang, telan air liur nak makan durian.. sob sob..
Maka saya rasa adalah perlu mangsa hutang tak bayar ni, kena
dedahkan nama orang yang hutang tak bayar ini di media sosial agar orang lain
terselamat dari kejahatan mereka.
Bagus jika dapat khidmat peguam terlebih dahulu dalam
membuat pendedahan ini, juga report polis untuk mencegah kekerasan yang mungkin
timbul, dan surat doctor tentang stress di jiwa sebagai bukti kita adalah
mangsa.
Kita usaha minta hutang sampai tahap ini, selebihnya kita
tawakal, jika dia bayar Alhamdulillah, Jika tak bayar, Alhamdulillah juga sebab
ramai orang akan terselamat dari menjadi mangsanya, dan Alhamdulillah juga
sebab pasti dan pasti akhirat kelak, semua amalan kebaikkan dia akan dapat pada
anda, dan jika dia tiada amalan kebaikkan, maka dosa anda akan ditransfer
kepada dia, begitulah Adilnya mahkamah Allah di akhirat kelak.
Kemudian, dah buat semua ini, move on, Masa dan tenaga jangan dihabiskan fikir bila
orang nak bayar hutang semata mata, tapi gunakan masa dan tenaga untuk tambah
rezeki baru dan tambah pahala berganda dengan peluang lain yang terbentang
depan mata. InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat.
Akhir kata, dua (2) pesanan saya kepeda yang belum menjadi
mangsa kes sebegini:
(1) Jangan beri pinjam jika kita tak mampu halalkan, JANGAN!
(2) Dan bila beri pinjam, buat cara islam, tulis, datangkan
saksi, dokumentasikan, agar bila dia tak nak bayar, maka bukti semua ada, boleh
dedahkan di Telegram ke, FB ke, agar orang lain tak jadi mangsa.
Nampak macam kita kejam buat pendedahan, tapi siapa yang
lebih kejam hutang tak bayar? Padahal Tindakan kita adalah untuk selamatkan dia
dari api neraka, maka ini bukan kejam, tapi Ehsan.
Woha!
No comments:
Post a Comment