Zaman sekarang, dengan Covid 19 yang berubah jadi Varian,
Vaksin yang kena ada booster, atau penyakit kencing manis, darah tinggi,
masalah jantung dan pelbagai lagi penyakit kronik hingga orang awam pun tahu
jenis ubat dan gunanya untuk penyakit apa.
Contohnya, Masalah kahak akibat Covid, ramai tahu boleh
diatasi dengan ubat Ambroxyl
Hydrochloride iaitu sejenis Moculytic
Drug yang kena Ambil satu sudu Teh besar (30ml) dengan tiga kali sehari, jika
habis boleh guna Strepsile ungu yang ada label chest cold atau ada yang ajar kunyah bunga cengkih.
Untuk kurang kesan alergik seperti bengkak salur darah,
ramai tahu guna Loratadine atau ubat antihistamine yang dapat mengurangkan
Cytokine storm yang ganggu paru paru.sila ammbil 1 pil 10mg sahaja setiap 12
jam atau 2 kali sehari secara maximum,
jika kanak kanak ada versi cecair pelbagai perasa yang dinamakan Citrizine..,
Hanya 2.5ml sehari sahaja bagi bawah 12 tahun.. juga dua kali sehari.
Selain Paracetemol, yang lebih berkesan adalah Ibuprofen,
Dose sesuai dalam 400mg setiap 4 hingga 6 jam sahaja, Jangan lebih 3 pil
sehari, nanti kena kesan sampingan.
Ramai juga yang tahu Minum banyak air Bersama ambil Vitamin
B6 dan E. Akan jadikan Imun kendiri, mana nak dapat Vitamin C?
Banyak makan buah dan sayur, dan hirup udara pagi Bersama
sinar matahari yang lembut.
Semua tahu kan?
Tapi ramai tak yang tahu Penyakit Hati dan penawarnya?
Jika hati sakit, tak di ubat, maka bila mati boleh masuk
neraka tau?.
Tahu tak tiada Nabi yang datang ajar manusia pasal vaksin,
atau pergi ke bulan, tapi untuk rawat penyakit hati, Allah telah hantar 124
ribu Nabi, 313 Rasul, 25 Namanaya tercatat dalam Al quran, dan lima Nabi Ulul
Azmi.
Nabi kita sendiri, di belah dadanya waktu kecik, dan di cuci
hati, simbolik kepada seluruh ummat manusia bahawa keutamaan paling penting
adalah kesihatan hati.
Semua Tahu kita hidup dalam takdir Allah, tapi yang utama
seluruh hidup ini adalah Soal hati,sebab kita boleh pilih hati nak respond bagaimana
dengan semua Takdir Allah.
Contoh.. bila rezeki telah tetap.. hati syukur atau
mengeluh? Itu Pilihan kita..
Ajal telah tetap, hati redha atau takut? Itu pilihan kita.
Amalan pulak.. waktu dapat buat pahala.. ikhlas? atau riak?
itu pilihan kita,
Waktu buat dosa, bangga atau rasa bersalah? Itu Pilihan
kita,
Bila celaka datang.. sabar atau stress? Itu Pilihan kita..
Waktu senang, syukur atau kufur? Itu Pilihan kita.
Semuanya soal hati, dan Syaitan kerja dia rosakan Hati,
Syaitan tak mampu tutup kepala paip waktu kita ambik wudhu, atau tiup angin
kencang waktu kita solat, syaitan tak mampu lawan takdir Allah, tapi syaitan
mampu kacau Hati kita, suruh riak, suruh perasan bagus, dan sebagainya.
Bab Hati ini, .. Malaikatpun tak tahu kita ikhlas atau riak..
Bila kita niat nak buat baik, Malaikat akan cium bau wangi
dari hati kita, maka ditulis satu pahala walau dalam takdir kita takdepun
amalan itu, tapi sebab niat dah baik akan tetap dapat pahala.
Bila niat nak buat dosa, Malaikat bau busuk, dan tak tulis,
hingalah Takdir Allah datang, baru Malaikat tulis satu dosa, bila kita
menyesal, Allah ampun, dan ampunan ni Malaikat langsung tak tahu.
Jadi hidup ini soal hati, Allah yang akan adili semua hati
manusia, Nabi bagitahu Hati ni raja pada seluruh anggota banda ada diri kita, jika Hati baik, maka baiklah
semua anggota badan, sungguh Allah tidak lihat rupa dan harta, tapi lihat Hati
yang ada Takwa, apa itu Takwa? Takut dan Harap.
Maka jom kenal penyakit hati, dan kenal juga penawarnya.
Nak lebih mudah faham, kita rujuk enam sifat sahabat.
Kesempurnaan agama ada dalam enam sifat sahabat iaitu, (1)
Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”
Detailkan lagi (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2)
Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan
(6) Dakwah Tabligh.
(1) Jadi bab Yakin HAKIKAT DUA KALIMAH SAHADAH.
Penyakit hatinya adalah SYIRIK, dan ubatnya adalah TAKWA.
Selain itu, setelah dapat IMAN, kena usaha agar tidak KUFUR.
Jadi KUFUR adalah penyakit hati, dan ubatnya adalah SYUKUR.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)
(2) Jadi bab SOLAT RAJA IBADAT.
Penyakit hatinya adalah LALAI, dan ubatnya adalah KHUSYUK.
(3) Jadi bab ILMU DAN ZIKIR
Penyakit hatinya adalah TAKBUR (sombong) dan LAGHA(sesat),
dan ubatnya adalah TAWADUK(merendah diri) dan TAWAJUH (Fokus kepada Tuhan)
(4) Jadi bab IKRAM MUSLIMIN
Penyakit hatinya adalah SUUL ZON (sangka buruk) DENGKI,
DENDAM, dan , ubatnya adalah HUSNULZUN (sangka baik), GHIBATH, QISAS.
(5) Jadi bab Niat
Penyakit hatinya adalah RIAK, dan ubatnya adalah IKHLAS
(6) Jadi bab DAKWAH DAN TABLIGH
Penyakit hatinya adalah MENGELUH, MARAH, MERUNGUT, STRESS,
ENGKAR, ZALIM, GELISAH dan ubatnya adalah REDHA, MUJAHADAH, SABAR, TENANG,
KHAUF, TAUBAT, SAKINAH
Panjang nak cerita,
ada banyak penyakit hati, ringkaskan..,
(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil
nikmat, Hati akan tenang.
(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian,
hati akan menjadi tenang.
(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar, Hati
akan menjadi tersangat tenang,
(4) Khauf Bersama taubat dengan segala dosa sama ada kecil
atau besar, maka wahai hati yang tenang, masuklah kamu ke dalam syurga dengan
Rahmat Allah.
Nikmat mana lagi yang kita didustakan.
Semoha woha sampai syurga!
1 comment:
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment