Jun 4, 2019

Bila hari raya, banyak iklan sedih. Salah ke?

(Sebelum up status dimedia social nak kritik, sila Jadikan pengajaran Menteri bercakap Oh My English sebagai sempadan untuk diri sendiri sebab Bila kita senyap orang tak tahu kita bodoh, bila bukak mulut, terus orang tahu-adohai..)

Al kisahnya, Saya okey jer iklan sedih ke, menangis ke, janji saya terhibur dalam permainan emosi, dan tak mempromosikan dosa, biasanya iklan ni mempromosi nilai kekeluargaan, tapi entah kenapa, buka Media Sosial, ramai pulak yang kritik kenapa Iklan raya banyak sedih? Iklan Thailand buat sedih, korang puji, Iklan kita jika tak sedih korang cakap hambar,tapi  bila betul betul sedih, korang kritik pulak guna hujah islamik, nak raya kena gembira. Kenapa nak kena sedih?

Ni abang mayat nak pesan, jika tidak penuh ilmu di dada, jangan berlagak pandai di Media Sosial.

Tahun lepas, ada orang up status kritik Takbir raya hanya sehari, kenapa tak takbir banyak hari macam raya haji? Korang ingat ulamak sunnah wal jamaah ni suka-suka nak buat bidaah tanpa mengkaji, lalu saya bagitahu, dah hadis Nabi sunnahnya hari raya pertama sahaja, benda boleh ikut sunnah buat apa nak buat bidaah?

Tapi dia cakap, habis tu raya haji kenapa takbir banyak hari? dah memang itu sunnah dia, raya puasa takbir sehari, dan banyakkan ziarah, raya haji takbir banyak hari dan banyakkan bekorban ternakan.
Benda boleh ikut sunnah buat apa nak buat bidaah?

Tak tahan kena maki, diapun padam status di FB

Lepas tu bila masuk raya haji, dia up lagi status bangang, sebab dia terlewat solat raya, diapun kata, kenapa awal sangat solat raya, tak serapan ke dulu ke Imam masjid? bukankah sarapan itu bagus untuk kesihatan?

Hmm, terpaksalah saya tegur dia lagi, raya puasa, sunnah sarapan sebelum solat raya, sebab dah sebulan berpuasa, maka elok pergi solat lepas sarapan, dan raya haji sunnah sarapan selepas solat, sebab terus nak bekorban, masak dan makan, benda boleh ikut sunnah kenapa nak ikut bidaah?

Dia pun padam status, dan tahun ni, dia kritik iklan raya sedih pulak, katanya dekat nak raya kena lagi gembira.

Jadi saya nak tegurlah ni, sebab nampak sangat tak pernah baca kitab, zaman sahabat Nabi, bila dekat nak raya, sahabat akan menangis kerana sedih Ramadan dah habis.

Sedih macam lagu maher Zain tu, betul sangat lagu tu,

Ramadan.. Ramadan.. Ramadan di hati..,
Ramadan... Ramadan.. ku mohon usah pergi.
(Menyanyilah pulak,)

Jadi sahabat memang bersedih bila puasa nak habis, dan Raya pun sehari sahaja lepas tu ramai yang sambung puasa enam hari, dan dalam hati merindui Ramadan.

Jadi bersedih menjelang raya ni sunnah, malam raya tu adalah Malam Lailatul Jaezah, malam Allah akan perhatikan perlumbaan antara kita, malam Allah akan umumkan siapa ahli syurga, siapa yang dapat keampunan, siapa yang akan dibebaskan dari Neraka.

Malam raya lagi banyak nak kena menangis minta ampun pada Allah dan Nabi berkata Celakalah orang yang berlalu bulan puasa tapi tak mendapat keampunan, so malam raya ni malam Allah nak nilai kita, maka memang kena bersedih takut diri tak tergolong dalam orang yang mendapat keampunan!

Tapi itulah, malam raya, korang dah tak tarawih, habiskan masa buat maksiat, main mercun, makan tak ingat dunia, membazir, dan ada yang seronok sangat sampai berzina di malam Jaizah, memang bala!

Maka rebutlah peluang malam Jaizah dengan penuh air mata taubat dan keampunan, bersedihlah takut pada dosa dan takut pada Allah, sunnguh Nabi pesan selama kita bersembahyang, maka bererti kita sedang mengetuk pintu rahmat Allah Raja segala Raja dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti akan dibukakan baginya.

Dan tidak berdirinya mukmin dalam sembahyang melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti solat kerana asyiknya nikmat mendapat hakikah Ehsan!

Maka senang cerita, di malam raya, malam kemenangan, malam malaikat turun memenuhi bumi, Allah nak tengok tanpa tarawih, ada tak yang sudi menambah ibadat malam?

Tapi di mana kita?, sedang marah iklan sedih? Sedangkan sahabat Nabi sedang bersedih dihujung Ramadan, Sungguh Allah tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaNya, yang mana jika ia merasa aman daripada Allah di dunia maka akan Allah takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia merasa takut kepada Allah di dunia, maka Allah akan amankan ia di hari kiamat."

“Habis tu kenapa Allah buat hari raya jika nak suruh kita sedih di malam raya?”

Sedih dengan dosa kita, bukan suruh sedih macam orang depress sampai tak layan tetamu dan nak bunuh diri, kata Maulana Hassan, Allah cipta Ramadahan yang dipenuhi Ibadat, dan Cipta satu Syawal yang di larang puasa, dan di galakkan pakai baju cantik, ziarah, dan berhari raya adalah satu metafora dari Allah tentang kehidupan orang islam iaitu, siapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri.

Al faham ke idop?

Jadi kisah iklan raya dipermulaan artikel ini adalah metafora sahaja, tak kuasa nak suruh korang sokong mana-mana iklan, tapi bersedih di akhir Ramadan adalah Sunnah. Dan ingatlah metafora Ramadan dan raya iaitu:

Sesiapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri!

Woha! 



3 comments:

cikguzim said...

Raya = gembira

Anonymous said...

Yg kita tengok iklan raya sedih2 tu benornya ialah utk membawa bahgia@gembira@bersyukur pada yg tengok(ada pengertian yg dalam@bermakna)..
jgn kita gelojoh dalam memandang@menilai sampai kalo kita tngok orang menang pingat emas kat sukan olimpik sambil menangis2 tu kita kata dia nangis pasal dia sedih hati remuk pulak hehe.. Kalo remaja2 xpe la kadang gelojoh2 dalam memandang@menilai.. Kalo dah tua2 pun tapi masih gelojoh..Mau Runtuh negara@maslahat umat(kekuasaan agama)hehehe

Selamat hari raya maaf zahir dan batin sy ucapkan pada hamka kereta mayat dan pembaca2nya.. Hati2 dijalanraya insyaAllah..(aes dah tambah tau hahahahaha)

hamka said...

setuju dengan komen korang berdua