Jun 17, 2019
Anak Memanjat di rumah terbuka?
(Tip saya bawa anak Autisme beraya)
Rujuk gambar panjat tingkap tu, itulah yang berlaku bila
pergi mana-manapun, melompat, memanjat, berlari memang aktiviti dia sehari
hari.
Biasanya saya dah whasapp awal awal kat tuan rumah yang nak
kita ziarah tu bagitahu anak sorang autisme, begitu begini, dan kita boleh
lihat, betapa teruja kawan kawan kita nak tahu tentang autisme sebab ramai yang
belum tahu, so raya ni ambik peluang sebarkan kesedaran autism.
Tapi saya perasan anak saya ni cukup suka mainan baru, dia
akan focus dalam 10 minit ke 15 minit main mainan baru, cukuplah nak beraya
simple-simple, jadi kita beli siap-siap dua tiga mainan baru, (masih
berbungkus) beli dekat DIY, ada RM5 satu, ada rm7, ada buku menampal dan
mewarna, semua harga murah sahaja, tak sampai RM10 pun, kereta transformers
atau dinasour kecik lagi dia suka, yang penting kita sorok, dan bagi pada tuan
rumah, yang mana untuk anak lain anak dapat duit raya, tapi anak autism ni
‘pura-pura’ dapat mainan.
Memang dia teruja, sangat teruja! Malahan tak sabar nak
beraya rumah seterusnya, ha ha! dan boleh main sambil meniarap macam dalam
gambar tu.
Tapi yang best, kawan yang dah faham, terus dia keluarkan
sebakul mainan anak dia, terus juga anak autisme meniarap di situ dan tenggelam
dalam dunianya. Dapat sebakul mainan tu, satu jam pun tak pe. Malahan dia tak
de pulak nak mainan tu, sebab dia mudah bosan, yang penting mainan baru jumpa.
Terima kasih sahabat yang memahami, hingga ada yang betul
betul bagi hadiah mainan dekat anak saya, oh terharu sungguh!
Tapi itu kisah anak saya, mild autism, jika several atau
moderate plus ADHD, lain pula caranya, mungkin ibu bapa ada pengalaman lain
boleh kongsi.
So, selamat berhari raya dan gunakan peluang raya ini untuk
sebarkan kesesaran autisme pada kawan kawan kita.
Dan gunakan juga peluang ini untuk kenal mana satu sahabat
mana satu musibat.
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat hari raya hamka dan pembaca semua...jgn kan kata anak autism anak yg normal tgh membesar ni pun gitu la peelnya...seblom nk bg anak diam , bg henpon atau terpaksa jegil2 mata nk bg dia dok diam...tp skang makin mudah...bawak stadium dgn beyblade jer...cari port tepi2 sket...jap gi ramai la kawan2 baru dia...silap2 ajak balik pun xnak...secara xlangsung dpt asah skill komunikasi dia...dapat kawan2 baru....blajar berkongsi mainan...kiter pun senang nak makan kuih raya
setuju dengan mummy :)
Post a Comment