Jun 4, 2019
Bila hari raya, banyak iklan sedih. Salah ke?
(Sebelum up status dimedia social nak kritik, sila Jadikan
pengajaran Menteri bercakap Oh My English sebagai sempadan untuk diri sendiri
sebab Bila kita senyap orang tak tahu kita bodoh, bila bukak mulut, terus orang
tahu-adohai..)
Al kisahnya, Saya okey jer iklan sedih ke, menangis ke,
janji saya terhibur dalam permainan emosi, dan tak mempromosikan dosa, biasanya
iklan ni mempromosi nilai kekeluargaan, tapi entah kenapa, buka Media Sosial,
ramai pulak yang kritik kenapa Iklan raya banyak sedih? Iklan Thailand buat
sedih, korang puji, Iklan kita jika tak sedih korang cakap hambar,tapi bila betul betul sedih, korang kritik pulak
guna hujah islamik, nak raya kena gembira. Kenapa nak kena sedih?
Ni abang mayat nak pesan, jika tidak penuh ilmu di dada,
jangan berlagak pandai di Media Sosial.
Tahun lepas, ada orang up status kritik Takbir raya hanya
sehari, kenapa tak takbir banyak hari macam raya haji? Korang ingat ulamak
sunnah wal jamaah ni suka-suka nak buat bidaah tanpa mengkaji, lalu saya bagitahu,
dah hadis Nabi sunnahnya hari raya pertama sahaja, benda boleh ikut sunnah buat
apa nak buat bidaah?
Tapi dia cakap, habis tu raya haji kenapa takbir banyak
hari? dah memang itu sunnah dia, raya puasa takbir sehari, dan banyakkan
ziarah, raya haji takbir banyak hari dan banyakkan bekorban ternakan.
Benda boleh ikut sunnah buat apa nak buat bidaah?
Tak tahan kena maki, diapun padam status di FB
Lepas tu bila masuk raya haji, dia up lagi status bangang,
sebab dia terlewat solat raya, diapun kata, kenapa awal sangat solat raya, tak
serapan ke dulu ke Imam masjid? bukankah sarapan itu bagus untuk kesihatan?
Hmm, terpaksalah saya tegur dia lagi, raya puasa, sunnah
sarapan sebelum solat raya, sebab dah sebulan berpuasa, maka elok pergi solat
lepas sarapan, dan raya haji sunnah sarapan selepas solat, sebab terus nak
bekorban, masak dan makan, benda boleh ikut sunnah kenapa nak ikut bidaah?
Dia pun padam status, dan tahun ni, dia kritik iklan raya
sedih pulak, katanya dekat nak raya kena lagi gembira.
Jadi saya nak tegurlah ni, sebab nampak sangat tak pernah
baca kitab, zaman sahabat Nabi, bila dekat nak raya, sahabat akan menangis
kerana sedih Ramadan dah habis.
Sedih macam lagu maher Zain tu, betul sangat lagu tu,
Ramadan.. Ramadan.. Ramadan di hati..,
Ramadan... Ramadan.. ku mohon usah pergi.
(Menyanyilah pulak,)
Jadi sahabat memang bersedih bila puasa nak habis, dan Raya
pun sehari sahaja lepas tu ramai yang sambung puasa enam hari, dan dalam hati
merindui Ramadan.
Jadi bersedih menjelang raya ni sunnah, malam raya tu adalah
Malam Lailatul Jaezah, malam Allah akan perhatikan perlumbaan antara kita,
malam Allah akan umumkan siapa ahli syurga, siapa yang dapat keampunan, siapa
yang akan dibebaskan dari Neraka.
Malam raya lagi banyak nak kena menangis minta ampun pada
Allah dan Nabi berkata Celakalah orang yang berlalu bulan puasa tapi tak
mendapat keampunan, so malam raya ni malam Allah nak nilai kita, maka memang
kena bersedih takut diri tak tergolong dalam orang yang mendapat keampunan!
Tapi itulah, malam raya, korang dah tak tarawih, habiskan
masa buat maksiat, main mercun, makan tak ingat dunia, membazir, dan ada yang seronok
sangat sampai berzina di malam Jaizah, memang bala!
Maka rebutlah peluang malam Jaizah dengan penuh air mata
taubat dan keampunan, bersedihlah takut pada dosa dan takut pada Allah, sunnguh
Nabi pesan selama kita bersembahyang, maka bererti kita sedang mengetuk pintu
rahmat Allah Raja segala Raja dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti
akan dibukakan baginya.
Dan tidak berdirinya mukmin dalam sembahyang melainkan
bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat
berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang
dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti solat kerana
asyiknya nikmat mendapat hakikah Ehsan!
Maka senang cerita, di malam raya, malam kemenangan, malam
malaikat turun memenuhi bumi, Allah nak tengok tanpa tarawih, ada tak yang sudi
menambah ibadat malam?
Tapi di mana kita?, sedang marah iklan sedih? Sedangkan sahabat
Nabi sedang bersedih dihujung Ramadan, Sungguh Allah tidak akan menghimpun dua
kali takut dan dua kali aman, pada hambaNya, yang mana jika ia merasa aman
daripada Allah di dunia maka akan Allah takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia
merasa takut kepada Allah di dunia, maka Allah akan amankan ia di hari
kiamat."
“Habis tu kenapa Allah buat hari raya jika nak suruh kita
sedih di malam raya?”
Sedih dengan dosa kita, bukan suruh sedih macam orang depress
sampai tak layan tetamu dan nak bunuh diri, kata Maulana Hassan, Allah cipta
Ramadahan yang dipenuhi Ibadat, dan Cipta satu Syawal yang di larang puasa, dan
di galakkan pakai baju cantik, ziarah, dan berhari raya adalah satu metafora
dari Allah tentang kehidupan orang islam iaitu, siapa yang hidupnya seperti
Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri.
Al faham ke idop?
Jadi kisah iklan raya dipermulaan artikel ini adalah metafora
sahaja, tak kuasa nak suruh korang sokong mana-mana iklan, tapi bersedih di
akhir Ramadan adalah Sunnah. Dan ingatlah metafora Ramadan dan raya iaitu:
Sesiapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan
menjadi seperti Aidilfitri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Raya = gembira
Yg kita tengok iklan raya sedih2 tu benornya ialah utk membawa bahgia@gembira@bersyukur pada yg tengok(ada pengertian yg dalam@bermakna)..
jgn kita gelojoh dalam memandang@menilai sampai kalo kita tngok orang menang pingat emas kat sukan olimpik sambil menangis2 tu kita kata dia nangis pasal dia sedih hati remuk pulak hehe.. Kalo remaja2 xpe la kadang gelojoh2 dalam memandang@menilai.. Kalo dah tua2 pun tapi masih gelojoh..Mau Runtuh negara@maslahat umat(kekuasaan agama)hehehe
Selamat hari raya maaf zahir dan batin sy ucapkan pada hamka kereta mayat dan pembaca2nya.. Hati2 dijalanraya insyaAllah..(aes dah tambah tau hahahahaha)
setuju dengan komen korang berdua
Post a Comment