May 3, 2019
Terganggu kerana Azan?
(Pengalaman rohani setiap insan itu berbeda beda)
Semalam malam Jumaat, lepas Maghrib ada majlis bacaan Yassin
di surau dan selepas habis doa berjemaah, ada sedikit waktu lapang sebelum
Solat Isyak, terus saya tegur seorang hamba Allah yang kebetulan duduk di
sebelah saya.
Borak punya borak, rupanya beliau adalah saudara baru, dari
Sabah, dan masuk Islam di Semenanjung.
Jadi saya tanya tentang pengalaman rohani beliau dalam
perjalanan menuju Islam.
Katanya, waktu mula-mula tinggal di Semenanjung, beliau
cukup terganggu mendengar Suara Azan sebab bising! Dan kenapa nak Solat kena
bising?
Jadi beliau tinggal di Kawasan bukan orang Islam sehinggalah
satu malam, jam satu pagi, terjaga dari tidur dan terdengar suara Azan halus di
telinga, tidak tahu dari mana sebab mustahil ada orang azan pada waktu begitu,
lagipun kejiranan semua bukan islam tapi suara azan ini datang dari mana? Bunyi
pula begitu indah dan mendayu buat beliau minat mengkaji Islam.
Beliaupun belajar dengan cara tengok orang islam solat,
ambil wudhu, dan satu hari waktu magrib, beliau yang belum peluk islam, tapi
ada niat nak solat, dan sudah hafal Al fatihah, waktu itu hanya beliau seorang
di rumah, masuk bilik air, ambil wudhu, dan keluar ke ruang tamu, tiba tiba ada
sejadah terhampar menunggu beliau untuk berdiri atas sejadah itu.
Siapa yang hampar?, dan bila dikaji arah sajadah itu memang
menunjuk ke arah kiblat. Sebelum Ambil wudhu tadi, sejadah itu tiada di situ
dan tiba tiba ada?
Maka pendek cerita, beliau masuk Islam, walaupun keluarga
menentang, dan tak lama kemudian abangnya juga masuk islam, dan malam tadi
beliau ke surau membaca Yassin dan akhirnya beliau ditakdirkan bertemu dengan
pemandu keretamayat.
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)
Your Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com
Post a Comment