May 12, 2019

Apa Bukti simple Al Quran itu benar?


(Dua Bukti Simple AL quran itu benar)

“Ayah jika kawan bukan islam mahukan bukti paling kukuh Islam adalah agama yang benar, bagaimana?”
.
Hmmm, baik, bagitahu mereka, dalam Al quran Allah menyebut sebanyak empat kali bahawa Al Quran mudah di hafal, dan kamu sendiri dah hafal hampir separuh Al quran dan bagitahu mereka, pergilah mana mana negara dalam dunia ini, maka akan mudah untuk berjumpa dengan orang yang hafal seluruh Al quran.
.
Malahan ada orang buta yang menghafal Al Quran! Bukti ini adalah mukjizat dari Tuhan.
.
Atau cuba kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza-beza sebab kitab mereka sudah diubah, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!
.
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, adik iman autism 6 tahun pun boleh sambung surah tu, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada budak sekolah rendah yang boleh sambung.
.
Itu baru tanya budak sekolah, belum Tanya pada ustaz, keluar taranum lagi, tapi bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab sebab tak hafalpun.
.
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka kulit ke kulit?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah hafalpun ada disekeliling kita.
.
Jadi ini adalah keajaiban, Sungguh orang Islam ada sistem yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal. Inilah teknologi wahyu dari Tuhan!
.
Dalam dunia ini, hanya kitab Al Quran yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.
.
Jadi rujuk ayat Al quran Surah Al qamar, empat kali ditulis Alquran itu mudah di hafal bagi yang mahu menghafal, maka bayangkan jika Nabi seorang penipu, bagaimana Nabi boleh ramal dengan tepat dakwaan Al quran mudah di hafal melainkan inilah buktinya bahawa al Quran bukan rekaan Nabi tapi wahyu dari Allah.
.
Itu baru cerita kisah hafal Al quran, dah meremang bulu roma, belum cerita kisah isi Al quran yang dah buat ramai orang bukan islam masuk islam, bagi mereka yang mahu mencari kebenaran.

“lagi ayah, best dah dalil tu, nak satu lagi!”.

Okey, ada satu lagi hujah simple yang Ayah pernah dengar dari ceramah akan bukti bahawa Al quran itu bukan direka-reka Nabi Muhammad, iaitu rujuk surah Al Insyirah, Allah berfirman kepada Nabi: Kami melapangkan dadamu, meringakan bebanmu, dan meninggikan namamu.

Jadi, janji dari Allah akan meninggikan nama Nabi Muhammad SAW ini benar benar berlaku sebab hari ni jika korang google, nama "Muhammad" adalah nama paling teratas dalam catatan daftar nama di seluruh dunia. Maka bila ibu bapa seluruh dunia paling ramai memilih nama Muhammad, maka nama ini diangkat 'tinggi'(dimuliakan) sesuai dengan firman Allah dalam Al quran yang akan meninggikan nama Nabi Muhammad SAW.

Jadi terbukti, Nabi Muhammad tidak mereka-reka Al quran sebab ramalan tentang Namanya menjadi tinggi juga berlaku.

Now you know

Ps:  Nama saya Muhammad Hamka, dan saya ada empat anak lelaki, semuanya bernama Muhammad. Woha!

1 comment:

cikguzim said...

Al quran tiada tandingannya...
Jom follo ya...done follo