Apr 28, 2019

Mesin Masa Dalam Islam?


(Awas! Separuh dari Spoiler Avengers Endgame bakal menyusul)

Bila bercerita tentang pengembaraan mesin masa, maka ada dua teori yang diguna pakai, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.

Paradox Universe ni macam filem Terminator, masa lalu diubah supaya masa depan berubah. Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang menjadikan ianya Paradox Universe.

Filem lain yang guna Paradox Universe adalah Back To The Future, cntohnya bila hero ke masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka hero mulai tidak wujud.

Baik, itu cerita Universe, Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunk kembali ke zaman Goku hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.

Inilah yang diguna dalam filem Avengers Endgame, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan alam, maka ianya perlu dipulangkan untuk terus mengimbangi universe masing masing.

Al faham ke idop?

Balik ke dunia Islam, ada beberapa cerita tentang pengembaraan masa seperti kisah tujuh pemuda yang tidur selama tiga ratus tahun tapi berasa seperti hanya satu malam, juga Nabi melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Abdul Rahman merangkak di Syurga sedangkan waktu itu Abdul Rahman masih hidup di dunia. (boleh rujuk hadis)

Atau yang lebih jelas, turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.

Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk taubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa itu di tangan Allah.

Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu untuk bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.

Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:

“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”

Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!

Tak payah pening kepala namun jika masih nak guna mesin masa secara islamik, masih ada caranya, aku pernah guna sewaktu mendaki gunung Kinabalu tahun lepas.

Alkisahnya, lagi satu kilometer nak sampai ke puncak,  waktu itu aku rasa diri ini adalah sangat penat sangat, aku terus duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambal pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.

Aku terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2030 kot? Aku ternampak diri aku yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.

Lepas tu aku rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar aku dan basuh punggung aku dengan kasar sebab aku dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu aku pejam mata dan berdoa agar aku dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman aku sihat dulu dulu. Berikan Aku Paradox Universe!

Dan Alhamdulillah! doaku makbul!

Aku bukak mata, aku tiba tiba ada di pertengahan gunung kinabalu, aku pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, aku hisap coklat manis dengan nikmat, aku teguk air gunung dengan bahagia, aku melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki, lalu aku teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus aku berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya aku sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.

Alhamdulillah. Nikmat mana lagi aku dustakan?

So, nasihat aku, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima ke sepeuluh minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.

Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap!

Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Abu Lahab berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik penjaga Neraka agar kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah telur harga naik pun, PTPTN kena bayar pun takpe, takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.

Oh Tuhan, aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!

Sekali korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhamdulillah! Doa Paradox Universe korang dah makbul!

Jadi pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…

Ok, enough internet for today- Please enjoy the rest of your life with Alhamdulillah!

Woha!


No comments: