Sep 7, 2016

Kenapa doa anda tidak makbul?

(tanya sama abang keretamayat-)

Soalan pembaca: 

Assalamualaikum. Maaf mengganggu saudara Hamka
Saya ada soalan nak tanya. Semoga saudara hamka tak keberatan untuk jawab.
Soalan saya macam mana kita nak buat untuk pastikan hati kita bole terima dengan terbuka dan berlapang dada seandainya doa kita dan usaha kita atas sesuatu Allah tidak makbulkan. Andaikata apa yang kita hajat tidak dimakbulkan Allah, boleh tak kita masih terus berdoa dan berusaha untuk hajat tersebut walaupun kita sendiri rasa mcm memng dah tak layak untuk hajat trsebut atas faktor umur, tanggungan dan etc.

Sebab telah berusaha dan berdoa sejak umur muda sampai dah meningkat umur. Jadi mcm mana nak didik hati kita supaya berlapang dada dengan apa yang Allah telah tentukan instead of menangis dan rasa kecewa yang mana boleh jatuh kufur atas nikmat Allah yang lain.
Sekian

Wassalam

*******

Hamka said:

Salam.

Maaf menggangu dari anda telah aku terima, dan aku pernah tulis isu ini dalam buku Permata Yang Hilang Kini di Jumpai. Mungkin tak selari dengan masalah anda, tapi point ada di sini.

Jadi aku akan ringkaskan point untuk masalah ini agar korang senang nak rujuk, insya-Allah:

1. Ramai orang berdoa nak turunkan harga minyak, nak suruh kerajaan letak jawatan., nak suruh israel berundur dari palestin., nak mufliskan perniagaan orang yahudi.. Tapi kenapa doa mereka tidak makbul? Minyak tetap naik, kerajaan yang sama tetap memerintah, Israel tetap serang palestin, syarikat yahudi tetap kaya raya..kenapa?

2. Jawapannya adalah Kerana doa itu tidak di makbulkan oleh Allah, Kenapa doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah, sedangkan di kalangan mereka aku tengok ada ramai ustaz dan ustazah, ramai alim dan alimah, kenapa ?

3. Pembakang cakap, doa tak makbul sebab kita takde Negara islam, ada ustaz cakap, doa tak makbul sebab ummat hari ni banyak makan benda haram, riba, dan sebagainya, Aethist cakap, doa tak makbul sebab tuhan tidak wujud, semua ada hujah masing masing.

4. Yang pastinya, Zaman ini bilangan orang pergi hají dan bilangan orang islam lebih ramai berkali ganda dari bilangan orang islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Syria, dan lain-lain,” tapi doa masih tak makbul, kenapa?

5. Bagi aku, Antara salah satu sebab musabab doa korang tak makbul adalah kerana korang salah teknik dalam berdoa sebab tak faham apa itu takdir.

6. Sebagai contoh, jika muka korang hodoh gila babi lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah: “Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Mackenzie Foy. Lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri?

7. Jadi doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…

8. Sepatutnya korang doa macam nih… “Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini: (sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi orang yang muka lebih buruk dari korang) lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yang berlaku? Kalau doa ‘sabar’ korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih, ada iras iras Karenna kapoor..Woha!

9. Jadi dalam doa, cuba mintak dengan Allah hari-hari agar dikurnia hati yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala ujian.

10. Cuba tanya diri, sekarang ada korang doa sabar dengan apa yang korang tak suka? .. berapa kerat antara kita yang doa sabar dengan kesusahan berbanding yang berdoa supaya kesusahan tu hilang?

11. Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai..lambatnya gaji..apahal awek aku tak tepon nie, lambatnya cuti, …apatah lagi kita nak sabar dengan benda yang kita benci! Jadi korang tahu kenapa Allah bertalu-talu bagi korang susah? Adakah Allah nak korang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan kesusahan? Atau Allah nak korang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korang naik?

12. Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak ‘hati yang bersabar’?

13. Nampaknya aku kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi better korang rujuk ustazlah…jadi Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang sahabat Nabi: “HATI YANG SENTIASA BERSABAR”

14. Cuba rajin buka kitab, rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni: bila batu dihempap atas dada Bilal Ra, Bila Khabbab RA di seret atas bara api sampai bara api padam kerana lelehan lemaknya, Bila Sumayyah di seksa, Bila Abu Bakar Ra di pukul sampai rata mukanya, Bila Nabi sendiri di baling batu, Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir? Buat batu tu stop macam Neo dalam the matrix stopkan peluru? Kenapa Allah biarkan saje NabiNya di baling batu dan Sahabat Nabi di seksa..?

15. Tak lain tak bukan… Kerana Allah nak uji iman mereka, dengan perantaraan sabar!

16. ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!

17. Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll? Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita, Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar… Dan..SABAR itu kepala kepada iman!

18. Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup korang? Ada korang mintak hati yang bersabar? Tidak, sebaliknya korang menjerit terlolong sana sini dan salahkan orang lain, salahkan kerajaan, salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalu bunuh diri!Nauzubillah.

19. Cuba rujuk cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…Nabi Zakaria mengerang kesakitan,.lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’ menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat.

20. Cuba rujuk kisah Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif, Nabi sabar dan doa kebaikkan untuk mereka sambil air mata Nabi bergenang.

21. Cuba rujuk kisah ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba sekor telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi Musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini? Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanaAllah…

22. Itu belum aku cerita Nabi khaidir yang enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar

23. Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yang besar dalam hidup adalah memiliki hati yang sabar…

24. Korang tahu apa itu sabar? Sabar terbahagi kepada dua: Satu: Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan Dua: Sabar menahan segala penderitaan..

25. Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah: TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!

26. dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah : TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!

27. Rujuk Al Quran kisah sabar dalam perang: “Maka jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan jika di antara kamu ada seribu orang yang sabar niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang musuh dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” , rujuk ayat ini diturunkan waktu perang badar, orang kafir ada seribu, dan orang islam ada tiga ratus lebih, lalu Allah suruh sabar, dan Allah bersama orang yang sabar, jadi bila ada masalah, kita kena doa supaya Allah bagi sifat sabar pada kita dalam hadapi kesusahan, dan bila dah ada sifat sabar, maka mudah untuk kita selesaikan masalah itu kerana Allah janji akan bersama orang yang sabar, nikmat mana lagi yang aku dustakan?

28. Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..

29. Ni lagi satu…bila korang ada hajat dan buat solat hajat, berapa raka’at korang solat hajat? Apa? Tak dengar…Dua?.. DUA SAJER!? Saidina Ali yang tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah ruah, aku yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sajer supaya dimudahkan urusan hutang piutang..oh…kalau lah malaikat tu jenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa aku, adohai…


30. MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yang bersabar. Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..

31. Jadi yang tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar dengan sifat suami?

32. Yang tak tahan dengan karenah majikan, dah doa belum sabar dengan sifat majikan?

33. Yang tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa belum sabar dengan rezeki Allah?

34. Yang tak tahan dengan karenah anak-anak, dah doa belum sabar ngan sifat anak?

35. Yang tak tahan dengan karenah pemimpin, dah doa belum sabar ngan sifat pemimpin?

36. Bila korang ada sifat sabar, masalah korang akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat sabar ditimpa masalah. Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang berjaya isteri yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat sabar yang luar biasa.

37. Lagi satu ada ustaz cakap, Allah akan betulkan orang yg menyusahkan kita bila kita bersabar dengan mereka, (macam Nabi dan penduduk mekah) dan Allah akan biarkan mereka menyusahkan korang yang tak nak bersabar dengan mereka!

38. Kerana itu korang boleh tengok negara yang rakyatnya terus di tindas, isteri-isteri yang terus menerus di zalimi suami..kenapa? kerana mereka bukan nak bersabar tapi tak bersyukur dan tak bersabar malahan nak menentang pula!

39. Ketahuilah, Allah yang keluarkan masalah, Allah juga yang menyelesaikan masalah.., kembalilah kepada Allah.

40. Ada ustaz cakap, Seorang isteri yang bersabar dengan karenah suaminya-Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak suaminya. Seorang rakyat yang bersabar dengan karenah pemimpinnya-Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak kerajaanyanya.

41. Apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah, ada benda lain lagi yang patut korang doa sampai keluar air mata darah!

42. Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR.

43. mintak jugak dengan Allah supaya bagi hati yang sentiasa bersyukur,

44. Bila korang ada sifat syukur, masalah korang akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat syukur ditimpa masalah. Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang Berjaya, isteri yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat syukur yang luar biasa.

45. Perkara seterusnya korang dan aku kena mintak dengan Allah supaya bagi sifat ikhlas dalam beramal, Dan seterusnya korang kena mintak dengan Allah supaya bagi hati yg sentiasa takut dengan dosa yang lalu dan akan datang..

46. Ketahuilah, Orang yang jahat adalah orang yang lupa pada dosanya, Orang yang baik adalah orang yang lupa pada amalnya,

47. Ya Allah, PILIHlah aku menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, GUNAkanlah aku menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, BANTUlah aku menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, TERIMAlah aku menjadi orang islam yang soleh.

48. Hari ini kita semua telah dipilih menjadi orang islam, tapi takut bila kita mati kelak, kita tidak diterima sebagai seorang islam, maka mintaklah dengan Allah supaya gunakan kita sebagai asbab hidayat dan mintaklah Allah Bantu kita dalam mencari hidayat dan menjadi asbab hidayat.

49. Bagi mereka yang di timpa masalah, ingatlah: Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku,alangkah ringannya penderitaan ini.


50. Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Sekian.


(di olah semula dari buku PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI)

Ps: siapa baca sampai habis, korang memang seorang yang sabar, Alhamdulillah

13 comments:

Anonymous said...

tiada kesabaran rupanya aku.......................... ..

Anonymous said...

Nak ending lagu lamunan terhenti aris ariwatan edited by hamka :D

Anonymous said...

terkesan. tq for sharing.

Unknown said...

Dah sampai #20, aku dah jadi kurang sabar... "berapa panjang lagi ni..." dah mula speed reading (baca: skip reading).. wohaa.. terkena kat ayat akhir Hamka.

addyhaiqal said...

ASSALAM...

Saudara Hamka....boleh tak tolong huraikan lagi point ke 46 ini....

>>> 46. Ketahuilah, Orang yang jahat adalah orang yang lupa pada dosanya, Orang yang baik adalah orang yang lupa pada amalnya,


Terima kasih atas perhatian yang diberikan yea... :)

Harun Ismail said...

Point no 3. Hamka tulis, pembangkang cakap doa tak makbul sebab kita takde negara islam. Betul ke? Cuba hamka bagitau pembangkang mana, masa bila. Kalau tak dapat, jadi fitnahlah tu. Dapat satu kes kena berdepan di akhirat. Abang tabligh... abang tabligh...

Harun Ismail said...

Abang tabligh pun kena barsabar. Bersabar menuntut ilmu Al-Quran As-Sunnah bukan setakat bersemangat untuk iman dan amal sahaja, nanti jadi jahil. Bersabar berjihad menegakkan siasah yang benar, pemerintahan sunnah, bukan setakat jadi pak turut jadi kambing untuk orang jahat dan zalim. Bersabar dan berusaha menggantikan sistem ekonomi bathil kepada islam, bukan setakat usung pinggan mangkuk dari masjid ke masjid. Bersabar berdakwah kepada orang bukan islam, bukan setakat mengumpul ahli yang dah memang kaki masjid. Tak gitu abang tabligh?

Anonymous said...

assalamualaikum..
Allah itu ada sifat jaiz bagiNya..kita kene beriman dengan sifat jaiz Allah..kalo kita x beriman ngan sifat jaiz bagi Allah,
ha itu baru betul kita x sabar namanya..

xkan le org doa muka yg hodoh banyak jerawat dan sebagainya supaya Allah jadikan cantik pun kita nak intai2 sebagai x sabar hehe..

hebat n bersemangat sangat tu sheikh hehe

Anonymous said...

Aku rasa parti pas kut abg harun.. pssst (berbisik) kwn ckp pas parti ajaran syaitan..nau'uzubillah..tp bkn abg tabligh la yg ckap

ady angelcry said...

Cayalh bro....gud info,wa rsa lu ptut jdi mufti lh...gnti gn mufti2 yg ada skrg ni...anyway gud info bro....cau...

raihanah said...

semoga allah makbulkan doa kita

Anonymous said...

Assalam

Harun Ismail.
Nabi Harun dinubuatkan kenabian kerana nak bantu Nabi Musa buat dakwah...
Nabi Ismail anak kecil yang ditinggalkan (dipadang pasir kering kontang) kerana bapanya Nabi Ibrahim pergi dakwah...Kita minum air zam-zam, hadiah Allah atas kesabaran ibunya Nabi Ismail yang sanggup berpisah dengan suami kerana kerja dakwah Allah.
Pada nama kau ada usaha dakwah.

Agenda PAS atau Pembangkang hanya laku dalam Malaysia. Luar Malaysia di Singapura atau Thailand saja orang dah tak terima, tak tahu dan tak nak amik tahu...
Agenda Tabligh seluruh dunia, 250 buah negara ada jemaah tabligh bergerak, sesuai dengan gelaran Nabi saw rahmatilalamin. Jemaah Palestin pun datang ke Malaysia dan cerita penting untuk usaha dakwah, kalau tak orang-orang Palestin yang tertekan dan tension mati dalam keadaan tinggal solah dan tak beramal.

Cuba solah 2 rakaat dan minta Allah tunjuk mana usaha yang benar dari guna akal kecil anda.
Aku jarang solah di masjid dan surau sebelum buat usaha ni
Jadi, sangkaan kau Tabligh hanya target ahli masjid tu amat salah. Target kami semua sekali tanpa kira usia, pangkat atau harta. Semua insan, Allah sayang 70 kali lebih dari seorang ibu sayang anaknya. Allah bukan sayang kau saja atau aku saja
Malah, jika kau selidiki betul-betul ramai ahli PAS dari Tabligh sebenarnya.

Siapa pun kau, aku sayang sepertimana aku sayang diriku.

Tripple O 3

Anonymous said...

Alhamdulillah saya masih ada kesabaran membaca. Syukur masih ada sekelumit kesabaran. Terasa indahnya sabar.