Aug 30, 2016

Pokemon itu Ciptaan Yahudi?

(Ayah, kata kawan saya, Pokemon tu ciptaan Yahudi untuk kuasai dunia, dan maksud Pokemon dalam Bahasa melayu adalah “saya yahudi”, saya rasa ini semua tuduhan liar, tapi saya nak tanya ayah, betul ke tu?)

Hmmm, kat celah mana yahudi dapat kuasai dunia melalui pokemon?, Ok, mari kita rujuk fakta. Itu yang Islam ajar bila dapat berita, kaji dan rujuk pada ahli. Bukan terus sebar dan paksa orang percaya.

Ok, lepas ayah dah kaji jap tadi, ayah dapati Pokemon sendiri pernah di kritik oleh Anti-Defamation League yang terdiri dari sebahagian pemeluk agama Yahudi dan mereka siap suruh syarikat Pokemon ubah simbol dekat kad gambar raksasa Golbat dan Ditto karena gambar itu ada unsur anti yahudi, ada macam logo Nazi jerman katanya. Woha!

Eh? Bila Yahudi sendiri kritik Pokemon, jadi siapa cipta Pokemon?

Ok, pencipta Pokemon adalah prang Jepun, Namanya Satoshi Tajiri. Masa kecik hobinya suka tangkap belalang, serangga dan berudu di sekitar kawasan rumahnya, iaitu di Tokyo Jepun. Tapi bila dewasa beliau dapati budak budak zaman sekarang susah nak dapat feel tangkap serangga dan berudu sebab dunia makin maju. Susah nak cari belalang dan berudu zaman sekarang, Jadi beliau cipta permainan yang ada feel rasa kepuasan tangkap serangga dan berudu.

Eh? kenapa tangkap raksasa, kenapa tak cipta tangkap serangga? okey, balik pada waktu Tajiri dapat ilham nak cipta game pokemon, Tajiri terpengaruh dengan raksasa dalam Filem Ultraman, (orang jepun lah kata kan) jadi Tajiri cipta permainan tangkap raksasa dan simpan dalam Capsule Monster macam Ghost Buster tangkap hantu guna Ghost Pedal Trap. Tapi nama alat Capsule Monster ada masalah kontroversi, jadi Tajiri tukar nama alat tangkap raksasa kepada Pocket Monster. Nama itu kemudian di ringkas menjadi Pokemon.

Ya anak-anak, dan ibu bapa pembaca sekalian, Pokemon ialah singkatan kepada Pocket Monster, Pokemon bukannya bermaksud Saya Yahudi, Saya Kafir atau seumpama dengannya dalam Bahasa Yahudi yang disebarkan oleh orang malas membaca dan mengkaji lalu sebar fitnah yang akhirnya menampakkan kebodohan diri sendiri.

Akhir kata, celah mana tak tahu Yahudi nak kuasai dunia dengan Pokemon?, pingat emas kat sukan olimpik Rio 2016 kosong dan kedudukan Yahudi masih jauh di bawah Malaysia sebab pingat perak pun belum dapat. Adohai…


Ps: Kita orang islam lemah bukan sebab Yahudi kuat, kita lemah sebab tidak bersatu dan saling caci mencaci, sila take note. Hu hu.

5 comments:

cinta said...

Kan... kih3.
Asyik nk salahkan org smpai tak nampak salah sniri.

Unknown said...

singgah...

hamka said...

cinta: kan?

Hashim: selamat menyinggah

:)

Anonymous said...

Komen kereta mayat sebegini tidak bermaksud kita boleh main pokemon go.
Buang masa, Masa adalah milik Allah. Masa adalah anugerah dari Allah.
Adakah kita nak sia-siakan Anugerah Pencipta kita?

Muhammad said...

Salah satu punca umat islam lemah ialah kerana ada satu golongan yang mengaku meraka paling baik tapi tak nak berjihad menegakkan pemerintahan dan ekonomi islam. Bagi mereka pemerintah zalim mesti mereka kena taat, jadi pak turut, jadi kambing. Hidup mereka selesa, tak payah berjihad, tak payah pegang jawatan dalam pemerintahan, tak payah jihad ekonomi lawan sistem kewangan riba. Cuma usung kuali periuk dari masjid ke masjid, tak payah belajar ilmu tinggi-tinggi, cukup sekadar pikir risau pasal iman dan amal je, ilmu takdak, akibatnya mereka jadi jahil. Walau pun mereka ramai tapi mereka lemah, tidak ada strategik plan apa lagi ilmu pengetahuan. Tak gitu abang tabligh?