Aug 20, 2016

Jumpa Tuhan guna duit haram?

(cerita pendek di musim haji)

Ada sahabat lelaki dapat panggilan pergi haji, tapi duit tak cukup, lalu beliau berniaga on line jual macam macam produk.

Antara produk yang beliau jual, ada satu produk yang aku cukup tak berkenan iaitu  beliau jual Thumb drive yang ada kartun Upin dan Ipin, Didi and Frends, Boyboyboy dan banyak lagi. RM100 satu Thumb drive 8G.

Aku mesej dia secara personal cakap, haram jual thumb drive ada kartun tanpa izin dari penerbit, awak dah sama macam lanun cetak rompak cuma mereka guna DVD dan awak guna pen drive.

Pada mulanya, dia kata siapa dalam dunia ni yang tak buat dosa tengok cetak rompak?, mungkin pelukis kartun tu masa belajar dulu layan CD cetak rompak, atau guna software pirate, dan awak yang menegur saya ni, pernah juga nampak layan youtube yang di upload secara haram oleh user waktu zaman maharajalawak sedang top.

Ok, jika nak cerita dosa orang, memang tak habis, tapi dosa orang bukan alasan untuk kita buat dosa yang sama, malahan jika ada orang kepit rokok di tangan dan nasihat orang jangan merokok, maka nasihatnya betul, kerana nasihatnya adalah fact. Nabi pun ada pesan jangan tengok orang yang bercakap, tapi dengarlah apa yang dia cakap.

Dia tetap nak berkeras nak jual thumb drive kartun cetak rompak sebab aku dah bank in RM 100, kata aku, duit tu saya hadiah untuk awak pergi haji, ingat! awak nak PERGI HAJI, kenapa nak guna wang dari sumber yang haram untuk berjumpa dengan ALLAH?

Dengar perkataan “berjumpa dengan Allah guna duit haram” terus dia up status FB mintak maaf kepada yang dah bank in, dan akan pulangkan wang sebab hukum haram tetap haram walaupun di nasihat oleh orang yang banyak dosa macam Hamka Kereta mayat.

Pendek cerita, semalam dia call, duit semua dah cukup, alhamdulillah. Katanya Allah bagi rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka, dia juga sangat berterima kasih kerana menegur isu jual thumb drive cetak rompak.

Aku pesan pada dia, jika teringat aku kat Mekah, doakan dosa aku tengok cerita cetak rompak di ampuni.


Hu hu…
Post a Comment