Sep 13, 2016
Pesanan kepada Haji?
(Pesanan kepada sahabat yang terpilih pergi Haji-Tahniah!)
1. Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah,
bahawa korang dah tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan
doanya, di sana, Taubat manusia pertama di terima, maka di mana sahaja penjuru
Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, bertaubatlah dengan bertalu-talu, dan
jika teringat, sertailah nama aku dalam Taubatmu.. Sesungguhnya Taubat itu
penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.
2. Sesungguhnya, Nabi Ibrahim a.s tidak di perintahkan untuk
meninggalkan anak isteri begitu sahaja di Mekkah. Tapi di tinggalkan di tempat
yang tiada orang, di tengah padang pasir, dan di tempat yang tiada air, Itupun
setelah bertahun lamanya menunggu anak pertama lahir, namun dalam ketaatan
kepada Allah, di tinggalkan juga sedang si anak masih menyusu. Itupun bukan 40
hari, tapi bertahun tahun lamanya. Namun TAAT mengatasi segalanya. Setelah 10
tahun berlalu, kepulangan Nabi Ibrahim a.s di sambut gembira anak dan isteri.,
namun janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji. Dan ujian TAAT telah
bermula dan terus bemula. Ketahuilan, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk
sembelih seekor binatang tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, bukan
sebarang manusia, manusia itu adalah anak dia, anak itu bukan ada adik beradik
yang lain, anak tunggal dari ibunya, dan baginda taat melakukannya. Maka di
mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Taatlah akan segala
peritah Allah dengan bertalu-talu., Taatlah waktu solat jemaah, waktu haji dan
Umrah. Sesungguhnya Taat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu
mengerjakan Haji.
3. Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita
tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim
a.s dalam ujian mencari air., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian
di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa Safar dan Marwah, merejam
syaitan, dan ibadah korban. Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah,
atau di antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan
bertalu-talu..., Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia,
Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan
Haji.
4. Beribadat di Masjidil Haram di Mekkah bersamaan 100,000
kali ganda, bersolat di masjid Nabawi di Madinah bersamaan dengan 1000 kali
ganda, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 kali ganda, maka
jangan ponteng solat jemaah. Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih
penting lagi di waktu mengerjakan Haji.
5. Saidina Umar R.a ketika ditanya perbuatannya mencium
hajarul aswad, maka beliau menjawab: “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu
memberi faedah dan mudarat, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah
tentu aku tidak akan mengucupnya” Ini jelas menunjukkan bahawa para sahabat
melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa
menokok tambah berdasarkan akal semata-mata. Maka jika korang tengok ada yang
berjalan ke Arafah dan tidak naik bas macam korang, maka ketahuilah mereka
sedang ikut sunnah, atau apa sahaja amalan yang korang nampak kono dan
sebagainya, jangan komplen dan kutuk.. Atau korang rasa meluat tengok ada orang
yang menangis bagai nak rak dekat kubur Nabi, sedang korang cool sahaja,
biarlah mereka menangis, korang tak tahu bagaimana cintanya mereka pada Nabi, dan
jika teringat, sudilah kiranya sampaikan salamku dengan melafaz namaku di
hadapan Kubur Nabi SAW.
6. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan
wajib haji dengan akhlak terpuji, Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan
Madinah, atau di antaranya, Berakhlaklah, Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan
lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.
7. Bagi yang pergi Haji atau tidak, janganlah kita lupa akan
pesanan nabi di waktu menunaikan haji wida, agar supaya semua ummatnya
mengerjakan kerja Dakwah. Rujuk khutbah terakhir Nabi yang menyuruh sampaikan
pesanannya kepada seluruh alam, pesan Nabi: "Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada
hamba-hamba-Mu."
8. Balik haji jangan merajuk orang lupa panggil dengan
gelaran haji atau hajjah. Hidup ini singkat sahaja. Huhu.
Sampai sini dulu. Selit namaku dalam doamu jika teringat.
Hamka keretamayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Amin...n azam naik hj...terlebih dahulu..nak kna buka akaun hj
buka akaun tabung haji, zahirkan niat, amin. :)
Post a Comment