Klik sini untuk Goodreads page
Jul 12, 2016
Kenapa saya kena tipu?
(tip untuk mengelak dari kena tipu, baca sampai habis dan
sila bersetuju di hujung karangan)
Orang melayu kita, (bukan semua) bangga benar bila cerita kelemahan diri
sendiri, tapi bercerita dengan bangga tanpa malu.
Contoh:
“Hamka, awak sekarang penulis kan?, maaflah, akak dah lama
tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”
“Bro, tahniah jadi penulis, tapi itulah, aku beli buku lima
tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa…”
“Adik Hamka menulis buku? Makcik tak boleh baca buku yang tak ada
gambar, pening!”
“Abang Hamka ada buku sendiri? Maaflah, adik sibuk sangat,
sejak kahwin 10 tahun dulu, langsung tak baca buku, tak sempat”
Dalam hati aku, WTF (wei, tak faham lah?)
Wei!! Perlu ke kita bagitahu orang ramai kelemahan diri tak
mampu baca buku. Jika borak dengan orang kafir yang datang melancong Malaysia
tak malu ke korang mengaku tak suka baca buku dengan bangga sedangkan Islam
mengajar umatnya budaya Iqrak?
Jap-jap, kejap!, prosa “saya dah lama tak membaca” tu,
kelebihan ke kekurangan? Atau korang rasa bangga mengaku tak suka baca buku dan
anggap ianya satu kelebihan? WTF?
Aku tanya ni?, “saya dah lama tak membaca” tu, kelebihan ke
kekurangan? Tak payah nak ambik masa fikir, Dah tentulah kekurangan dik oiii.
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa jalan
jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak membaca
kah korang? Korang buat apa?
Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa nak
bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?
Aku nasihat, lain kali, jangan mengaku tak suka membaca,
bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas membaca
kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah korang kena
tipu.
Sebab raya baru ni, aku jumpa balik orang yang mengaku malas
membaca raya tahun lepas, katanya:
“Hamka, akak kena tipu pelaburan jual beli lot kurma, habis
beribu melabur tak dapat modal, akak siap keluarkan duit tabung haji sebab
dengar cerita Kerajaan nak kebas duit tu lepas kebas KWSP, jadi akak dah
melabur beli lot tu dalam RM30 ribu, dapat dua bulan pulangan, RM 3 ribu, lepas
tu ejen lari bersama wang deposit, kenapa kerajaan tak tangkap penipu ni?”
Aku tepuk dahi sendiri, sebelum sorang lagi yang mengaku
malas membaca bersuara:
“Bro, bisnes emas aku dah tersontot, katanya melabur emas ni
Sunnah Nabi, emas tak ada riba, jadi kena tukar duit kepada emas, elok melabur semua
duit simpanan kepada emas, siap buat pinjaman peribadi lagi, tapi bila dapat
banyak duit, tauke tu lari tak nampak muka, emas hilang, wang melayang”
Aku geleng kepala, lepas tu dengar pulak rungutan orang lain,
yang pernah mengaku tak suka baca buku:
“Adik Hamka, makcik dah kena tipu, melabur beli penapis air
belas belas ribu konon boleh rawat kanser, padahal semua tu bohong, dah lah
makcik gadai semua barang kemas beli 10 bijik mesin penapis air, sekarang laki
makcik dah membebel sebab kat dapur penuh stok penapis air tak ada orang nak
beli, Hamka nak beli?”
Aku jawab tak nak, lepas tu ada pulak keluhan dari belakang,
ya, orang yang sama mengaku tak ada masa baca buku:
“Abang hamka, anak saya tak vaksin sebab ada nanah babi, sekali kena batuk kokol,
habis duit beribu ringgit beli selimut garam bukit, bantal aura terapi, tilam kain
kaabah, dan berbotol botol air tapis yang di baca dengan ayat Al quran, tapi sakit
anak makin parah, duit berubat makin susut. Macam mana ni?”
Aku suruh pergi hospital, katanya hospital ni agenda yahudi
big farma senjata sulit dajjal nak bunuh orang islam, arghhh, malas aku nak
layan. Dalam hati aku berbisik, Siapa suruh korang mengaku malas membaca? Kan
dah kena tipu! Adohai..
Pesan aku, kepada korang semua, jangan mengaku malas membaca
depan orang lain, bodoh tu simpan, jangan tunjuk dan mengaku, adohai..
Dah! sudah! pergi baca buku sebulan sebijik (sekurang-kurangnya) mulai
sekarang, dan ubahlah masa depan!
Jika malas baca buku berat berat, boleh mula dengan buku
indie seperti:
“Menangkap Dajjal atau Kamar Sutera” Banyak tip untuk elak
kena tipu dalam buku tu. Serius!
Eh? Terpromote buku sendiri pulak, arghh, senang cerita,
korang pergi ke Goodreads, dan baca review buku buku yang best, lepas tu beli, read
and be educated!
“Goodreads tu apa?”
Tanya hamba Allah tadi, Ok, Tarik nafas, bertenang, cakap
lemah lembut:
“GoodReads merupakan laman sosial yang khas untuk buku. Sama
macam FB atau IG, GoodReads mempunyai link friend, group, juga discussion. Bezanya,
GoodReads membolehkan korang untuk link buku sudah dibaca (read), buku yang
sedang dibaca (currently reading), dan akan dibaca (to read). Di laman ini,
pengguna dapat saling rekomen buku bacaan dengan memberikan review masing
masing”
“kena daftar macam Facebook kah?”
“ya, boleh link guna akaun facebook”
“arggg, malas lah nak daftar daftar ni, sibuk, boleh tolong
daftarkan tak?”
Dalam hati aku: “kenapa aku bercakap dengan kau? Apa aku
buat kat sini?, kenapa aku bercakap dengan orang yang tak nak majukan diri? Baik
aku blah” Lalu kata aku:
“err, saya pergi dulu, ada kerja jap, tiba tiba dapat idea
nak menulis”
“Eh? Awak ada tulis buku baru pulak ke? Buku lama awak pun
saya belum baca, dah ada buku baru nanti, tak tahulah bila saya nak baca, he he
he”
Boleh pulak gelak dengan kelemahan diri yang malas membaca,
lalu aku jawab:
“Bagus sebenarnya korang tak baca buku aku, sebab dalam buku
tu aku banyak kutuk orang yang berpikiran macam kau, nasib baik korang tak baca, fuh.. lega”
Lalu aku pun meninggalkan mereka dalam keadaan mata
terbelalak dan mulut menganga.
Woha!
Ps: Dulu Nabi cerita kat sahabat, mereka tulis di atas kulit
kambing, dan sahabat bacakan pada anak bini di rumah, jadi di akhir zaman ini,
setiap rumah kena ada Buku Taklim, (kitab agama) dan sila baca setengah jam
sehari bersama anak bini. Buat macam ustaz Ebit Lew ajar dalam ceramah dia. Pesan
pada diri sendiri. I rest my case.
Klik sini untuk Goodreads page
Klik sini untuk Goodreads page
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
RAHSIA ORANG KAYA- oleh Azizi ali
Bagaimana jika saya beritahu anda satu rahsia tentang orang kaya? Adakah ia akan mengubah hidup anda? Adakah anda akan menggunakan maklumat tersebut untuk menjadikan kehidupan anda lebih baik? Adakah anda akan mengambil tindakan supaya anda juga boleh menjadi kaya?
Saya rasa jawapan kepada semua soalan-soalan di atas adalah ya. Kita semua – kecuali mungkin sami dan mistik – ingin menjadi kaya. Kita semua mahu lebih banyak wang supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Berita baiknya ialah saya akan mendedahkan rahsia tentang orang kaya dalam post ini. Rahsia ini bukan sahaja rahsia tentang orang kaya zaman sekarang tetapi juga rahsia orang kaya zaman dahulu juga. Ya, orang-orang kaya telah memegang rahsia ini untuk sekian lamanya. Mereka telah menyimpan rahsia ini untuk diri dan keluarga mereka untuk masa yang sangat lama. Rahsia ini adalah salah satu sebab mengapa mereka kekal kaya dari generasi ke generasi!
Jadi, saudara-saudari sekalian, datang lebih dekat, dan saya akan dedahkan rahsia ini – ORANG KAYA BANYAK MEMBACA.
Ya, orang kaya banyak membaca, dan mereka telah berbuat demikian sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Untuk pengetahuan anda, sehingga kira-kira seratus tahun yang lalu, hanya golongan bangsawan, yang berkuasa dan yang kaya sahaja yang pandai membaca. Saya ulang – sehingga kira-kira seratus tahun yang lalu, hanya golongan bangsawan, yang berkuasa dan yang kaya sahaja yang pandai membaca. Jadi sementara mereka menjadi lebih bijak, baik dan bagus kerana dapat menimba ilmu, rakyat yang lain masih lagi terpinga-pinga dalam kegelapan. KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN BERMAKNA KURANGNYA KEMAJUAN DAN KURANGNYA HARTA KEKAYAAN.
Semua ini tidak menghairankan. Malah semuanya kelihatan begitu jelas. Bagaimana orang hendak menjadi lebih baik jika mereka tidak tahu membaca? Bagaimana mereka boleh belajar kebijaksanaan daripada nenek moyang mereka jika mereka tidak boleh membaca? Semua pengetahuan dan kebijaksanaan itu akan hilang, mungkin selama-lamanya.
Ini bukanlah teori; ini adalah kebenaran. Dan saya tidak perlu pergi jauh untuk berkongsi contoh. Nenek saya seorang yang buta huruf seperti kebanyakan orang dalam generasinya. Walaupun dia seorang ibu dan nenek yang hebat, dia tidak kaya.
Dan saya tahu di mana saya akan berada sekiranya saya tidak pandai membaca – membanting tulang di sawah padi! Dan anda pastinya tidak akan membaca post ini pada hari ini.
Inilah sebabnya mengapa saya bersyukur saya tahu membaca.
Dan saya bercadang untuk mendapatkan sebanyak-banyak manfaat daripada membaca. Inilah sebabnya mengapa saya membaca 3 buah buku seminggu dan telah membaca lebih 900 buku setakat ini.
Saudara-saudari sekalian, kebolehan membaca adalah satu berkat, keistimewaan dan anugerah. Anda dan saya perlu memanfaatkan anugerah ini sebaik mungkin. Kita mesti membaca supaya kita boleh menjadi lebih baik, lebih sihat, lebih gembira dan lebih kaya.
Bace wasap ngang fasibuk je banyok...
baca facebook atau wasap, problemnya tak ada editor tapis, tak ada pembetulan selepas cetekan kedua, tak ada peluang betulkan fact, ayat last tu terkejut
membaca jambatan ilmu, malas membaca jambatan bangan
BEST
Iskkk...malas btol nak membaca...ehhh dah abis dah baca entry ni...
Bacalah kamu (dan aku) sebelum kamu dibacakan talkin...
dah makin boring dah blog ni jom diskus bumi bulat vs bumi datar..amacam...
azizi ali- walau c/p, thanks, same meaning :)
termizi- betul kata anom, baca facebook atau wasap, problemnya tak ada editor tapis, tak ada pembetulan selepas cetekan kedua, tak ada peluang betulkan fact.
dubook- bangang bang, bukan bangan
Abu- like!
Sky- kebolehan baca buku tebal adalah anugerah
anom- bumi bulat vs bumi datar? nak debat?, buang masa, jangan hina kebijaksanaan diri sendiri
jadi manusia kebulan tu tak hina kebijaksanaan? Tak per lah, saja jer nak try hangatkan blog ni balik, anyway selamat menjalani kehidupan 'mainstream' yang aman damai... Selamat hari raya, nak mohon maaf sebelum ni kalau tekasar bahasa kat ko..
debat pergi ke bulan tengok hujah, ada yang ok, ada yang ke laut, tapi jika nak hujah bumi tak bulat, bukan zaman ni, kena hujah sebelum Columbus temui amarika. woha!
apaapapun, aku selaku tuan tanah, minta maaf jugak sebab selalu terkasar bahasa.
maaf anda di terima
:)
alhamdulillah tq bro
Zaman moden ni, bukan sahaja dengan baca buku, banyak cara lain yang boleh digunakan untuk tambah ilmu.
Di Youtube contohnya, banyak channels yang kita boleh rujuk untuk pelbagai ilmu, macam Khan Academy (sains), Zon Kuliah (agama), Engineer Clearly (kejuruteraan), Minutephysics (fizik) dll. Boleh jugak dengar perdebatan/perbincangan ilmiah, seperti debat di university Oxford, debat tentang bumi itu sfera atau mendatar (cari "Neil deGrasse Tyson) dll.
Selain Youtube, kita boleh pergi ke TedTalks untuk dengar ceramah umum pasal pelbagai bidang, siap ada transkrip lagi.
Masa memandu pulak, boleh dengar podcast menggunakan handphone, macam Clarke Howard Show (finance) dan Dose of Leadership (management).
Pokok pangkalnya, kita kena ada niat nak carik ilmu. Bukan bagi alasan kenapa tiada masa nak tambah ilmu.

ππΌππ
A general rule of thumb when speaking to Malaysians, particularly Malays.
Sepanjang 29 tahun saya hidup, hampir 7 tahun di negara Barat dan selebihnya di Malaysia, saya perhatikan ada masalah tentang pemikiran orang melayu. Selain daripada Minda Tertawan (yang diutarakan oleh Prof. Syed Hussein Alatas) dan minda neo-feudal (yang diutarakan oleh Pendeta Za'ba), orang melayu kebanyakkannya ada minda binari (binary mind). A binary system is usually used for computing mathematical operations. It only uses 0 or 1. Likewise, people with a binary mind only see black or white, friends or foes, you or us. Deduksi pada otak mereka adalah, jik p maka q. Jika bukan p maka bukan q. Hidup mereka hanya ada hitam dan putih, tidak ceria dan riang ria seperti pelangi. Malah lebih teruk lagi, menurut Prof. Tariq Ramadan dalam bukunya The Quest for Meaning, 'binary mind usually leads to dogmatic mind.'
Dogmatic mind inilah salah satu punca besar kepada banyak masalah di dunia termasuklah kejatuhan tamadun Andalusia. Binary mind hanya melihat sama ada PAS atau 'kafir', khalifah atau kufur (demokrasi), bunuh atau dibunuh (rujuk ISIS). Contoh lain, apabila kita solidariti bersama mangsa keganasan di Paris, kita akan dituduh tidak bersolidariti bersama mangsa letupan di Turki. Ketika kita menyokong human rights, maka kita dituduh melawan Islam. Ketika kita menyokong demokrasi, kita dituduh kufur dan melawan manhaj kenabian. Ketika kita menyebarkan kebaikan non-Muslim untuk mengurangkan persengketaan antara agama dan mengajak kepada keharmonian (li ta'arafu), kita dituduh inferior dan cenderung kepada kekafiran. I don't know where people got this assumption. Ketahuilah orang berminda binary ini penuh dengan syakwasangka (su'uzzhon) dan racist.
Dan kerana binary mind inilah Malaysia bergolak dengan pelbagai masalah dan krisis. Binary mind ini melahirkan budaya takfiri dan ISIS. Masuk PAS atau masuk 'neraka'. Feminisme, human rigths, activisme semuanya kufur. Yang betul, suci dan ahli syurga hanyalah diri sendiri. Apabila manusia hanya melihat hitam dan putih saja, terlalu sukar untuk mengajak mereka melihat warna pelangi, merai dan menghargai keindahannya. Dunia mereka yang hitam dan putih seperti TV black and white tahun 70-an. Memang ketinggalan zaman. Agak mustahil orang lain mampu mengubati orang berminda binary ini melainkan mereka mengubatinya sendiri. Kerana seringkali orang berminda binary ini tidak sedar mereka itu sakit dan membawa penyakit yang mampu meruntuhkan tamadun (seperti di Andalusia). Lebih teruk mereka sendiri tidak mahu diubati kerana selalu anggap diri mereka saja yang benar di dunia ini. Selain dari mereka adalah kufur dan jahil.
Hanya ada 2 ubat untuk merawat binary mind ini. Pertama, membaca, membaca dan membaca. Sebab itu Prof. Tariq Ramadan kata, tujuan pertama iqra' (wahyu pertama) adalah untuk melakukan anjakan paradigma mengubah mentality dan persepsi. Kedua, berjalan/merantau (membaca alam, manusia dan sosio-budaya). Dengan membaca buku dan membaca alam, semoga dapat mengubati penyakit binary mind ini. Binary mind impedes further intellectual discourses and nation building. Sebab penyakit inilah susah untuk bercakap dengan kebanyakkan orang melayu, terutamanya di media sosial. Jika terjumpa orang-orang binary mind ini, tinggalkan saja. Delete komen mereka atau block mereka dari facebook. Jangan buang masa !!!
Assalam
Kena tipu kerana malas membaca.
Miskin kerana malas membaca.
Penghulu segala nabi dan rasul dipilih dari kalangan orang yang tak tahu membaca.
Nabi saw mohon dibangunkan dengan orang-orang miskin di akhirat.
Kena tipu adalah hadiah dari Allah, kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Rabb.
Orang miskin kebanyakannya terlepas dari sifat ujub dengan diri sendiri, sombong, kikir dan sangka buruk, di akhirat penghisabannya cepat...vice versa dengan orang kaya.
Orang yang kaya bantu yang miskin dengan kasih sayang...
Orang yang pandai kerana suka baca buku ajar yang bodoh tak suka baca dengan kasih sayang...
Bukankah kita lengkap melengkapi?
Bukankah orang miskin (tak suka baca buku) yang dibendang tu usahakan padi yang kita makan hari-hari dari baby sampai mati?
Bukankah orang miskin (tak suka baca buku) yang kutip sampah kita hari-hari sampai kita mati?
Life is a joke, don't take it seriously
TrippleO3
Raya Mekar...
Nabi tak tahu membaca bukan malas membaca. Beza tu saudara anon di atas. Banyak yg kena tipu sebab malas membaca. Kalau tak tahu membaca payah nak tipu sebab biasanya dia akan minta pandangan org lain dulu..
"Kena tipu adalah hadiah dari Allah.."
Wow! Ini adalah statement yang menarik.
Baca dari mana tu? =)
"Kena tipu adalah hadiah dari Allah..."
Wow! Statement yang menarik.
Baca dari mana tu? =)
Orang banyak membaca pun boleh jadi banyak kena tipu!
Cuba kau tanya abang tabligh, kenapa dia percaya ISIS ada kaitan dengan wahabi.
"Cuba kau baca wiki" kata abang tabligh.
Dia ambik kat wiki bai...
Orang banyak membaca boleh jadi banyak kena tipu juga!
Cuba kau tanya abang tabligh, dari mana dia percaya yang isis tu ada kaitan dengan wahabi.
"Cuba kau baca wiki" jawab abang tabligh." Kat wiki ada tulis"
Anonymous1:43 PM, July 18, 2016
zaman ni perlu lagi berdakwah jumpa macam Nabi?, sekarang zaman internet, dakwah di FB pun boleh? kenapa nak ikut cara zaman dahulu?
Megat
Salam tuan-tuan mulia..isu jemaah tabligh ni mmg sentiasa top ye dimana mana pun,dizaman ape pun....ulamak2 dunia pun dh bnyak bagi pendapat,imam mekah sendiri pun terima ya dgn apa yg jemaah tabligh ni lakukan...mereka cuba2 melakukan apa yg telah nabi dan sahabat2 lakukan...dimana dgn cara tersebut la 2/3 dunia telah Islam...setelah dakwah dgn cara tersebut dtinggalkan,maka kita dpat lihat zaman kejatuhan islam seperti hari ini hanya 2 billion org islam..masih ade 5 billion yg bukan islam...jadi berasal dari itulah sebenarnya dakwah cara nabi ini dibangunkan semula....maka seperti kata kebanyakkan ulamak,jangan lah kita mencaci pendakwah jalanan seperti jemaah tabligh ini..kerana mereka ambik fikir risau umat seperti nabi..tak semua orang mampu buat seperti mereka..malahan ulamak2 dunia sendiri ada yg mengakui tidak mampu utk berdakwah sprti jemaah tabligh lakukan..maka bg yg tak mampu,cukuplan sekadar hormatkan mereka..tak perlu memaki caci mereka..mereka lakukan benar2 kerana Allah..sebab tu bila mana mereka ini dihalau,diludah,dimaki ketika mmbuat ziarah rumah ke rumah,sedikit pun mereka tidak menyimpan dendam,malah mereka berdoa lagi utk si fulan tersebut supaya mendapat hidayah..sedikit pun mereka tidak merasa sakit diperlakukan begitu.Inilah kerja Nabi kita dulu ya..jd bagi tuan-tuan sekalian yg xmampu utk bersama jemaah tabligh,janganlah menghina mereka.Sesungguhnya mereka lakukan Hanyalah kerana Allah Taa'ala...memang mereka tak popular,tak masuk tv,mereka jd pendakwah jadi daei bukan dsebabkan undi tuan-tuan seprti mana yg bnyK kita lihat skrg..tp percayalah walaupun mereka tak diundi utk jd pendakwah,apa yg mereka lakukan mmg ikhlas kerana Allah.Kepada yg tak suka,eloklah diam sahaja.itu lebih baik.
Kepada soklan megat di atas:
Begini ye saudara megat,Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana,Maha Agung Mengetahui segala-galanya...kenapa tabligh masih ikut dakwah nabi...? Begini megat ,seperti juga yg saya katakan dia atas...Nabi dan sahabat melakukan dakwah dari satu negara ke satu negara dari satu negeri ke satu negeri dari satu daerah ke satu daerah dari rumah ke rumah dari pintu ke pintu...maka pada ketika itu 2/3 dunia dapat hidayah masuk Islam...berdakwah di dalam FB ataupun dikaca tv mahupun dimasjid..mereka2 yg mendengar hanyalah mereka yg berkeinginAn kepada ilmu agama..akan tetapi bg mereka yg xinginkan agama,xnak blaja ilmu agama..merekA takkan click post2 agama di Fb,mereka takkan tgk channel yg mengajar ilmu agama dan mereka takkan ke masjid utk dgr ceramah agama...yg click,yg tgk tv,yg dtg ceramah masjid hanyalah mereka yg berkehendak kepada ilmu agama...maka tiada kejayaan dengan dakwah cara tersebut..ianya tidak berjaya...Allah Maha Kuasa,Maha bijaksana Lagi Mengetahui segalanya,Kalaulah dengan cara dakwah di Fb dan tv boleh beri kejayaan dah lama Allah wujudkan FB dan TV di zaman Nabi,takdelah nabi susah2 nk dakwah smpai dibaling batu najis bagai...Maka dgn cara dakwah nabi,apa yg nak disampaikan itu sampai matlamatnya..Nabi dakwah tak kita siapa,org baik,orang jahat..orang yg tak nak agama,orang yg nak agama..semua nabi sampaikan dakwahnya...maka dengan cari itulah nabi dapat kejayaan bila mana 2/3 dunia memeluk Islam.Maka seperti yg kita tertanya tanya kenapa jemaah tabligh masih buat cara lama...itulah jawapanya,Hanya dengan dakwah cara Nabi s.a.w sahajalah kejayaan akan dapat dicapai..-Allahu'Akbar-

4 CARA MENDAPATKAN ILMU
Salah satu daripada cara terbaik untuk mendapatkan ilmu ialah melalui membaca buku. Cara ini juga merupakan cara favourite saya kerana buku adalah tepat, komprehensif dan murah. (Itulah sebab mengapa saya telah membaca lebih daripada 1,000 buah buku setakat ini. Dan saya masih membaca 3 buah buku seminggu sekarang.)
Cara kedua ialah dengan menghadiri seminar dan kursus. Cara ini amat berkesan kerana kita boleh belajar banyak ilmu dalam masa yang singkat.
Cara ketiga ialah dengan menggaji pakar atau mentor. Cara ini memang berkesan kerana ada pakar yang menunjuk ajar kita. Walaupun cara ini selalunya memakan kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan buku dan seminar, ia sering membawa keputusan yang cepat.
Mereka yang bijak akan menggunakan kombinasi buku, seminar dan mentor untuk mempercepatkan perjalanan mereka kearah kejayaan.
Ada lagi satu cara untuk mendapatkan ilmu untuk mereka yang malas untuk membaca buku atau menghadiri seminar – tunggu untuk dunia mengajar ilmu itu kepadanya! Malangnya apabila ilmu kehidupan itu datang dari dunia, ia selalunya melibatkan banyak tangisan, kerugian, kesakitan dan penderitaan!
Now that you know all these, apakah yang akan anda lakukan?
(azizi)
Assalam
Tangisan, kerugian, kesakitan dan penderitaan tidak ujud di Jannah
Hanya ujud didunia semata-mata untuk menguji manusia...
Kekasih Allah swt melalui semua perkara diatas...
Siapa kita untuk mengelaknya?
Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati dan membuat persiapan menghadapinya.
Selainnya adalah fatamorgana (with due respect)
0003
21082016
Post a Comment