Petikan E Book Kisah Laki Bini dan Puasa-ms 179 |
Jul 1, 2016
Iktikaf di masjid, bagaimana?
(KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA VERSI RARE)
Aku senyum. Bini senyum.
Aku angkat kening. Bini angkat kening juga.
Aku buat muka kartun. Bini pun sama ajuk.
Aku gelak tanpa suara. Bini gelak tutup mulut.
Aku buat flying kiss. Bini sambut flying kiss.
Aku lambai tangan bye bye. Bini pun melambai bye bye.
Aku kenyit mata. bini pun sama membalas kenyitan.
“Kau buat apa tu Hamka?” tegur ustaz, lantas aku cepat cepat
sembunyikan Smartphone yang ada aplikasi video.
“iktikaf di masjid jangan main video call dengan bini,
hilang maksud dan pahala..”
Woha!
Duduk di rumah berdua-dua-an bagi Laki Bini agak merbahaya
kepada bot bot kecil walaupun bini sudah akur dengan memakai tudung penuh dalam
rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, tetapi godaan untuk
menyelak kain bini tetap datang yang membuatkan aku mengambil keputusuan untuk
beriktikaf di siang hari.
Lagipun beriktikaf di akhir ramadhan adalah Sunnah Nabi, dan
Alhamdulillah, ada ustaz mahu buat program beriktikaf di masjid selama beberapa
hari maka dapatlah aku tumpang beriktikaf di sisi orang alim, bertambah
beruntung lagi kepada mereka yang beritikaf di akhir ramadhan adalah kepastian
mendapat ganjaran seribu bulan kerana beribadat di malam qadar. Bonus seribu
bulan tu!,
Menurut hadith yang lain pula, satu hari beriktikaf di
masjid akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu
parit adalah seperti langit dan bumi, manakala mereka yang tidak beriktikaf di
masjid dan lebih suka tidur di rumah bersama bini, hanya mendapat satu ‘parit’
sahaja…, adohai.
Namun, perlu di ingat, duduk beriktikaf di rumah Allah ada
banyak pantang larang dan Adab susila, kerana.., alahai jika mahu pergi ke
rumah PM pun ada adab tertentu, mahu pergi jumpa Raja pun ada adab tertentu,
apatah lagi mahu pergi duduk di Rumah Allah, Raja segala Raja, lagi lagilah
kena beradab!
Maka di sini, aku ringkaskan 30 ADAB MASJID yang perlu orang
islam tahu sebagai panduan bersama.
30 ADAB MASJID
1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan kaki kanan, di
padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin yang adil di
bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota badan ditubuh
badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan
keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.
2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau kecil semasa
berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam masjid,
manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!
3. Jangan lupa bacadoa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)
4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu boleh rujuk sign
board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada pergi tanya AJK
masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat beriktkaf di dalam
mesyuarat selepas isyak malam ini juga. Ingat! Tidak boleh makan dan minum
serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.
5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak pandai, terus
bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu, boleh gugurkan
nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Adohai.
6.Seandainya ada majlis ugama sedang berlangsung dalam
masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi, sebaiknya, terus
duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang yang sedang
berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis
zikrullah.
7. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu,
perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas - pakai
otak sikit!
8. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu orang
yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat. Allah Maha Mendengar.
9. . Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai
mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya.
Bacalah untuk Allah kerana Allah Maha Mendengar.
10. Jika anda mahu bersolat sunnat jangan sampai mengganggu
orang yang sedang tidur dengan niat beriktikaf.
11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama
lain, boleh insyaAllah?
12. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan ada alas tidur, al-
Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air
mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju melihat papan tanda yang
menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini bertentangan dengan Sunnah
Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa alas”.
13. Jika mahu makan pastikan ada alas makananan(saprah).
Sangat berdosa mereka yang sengaja mengotorkan masjid.
14. Masuk bab jangan mengotorkan masjid, maka jangan sikat
rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu ketiak dan lain lain
aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.
15. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam
masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main
gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.
16. Jangan alih barang atau buat hiasan dalam masjid sesuka
hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, ianya akan
meyusahkan AJK.., pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat
hiasan dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin
atau terus sedekah wang dalam tabung masjid.
17. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa
berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan.
18. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.
19. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air
mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk dalam masjid dalam
keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru boleh masuk sambung
tidur jika subuh belum masuk.
20. Dari jendela masjid, tidak elok meludah ke arah kiblat.
21, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika mahu jual
barang, sila keluar dari masjid.
22. Tidak boleh membuat pengumuman mencari barang hilang
dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di waktu yang
sesuai.
23. Tidak di galakkan membawa kanak-kanak bawah umur
beriktikaf di masjid..
27. Jika mahu keluar dari masjid maka ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)
28. jika mahu tegakkan ugama islam, bermesyuaratlah di
masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.
29. Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat ketika
beriktikaf.
30. Jangan main video call dengan bini waktu iktikaf, tak
payah gelojoh sangat. Adohai.
Sekian, beberapa adab Masjid, hari ini baru belajar adab,
jadi balik rumah dahulu, besok saya akan datang bersama alas tidur dan
kelengkapan sembahyang, saya bersedia, anda bagaimana?
Insya-Allah.
(Copy Paste dari Ebook Kisah Laki Bini dan Puasa, cerita
dari Syaaban hingga 6 Syawal-RM10-email atau pm untuk detail, 280ms)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
yang no 14 tu boleh jelaskan tak ?? setahu saya, kalau tidur kaki memang di sunat kan lunjurkan arah kiblat tak kira dalam masjid atau rumah sendiri ..
Disunatkan bagi seorang yg dah jadi mayat. sekian. Wallahuaklam.
Salam encik kereta mayat. Saya dah beli buku menangkap dajjal di waktu dhuha. Saya nak komen lah sikit. Rupanya ustaz alyas aliasak dlm buku to encik merujuk pada ustaz azhar idrus ya.? Sbb ada 1 bahagian dlm buku to ttg sorg ustaz komen pasal org pegi bulan. Saya pon search la ustaz azhar punya ceramah2 kt youtube dan saya jumpa la ceramah dia. Sebijik mcm ayat2 encik dlm buku to. Tapi kan, banyak jugak encik mengutuk ustaz "alyas alisak" to kan. Boleh saya tanya encik ni kerja apa.? Sebab encik ni arif ttg semua perkara. Perkara agama dan perkara sains. Encik ni profesor di universiti mana2 ke.? Atau ustaz yg mempunyai buku2 agama.? Saya nak search hasil kerja encik. Selain di blog ni. Terima kasih jika sudi membalas. Sekian.
bab adab tidur, dalam hadis nabi tidur lambung kanan. tiada hadis yang suurh lunjur kaki ke arah kiblat, tapi ada hadis suruh muliakan kiblat, ada ustaz cakap, perbuatan lunjur kaki dan kaangkag ke arah kiblat waktu tidur adalah tidak sopan, (kesuali oran sakit nak solat)
dalam isjtikan tabligh, tidur dengan cara kepala ke kiblat amat efectif dalam susuna saf, dan solat malam, terutama waktu orang ramai, sampi berjuta juta, wallahu'lam
Abdullah Aziz
Solat mayat.. huhuhu
Sizuka San
Alias aliasak bukan merujuk pada ustaz azhar idrus, watak itu hanyalah ciptaan dan tak ada kena mengena dengan sesiapa, jika terkena, adalah kebetulan semata mata, salah satu karektor alias aliasak, mengajar bab dajjal dengan fahaman yang salah, ustaz azhar isrus tidak mengajar macam tu.
jika nak kaji karya saya yang lain, boleh rujuk 7 buku lagi, tengok tepi side blog ini. terima kasih kerana sudi membaca buku menagngkap dajjal di waktu dhuha
Post a Comment