Jul 25, 2016
Aku, Nasi Lemak dan peminat?
(Tajuk asal Cerpen ini, Antara Sahiba dan Star Wars ada nasi lemak dan telur separuh masak, popularkah aku?)
Aku ni bukan orang popular, keluar mana mana orang tak layan
aku macam Hamka Kereta mayat, sebab aku tak dedahkan identity aku.
Pernah satu hari ada awek tegur aku:
“Hamka kan?”
Akupun, dalam hati berbisik: Perghh, ada orang kenal Hamka
keretamayat,dah pakai ray ban pun orang cam.
“weii, ini akulah, Ina budak kelas kau dulu, jangan buat
muka macam artis sangat!”
Woha!
Perasan popular, ke ke ke.
Okey, cerita hari ini. Kisah aku yang tak popular perasan
popular.
Alkisahnya, Lepas dua minggu raya, waktu memandu seorang
diri tiba tiba nampak sebuah kedai jual nasi lemak best. Dah sebulan tak cuba
sebab kedai ni tutup bulan puasa, jadi eloklah di tunaikan kemengidaman tak
terduga di pertengahan syawal sebegini.
Masuk kedai, order nasi lemak, dan teh Tarik, perghhhh,
sambal bilis kuah pekat di gaul dengan putih telur, kunyah perlahan lahan
dengan nasi lemak kukus santan kelapa segar, perghh, sedar sedar tinggal
mentimun sahaja terdampar di atas daun pisang.
Order sebungkus lagi, dan order dua biji telur separuh masak
sebagai pencuci mulut.
Dah habis teh Tarik, aku pun bersiap nak bayar, tapi, sedar-sedar,
beg duit tak ada dalam beg sandang aku.
Okey, relax, chill, cool, mungkin beg duit tercicir dalam
kereta sebab tadi campak beg sandang tak tutup zip, lalu aku pergi basuh mulut
dekat singki, orang waktu tu ramai, line clear, terus aku keluar kedai dan
bergegas ke kereta.
Jika aku tak percaya hari akhirat macam orang taka da agama,
dah tentu aku start kereta dan blah macam tu sahaja, perut kenyang, makan free,
dosa belakang kira. Tapi aku sedar Allah Maha melihat, Allah lihat apa yang aku
buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah, dan syukur sebab beg dut
memang ada terdampar celah tempat letak kaki.
Capai beg duit, kunci kereta dan bergegas masuk kedai dan
terus melangkah ke kaunter bayaran. Buka beg duit, nampak not seringgit dua
tiga keping, not hijau.., merah?, oren?, ungu?, semua tak ada, arghhh, sudah!?
Semalam rasanya ada RM100 lebih, langkah kaki di perlahan
sedang jantung berdegup kencang.
Imbas balik kemana duit RM100 melayang?, okey semalam teman
anak-anak belanja duit raya di kedai buku, anak perempuan tak nak beli buku nak
beli permainan susun abjad ‘Sahiba’, tak apa guna duit raya dia. Elok layan
anak pilih mainan Sahiba, tiba tiba anak kecik umur 3 tahun capai buku tebal
Star Wars, dan ‘prak’ koyak bahagian dalam.
Aku pusing belakang buku, harga RM70 ringgit, mak aih, aku
tengok kiri kanan tak ada siapa yang nampak, CCTV pun tak ada, tapi Allah
melihat apa yang aku buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah.
Maka membayarlah akan aku harga buku tu RM70 campur mainan SAHIBA,
duit anak terlalu banyak dalam not RM satu jadi Puan bini suruh guna duit dulu
dan claim kemudian, tapi aku lupa nak claim, (tak claim pun) hasilnya hari ni,
aku berjalan perlahan macam haiwan jaga kaunter dalam kartun Zootopia.
Okey!, apa kemungkinan paling buruk jika aku mengaku duit
tak cukup, kena basuh pinggang? Sanggup, kena maki depan khalayak, errr, kena
viral di FB, ohh tidak. Tidak!!!
Sedar sedar dah sampai depan kaunter, makcik jaga kauter belum
sempat bersuara aku dah cakap dulu.
“berapa yer dua bungkus nasi lemak, dua biji telur separuh
masak dan teh Tarik?”
“awak yang duduk meja sebelah tiang tu tadi kan?
Eh? Makcik ni, dia nampak ke aku lari keluar kedai gaya
orang tak nak bayar? Alamak habis lah.
“meja awak dah ada orang bayarkan”
Hah, aku terkejut dalam gembira. Macam tak percaya.
Lalu aku pusing pusing kepala tengok kot kot ada orang yang
aku kenal. Dan puas toleh sini sana, aku tanya makcik tu, siapa yang bayar?
“tadi ada sorang tu waktu bayar dia suruh kira meja awak
sekali”
“siapa dia?”
“makcik tak kenal”
Okey, aku malas nak susahkan makcik tu pikir siapa di antara
beratus ratus pelanggang yang rajin belanja makan. Apa-apapun, aku nak ucapkan
jutaan terima kasih kepada hamba Allah misteri.
Anekdot yang boleh aku isi untuk penuhi ‘plot hole’ cerita
hari ini adalah…
Aku rasa ada orang perasan aku Hamka Kereta mayat, dan
perasan aku lari dari meja makan tak bayar, dan dia tolong bayarkan sebab nak
jaga maruah aku.
Aku seorang yang masih popular.
Woha!
Ps: Allah melihat apa yang kita buat, dan apa yang kita buat
di nilai oleh Allah. Jika baik di balas baik walaupun sebesar zarah kebaikkan,
dan begitulah sebaliknya, Nauzubillah! Take note!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mat saleh kata do good and good will come to you
Saja nak kongsi cerita aku pulak. Lepas solat subuh berjemaah di masjid, aku pekena roti canai kat kedai mamak. Aku sorang2. Lepas makan nak bayar, mamak kat kaunter kata dah ada orang bayarkan. Aku tanya sapa (lebih kurang cerita kau juga), mamak kata tak kenal. Aku flash back, baru aku perasan rupa2nya brader yang makan kat meja tak jauh dari meja aku. Dia dah pegi dah. Aku rasa dia pun baru balik dp masjid sbb dia pakai kopiah. Terus aku doakan semoga dia dirahmati Allah.
Aku pegi selatan thailand, makan kat satu kedai. Kat situ ramai orang musafir. Rasa macam nak belanja diaorang. Aku suruh tauke kedai kira berapa. Aku dok bajet dalam 400 baht ke 500 baht, tapi tauke kedai 300 baht je! Makan punya sedap murah lagi. Aku bayar satu kedai dan doakan semoga tauke kedai dirahmati Allah.
memang dah rezki mung haritu hamka....
Terbaik..Alhamdulillah
Post a Comment