Jul 20, 2016

Hidup ini terbahagi kepada tiga?

(Suatu hari yang deep berlaku di beranda Masjid Kuala Syuga)

“Nak ke mana Hamka?”

Tanya seorang Pakcik seawal pagi hari di beranda sebuah masjid, kami baru habis solat subuh berjemaah.

“Saya ada keperluan sikit pakcik, saya nak pergi selesaikan keperluan hidup saya sekejap”

Jawab aku yang merujuk: “keperluan” sebagai perkataan lain dalam mencari rezeki. yelah..! Solat ibadat, cari rezeki juga ibadat, jadi undur diri dari majlis solat kepada mencari rezeki yang merupakan keperluan hidup.

Lalu pakcik itu sembang secara ringkas tentang falsafah hidup ini yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu Maksud, Keperluan, dan Ujian.

Maksud hidup katanya, adalah berdakwah, sambung kerja Nabi, Allah sudah tamatkan era kenabian kerana Ummat akhir zaman diwariskan untuk sambung kerja Nabi, kerana itu kita di nilai dalam Al quran sebagai Ummat terbaik, sambung kerja Nabi adalah maksud hidup kita.

Ibadat pula adalah keperluan hidup kita, tanpa ibadat, hidup akan menjadi sia-sia kerana Allah jadikan kita untuk ibadat, maka ibadat adalah keperluan hidup.

Ujian pula adalah waktu kita mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, di sini kita akan diuji sebab Allah dah tetapkan rezeki kita, namun ujian dalam pelbagai sumber rezeki buat manusia menafikan Allah dan yakin pada makhluk, sebab tu cari rezeki ni bukan keperluan tetapi ujian, kerana ramai yang Syirikkan Allah dalam bab mencari rezeki.

Habis ceramah ringkas, pakcik tu tanya soalan yang sama:

“Jadi, kamu nak ke mana Hamka pagi ini?”

Sambil sarung selipar, aku jawab:

“Saya ada ujian hidup pakcik, saya pergi dulu selesaikan ujian hidup saya”

Pakcik tu senyum dan kami pun berpisah.

Pagi yang deep! woha!

9 comments:

Anonymous said...

ini bukan deep, ini acah deep

Unknown said...

singgah

ASWAJA said...

"Hanyasanya yg memakmurkan masjid masjid Allah (swt) itulah yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhir, dan mrk mendirikan solat, dan mrk menunaikan zakat, dan mrk tidak takut kecuali kpd Allah (swt). Mk mrklah yg diharapkan menjadi org yg mendpt petunjuk." 9:18.

Dua jaminan bg org org yg memakmurkan masjid, solat jamaah dan aktiviti aktiviti lainnya ; 1. Jaminan sbg seorg yg beriman kpd Allah (swt) dan Hari Akhir. 2. Jaminan petunjuk Allah (swt).

WaAllahu'alam !

ASWAJA said...

Dah jadi pegangan kita, majoriti umat Islam sejak lbh seribu tahun yg lalu, bab akidah kita berpegang pd kaedah salaf dan khalaf. Salaf sekitar 300 tahun pertama Islam, khalaf 300 tahun selepasnya. Kaedah khalaf yg menjadi panduan kita adalah kaedah Ash'ariyah-Maturidiyah.

Bab ibadah-fekah pula, kita mengikuti mazhab imam yg empat ; Maliki, Hanafi, Syafe'i dan Hanbali.

Bab akhlak-tasauf-adab pula, kita mengikuti pengajian dr imam Al Ghazali dan Baghdadi.

Dlm bab akidah, adalah imam mazhab yg empat itu tergolong dlm kalangan salaf.

Yg kita yakini selamat, bukanlah yg sekadar mengaku ngaku sahaja, tp hendaklah yg beramal dgnnya ; segi akidahnya, ibadahnya dan akhlaknya.

WaAllahu'alam !

Anonymous said...

tauhid
feqah
tesaup

Anonymous said...

Pakcik tu orang tabligh ke?

Anonymous said...

Shaiful.. Jom kita cari ujian sama-sama kat KL


Dari karkun i.p

Anonymous said...

Tak...pacik tu org hulu langat

Unknown said...

Agama maksud hidup.