May 24, 2016
Cerita Atheist mencari Tuhan?
(Aku suka sebenarnya bila dapat tahu ada anti hadis, anti Al
quran, dan orang bukan agama islam juga ada membaca blog aku, tak tahu korang
datang dari mana, semoga tulisan aku menjadi panduan dan asbab kebaikkan kepada
kita semua dalam kehidupan yang singkat ini, sesunguhnya mati itu tiba tiba,
dan mungkin ini adalah entry terakhir yang anda sempat baca…)
Copy paste Keluhan Pakcik tidak bertuhan:
Selepas menjadi atheist di sepanjang hidup saya, dan sebaik
saja saya berjaya pulih dari krisis pertengahan umur yang menyedihkan, akhirnya
saya membuat keputusan, harus ada sesuatu kehidupan selepas mati yang lebih
baik dari kehidupan di dunia ini. Pakar falsafah sering mengatakan kita perlu
mencari makna hidup dengan mencari sendiri, atau mencipta sendiri maksud hidup,
tapi apabila kita berhadapan dengan alam semesta yang sangat besar luas tidak
berpenghujung yang langsung tak peduli dengan kehadiran kita, maka mencipta
maksud hidup adalah satu tugas yang sangat sukar.
Dengan falsafah mencari sendiri maksud hidup, anda akan
sentiasa hidup bersendirian. Dan adalah sukar untuk mencari maksud hidup
apabila anda bersendirian. Saya pernah percaya bahawa alam semesta benar-benar
terjadi sendiri secara automatic dan kemudian secara mekanikal. Dan kemudian
secara metafosis, Tetapi Sains tidak dapat menjelaskan segala-galanya. Tiada
seorang pun saksi yang berada di permulaan alam semseta.
Jadi, pada usia 55, ateisme langsung tidak membantu
kerohanian saya, saya sangat terdesak untuk mencari maksud hidup yang lebih
bermakna. Perasaan terdesak tu macam batu besar menekan dada, dan ianya buat
saya sangat tertekan dan mahu bunuh diti, tapi sekejap, bagaimana jika Tuhan itu
ada?, ianya membuatkan saya lagi tertekan, lalu bila dinafikan bahawa Tuhan
tiada dan saya akan mati dan tidak dipedulikan oleh Kosmos, buat saya lagi
tertekan!
Sesiapa di luar sana, tolonglah saya mencari maksud hidup,
tolonglah saya mencari Tuhan. Tolonglah.
Hamka Keretamayat said:
Pakcik…
Tuhan itu sudah pasti ada, buktinya adalah kewujudan kita
yang sebaik baik kejadian, jika kita melihat lukisan yang cantik, lalu kita
memuji dengan berkata, sungguh hebat
orang yang melukis lukisan ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada
pelukis walaupun kita tak pernah jumpa dengan si pelukis.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, juga sangat
hebat dan mengkagumkan, alangkah hebatnya Pencipta alam semesta ini? maka
pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak
pernah jumpa dengan Tuhan.
Lalu marilah saya pimpin anda untuk mencari Tuhan.
InsyaAllah.
Dengan izin, sebelum itu kredit saya dahulukan kepada
penulis buku “The Man in the Red Underpants” yang di tulis oleh A.R. Green.
Buku itu adalah mencerita berkenaan Common sense dalam
mencari Tuhan. Dan sebahagian dari apa yang saya kongsikan di bawah, di olah
dari beberapa contoh dari buku tersebut.
Contohnya, Apa yang korang akan buat, jika tiba tiba ada
lelaki yang hanya pakai seluar dalam warna merah datang ketuk pintu nak semak
meter elektrik?
Adakah korang akan benarkan dia masuk?
Atau tanya surat kuasa?
Atau aku rasa, korang pasti akan halau dia, yang mana apapun
tindakan korang, maka ianya adalah berdasarkan logic tindakan manusia.
Dan secara logic kita tahu lelaki itu tak datang secara tiba
tiba, pasti di hantar oleh seseorang, atau pasti ada sebab yang buat dia
tergamak pakai seluar dalam warna merah dan tiba tiba ketuk pintu rumah nak
semak bil elektrik.
Ya, logiknya dia seorang yang gila. Atau mungkin dipaksa
oleh satu kuasa, kena ugut oleh gangster mungkin? Apa pun yang bermain di
fikiran kita, lelaki berseluar dalam itu muncul bukan secara semula jadi, ada
sebab dia bertindak demikan…
Tak payah siasat, Cuma bila kita bercerita tentang logic,
kita bersetuju bahawa kita ini adalah sebahagian dari alam semesta. Kita
bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju
bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’?
Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan manusia
apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua
pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih
berkesan, sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang standard,
pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard,
dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan datang
secara semula jadi, tapi dari
kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of
Organitation.
Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh
menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan
lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang
perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api,
angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan
berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang,
cacak, terung, pisang, panda, dan tiba
tiba anatar semua hidupan itu, muncul manusia?
Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar
gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu
fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada
orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti
ada kuasa yang menguruskannya.
Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya
mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan
planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari
atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan
sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka
berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka putaran bumi
adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas
sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah satu
sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap
tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun,
musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang
surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua
ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big
bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan,
kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta
yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah lelaki yang pakai seluar dalam
merah tu tiba tiba sahaja ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di
cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia,
siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah
bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi
pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan
lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh
menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox,
adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas
melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan
satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta
sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik,
kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu,
maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan
Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat
Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila
semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan
bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling
memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik,
maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan
adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian,
jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal,
tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama
dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari
ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic
sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air,
Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api
serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga
jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan
cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya
datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga
disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk
meraihnya atau mengabaikannya.
Aku ada baca komen dari Atheist yang nak bunuh diri kerana
katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa
untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam
keadaaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang
berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan aku juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana
katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada
sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya
dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus
asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air,
ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan
kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu
Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu
datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan
bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk
mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic
sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk
bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini,
dan kemana saya selapas ini.
Maka carilah seorang Nabi yang paling common sense, iaitu
ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang
hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk
hidup, jaga kambing misalnya.(hint)
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling
berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi
pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai
mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca
itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan
keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan
mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan
dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan
arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang
miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu
manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses
kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang
sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
Sebagai penutup, cuba baca keluhah beberapa atheist di
bawah:
Atheist 1:
“Bro, Saya tidak pasti jika anda sengaja menyindir atau
benar-benar percaya . Tidak setiap atheist membunuh diri yang alami kemurungan.
Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa kekurangan agama buatkan athest
membunuh diri, orang agama percaya kehidupan mereka mempunyai tujuan, walaupun
mereka lakukan pada dasarnya adalah perkara yang sama dalam kehidupan hari
seorang atheist. Tapi perbuatan mereka di sandarkan untuk kehidupan seterusnya,
membuatkan mereka, dalam perang pun lebih berani daripada atheist. Saya percaya
bahawa agama sangat membantu psikologi manusia untuk meneruskan kehidupan di
saat sukar dalam hidup. Bila mereka sakit, agama juga membuatkan mereka tabah
menghadapi kematian. Saya pun tiada masalah pujuk mereka yang kemurungan agar
memilih agama sebagai penyelesaian.”
Atheist 2:
Saya seorang yang tidak percaya kepada Tuhan, namun hidup
saya baik sahaja, sehinggalah anak perempuan saya membunuh diri tahun lepas,
saya sedih. Saya menggalakkan anak saya yang lain untuk hidup dengan beragama,
sekurangnya mereka tidak bunuh diri macam anak sulung saya. Percayalah,
mendengar berita anak kesayangan membunuh diri adalah perkara buruk dalam
hidup. Saya akui, kehidupan orang yang percaya pada tuhan, jauh lebih baik jika
mereka tidak berlebihan. Sama macam makan ubat, jangan berlebihan, jadi saya
nasihat anak saya supaya hidup Bergama, tapi jangan berlebihan.
Atheist 3:
Dua bulan yang lepas, seorang teman saya mati bunuh diri.
Beliau adalah orang pertama dalam hidup yang saya berjaya pengaruhi daripada
hidup Beragama kepada atheist. Walaupun
saya tidak tahu punca beliau bunuh diri, tapi saya rasa bersalah kerana saya
pasti, jika beliau dalam agama yang lama, pasti beliau tidak bunuh diri, saya
sangat kenal dia. Terbaru, seorang kawan kepada beliau, yang juga masih baru
menyesuaikan diri dengan realiti bahawa Tuhan tidak wujud telah alami masalah
kemurungan. Walaupun saya tidak fikir dia akan membunuh diri, tapi saya tidak
terkejut jika beliau berfikir untuk bunuh diri setiap masa.
Ini adalah sesuatu yang kita tidak suka mengakui, tetapi ia
adalah benar. Terdapat masalah dalam masyarakat atheist iaitu masalah
kemurungan dan bunuh diri. Saya tahu bahawa kita semua ingin percaya bahawa
atheist adalah orang yang lebih bahagia daripada orang beragama dengan
kebebasan hidup kita. Tetapi kita juga
perlu menerima hakikat bahawa dalam beberapa cabang kehidupan, mereka orang
beragama jauh lebih bahagia. Terutama when shit happens.
Perasaan teruja adalah kebahagiaan. Manusia gembira apabila mereka tidak tahu apa yang
sedang berlaku di masa depan lalu menempuhnya dengan penuh teruja. Tetapi
apabila manusia tahu apa yang sedang berlaku, apabila mereka benar-benar
mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai realiti, bahawa tuhan tidak wujud,
dan hidup ini semakin memburuk, yang muda menjadi tua, yang kuat menjadi lemah.
Di hujung usia kita hanyalah makluk lemah yang menderita pelbagai penyakit.
Lalu kenapa perlu hidup lama dengan penuh menderita jika mati tiada apa apa
kesalahan?
Di sini bermula kemurungan, Orang yang beragama, apabila
hadapi tekanan hidup, mereka boleh mencari bantuan dan harapan dalam institusi
agama mereka, tetapi atheist biasanya hanya boleh mencari dalam internet atau
mencari bantuan dalam komuniti kecil tempatan yang selalunya tidak membantupun.
Kemudian terdapat tempoh peralihan di mana seorang atheist
baru yang baru sedar tuhan tidak wujud, tapi kehilangan tuhan merupakan bencana
besar bagi mereka, apabila tuhan yang mereka percaya rupanya adalah palsu.
Sehingga mereka benar-benar merasa kesepian dan juga marah dan juga kecewa lalu
menjadi murung yang tidak berkesudahan yang kebanyakkanya membunuh diri(berlaku
pada orang yang saya kenal)
Kita perlu bertindak dengan lebih baik. Atheist tidak perlu
hidup dengan menderita semata-mata. Kita perlu cuba untuk mendekati mereka yang
memerlukan bantuan dan mereka yang memerlukan bantuan perlu sebenarnya
mendekati dan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Mujurlah, terdapat
banyak atheist yang pergi ke dalam bidang psikologi dan psikiatri. Jangan
menderita secara senyap-senyap dan hadapi seorang diri. Jiwa tidak mampu
menjawab persoalan secara sendirian.
Bergabunglah dengan athesti yang lebih tua, kongsi masalah
dan falsafah hidup bersama, kita orang yang tidak bertuhan adalah insan paling
bebas, gunakan kebebasan kita untuk nikmati hidup. Bukan guna kebebasan untuk
akhiri hidup. (bunuh diri)
Tolong jangan bersendirian hadapi kemurungan, bergaullah
dengan kawan kawan yang senasib dengan kita.
Aitheist 4:
Saya telah menjadi atheist sejak umur 14 tahun, selepas itu hidup saya tertekan kerana tiada
tujuan, dan saya pernah membunuh diri
tapi gagal, semenjak itu saya menjadi seoarang yang sangat murung.
Sekarang saya masih berfikir tentang membunuh diri. Sebab saya tak tahu kenapa perlu teruskan
hidup, Tiada orang bodoh datang berbohong dan memberitahu saya keadaan akan
menjadi lebih baik. Hanya Dr. dengan pil yang cuba membantu tapi tidak
Berjaya.
Saya kini 46. There are
atheists in fox holes. I'm there dan bukan sahaja Tuhan tidak wujud bagi saya,
malahan cinta dan kawan juga tidak wujud dalam hidup saya. Saya ada perasaan
cinta pada orang lain, tapi orang lain tiada perasaaan cinta pada saya, kerana
cinta tidak wujud dalam dunia saya, inilah pengakuan jujur dari saya, Saya
benci dunia ini dan bertambah sedih kerana tiada dunia lain yang boleh saya
miliki. Hidup tanpa kasih sayang wanita buatkan hidup saya tiada makna, kini saya
hanya menjerit dalam gelap.
Ex-Atheist 5:
Saya datang ke forum ini ketika mencari hubungan antara
ateisme dan bunuh diri selepas mendengar berita Robin Williams bunuh diri. Saya
pernah menjadi seorang nihilist dan bila baca someone on this forum fear non-existence
was close but not true for me.
Semasa saya nihilist,
saya tidak mempunyai rasa takut kepada non-existence, I knew that I was
fundamentally absurd, just like the rest of reality. dan itulah yang memberi tekanan yang maha
hebat dalam hidup saya. Saya tahu bahawa saya akan hilang begitu sahaja, I was
a hypocrite whenever I lived or did anything contributing to the delusion that
life is important, special, valuable, or real. Sehinggalah akhirnya saya cuba
membunuh diri untuk melepaskan diri dari non-existence. Tapi akhirnya saya
diselamatkan, dan saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman rohani di sini
namun hidup sebagai seorang beragama sekarang, adalah sejuta kali lebih baik
dari hidup sebagai nihilis.
******
Ok, cukuplah 5 keluhan Atheist yang aku copy paste. Akhir
kata kepada Pakcik yang yang mencari Tuhan.
Sesungguhnya.
Hidup perlukan kasih sayang dan kasih sayang boleh datang
daripada pasangan, rakan rakan, dan keluarga. Tetapi pasangan, rakan-rakan, dan
keluarga boleh mengasihi kita satu hari dan tidak mengindahkan kita pada hari
esok. Sebab tu ramai yang bunuh diri bila pasangannya curang. Bagi orang yang
beragama, cinta dari Tuhan adalah infiniti dan akan sentiasa ada untuk kita.
Hakikatnya, penderitaan membawa kita lebih dekat dengan sumber
untuk dicintai dan disayangi, biasa orang menderita akan pergi pada pelukan
orang tersayang, isteri, ibu, anak-anak, tapi bagaimana jika orang tersayang
berpaling tadah atau sudah tiada?. Di sinilah masalah berlaku bagi orang yang
tidak bertuhan, mereka mungkin akan pergi pada doctor atau mengasingkan diri
dan ditimpa kemurungan kerana tiada kasih sayang dari Tuhan.
Keperluan manusia bukan setakat makanan, udara, pakaian,
tapi semua manusia perlu pada harapan. Tanpa harapan hidup akan musnah.
Orang yang beriman mengetahui bahawa hidup bersendirian
adalah ilusi kerana semua insan hidup
diperhatikan Tuhan. Tapi bagi seorang atheist, hidup bersendirian adalah
realiti. Jika kehidupan sosial anda tidak berjalan dengan baik, anda
keseorangan. Jika anda ada masalah kewangan yang teruk, anda keseorangan. Jika
anda kekurangan, anda keseorangan.
Sudah tentu terdapat banyak atheist gembira. Tetapi apabila
kehidupan ditimpa masalah besar, di mana mereka boleh berpaling? Pergi ke pakar
psikiatri, terapi talk, pil tenang fikiran, atau bunuh diri?
Agama bukan sekadar sistem sokongan. Ia adalah sudut
pandang. Kita dapat melihat dunia ini berhubungan dengan dunia lain yang jauh
lebih besar kerana sudut pandang yang berbeza. Kita tahu bahawa minda sedar
kita hanya mampu melihat sebahagian kecil daripada keseluruhan dunia.
Atheist mengecilkan sudut pandang mereka. Anda memandang
keseluruhan dunia dengan ego sedar anda.
Bila anda di timpa masalah, ego sedar anda hanya mampu
meminta bantuan dari manusia yang juga lemah seperti anda, mereka pun ada
masalah mereka sendiri, tapi bagi orang agama, masalah di minta kepada Yang
Maha Berkuasa, sebab itu hati mereka tenang walaupun di timpa masalah.
Menjadi seorang yang beragama tidak mudah, ianya adalah satu
perjuangan yang sukar. Hidup selalu di uji. (jangan mengaku beriman sebelum
kamu di uji). Jika hidup bergagama itu mudah, maka semua orang akan layan agama
macam pesta.
Sesungguhnya, Di dunia ini ada orang Beragama yang tidak
bahagia, dan ada orang yang tidak beragama juga menderita. Begitulah
sebaliknya, ada orang agama yang bahagia dan ada orang yang tidak beragama juga
bahagia, tapi di waktu mati, orang beragama lebih bahahagia kerana mereka berfalsafah dengan
kematian. Woha!
Bak kata seorang pengomen, If I die and I’am right I WIN! If
I die and you are right I still WIN! Why? Cause I lived my life with a greater
hope. If I die and I’am right You LOSE! If I die and you are right YOU still
LOSE,cause Atheism produces hopelessness in life. Deep nih, Please take note.
Akhir kata (berapi kali akhir kata daa), Sebagai orang Islam, dan selepas baca pengakuan
Atheist yang masuk islam seperti Bekas Paderi, Doktor, Ahli Sukan, dan lain
lain, terbukti islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang
dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum
arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk
bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk
islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding
dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness Book of World Records,
islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Copy/paste
According to the Guinness Book of World Records, Islam is
the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year:
Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam
lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5
million more people converted to Islam than to Christianity.
Jadi, pointnya di sini, sama macam urusan dunia, iaitu dalam
menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca
journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan
kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan
hokum. Beza antara testomoni dan expert opinion, juga beza psedoscince dan
sains. Yang mana at the end. Fakta tetap fakta.
Maka dalam bab agama, bagi Atheist di luar sana, perkara
sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua
dokumentasi, kita rujuk data, kena buat
perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias
dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan
menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang,
atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman Malcolm
X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan
lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua
agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana
paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.
Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan
tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai
tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu,
(orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang
dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben
Abu Bakr, dan lain-lain.
Ok, sudah panjang saya membebel, selamat masuk agama Islam.
Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih
bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon
hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat
si awek dia jerit:
“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas
mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”
Perggh, deep betul ayat dia. Woha!
Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan pakcik, dan
kita semua; Syurga yang abadi.
Amin.
Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
Assalam
Masyallah.
Master piece as usual.
2 thumbs up.
CF
Thanks Hamka, 1 artikel yg menarik. Apapun tujuan hidup kita, jgn mudah percaya dgn manusia yg mengaku kenal tuhan, mengada-adakan hukuman tuhan serta mereka-reka cerita pasal tuhan & mengatakan ini dr tuhan. Ini termasuklah kisah2 alam barzakh semua, tiada seorang pun manusia yg mati hidup kembali untuk menceritakan apa yg berlaku di sana. Tiada siapa yg mengetahui melainkan Dia.
Jalankan tanggungjawab kita sbg manusia utk memakmurkan bumi ini & hidup dgn aman damai. Syurga & neraka boleh berlaku di dunia ini dimana jika betul keputusan yg kita buat dlm hidup, maka nikmat yg akan kita dpt. Jika kita pilih jln yg salah, maka kita yg akan kesusahan. Keputusan terletak di tgn kita. Usaha tangga kejayaan.
artikel sinikal & bagus,
terima kaseh dan tahniah penulisan anda. syor dilain masa tambahkan pendekatan IMAN mengenal tuhan mengikut cara shabat nabikita belajar dari nabi muhammad saw.
Brilliant !
Moga terbuka pintu hidayah utk atheist atheist dan mrk mrk yg tak jumpa jalan atau yg tersesat jalan di luar sana.
Hamka
Jangan bangga sangat dengan jumlah yg masuk Islam atau beragama yg ramai atau kebanyakan atau majoriti. Al maklumlah, Tuhan lebih kenal manusia ni bagaimana, tu sebab dlm Quran ada mengatakan tentang orang yg- kebanyakan/beragama - ni.
7:102
Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
12:106
Dan, kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
29:63
Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah: "Alhamdulillah", bahkan kebanyakan mereka tidak memahami.
26:174
Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti-bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman.
26:223
mereka menghadapkan pendengaran itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta.
69:41
Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair amatlah sedikit kamu beriman.
Apapun nak yg lanjut baca sendiri satu kitab penuh. Kekadang ayat Quran kena baca ayat sebelum dan selepas tuk dapatkan maksudnya. Jadi buatlah rujukan sendiri ya. Wohaha.
Yg penting dlm mncari kebenaran kena bersihkan hati dari sampah prejudis dan takbur.
kalau dh takbur (perasan bagus) ilmu tinggi pun blm tentu berada di jalan yg lurus. Mcm iblis yg ingkar bila disuruh sujud kpd nabi adam.
Btw entri yg bagus. Semoga dibukakan hati kita semua utk terima hidayah. Amin.
"rumah Tuhan" =Tuhan xda rumah,tuhan xperlu rumah,manusia yg perlu rumah..
"kenal Tuhan" =?
?
Aku Percaya Tuhan wujud.
Tapi Aku tak punya sebarang Agama dan Kitab sebagai pegangan.
Tuhan yang Aku kenal hanya bersifat Pengasih Penyayang.
APEHAL
Aku Percaya Tuhan wujud.
Tapi Aku tak punya sebarang Agama dan Kitab sebagai pegangan.
Tuhan yang Aku kenal hanya bersifat Pengasih Penyayang.
APEHAL
Alahai en hamka... dok percaya sgt ngan citer copy past tu... ntah mamat mana yg main cedok kat blog lain.... agak2 lah.
"...Tuhan yang Aku kenal hanya bersifat Pengasih Penyayang..."
#SETUJU
Tak payah cakap la hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dgn Tuhan. ayat bodoh.
saya keliru bang, kenapa orang islam bergaduh sesama sendiri?, bukankah agama islam adalah agama kedamaian?, tapi kenapa saling bergaduh?, saling bunuh membunuh?. Rujuk ISIS, Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama islam, Kenapa?
Jawapannya terdapat didalam ajaran dan sejarah Islam itu sendiri.
xda sape kesah/respon nampaknye ye?
"rumah tuhan" =tuhan xda rumah,tuhan xperlu rumah,manusia yg perlu rumah.
aku rasa bukan semua sengaja2 xnak respon korang,sebab kat bab atas tu pun sampai skrg semua x abis2 kaji lagi camne korang bleh laju2 nampak mcm tu...kikiki
bukan main konfiden pulak tu..hahahaha
Boleh huraikan lagi?
encik anon 10:35, sila tunjukkan ayat quran yg mengatakan tentang rumah tuhan..jawab yg ni dulu.
memang la tuhan xda rumah dan x perlukan rumah pun...
abis kalo-
"buah tangan" = tangan xda buah,tangan ada jari je
"makan angin" =angin x leh makan,nanti perot pecah hihihi..
mcm tu ke?
jgn la gopoh2..x baik untuk kesehatan...kelak budak kecik pun baling ko dengan selipar nanti..
kikikiki
hamba Allah, di malaysia gaduh juga tapi tak ada bunuh membunuh, islam juga. :)
Assalam
Rumah Tuhan...
Nak masuk rumah tuhan kena mandi hadas besar.
Nak masuk rumah sendiri tak kena mandi aper-aper.
Nak masukh rumah tuhan kena tutup aurat
Nak masuk rumah sendiri ikut suka hatilah...
Dalam rumah tuhan tak boleh jimak
Dalam rumah sendiri ...tunggu lagi!
Dalam rumah tuhan...aku ingin mati
CF
Kehidupan hanya sekadar isyarat elekrik
Kita merasakan kita hidup kerana kita ada 5 anggota deria. Mata utk melihat, hidung untuk menghidu, telinga untuk mendengar, lidah utk merasa dan kulit utk menyentuh. 5 pancaindera
ini menghantar isyarat elektrik ke otak. Otak mentafsirkan sambil AKAL membuat pertimbangan.
Apa yang akan terjadi jika kita lumpuh semua deria dan otak? Jawabnya kita masih HIDUP tapi kita sudah MATI . HIDUP kerana masih bernyawa tapi MATI kerana tak berfungsi sebagai manusia.
Kita HIDUP tapi siapa kita? Kita hanya sekadar ZARAH2 yg tak dapat dilihat, yg diletakkan ke dalam satu sistem jasad (manusia). DiHIDUPkan dan ditempatkan disuatu tempat bersistem (dunia) yg sesuai dgn sistem jasad tersebut.
Kita ini hanya sekadar ZARAH2 yg seperti tiada tujuan utk diwujudkan. Persoalannya:
Siapa yg mengwujudkan kita? Apakah tujuan sebenar kita diwujudkan didunia ini? Adakah hanya utk bersuka suka?. Mengapa kita dijadikan sebagai seorang manusia dan bukan makhluk lain? Bagaimana seharusnya jalan hidup kita yg sebenar?
lawak tapi berilmu..ku mencari butang follow.walaupun follow fb dan beli buku baru jumpa hamka kat blog..huhu
post ni sangat manis ilmunya..
post ni sangat manis ilmunya..
terima kasih atas semua komen,
soalan ini:
saya keliru bang, kenapa orang islam bergaduh sesama sendiri?, bukankah agama islam adalah agama kedamaian?, tapi kenapa saling bergaduh?, saling bunuh membunuh?. Rujuk ISIS, Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama islam, Kenapa?
telah saya jawab di entry baru.
terima kasih
Sebab orang Islam tak betul-betul faham ajaran Islam atau tak 100% devoted pada Islam.
Punca semua kejahatan adalah kerana adanya cinta dunia.
Dan Islam tak pernah ajar supaya mencintai dunia.
-Khairul
Post a Comment