Woha!
Aug 23, 2014
Hukum berkabung dan wanita memimpin?
(Almondku tertinggal di London, episod akhir,)
Kisah almond london yang lepas dapat
sambutan menggalakkan di FB, 1000 like (sori kepada otai FB yang selalu dapat
10k like, setakat 1k like pun hamka keretamayat nak kecoh kat blog?, apa ke jadah? Lantak korang
ler, blog aku, suka hati akulah)
So, kali ni aku nak sambung lagi
episod last epilog “almondku tertinggal dilondon”
Balik dari langkawi...
Ketika tabung almond berdiri megah
dimeja dekstop, kelihatan seorang bini sedang baca status Facebook dengan gigih
segigih menggigit bijih almond dalam teras kuih yang diselaputi coklat segar.
“baca apa tu?”
Tanya aku sambil tarik sebuah kerusi
lain, untuk berjemaah dengan bini makan almond dan layan FB.
Sebaik bini habiskan kunyahan serbuk
almond dalam mulut, lalu menjilat hujung jari beliau yang ada kesan coklat,
terus berkata:
“bagus betul FB ni bang, bila ada isu,
terus keluar dalil dan nas, banyak kita boleh belajar”
Aku ambik dua bijik almond london,
masukkan dalam mulut sambil berkata:
“so?”
Kelihatan ada sedikit semburan serbuh
kuih dari mulut aku ketika berkata “so”, abaikan, lalu jawab bini sambil skroll screen
komputer.
“tengok sini, Hukum Tafakkur Dan
Berkabung, ditulis di sini, bertafakkur
dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil
‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit). Namun perbuatan tunduk
selama beberapa minit bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan
dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan
tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan
keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih
kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang
telah meninggal dunia.”
Aku ambik sebijk lagi almon london dan
berkata:
“baca lagi, abang nak dengar...”
Sambung bini:
“Asas terhadap keharusan tersebut
boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang
Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan
kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan
hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang
beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah
sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms.
434).”
“wah, bagus siap ada dalil, sambung
baca lagi”
Puji aku pada artikel berkenaan lalu
capai sebijik lagi almond london.
“saya sambung, berkabung bagi
menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti
mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau
suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual
keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan
para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang
dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan
ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut
istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman,
perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus
bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk
dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17.
Maka keputusan
untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam
perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat
perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu
dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam.
(Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662, manakala..”
Bini aku berhenti baca apabila aku
suap almond london ke mulutnya, dengan tangan kiri, aku skroll status lain kat
FB,
“baca ni”
Arah aku pada bini, tapi bini makan
sebijik lagi almond london sambil tersengih, eh? Kenapa ada tahi lalat kat dagu
bini?, rupanya kesan coklat tertenyeh kat dagu, buruk sungguh.
“baca ni pulak”
Arah aku sambil sapu coklat dekat dagu
bini, dan selamba jilat coklat tu ke mulut aku, abaikan babak yang agak geli
ini.
Bini aku sambung baca status FB yang
lain pula:
“Berkabung hanya pada dua keadaan.
Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung
dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari
sahaja. Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja. Manakala kaum lelaki,
tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Cuma, ada segelintir ulama yang
mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari
sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya
bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya
sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab.
Manakala, adat
berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera,
memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara
yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan
perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung,
Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini. Adapun
memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak
ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb
- Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76).
Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah
lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam
khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat
mereka.Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak
mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu
‘anhuma dari Rasulullah SAW ;“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum,
maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud). Hadis ini menetapkan
berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib
telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda:“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami.
Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.”
Maka amalan berkabung sempena
kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan
menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada
hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas
baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan
Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada
zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali
segala urusan!
“wah, lain fahaman politik, lain pulak
pilihan tafsirannya, baca ni pulak sayang” kata aku yang sedang kunyah almond
london, tapi bini yang baru sambung makan almond london cakap:
“abang pulak baca, saya nak dengar”
Okey, aku pun baca.
“Kita hanya dibenarkan bersedih hanya
3 hari. Untuk isteri yang kematian suami, tempoh berkabung adalah 4 bulan 10
hari. Tidak boleh bersolek atau berhias-hiasan dalam tempoh berkabung. Jika
isteri tidak berkabung sekalipun berhiasan hanya dibenarkan di dalam rumah.
Pakaian tak semestinya hitam atau gelap dengan protokol tertentu. Seperti yg
termaktub di dalam buku teks pendidikn Islam, haram memakai pakaian khusus
tanda berkabung. Bila dilanda musibah sebutlah "Inna lillaahi wa inna
ilaihi rajiun" - Inilah menepati sunnah.Bantu keluarga yang kematian ahli
keluarganya. Beri makanan kepada mereka.
Sudah tiba masanya, Malaysia sebagai
sebuah negara Islam menunjukkan cara berkabung/bersedih menurut syariat Islam,
agar ianya menjadi contoh kepada negara Islam yg lain. Upacara berkabung selama
ini adalah ditiru dari cara agama Kristian dan masyarakat barat yang sewajarnya
kita selisihi. Mengibarkan bendera separuh tiang tiada asasnya dalam Islam.
Mungkin sebahagian pihak berpendapat bahawa amalan pakaian tertentu &
menurunkan bendera separuh tiang adalah skadar adat kebiasaan, maka
terpulanglah kepada mereka. Saya hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di
dalam Islam.
“nyam nyam nyam”
Suasana sunyi seketika, hanya
terdengar bunyi gigitan almond memecah sunyi. Aku sambung skroll skreen
komputer.
“tengok, bila ada isu semasa, geng politik
akan guna isu agama untuk menunjukkan kelemahan parti lawan mereka, tapi jika
parti mereka buat silap yang sama, mereka tak pulak guna hujah yang sama,
contoh status hamba Allah kita baca tadi, bersungguh benar mereka tak nak
contohi orang kafir, berkabung ni katanya amalan orang kafir, Barangsiapa yang
menyerupai dengan orang kafir, maka dia akan masuk neraka, tapi jika kita skrol
isu lantik pemimpin wanita macam orang kafir, mereka tak pulak guna hujah yang
sama, inilah kejahilan paling bangang dalam geng politik”
"fatwa kaum kera!"
Krup krup, bunyi bini menggigit almond
london.
“Tadi isu berkabung, baru ni kan ada
isu melantik wanita jadi pemimpin, dan ada ustaz politik cakap boleh walau bercanggah dengan ijma ulamak: ini hujah
mereka dalam status FB:
Wanita dalam saf kepimpinan negara.
Dalam pemilihan kepimpinan, wanita
juga turut dicalonkan. Adakah di sana keharusan bagi wanita untuk menjadi
individu penting dalam saf kepimpinan negara?
Terdapat pandangan ulama yg menegah
wanita drpd terlibat dengan saf kepimpinan. Bukan sekadar kepimpinan negara,
bahkan pandangan sebegini juga menegah wanita daripada memegang jawatan sebagai
hakim mahkamah, menteri dan sebagainya.
Hujah yang dikemukakan antaranya:
1- Sabda Nabi yg menyatakan kepimpinan
wanita tidak akan berjaya.
2- Lelaki adalah pimpinan kepada
wanita.
3- Emosi wanita yg sudah tentu tidak
kuat untuk menanggung tugas sebegini.
Apakah hadis tersebut? Hadisnya sahih
berbunyi:
"Tidak akan berjaya sesuatu kaum
yang meletakkan urusan mereka akan seorang wanita." (Riwayat al-Bukhari,
Sahih Al-Bukhari, kitab al-Maghazi, no hadis 4425)
Hadis ini adalah hadis sahih.
Ibn Hajar al-Altsqalani ketika
menghuraikan hadis ini, beliau berkata maksudnya:
"Dan tegahan daripada wanita
untuk memegang jawatan kepimpinan dan kehakiman adalah pebdapat jumhur
(majoriti) ulama, dan at-Tobari mengharuskannya dan ini adalah riwayat daripada
Malik."
Ini bermakna tegahan itu adalah
kefahaman para ulama, dan kefahaman mereka mewakili sebahagian daripada Islam.
Yang penting, ada kefahaman ulama
mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.
Bagaimana kefahaman hadis ini?
Hadis ini boleh difahami berdasarkan
sebab dan suasana terungkapnya hadis ini. Antaranya:
1- Sistem pemerintahan di Parsi ketika
itu berdasarkan sistem warisan semata-mata. Tiada sistem syura, mesyuarat dan
seumpamanya.
2- Oleh kerana tiada waris lelaki,
maka anak perempuan iaitu puteri raja dilantik menjadi ketua negara sedangkan
kemungkinan besar puteri tersebut tidak mempunyai ilmu dan pengalaman bagaimana
untuk memimpin negara.
3- Hadis tersebut sebagai satu
motivasi untuk umat Islam menghadapi perang. Ia satu kemenangan moral kerana
Nabi menyatakan bahawa musuh akan kalah.
4- Hadis ini adalah hadis khusus dalam
suatu peristiwa. Ia tidak disabdakan dalam konteks yang umum dan menyeluruh.
Oleh kerana itu, didapati ada fatwa-fatwa kontemporari sudah mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.
Begitu juga dalam soal pentadbiran
negara. Adakah Islam tidak membenarkan wanita menjadi menteri? Selagi lagi,
tiada di sana nas yg sahih dan jelas dalam masalah ini. Nas sahih mungkin ada
tetapi tidak jelas pengharamannya. Yg ada hanyalah pandangan dan kefahaman para
ulama yg tidak mengharuskan wanita memegang jawatan menteri. Namun ada
pandangan ulama mengharuskan dgn kefahaman terhadap nas yg sama.
Adapaun nas al-Quran yg menyatakan
bahawa lelaki pimpinan kepada wanita, nas tersebut berbicara dalam konteks
rumahtangga. Suami adalah ketua kepada isteri dan keluarganya.
Manakala sudut emosi, sudah tentu
lelaki juga mengalami perkara yg serupa. Perubahan zaman menuntut perubahan
hukum. Hari ini, sistem pentadbiran bukan berdasarkan fikiran seseorang insan
sahaja. Ia berdasarkan mesyuarat, perbincangan dan sebagainya. Keputusan yang diambil
oleh seorang menteri adalah hasil syor oleh pegawai kanan yg berpengalaman.
Tugas sbg wakil rakyat dibantu oleh jentera kerajaan dan para pegawai.
Oleh itu, kembali kapada asal dalam muamalat
bahawa ia adalah harus. Maka adalah merupakan keharusan bagi wanita memegang
jawatan dalam saf kepimpinan negara.
-Sumber: buku Fiqh Kenegaraan -
Siyasah Syariah Negara Kontemporari terbitan Pel Media - m/s 45-48.
Sambil habiskan serdak almond london,
aku baca pula jawapan dari ustaz atas pagar kepada geng politik yang suka guna hukum
harus jika partinya buat amalan orang kafir(lantik pemimpin perempuan), tapi
guna hukum haram jika parti lawan buat amalan orang kafir(pakai baju hitam), so aku copy paste jawapan ustaz atas pagar tu:
“tu dia... terbaik punya dia spin.
"fatwa kontemporari" bukan takat halalkan pempuan jadi pemimpin....
babi pun diorang halalkan... apa nak heran dengan "fatwa kontemporari"
tu? Korang tahu tak, fatwa pompuan tak leh jadi pemimpin ni merupakan ijmak
ulama. saya rasa tuan lebih faham tentang "ijmak" yang dibuat dari
sumber hukum yang sahih,
Selama islam wujud, pernah ke ada
khalifah atau gabenor kawasan jajahan islam dilantik dari kalangan wanita?
selama islam wujud, tidak ada seorang nabi atau sahabat atau tabiin atau tabi
tabiin atau ulama atau mana-mana tokoh islam melantik wanita sebagai
ketua/pemimpin politik di kawasan jajahan islam. so kalau buat jugak, ia bidaah
yang sangat besar yang khilaf dengan semua nabi2 dan semua ulama.
Hadist Nabi
“Tidak akan berjaya/beruntung suatu
kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai
pemimpin).
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari,
Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah
pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta
mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)
Saudar islamku, kita sebagai lelaki
wajib TAHU dan JELAS tentang perkara ini.
Wanita Tidak Boleh Menjadi Pemimpin.
Kerana perkara ini samasekali
bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini.
Tanyalah mana-mana Ulama’ muktabar
seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN..!!!
Kepada geng politik, boleh rujuk
jawapan ustaz Azhar Idrus yang tidak menyokong wanita jadi pemimpin. I rest my
case.
...
Kuih almond sudah habis. Bini aku
kelihatan bersiap nak pergi beraya dihujung Syawal, ramai kawan buat rumah terbuka. so, akupun tutup komputer dan bersiap juga,
dalam bilik air sewaktu mandi, bermacam macam fikiran bermain di benak aku.
Antaranya, pergi beraya nanti, jika rumah kawan aku tiada Almond London, dapat Popia Simpul pun okey, jugak.
Woha!
Ps: Entry ini sangat deep, orang
politik dinasihatkan membaca dalam keadaan berwuduk untuk meredakan kemarahan
yang datang dari bisiskan syaitan. Wallahu’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Aik? tak ada orang komen atau dah kena delete ni?
ADOHAI...
Aku hanya layankan je lah isu2 semua ini.. layaaaaaan~
Klu boleh pompuan jadi pemimpin, kenapa tak de sorg Sahabat r.anhum. pun yg mencalonkan Fatimah r.a. ke, Aisyah r.a. sbg Khalifah ?
masing² tgh layan almond london & popia simpul dkt rumah open house
PAS TERPAKSA SEBENARNYA< KAH KAH KAH!
KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit.
Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira.
“Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti.
“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam.
Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah ‘ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).
Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali.
“Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi.
“Wilayah ‘ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham,” katanya.
Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar.
Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri.
Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita.
"Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita,” katanya. (Sinar Harian)
"Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri.
Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita."
---- JADI???...jadi PAS pun surrender....kibar bendera putih... ikut sama mencadangkan wan jijah sebagai pilihan pertama....bak kata pepatah Inggeris.."If you can't beat them, join them" ...agama pun entah ke mana.... aduhh...lemahnya... itulah PAS (POLITIK ATASI SEGALA)
As Salam Tuan Hamka,
Ada 2 isu yang diketengahkan di sini... pedih tapi itu kenyataan...
masing-masing mempunyai agenda tersendiri dalam hidup ni... begitu juga dengan setiap ujian yang Allah beri tentu sahaja ada hikmah terbesar yang membolehkan kita sebagai insan yang punya akal untuk berfikir..
komen saya, semoga Allah tunjukkan kita ke jalan yang benar... dan membenarkan yang hak dan menjauhkan diri kita dari yang batil..
permainan dari musuh kita yang nyata dah semakin licik... dah tak suruh untuk kita buat dosa dah sekarang ni... dah banyak mencantikkan dan memperelokkan yang batil..
semoga kita semua tergolong dari golongan yang kanan.. AllahumaAmin...
Assalam
Sebolehnya janganlah membenci manusia tetapi sikap mereka, kesalahfahaman mereka, kesilapan mereka yang berpunca dari kelemaham saya berdakwah kepada mereka.
Manusia, ashraful mahlukat tak terkecuali siapa. Semuanya layak masuk syurga.
Nasihat untuk diri yang selalu lupa.
CF
Bala Bala....
menteri besar perempuan ni, suami dia siapa? cuba teka?
apakah dia seorang jurujual?...
dia seorang pemuzik?
Siapa presiden PKR?
Siapa paling berkuasa dalam PKR?
siapa perdana menteri malaysia sekarang?
Soalan bonus...
aku dah ada 2 kali pengalaman wanita jadi ketua (i. Jabatan ii. Organisasi). Memang hebat organisasi kami tapi hanya Allah yang tahu peritnya dikerah pulas sampai semput kerana bercampur emosi wanita.
Dalam hal ni aku tak salahkan wanita tetapi orang laki-laki ni belajar ka kerja ka, banyak main-main dan wanita lebih cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu segala jawatan tinggi tu wanita la sapu.
setiap kali hamka post , aku baca cari komen CF dlu . then baru aku baca komen lain . CF punya komen terbaik . nice job mr crying fella
soklang cari baloh...haha
berkabung baloh, lantik mb pong baloh, baca entry almond pong baloh, baloh atah katil tak apo...muahahaha
NF
masalahnya.... pemimpin pas yg ada pon kadang2 hampeh
korang tak mengundi kepejadah nak cakap pasal perempuan memerintah
pelik doh
semoga Allah merahmati kalian,..salam kesejahteraan dan keselamatan kpd anda semua,...dah sekarang terang lagi bersuluh sistem yg bukan islam nih terang2 x bley yakin,..x sama dgn sistem Allah,..termasuk blog juge,.keh3,..selagi mana apa sahaja sistem yg di buat oleh manusia,.Manusia jugak yg mampu boleh ubah dgn izin Allah,..utk ubah,..
Makin meluat aku dengan golongan demokrasi. 2 × 5 = 10. Apa nak jd ngan korang. Perempuan nak diangkat brrsama barisan kepimpinan tertinggi. Sesat barat hampa ni...adohai
jadi, adakah negara Saba' di bawah kepimpinan ratu balqis itu gagal? setahu aku Quran menyatakan negara Saba' itu maju. cuma rakyatnya penyembah matahari.
jadi, adakah negara Saba' di bawah kepimpinan ratu balqis itu gagal? setahu aku Quran menyatakan negara Saba' itu maju. cuma rakyatnya penyembah matahari.
Anon 317,
masa zaman ratu saba tu zaman rasulullah ke? Kita umat Muhammad ikut syariat baginda la. Zaman nabi Sulaiman umat dia la yg ikut syariatnya.
jentayu
Tambahan sikit. Hadis rasulullah “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425) perlu diketahui azbabun nuzul atau sebab musababnya. Baginda keluarkan sabda tu bila kerajaan parsi mengangkat sorang puteri sbg kisra atau ketua kerajaan bg empayar tu. Ini adalah satu bentuk tegahan utk angkat wanita sbg pemimpin. So hujah ratu saba dgn sendirinya adalah lemah. Kalau nak dibandingkan, kerajaan parsi jauh lg besar dan pernah meliputi kawasan timur tengah dan asia kecil. Sedangkan kerajaan saba hanya terhad di sekitar selatan arab.
jentayu
Post a Comment