Aug 23, 2014

Hukum berkabung dan wanita memimpin?

(Almondku tertinggal di London, episod akhir,)

Kisah almond london yang lepas dapat sambutan menggalakkan di FB, 1000 like (sori kepada otai FB yang selalu dapat 10k like, setakat 1k like pun hamka keretamayat nak kecoh kat blog?, apa ke jadah? Lantak korang ler, blog aku, suka hati akulah)

So, kali ni aku nak sambung lagi episod last epilog “almondku tertinggal dilondon”

Balik dari langkawi...

Ketika tabung almond berdiri megah dimeja dekstop, kelihatan seorang bini sedang baca status Facebook dengan gigih segigih menggigit bijih almond dalam teras kuih yang diselaputi coklat segar.

“baca apa tu?”

Tanya aku sambil tarik sebuah kerusi lain, untuk berjemaah dengan bini makan almond dan layan FB.

Sebaik bini habiskan kunyahan serbuk almond dalam mulut, lalu menjilat hujung jari beliau yang ada kesan coklat, terus berkata:

“bagus betul FB ni bang, bila ada isu, terus keluar dalil dan nas, banyak kita boleh belajar”

Aku ambik dua bijik almond london, masukkan dalam mulut sambil berkata:

“so?”

Kelihatan ada sedikit semburan serbuh kuih dari mulut aku ketika berkata “so”, abaikan, lalu jawab bini sambil skroll screen komputer.

“tengok sini, Hukum Tafakkur Dan Berkabung, ditulis di sini,  bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit). Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.”

Aku ambik sebijk lagi almon london dan berkata:

“baca lagi, abang nak dengar...”

Sambung bini:

“Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).”

“wah, bagus siap ada dalil, sambung baca lagi”

Puji aku pada artikel berkenaan lalu capai sebijik lagi almond london.

“saya sambung, berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak. 

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. 

Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662, manakala..”

Bini aku berhenti baca apabila aku suap almond london ke mulutnya, dengan tangan kiri, aku skroll status lain kat FB,

“baca ni”

Arah aku pada bini, tapi bini makan sebijik lagi almond london sambil tersengih, eh? Kenapa ada tahi lalat kat dagu bini?, rupanya kesan coklat tertenyeh kat dagu, buruk sungguh.

“baca ni pulak”

Arah aku sambil sapu coklat dekat dagu bini, dan selamba jilat coklat tu ke mulut aku, abaikan babak yang agak geli ini.

Bini aku sambung baca status FB yang lain pula:

“Berkabung hanya pada dua keadaan. Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari sahaja. Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja. Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab. 

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini. Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb - Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76). 

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat mereka.Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah SAW ;“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud). Hadis ini menetapkan berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.” 

Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

“wah, lain fahaman politik, lain pulak pilihan tafsirannya, baca ni pulak sayang” kata aku yang sedang kunyah almond london, tapi bini yang baru sambung makan almond london cakap:

“abang pulak baca, saya nak dengar”

Okey, aku pun baca.

“Kita hanya dibenarkan bersedih hanya 3 hari. Untuk isteri yang kematian suami, tempoh berkabung adalah 4 bulan 10 hari. Tidak boleh bersolek atau berhias-hiasan dalam tempoh berkabung. Jika isteri tidak berkabung sekalipun berhiasan hanya dibenarkan di dalam rumah. Pakaian tak semestinya hitam atau gelap dengan protokol tertentu. Seperti yg termaktub di dalam buku teks pendidikn Islam, haram memakai pakaian khusus tanda berkabung. Bila dilanda musibah sebutlah "Inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun" - Inilah menepati sunnah.Bantu keluarga yang kematian ahli keluarganya. Beri makanan kepada mereka. 

Sudah tiba masanya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam menunjukkan cara berkabung/bersedih menurut syariat Islam, agar ianya menjadi contoh kepada negara Islam yg lain. Upacara berkabung selama ini adalah ditiru dari cara agama Kristian dan masyarakat barat yang sewajarnya kita selisihi. Mengibarkan bendera separuh tiang tiada asasnya dalam Islam. Mungkin sebahagian pihak berpendapat bahawa amalan pakaian tertentu & menurunkan bendera separuh tiang adalah skadar adat kebiasaan, maka terpulanglah kepada mereka. Saya hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di dalam Islam.

“nyam nyam nyam”

Suasana sunyi seketika, hanya terdengar bunyi gigitan almond memecah sunyi. Aku sambung skroll skreen komputer.

“tengok, bila ada isu semasa, geng politik akan guna isu agama untuk menunjukkan kelemahan parti lawan mereka, tapi jika parti mereka buat silap yang sama, mereka tak pulak guna hujah yang sama, contoh status hamba Allah kita baca tadi, bersungguh benar mereka tak nak contohi orang kafir, berkabung ni katanya amalan orang kafir, Barangsiapa yang menyerupai dengan orang kafir, maka dia akan masuk neraka, tapi jika kita skrol isu lantik pemimpin wanita macam orang kafir, mereka tak pulak guna hujah yang sama, inilah kejahilan paling bangang dalam geng politik”

"fatwa kaum kera!"

Krup krup, bunyi bini menggigit almond london.

“Tadi isu berkabung, baru ni kan ada isu melantik wanita jadi pemimpin, dan ada ustaz politik cakap boleh walau bercanggah dengan ijma ulamak: ini hujah mereka dalam status FB:

Wanita dalam saf kepimpinan negara.

Dalam pemilihan kepimpinan, wanita juga turut dicalonkan. Adakah di sana keharusan bagi wanita untuk menjadi individu penting dalam saf kepimpinan negara?

Terdapat pandangan ulama yg menegah wanita drpd terlibat dengan saf kepimpinan. Bukan sekadar kepimpinan negara, bahkan pandangan sebegini juga menegah wanita daripada memegang jawatan sebagai hakim mahkamah, menteri dan sebagainya.

Hujah yang dikemukakan antaranya:
1- Sabda Nabi yg menyatakan kepimpinan wanita tidak akan berjaya.
2- Lelaki adalah pimpinan kepada wanita.
3- Emosi wanita yg sudah tentu tidak kuat untuk menanggung tugas sebegini.

Apakah hadis tersebut? Hadisnya sahih berbunyi:
"Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang meletakkan urusan mereka akan seorang wanita." (Riwayat al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, kitab al-Maghazi, no hadis 4425)

Hadis ini adalah hadis sahih.
Ibn Hajar al-Altsqalani ketika menghuraikan hadis ini, beliau berkata maksudnya:
"Dan tegahan daripada wanita untuk memegang jawatan kepimpinan dan kehakiman adalah pebdapat jumhur (majoriti) ulama, dan at-Tobari mengharuskannya dan ini adalah riwayat daripada Malik."

Ini bermakna tegahan itu adalah kefahaman para ulama, dan kefahaman mereka mewakili sebahagian daripada Islam.

Yang penting, ada kefahaman ulama mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.
Bagaimana kefahaman hadis ini?

Hadis ini boleh difahami berdasarkan sebab dan suasana terungkapnya hadis ini. Antaranya:

1- Sistem pemerintahan di Parsi ketika itu berdasarkan sistem warisan semata-mata. Tiada sistem syura, mesyuarat dan seumpamanya.
2- Oleh kerana tiada waris lelaki, maka anak perempuan iaitu puteri raja dilantik menjadi ketua negara sedangkan kemungkinan besar puteri tersebut tidak mempunyai ilmu dan pengalaman bagaimana untuk memimpin negara.
3- Hadis tersebut sebagai satu motivasi untuk umat Islam menghadapi perang. Ia satu kemenangan moral kerana Nabi menyatakan bahawa musuh akan kalah.
4- Hadis ini adalah hadis khusus dalam suatu peristiwa. Ia tidak disabdakan dalam konteks yang umum dan menyeluruh.

Oleh kerana itu, didapati ada fatwa-fatwa kontemporari sudah mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.

Begitu juga dalam soal pentadbiran negara. Adakah Islam tidak membenarkan wanita menjadi menteri? Selagi lagi, tiada di sana nas yg sahih dan jelas dalam masalah ini. Nas sahih mungkin ada tetapi tidak jelas pengharamannya. Yg ada hanyalah pandangan dan kefahaman para ulama yg tidak mengharuskan wanita memegang jawatan menteri. Namun ada pandangan ulama mengharuskan dgn kefahaman terhadap nas yg sama.

Adapaun nas al-Quran yg menyatakan bahawa lelaki pimpinan kepada wanita, nas tersebut berbicara dalam konteks rumahtangga. Suami adalah ketua kepada isteri dan keluarganya.

Manakala sudut emosi, sudah tentu lelaki juga mengalami perkara yg serupa. Perubahan zaman menuntut perubahan hukum. Hari ini, sistem pentadbiran bukan berdasarkan fikiran seseorang insan sahaja. Ia berdasarkan mesyuarat, perbincangan dan sebagainya. Keputusan yang diambil oleh seorang menteri adalah hasil syor oleh pegawai kanan yg berpengalaman. Tugas sbg wakil rakyat dibantu oleh jentera kerajaan dan para pegawai.

Oleh itu, kembali kapada asal dalam muamalat bahawa ia adalah harus. Maka adalah merupakan keharusan bagi wanita memegang jawatan dalam saf kepimpinan negara.

-Sumber: buku Fiqh Kenegaraan - Siyasah Syariah Negara Kontemporari terbitan Pel Media - m/s 45-48.

Sambil habiskan serdak almond london, aku baca pula jawapan dari ustaz atas pagar kepada geng politik yang suka guna hukum harus jika partinya buat amalan orang kafir(lantik pemimpin perempuan), tapi guna hukum haram jika parti lawan buat amalan orang kafir(pakai baju hitam), so aku copy paste jawapan ustaz atas pagar tu:

“tu dia... terbaik punya dia spin. "fatwa kontemporari" bukan takat halalkan pempuan jadi pemimpin.... babi pun diorang halalkan... apa nak heran dengan "fatwa kontemporari" tu? Korang tahu tak, fatwa pompuan tak leh jadi pemimpin ni merupakan ijmak ulama. saya rasa tuan lebih faham tentang "ijmak" yang dibuat dari sumber hukum yang sahih,

Selama islam wujud, pernah ke ada khalifah atau gabenor kawasan jajahan islam dilantik dari kalangan wanita? selama islam wujud, tidak ada seorang nabi atau sahabat atau tabiin atau tabi tabiin atau ulama atau mana-mana tokoh islam melantik wanita sebagai ketua/pemimpin politik di kawasan jajahan islam. so kalau buat jugak, ia bidaah yang sangat besar yang khilaf dengan semua nabi2 dan semua ulama.
Hadist Nabi

“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)

Saudar islamku, kita sebagai lelaki wajib TAHU dan JELAS tentang perkara ini.

Wanita Tidak Boleh Menjadi Pemimpin.
Kerana perkara ini samasekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini.

Tanyalah mana-mana Ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN..!!!

Kepada geng politik, boleh rujuk jawapan ustaz Azhar Idrus yang tidak menyokong wanita jadi pemimpin. I rest my case.



...
Kuih almond sudah habis. Bini aku kelihatan bersiap nak pergi beraya dihujung Syawal, ramai kawan buat rumah terbuka. so, akupun tutup komputer dan bersiap juga, dalam bilik air sewaktu mandi, bermacam macam fikiran bermain di benak aku. Antaranya, pergi beraya nanti, jika rumah kawan aku tiada Almond London, dapat Popia Simpul pun okey, jugak.

Woha!

Ps: Entry ini sangat deep, orang politik dinasihatkan membaca dalam keadaan berwuduk untuk meredakan kemarahan yang datang dari bisiskan syaitan. Wallahu’lam.
Post a Comment