Jun 30, 2013
Islam dan politik tidak boleh dipisahkan?
(Erti Demokrasi, Akhlak Pemimpin & Tamsil Kuda)
Soalan pembaca:
Bro, selalu dengar ceramah ustaz bagitahu islam dan poltik
tidak boleh dipisahkan, tapi melihat parti islam yang berdakwah guna kaedah
politik, makin pecah belah, makin huru hara, pening dibuatnya, betulke
statement islam dan politik tidak boleh dipisahkan?
Hamka said.
Aku pun keliru jugak bila ustaz ceramah tajuk: “islam dan
poltik tidak boleh dipisahkan”.., tapi dalam ceramah, mereka menafsir ke arah
politik demokrasi lah pulak, adohai..
Memang betul islam dan politik tidak boleh dipisahkan,
kerana maksud politik adalah “ proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu
kumpulan”.., maka betullah “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan”
dan islam tidak boleh dipisahkan..
Tapi ustaz yang berceramah hari ni menyebut politik dengan
terlalu umum, kerana “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” di zaman
Nabi adalah berdasarkan Al quran dan sunnah, tapi politik hari ini (baca:
demokrasi), “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” adalah
berdasarkan majoriti, yang mana dalam politik demokrasi, majoriti akan memang
walaupun majoriti di pihak yang salah.
Sebab tu ada pihak yang rasa PR boleh memang sebab ramai
datang kuliah UAI, tapi yang mereka tak sedar, lagi ramai yang datang JOM
Heboh, Woha!
Itulah politik demokrasi, yang mana jika nak memang demokrasi
hanya perlu cari ramai pengundi, dan pengundi boleh dibeli dengan wang, boleh
di tipu dengan auta, boleh di pujuk dengan setimen, dan semua orang boleh
mengundi, pelacur, perogol, orang tak sekolah, orang jahil agama, gay, lesbian
semua boleh mengundi, yang mana akhirnya, MAJORITI akan memang walaupun mereka
salah..
So jika ustaz cakap: islam dan poltik tidak boleh dipisahkan,
itu betul, yang salahnya bila tafsir: islam dan politik demokrasi tidak boleh
dipisahkan.., adohai..
Islam dan lengkap dengan politik cara islam, rujuk Al quran
dan sunnah yang mana islam guna sistem Syura yang mana kebenaran dan kebaikan
dilihat dari kaca mata Islam, berbeza dengan demokrasi yang bergantung pada
suara majoriti semata-mata.
Di Malaysia, Ada ulamak yang kata demokrasi itu hukumnya
harus, sebab ianya lebih baik dari guna sistem diktator macam firaun, di
ijtihad ‘harus’ kerana ianya satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,
aku pun setuju lah, dan dan aku juga keluar mengundi untuk tunaikan
tanggungjawab sebagai rakyat atas nama sistem negara demokrasi,tapi aku tidak
iktikad ia sebagai sebuah perjuangan islam sebenar, so adalah salah bila anggap
inilah satu satunya jalan jihad bagi pengikut parti yang taksub. Tak paham
paham lagi?
Lebih haru bila ada ustaz ceramah, keluar fatwa wajib dan
berdosa jika tidak berpolitik demokrasi, berjuang cara ni mati syahid, orang
lain yang tak berjuang cara ni kapir dan masuk neraka, ini yang hampeh, ini yang menyesatkan ummat, padahal.
Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasi ni sama
dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak
politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah
Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.
Aku malas nak tulis panjang lebar, sebab semalam ada pembaca
kirim artikel yang bagus untuk di fikir dan di renungkan bab politik demokrasi..,
sila baca dan setuju di hujung artikel. End.
Copy paste:
0leh: AZMAN HUSSIN
SISTEM demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman
moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah
negara.
Apakah demokrasi? Demokrasi lebih-kurang bermaksud dari
rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan dari perkataan Yunani,
demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan
mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh
rakyat), dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat).
Pengertian mudahnya ia adalah sistem sekular, memisahkan
urusan dunia dan akhirat. Ia tidak terlibat dengan unsur-unsur ketuhanan.
Semuanya dari akal fikiran manusia, oleh manusia, dan untuk
kehidupan manusia seluruhnya. Tiada penglibatan dan campur tangan tuhan.
Suara majoriti adalah tuhan (kebenaran) dalam demokrasi. Ini
sebenarnya adalah hukum alam. Yang teramai akan mengalahkan yang lebih sedikit
dalam pilihanraya, walaupun minoriti yang kuat boleh mengalahkan majoriti yang
lemah dalam kes rampasan kuasa. Demokrasi boleh diringkaskan kepada maksud:
sesiapa yang dipilih secara majoriti sebagai pemimpin akan sah diiktiraf menjadi
pemimpin.
Jika majoriti rakyat mahu mengiktiraf seorang ateis sebagai
pemimpin, maka sahlah ia (kerana ia daripada undi majoriti rakyat).
Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan
atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihanraya, untuk memperjuang agama?
Demokrasi adalah neutral; boleh jadi baik atau tidak baik
hasilnya. Bergantung kepada pengundi. Jika majoriti pengundi berakhlak baik,
kesudahannya pemimpin berakhlak baiklah yang diangkat sebagai pemimpin. Akhlak
pemimpin adalah gambaran, cerminan atau refleksi akhlak masyarakat akar-umbi di
bawah.
Walaupun dikatakan pemimpin yang membentuk rakyat,
sebenarnya situasi itu tidak begitu di dalam negara yang mengamalkan sistem
demokrasi. Selagi seseorang pemimpin memerlukan undi daripada rakyat, selagi
itulah rakyat yang akan membentuk watak pemimpin. Jika pemimpin tidak mengikut
kehendak rakyat, ia akan kalah.
Adalah salah sama sekali mengumpamakan pemerintah dengan
seorang bapa yang bertanggungjawab membentuk bagaimana akhlak si anak. Dalam
demokrasi ia tidak begitu. Politikus memerlukan sokongan rakyat, maka politikus
yang telah dibentuk oleh rakyat, sedangkan si ayah adalah berkuasa penuh untuk
menentukan apa yang harus dilakukan oleh seorang anak.
Maka, memenangi majoriti undi rakyat adalah tujuan utama dan
terpenting dalam sistem demokrasi. Rakyat boleh menyokong sesebuah parti,
tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mematuhi ajaran atau dasar-dasar yang
dibawa parti. Parti politik boleh menyatukan undi, dan undi boleh saja
didapatkan dari orang yang hanya menyokong tapi tidak mengikuti dasar-dasar
parti. Pelacur, penipu, perasuah atau penjudi dikira sah mengundi dalam sistem
demokrasi Ini tidak selari dengan misi politik yang dibawa Nabi Muhammad SAW
untuk mengubah masyarakat. Orang-orang yang mengikuti baginda adalah orang yang
bertaut hatinya kerana Allah SWT, yang akhlak mereka mengikut al-Quran dan
sunnah nabi saw sepenuh hati.
Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada
rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak
masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam
demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak
menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah. Maka parti politik akan
mengadaptasikan diri dengan kehendak-kehendak masyarakat. Ini tidak sama dengan
jalan nabi-nabi terdahulu yang mengubah masyarakat dengan dakwah. Nabi tidak mengubah
atau berkompromi dengan prinsip agama hanya kerana ingin memenangi rakyat.
Pemimpin agung mengubah rakyat, bukan diubah oleh rakyat.
Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan
ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga
Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan
manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya.
Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil
dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah.
Semua ini bukan dilakukan dengan undang-undang negara,
tetapi kerana masyarakat telah meredhai dan menerima kebenaran Islam selepas
menerima seruan dakwah Nabi SAW. Undang-undang negara hanyalah kaedah untuk
melindungi rakyat. Ia seumpama pagar yang menahan rakyat daripada dicerobohi
musuh-musuh. Tamsilkan sekumpulan kuda liar; Islam menjinakkan kuda, bukan
membina pagar untuk mengurung kuda. Pagar hanya dibangunkan apabila kuda sudah
dijinakkan untuk mengelakkan serangan serigala. Jika pagar dibina tanpa
dijinakkan kuda-kuda, ia tidak ada gunanya, kuda-kudanya itu pasti merosakkan
pagar. Jika rakyat tidak sepenuhnya mengamalkan suruhan agama, tidak ada
maknanya sesebuah negara yang menegakkan hukum-hukum agama.
Makna di sini, Islam tidak perlukan jalan parti politik
untuk menegakkan agama, bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika
setiap orang Islam berakhlak seperti pengikut-pengikut nabi suatu masa dulu.
Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu
dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah
kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah
semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan
politik.
Tentang kekuasaan negara, Allah SWT telah berjanji dalam
ayat ini, “wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama)
Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu,”
(Muhammad 47: 7).
Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik
memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi
Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan
kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga
tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi
alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya
tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.
Nabi SAW bermula dari bawah, iaitu individu kepada negara.
Parti politik bermula daripada negara kepada individu. Maksudnya, parti politik
mahu melaksanakan Islam dengan mengambilalih negara. Tapi bagaimana negara
Islam akan terbina jika individu-individunya tidak berkualiti Islam? Ia hanya
akan tinggal nama sahaja sebagai negara Islam, tetapi rakyatnya tidak
mengamalkan Islam sepenuhnya.
Parti politik boleh berhujah yang mereka juga berdakwah
untuk memenangi rakyat. Tetapi kerana mereka lebih mengutamakan tujuan membina
negara Islam, mereka sesat jalan dan terperangkap dalam tong najis demokrasi
tajaan dan anjuran Yahudi dan Nasara. Tangan kanan Yahudi dan Nasara
mempromosikan sistem demokrasi, tangan kiri pula mendakwah seluruh umat manusia
mengikuti agama (budaya hidup) mereka melalui setiap aspek kehidupan. Maka
majoriti yang terperangkap dalam lubang biawak Yahudi dan Nasara inilah yang
akan memenangkan pemimpin berakhlak seperti mereka.
Itulah demokrasi. Suatu hukum alam yang memenangkan pihak
majoriti.
Kenyataannya: Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat
tanpa menubuhkan parti atau menyertai suku-suku kaum tertentu. Baginda
menyatukan semua parti (suku-suku kaum) dengan dakwah Islam. Politikus boleh
menguatkuasakan undang-undang, tetapi ia tidak dapat menahan rakyat dari
melanggar undang-undang tersebut.
Walaupun Islam itu suatu sistem hidup yang syumul dan
menyeluruh, tetapi politik dalam Islam bukanlah politik yang berlandaskan
sistem demokrasi, iaitu menurut suara majoriti. Politik Islam adalah dakwah,
tabligh, menyampaikan seruan agama dan mengajak manusia kepada ketaatan kepada
perintah Allah SWT, kerana jika rakyat mentaati perintah Allah SWT akan
tegaklah negara seperti Madinah, negara Islam contoh dalam sejarah.
Bahkan politik yang paling agung adalah mengajak dan menyeru
umat manusia kepada kebesaran Allah SWT.
Ps: Entry di atas ni adalah copy/paste versi sopan, untuk
versi yang lebih ganas, klik sini. Woha!
Jun 25, 2013
Laki kau minat Rock tak?
(Kisah laki bini: dalam duniaku yang aman, mereka panggil
aku Ustaz Rock)
Abang dibesarkan dizaman rock kapak,di mana orang muda
pakat-pakat pakai seluar ketat, pergi sekolah pun pakai seluar ketat, nak
sarung bukan main susah.., nak senteng pun tidak boleh, lagi bagus budak-budak
haru biru zaman sekarang, remaja pakat-pakat pakai seluar longgar, senang nak
senteng untuk ambik wudhu dan sembahyang.., Alhamdulillah..
Di zaman rock kapak dahulu, siapa yang ada rambut mengerbang
macam puntianak dikira hensem, di tambah dahi berjambul dan rambut belakang
mesti mau panjang.., kalau boleh cecah bontot.., ntah apa-apantah?
Ketika itu juga abang jadi apa ke jadah ntah?, ikat salah
satu peha abang dengan sapu tangan yang biasa koboi pakai di tengkuk, apa motif
sebenar abang tidak tahu, ramai pula yang pakai macam ini.. kira rock habis,
konon brutal ikat paha, ikat rambur, seluar corak harimau dan logo tengkorak di
baju T shirt tapi lagu..huh! jiwang habis, muka brutal tapi hati legend, bila
menyanyi lagu slow rock.., sudah menjadi Mat jiwang karat tangkap leleh lantas
menyanyi lagu cinta mendayu dayu, adohai…
Maka muncullah lagu rock memuja nama perempuan seperti
Ana,Farhana, Isabela, Junaidah, Kamelia,Laila, Latifah,Monalisa, Maria, Meh Wa,
Maizo, Nurnilamsari, Nazra, Nafisa, Nabila, Nina, Nigina, Nirmala, Rozana,
Ratna, Sufi, Seri, Sabangra, Shakila, Sakinah,Tiara, Wati, Zakiah, dan Fiona.
(ops, ini lagu rap)
Tajuk lagu pula usah cakap lah, C.I.N.T.A.N, Cinta Perumahan
Tasik Selatan, Cinta di Kubur Rashidah, Sebotol bedak Sabangra di padang
Sahara, Cinta Suci dalam Bekas Berdebu, Bermadu di langit haru biru, Berenang
lautan api neraka, Ambil Kapak Belah dada Tanda Cinta, Cinta kopi dangdut golek
sampai mati (ops, ini bukan) dan apa apa lagilah..
Abang jadi mamat rock adalah kerana faktor persekitaran masa
kecik, maklumlah semua bapak saudara, sepupu, jiran, dan kawan kawan layan lagu
rock, jadi abang waktu sekolah rendah, sudah hafal semua lagu ‘wings’ dalam
album ‘belenggu irama’, ‘Hukum karma, dan ‘Teori domino’ termasuk “Bazooka
Penaka”.
Abang juga hafal semua lagu polular Scorpions dan beberapa lagu rock
yang popular dizaman itu terutama yang layak ke final Juara Lagu.
Album pertama abang beli dengan duit sendiri waktu habis
darjah enam, original kaset XPDC album pertama berjudul “darjah satu”, lepas tu
abang layan semua album XPDC, termsuk “timur barat”, “kita peng-yu”, “brutal”
sehinggalah Mael meninggalkan XPDC diganti dengan Ali. Terus abang tak beli
lagi album mereka, adohai..
Disekolah menengah, cita rasa muzik abang berubah pula,
sebab abang ada berkawan dengan budak budak rap, jadi rappers sekejap, seluar
jadi besar, pakai topi terbalik, dan macam macam lagilah, nasib baik tak
gantung CD ditengkuk, atau pakai seluar terbalik, sempat hafal jugalah lagu rap
dari Kriss Kross, Vanilla Ice.
Di sepanjang zaman itu juga, abang folllow Micheal jakson
dengan irama popnya..
Hujung sekolah menengah, di asrama, abang berkawan dengan
geng metal, masa tu baru abang kenal Metalicca, Cromok dan lain-lain band,
minat belajar main gitar mulai timbul…
Habis belajar, sempat kerja kilang, berkawan lagi dengan
peminat muzik tegar Metalicca, Cromok dan XPDC, abang pun ikut sama jamming dan
pergi konsert.
“Kesimpulannya, Band metal temptan terbaik bagi abang adalah
Cromok, dan Band Rock tempatan terbaik bagi abang adalah XPDC, apa pendapat
awak tentang minat abang pada muzik dari sepanjang kisah ini?”
Tanya aku pada bini setelah menceritakan kisah aku, lagu dan
kenangan. Jawab bini:
“Teruknya pilihan lagu abang..”
Adohai…
Ps: Selepas kahwin, aku kembali menjadi Mat rock cintan kerana bini akupun minat rock cintan. Ada ada sajer kisah laki bini, ini semua Poyo!!
Jun 20, 2013
Bahaya suntik Vaksin?
(Bahaya suntikan vaksin dan imunisasi. Kononnya....)
Aku terima tsunami soalan berkenaan vaksin, bukak email,
bukak FB, bukak blog semua pakat tanya: Apa pendapat Pakcik keretamayat
mengenai suntikan vaksin untuk anak anak? Dan hampir semua soalan tu di
lengkapkan dengan link dari penulis bernickname Minda Ahad yang bertajuk: Bahaya suntikan vaksin dan-imunisasi.
Apa pendapat aku?
Pendapat aku, Allah dah bagi akal, maka terimalah fakta
dengan akal, bukan dengan sentimen atau serounding authority yang salah,
janganlah menjadi Pak Pandir moden yang mudah perasan di salahkan lalu memilihfatwa kaum kera sebagai panduan hidup, adohai..
Aku tak nak tulis panjang panjang, aku Cuma nak sangkal
dakwaan penulis tersebut dari segi fakta.
Entry tersebut dimulakan dengan menyalahkan yahudi dengan
menuduh Imunisasi adalah satu Konspirasi jahat Zionisme dengan tujuan untuk
menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka. Entry
tersebut juga mendakwa Rockefeller adalah pengasas WHO (World Health
Organization) beliau adalah keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan
merupakan sebahagian dari Zionis Internasional kononnya .
Wow, mana datang fakta merepek ini? Perenggan pertama dah
buat aku malas nak baca, sikit sikit konspirasi, sikit sikit yahudi, aku dah
bagitahu dulu: orang yang percaya teori konspirasi adalah bodoh, dan lemah daya
berfikir..,
Akupun semak sejarah penubuhan WHO dekat Wikipedia, eh?
Kenapa aku jumpa nama Jawaharlal Nehru dari india yang terlibat dalam sejarah
penubuhan WHO, eh? Ini konspirasi yahudi ke konspirasi india? mana pergi
Rockfeller, eh? Rockfellar mati pada tahun 1937. Dan WHO ditubuhkan pada tahun
1948? Ini semua kerja Hantu Yahudi? Awal karangan dah nak tipu pembaca, pun ada
yang percaya, adohai..
Oh rupanya, mamat ni petik ‘fakta’ dari bekas doktor gigi yang anti vaksin, dan
pakar teori konsiparasi, iaitu Dr. Leonard Horowitz sebagai penguat hujah,
(patutlah) jadi kau percayalah semua cakap doktor tu, doktor tu dakwa HIV di
cipta oleh Amarika untuk lemahkan islam? Kau pun percayalah? Benda simple macam
ni pun tak boleh nak fikir?, aku rasa pengarang ni tentu ada jual ubat
alternative ni, takpe, kita semak perenggan seterusnya.
Perenggan seterusnya ada petikan untuk kuatkan hujah dengan
memetik kata-kata dari doktor pakar, wow, nampak berilmiah, mari kita semak
kesahihan rujukan beliau:
“Satu-satunya vaksin yang baik adalah vaksin yang tidak
pernah digunakan.”~ Dr. James R. Shannon, mantan pengarah Institusi Kesihatan
Nasional Amerika.
Aku google, dan didapati petikan itu dilaporkan oleh
‘Doktor’ terbabit pada tahun 2003, tapi doktor sebenar bekas pengarah Kesihatan
Amarika mati pada tahun 1994 ketika berumur 89 tahun, wah.., mentang mentang doktor tu dah mati,
senang senang korang publish kata ‘hikmat’
mereka dalam web anti vaksin, adohai..
Hujah dari doktor kedua dalam entry tersebut:
“Vaksin menipu tubuh supaya tidak lagi menimbulkan reaksi
radang. Sehingga vaksin mengubah fungsi pencegahan sistem imun.”~ Dr. Richard
Moskowitz, Harvard University.
Bila aku google, konon bekerja di Universiti Harvard, tapi
rupanya tempat dia belajar, adohai..
Perenggan seterusnya di‘bukti’kan lagi guna “placebo effect”
, Arhghhh, dah malas aku baca sebab sungguh menghina kebijaksaan aku.., sebab
awal awal dah menipu, langsung tak guna kaedah dalam islam dalam bab
menyampaikan berita:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).
Nasihat aku, berhentilah menipu, atau berhentilah kena
tipu..
Cuba kaji fakta akan penurunan kadar kematian seluruh dunia
akibat penyakit berjangkit dalam 100 tahun yang lepas. Zaman dulu, ramai bayi
mati tak macam zaman sekarang, rujuk kes polio. sejak ada vaksin, peratusan
kurang mendadak..
Ini semua kerja Allah, mencegah lebih baik dari mengubat,
vaksin tak perlu jika quaratin bagus, bila dah ramai yang ambik vaksin,
persekitaran dah jadi imun, tapi bila pergi tempat yang ramai manusia
berkumpul, kena ada vaksin, dan itu semua kerja Allah, sebab tu ulamak dan pemerintah dekat Arab
wajibkan jemaah haji suntik vaksin sebelum pergi Mekkah, apa korang ingat
mereka tu bodoh agama macam korang jer ker nak keluar fatwa haram cucuk vaksin
tanpa kaji terlebih dahulu, mereka lebih paham ayat Al hujarat tu, bukan main
petik copy paste letak dalam blog perasan bagus macam korang....,
Eh eh, bila aku baca komen kat bawah, penulis entry tersebut
ada promot ubat homeopaty, WHAT!!?
PATUTLAH Anti Vaksin.., adohai..
Patutlah guna hujah Konon Rockfellar nak guna vaksin untuk
lemahkan islam lah, WHO badan yahudilah,
akal letak kat mana?, Korang tak tahu ke dekat Yahudi pun mereka cucuk
anak mereka dengan vaksin, apa kejadah pulak mereka nak guna vaksin untuk
lemahkan ummat islam, paranoid tak habis habis. Hampeh!
Takde ke ubat homeopaty yang boleh sembuhkan korang dari
terlalu paranoid dengan yahudi?
Entah entah, Yahudi dah berjaya manipulasi otak korang
dengan sebar berita palsu dalam internet mengenai keburukkan vaksin supaya
orang islam bodoh macam korang menolak sains lalu menjadi lemah dan mudah
ditimpa panyakit dan mudahlah mereka serang negara islam dengan menggunakan
virus terkuat yang bernama:War of Z a.k.a WalkingDead a.k.a Zombie-Woha!
Aku pun boleh karang konspirasi apa, kekekeke..
Sekian.
Sekian.
Ps: Ditulis oleh orang yang ada parut BCG di bahu kiri. Harap maklum.
Rujukan: (Apa itu imun)
Jun 11, 2013
Apa ada pada Israq dan Mikraj?
(Jika ada salah cerita aku, sila betulkan di ruang komen,
nanti aku edit balik, sama sama kita belajar...)
Salam Hamka, tolong jawab soalan Hamba Allah di bawah,
kesian dia:
Hamka said:
Aku mintak maaf jika
soalan ini sudah ada orang PAS jawab kepada YB yang bertanya, sebab israk
mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya YB atau
orang lain dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, termasuk ustaz PAS
dan UMNO, malahan aku rasa artis seperti Abby abadi, Bob Lokman, dan pelakon
Leftenan Adnan tu pun tahu kisah israk dan mikraj ini, tapi mungkin YB yang
bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik ulang alik jumpa
Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh rakyat malaysia.
Aku tak tahu sama ada YB sendiri yang hantar atau mungkin
anak YB yang pinjam akaun tweet beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang
tidak suka kepada YB, aku cuba sangka baik,
Tapi takpelah, dah korang panjangkan soalan jenis bermusim
ini kepada aku, rasa tak best pulak jika aku tangguh lama sangat, maka aku
cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah Nabi Muhammad SAW naik
ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.
Begini kisahnya..
(masukkan intro muzik ala ala arab di sini)
Kisah ni dah lama, 1400 tahun yang lalu...
Ketika Nabi sedih tengok bangsa dia buat dosa dan
kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan (masukkan segala
jenis jenayah yang terlitas di fikiran korang). Maka Nabi Muhammad SAW telah
menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.
Lalu datanglah malaikat jibrail a.s wakil kepada Tuhan
memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada
mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan
dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi
muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia
sorang demi sorang.
Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah (susah), Nabi
kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi
Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh
semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah
cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi nuh dakwah cara macam ni selama 950
tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah namrud cara macam ni pun gagal.
Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi,
kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi kita berjaya ikut perintah
Allah.
10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang
ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa
jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada
mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.
Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah
siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling Nabi sayang, telah meninggal
dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik
yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib
nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak
bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi,
bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau akan masuk neraka selamanya,
aku pun sedih jika orang yang aku sayang, mati masuk neraka.., adohai..
Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang
sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan
penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra,
hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah
takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang,
jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang
sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak
menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati,
maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.
Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk
tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu
itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu
oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan nabi
telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.
Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang
bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat
Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda
hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari
bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala
baginda.
Korang pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang meihat
shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok
sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan
seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti
baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.
Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah
bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab:
aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi
menjawab malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang
sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka
telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50
waktu sehari semalam.
Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap
lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada
malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada
yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan kekuatan 7 petala langit
yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib
dan yakin yang betul.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi
Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada
ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula
untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa
namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja,
namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan
Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan
yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah,
akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan
dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih
sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah
menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi
Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah
kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah
berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.
Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersama beberapa orang pengikut telah
berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan
ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling
kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir
sehingga ke hari ini.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir,
kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat
hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman
dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam
berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya
bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai..
Bagi mereka yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi
naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika
di umur senja korang beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk
dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang
nak solat 5 waktu? Adohai..
Akhir kata, orang
kapir memang tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik
semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq
yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk
ciptaan Allah.
Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.
Sekian terima kasih.
Ps; Semoga jawapan yang ringkas ini memuaskan Twiiter semua
pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.
( Rujukan: Buznama dan Sahih Bukhari Book: 59, Hadith: 3207)
Jun 5, 2013
Keburukan kahwin awal?
(Tanya sama Abang Keretamayat)
Soalan pembaca:
"Salam, saya telah membaca buku anda yang menggalakkan pemuda
pemuda berkahwin awal, tapi tahukan anda berapa umur pemuda mengikut tafsir
ulamak, mereka adalah 25 tahun hingga ke 40 tahun, kisah Aisyah berkahwin awal
juga tidak tepat, bukan 9 tahun seperti yang di dakwa.
Berkahwin awal banyak masalah akan timbul. Kebanyakkan kes
penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda kerana
mereka belum matang.
Pasangan yang berkahwin muda biasanya mempunyai masalah
kewangan kerana status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia
belasan tahun atau sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula
menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga.
Rumah tangga mungkin retak akibat pergaduhan sesama pasangan.
Pergaduhan semakin memuncak dan tekanan hidup akibat kewangan yang tidak kukuh
boleh mennyebabkan berlakunya kes penceraian.
Orang muda sepatutnya digalakkan fokus kepada apa yang
dilakukan seperti belajar, bekerjaya, berjihad dan sebagainya. Bagi mereka yang
mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa
memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, tidak perlu
digalakkan berkahwin kerana akan menganggu pemuda yang aktif, menganggu kerja
jihad mereka, mengganggu untuk mereka berkelana mencari ilmu, biarkan pemuda
yang pasif sahaja berkahwin awal.
Ingatlah! Bagi mereka yang sedang dalam lamunan cinta,
fikir-fikirkanlah untuk berkahwin, dan jika masih belum bersedia, jangan
sesekali bermain "api".
Satu analogi yang saya petik dari sebuah forum islamik untuk
seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah
itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya
adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk
melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya,
nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta
ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke
dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan
yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan
pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan
ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga
lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap
pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam
perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi
belum tentu menjadi realiti.."
Nasihat saya, galakkan pemuda mencari ilmu, bukan galakkan
mereka berkahwin awal tanpa ilmu."
Hamka said:
Bila masa pulak aku suruh pemuda tak payah belajar ilmu?
Adohai..
Jika korang dah jadi mak bapak kelak, ketahuilah, mendengar
berita anak bercerai (sebab kahwin awal) adalah lebih ‘murni’ dari mendengar
berita anak berzina (sebab lambat kahwin).
Atau, menjaga cucu akibat anak bercerai, adalah lebih baik
dari menjaga cucu anak berzina, entah betul ke cucu korang tu?
Fikir-fikirkanlah kenapa Tuhan matangkan kemaluan orang muda
di usia muda..
Malas aku nak ulas, tepuk dada tanya iman, tepuk lutut
tanyalah nafsu..
Ps: Iklan di atas juga elok untuk mereka yang sudah lama
berkahwin, pakat pakat cari ilham untuk bersanding semula depan anak anak,
barulan anak tak boleh komplen akan kenapa tak jemput mereka sewaktu
bersanding! Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)