Sekadar gambar hiasan |
Jan 30, 2014
Politik oh Politik?
(Aku harap akan ada jawapan bernas dari pihak PAS tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya sedang memperbodohkan rakyat..)
Dulu penyakit sebar berita tanpa kaji bermula dengan surat
layang, lepas tu masuk zaman internet, mereka guna email, Facebook, dan terkni,
penyakit ni datang lagi, melalui medium Whatsapp.
Nampaknya, taknologi jer yang berubah, tapi kebodohan serta
kejahilan manusia tak pernah berubah, dalam whatsapp, geng geng ‘politik’ di
Malaysia suka share berita fitnah, lepas tu tulis:
“tak tahu betul ke salah, just share..”
Apa punya bangang! Kalau tak tahu betul ke salah, lebih baik
diam. Sebab jika betul jadi mengumpat, jika salah jadi fitnah, dua dua tu
berdosa.
Bila aku tegur dalam whatsapp dengan tulis:
“nak share berita tu kaji dulu, hati hati dalam sebar
cerita, orang politik sila take note”
Tapi geng politik jawab:
“Islam dan politik tak boleh dipisahkan”
Aku jawab:
“Kerana islam dan ‘politik’ tak boleh dipisahkan: kenalah
ikut cara islam, rujuk surah al hujarat ayat-6”
Member yang lain pulak balas:
“pisahkan politik dan islam adalah sekular”
Aku jawab balik:
“Orang suruh ikut al quran di tuduh sekular, apa punya
bangang politik macam ni.!”
Tiba tiba yang komen tu left group. KAH KAH KAH!.
Lepas tu aku pulak kena remove oleh admin.KAH KAH KAH!
Politik islam lah sangat.., ! (tangan ke bahu, mata ke atas)
Tengok politik kat Malaysia ni, tak nampak macam politik
islam pun..,
Sebab?
Bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik korang ajar,
boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur,
Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik
korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai..
Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen?
Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman
(sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong
kemungkaran parti sendiri)
Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap
sokong lagi, ke mana iman korang? Adohai...
Aku ada ramai kawan yang bijak pandai, tapi bila bab masuk
bab politik, tiba tiba jer jadi bodoh dan bangang!
Nasihat aku, cukup-cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan
cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi Muhammad SAW bila
Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli
parti, nabi tak cakap, ini semua konspirasi, tapi Nabi siasat dulu, malahan
Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam
korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina?, video besi tak
boleh jadi saksi, tapi jika kumpulan lagi satu buat silap, tak ada bukti terus
sebar, takde video, gambar edit pun cukup untuk percaya, itulah budaya politik
sempit yang memalukan nama islam..
Akhir kata, Kajang apa cerita ni bang?
Aku harap akan ada jawapan bernas dengan unsur ‘islam dan
politik tidak boleh dipisahkan’ tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya
sedang memperbodohkan rakyat. Adohai..
Ps: Orang yang benar adalah mereka yang apabila terbukti
bersalah, maka mereka mengaku bersalah dan membaiki kesalahan. Orang ‘politik’
sila take note.
Jan 17, 2014
Apa agama Ultraman?
(masa aku kecik, cita cita aku menjadi salah seorang
juruteknik di pejabat MAT (Monster Attack Team), dapat jaga panel radarpun dah
ok, he he)
Aku tak boleh terima jika ada orang bercakap tanpa fakta
lalu share di FB atau forward email, memang aku akan angin satu badan,
dipendekkan cerita, maka terlihatlah dari jauh seorang aku membebel pada anak
tentang pentingnya menyebarkan berita dengan fakta.
“ Apa yang abang marah sangat ni? Fakta apa yang anak kita
salah sebarkan.”
Tanya bini ingin tahu, jawab aku dengan emosi:
“ Ada ke patut?, anak kita cakap, lampu ultraman berkelip
sebab nak minta bantuan adik beradik ultra?, tak logic langsung, sebenarnya
lampu ultraman berkelip adalah kerana atmosfera bumi yang memalapkan tenaga
ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima
minit sahaja di permukaan bumi, itu yang buat lampu didadanya berkelip! ini
adalah fakta!
Woha!
****
“ayah, ultraman ni apa agamanya?”
Tanya anak aku di suatu petang selepas melihat Ultraman di
paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa..
Ayah rasa ‘Ultraman’ ni agama kristian, sebab banyak unsur kristian
dalam cerita Ultraman.., tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan
banyak babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.
Tangan berbentuk salib? |
Macam Jesus? |
Tiang salib? |
Lagipun pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang
beragama kristian. Namun tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi
yang perasan pandai lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang
orang tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah- adohai..
Balik kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada
waktu ayah belum lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul
dengan filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna
warni dah..
Do Re Mi- 1966 |
Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita
Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan Ultraman
jack.
Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah alien yang pinjam
badan manusia, dan bekerja di MAT(seangkatan polis khas yang banyak cayangannya
di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi
canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh).
Anggota MAT |
Bila raksasa serang bumi (baca: Jepun) maka MAT akan guna
teknologi paling canggih untuk hapuskan raksasa, tapi biasanya gagal, (buat
rugi duit rakyat jepun jer bayar cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka
barulah Hayata atau Go tadi berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman
dan tewaskan raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu
bertarung, Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi, lampu ultraman akan berkelip menandakan
atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman
hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, jadi
bila dah hujung hujung, baru Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa,
lalu terbang ke angkasa. (kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis
Perbandaran Tokyo)
Ultraman Jack |
Dalam episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang
merosakkan lampu amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia
berlawan, akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu
‘mati’. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan sewaktu Ultraman
Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet ultra, Ultraman telah merayu
demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani
kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan
memberikan satu nyawa kepada Hayata.
Zoffy |
Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui
nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya sambil
memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi.
Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa
dengan ketua Ultraman iaitu Ultraman fathers.
Ultra Father |
Dan mungkin.. (ini adalah tambahan dari keretamayat)
Ultra Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di
bumi, dan salah satu laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia
di bumi.
Berkatalah alien (ultraman jack)
Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun
yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian 2.0
billion
Islam 1.2 billion
Hindu 811 million
Budda 360 million
Dan agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka
hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi
dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia
hanya merujuk satu kitab.
Selain itu, dalam Al quran juga banyak ayat yang sesuai
dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain
disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba
tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi
jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf “ba”. Huruf asal
Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal
kitab injil, sudah tentu bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan
suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi
hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca:
Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah,
Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut
ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf dalam kitab mereka?, maka
pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menghintung, tapi hampir semua
orang islam akan boleh jawab, lebih kurang, 6666 ayat..,
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak 2 orang kawan yang
hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial
nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang
mereka kenal telah menghafal 6666 ayat Al quran, malahan yang mengakui sudah
hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system yang boleh
menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap
panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
“tapi kenapa mereka saling bergaduh?”
Tanya Ultra father pada Ultraman hayata.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam,
but something wrong with (some) muslims "
Bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis
baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al
quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah
habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara
spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk,
tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis
apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“kena baca semua makna ke Hayata?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al
quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang,
Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan,
ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah
dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan
ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup
dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk
satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di
telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab
tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan..,
sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei
atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al
quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang
islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila
azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang
berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul
betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil
luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan
UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong
Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan salafi and counting...
dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi
kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca
makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah
bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat
hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik..,
tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa
kes?
Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang
tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al
fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson
tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just
Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!
(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance
ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)
Akhir kata:
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang MEMBACA
Al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada
cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.
Jadi wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab,
tolong baca makna Al quran sama, dan jika tak faham tanya!.., jangan tengok
sangat cerita Ultraman tu.., ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat
yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra! Woha!
Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu
dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya
mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)
Jan 9, 2014
Islam itu lebih mudah dari naik basikal?
(Tanya sama abang keretamayat: makin diterangkan semakin tidak
faham)
“Salam encik hamka, ada satu isu yang sekiranya tidak keberatan untuk tuan beri pendapat. Sekarang banyak video anak muda yang terangkan tentang islam, tentang kalimah tauyyibah. Tentang amalan agama, tentang sunnah, tentang syiah, tentang syarat masuk shurga neraka semua, tapi makin di dengar hujah mereka, makin tidak faham, agak berat bagi saya untuk brain bende-benda yang dihujahkan”
Hamka said:
Pada zaman permulaan islam, apabila ummat islam di seksa dan
dibunuh oleh orang kafir Mekah yang menyembah berhala, maka Nabi Muhammad SAW
telah perintahkan sebahagian sahabat berhijrah ke tempat yang lain, maka
sahabat telah berhijrah ke negeri Habshah, yang di perintah oleh Raja Kristian.
Sampai di sana, Raja Habshah telah bertanya kepada sahabat
Nabi, iaitu Jaafar r.ahu tentang islam.
Jawab Jaafar:
“Tuanku! Kami ini dahulunya manusia yang jahil. Kami tidak
mengenal Tuhan. Kami menyembah batu-batu, memakan bangkai serta mengerjakan
segala jenis kejahatan. Kami tidak menunaikan hak kami terhadap kaum kerabat
kami. Orang yang kuat dikalangan kami akan menindas yang lemah. Akhirnya
bangunlah seorang Nabi yang membawa pembaharuan didalam hidup kami. Beliau terkenal
dengan keturunannya yang mulia, akhlaknya
yang terpuji, serta kehidupannya yang
suci bersih diketahui umum oleh kami. Beliau menyeru kami supaya kami menyembah
Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik. Beliau mengajar kami melakukan
perbuatan amal Ma'ruf(kebaikan) dan meninggalkan amal Mungkar(kejahatan). Beliau
mengajarkan kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati
kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan jiran tetangga. Daripadanya kami
belajar ibadat-ibadat agama dan berkelakuan baik. Kami diajar supaya menjauhi
perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah. Beliau melarang perzinaan,
bercakap bohong, memakan harta anak yatim, membuat fitnah dan sebagainya. Dia
mengajar kami Kitabullah Quran yang sangat mengkagumkan. Jadi kami percayakan
kepadanya, dan menerima ajaran yang dibawanya. Oleh kerana inilah maka kami
telah diganggu dan disiksa oleh orang kami senndiri dengan harapan kami akan
kembali kepada keadaan sediakala meyembah berhala. Apabila kekejaman
orang-orang kami melampui batas-batas perikemanusiaan, kami pun dengan doa
restu Nabi kami telah datang kemari untuk berlindung ditempat Tuanku."
Mendengar penjelasan dari Jaafar r.a, maka berkatalah Raja
Habshah:
"Perdengarkan sedikit ayat Al Quran yang telah kamu
pelajari daripada Nabi kamu."
Jaafar pun membaca ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'.
Ayat-ayat yang dibaca begitu mengharukan hati nurani para pendengar sehingga
pipi mereka dibasahi air mata.
"Demi Allah!" kata Raja Habshah."ayat ayat
ini, (Al quran) dan ayat Nabi Isa (Injil) merupakan cahaya dari suatu sumber
sinaran yang sama."
Kemudian, Raja Habshah bertanya pendapat orang islam tentang
Nabi isa anak kepada tuhan.
Jawab Jaafar:
"Kami percaya kepada kata-kata Allah yang telah
diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan
Pesuruh Allah. Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah
disampaikanNya kepada Maryam"
Ulas Raja Habshah: "Demikian juga dakwah Isa mengenai
dirinya…
Kemudian Raja Habshah mengeluarkan titah agar orang islam
yang tinggal dinegaranya di berikan perlindungan dan keselamatan sama seperti
rakyat baginda.
***
Moral dari cerita ini, sebenarnya, Allah telah menjadikan
agama islam itu adalah mudah untuk diterangkan dan mudah untuk diamalkan, dengan
syarat orang yang cerita itu faham tentang asas islam, dan orang yang mendengar
ada sifat rendah diri untuk berfikir.
Bukankah manusia ni ada macam macam jenis?, ada yang pandai,
ada yang bodoh, ada yang bangang, ada yang slow.., ada yang kaya raya, ada yang
papa kedana, dan macam macam..
Maka, bila ugama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang bandar, orang bodoh, orang pandai., hamba atau raja, semua!
Maka, bila ugama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang bandar, orang bodoh, orang pandai., hamba atau raja, semua!
Maka agama ini milik semua orang, bukan milik orang yang
cerdik atau bangsawan sahaja, malahan orang bodoh, cacat, miskin pun berhak
memiliki agama.
Zaman takde internet, takde kitab, takde FB, tak ada PhD, tak ada university, tak ada forum perdana, tapi Nabi telah ajar agama yang mana semua sahabat (hamba atau tuan) boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena BERDEBAT berbulan bulan macam anak muda zaman sekarang, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam hari, dan ketika sedang belajar asas islam, tapi tiba tiba mati, insyaAllah akan terus masuk shurga..,
Memang adapun kisah di Zaman Nabi Muhammad s.a.w kisah orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk shurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?
Islam itu mudah.., jangan berdakwah guna ilmu Masail, (hokum hakam), atau guna perdebatan emosi, nanti orang lari, berdakwahlah guna ilmu Tamsil (common sense) dan Fadhail (kelebihan), maka akan mudahlah semua orang untuk faham dan amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau putih, hensem tak hensem.., semua boleh amal ugama! Insya-Allah.
Malahan belajar ugama adalah lebih mudah dari naik basikal!
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?
Sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh berdakwah guna bahasa isyarat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi guna tangan tak payah beli sudu, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..
Dan yang orang islam lupa hari ni adalah berdakwah cara Nabi, cara paling senang, jumpa manusia dan cakap lemah lembut, guna Tamsilan (common sense) dan Fadhail (kelebihan), sampaikan walau satu ayat, tapi tang dakwah cara Nabi ni ramai yang korner meraban...
So, kesimpulannya, agama hari ni jadi payah orang nak paham, sebab orang yang nak cerita agamapun tak paham agama, bab solat berjemaah dan dakwah cara Nabi pun ramai ustaz tak paham, orang awam lagi ramailah yang bangang!..
Bak kata Einstein:
"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough."
Woha!
Zaman takde internet, takde kitab, takde FB, tak ada PhD, tak ada university, tak ada forum perdana, tapi Nabi telah ajar agama yang mana semua sahabat (hamba atau tuan) boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena BERDEBAT berbulan bulan macam anak muda zaman sekarang, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam hari, dan ketika sedang belajar asas islam, tapi tiba tiba mati, insyaAllah akan terus masuk shurga..,
Memang adapun kisah di Zaman Nabi Muhammad s.a.w kisah orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk shurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?
Islam itu mudah.., jangan berdakwah guna ilmu Masail, (hokum hakam), atau guna perdebatan emosi, nanti orang lari, berdakwahlah guna ilmu Tamsil (common sense) dan Fadhail (kelebihan), maka akan mudahlah semua orang untuk faham dan amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau putih, hensem tak hensem.., semua boleh amal ugama! Insya-Allah.
Malahan belajar ugama adalah lebih mudah dari naik basikal!
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?
Sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh berdakwah guna bahasa isyarat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi guna tangan tak payah beli sudu, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..
Dan yang orang islam lupa hari ni adalah berdakwah cara Nabi, cara paling senang, jumpa manusia dan cakap lemah lembut, guna Tamsilan (common sense) dan Fadhail (kelebihan), sampaikan walau satu ayat, tapi tang dakwah cara Nabi ni ramai yang korner meraban...
So, kesimpulannya, agama hari ni jadi payah orang nak paham, sebab orang yang nak cerita agamapun tak paham agama, bab solat berjemaah dan dakwah cara Nabi pun ramai ustaz tak paham, orang awam lagi ramailah yang bangang!..
Bak kata Einstein:
"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough."
Woha!
Jan 4, 2014
Apa lagi Cina mahu?
(Kat dunia lagi 'mereka' dah tuntut...)
Namewee, pengarah filem berbangsa cina cakap kat youtube
beliau: sejak kecik tinggal di perumahan Muar, ramai orang kristian ketuk pintu
untuk sebarkan kristian, Tapi di Malaysia ni paling ramai islam, kenapa orang
islam tak nak ketuk pintu dan sebarkan islam?
Kata Namewee lagi, mungkin orang islam tak faham islam,
sebab tu tak ada orang islam yang berdakwah ke rumah bukan islam macam orang
kristien.
Ps: Ini sangat deep, semua ustaz dan pejuang islam, sila
take note.
Jan 2, 2014
Kenapa Bangsa asing maju di Malaysia?
(Selamat tahun baru, selamat bekerja dan selamat beramal
ibadat)
Firdaus Ahmad, penulis buku DTMKKLCC update facebook hari
ini dengan status:
“Kita tak berapa suka pendatang asing macam bangla, pakistan
dan indon datang sini bekerja.
Peluang pekerjaan, peluang perniagaan habis semua direbut
oleh mat bangla, mat pakistan dan mat indon yang taraf mereka ini kita tengok
di tapak kaki manakala taraf kita yang di atas kepala ni pula tak tahu kemana
arah tuju dan hujung punca.
Aku tengok di Tg Malim ni, mat bangla, mat pakistan dan mat
indon bukan saja menjarah rezeki di tanah kita, tapi lebih berani mereka ni
menjarah dan memenuhkan pula masjid dan surau surau yang ada.
Kadangkala, yang tinggal hanya kerja imam, bilal dan siak
masih dalam kepungan orang kita, kerja makmum pula dikuasai mereka.
Celaka betul lah. Aku ingat kita ni kalah dengan bangla,
pakistan dan indon di dunia ni saja, rupanya hal hal akhirat pun kita nak kalah
juga?"
****
Hamka said:
"solat sunat sebelum dan selepas solat berjemaah juga,
habis di sapu mereka, habis tu kita ni nak buat apa? tengok ulangan maha raja
lawaklah nampaknya. Adohai..."
Subscribe to:
Posts (Atom)