Jun 29, 2020

Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?

(Jawapannya ada pada lima kertas kosong yang ada dalam simpanan anda.)


Baik, sediakan lima kertas kosong bersaiz A4.

Kertas pertama, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SETAHUN sahaja lagi…”

Kertas kedua, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEBULAN sahaja lagi…”

Kertas ketiga, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEMINGGU sahaja lagi…”

Kertas keempat, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEHARI sahaja lagi…”

Kertas kelima, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SATU JAM sahaja lagi…”

Okey, ambik masa, tulislah lima sahaja yang anda akan buat pada lima kertas tu.

Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Saya ulang! Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Dan Sesiapa tak pernah jawab lima soalan ini dalam hidupnya, akan sangat meyesal bila tiba tiba sahaja mati mengejut.

Jadi untuk jawab semua soalan ini, kena faham lima perkara yang paling penting dalam hidup.

Tahukan apakah lima perkara paling beharga dalam hidup? Iaitu:

(1) Agama, (2) Cinta, (3)Kesihatan (4) Sumber Rezeki (5) Masa lapang.

Jom bedah nikmat.

1.Agama

Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab ala mini terlalu besar untuk kita mencxari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.

Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MneyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!

2. Cinta

Bayangkan jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.

3. Kesihatan.

Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Take note.

4. Sumber Rezeki

Bayangkan jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi menuysahkan orang itu haram, menjadi kaya tidak haram juga maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dengan wang kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh membeli penderitaan. Takde noted.

5. Masa lapang.

Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Akhir kata: PASTIKAN:

Jangan mati bawa hutang, maka dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu, sehari dan sejam itu pastikan ada ruang untuk bayar hutang pada Tuhan, hutang pada orang tersayang, hutang kepada kawan, hutang kepada alam, hutang kepada kerjaya dan hutang kepada diri sendiri.

Hutang ni bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak yang baik serta kasing sayang.

Dan syukur Allah kerana sedang berikan kelima lima nikmat itu kepada saya.

Dan saya sedang menikmati kelima lima ini. Dah boleh mati dengan aman InsyaAllah..

Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang kita dustakan.

Semoga Woha sampai syurga.

Jun 25, 2020

15 cara Laki Bini Urus Wang Yang Bijak?


15 Step Perancangan Kewangan Suami Isteri oleh pakar Kewangan, Afyan Mat Rawi No 13 amat mengejutkan, mungkin satu dalam sejuta sahaja!

(Dalam kurungan adalah apa yang saya amalkan)

1. Ia bermula sebaik sahaja memulakan perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama.

(Betul! Saya target kahwin paling lewat umur 25 tahun, dan saya dapati kos kahwin perlukan RM10 ribu paling kurang, maka saya perlu menyimpan RM500 sebulan selama dua tahun, untuk itu gaji saya tak boleh beli kereta baru, jadi saya beli kereta second Hand sahaja dan Alhamdulillah, dapat kahwin waktu umur 25 tahun tanpa berhutang)

2. Rancang majlis perkahwinan dengan kos yang bersesuaian dan bukan ikut trend atau fikir apa kata orang. Jauhkan dari berhutang. Pedulikan kata-kata pakcik dan makcik bawang. Biar majlis tak grand, asal tak berhutang.

(Saya buat majlis agak besar, jemput semua orang kampong, tapi takde bersanding bagai, takde silat, kompang, renjis mawar semua takdr, bajet cukup untuk mas kahwin, dan kenduri sahaja serta sedikit sewaan bas, penginapan, dan lain lain)

3. Selepas berkahwin, boleh mula menabung untuk beli rumah pertama, bukan untuk beli kereta pertama. Selalu berlaku, tak dapat beli rumah sebab duit dah habis banyak untuk ansuran dan maintenance kereta. Jadi, rancang untuk beli rumah dulu baru beli kereta, bukan sebaliknya. Pastikan installment rumah lebih rendah oleh kadar sewa.

(Betul, tapi saya dah beli rumah pertama teres tengah pada waktu bujang lagi sebab saya takde komitment bulanan kereta, jadi rumah pertama ni tak perlu besar, cukuplah bila kita pindah, harga sewa lebih tinggi dari bulanan Bank, terima kasih kepada kawan yang nasihat beli rumah dulu zaman tu, dan terima kasih kepada kawan yang puji saya beli kereta buruk dahulu-Note: jika kawan kau kutuk kereta buruk, tak payahlah buang masa berkawan dengan orang macam tu)

4. Tak perlu malu kalau rumah pertama ialah rumah pangsa. Ia jauh lebih baik dari menyewa sampai tua. Lepas ada rumah pertama, kita akan bernafsu untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Masa tu tak kisah pun kalau pakai kereta buruk sahaja.

(Betul, bila kahwin, rumah lebih penting dari kereta, lalu lama kelamaan, saya mampu beli rumah lebih besar dan pindah, rumah lama saya pernah buat Homsetay tapi rugi, jadi sekarang hanya sewakan, rumah sekarang walau terkurung waktu PKP, sangat best sebab rumahku syurgaku, bukan keretaku syurgaku, take note!)

5. Pilih kenderaan yang sesuai, fungsinya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau baru berdua tak perlu sampai pakai MPV. Harganya jangan lebih setahun gaji.

(Setuju, saya beli MPV bila anak dah lima orang, sebelum tu pakai kereta Wira Sedan sahaja, lagi susah saya beli waktu PRU, semua penyokong kerajaan dan pembakang cakap saya bodoh beli kereta waktu PRU sebab nanti parti mereka menang, harga kereta turun separuh, mujur saya tak dengar cakap penyokong politik-Woha!)

6. Gabungkan gaji bersama untuk rancang kos kehidupan berkeluarga. Bahagikan ikut formula 30% untuk belanja isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.

(Hidup untuk berkongsi, saya dan isteri kumpul harta sama sama, dan masing masing istiharkan harta, saya jadi PM dan Menteri Kewangan, Isteri jadi Penolong Mneteri Kewangan, dan Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga, setiap perbelanjaan adalah melalui mesyuarat, maka dapatlah nikmat hidup melancong sana sini, dan lain lain walau ada waktu sukar…)

7. Pastikan perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih dari 30% setiap satu atau maksima 60% kombinasi kedua-duanya. Ekstra 5% sebagai tambahan jadi 65%. Jika dari awal dapat susun, makin lama makin mudah.

(Okey yang ni saya kantoi, hutang saya banyak, maka untuk itu saya buat kerja sambilan di rumah seperti, Jual tanjak, Jual Buku, Menulis, berceramah, Youtuber, dan banyak lagi, tapi oleh sebab kerja sambilan saya banyak di rumah, maka kerja sambilan saya tidak mejejaskan cinta sebab anak bini semua depan mata, Alhamdulillah)

8. Rancang minima 30% lebihan untuk 3 perkara penting ini; 10% simpanan, 10% perlindungan takaful, 10% pelaburan. Ia perancangan sepanjang masa hingga akhir usia.

(Ini pun saya masih belajar dari Ebook Merancang Wang, baru sebahagian saya mampu buat, doakan saya)

9. Langgan takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10 tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati, polisi satu lagi jadi free. Kemudian baru rancang untuk medical card pula.

(Inipun saya masih terhegeh hegeh, aduhhhh, nak kena ulang kaji pesanan dan saranan dalam buku BIjak Mnegurus Wang)

10. Boleh mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.

(Pun sama, aduh tak start lagi ni, semoga tulisan ini jadi semangat untuk saya buat semua ini)

11. Rancangan persaraan. Dari sekarang perlu buat tabungan. Ini penting supaya kelak tua kita tidak terbeban. Boleh mula pelaburan yang paling mudah dan murah; emas dan unit trust sebelum beralih kepada yang lebih sukar dan sukar; saham dan hartanah.

(Ini saya ada buat tapi aset susah cair macam hartanah, pelan pelan saya akan cuba buat untuk asset mudah cair macam saham, doakan saya sebab entah kenapa langsung tak minat nak bersaham, aduhhhh)

12. Apabila mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan mereka. Ada banyak cara; takaful pendidikan, TH, ASB dan SSPN-I antara pilihannya.

(Alhamdulillah, yang ni saya dah buat untuk lima anak, TH dan SSPN-I, syukur berada di landasan yang betul)

13. Aset penting dalam sebuah keluarga ialah ilmu. Penuhi rumah dengan buku. Kena ada perpustakaan mini di satu bucu. Bukan TV, Astor, pinggan, mangkuk, sudu atau garfu.

(Ini dah lama saya buat, gaji pertama beli rak buku, dan tiap bulan beli buku hias rak buku, tapi sekarang saya dah kurang beli buku, sebab saya dah hias rumah saya dengan buku yang saya sendiri tulis, ada 13 tajuk! Cakap “nak” kat ruang koman nanti)

14. Jangan lupa rancang untuk pergi haji. Pastikan dah daftar dengan Tabung Haji. Daftar untuk anak-anak sekali. Semoga dapat panggilan ilahi.

(Alhamdulillah, dan daftar Haji isteri dan semua anak anak, dan jika ikut giliran tahun depan, tapi sebab Covid ni, mungkin anjak ke tahun depan satu lagi, jom pergi haji bersama kereta mayat tahun depan satu lagi!-Amin)

15. Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review” sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara berkala.

(Ini belum buat lagi.., aduhhhhh, salah diri sebab perasan sibuk)

16. Belajar ilmu kewangan secara bermodul dalam. Rujuk link pada komen

(Okey, ini saya dah buat, dan sedang fahami serta mengalami, memang menyedarkan saya yang kadang syok sendiri dengan kewangan tapi bila baca, saya masih banyak buat silap dan tak rugi jika kita merendahkan diri belajar Bijak Mengurus Wang sebab bukan semua ilmu boleh dapat macam udara.., ada waktu udara pun kena pakai alat bila sesak nafas. Jadi sesiapa yang sedang sesak duit, sangat elok baca Ebook Bijak Mengurus Wang siap dengan penerangan Video. InsyaAllah ilmu bila dipejari dengan berlapang dada akan terbuka pintu ilham kepada kebaikkan.) Boleh rujuk Komen link Bijak Mengurus Wang


Ps: Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!

Jun 15, 2020

Jimak itu Sedekah?


“Hamka keretamayat dah berubah, asyik suruh orang jadi kaya, tak tahu ke hidup didunia ni antara azan dan iqamat ja . dalam Quran banyak cerita manusia menyesal kerana tamak dengan dunia.“

*******

Terima kasih kerana menegur saya, kat mana saya suruh tamak? Tamak tu macam kisah anjing dan bayang-bayang kan?

(Bagi yang belum tahu, ada kisah seeokor anjing yang sedang gigit tulang melintas titi dan nampak ada anjing sedang gigit tulang dalam air, dia pun nak ambik tulang tu lalu buka mulut nak rampas sekali tulang di mulutnya jatuh dan masuk ke dalam air, rupanya anjing dalam air itu adalah bayangnya sendiri, itulah kisah orang tamak selalu rugi)

Jadi betul, orang tamak akan rugi sebab tu dalam kita mencari rezeki, rukun islam jangan kita abai, solat jangan tinggal,

Bab kata sahabat Abdullah r.a, bila azan di Madinah, semua orang termasuk pembeli dan penjual pergi bersolat, maka menjual tak salah, yang penting jangan tinggal perintah Allah, lalu sahabat ini berkata: Inilah mereka yang perniagaan dan jual beli tak menghalang dari ingat kepada Allah.

Dan ada kisah Saidina Umar bila tengok ramai orang yahudi berniaga di pasar, sebab orang Islam dah ramai yang senang kerana banyak rampasan perang, maka saidina Umar suruh orang islam pergi berniaga agar ekonomi tak dikuasai mereka.

Lagipun dalam Rukun Islam yang wajib, ada dua tempat perlu pada wang iaitu zakat dan haji, maka jangan kata Allah tak suruh kita cari wang, dan jangan kata salah jika orang islam jadi kaya. Jangan harankan apa yang halal.

Dalam hadis bagitahu tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, InsyaAllah, jadi kaya bukan haram, jadi miskin pun tak haram, tapi menyusahkan orang memang haram.

Rujuk Al-Quran yang menghalalkan kaya:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”

Jadi dunia ni adalah ladang akhirat, waktu azan dan Iqamat ini adalah tempat untuk tuntut ilmu hingga apa sahaja bakat yang kita ada boleh dijadikan pahala akhirat, hingga Nabi bagitahu berjimak pun dapat pahala sedekah!

Sabda Nabi:

”Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah.

Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah apakah jika salah seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu mendapat pahala?”

Baginda menjawab: “Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan sahaja tanpa menghitung kebaikan?”

Tengok, ada ilmu, maka baru tahu jimak itu sedekah, pendek kata, Orang yang ingin berjaya di dunia perlukan ilmu, orang yang ingin berjaya di akhirat pun perlukan ilmu. Orang yang ingin berjaya di kedua-duanya pun perlukan ilmu.

Jika bertanya, cik Hamka ada tulis buku pasal pengurusan wang untuk jadi kaya?

Jawapannya, saya belum tulis buku pasal wang dan harta, tapi saya boleh cadangkan, sahabat saya Afyan Mat Rawi dah tulis buku lengkap dengan video dan tata cara mengurus wang agar mendapat kebaikkan di dunia dan di akhirat

Hari ini last harga promosi. Support bisnes kawan kawan :)


Jangan kata abang kereta mayat tak payung.

Woha!



Jun 11, 2020

Kisah Benar Anakku Sazali?


(Kesilapan yang sangat membantu hidup kita Dalam Filem Anakku SAZALI.)

Jika Filem Anakku Sazali tu adalah kisah benar, pada tahun berapakah Sazali di tangkap oleh polis? Baca kajian di bawah dan anda akan terkejut dengan fakta sebenar di sebalik filem Anakku Sazali.

Rujuk tarikh, 1956 adalah tarikh filem anakku Sazali yang mana P Ramlee berlakon sebagai anak yatim piatu yang cintakan muzik dan bekerja di rumah orang kaya.

Tengok dari fizikal dan kerajinan P.Ramlee di awal filem itu, saya andaikan umurnya waktu itu 12 tahun.

Dan bila melihat suasana aman damai di Tanah Melayu zaman itu, yang mana di waktu malam P.Ramlee boleh ajak Mahani pergi tengok orang main Keroncong maka fahamlah bahawa Malaysia sudah merdeka, bebas dari penjajanan Jepun dan British sebab orang boleh main Keroncong di malam hari. Jadi tahun itu adalah 1957, tahun Malaysia merdeka!

Lalu P.Ramlee kena pukul oleh Bapak Mahani, sebab ajak Mahani tengok Keroncong dan P.Ramlee anak yatim piatu di buang kerja dan diberi semua upah sebanyak RM 7.

Apa P.Ramlee buat dengan wang RM7 yang dapat dari upah selama bekerja di rumah Mahani? P.Ramlee melabur dalam hobi muziknya, iaitu membeli sebuah Biola, dan harga RM7 itu adalah anggaran harga yang tepat untuk sebuah biola pada tahun 1957.

Pada tahun itu jambatan belum ada banyak, (jambatan sedia ada banyak Jepun dan Komunis musnahkan) maka P.Ramlee bekerja sebagai pendayung sampan untuk orang kampung ke seberang. Dan dengan upah mendayung sampan, P.Ramlee pergi pula ke kampung sebelah untuk belajar main Biola. Belajar sampai larut malam, walaupun zaman itu banyak ‘hantu’ P.Ramlee tak kisah, demi pandai bermain biola, melintas pokok berhantu pun dia sanggup.

Jadi ikut kajian saya, tahun itu memang confirm tahun 1957 selepas merdeka, kerana P.Ramlee bebas ke kampung sebelah di malam hari tanpa diganggu komunis atau Jepun.

Bila P.Ramlee dewasa, 15 tahun kemudian, yakni berumur 27 tahun, (fizikal P Ramlee tanpa solek dengan umur sebenar waktu berlakon) dan masih miskin, lalu Mahani bertunang dengan orang lain, maka P.Ramlee telah bawa lari Mahani ke Singapura, kerana di sana abang Mahani Mansur (lakonan Nordin Ahmad) telah menjadi cikgu. Bagus jugak P.Ramlee ni sebab cari wali yang betul untuk kahwinkan dia dengan Mahani, lalu mereka berumah tangga.

Jadi 1957 tambah 15 adalah 1972

Tahun 70-an!, zaman tu gaya Elvis Presley dan Beatles ramai yang ikut, dengan seluar bell bottom, rambut sideburn tebal, atau rambut afro siap jambul tengah top. Perempuan pun ramai pakai kemeja macam lelaki gaya unisex.

Jadi itu dunia sebenar P.Ramlee dan Mahani kerana umur mereka baru 27 tahun. P Ramlee mungkin juga akan berside burn tebal, dan buat muzik gaya Elvis!

Kita kembali ke skrip asal dengan andaian tahun 70-an, pendek cerita, P.Ramlee dapat kerja main muzik, tapi sebab tinggal di rumah sewa yang berjiran dengan orang nakal dan jahat, maka Mahani dengan air mata bercucuran ajak P.Ramlee pindah.

Melihat air mata isteri, P.Ramlee melabur lagi, pergi belajar menulis note Muzik dan belajar bermain alatan muzik yang lain hingga beliau pandai mencipta lagu dan jadi pengarah teater muzikal.

Hujung cerita, P.Ramlee jadi kaya, waktu gajinya naik, P.Ramlee tak beli kereta, dia beli rumah dahulu, dan bila isterinya mengandung dia pindah rumah besar di tepi pantai, siap dengan driver dan orang gaji, tapi langit tak selalu cerah, Mahani mati waktu lahirkan Sazali. Waktu Mahani mati umur Mahani dan P.Ramlee adalah 46 tahun.

Kenapa 46 tahun? Sebab Sazali lahir tahun 1991. Bermakna pada tahun tu zaman rock sedang top, lagu anakku Sazali kena ada Rock sikit baru boleh masuk Juara Lagu, dan P.Ramlee waktu tu akan setaraf dengan M Nasir, Bob Lokman, Loloq, JS Kevin dan semua lah!

Dan mungkin sempena kematian Mahani di tahun 90-an, akan keluar lagu rock tangkap leleh zaman tu ciptaan P.Ramlee dengan tajuk, “Taman Mahani Utama” atau “Misteri Mimpi Mahani” atau “Aduh Mahani” atau “Nur NIlam Mahani” atau “Manahi Tertipu Tipu terMahani” atau apa apa jer lah-Woha!

Eh? Kejap! Korang mungkin persoalkan? Apa dalil Sazali lahir tahun 1991?

Sebab waktu P.Ramlee tampar Sazali, dirinya sudah tua, beruban, dan bertongkat, gaya macam umur 65 tahun, dan Sazali waktu itu berumur 20 tahun kerana ayat Sazali “jika sepuluh tahun dahulu Bapak pukul Sazali..” merujuk umurnya 10 tahun.

Jadi logic waktu Sazali lahir rupa P Ramlee Muda dan kacak prime-age sebab lelaki terkacak waktu umur 40-an, jadi jika waktu tampar Sazali P Ramlee dah tua bertongkat bersamaan 65 tahun maka logic umur beliau waktu Sazali lahir adalah 46 tahun yang sebaya dengan saya sekarang yang nampak masih muda belia dan hensem. (woha!)

Maka Sazali lahir tahun 1991 sebab mereka kahwin 27 tahun di tahun 1972 yang mana 27 + 19, maka 46 tahun umur P Ramlee dan 1972 campur 19 = 1991!

Oleh yang demikian, apabila Sazali di tampar ketika berumur 20 tahun, dan lahir tahun 1991 maka tahun yang betul kejadian itu Sazali ditampar adalah 2011!

Serentak dengan tayangan KL Ganster. Sazali punya gangster sepatutnya setaraf dengan Shark, Dragon, dan King! Yang bercakap loghat Genster zaman terkini macam “sekali gua sengat maa!”

Jadi Sazali lepas kena tampar dengan P Ramlee akan cakap macam ni.

******

“Berhenti Papa!… lu sudah lembab mau sengat gua lah Papa!, Jikalau 10 tahun dahulu Papa sengat gua, tetak gua, cucuk gua, Sazali tak jadi genster maa, Sazali mungkin jadi Pencetus Ummah Maa, tapi sekarang baru Papa nak azan gua pulak, Sory lah papa! Sekarang tak kira mana tempat ada Abang Long ka, Ayahanda ka, ini KL sama Singapore, gua pegang lah Papa! Betapa banyak anjing gua yang sanggup mati bila gua petik jari lah Papa..

Eh? Papa tau ka? Bukan Rokiah sahaja Guwa buat rosak lah papa, bersepah lah Papa! Bohsia, Chikaro, semua gua sebatlah Papa!

Papa tau ka? Papa yang bersalah dalam semua cerita ini! Lagi papa mau menyalak manyak Kuat! Selupe anjing papa tau? Papa tau ka Papa membesarkan Sazali macam sial, Papa membabi buta kan segala silap Sazali, segala apa guwa mahu, papa bagi.. sagala apa hajat guwa, papa sempurnakan, sehingga Guwa pandai cakap bohong sama papa… sehingga Sazali menipu papa, hingga Sazali jadi Taiko besar maa!

Tapi apa Papa tau? Papa tau ka? Papa tak tau maa.. papa hanya…’Anakku Sazali’..

*****

Begitulah kisah sebanar jika diikut pada Geografi dan Sejarah, Dan ringkas cerita, oleh sebab kejadian itu berlaku tahun 2011, maka Malek sama Jai sudah langgar Sazali punya tempat, Sazali dah kena sengat lalu P Ramlee tolong anaknya bersembunyi, lepas tu bagi makan sedap sedap, sambil on kan Karoeke lagu Anakku Sazali versi Rap campur Balada.

Lalu Sazali tertidur, dan P Ramlee ambik gambar Sazali sedang tidur Whatsapp polis.

Tak lama kemudan, Polis Gerak Khas berwajah A Galak terus datang, dan P Ramlee pandang potet wajah Mahani di dinding sambil berbisik:

“Saya telah membuat perkara yang paling terbaik kepada anak kita.. sekarang”

Lalu P Ramlee ulpload gambar Sazali sedang tidur ke dalam IG serta FB, dan tulis status:

“Anak Pakcik bernama Sazali diburu polis, rupanya baru hari ini Pakcik sedar dia seorang Gengster, dan kini dia sedang tidur di rumah Pakcik, dialah kekasih pakcik dunia akhirat, Pakcik telah silap menjadi ayah yang abaikan mendidik anak, maka hari ini, Pakcik serahkan dia kepada polis, kerana inilah tugas yang betul seorang ayah bila anak melalukan jenayah, tolong ketik like, dan share”

Maka habislah cerita Anakku Sazali dengan lagu Rap dari KRU berduit dengan P Ramlee dan, jangan kita mengumpat P Ramlee, sebab banyak sisi baik serta moral dalam filem ini yang kita boleh belajar iaitu:-

“Jika nak kahwin lari, larilah bersama wali yang betul”

“Jika kamu seorang perempuan tahu akan mati waktu bersalin, jangan bebankan suami dengan larang berkahwin, kesian P Ramlee air nak kepala hingga abaikan Sazali”

“Tidak pernah bahagia orang yang derhaka pada orang tua, Mahani derhaka pada ibu bapanya, dan bila dia dapat anak, anak pula menjadi anak derhaka”

“Jangan manjakan anak sangat, cari limu didik anak, boleh baca buku saya banyak kisah serta tip percuma dalam mendidik anak insyaAllah”

“Jangan takut melabur untuk Berjaya, P Ramlee masa kecik laburkan semua simpanan untuk belajar main Biola, dan lepas kahwin laburkan gaji untuk belajar tulis note lagu dan akhirnya P Ramlee kaya raya, jadi saya cadangkan korang jika nak berjaya, wajib melabur. Buat permulaan, melaburlah beli Ebook Bijak Mnegurus Wang versi terkini, saya dah baca dan sangat berbaloi sebab disekalikan dengan video dan buku latihan dengan harga tak sampaipun RM100.”

“Jika cikgu pukul anak kita kerana salah, ucapkan terima kasih, dan jika korang marah cikgu, lalu anak dah besar jadi jahat, masih belum terlambat ucap terima kasih kepada polis yang Berjaya memberkas anak kita”

“Jangan lupa beli Ebook sebagai pelaburan ilmu dan InsyaAllah kita semua akan kaya di dunia dan di akhirat”


JIka rasa tulisan ni pendek dan rasa sangat best saya membedah filem P Ramlee, boleh baca kisah saya bedah kisah Kasim Selamat di sini akan sisi baik Ibu Mertuaku tak lah jahat sangat. Klik sini


Dah baca kisah Kassim Selamat yang miskin dan Dah Baca Kisah Anakku Sazali yang kaya, dan ingin buat sesuatu bernilai dalam hidup?


Jangan kata abang keretamayat tak payung!

Woha!

Jun 8, 2020

Tip Beli Rumah waktu Muda?

(Nama saya bukan Rasyid, nama saya Hamka)

Al kisahnya, Waktu bujang saya tak beli kereta baru, saya beli kereta second hand bayar RM2K, (ansuran RM500 sebulan selama 4 bulan), dan oleh sebab kereta itu ‘cash’ maka tanpa komitment bulanan, terus saya menyimpan RM800 sebulan dengan gaji waktu itu RM1600.

Target saya nak beli rumah, lalu saya nampak sebuah rumah teres tengah, Bulanan RM450, bayar muka RM5 ribu.

Saya beli.

Bila kahwin isteri sabar dapat suami kereta buruk, dan kesabarannya berbaloi sebab kami tak menyewa, kami duduk rumah sendiri.

Bila isteri dah mengandung baru saya belikan kereta second hand yang lebih baik.

Satu hari isteri yang bekerja kerajaan, dapat skim pencen, dan layak keluarkan semua KWSP nya, RM10 ribu.

“Apa nak buat dengan wang ini bang?”

Saya cakap beli tanah!, bayar Down Payment RM8k, dan bulanan RM300, harga tanah hanya RM25 ribu untuk satu lot Banglo.

Beberapa tahun kemudian, habis bayar tanah, beberapa tahun kemudian, anak lima, baru beli MPV, beberapa tahun kemudian, baru pindah rumah mini banglo atas tanah sendiri, dan terkini:

Kerana kegawatan ekonomi sepanjang PKP ni, kami bercadang nak jual rumah pertama saya.

Tapi prinsip saya, apa apa nak buat kena ada ilmu.

Nasihat saya..

Siapa nak beli hartanah atau jual hartanah waktu PKP ini ada berita baik.

Sebelum itu, oleh sebab tanah dan rumah ni benda mahal dan tak nak korang rugi atau tertipu, maka cara terbaik adalah lantik peguam.

Tapi.. nak lantik peguam kena ada ilmu... Seperti: macam mana nak lantik peguam yang terbaik?, berapa kos guaman yang sebenar? siapa yang perlu tanggung kos guaman? Saya ke?

Pernah dengar tak ada orang rugi RM500 ribu dalam urusan jual beli rumah atau hartanah?

Jadi berita baik nya, seorang peguam yang faham selok belok beli jual rumah ada menulis panduan dalam bentuk Ebook

Harga ebooknya RM50 sahaja, dan esok lusa akan naik harga.

Saya dah beli dan sedang mengunyah ilmu.

Jadi saya sarankan, korang semua boleh beli, klik sini


Jangan kata abang keretamayat tak payung!

Woha!




Jun 7, 2020

Hartanah ke Neraka?


(Duit banyak di tangan nak buat apa? Nanti mati masuk syurga merangkak!)

Al kisahnya, Sekarang ramai peminjam Bank ada lebihan duit di tangan sebab tak perlu bayar hingga bulan sepuluh dan ada cadangan nak lanjutkan lagi.

Lepas tu ada lebihan wang lagi dengan pengeluaran KWSP

Bagi pekerja dapat skim pencen, dapat keluarkan semua KWSP, banyk tu duit!

Kemudian, dengan duduk rumah, duit minyak kereta juga dijimatkan.

Mereka yang sebelum ni melancong, makan luar, tengok wayang, juga ada lebihan wang yang banyak.

Jadi duit dah banyak nak buat apa sekarang?

Teringat zaman saya ada duit banyak sikit di tangan, saya tahu duit tu jika takjaga, dia akan cepat habis.

Pilihan yang saya ada, beli kereta baru sebagai liability atau beli rumah sebagai asset?

Maka saya beli hartanah…

Tapi ada kawan saya cakap, beli tanah nanti harta itu akan di hisab, dan akan masuk syurga merangkak macam Abdul Rahman.

Jadi dia kekal duduk rumah sewa sampai mati dan ini adalah zuhud katanya..

Aduh..

Itu kisah lama sebelum saya beli hartanah, sekarang saya dah buat rumah mini bangglo atas tanah tu dan percaya tak? kos buat banglo dan kos tanah tu sama dengan kos korang beli rumah teres malah jauh lebih murah dengan syarat korang sanggup belajar uruskan pembelian, uruskan pemaju, uruskan tukang dan jika fikir balik, tak susah mana pun sebab bahan rujukan banyak di internet Cuma takut terbaca rujukan palsu.

Kawan saya tu pulak didapati bila anak dah besar, dah beli rumah teres juga, dah tukar prinsip zuhud nak sewa sampai mati, katanya tak mampu kena pindah rumah sewa sebab harta tu bukan milik kita, dan bila dia ziarah rumah saya katanya dia menyesal tak beli tanah dan buat rumah, sebab kos rumah teresnya sama sahaja dengan rumah saya, tapi saya ada halaman yang luas sebab tanah lot.

Bila dia dah insaf, saya Tanya balik tentang “masuk syurga merangkak sebab ada harta” llau di bagi jawapan yang buat saya insaf.

Jawapan dia akan saya share di hujung artikel.

Jadi, kepada sesiapa yang nak beli hartanah, nasihat saya bab beli hartanah ni jangan terus beli, sebab sahabat saya Tuan Salkukhairi Abd Sukor, seorang peguam bagitahu, berdasarkan pengalamannya, boleh dikatakan 90% daripada pembeli rumah khususnya pembeli rumah atau pembeli hartanah pertama telah membeli hartanah tanpa ada ilmu asas tentang undang-undang jual beli hartanah lalu hidup hidup kena tipu. (ya, saya akui, saya kenal ramai kawan saya yang tertipu bab beli hartanah)

Sebagai peguam yang rapat dangan masyarakat beliau rasa sedih jika ia berlaku kepada masyarakat melayu kita, contohnya:

Nak beli tanah lot, duit habis bayar, tapi tanah tak dapat. Sebab terbeli tanah lot lidi. Beli rumah tapi rumah terbengkalai, buat agreement rupanya agreement tu bukan peguam berdaftar yang buatkan, peguam yang tak beretika songlap duit clients, beli rumah dengan pemaju yang tak de lesen pemajuan perumahan dan banyak lagi masalah yang berlaku.

Ada kes orang tak nak upah juru ukur sebab mahal rm300. Sekali rumah silap buat atas tanah lain terus rugi rm300 ribu!

Sebab itu ilmu penting sebab tanah di Malaysia ni semua bangsa nak dapatkan maka amat perlu tahu ilmu jual beli secara sah di sisi undang undang.

Jadi jika nak rujuk bab ilmu jual beli hartanah, bersyukurlah, sahabat saya tadi ada jual ebook bab ini, Siap guna bahasa orang awam yang sangat mudah difahami dan santai.. ada 20 bab yang menceritakan tentang tips, panduan dan prosedur urusan urusniaga dan jual beli hartanah.

Malah disertakan sekali sample dokumen yang berkenaan sebagai panduan kepada pembaca. Ia sangat praktikal dan catchy dan sangat sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman dalam bab jual beli hartanah sebelum ini.

Sebelum tuan ebook jual Rm200 baik korang beli dengan harga Rm50. biar rugi Rm50 dari rugi Rm500 ribu.

Tapi ilmu kot celah mana pun tak rugi beli.

Klik sini untuk baca Ebook Beliau


Balik kepada kisah kawan zuhud saya yang nak menyewa seumur hidup tapi dah penat berpindah randah tukar rumah sewa lalu akhirnya beli rumah, dan terkini berniaga macam macam lalu ada pulak orang lain yang perli:

Harta banyak di tangan nak buat apa? Nanti mati masuk syurga merangkak!

Lalu jawab sahabat saya ini:

“Aku lebih rela merangkak masuk syurga kerana banyak harta dari menjadi bahan bakar api neraka akibat banyak meminta minta”

Woha!


Jun 3, 2020

Bagaimana nak jadi Youtuber?


Saya baru berkenalan dengan penyanyi Nasyid Amar, juga seorang youtuber dan dia sendiri mengakui pendapatan dari youtube lebih banyak dari pendapatan jadi artis.

Katanya zaman dulu, youtuber berebut rebut upload video nak jadi artis.

Tapi Zaman sekarang dah terbalik, artis pulak berebut rebut upload video nak jadi youtuber.

Bila saya baca Ebook beliau maka alangkah baiknya jika saya membaca ebook ini tahun lepas yang mana sewaktu saya ada masalah kewangan, saya terkial kial belajar sendiri bagaimana nak buat duit melalui Youtube, jenuh juga klik sana, tengok video mat saleeh, baca macam macam link sedangkan di satu sudut dunia dah ada orang tulis dengan Bahasa jelas dan step by step Cuma kena keluar modal sikit jer.

Harga ebook beliau RM150 tapi salam perkenalan antara kami, beliau buat promosi RM50 sahaja.

Saya punya Youtube baru dapat income puluh dollar sebulan, tapi si Amar ni dah ribu ribu Dollar, jadi terus saya telaah dan eksplore lalu mendapati Ebook ini memang padat kandungannya. Setiap inci teknikal dikongsi supaya pembaca dapat apply dan praktikkan.

Ilmu teknikal yang dikongsi sangat bermanfaat untuk meraka yang zero tentang buat duit dengan youtube hingga nak set up akaun google pun dia tunjuk, Wow!

Jadi siapa siapa baru mencuba-cuba menjadi YouTuber, bahan bacaan dah ada depan mata, inilah cara buat duit tak perlu cari orang, tak perlu melabur ribu ribu, (hanya RM50) maka video kita insyaAllah akan buat duit sepanjang channel Youtube kita wujud.

Channel sayapun terkial kial jugak nak dapat view, ada video ratus ribu view, ada video hambar seratus view pun tak dapat, maka Ebook tentang startegi membina YouTube oleh AMAR, yang baru setahun setengah membangunkan Channel YouTube tapi sudah mendapat sambutan hangat dan monetize akan saya selami dan mengalami.

Lepas ni jangan terkejut jika tiba tiba saya buat video memasak resepi Terengganu, atau mandikan jenazah live, atau cara start enjin keretamayat tanpa mengejutkan mayat.

Woha!

Klik sini untuk dapatkan Ebook cara buat duit melalui Youtube