Jul 31, 2012

Tazkirah kepada Ustaz?


(Update- Gila apa si Keretamayat ni tergamak nak bagi tazkirah kepada ustaz, tapi kata keretamayat, tazkirah ini di tulis sewaktu syaitan di rantai...huhu)

Wahai ustaz sekalian..

Pada bulan puasa begini, tuan-tuan tentu jarang nak bagi kuliah macam biasa bukan? Kalau adapun tazkirah ringkas di antara waktu selang solat tarawikh, jadi oleh kerana tuan tuan dah tak dapat nak bagi tazkirah macam bulan bulan yang lain, maka apa kata aku bagi takzikrah dan nasihat untuk ustaz sekalian…

Aku bukan nak cari salah ustaz, aku nak belajar cakap ugama.., kalau aku salah harap ustaz dan ustazah serta para ulamak sekalian dapatlah menegur aku dengan hikmah dan bijaksana macam Lukman nur hakim…

Wahai ustaz sekalian..

Apabila tiba bulan sya’aban dan Ramadhan.., tuan tuan selalu bercerita tentang Puasa dan segala hal yang berkaitan puasa, tapi dari tahun ke tahun aku perhatikan jarang ustaz dan ulamak yang bercerita panjang lebar tentang I’tikaf…, kalau cerita sikit sajer dan terus masuk bab Qiaimulai berjemaah, aku yang jahil bab ugama ini keliru sikit bila ustaz cerita bab I’tikaf tetapi di simpulkan dengan qiaimulai berjemaah…

Apa yang aku bodoh-piang dalam bab ugama ni paham, I’tikaf dan qiaimulai adalah dua perkara yang berlainan, iaitu I’tikaf hanya boleh di buat di masjid sementara qiaimulai (berdiri malam) boleh di buat di mana sahaja.., jadi bila aku rujuk sejarah Nabi Muhammad s.a.w bahawa adalah satu sunnah Nabi s.a.w beri’tikaf di masjid selama 30 hari dalam bulan ramadhan, yang mana Baginda mendirikan khemah dari Turki.

Wahai ustaz sekalian..…

Aku tak pernah nampak lagi (kat tempat aku ler ni) ustaz dan ulamak beri’tikaf di masjid, apatah lagi khemah dari turki, jadi aku nak tanya..

Kat mana ustaz sekalian beriktikaf?
Bagitahulah aku sebab aku pun nak joint gak…, jika ada!

Kat tempat aku, biasa yang di buat oleh ustaz dan ulamak adalah qiaimulai berjemaah, bagi aku yang hina ini, lebih baik solat tahajjud di buat berangsingan macam Nabi s.a.w buat, bolehlah nak menangis puas puas dan nak panjangkan bacaan atau rukuk serta sejud sesuka hati.., baru datang feel.., eh eh, aku bukan nak cerita pasal tahajjud, aku nak cerita pasal I’tikaf..

Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan sedia maklum akan amalan Nabi beriktikaf ini mengikut hadith dan sejarah, iaitu sememangnya sudah menjadi Sunnah Nabi untuk beriktikaf sepanjang bulan ramadhan, dan pada tahun kewafatannya baginda SAW telah beriktikaf selama dua puluh hari.. dan ada ulamak yang menyatakan bahawa beri’tikaf sepuluh hari terakhir ramadhan adalah sunnat muakad!

Jadi Wahai ustaz sekalian..…, kat mana tuan tuan iktikaf, buatlah pengumuman, senang kami para jemaah untuk tumpang berkat tuan tidur di masjid…

Wahai ustaz sekalian..…

Di Zaman nabi, jika nak cari nabi just pergi masjid, dan kemungkinan atau peratus kebarangkalian untuk jumpa Nabi saw adalah tinggi kerana Nabi kerap beriktikaf di masjid, dan pada bulan Ramadhan, memang confirm Nabi beriktikaf di masjid.., maka bolehlah tumpang berkat tidur di sisi Nabi SAW, boleh tengok nabi solat sambil bengkak kaki, boleh dengar dada nabi yang merintih seperti cerek mendidih, boleh lihat nabi menangis hingga basah janggutnya…tapi sekarang, wahai ustaz kat tempat aku, .., mana ustaz sekalian beriktikaf pada 10 hari akhir ramadhan? Mana ustaz pergi wahai ustaz,?

Aku sungguh terkilan rasanya bila pergi masjid pada 10 malam terakhir setiap tahun, takde ustaz yang beriktikaf..sungguh terkilan, mana pergi ustaz sekalian? mungkin mereka beriktikaf kat masjid lain..tapi kat mana masjid tu? Aku pun nak tumpang berdiri malam bersama ustaz yang alim..isk..isk..

Wahai ustaz sekalian..…

Ada antara ustaz yang di jemput berceramah dan buat forum perdana, ceramah isu isu semasa dan macam-macam program keugamaan, tapi di mana mereka ini beriktikaf, di hotel? Di rumah? Kenapa tidak di masjid?, aku ada banyak masalah ugama yang nak rujuk pada ustaz dan ulamak.., kenapa tak beriktikaf sahaja di masjid pada 10 akhir ramadahan, takut ke tidur sekejap sebelum tahajjud di masjid?

Wahai ustaz sekalian..…

Aku dapat tahu bila ustaz berceramah ada yang mendapat banyak duit, dan aku rasa mungkin belum ada lagi mana mana jabatan ugama yang sanggup sediakan duit untuk ustaz sekalian beriktikaf, takpe ustaz..Nabi dulu iktikaf pun tak dapt duit gak.. Dan tak di nafikan tidur di hotel atau di rumah, bila di bandingkan memang tak selesa tidur di masjid, tapi masjid akhir zaman ni dan ada karpet yang tebal, kipas dan mungkin ada air cond, tapi jika nak di bandingkan dengan masjid Nabawi zaman Nabi dulu.., bagai langit dengan bumi..OH!

Wahai ustaz sekalian..…

Ada cerita dari kawan-kawan (aku tak tahu betul ke tak.., sebab tak pernah pergi) iaitu jika kita pergi kuil hindu atau gereja pada jam 3 pagipun, akan ada tok sami atau paderi yang duduk(macam beriktikaf) dalam tempat ibadat mereka, menunggu penganut datang mengadu masalah…, tapi dalam ugama islam kita, kalau pergi masjid jam 3 pagi, takde orangpun, apatah lagi ustaz dan ulamak, ada pulak yang berkunci!! Lepas tu taruk sign board: DI LARANG TIDUR DALAM MASJID!!, sia sia ilmu sunnah bab adab tidur di masjid jika awal awal lagi AJK masjid tak bagi iktikaf..Walhal, Nabi dan sahabat selalu tidur dengan niat beriktikaf di masjid…,

Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan pun tahu, bahawa sekarang ni kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV dan kipas…
Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci…jam 9 malam dan tutup, macamana amalan ugama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?

Aku rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne.., begitulah masjid zaman sekarang, orang pergi sekejap sekejap sahaja macam tandas.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat…, masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi ustaz dan ulamak, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?

Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar *shift…

*Sahabat buat shift untuk memakmurkan masjid..

Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Ustaz tafsirlah sendiri ayat ni, aku jahil.., dan pendapat aku, beriktikaf adalah salah satu cara memakmurkan masjid Allah…

Wahai ustaz sekalian..…

Marilah kita memakmurkan masjid Allah dengan menghidupkan masjid selama 24 jam.., buatlah shift, ustaz dan ulamak kan ramai, lepas tu duduk tunggu ummat kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah ugama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, baca FB, baca web syiah, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, ulamak dan ustaz jugak yang bertanggung jawab..kot..isk..

Wahai ustaz sekalian..…

Tahukah ustaz, Bila aku tulis blog dan cerita cerita ugama, maka aku dapat beratus ratus email masalah ugama yang ummat islam di seluruh dunia kirim, aku suruh mereka rujuk ustaz dan ulamak, tapi mereka tak tahu nak rujuk kat mana, kerana mereka tak tahu nak cari ustaz dan ulamak kat mana..oh!, lalu aku cuba jawab gak soalan mereka lebih kurang dengan ilmu aku yang cetek ini.., jika ustaz ada masa, cuba rujuk post aku yang dulu-dulu, betul ke tak penjelasan aku, jika salah, tolonglah betulkan ustaz, aku mengaku, aku tak pandai macam ustaz ulamak dalam bab bab ugama ni..isk..isk.., uhuk!

Wahai ustaz sekalian..…

Nasihat ihklas dari saya yang bukan ustaz ni adalah…
Tuan tuan kena bersedia untuk duduk kat masjid 24 jam secara shift, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..

Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..

Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Wahai ustaz sekalian..…

Hari ini, apabila ummat islam pergi ke masjid Allah, mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tetap tak sembuh, mereka rasa kosong, hati tak tenang, lalu pergi mencari ketenangan di tempat lain, di hotel atau di pantai.., kenapa? Kerana masjid tiada amalan rohani orang alim ulamak, Kerana ulamak dan ustaz tiada dalam masjid 24 jam untuk menyelesaikan keperluan rohani manusia…, walaupun masjid ada banyak kemudahan seperti karpet , kipas dan kitab, tapi keperluan hati manusia tetap tidak dapat di penuhi selagi tidak bergaul dengan orang orang yang soleh macam ustaz dan ulamak..

Sesungguhnya penyakit hati ummat islam hari ini adalah dapat di sembuhkan dengan cara bergaul dengan orang yang alim lagi solah macam ustaz sekalian..oh!

Alangkah bestnya jika tuan tuan para ustaz sekalian duduk beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll), bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk islam pun senang nak belajar ugama.., orang yang nak curi tabung masjid pun boleh dapat hidayah, golongan berpenyakit imsonia pun sempat lagi belajar ugama jam 3 pagi, juga budak kilang shift, dan lain lain golongan dark rise.

Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan berceramah dan bertazkirah di masjid, hanyalah 1% dari ummat islam, nun di luar masjid ada 99% lagi ummat islam yang menderita hati dan rohani..siapa nak jumpa mereka? Apabila aku cuba jumpa mereka, mereka enggan mendengar nasihat aku kerana aku bukan ustaz dan ulamak katanya..oh! Kadang kadang ada ustaz yang marah kami berdakwah kerana tak cukup ilmu, habis tu ustaz tunggu apa lagi, sudah penuh ilmu di dada, tak kan mengkritik sahaja, turun padanglah ustaz, baru betul, Alangkah indahnya pemandangan jika Tuan guru Nik Aziz, atau Haji Hadi , atau Ustaz Fahtul Bari atau siapa siapa sajelah yang bergelar ustaz dan ulamak pergi buat ziarah dari rumah ke rumah macam Nabi buat dan ajak ummat ni beriktikaf di masjid terutamanya dalam bulan ramadhan.., Nabi yang pangkat tinggi pun berdakwah dari pintu ke pintu cari ummat, ustaz sekalian tak kan nak goyang kaki tunggu ummat..?

Wahai ustaz sekalian..…

Hari ini sudah kedengaran para paderi pergi ketuk pintu rumah orang islam dan ajak orang islam masuk kristian, tuan tuan para ustaz sekalian kerap menyalahkan ibu bapa atau kerajaan yang gagal menjaga anak dan rakyat, tetapi kenapa tidak para ustaz sekalian pergi ketuk pintu rumah orang islam yang jahil, atau rumah orang cina dan India yang dah bertahun tahun duduk Malaysia, ajak mereka masuk islam…, ya, betul, ajak orang cina dan India masuk parti islam adalah mudah, tapi nak ajak orang cina dan India masuk islam tu yang payah!, dan itulah kerja Nabi...

Wahai ustaz sekalian..…

Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kerajaan jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kerajaan jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa kata kerajaan jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz sekalian tak bersedia nak bertugas lebih masa?

Kalau di fikir-fikir, tahulah aku akan puncanya bertambah gejala maksiat dan ahli murtad di kalangan ummat islam ini berpunca dari siapa..oh..

Bukan semua pesakit dapat datang ke klinik jumpa doctor, ada pesakit yang kritikal, yang mana doctor kena datang merawat dia di rumah…

Begitu jugak ummat ini, hari ini ustaz sekalian berceramah di masjid, yang datang mendengar adalah mereka yang dah ada iman.., tapi di luar sana ada yang iman mereka tahap kritikal yang mana ustaz dan ulamak kena jumpa mereka di rumah!

Buatlah macam saidina Umar, yang selalu meronda seluruh kampong dan berjumpa dengan bermacam macam manusia, yang tipu jual susu bercampur air, yang sakit nak beranak, yang rindu pada suami, yang kebulur tak de makanan, yang sedang minum arak, yang tak pergi solat jemaah dan macam macam lagi…
Susah sangat nak ikut Nabi, ikut saidina Umar meronda kampung tak mampu ke duhai ustaz sekalian? Main badminton atau ping pong boleh, jalan jalan lagilah boleh, tak gitu?

Atau macam ini sahajalah, tuan tuan duduk kat masjid macam amil zakat duduk tunggu orang bayar zakat…, maka biarlah aku yang bukan ustaz ini dan rakan rakan aku yang juga bukan ustaz pergi dari pintu ke pintu, dan ajak mereka ke masjid dengar tazkirah dari tuan.., macam mana?

Anggaplah diri tuan tuan macam doctor pakar sementara kami pula hanyalah pemandu ambulance, atau pemdau keretyamayat, yang mana aku dan kawan kawanku akan cari mereka yang sudi di ubat lalu bawa mengadap tuan untuk di ubat kerana tuan tuan ustaz sekalian adalah pakar penyakit rohani…, diamlah tuan di masjid, biarlah kami membantu tuan-tuan..insyaAllah..

Wahai ustaz sekalian..…

Aku hanya manusia bodoh yang tak pandai ugama, tuan tuan bijak bercakap dan mendapat bayaran untuk kerja tuan tuan, mengakhiri post ini, pada 10 terakhir ramadhan, marilah kita beriktikaf menghidupkan masjid 24 jam bersama sama macam Nabi SAW buat, kerajaan tak marah rasanya jika para ustaz sekalian tidur di masjid, jadi apa yang kerajaan tak nak buat (hukum hudud misalnya) ada antara ustaz dan ulamak yang meradang dan sanggup berkorban untuk berkempen di sana sini, tapi beriktikaf di masjid tidak pula di larang kerajaan, kenapa tak buat? Inipun perintah Allah, dan Sunnah Nabi?

Wahai ustaz sekalian..…

Bagitahulah kami jika tuan tuan ada buat majlis beriktikaf selama 10 hari di masjid macam Nabi Muhammad saw buat, kami nak ikut, kami nak tumpang berkat tuan tuan para ustaz sekalin dengan duduk sepanjang malam bersama tuan tuan, bersahur dan bertanya soalan ugama sama sama sampai subuh..

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, mungkin ustaz sekalian ada hujjah dan dalil untuk tidak beriktikaf di masjid, salam sayang dari aku yang hina ini dan terima kasih kepada tuan tuan para ustaz dan ulamak yang mulia, sepengetahuan aku, doa-doa ustaz dan ulamak amatlah makbul dan berkat, maka berdoalah Wahai ustaz sekalian.. akan apa yang terbaik untuk ummat dan jika teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta di mata ustaz dan ulamak mempunyai hak yang harus di tunaikan.., hak aku, didoakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka! Isk,,isk..

Sekian.

*****

Penutup dan cadangan

Sekiranya aku menjadi pemimpin Malaysia..(ada hati tu!-woha) atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..

Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…

-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..
-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak
-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…

Tentang siapa yang nak buat kerja ajak orang ke masjid, biarlah kami rakyat Malaysia yang telah di beri tazkirah secukupnya oleh ustaz dan ulamak mengenai kepentingan berdakwah, lalu bertebaran di seluruh kampong jumpa manusia dari hati ke hati, ustaz dan ulamak tunggu sahaja macam amil zakat  tunggu orang bayar zakat fitrah..

Maka segala macam manusia yang mengidap penyakit rohani, akan di bawa ke hadapan ustaz dan ulamak yang telah sedia menanti untuk merawat manusia manusia sebegini..insyaAllah!

Maka mana mana tempat yang masjidnya hidup 24 jam, ada orang ulang alik berjemaah, ada orang bangun malam bertahajjud, dan ada yang buat ziarah jumpa dan berpisah hanya kerana Allah, maka menurut hadith, tempat itu akan di turunkan rahmat, dan akan di hindarkan bala, insyaAllah..

Namun demikian, Wahai ustaz sekalian.., tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau desakan pembakang untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Mahadir, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut Haji hadi , Islam hadari menurut PakLah,  dan Ummat terbaik menurut Hamka Keretamauat-woha!

Wahai ustaz sekalian..…

Tak payah tunggu elaun dari kerajaan untuk berik’tikaf…
aku bagi sedikit fadhilat I’tikaf..

Daripada Ibnu Abbas r.a, berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredaan Allah, maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit adalah lebih besar dari jarak antara lagit dan bumi’.
kalaulah ini ganjaranya bagi satu hari I’tikaf di masjid, maka betapakah kadar ganjarannya jika beri’tikaf selama 10 hari akhir ramadhan? Subhallah…, nikmat mana lagi yang aku dustakan..

Akhir kata:

 Allah telah pilih Nabi Muhammad saw dan para sahabat beriktikaf pada 10 hari terakhir ramadhan, hari ini, apabila kita tak dapat beri’tikaf di rumah Allah:. adakah kerana kita tak nak pergi, atau Allah yang tak nak pilih kita? kerana tak suka pada kita..oh..

Ps: Pinjam lawak ustaz: ini ustaz kat tempat lain, bukat ustaz kat sini- Woha!

Jul 26, 2012

Pemenang Teka Tajuk Buku?

(Keputusan 5 Pemenang TEKA TAJUK BUKU keretamayat, Tahniah!)



Tahun lepas, sebelum Buku aku di cetak, aku ada buat peraduan:

TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat, yang mana aku dah bagi hint akan isinya adalah bab cinta dan rumah tangga,

Kelayakan Pertandingan telah dibuka kepada semua bakal mayat kecuali pihak-pihak yang membantu dalam penerbitan buku keretamayat dan terutamanya: semua Pemandu Kereta Mayat di larang mentertai pertandingan ini. he he he

Antara syarat Pertandingan, Setiap peserta hanya boleh menghantar satu borang penyertaan, jika lebih daripada sekali dianggap TERBATAL, termasuk sesiapa yang menggunakan nama berlainan. Penyertaan pula MESTI dihantar menggunakan borang Google Docs seperti di blog keretamayat. Penyertaan TIDAK boleh melalui ruangan komen di blog keretamayat atau di wall facebook.com/keretamayat walau sebest manapun cadangan korang.

Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau emal-mengemal dan PM FB tidak akan dilayan.Huhu..

Hadiah adalah berupa buku Kereta Mayat siap dengan tandatangan (untuk 5 peserta yang berjaya meneka tajuk buku dengan TEPAT / HAMPIR TEPAT. Jika tiada tekaan yang tepat / hampir tepat, pihak penganjur akan memilih pemenang dengan tajuk cadangan yang paling KREATIF. Huhu sekali lagi).

Akrian, Daripada berbondong bondong penyertaan, pihak penerbit telah pilih 15 tajuk untuk pusingan akhir, yang mana aku akan pilih 5 tajuk yang paling aku berkenan:

15 Finalist TEKA atau CADANG tajuk buku adalah:


1)Petua keseronokan rumah tangga khas untuk bakal mayat


2) Suami dan isteri mithali: Kereta Mayat ada jawapannya


3) Cinta Kereta Mayat : berfalsafah tentang seks sebelum ajal!


4) Berkeluarga sebelum berkereta mayat

:) Tujuh Petala Kubur- reject sebab melanggar syarat peraturan.

5)Permata Yang Hilang Kini Dijumpai-(Pemenang Utama!)

6) "Selamat tinggal zaman bujang", kata Hamka.


7) Kereta Mayat : Rumah Tanpa Tangga Pun Bisa Bahagia! Woha!



8) Anda tanya, Kereta Mayat jawab : Cinta & Perkahwinan dari pandangan Pakcik Hamka



9) Koleksi Kisah Cinta dan Perkahwinan dalam Kereta Mayat....
Ini bukan cerita hantu....


10)Bunga Cinta Perkahwinan, by Hamka, the author of the most popular blog in Malaysia, KeretaMayat.blogspot.com


11) Menuju Kebahagian Abadi Sebelum Menjadi Mayat


12) Antara aku, dia & kereta mayat


13) Bercinta Tapi Tak Berkahwin. Macam mana tuh?



14) Anak Isteriku Anakku Jua


15) Kemudi Bahagia Bakal Mayat.

Ok, Setelah lambung dadu, mematahkan lidi, berkongsi berus gigi dan berbuka puasa dengan kurma, aku telah pilih 5 tajuk sebagai Pemenang, tapi aku tak nak umum 5 tajuk tu sebab tak nak korang berdebat atau bergaduh pada bulan puasa sebegini.., jadi aku umum nama pemenang sahaja,

Pemenangnya adalah:
  1. Nor Hilman Bin Hashim
  2. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof
  3. Muhamad Asrul Hadi bin Abdul Rahman 
  4. Siti Noramirah Laila Binti Mohamad Razip
  5. Dzoelhakim Taib

Hadiah akan dihantar sebelum Raya dengan menggunakan POS EXPRESS.

Tahniah kepada semua pemenang..

Hari raya nanti, sambil duduk keliling meja, makan lemang dan kuih berenda, boleh juga membaca buku Permata Yang Hilang bersama sanak dan saudara-woha!

Akhir kata,

Kami, warga kerja Afdal Publication dan Keretamayat Sdn Bhd: mengucapkan

“SELAMAT HARI RAYA”

(Puasa belum seminggu woii-Woha!)

Ps: Buku aku tidak sesuai untuk budak budak dan orang dewasa yang slow, hanya orang yang critical thinking sahaja layak membaca, chewah..

Ps2: Update ejen terkini(boleh beli terus):-Kuantan: 0126483593  (En. Azizi:)Kuala Terengganu: 013-9381545 (Puan Ruhana) atau 0139109245(Rodiy), Besut: 019-9610619 (En Nasir).Dungun: 019-9777110 (Shamsuddin) negeri lain, kena beli on line. (belum ada pengedar)

Ps3: Boleh baca komen orang tentang buku ini di sini.

(Sumber gambar: Blog gambar berfalsafah)

Jul 24, 2012

Tujuh Petala Kubur?


AKU, BINI, dan KERETAMAYAT part 2.

“Buat apa tu? Tak masak ke?”

Tanya aku pada bini yang sedang berguling depan TV.

“Sedih cerita ni bang..” Jawab bini aku sambil mata terus terpaku pada TV.

Aku tengok jam sudah 7 petang, aku ni baru balik dari hantar mayat ke kubur, tak pedulikan bini, aku terus ke bilik bukak baju dan bersiap nak mandi.

“Bang, hero cerita ni, namanya Hamka, sama macam nama abang,”

Aku capai tuala, dan mulai berbogel dalam kepungan tuala..

“Wah, bertuahlah hero ni jika rupa macam abang”

Jawab aku sambil berjalan munuju bilik air dalam keadaan berkembang, tapi masih sempat berhenti kejap depan TV.

“mana hero nama Hamka, nak tengok hensem ke tak?”

Tanya aku sambil bercekak pinggan.

“Dah mati, hero ni kena tangkap oleh pengganas waktu belajr di mesir dan mati kena bunuh”

Cis, dah mati watak hamka rupanya,

“awak dah siap masak ke?”

“Saya dah siap masak bang, tunggu waktu berbuka jer ni.., abang pergilah mandi, saya nak layan filem ni kejap, sedih ni, si tunang Hamka ni sedang di uji..”

Aku terus pergi mandi, menurut ustaz, makruh mandi lepas asar di bulan puasa, sebab badan jadi segar dan maksud puasa akan hilang, tapi aku sebagai driver keretamayat berijtihad bahawa mandi lepas asar itu bagus, badan jadi bersih dan segar, bila dah segar, macam macam ibadat boleh buat, boleh mengaji, boleh tolong bini masak, boleh berdakwah, so aku dah lama guna fatwa: boleh mandi lepas asar, lagipun aku baru balik dari kubur hantar mayat, bau badanpun dah macam mayat.., isk.

Lepas mandi, aku pakai baju solat, on kan radio frequency tempatan, dan duduk di meja makan menunggu azan bersama bini dan anak anak..

Lepas iklan jualan murah hari raya di radio, azan pun berkumandang..

Aku makan kurma, air sejuk, makan nasi sepinggan dan secawan teh tarik, lepas tu terus ke surau untuk solat berjemaah, imam dan AJK surau dan setting di bulan puasa, iqamat adalah 15 minit selepas azan, sampai surau, imam masih solat sunnah, wah tak perlu aku cerita semua ibadat macam dah nak riaklah pulak, hampeh!. ringkaskan cerita, lepas solat maghrib, aku pun balik ke rumah untuk makan sekali lagi, ha ha ha!

“Eh, awak tak solat ke?”

Jerit aku pada bini kerana nampak dia sambung berguling depan TV layan filem Tujuh Petala Cinta.

“saya uzur bang”

“nilah masalah orang perempuan, bila uzur, tengok TV 24 jam, patut bila uzur, dan tiba waktu solat, duduk berzikir, bertasbih dan berdoa selama waktu solat, 5 ke 6 minit jer.., lagipun bulan puasa begini, lagi eloklah korang orang perempuan duduk berzikir dan berdoa.., ada masa lapang, baca Al quran..ops, maaf saya lupa awak uzur (berdarah haid)”

Aku ambil pinggan dan terus ke meja makan, bebel aku lagi:

“Tak boleh baca Al quran?, bacalah tafsir Al quran, baca makna Al quran, dah berapa kali khatam makna Al quran dalam bahasa malaysia awak ni?, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan abang percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al –quran, jadi.., Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi awak orang perepuan yang uzur, patut dah khatam makna Al quran dah, ni asyik tengok TV sahaja, apa nak jadi ha?”

Bebel aku sambil bukak tudung saji dan tambah nasi dalam pinggang.

“Abang!!!”

Jerit bini aku penuh kesedihan..

Aku rasa bersalah pulak bebel pada dia, sedangkan dia dah penat masak, kemas rumah.., mungkin dia dah duduk berzikir dan berdoa selama 5 minit waktu maghrib tadi, aku mana tahu, lalu aku terus bergegeas ke depan TV nak pujuk balik.., siapa tak sayang bini oii..

“Abang, Hamka hidup balik, si tunang Hamka dah nak kahwin dengan kawan baik dia, tapi Hamka dah balik..”

Hampeh, nilah orang perempuan, kalau dah tengok TV, driver keretamayat lalu pun tak sedar..

Cis..

Ps: kepada perempuan uzur atau dalam bahasa betulnya, berdarah Haid, jangan guna alasan berdarah haid untuk membenarkan aktiviti sosial korang, elok baca tafsir Al quran di bulan Ramadhaan ini, tak salah langsung baca makna Al quran walau darah haid korang memancut mancut-woha!

Jul 23, 2012

Kisah Pemandu Keretamayat di hari pertama Puasa?


(Keretamayat mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama membawa mayat ke kubur, kedua membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak berpuasa 'bersiar siar'- only in Malaysia)

Noted: Sekali sekala asah bakat menulis cerpen kisah pemandu keretamayat apa salahnya, rasanya belum di buat orang, terimalah cerpen spontan..

AKU, BINI, dan KERETAMAYAT.

“Bang, tak basuh keretamayat bang? Semalam masuk tapak kubur waktu hujan, dah kotor sangat tu,”

Bebel isteri aku dari halaman rumah walau aku duduk jauh dalam bilik tidur tapi masih boleh dengar frequensi suaranya.

“Tak payah basuh hari ni, abang penat, lagipun hari pertama puasa, mana ada orang ponteng?”
Aku beralasan sambil terus peluk bantal.

Tiba tiba terdengar bunyi air mengalir di ikuti suara bini aku:

“Abang jika tak nak basuh, saya basuh keretamayat ni, dapat pahala lebih, tapi abang malu karang jiran nampak saya basuh keretamayat”

Esh, membebel pulak orang tua ni,  aku ikat kain pelikat kemas kemas di perut, tengok jam 10 pagi, anak anak sedang tengok kartun, lalu aku melangkah ke halaman rumah tengok keretamayat yang memang agak kotor, isteri aku siram pokok bunga rupanya, ingat sedang basuh kereta.

“nak dekat zohor nanti, abang basuhlah, terus abang parking kat masjid, insyaAllah takde orang ponteng puasa hari pertama”.

Aku beralasan malas sambil duduk di muka pintu dengan muka tak mandi macam anak dara tak laku, jawab bini aku:

“Ni akhir zaman bang, ulamak pandang dunia, pemimpin berjiwa serigala, parti islam bergabung parti kapir, macam macam boleh jadi..” 

bebel isteri aku lagi sambil menyiram basikal anak anak pula.  

Jawab aku:
“Hari pertama puasa, mana ada orang ponteng, hadith riwayat Al bukhari (ada perawi tu) mengatakan: Barangsiapa yang sengaja berbuka puasa sehari tanpa uzur, maka tidak akan dapat ditebus walaupun berpuasa semur hidup meskipun dia mampu melakukannya, hari ni takde orang pontenglah, solat terawih pun takde orang ponteng pada malam pertama, inikan pulak puasa hari pertama!”

Aku terus angkat punggung dan masuk tidur balik..

Baru nak terlelap, telefon berbunyi, aku tengok ada nombor Pak imam masjid.

“Celaka sungguh, siapa yang tak puasa pada hari pertama nih?, dalam keretamayat nanti aku basuh kau cukup cukup, mengganggu tidur sungguh”

Lepas bercakap dengan imam, aku pakai baju dan terus ke masjid, mungkin benar, hari pertama puasa, tiada orang yang ponteng puasa, tapi hakikatnya, hari pertama puasa, ada orang yang mati menjadi mayat.

Kita semua akan mati.

Sekian.

Ps: Eh, rupanya bini aku dah basuh keretamayat tadi –Woha!

Jul 21, 2012

Solat Terawikh yang bermakna?


(Ku mengharapkan Tarawikh malam ini penuh makna , Agar dapat kulalui Dengan sempurna, Sebaris demi sebaris, Sejuzuk sudah pun berlalu, Masa yang pantas berlalu, Hingga tak terasa ku berada Di dalam sembahyang tarawikh-Lagu orang khusyuk solat-Woha)

Soalan pembaca:
Salam Ramadhan cik Hamka, baru habis baca buku bab laki bini karangan tuan, sungguh menyentuh perasaan, lain kali boleh tulis buku tentang puasa, confirm saya beli. Di sini saya ingin bertanya tentang bagaimana kyushuk dalam solat terawih, sebab solat fardu 5 minit pun tidak khusyuk, solat terawih 30 minit lagilah teruk, mohon jasa baik tuan sekiranya ada masa terluang, berkongsi tip.

Hamka said.

Pergh, kongsi tip tu, nak tergelak pula pada diriku sendiri sebab aku ni pun lagha orangnya.., tapi alang alang ada orang sanggup dengar jawapan, aku kongsilah tip yang mungkin membantu, mungkin tak bab bagaimana nak jadikan solat terawikh lebih bermakna..

Sebelum tu, aku nak tanya kepada mereka yang mengaku berjuang dalam perjuangan menegakkan parti so call islamik, soalan aku:

“Seumur hidup korang, dah habis ke belum baca Tafsir Al quran?”

Maka jawapan yang aku terima merebak sepantas selsema burung, hampir semua orang yang aku tanya secara spontan mengaku tidak habis baca tafsir Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua tafsir Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua tafsir Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

Lepas tu pulak, kalau ada yang bacapun sekadar yang berkenaan dengan agenda masing masing atau atas kepentingan politik, contoh yang mereka selalu baca tafsir adalah ayat Al quran berkenaan hokum hudud, atau ayat tak tutup aurat sebab isteri PM tak tutup aurat, juga ayat makan rasuah, atau ayat poligami, dan sebagainya, tapi 6000 lagi ayat lain seperti bab solat berjemaah, bab dakwah, bab iktikaf serta banyak lagi tak pernah pulak nak di baca tafsirnya malahan berniat untuk baca pun takde..

Tak ke hampeh?!, parti kata pergi, kubur kata mari, dan konon korang nak belajar sampai liang lahad.., tapi seumur hidup sebagai orang islam, tak habis lagi baca tafsir Al quran, apa ke jadah?!

Ok, aku maafkan korang, sebab aku pun masih belajar dan yang pernah bacapun banyak yang dah lupa, dan sebab korang dah mengaku perasan sibuk sampai tak sempat baca tafsir Al Quran, atau Korang mengaku miskin tak mampu nak beli tafsir Al quran yang berjilid-jilid…, Maka aku kurangkan lagi ‘kuasa berlawan’ aku, atau aku rendahkan lagi standard soalan aku sebab soalan tu tak sesuai di tanya pada orang yang sokong parti so call islamik sama macam soalan “bila nak berbini dua?’” arghh, dan itu cerita lain..

Sambung balik, aku pun tanya lagi sekali akan soalan yang lebih rendah standardnya kepada mereka mereka yang mengaku berjuang dalam perjuangan menegakkan parti so call islamic, sekarang aku nak tanya:

“Seumur hidup ni, korang dah habis ke belum baca makna Al quran?”

Makna dalam bahasa melayu, bukan tafsir!

Lantas sekali lagi, jawapan yang aku terima merebak sepantas selsema babi, yang mana hampir semua orang yang aku tanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini? (korang jangan tipu pada bulan puasa, korangpun sama!)

“kena baca semua makna ke Hamka?”

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran dan juga dari seorang yang berjuang dalam parti so call islamik...
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge?”

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)

Itu yang ada hadith cerita kisah orang yang awal masuk neraka adalah mereka yang baca Al quran pandai tapi sebab perasan bagus dan suka orang panggil dia sebagai Qari, maka masuklah dia ke dalam neraka…

Ada banyak lagi hadith tapi korang carilah sendiri…

Maka sebagai jalan penyelesaian, sempena bulan puasa Al Mubarak ini, korang belilah tafsir Al quran, murah jer, tak sampai RM50, atau download di internet, dan hari ni jugak baca bahasa melayu akan makna dalam juzuk pertama, baca dan hayati, malam karang, dah tentu imam tarawikh akan baca surah Al baqarah, maka waktu ni korang recall balik apa yang korang baca tadi, masa ni eloklah korang menangis sebab sedikit sebanyak korang dah tahu makna…

Esok, baca lagi satu juzuk, bahasa melayu punya, dan malam esok pun sama, pergi solat tarawikh dan menangis bersama dosa dan air mata…

Dan insyAllah, habis bulan puasa tahun ni, dapatlah korang buat pertama kalinya, khatam 30 juzuk baca makna, dan 30 juzuk mendengar imam membaca lafaz dalam tarawikh dan sebagai tambahan di malam hari dan waktu yang lain, baca jugak dalam bahasa arab kerana pahala lebih besar…

Boleh InsyAllah?

Jadi tip aku bab solat terawikh adalah, sebelum bersolat malam ni, jumpa imam dan tanya surah apa nak di baca malam ni, biasanya imam akan baca ikut susunan juzuk, contoh, malam esok, juzuk 2, korang pergi baca dahulu akan makna dan cuba ingat apa isi Al quran dalam juzuk 2 tu, dan bila solat tarawikh malam karang, di waktu imam baca surah tersebut, akan terpampanglah makna Al quran dalam minda korang, dan akan berlinanglah air mata kerana bergetar dengan alunan suara imam serentak dengan makna yang korang faham dari kehendak Allah.., solat macam ni, 1 jam pun rasa sekejap...

Ok, sampai sini sahaja, maaf tekasar bahasa, Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku sampaikan, akupun tak pandai bahasa arab, masih belajar.., dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al –quran…

Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja,  belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?

Itu aku tanya yang kepada mereka yang berjuang dalam parti so call islamik, cuba aku tanya pada yang berjuang dalam parti yang tak islamik pulak,  tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, lagi berat!!!

“tapi Hamka, kita nak baca tafsir makna Al Quran, kita kena berguru, jika tak kita akan berguru dengan syaitan”

Ni satu lagi bodoh punya bangang? Aku bukan suruh korang tafsir Al quran, aku suruh korang baca makna sahaja, baca dan fikir apa kehendak Allah pada diri kau, dan jika kau takut berguru dengan syaitan, ha! Elok sangatlah, sebab bulan puasa semua tok guru syaitan dah di ikat.

Woha!!

Ps: Sekian, Selamat bertarawikh dan selamat khatam lafaz arab dan makna dalam bahasa yang korang faham, pesan pada diri sendiri, semoaga Tarawikh kita lebih bermakna, Amin...

Jul 17, 2012

Hukum menyanyi dalam masjid?

(Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan  ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..)

Soalan pembaca:

Salam, Hamka, aku pening tengok video ini, boleh ke menyanyi sambil main gitar letrik dalam masjid macam dalam video ni, tolong jawab. kepala saya pening.




Hamka keretamayat said:

Salam, aku juga minat muzik, aku pandai main gitar, lagu ni pun aku hafal, suasana ni kena dengan jiwa aku,

Tapi bila bab nak menyanyi dalam masjid ni, selepas merujuk Buznama dan kitab kita ugama, akhirnya walau aku yang bukan ustaz dan berjiwa rock minat lagu Cromok ni pun tak setuju, bagi aku, nak menyanyi, eloklah di luar masjid, bukan di tempat solat,

Bab gitar atau alat muzik bertali, ada ulamak cakap haram dan ada ulamak cakap harus, boleh rujuk kitab, tapi bab MAIN GITAR DALAM MASJID, dengan niat berdakwah adalah kejahilan yang sangat besar, ni dah jadi macam gereja, berdakwah guna drum, seruling, terompet..., konon nak buat orang insaf mengalir air mata, apa kalimah Allah tak cukup buat korang menangis? itu tanda hati gelap, tak perlu pada alat muzik nak buat insaf menangis sebab Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan  ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..., jangan nak guna fatwa kaum kera dalam bab ugama..

Aku harap video tu bukan di masjid, mungkin dewan sekolah (aku cuba baik sangka) sebab dalam masjid ada adab yang Nabi dah ajar, bunyi patahkan jari lenguhpun Nabi larang, apatah lagi petik gitar.., niat tidak menghalalkan cara, okey!..

Kau tanya soalan ni semalam (16 julai 2012) bersama link youtube bertarikh 15 julai 2012, aku ingat benda ni baru dan akan hangat di web UMNO atau PAS minggu ni, tapi lepas search google, rupanya video ni dah lama, JUN 2011 tahun lepas dan ada di youtube.., dan aku ingat video ni anjuran UMNO yang jahil ugama, tapi rupanya anjuran PAS (berdasarkan komen di youtube) dan bertambah yakin aku bukan anjuran UMNO kerana takde isu ini di web Pro Pembakang, jika UMNO yang buat, aku rasa tentu dalil haram menyanyi dan bermain alat muzik akan berdengung dengung dalam Harakah, tapi sebab anjuran PAS (sekali lagi, berdasarkan komen di youtube), maka banyaklah fatwa kaum kera yang berdengung membenarkan aksi di atas, macam macam hal korang ni..

Menjawab soalan ini, aku rasa biar Ustaz PAS yang jawab, bagi link Ustaz UMNO karang, tentu tak puas hati, bagi link jawapan Ustaz PAS, baru terdiam, sama macam isu Tabligh dalam entry lama, bagi jawapan ustaz PAS, terus takde komen negetif, he he he,

Jadi.., secara ringkas, kata Ustaz PAS: Tak boleh menyanyi dalam masjid kerana masjid di dirikan bukan atas maksud itu, kata ustaz PAS itu lagi, nak cari barang hilang pun Tak boleh dalam masjid, apatah lagi menyanyi?, (ada dalam hadtith) namun kata ustaz PAS itu lagi, ada pendapat ulamak yang benarkan menanyi oleh budak budak bila bab berkahwin (merujuk kepada budaya di zaman Nabi) tapi cenderung ustaz PAS tu kata, tak boleh, cukup setakat itu... (aku rujuk Buznama, bab budak menyanyi waktu kahwin tu, adalah di luar masjid)

So, aku setuju dengan Ustaz PAS tu punya jawapan, walaupun aku jiwa rock kapak minat lagu Cromok, tapi aku akur bahawa tak boleh menyanyi dalam masjid, apatah lagi main gitar current!, memang Bidaah yang melampau.., jangan guna fatwa kaum kera untuk cover jahil kita bab ugama.., wallahu'lam, and before, aku bukan orang UMNO- woha!



Ps: Oleh sebab isu ni dah lama, aku anggap Ustaz Azhar idrus sudah slow talk dengan Sham Kamikaze bab ni, lalu Syam insaf dan tidak lagi menyanyi sambil main gitar dalam masjid, sebaliknya, Sham dan rakan rakan Ustaz PAS yang lain telah mengikut dakwah cara Nabi iaitu pergi berdakwah dari rumah ke rumah, jumpa orang UMNO yang jahil atau jumpa ahli PAS yang sesat, atau jumpa orang Tabligh yang lagha, lalu bawa mereka yang jauh kepada Allah datang ke masjid, dan sampai di masjid, berdakwahlah mereka tentang tentang iman dan amal.., mudah mudahan..

Ps2: Ada tak video ustaz PAS ni jawab isu main gitar dalam masjid, jika ada, sila bagitahu.., sebab aku takut ada jawapan lain macam sama kes isu tabligh hari tu, kena hati hati jugak dengan jawapan Ustaz zaman sekarang, kadang kadang fatwa berubah rubah ikut suasana politik.., inilah maksud politik sempit...oh.

Jul 15, 2012

Tazkirah Super Spontan kejam?


(Bagus jugak, lepas solat, imam sebut satu nama, dan si penama terus bagi tazkirah secara spontan, dan untuk mengelakkan riak, isu tazkirah adalah berkenaan tentang  fikir atas iman dan amal sahaja, hihihi.)

Kali ni aku bukan nak cerita bab tazkirah spontan, tapi aku nak kongsi beberapa jawapan spontan namun agak kejam yang aku 'kadang-kadang' guna dalam kehidupan, mana yang elok: ikut, yang tak elok: tegur..

Senario satu:

“Potonglah janggut tu Hamka, dah macam kambing aku tengok.”

Perli korang yang anti Sunnah lalu aku jawab:

"Tapi jika aku buang janggut ni,  jadi tak hensem macam babi pulak!"

Woha!

Senario dua:

“Kenapa bawak kereta slow sangat, bawaklah laju sikit.”

Marah korang terhadap aku yang bersifat penuh berdisplin di jalan raya, jawab aku:

“Aku orang penting, lambat sampaipun orang tunggu, orang tak penting macam kau, sampai awalpun tapi nobody cares!”

Woha!

Senario tiga:

“Kenyang ke makan tiga jari”

Perli korang bila tengok aku cuba makan ikut sunnah Nabi, lalu jawab aku:

"Yang bagi kenyang Allah, anak cina makan DUA kayu, elok jer kenyang.."

Woha!

Senario empat:

“Kau  sokong pasukan mana?”

 Merujuk Euro 2012 baru baru ni, Aku jawab,

“Denmark dan Belanda”

“Eh, bukan ke Denmark dan Belanda paling awal tersingkir?”

“Ya, aku akan sokong pasukan paling awal tersingkir agar aku tak perlu fikir lebih lebih bab bola tapi masih mampu menjawab soalan bab bola.”

Woha!

Senario lima:

“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu..”

Kritik korang pada kelemahan aku, lalu jawab aku:

“Maaf, aku pun tak nak cakap isu ni, terutama depan orang ramai, tapi aku ada bercakap dengan bini kau, katanya, kau sudah tidak sehebat dulu.”

Woha!

Senario enam:

“cantik tak jika aku beli barang ni dan letak kat ruang tamu rumah aku?,”

Tanya korang pada aku ketika membeli hiasan rumah yang mahal.

“wah, tentu aku terhibur memandang hiasan ini di waktu tahlil di rumah kau kelak!”

Woha!

Senario tujuh:

“Eh, si X tu makin gemok aku tengok”..

Umpat korang kerana dengki sebab dia cantik tapi berisi lalu jawab aku:

“Dalam islam, mengumpat umpama makan mayat saudara kita sendiri, jadi tolong jangan mengumpat orang yang gemok, sebab nanti kena makan mayat orang gemok, larat ke nak habis?!”

Woha!

Senario lapan:

“Hamka, aku kena makan dulu, sebab nanti solat tak kyushuk.”

Korang beri alasan bila di ajak solat berjemaah, lalu jawab aku:

“Aku kena solat dulu, nanti aku tak lalu nak makan sebab teringat pada solat.”

Woha!

Senario sembilan:

“ kau tak sertai ke demotrasi  Anti lynas / Anti PTPTN/Bersih 3.0 /dan lain lain so call demotrasi?,

Jawab aku,

“Soalan kau tak meningkatkan iman, tapi jika aku masih muda, penuh bersemangat, dan takde life, serta bodoh, tentu aku joint.”

Woha!

Senario sepuluh:

“itu pun tak tahu ke?”

Jawab korang dengan nada sombong apabila aku bertanya soalan yang remeh temeh bab dunia seperti makna bahasa English, atau isu semasa, atau sejarah barat, yang aku betul betul tidak tahu, lepas diperli, aku menjawab:

“maaf, aku memang jahil bab dunia”

Woha!

Ok, cukuplah 10 jawapan spontan yang agak 'kejam', lain kali malaikat tanya soalan dalam kubur, harap boleh bagi jawapan spontan jika tak nak kena belantan..oh!

Ps: Merujuk kepada senario sepuluh, bab ugamapun aku jahil gak..ahaks!