Mar 25, 2011
Hukum tengok wayang?
Soalan dari Athirah Addin:
Salam saudara hamka..
erm..boleh tak cakap sikit pasal wayang..?
Menurut islam..dan opinion saudara sendiri..
*********
Jawapan dari Hamka bukan ustaz
Salam.
jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram.
(Woha!)
Ps: Tengok wayang ke, tengok bola ke, tengok konsert Maher zain ke, jika korang tengok sambil buat maksiat, dan sengaja melengahkan-lengahkan solat bagi perempuan dan meninggalkan jemaah bagi lelaki maka hukumnya berdosa dan boleh masuk neraka jika tidak bertaubat, harap maklum.
Mar 21, 2011
Surat kepada Wahabi?
Surat kepada Bi
Salam kepada Bi.
Bi,
Ingatkah kamu, Suatu hari selepas kita solat asar di masjid secara berjemaah,(kita sajalah lelaki beriman akhir zaman kononnya..) ketika aku melewati tabung derma masjid(Riaklah tu, derma baki syilingpun nak tulis kat blog) tiba tiba di atas lubang derma terdampar satu kitab ugama, lupa pulak tajuk kitab tu, mungkin kitab Majid Fi Syarh At-Tauhid.(mungkin?)
Akupun membelek belek sambil membaca sepintas lalu kitab tu(ulat bukulah tu) yang kemudiannya muncullah kamu memperkenalkan diri sebagi “Bi” dan mengaku kitab tu Bi yang punya.
Bererapa rangkap perbualan kemudian, maka terdedahlah keinginan kamu untuk mengajak aku menyertai fahaman Wahabi, yang menolak semua Mazhab dan hanya mahu mengikut cara Nabi.
Tapi sayang sepuluh kali sayang Bi, dalam semangat kamu ingin mengikut Nabi, kamu menyesatkan semua Mazhab yang juga berpandukan Hadith Nabi..
Bi,
Aku tahu kamu mengaku cinta pada Nabi, dan nak ikut Nabi 100 peratus kononnya..
Lalu mengeji pengikut Mazhab Syafee yang baca qunut waktu subuh, bidaah kata kamu, dan menuduh mereka masuk neraka..
Lepas tu, kamu juga mencela orang yang duduk senget waktu tahiyat akhir, bidaah kata kamu dan menuduh mereka juga masuk neraka..
Pendek kata, semua golongan mazhab kamu kata masuk neraka, sedang kamu puak wahabi, akan masuk shurga semua..
Wah wah wah, meriahnya kamu bermaharaja di shurga sebab tak ramai orang masuk..
Ok, Bi, kamu mengaku cinta Nabi, jom ikut aku beriktikaf di masjid malam ni macam Nabi selalu buat, jom ikut aku pergi berdakwah dari rumah ke rumah macam Nabi selalu buat.
Eh, mengelak pulak, kata cinta Nabi, sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu tak nak buat ke?
(macamlah aku mampu buat semua tu, tapi aku azam insyAllah..)
Bi,
Sebelum kamu mengaku cinta Nabi,
Biarlah aku ceritakan sebuah kisah cinta yang paling agung dalam sejarah kewujudan alam.
Iaitu, kisah cinta Allah yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW kekasihNya.
Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Alam ini diliputi oleh kesesatan ummat sejak zaman berzaman, beribu ribu Nabi telah lahir untuk menyelamatkan Ummat, ada yang selamat, tapi sejurus selepas kewafatan para Ambia itu, Ummat kembali menjadi sesat..
Namun, pada satu malam yang hening, satu cahaya terang telah menyinari alam, lalu muncullah beribu ribu tahi bintang yang menamatkan zaman langit di ceroboh syaitan..
Bumi bergembira dengan kelahiran kekasih Allah, gegaran demi gegeran telah berlaku yang menyebabkan istana retak dan menjatuhkan mahkota rajanya, berhala berhala ada yang tumbang menyembah bumi, malahan api sembahan 1000 tahun oleh puak majusi, telah terpadam, tak cukup itu Tasik Sava sembahan zaman berzaman telah hilang di telan bumi.
Peristiwa ini berlaku adalah kerana alam ini sendiri bergembira meraikan kedatangan kekasih Allah, manusia yang paling di cintai Allah dalam sejarah penciptaan manusia..
Bi..
Bersyukurlah kita kepada Allah, kerana kekasih Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah mengikut cara kekasih Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Bi..,
Kerana Cintanya Allah kepada Nabi, maka telah diberikan kepada Nabi satu tanggungjawab yang paling besar dalam sejarah pemberian amanah iaitu Nabi Muhammad SAW akan menjadi ketua para Nabi, dan menjadi Nabi terakhir yang bakal menutup pintu kenabian sebelum menyerahkan Kerja ‘Nubbuah’ kepada Ummat akhir zaman yang bakal menjadi Ummat terbaik dalam sejarah kejadian ummat manusia.
Bi..,
Allah Taala telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak, ini bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk perkataan(Qalam), manakala Nabi adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia(cara hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah, apa yang Nabi suka itulah yang Allah suka, dan apa yang Nabi benci itulah yang Allah benci,
Bi..,
Tiada Nabi sebelum Nabi Muhhammad yang di jemput khas berjumpa Allah secra live ketika hayat masing masing, pernah terjadi dalam sejarah, ketika Nabi Musa bertemu dengan Allah secara ‘audio’, Allah perintahkan Nabi musa membuka kasut, sedangkan kekasih Allah ketika bertemu Allah secara bersekemuka, Nabi Muhammad SAW tidak perlu membuka kasut, kenapa? Kerana (mengikut Buzamana) debu debu yang melekat pada kasut Nabi juga di cintai Allah..
Bi..,
Nabi Muhammad SAW juga amat mencintai Allah, lalu menyeru manusia mencintai Allah siang dan malam, sehingga terkorban sahabat sahabatnya, di seksa dan dibunuh, sedang Baginda sendiri terluka dan tercedera, sehingga darah suci baginda telah mengalir bersama air mata pengorbanan demi membuktikan cinta kepada Allah, namun dalam kesusahan mempertahan cinta itu, Nabi masih bertajjud sampai bengkak akan kaki baginda, semuanya hanya kerana ingin berterima kasih kepada Allah..
Bi, ..
Akhirnya sebagai manusia, maka Nabi Muhammad SAW juga akan mati, dan telahpun mati, yang tinggal hanyalah kenangan namun kenangan ini bukan ditinggalkan dalam bentuk sejarah semata mata..
Bi..,
Hanya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sampai hari kiamat, maka hari ini, segala sunnah Kekasih Allah akan terus diikuti oleh sebahagian umat akhir zaman yang terpilih, dari sekecil kecil sunnah, sehinggalah sebesar besar sunnah..
Bi..,
Hari ini kita boleh melihat akan amalan dari setiap sunnah Nabi yang mana telah muncul dalam pelbagai mazhab yang kita nampak berbeza cara Ibadat mereka, tapi setiap dari mereka mempunyai dalil dan hadith tersendiri yang membenarkan amal Ibadat meraka,
Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir duduk ‘senget’ macam orang sakit, sebenarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi solat sebegitu, dan Allah kekalkan duduk Nabi sakit tu dalam mazhab Shafee, kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat awal.
Begitu juga solat subuh sambil baca qunut, Nabi pernah baca qunut dalam sembahyang, biarlah Mazhab syafee hendak membaca qunut setiap subuh kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..
Banyak lagi contoh Bi, , kalau kamu pergi Mekah, kamu boleh lihat bermacam-macam cara orang solat, orang ambil wudhu dan sebagainya, sebenarnya semua itu adalah dari amalan Kekasih Allah sendiri,: ada waktu Nabi ambil wudhu basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, tapi ada hikmahnya, lalu Allah mahu amal itu kekal, maka sekarang kita boleh lihat sendiri 4 mazhab telah wujud.
Jadi wujudnya mazhab yang berbeza hari ini, adalah lambang cinta agung Allah kepada kekasihnYA, atau dalam bahsa orang muda:, wujudnya 4 mazhab yang besar itu, adalah sebagai ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi Muhammad SAW..
Tiada seorangpun Nabi lain yang sunnah mereka kekal dalam mazhab tidak seperti agungnya sunnah Nabi Muhammad SAW.
Bi..,
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Bi..,
Jika kamu mengembara ke seluruh dunia, maka akan terzahirlah amalan kekasih Allah ini di setiap sempadan Negara dan terimbaulah akan kamu bagaimana hebatnya cinta Allah kepada Nabi dan bagaimana hebatnya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sehingga ke hari ini..
Bi, janganlah kamu membabi buta menyesatkan golongan mazhab, biarlah cinta Allah kepada nabi terzahir di situ..
Dan ketahuilah, bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah sepanjang zaman, tidak akan hilang, walau apapun cubaan orang kafir untuk memusnahkannya, tapi demi menjaga amalan kekasih-Nya(sunnah) Allah telah menyerahkan tanggung jawab itu ke atas bahu kita ummat akhir zaman untuk menghidupkan setiap sunnah Nabi, yang mana Allah akan memberikan ganjaran 100 pahala mati syahid bagi setiap satu Sunnah Nabi kamu hidupkan..
Nikmat mana lagi yang kamu dustkan?
Bi..,
Akhir kata, apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan kekasih Allah, apabila sudah tidak ada lagi orang islam, maka Allah akan matikan semua malaikat, Allah akan musnahkan segala-galanya…, Masjid, Kaabah, gunung, langit dan bumi semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!
Dunia akan kiamat, apabila sudah tiada lagi amalan kekasih Allah di alam ini..
Sebagai penutup buatmu Bi..
Khalifah Abbasiah, Harun al Rahid pernah menyatakan hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya, tapi tidak di persetujui oleh Imam Malik sendiri, dengan berkata bahawa semua sahabat betul dalam perbezaan pendapat di antara mereka, Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,
Maka, Bi..
Ingatlah pesan aku baik baik:
Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,
Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua, yang menguasai 2/3 dunia telah menulis surat kepada wakil rakyatnya dengan berkata:
”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak ulamak mereka.”
Maka Bi,
Biarlah ummat islam di seluruh dunia dengan 4 mazhab itu, tak perlu perasan pandai..
Cuba fikir, akan kenapa Imam Bukhari, dan segala muhaddisin yang hebat hebat tidak membuat mazhab mereka sendiri?
Ini adalah kerana , mazhab yang empat itu, sudai mempuyai tunjang yang kukuh, lengkap, terperinci dan menyeluruh.
Fahamilah 4 mazhab dan fahamilah kenapa ada 4 mazhab.., setelah sekian lama...hingga sekarang..
Kerana di situlah terzahirnya kenangan cinta Allah kepada Nabi Muhamamd SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Bi..
Jangan jadi babi, err, maksud aku, jangan membabi buta dalam menghukum.
Sekian.
Wasalam.
Ps: Aku dah hantar surat kepada ‘Bi’ yang berfahaman ‘Wahabi’, lepas ni aku nak hantar surat kepada ‘Ah’ yang berfaham ‘Syiah’ pula, woha!
Mar 15, 2011
SMS Berantai?
Dulu ada surat berantai, kena edar 20 keping, jika tak edar, korang akan mati masuk neraka, maka pak pandir sekalianpun mulalah fotostat dan edar lalu merasa diri masuk shurga. wah wah wah, meriahnya ibadat (sambil geleng kepala)
(Nota kepada mereka yang slow: surat berantai takde kuasa untuk beri manfaat dan mudarat kepada manusia, siapa yang percaya maka mereka telah syirik dengan Allah, dan orang syirik boleh masuk neraka.)
Baik, surat berantai dan lama dilupakan, tapi pada tahun 90 an dulu, muncul pula email berantai, ramai pulak yang forward sebab takut masuk neraka dan jika forward kepada 50 email akan dapat masuk shurga, apa punya bodong bangang tahap siput sulaiman jahil akupun tak tahulah..,
Ok, email mungkin tak habis duit, tapi yang lebing bangang gila babi jahil adalah bila muncul pulak SMS berantai dari puak puak bengong tak boleh di tegur perasan unik yang sanggup habiskan kredit untuk SMS kepada 10 kawan yang sama bengong perasan unik macam dia jika forward pada 100 orang lagi, dah jadi bengong sesat macam MLM.
Nampaknya, taknologi jer yang berubah, (surat, email, sms,) tapi kebodohan serta kejahilan manusia tak pernah berubah, sama macam mayat yang tak berubah walaupun keretamayat sentiasa berubah ke arah kebaikkan ehem, ehem....
Ini adalah kerana sikap malas belajar ugama bertanya, dan jika ada yang sudi tegur, terus korang emosi dan kutuk balik si penegur dengan cara serang peribadi, apa punya bengong jahil tak tahulah aku nak cakap..
Duit 10 sen, dari korang forwad SMS bodoh tu, lebih baik derma kat aku, boleh aku buat isi minyak keretamayat. woha!
Ps: Kepada mereka yang perasan tidak slow: Jika nak relpy SMS guna perkataan 'bodoh', pastikan si penerima bukan orang slow, dan sila guna common sense.
Mar 7, 2011
Menghina Kekasih orang?
Satu hari, ketika sedang berhenti ‘tapau’ beli makanan dekat warung tepi jalan, dua orang anak lelaki aku telah bermain sambil berlari lari sehingga begitu hampir di jalan raya, aku melihat dengan cemas tapi tak mampu mencegah anak anak lelaki aku tu sebab tangan kiri dan kananku, masih ada dua lagi baki anak yang perlu di jaga, lebih kecil dan lebih aktif.., isteriku yang sedang memilih lauk, sesekali melihat dua anak lelakiku dengan jelingan tajam agar mereka berhenti bermain di tepi jalan.
Di tepi jalan itu juga, ada seorang pakcik yang sedang menyapu sampah di tepi jalan, lalu beliau memarahi anak anakku yang dua orang tu agar berhenti bermain di tepi jalan.., tapi anak aku buat bodoh jer dan terus bergurau sedang kereta sibuk lalu lalang..
Tiba tiba pakcik tu ketuk kepala anak aku dengan batang penyapu, seorang sekali ketuk, tidaklah kuat, tapi cukup buat anak aku berhenti bermain dan kembali kepangkuan ibunya.., ternyata, isteriku tidak senang dengan tindakan pakcik tu, lalu menggosok kepala anak anakku, sedang dahinya berkerut..
Akupun serahkan dua lagi anakku kepada isteriku dan terus menuju pantas ke arah pakcik tu..
Setelah aku berbicara beberapa patah perkataan dengan pakcik itu, maka aku kembali kepada isteriku, dan bertanyalah isteriku..
“Abang cakap apa dengan pakcik tu?”
“Abang cakap, terima kasih kerana pukul anak kita..”
“Tak patut dia pukul kepala, marah sahaja cukuplah” kata isteriku tak puas hati..
“Abang pun nampak, dia ketuk sikitjer.., tak sakitpun, anak kita tu tak dengar cakap, elok kena pukulan mengajar..”
Aku berhenti telan air liur, dan berkata:
“Lagipun, eloklah kena pukul sebelum kemalangan, jika dia di langgar lori, baru nak ketuk kepala dengan penyapu, dah tak guna dah..”
Woha!
Isteri aku gelak dan akupun mencubit perut anakku sebagai tambahan kepada kesalahan mereka..
Jadi, hari ni aku nak ajar korang, jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita..
Kenapa Mak bapak jenis tu aku panggil bangang?!
Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bangang!
Masa aku kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak aku cakap aku ni nakal usik anak dia, mak aku terus ucap terima kasih, dan pukul aku depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan aku, itulah yang mak aku lakukan..
Tapi ada jugak jiran aku, bila mak aku mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak aku, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..
Sekarang, mak aku dan jiran aku tu pun dah arwah, dan aku tengok, anak jiran aku tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)
Dan hari ini, aku tengok ramai mak bapak yang bila kita mengadu salah anak mereka, di makinya kita, tak boleh terima keturunannya buat silap konon, apa punya bangang?!
Dalam iklan TV mencegah panggilan palsu 999, di tunjukkan babak operator menelefon seorang ibu memberitahu supaya nasihat anak kepada si ibu tadi agar jangan dial nombor 999 secara suka suka, tapi si ibu ni marah pulak dekat operator kerana tuduh dia tak pandai jaga anak, pulak?!!
Jangan rosakkan masa depan anak anak kita, jika salah hukumlah.., dan jika ada orang lain mengadu, ucaplah terima kasih kerana dalam dunia ini, masih ada orang yang sayang pada anak-anak kita..
Korang tahu kenapa ramai mak bapak bangang dalam hal sebegini?
Ini adalah kerana sikap tak boleh dikritik, dan rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik anak mereka, pada pandangan si bangang ini, seolah mengkritik diri mereka, aduhai.., anak buat salah, orang tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan anak sewaktu masih boleh dibetulkan..,
Aku tahu korang sayang pada anak korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul, Lukman Nur Hakim yang bijaksana selalu pesan, “anak tidak dapat tidak perlu dihukum, seperti kebun perlukan air” atau pepetah melayu lama; “sayang anak, tangan tangankan..,” atau pepatah keretamayat.
“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”
Aku ulang:
“Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”
Anak korang adalah salah satu ‘kekasih’ korang, korang sayang mereka.., tapi sayanglah dengan cara yang betul.., yang mana jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih..
Janganlah jadi ibu bapa yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(anak) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..
Sama jugak, jangan jadi suami yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(isteri) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..
Sama jugak, jangan jadi pengikut yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(pemimpin) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..
Faham?!
Ini yang aku nak cerita hari ni, korang ada ‘kekasih’, yang mana ‘kekasih’ korang dah buat silap, lalu aku kritik, dan tegur akan kesalahan ‘kekasih’ korang, tapi korang yang bangang, serang aku, kutuk aku balik, dan pertahankan ‘kesucian’ (suci?) kekasih-kekasih korang, sehingga kekasih korang dan korang sendiri menjadi bodoh sombong, dan terus menerus hidup dalam kejahilan..
Korang tahu siapa ‘kekasih’ korang yang korang marah sangat aku kritik kesalahan mereka?
Baca sajer entry lama, aku kririk PENIAGA SYSTEM PIRAMID, korang marah, aku kritik ORANG FORWARD EMAIL BODOH, korang marah, aku kritik ORANG YANG TAKSUB DENGAN PARTI, korang marah, aku kritik ORANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI, korang marah, aku kritik ORANG DAKWAH BIDAAH, korang marah, aku kritik USTAZ KEGEMARAN PARTI KORANG, korang marah, aku kritik ORANG PERASAN UNIK, korang marah, aku kritik ORANG SUKA GUNA FATWA KAUM BERUK, korang marah, aku kritik PAK PANDIR MODEN, korang marah, aku kritik orang yang ada syndrome mumayiz down, korang marah, aku kritik PARTY XYZ, korang marah, dan lain lain..
Kenapa korang marah? Sebab korang rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik ‘kekasih’ korang, pada pandangan korang yang mudah bengang ini, seolah mengkritik diri korang, aduhai.., ‘kekasih’ buat salah, aku tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan ‘kekasih’ sewaktu masih boleh dibetulkan..,
Aku tahu korang sayang pada ‘kekasih’ korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul,
“jika ada orang menegur kesalahan ‘kekasih’ kita, ucapkanlah terima kasih”
Janganlah jadi ibu bapa yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(anak) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..
Sama jugak, jangan jadi pengikut yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(pemimpin) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..
Muawiyah r.a di zaman pemerintahanya telah buat kenyataan, bahawa harta Baitu Mal dia yang punya, siapa berani bantah, sila jumpa belakang pintu, lalu satu orang pakcik telah berdiri membantah, dan Muawiyah arahkan pakcik ni pergi belakang pintu, orang rami dah panic dah.., dan di belakang pintu, Muawiyah R.ahu, telah peluk pakcik ni, ucap terima kasih kerana di zaman pemerintahannya, masih ada yang berani tegur, sebab Nabi dah bagitahu, jika jadi pemimpin yang rakyat tak berani tegur, maka celakalah.., begitu lebih kurang..
Maka, korang yang telah korbankan masa bersama ‘kekasih’ korang, sehingga diri menjadi buta dalam bercinta, dan anggap kekasih korang tu sempurna tak ada salah.., lalu bila ada yang kritik ‘kekasih’ korang terus melenting dalam komen dan blog, apa punya bodoh ‘kekasih’ korang dapat kekasih macam korang pun aku tak tahulah..
Kes ni sama macam cerita drama melayu, mak bapak tak bagi kahwin dengan kekasih korang yang suka hisap dadah, lalu cerita kebururukan kekasih korang agar masa depan korang selamat, tapi korang bangang, nak jugak kekasih korang yang bertaraf sampah masyarakat, (sebab korang dah banyak korban untuk dia), bila dah kahwin, malam malam suami pukul mintak duit nak beli dadah, baru menyesal, dulu orang nasihat tak nak dengar.., bodoh!
Sama jugak ‘korang’ yang aku tulis dalam blog ni, korang nak berjuang ugama, lalu korbankan diri dengan parti so call islamiclah, email forwardlah, MLM lah, teori konspirasi lah, dan apa kejadah lagi, lalu bila aku nasihat, kritik dan kutuk kesalahan kekasih korang, mulalah melenting, marah dan emosi..
Padahal, aku sayang korang, aku tak nak masa depan korang hancur...
Hampeh!
Fahamilah perasan ibu bapa yang menasihati anaknya tentang jodoh apabila anaknya nak berkahiwn dengan orang yang rosak akhlak, mak bapak bukan dengki, tapi sayang..
Maka, sama dengan aku, aku tak dengki dengan korang, aku sayang..
Maaflah, sebab aku kutuk dan hina kekasih korang selama ini, buat korang bengang!..,
Apa nak buat, dah Kekasih korang tu memang bangang!
Apa lagi nak di kata!
Woha!
Ps: jika segan nak komen terima kasih kat blog , Korang boleh ucapkan terima kasih dalam hati kepada aku,..,no problem, :)
Mar 2, 2011
MLM, apa kata Pakcik KeretaMayat?
Soalan pembaca:
assalamualaikum...
Sebagai sorang manusia, aku harus bertanya takut aku tersesat pulak...ini tentang perniagaan berbentuk pyramid, MLM, sorang kawan telah mengajak aku untuk join benda tuh...dengar dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja)..
Aku betul-betul konfius dengan perniagaan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni tak la sesat jauh...
Jawapan dari pakcik keretamayat:
Salam,
Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka
Reply Pembaca:
Terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...
Terima kasih banyak banyak.
Keretamayat:
“Any time...”
Sekian.
Ps: Untuk keterangan lanjut yang lebih dramatik, sila rujuk aididmuaddib.blogspot.com. Harap maklum.