(Tanya sama abang Kereta Mayat)
|
Kredit gambar asal: Suamiku Encik Sotong |
Surat pembaca:
Assalamualaikum abang hamka.
Abang mesti dah jumpa dan kenal pelbagai orang dari pelbagai
ragam.
Bolehkah abang memberi sedikit pandangan dan nasihat untuk
seorg isteri kepada seorang suami gay. (mempunyai anak2).
Macam-macam nasihat orang dah bagi dari ustazah, doktor
psikiatri dan kawan baik(keluarga tak tahu). Akhirnya, semuanya berbalik kepada
apa yang saya mahu dan sanggup tempuh. Kalau nak bertahan, bertahan lah. Kalau
tak mamou,sila mintak cerai. Tapi jawapan tak semudah tu ;(
Bertahan itu sakit(bila tak diendahkan suami), bercerai itu
lagi sakit(sebab saya sayang dia dan anak2). Untuk seorg isteri dan ibu.
Apa nak bagi tahu mak ayah. Apa nak bgtahu anak-anak bila
diorang besar nanti. Apa pandangan masyarakat.
Hm.. orang perempuan ni, kalau cintakan seorang.. orang tu
lah sampai mati. Sebab tu banyak isteri sanggup setia walaupun dengan suami yang
mendera.
terima kasih.
Hamka said:
Salam kepada Puan XXX.
Simpati dari jauh, berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul,mungkin suami puan terkena penyakit HIV atau lain lain penyakit kelamin
buat dia dingin terhadap Puan. Arghh, nampaknya komen aku langsung tak
membantu.
Ok, kebetulan aku sedang tulis buku tentang masalah Gay, dan
untuk itu aku ada berhubung dengan rakan FB yang mengalami masalah LGBT untuk
buat kajian, lantas aku tanya admin group tu, ada tak pengakuan dari Gay yang
sudah bertubat, Admin cakap ada dalam group wassap beliau, dan sudi untuk bagi
pada aku dan share for next project sebagai tambahan info dalam buku aku kelak.
So, buku masih dalam proses untuk disiapkan, sementara itu masalah
gay ini sememangnya adalah di luar pengalaman keretamayat, maka biarlah
pengakuan dari pengakuan dari seorang gay bottom tegar (gay selalunya ada 2
atau 3 orientasi, iaitu top, bottom dan flex), boleh dijadikan rujukan oleh
suami Puan dan lelaki gay yang lain. Tulisan beliau dalam whastapp banyak guna
short word, aku cuba murnikan balik, maaf sangat jika maksud tak sampai.
Copy Paste:
Kisah hitam bermula tahun 2005, sekarang dah masuk tahun
2015, maknanya 10 tahun dah hidup dengan naluri songsang, dan aku categorizekan
diri aku sebagai "gay bottom tegar"
Aku bole consider diri aku expert dalam dunia songsang ni, mungkin
dah boleh graduate dan dapat anugerah diraja kot.
korang sebut jer term-term dalam dunia songsang ni, semua
aku tau, cuma aku tak pernah terjebak dalam recreational drug &
dirty/slaves jer, yang lain-lain tu mmg selalu sangat lah.
Aku pengguna tegar moneyboy, masseur dan jadi "service
provider" pada abang-abangdan adik adik top. Tapi kekadang tu ade jugak
"terpaksa" jadi top sebab partner ONS pun bottom jugek
Sauna-sauna pun jadi port favorite bila weekend, OTOT2,
Sentral etc..
Tak lupa Sauna-sauna di Bangkok, Singapore, Jakarta juga di
London, nak test international market katanya.
2007 aku diagnosed HIV. Tapi aktiviti aku tak stop setakat
kat situ. nafsu sebelum dan selepas diagnosed lebih kurang sama jer, especially
biler makin success dalam carrier, gaji naik, unspent money banyak, makanya
makin liar.
Masuk tahun 2013, umur pun dah 36.
Hidup mula rasa bosan dengan lifestyle songsang, terdetik dalam
hati bila nak insaf nih?
Dalam masa yang sama aku kenal la sorang awek ni, perkenalan
yang tak disengajakan, .rumah kami pun dekat jer, so bila free time tu kekadang
kitorg dating, dari segi nafsu, memang takde, maklumlah, "Bottom
Tegar" lah katakan.
Parents pun sibuk dok tanya bila nak kawin?, kawan-kawan,
sedara mara semuanya busy body tanya soalan yang sama.
Alih-alih, bulan 7 tahun 2014 aku melamar awek tadi tu, guna
SMS jer,.hahaha
Dalam hati aku nekad, walaupun nafsu aku songsang, aku yakin
aku boleh jadi suami, aku boleh jadi bapa, aku boleh jadi ketua keluarga, aku
ambik risiko, walau apapun yang jadi nanti, aku yakin aku boleh drive isteri
dan family, aku nak lari dari dunia songsang, aku dah bosan dengan PLU, aku tak
dapat happiness, cuma aku dapat kepuasan nafsu jer dari mereka, aku tak nak nafsu
semata, aku nak happiness dlm hidup.
Oh ya lupa nak bagitau, walaupun aku ni HIV +ve,, tapi aku
dah lama start makan ubat antiviral. Maknanya, tahap kesihatan aku dah normal macam
org lain, dan risiko untuk menjangkitkan virus ni pada bakal wife pun dah
kurang. Sebab faktor ini jugak la menjadi punca yang menambahkan keyakinan aku
untuk berkahwin, dan untuk pengetahuan korang, awek tadi tu tahu status HIV
aku, dan alhamdulillah dia bole terima aku seadanya selepas aku approach dan
explain pada dia, cuma pada awal nya dia push aku dan tanya aku mcm mana aku dapat
virus ni, nak tak nak terpaksa la aku kelentong sama dia, tipu sunat takpe kan
? ;0
Enam bulan ikatan pertunangan, hubungan dengan tunang pun
takde la semesra macam pasangan lain bercinta, mungkin disebabkan faktor nafsu
aku yang lebih pada kaum sejenis, tapi aku takde la kejam sangat pada tunang
aku, bila ada masa free kitorang kuar dating, bagi present, bunga etc....kena
la jadi hipokrit sket kan, sebab tak nak tunang aku terasa hati.
Akhirnya bulan 10, kami diijabkabulkan, sebelum hari bahagia
tu memang aku excited giler babi, bukan excited sebab dapat bini, tapi excited
sebab jadi raja sehari..hahaha..maklumlah, hari glamour kita kan.
Tapi kalau korang nak tau, aku ade jugak contact dengan geng-geng
yang sekapal untuk dapatkan lesson
learnt dari diorang macam mana nak go-thru malam pertama, alhamdulillah, diorg
bagi +ve feedback.
Hari akad nikah, aku tengok muka wife aku, comey, hati
berdebar-debar ni...sebab aku mula pikir yang malam nya nanti aku dah kena kembali
kepada fitrah azali, menjadi pasangan kepada seorang wanita
Malam pun menjelma, dag dig dug dada berdegup kencang,eh,
wife masih lagi tgh period, so malam ni aku selamat! Hahahaha (macam kisah
hamka kereta mayat dalam buku Kamar suteralah pulak)
Tiga hari selepas tu,
"Awak, period saya dah habis",
“opssss-ok”
(Note, aku terpaksa delete bab ini sebab agak lucah)
.., walaupun tanpa membayangkan Aaron Aziz mahupun Zizan Razak,
akhirnya aku klimaks jugak!
MEMANG BEST SEBENARNYA JADI TOP ESPECIALLY BILA GUNA CHANNEL
YANG HALAL!
p/s: Dalam minggu tu 4 kali jugak lah kitorang ON sebab kami memang
teringin nak anak cepat
Alhamdulillah, sekarang dah 2 bulan selepas ijabkabul, wife
pun dah +ve pregnant
Moral of the story:-
1. Aku rasa, naluri gay ni sebenarnya more into mainan
psychology jer, ianya cuma bayangan perasaan, once dah rasa sekali, bayangan
nikmat tu akan kekal dalam minda...KENA DIVERT KAN PERASAAN NI, BILA DAH KAWIN,
LAGI SENANG NAK DIVERT SEBAB FOCUS HANYA PADA ISTERI, TAK BOLEH LARI ke tempat
lain.
2. Naluri gay tak boleh hilang dlm diri, korang kena slowly
divert object dalam minda korang, kalau sebelum ni korang dambakan pelukan
Fahrin Ahmad, tapi korang cuba lupakan semua tu sewaktu mengadakan hubungan
intim dengan wife, secara automatik, korang lebih focus pada wife dan
"device" yang ada pada diri dia.
3. Yang penting, DOA dan tawakal pada Allah SWT, itu kata
kunci yang membuatkan aku rasa diri aku slowly buang jauh-jauh perasaan diva
& kecelaruan identiti aku.
Alhamdulillah, makin lama aku makin sayang pada wife aku,
tapi kena maintain fokus pada diri dia, jangan cuba divert minda pada pasangan
sejenis, aku tak nak bersikap dingin pada wife, kesian kat dia.
Fokus, fokus dan fokus pada perkahwinan yang dibina, buang
jauh-jauh perasaan diva, cerewet dan geli geleman terhadap wanita, fikirkan
masa depan family, insyaAllah, kalau korang sentiasa maintain dgn perasaan +ve
macam ni, pastinya hubungan korang dengan wife akan berkekalan selamanya, dan
yang penting, jangan sesekali terpikir pasai jantan, dan jangan memandai-mandai
mulakan conversation dengan skandal lama yang boleh menenggelamkan naluri
normal anda.
KESIMPULANNYA: BOTTOM TEGAR SEBENARNYA MEMANG BOLEH JADI
SUAMI DAN BAPA YANG HEBAT!
Apa yang penting, fikir masa depan diri sendiri dan set kan
objektif dalam minda bahawa walaupun kita start hidup kita dengan dosa, tak
semestinya neraka yang menunggu, ubah semua tu, jadikan destinasi terakhir kita
adalah SYURGA! Amin.
p/s: sekarang ni, kalau aku tengok lelaki hensem, cuma
terdetik dalam hati "alangkah indah ciptaan Allah".aku takkan
sesekali pikir benda yang bukan-bukan.
End Copy Paste:
Klik sini untuk masalah Gay
Klik sini untuk pendapat peribadi Kereta Mayat
Update: BUKU AKU, ALMOND LONDON dan GAY telah siap. Alhamdulillah. Aku percaya Gay boleh berubah kerana dalam Al quran ada perintah Allah kepada Nabi Nuh menyuruh kaum gay bertaubat, yang mana bila Allah suruh, sudah tentu Dia yang Maha Mengetahui, TAHU bahawa dengan azam dan niat yang ikhlas, Allah akan membantu mengubah segalanya kerana Dia Maha Berkuasa.