Jun 26, 2008
Tau-buat Tau-lah Tau-Bat?
Dari email yang aku terima, kebanyakkan ‘gadis’ yang bagitahu problem mereka pada aku kebanyakannya adalah masalah seks dan jodoh.
Iaitu, Masalah seks kerana sudah terlanjur dan masalah jodoh yang agak menakutkan kerana diri sudah terlanjur…
Lalu mintak nasihat kat aku, akan bagaimana nak pujuk lelaki yang telah ‘merosakkan’ mereka agar datang menebus dosa dengan cara meminang mereka, sebab rata rata lelaki yang sudah meratah bunga, habis madu sepah di buang…
(‘Rata rata lelaki’ itu ditujukan kepada lelaki macho yang masuk neraka jika tidak membuat tindakan yang sepatutnya.)
Cik adik,
Memujuk lelaki yang rosakkan cik adik adalah di luar bidang kuasa keretamayat.
Juga memujuk ibu lelaki yang enggan anakknya berkahwin awal kerana ‘masih muda’ atau ‘belum puas rasa duit kamu’ juga adalah di luar kemampuan kereta mayat.
Ibaratnya di sini, kerja keretamayat hanyalah membawa mayat ke tempat yang sepatutnya, iaitu ke kubur, dan kereta mayat memang tidak mampu menolong orang di dalam kubur… hanya mayat empunya badanlah yang dapat menolong diri sendiri…
Maka nasihat keretamayat, apabila engkau sudah rosak akibat terlanjur, dan sebelum aku usung kamu ke kubur, perkara yang paling utama patut kamu risaukan bukanlah masalah jodoh kamu, bukan masalah takut pakwe tak datang meminang, atau takut kahwin dengan orang lain lalu pakwe bocorkan rahsia akan kamu adalah kelapa yang sudah di tebuk, atau takut suami murka dan sebagainya…
Bukan.. bukan..bukan!
Tapi apa yang patut bermain di benak kepala kamu yang sudah terlanjur adalah.
ADAKAH ALLAH SUDAH MENGAMPUNI DOSAKU?
ADAKAH TAUBATKU SUDAH DITERIMA?
ADAKAH PINTU SHURGA TERBUKA UNTUKKU?
ADAKAH PINTU NEREKA YANG TERBUKA KERANA ZINA ITU SUDAH TERTUTUP?
Itu yang patut kamu fikir dan risaukan lebih dari fikir dan risau akan jodoh…
Allah sudah tetapkan jodoh kamu, jodoh akan datang kepada kamu sepertimana rezeki akan datang ke mulutmu dan mengalir ke lubang tandas, jodoh akan datang kepada kamu sepertimana maut akan datang menjemputmu lalu keretamayat menjemputmu jugak, jadi persoalannya yang besar sekarang adalah:
Adakah kamu sudah benar benar bertaubat? Dan adakah Taubat kamu itu sudah di terima?
Inilah persoalan yang tuan punya badan kena selesaikan sendiri.
InsyAllah bila Taubat kamu sudah di terima, maka pintu jodoh akan terselesai sendiri dengan kehendak Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang…, kerana apabila kamu baik, maka jadilah kamu wanita yang baik, dan sesungguhnya, wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik.
InsyAllah…
Sebagai panduan kita bersama, aku bagi kamu akan HAKIKAT TAUBAT NASUHA setakat yang aku belajar, dan aku juga masih belajar, maka kita sama-sama belajar….
Straight to the point, Sesungguhnya hakikat Taubat Nasuha itu terbahagi kepada 6 perkara.
1)Menangis
Taubat Nasuha memang perlu sangat di iringi dengan air mata, Nabi Muhammad SAW dan semua sahabat baginda dalam riwayat menceritakan akan mereka adalah selalu bergenang air mata walaupun untuk dosa oarng lain, apatah lagi dosa diri sendiri..
Jika tak boleh manangis, pura pura menangis juga di benarkan…
2)Tidak mengulangi
Bukanlah Taubat namanya jika repeat back to the same action yang di katogorikan dalam senarai taubat-taubat sepanjang hidup. Sesungguhnya batal sudah akan taubat kamu bila kamu ulang balik dosa itu.
Menghampiri kepada perkara yang boleh mengulangi dosa juga akan membatalkan taubat, yelah, kamu dah taubat tak nak berzina, tapi in the same time masih lagi menghampiri zina, bergurau antara pusat dan lutut misalnya.., tak ke hampeh?, so basic yang paling simple dalam taubat adalah: never repeat forever and ever!
Senang cerita sampai mati tak akan buat dosa itu, dan sanggup mati daripada mengulangi dosa itu…
3)Tiada Niat untuk mengulangi
Jika tadi tak mengulangi, sekarang niat untuk mengulangi pun kena bersih…
Ada Ustaz yang menyatakan bahawa sekiranya orang yang mendakwa dirinya sudah bertaubat, tapi masih ada niat untuk ulang balik dosanya jika ada peluang atau sering berkhayal melakukan dosa itu, maka taubatnya adalah batal, kerana dia adalah belum betul betul bertaubat…
So, baca perenggan seterusnya untuk atasi masalah ini.
4)Menyesal
Antara azab yang paling menyeksakan hidup adalah ‘menyesal’.., menyesal akan datang apabila peluang di berikan tetapi telah di sia-siakan, sebagai contoh ahli neraka akan menyesal gila bila Allah tayang shurga yang patut mereka dapat.., sebab Allah dah siap shurga sorang satu, tapi bila bakal ahli shurga itu telah tidak melayakkan dirinya, maka Allah telah bahagi-bahagikankan shurganya itu kepada ahli shurga yang lain.., tak menyesal gila dibuatnya? Meroyan habis kau!
Dan bila ahli neraka melihat azab, menyesal sehingga menggigit jari jari sampai putus putus..oh!
Jadi balik kepada isu menyesal dalam adab adab Taubat, kenalah faham bahawa selain tidak mengulangi dosa, korang juga kena rasa menyesal gila pada perbuatan dan ketelanjuran korang terhadap dosa dosa yang lampau..
La ni, aku tengok ada sorang pakcik ni dah taubat daripada berzina dengan bohsia katanya, tapi bila ada peluang berborak dengan anak muda zaman sekarang, pakcik ni dengan bangga bongkar cerita kisah ‘dia dan hebatnya dia di mata bohsia di zamannya’.
“pakcik dulu, bohsia mana yang tak kenal? Bla bla bla..”
Oi, pakcik, bercerita akan dosa kita pada orang lain juga adalah dosa sebab tak kena gaya, boleh menggalakkan orang lain buat dosa, dan apatah lagi jika bangga dengan dosa, lagi lagilah dua kali ganda dosa di lipat ganda, kira hebat sangat ke bawak bohsia keliling kampong? Pakcik tak dengar lagi cerita dosa aku.., tapi sebab aku dah belajar adab taubat tak boleh cerita dosa kita pada orang lain dan hanya cerita pada Allah, dan aku juga sedang belajar menyesal.., maka aku doakan pakcik agar dapat menyesali akan dosa dosa zaman muda muda dulu yang mana bila pakcik tengok orang cople zaman la ni, pakcik terus tunduk kepala dan geleng geleng sikit sambil mencegah maksiat dalam hati tanda selemah-lemah iman, (jika itu yang termampu) lalu berdoa agar dosa mereka diampunkan dan dosa pakcik yang dulu diampunkan, dan doa juga hidayat untuk mereka dan sangka baik bahawa mereka mungkin suami isteri…,
Boleh gitu?
5)Jangan cerita dosa kita pada orang lain.
Dalam adab Taubat, dosa hanya perlu cerita pada Allah sahaja kecuali dosa jenis terlibat dengan hak orang lain, seperti mencuri ke, terambik barang ke, terumpat ke, itu memang nak kena cerita direct kepada mangsa jenayah kamu itu.
Dalam kes ni, samalah juga macam kes pakcik diatas, silap-silap bila kita cerita dosa kita pada orang lain, sekali datang pulak rasa bangga… terus batal taubat!
Ada sesetangah kes perempuan yang dah terlanjur biasanya suka cerita pengalaman keterlajuran dia secara detail kepada teman lelaki baru yang kononnya nak tunjuk dia jujur, tapi silap jumpa lelaki maka berulanglah dosa zina buat kali kedua sebab lelaki bila dah tahu perempuan ni tak de dara, lelaki jahat akan naik syeikh dan ambik kesempatanler pulak…
Maka nak cerita dosa zina pada orang lain dalam banyak hal, kena fikir panjang terlebih dahulu, dan tengok akibat, jika mudarat tak perlu cerita langsung…, cerita pada Allah cukup!
Satu lagi, jangan mendetailkan cerita zina kamu dalam email, tak payah lah tulis dada kena ramas, hisap kelentit dan sebagainya, kasihan isteri aku, dia bukannya ada madu, bila aku naik syeikh baca email korang, lantas aku, .. arghh tak payah lah aku detailkan pulak, karang naik syeikh pulak korang semua, so… tolong!
6) Menzahirkan Taubat.
Ini yang paling penting, aku dah cerita kisah zina kawan aku ‘Earl’ dan ‘isteri’nya dalam entry dulu akan bagaimana mereka zahirkan taubat…, pendek cerita, orang yang mencuri bila bertaubat kena pulangkan balik barang yang di curinya, orang yang bergaduh bila dah bertaubat kenalah berdamai dan saling memaafkan, orang yang membunuh bila dah bertaubat kenalah mintak maaf kepada ahli kelurga yang dibunuh…, panjang cerita, terpulanglah kepada jenis dosa masing masing dan kembangkanlah sendiri akan bagaimana nak zahirkan taubat…
Sebab, dosa dengan Allah pasti akan diampunkan kerana Allah adalah Maha pengampun, dengan syarat kita bertaubat, tapi bila dosa dengan makhluk Tuhan, inilah yang paling di takuti..
Bak kata pepatah penjajah dari Negara Komewel:
“Every man will pay the penalty for his own misdeeds. The men who remember this will be angry with no one, indignant with no one, revile no one, blame no one, offend no one, and hate no one…”
*******
Ok, dah habis 6 perkara tentang apa yang patut di buat untuk bertaubat, aku bagi pulak 3 perkara yang tak boleh di buat untuk isu taubat ni yang mana jika korang buat, aku sendiri yang naik angin, siap korang!....
1) Malu malu kucing
``ehhh aku malu la, aku banyak buat dosa. aku malu ngan Tuhan untuk mintak ampun"
Kata seorang teman X kepada Y yang buat aku menyompok, woi mangkuk! Nak malu biarlah bertempat, dah malu, lagilah kene mintak ampun banyak-banyak. Tak malu betul!
2)Putus asa.
``ish, aku rasa Tuhan tak akan ampunkan dosa aku la, dah banyak sangat dosa aku yang terkumpul"
Ni lagi sorang bangang, orang yang putus harap daripada rahmat Allah memang cari penyakit, memang nak mampos!, boleh mengundang kemarahan Allah, arghh, malas aku nak ulas.
3) Menolak Taubat orang lain,
``kau ni teruk la, dah la buat dosa hari-hari. nama je orang islam. tapi perangai cam orang bukan islam. Tuhan pun payah nak ampun kan dosa ko, lagilah ko duduk dalam parti abc"
Memang nak mampos orang yang cakap cam gini, silap silap dia yang masuk neraka dan si pendosa itu masuk shurga, aku pernah tulis cerita ni secara detail tapi lupa dalam entry yang mana satu, moralnya adalah, takde sapa-sapa yang boleh nilai amalan, dosa dan pahala orang lain. Tiada siapa yang boleh tolak Taubat orang lain, itu urusan Allah, BUKAN ENGKAU hampeh!
*****
Akhir cerita…
Aku nak kena tambah lagi satu adab dalam bertaubat yang mana jika tadi aku cakap Enam(6), aku dah tambah lagi satu jadi Tujuh(7), sila betulkan balik nota masing-masing.. harap maaf sebab terpaksa kotorkan nota korang...
TAMBAHAN:
7) Tidak putus asa.
Adalah menjadi kesalahan besar pada mana mana penzina atau pembuat dosa apabila berputus asa dengan Allah kerana hakikatnya sifat Allah adalah Maha pemurah lagi Maha Pengampun, dan Rahmat Allah adalah lebih besar dari mana-mana dosa…
Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah ayat 160
"Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
Dan juga surah Al-Baqarah ayat 222,
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
So, jangan putus asa walaupun kamu jenis yang lepas taubat buat balik dosa… dengan syarat bila kita doa mintak ampun kat Allah, buatlah cara seolah-olah kita betul-betul tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung tinggi tapi dalam hati mengharap kepada Rahmat Allah yang melangit luas.
Tapi jangan pulak salah guna sifat Pemurah Allah, untuk buat lebih banyak dosa… Naduzubiullah, itu mengcabar namanya.. dosa lagi besar untuk niat begitu…
Maka bila kita dah terbuat dosa atas kelalaian kita , kelemahan kita , keterlupaan kita dan sebagainya, sememangnya itu sifat manusia sebab Nabi Muhammad SAW telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:
"Setiap anak Adam pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat ".
Maka lepas kita di beri peluang oleh Allah untuk sedar akan kesilapan, cepat-cepatler minta ampun pada Allah sebab naiknya keretamayat itu adalah tiba-tiba…
*******
Penutup
Apa yang dapat aku simpulkan, sebenarnya korang sudah tersilap dalam tindakan apabila menyelesaikan masalah...
Korang buat dosa yang kecil kononnya untuk dapat jodoh, llau hampiri zina, dan akhirnya sebab korang mudah di tipu ibllis, akhirnya berzina..
Maka sekarang korang kena tinggalkan dosa untuk dapat jodoh...
Dan adat orang berdosa, Tau Buat, tau lah TauBat!!!
last!
Dalam satu hadith ada mengceritakan bahawa seorang sahabat baginda Muhammad SAW pernah bertanya, apakah yang akan Allah buat jika semua manusia taat perintah Allah?
Maka Nabi bersabda lebih kurang maksud, nescaya Allah akan gantikan kamu dengan kaum lain yang berdosa dan akan mengampuni siapa yang bertaubat dalam kaum itu kerana Allah sangat suka mengampunkan manusia… (lebih kurang maksud)
*******
Ok, sekian untuk hari ini, dan sekian jawapan aku secara pukal kepada semua email dari perempuan yang menyesal terhadap dosa zina mereka… semoga Taubat kita semua di terima ALlah..
Tau-buat Tau-lah Tau-Bat!
End.
Ps: SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di siang hari sampai matahari terbit dan sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di malam hari sampai matahari tenggelam dan berterusanlah Allah menanti taubat hambanya sehingga terbitnya matahari dari barat."
(dan keretamayat sentiasa panaskan injin keretanya pagi pagi untuk cepatkan hantar korang ke kubur).
Jun 20, 2008
Lions led by Lambs?
Nota:Lagi surat tidak rasmi di hari Bapa dari seorang ayah kepada anak-anaknya, err... agak lambat di postkan, salahkan pejabat post yang sibuk bayar ribet minyak RM 625 setahun atau bersamaan RM 1.90 sen sehari.
Assalamuailakum semua anakku…
Antara the best part dalam hidup ayah adalah bila ada anak sendiri yang sihat dan comel serta baik lagi menghormat orang tua dan tidak merokok macam kamu semua… (ketika ini anak aku yang sulung baru berumur 5 tahun)
Best sebab dalam dunia ni, ketika orang lain sedang berbeza pandapat dengan Ayah dan enggan terima kewujudan Ayah, tiba tiba Allah bagi anak-anak penyejuk mata yang ‘terpaksa’ terima dan membenarkan segala pendapat ayahnya, hihihi…
Kadang-kadang bila ayah ajak kawan-kawan sebaya lepak minum teh tarik malam-malam, tapi takde kawan sebab masing masing sibuk dengan komitment seperti memancing dan tengok bola, (dua perkara yang ayah akan hindari sedaya upaya)namun ayah masih boleh ajak anak ayah pergi lepak kedai mamak sambil membincangkan tentang cara-cara bagaimana menyelamatkan dunia.
Satu lagi yang best bila dah ada anak ni, ayah dapat masuk kedai menjual permainan dan belek belek permainan yang mahal-mahal tanpa malu sebab kamu ada sebelah, dapatlah cover line.. woha!,
Lepas belek mainan-mainan yang mahal-mahal, ayah beli mainan yang murah-murah untuk kamu semua.., apa-apalah. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Bonda kamu.
Tapi apa yang tak best bab ada anak ni, adalah bila anak dah besar panjang, tiba tiba dia rosakkan sepupu dia yang bernama Rokiah anak Nordin Ahmad dan bila kita marah dia, baru dapat tahu pulak bahawa dia adalah ketua genster di Singapura- rujuk filem anakku sazali.
Oleh yang demikan, terpaksalah ayah pukul kamu wahai anakku sebab menurut Sazali anak P.Ramlee, jika ayah dia pukul dia masa kecik, bila besar nanti dia tidak akan jadi ketua gengster di Singapura, sebaliknya akan menjadi Ketua Madrasah di Sekolah Tahfiz yang beriman lagi bertakwa.
Wallau’lam.
Dan Ayah cuba menjadi sebaik baik ayah untuk kamu, buktinya, bila kamu nak tidur, ayah akan dodoikan kamu..
Lagu asal : Anakku Sazali
Anakku (Haikal/Adha/Najiha) dengarlah..
Lagu yang ayahanda karangi..
Sifatkan laguku hai anak..
Sebagai sahabatmu nanti...
C/O
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Dialah temanmu sejati
Menjagamu wahai Haikal(atau Adha, atau yang lain-lain mengikut medan masing-masing)
Dan kamu sebanarnya wahai anak-anakku, masih belum tertidur bila dengar ayah nyanyi, walaupun suara ayah tak sedap, tapi kamu cukup suka dengar ayah menyanyi dan kadang kadang kamu ikut sama nyanyi part korus dengan kuat dan sumbang, lalu terpecahlah kesepian malam yang mengcekam itu, hampeh betul.., lambatlah ayah nak tidur dengan bonda pula.., akhirnya, ayah berzikir dan mengaji, barulah kamu terlelap…
Tapi bila kamu dah besar dan sudah petah berkata-kata, sebelum tidur malam tadi, kamu cukup suka dengar 'cerita rakyat' dari ayah, bila ayah tanya berapa jumlah cerita kamu nak dengar, dan kamu dengan bergurau bagitahu nak dengar Empat ribu cerita dari ayah…, Banyak cekadaklah engkau, ayah banyak lagi cerita biologi nak berkongsi dengan bonda kamu!
Namun.., ketahuilah,
Bahawa cerita rakyat yang ayah kisahkan kepada kamu sebelum masuk tidur itu adalah hakikatnya cerita-cerita tentang bagaimana mahu menyelamatkan dunia.
Kamu ingat tak cerita yang ayah kisahkan seperti ‘Save the Cheerleader, Save the World’, dan juga cerita yang bertajuk ‘How to Stop an Exploding Man’ atau cerita ‘Road to Perdition’.
Ingat tak?
Tentu kamu tak ingat, atau ingat-ingat lupa, baiklah! Pendek cerita, semalam ayah ada cerita kepada kamu satu kisah berkaitan Save the World yang bertajuk : "Lions for lambs".
Oleh sebab cerita ini telah dimelayukan oleh seorang blogger(Azhar), maka ayah copy/paste sahaja, tapi ayah edit sikit supaya lebih dramatic, terimalah cerita yang ayah bacakan semalam ketika umur kamu lima tahun…..
"Lions for lambs"
Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.
Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.
Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.
Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.
Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.
Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.
Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.
Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.
Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
*****
Cerita belum habis tapi kamu semua wahai anak-anakku telah tidur siap ada yang mulut terbukak, nasib baik tiada yang lidah terjulur keluar..woha!
Ayahpun dengan manjanya menyelimuti kamu satu persatu, membetulkan posisi kamu bertiga dan mencium dahi masing-masing. Hajat di hati nak cium pipi tapi sebab ada air liur basi yang meleleh, terpaksalah ayah batalkan niat dan cium pipi bonda kamu sahajalah..
Maka duhai anak-anakku, ketahuilah bahawa orang islam di zaman ayah kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud ayah dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.
Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…
Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.
Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…
Tapi orang islam di zaman ayah kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.
Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…
Tapi kita masih terleka dan terlena…
Maka ada baiknya kita bertanya diri masing-masing..
Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja mendapatkan ‘tanduk’, tapi Baginda hanya membuat Dakwah…
Di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi telah bina kekuatan iman melalui perantaran Dakwah.., kenapa?
Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Dakwah ke atas Negara kapir seperti yang berlaku di zaman Kahlifah Al Rashiddin?
(suara latar di zaman ayah: takde)
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak? (suara latar di zaman ayah: pun takde)
Baiklah, ayah kecilkan skop..
Ada tak Persatuan, atau parti, atau kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja Dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
( suara latar di zaman ayah … takde! -)
Takde???? Habis yang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa korang buat sebenarnya???
Benarkah korang sedang berjihad???
Ok, ayah tanya soalan lain..
Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara kapir yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..
(suara latar di zaman ayah : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, bosnia, Lubnan, ambom dan bakal bakalnya..)
Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kapir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar di zaman ayah : Ada-.., jema’ah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)
Habis tu…? korang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa korang buat sebenarnya???
Berjihad mendapatkan TANDUK?
Sedangkan…,
Orang islam berbondong bondong menukar ugama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing
Bida’ah demi Bida’ah mulai mendapat tempat
Nagara demi Negara di jajah dan di tindas…
Perti demi parti di tubuhkan manun islam terus merudum..
dana dan duit di kumpulkan, orang kapir terus menindas…
jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..
Kenapa jadi begini?
Kenapa orang kapir langsung tak rasa gentar dengan orang islam?
Kenapa orang islam takut dengan orang kapir?
Jawapannya..
Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAh tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kapir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan kerja Dakwah!!!!….
Bukan itu sahaja, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah dan menindas orang islam, menghina orang islam dan pada waktu itu, doa orang islam tidak lagi makbul malahan dosa tidak lagi di ampunkan sehinggalah ummat islam itu kembali menjalankan kerja Dakwah….!!!
Malahan, Allah sanggup membiarkan anak anak kecil orang islam terbunuh supaya bila besar kelak mereka tidak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…
Malahan, Allah sanggup membiarkan ibu ibu dan wanita wanita orang islam terbunuh supaya tiada lagi generasi yang di lahirkan kelak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…
Dan ayah bimbang serta takut, ayah juga menjadi salah seorang daripada bapa bapa mereka..oh!!
Mengakhiri cerita..
Ayah menulis kesedihan ini kerana ayah mahu kamu semua agar tidak menjadi kambing atau menjadi singa yang ingin menjadi kambing… jangan menjadi such Lions led by such Lambs...
Sampaikanlah berita gembira kepada ayahmu nanti, iaitu sebelum ayah tertidur buat selama-lamanya.., setelah kamu selimutkan ayah…, dan sebelum ayah jadi mayat, perdengarkanlah cerita tentang umat islam di zaman kamu adalah singa yang berlagak singa! dan kamu adalah salah satu daripada singa yang berlagak singa itu.., dan akhir sekali, juga ceritakanlah pada ayah tentang Rahmat Allah dan Janji Allah yang baik.., agar ayah mati dalam keadaan yang paling bersangka baik dengan NYa…
Harap ayah dapat mengucapkan kalimah Tauyibah lalu terus jadi mayat, dan bila ayah dah ‘tidur’, ciumlah dahi ayah ini buat kali yang terakhir,
Sekian, selamat hari ayah,
Jangan lupa solat berjemaah bagi lelaki, dan solat awal waktu bagi perempuan dan matilah kamu dalam kerja Dakwah…
Bye!
Wasallam
Ps: tutup surat ini dengan Tasbih kafarah.
Jun 16, 2008
Berzina dengan Mayat?
Aku kadang-kadang, di waktu larut malam, suka gak tengok satu drama lucu di NTV7 yang berjudul “My name is Earl”.
Ianya mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang jahat cuba menjadi baik,
Oleh kerana entry ini ada kaitan sedikit sebanyak dengan Drama TV itu, aku cerita sikit akan sinopsis drama ini:
Earl J. Hickey adalah seorang yang agak liar, sedikit jahat dan mencuri bila lapar atau terdesak, tapi kadang kadang dia mencuri hanya untuk seronok-seronok! Earl seorang yang kecewa dengan hidup membuatkan beliau menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri, suka menipu dan sering mentertawakan orang lain..
Akibatnya, ramai sekali orang yang menjadi mangsa ‘kekejaman’nya, tapi jenayah yang di buat tidaklah besar, tidaklah sampai membunuh…
Satu hari Earl menang lotteri sebanyak US $100,000 tapi terus hilang sebab dia kena langgar dengan kereta ketika sedang melompat kegembiraan dan hanya dapat melihat tiket loteri nya terbang di bawa hembusan angina bayu sebelum pengsan dan tersedar di Hospital…
Di hospital, isterinya pulak ceraikan dia.., dan ketika duduk hospital itulah, iaitu ketika sakit dan tidak boleh bergerak.., si Earl ini telah terbelajar tentang satu ilmu baru daripada satu rangcangan TV yang di tonton dari katil Hospital, iaitu Rancangan ‘talk Show’ yang membincangkan isu "HUKUM KARMA”.
”Buat baik, dapat baik, buat jahat dapat jahat.”
Teruja dengan Prinsip Hukum Karma, Lalu Earl buat keputusan untuk jadi baik dan mula buat senarai orang yang pernah di zaliminya.., dan bertekad ingin meminta maaf atas segala kesalahan dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan mangsa kezalimannya sanggup memaafkannya.
Dengan 200 senarai nama, Earl yang sihat telah keluar hospital dengan azam yang baru, dah salah satu azamnya adalah kutip sampah, lalu tiba tiba terjumpalah kembali tiket lotarinya dan terus faham bahawa ini adalah isyarat daripada KARMA yang merestuinya..
Akhirnya duit itu digunakan sebagai modal Earl mencari orang yang pernah di zaliminya untuk meneubus kembali apa yang telah hilang.
Cerita ”my name is Earl” ini bagi aku cukup lucu dan sinis, dia adalah bodoh dalam banyak hal, tapi niatnya yang ’ikhlas’ membuatkan mangsa kekejamannya menghormatinya dan belajar sesuatu tentang ”kepercayaan” dan akhirnya memaafkannya malah turut membantu Earl menjejak mangsa-mangsa yang lain..
Akhirnya banyak jugak kawan kawan liar si Earl ini terkesan dengan Earl dan turut berubah menjadi baik... Malahan, orang terpelajar dan bijak pandai dalam cerita ini juga terkesan dengan Earl..
Sikap Earl yang sanggup buat apa sahaja pada orang yang pernah di zalimi kadang kadang sungguh melucukan..., dan ini merupakan tunjang kekuatan Drama ini..
Baiklah, kita lupakan Earl yang hanya wujud dalam dunia DRAMA itu...
Namun apa yang aku nak cerita hari ini adalah, dalam dunia nyata, aku jugak ada seorang kawan yang macam ‘earl’(bukan nama sebenar)
Ceritanya begini, kawan aku tu seorang yang low profile, dan tak pernah jatuh cinta atau bercinta, namun pada satu hari adaler sorang awek minat kat dia, mulakan aksi, lalu bercintalah si earl ni buat pertama kali…
Bila dah bercinta, dia tiba tiba jadi seorang yang teramat peramah dengan mana mana perempuan yang berbahasa melayu, makcik jual goreng pisang pun suka berborak dengan dia tentang apa-apa isu , dan dia juga pandai gila ayat power.., lantas ramailah perempuan gedik suka dengan dia sebab diapun dah jadi macam gedik gak.., tak lama kemudian, dengan prinsip cinta itu buta dan ‘makan beralih tempat’ maka diapun tak lama lepas tu berpisah dengan awek pertama dan dapat awek baru yang lebih garing…
Aku pada mulanya tak tahu apa cerita dia dan tak pedulipun apa yang berlaku pada dia, sebab lelaki bila dah ada awek, kawan-kawan yang telah sama sama bersusah payah menempuh ranjau kehidupan telah dilupakan dan menjadi tidak penting lagi…, hampeh betul..
Namun satu hari, Dengan kehendak Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.., Hidayat telah datang menyulubunginya dan dia telah mendapat peluang menempuh “gaya pulang ke pangkal jalan” dan ingin menjadi lelaki beriman akhir zaman…
Lalu bermulalah cerita yang mana dia ngadu kat aku sorang jer(katanya)…
Masalahnya adalah, dia dah terlanjur dengan awek pertama dulu, bila dah begitu dia jadi bosan dengan awek pertama dan sekarang masih bercinta dengan awek baru. Tapi bila dah dapat Hidayat dan bertaubat ini, dia jadi insaf dan tanya aku bagaimana nak bertaubat dengan cara yang betul dan adakah benar aweknya yang pernah di rosakkan akan dapat menghalang dia masuk shurga kelak jika awek itu tidak halal?
”Nak halal apanya benda yang haram?”
Kata aku sambil membongkar rahsia dan cerita disebalik dosa-dosa berzina...
Di dalam Islam, setakat aku yang bukan ustaz ini tahu, perzinaan terbahagi kepada beberapa jenis:-
- Pezina muhshan iaitu pezina yang sudah memiliki pasangan sah tapi buat projek dengan orang lain, biasa hukuman yang aku dengar kena rejam dengan batu dan sampai mati...
- Pezina ghayru muhshan iaitu pezina yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah, biasa hukuman yang aku dengar kena sebat 100 kali tak perlu sampai mati, boleh rujuk filem Semerah padi lakonan P Ramlee.
- Homoseks iaitu lelaki main belakang lelaki yang lain, hukuman aku tak pasti.., nak kena rujuk Ustaz..., zaman dulu Allah terbalikkan bumi..
- Pezina dengan binatang, yang ni aku dengar hukumannya adalah bunuh, dan binatang itu jugak kena bunuh.. Wallahu’lam.
- Pezina dengan diri sendiri, ada pendapat yang berkata boleh dengan tujuan mengelakkan 4 jenis zina di atas...,
(Untuk lebih detail tentang Hukuman untuk si penzina, boleh rujuk Tuan Haji Hadi Presiden Pas.)
Tapi akhir zaman ni, orang berzina biasanya masuk mahkamah syariah dan kena denda dalam RM 2000 ringgit lebih kurang, mudah bukan?... kena banyak menangis, sebab tanpa taubat, hukuman akhirat belum tentu terlepas...
Kita tak tahu apa yang Allah ganti di akhrat untuk setiap sebatan 100 kali yang mereka terlepas di dunia atau apa yang Allah ganti untuk setiap batu Rejaman yang mereka terlepas hukumannya jika nak di bandingkan dengan siksaan di akhirat kelak...oh!
Jika rujuk peristiwa israk dan mikraj ada cerita tentang bagaimana Nabi Muhammad
SAW diperlihatkan keadaan sekumpulan manusia yang digantung pada dada mereka dengan rantai api neraka dan dari kemaluan mereka, keluar nanah yang busuk, sehingga ada dikalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan orang yang berzina..
Ada banyak lagi peristiwa azab untuk penzina, boleh rujuk ustaz dan kitab...
Pendek cerita, Bila dah dengar semua tu, sebagai lelaki beriman akhir zaman, si Earl ni pun jadi takut, gementar, resah dan menangis....
”Apa perlu aku buat sekarang?”
Tanya Earl dengan muka yang pucat...
”Kau dah berzina dengan awek baru tak?”
Tanya aku pulak dengan selamba...
”Oh, yang ni belum lagi, tapi dia macam tak beberapa suka dengan ”gaya pulang ke pangkal jalan”.
Lantas bermulah cerita My name is Earl.., diaplikasikan kepada My Friends Name is earl…, dan aku pun bagiler nasihat...
Beginilah earl, masih ada sinar harapan untuk kau, masih ada cerita lain tentang seorang penzina di zaman nabi Muhammad SAW, beliau ni adalah pencuri kain kapan, bila ada mayat yang baru di tanam, mamat ni akan gali dan curi kain kapan sebab zaman tu sehelai kain pun berharga terutama untuk orang miskin…
Nak dijadikan cerita, satu hari mamat ni gali kubur dan terjumpalah mayat wanita yang masih muda dan jelita, lalu bila mayat dah di bogelkan untuk ambik kain kapan, mamat ni rasa stim dan syaitan dah cucuk jarum…
Pendek cerita, mamat ni berzina dengan mayat wanita tadi…
Lepas berzina dan inzal, tiba tiba mayat wanita itu bangun dan berkata-kata:
”celakalah kamu yang biarkan aku berjumpa Tuhan dalam keadaan hadath besar”
Lepas berkata begitu, wanita itu jadi mayat balik..
Lelaki itu terus jadi pucat dan takut.. lalu dengan air mata dan tangisan macam orang gila, beliau pergi berjumpa NABI Muhammad SAW untuk mengadu samaada orang macam beliau masih layak masuk shurga atau tidak? Layak dapat keampunan atau tidak?
Abu Bakar RA yang ada disisi Nabi Muhammad SAW dan dengar lelaki itu menangis juga turut menangis..
Dan Nabi cukup marah kat Mamat ni, lalu berkata lebih kurang maksud:
”Celakalah kamu, Allah tidak akan mengampunkan dosa kamu!”
Lelaki itu bila dengar macam tu terus bertempik macam orang gila dan lari ke padang pasir lalu meraung seraung raungnya dan berguling guling meratapi diri sendiri...
Pendek cerita, Turunlah Wahyu dari Allah yang menegur Nabi Muhammad SAW bahawa keampunan dan rahmat Allah adalah Besar, dan akan mengampunkan siapa sahaja asalkan bertubat Nasuha...
Lalu Abu Bakar RA menyampaikan berita gembira ini kepada lelaki itu dan menangislah lelaki itu kegembiraan semenangis-nangisnya sehingga beliau menjadi mayat di situ juga...
Dan Nabi bersaksi bahawa dia telah diampunkan dosanya..., begitulah cerita lebih kurang yang aku dengar dari Buznama 5 tahun yang lepas, jika ada tersilap pada versi ini, tolonglah korang betulkan..., namun apa yang aku nak cerita pada Earl, pintu taubat sentiasa terbuka...
Oleh yang demikan, aku takde kuasa nak sebat kau ke apa, namun begitu, oleh sebab awek baru kau ni tak beberapa suka dengan ugama dan alhamdulillah, kau belum rosakkan dia, kau putuskan sahaja hubungan kau dengan awek baru dan sekarang kau kena jejak balik awek yang dah kau rosakkan dulu, dan kahwin dengan dia... buat macam Earl dalam drama TV tu... . Sekiranya awek tu tak nak maka kau sebenarnya dah lepas satu bab iaitu kau dah usaha dan sudah zahirkan taubat.
Zahirkan taubat?..
Yelah, bila kau dah berzina dan sudah bertaubat tak nak berzina lagi, maka zahirkanlah taubat kau dengan cara mengahwini orang yang kau zinai itu.., itupun jika ada peluang, maknanya jika kau berzina dengan pelacur, taubatlah dengan cara berkahwin dengan pelacur itu..., berzina dengan mayat dan binatang, itu cerita lain..
”Tapi Hamka, aku tak serasi dengan awek lama aku tu, aku lebih serasi dengan awek baru...”
Earl. Anggaplah itu dugaan dalam hidup kau, kau sudah rosakkan dia, maka kau kenalah bertanggung jawab, nanti bila dia kahwin dengan orang lain, dan bila suami dia dapat tahu kelak, dah dua orang yang kau berdosa pulak, itu tak termasuk lagi dosa kau dengan bapak dia, mak dia, atuk dia dan semua ahli keluarga dia...
Dosa kau dengan ALLAH pun belum tahu, akhirat kena sebat ke kena rejam ke, tapi Allah Maha pengampun, insyAllah bila kau dah menangis bertaubat nasuha, Allah akan ampunkan dosa kau, tapi dosa dengan manusia susah sikit...
Pergilah cari dia, ceritakan segala niat murni kau, dan tengok apa keputusan Allah nanti...
Maka Earl, dan aku, pergi menjejak wanita itu...
Dan Alhamdulillah, wanita itu selepas Earl tinggalkan dia, telah berubah menjadi pendiam, dan telah bertudung, telah mengasingkan diri dari nikmat dunia, telah bercinta dengan Allah, dan pasrah dengan Allah akan siapakah lelaki yang akan di takdirkan kelak untuk dia yang rosak ini..
Lalu bila Earl datang dan mempersembahkan niat, maka air mata telah di gugurkan pada dosa dengan selebat-lebatnya dan akhirnya berkahwinlah kelapa yang di tebuk tupai itu dengan tupai yang menebuknya...
Dan sekarang aku dengar mereka sudah bahagia dalam rumah tangga sebab dah ada dua anak, dan earl sekarang sibuk dengan kerja dakwah.., sibuk belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman...
Sesungguhnya, lelaki yang baik, untuk wanita yang baik... (Al Quran)
Earl sekarang sudah berpindah ke Kelantan kalau tak silap aku, dulu beliau tinggal di Hilir Terengganu, dan kami dah lost contact, tapi yang aku masih ingat:
Earl belum bayar hutang aku sebanyak RM100.
Aku percaya, Earl pasti suatu hari nanti akan menjejak aku untuk bayar hutang RM 100 tu,...
Earl, jika kau baca blog ini, aku halalkan hutang RM100 tu jika kau tak mampu bayar dan gagal jumpa aku.
Tapi aku tahu orang macam kau, mesti nak bayar punya.., maka aku ada cerita sikit untuk kau yang nak bayar hutang akan adab adab bayar hutang...
Pada zaman dahulu, ada cerita tiga lelaki yang terperangkap dalam gua kerana lubang gua telah tertutup dengan batu yang besar.. bila nak keluar, mereka selesaikan masalah mereka dengan perantaraan Amal...
Salah sorang dari mereka berdoa..
" Ya Allah, ya Tuhan ku. Sesungguhnya aku telah mengupah beberapa orang pekerja untuk melakukan satu-satu pekerjaan. Aku telah membayar upah kecuali seorang pekerja yang telah meninggalkan tempat itu tanpa mengambil wang upahnya terlebih dahulu. Wang itu telah aku kembangkan sehingga menjadi banyak.
Pada suatu hari dia datang menanyakan tentang wang upahnya itu. Aku jawab: "Semua unta, lembu, kambing dan hamba sahaya yang engkau lihat di depan matamu itulah upahmu yang engkau tinggal kepada ku dulu."
Orang itu menjawab: "Kau mempermainkan aku?"
Aku menjawab: "Tidak. Aku tidak mempermainkan engkau, memang benar itu harta mu. Ambillah semuanya."
Dia pun mengambil semua hartanya tanpa meninggalkan sedikitpun. Wahai Tuhanku, andai kata perbuatanku itu mendapat keredhaan Mu maka lepaskanlah kami dari bencana yang sedang kami hadapi ini."
Lalu batu besar itu pun bergerak sehingga pintu gua terbuka lebar membolehkan ketiga-tiga lelaki itu keluar dengan selamat
Maka Moralnya cerita ini kepada engkau wahai si Earl, duit RM 100 aku tu kau laburlah dalam ASB ke, buat modal bisnes ke, apa ke yang halal, dan kelak bila kau jumpa aku, dan bila aku tuntut balik RM 100, tiba tiba kau bagi aku RM 100 ribu!
Akupun terkejut ler, “ni riba ke apa? Kau mempermainkan aku?"
Tapi kau dengan tenang berkata:
"Tidak Hamka!. Aku tidak mempermainkan engkau, memang benar ini semua harta mu. Ambillah semuanya. Duit RM seratus yang aku nak banyar kat engkau tempoh hari, telah aku telah simpan dalam BSN sijil simpanan Premium, tiba tiba aku menang kerata Waja dalam cabutan bertuah BSN, aku terus jual dan buat modal meniaga spare part kematian seperti batu nisan, keranda dan kain kapan, alhamdulillah semuanya maju sebab hari hari ada orang jadi mayat dan aku mendapat keuntung berjuta juta ringgit dari setiap kematian orang lain, nah sekarang kau ambiklah balik semua harta ini ha ha ha!"
Lalu akupun ambiklah semua harta tanpa meninggalkan sedikitpun...
Tak gitu Earl?
Woha!
Ps: Aku sampai matipun tak akan cerita siapa nama sebenar kawan aku tu, Kita kena jaga maruah orang bukan?..., Tapi jika korang berkeras nak tahu jugak siapa nama kawan aku tu, aku hanya boleh cakap:,
My Friends Name is Earl!
Harap maklum. : )
Jun 12, 2008
Apa itu "kuasa islam"?
Bermula cerita...
Setiap Negara mengistilahkan jumlah pendapatan yang dibandingkan dengan harga keperluan harian dengan istilah "kuasa beli".
Baru-baru ini, "kuasa beli" ini telah menjadi satu senjata ummat islam di beberapa buah negara islam untuk menunjukkan "kuasa islam" terutamanya dalam isu boikot memboikot Negara kafir...
Namun demikian, Apabila minyak naik harga daripada dari RM1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter. Manakala diesel dari RM 1.58 seliter kini dah jadi RM 2.58 seliter, maka "kuasa beli" kita telah menjadi rendah dan aku tak ada pulak nak kata "kuasa islam" jugak rendah...
Cuma, bagi aku.. "kuasa islam" tidak boleh kita sandarkan kepada "kuasa ekonomi" juga tidak kepada "kuasa Nuklear" atau "kuasa-kuasa" yang dimonopoli oleh orang kapir...
"kuasa islam" itu ada pada dua perkara yang kita tak betul-betul gunakan, bunyinya agak klise tapi agama mana ada klise?! jadi kuasa itu adalah.. iaitu.., arghhh.. korang boleh rujuk ustaz untuk tahu apakah dua senjata Ummat islam...
Aku pada mulanya nak tulis bab ni panjang-panjang tapi tiba tiba aku jadi 'penat'...
Apabila aku dah Malas nak tulis bab ni, bab apa yang patut aku tulis?
Baiklah, apabila kita bercerita mengenai minyak naik, aku teringat akan beberapa kenangan pahit manis sewaktu minyak naik 30 sen dulu-dulu, cerita ini berlaku kira kira dua bulan yang lampau… cerita ini ringkas sahaja tapi masih ada kena mengena dengan tajuk entry, insyAllah...
Begini ceritanya…
Dalam satu perjalanan di bumi Malaysia ini, aku berpeluang untuk tumpang kereta seorang member lama aku, dari kerusi kiri depan, aku biarkan tingkap kereta sedikit terbukak lalu rambut berserta janggut kering dan kasarku terbuai rakus di tiup angin percuma ciptaan Tuhan…
Memberku menyatakan hasratnya untuk bukak air cond kereta, aku angguk dan naikkan tingkap secara Auto.., sekali tekan, tingkap terus naik tanpa henti, dah tak betul agaknya wiring power window ni.., kata aku dalam hati..
Suasana menjadi sepi beberapa waktu, sehinggalah member aku bersuara memecah kesunyian memulakan perbualan…
“Apa pendapat kamu, jika aku isi minyak di Shell”
Arghhh!, soalan ni mengingatkan aku pada dua entry yang dah aku tulis sebelum ini, iaitu isu baikot Denmark dan Belanda…
“kereta engkau, lantak engkauler nak isi minyak manapun”
Jawab aku dengan malas…, malas nak bertekak dan berhujjah, akupun banyak yang tak betul…
“kalau aku pergi isi minyak di Shell, kau tak marah?”
Tanya dia lagi, mungkin beliau menyangka aku adalah pemboikot tegar yang akan menyumpah seranah dan bagi fatwa itu ini begitu begini jika beliau isi minyak di Shell…
Kawan, kau tak kenal siapa aku ini, tak salahkan kamu, sebab rumah kamu tak de internet dan aku memang jenis pilih orang untuk bagi alamat blog aku.. kata aku dalam hati.
Akupun berkutbah… (start boring)
****
Kita orang islam dalam sesuatu kes, dilarang menyekat rezeki orang lain…
Ceritanya begini, pada tahun 6 Hijrah, telah berlaku perperangan yang bernama Ghazwa Banu Mustaliq dimana Aisyah RA telah bermusafir bersama Nabi Muhammad SAW.
Dalam perjalanan dan masa rehat, Aisyah telah pergi buang air kecil dan bila patah balik beliau tertinggal rantai leher lalu pergi ambik balik.
Tapi masa tu orang tak tahu Aisyah tiada di ‘haudjah’ (kantung besar tempat Aisyah duduk), dan orang telah angkat ‘haudjah’ kosong lalu pulang ke Madinah…
Bila Aisyah RA kembali dan didapati tiada seorangpun yang tinggal, maka Aisyah tak menangispun, malahan beliau yakin Allah akan jaga dia dan yakin Nabi akan hantar orang untuk cari dia bila Nabi perasan kelak..
Maka sebagai wanita yang beriman dan berjiwa tenang, Aisyah RA pun tidurlah kat padang pasir sorang diri dengan selamba…
Nak di jadikan cerita, seorang sahabat Nabi, Safwan RA telah di tugaskan berjalan di belakang rombongan untuk menjejak musuh atau memungut kalau-kalau ada barang yang tercicir, lalu terjumpalah sahabat ini akan Aisyah isteri Nabi Muhammad SAW yang sedang tidur..
Lalu beliau terus membaca dengan kuat:
“In Na LiLLAh HI WaiNA Ila Hirajiun…!”
Aisyah RA yang terdengar terus bangun dan menutup wajah dengan purdah.., dan tanpa sebarang suara, Safwan RA terus menundukkan unta, Aisyah RA terus naik unta, dan Safwan RA menarik tali unta maka berjalanlah mereka berdua ke Madinah…
Sampai di Madinah, maka Aisyah telah di fitnah berzina dengan Safwan dan antara yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini adalah saudara Aisyah sendiri iaitu Mistah RA.
Mistah sebenarnya adalah anak yatim dan saudara kerabat Abu Bakar RA, dan Mistah adalah orang yang susah hidupnya, dan beliau adalah termasuk orang yang ditanggung sara hidup oleh Abu Bakar RA.
Kerana persitiwa ini memburukkan imej Nabi Muhammad SAW, maka Abu bakar RA telah membaikot Mistah di mana Abu Bakar RA telah menghentikan wang sara yang selalu di berikan kepada Mistah RA.Abu Bakar telah bersumpah tidak akan menyara hidup Mistah RA lagi, akan tetapi..
Allah telah melarang Abu Bakar bertindak demikian dengan turunnya ayat ini:
“Dan jangalah orang-orang yang mempunyai kelebihan(dari segi ugama) dan kelapangan(dari segi dunia) di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni kamu? (jadi, kamupun maafkan mereka yang melakukan kesalahan terhadap kamu) dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Nuur: Ayat 22)
Lantas, Apabila Abu Bakar RA mendengar ayat ini, beliau bukan sahaja menarik balik sumpahnya, malahan beliau telah menaikkan sara hidup Mistah RA yang mengfitnah isteri Nabi kepada DUA KALI GANDA…
Ini adalah satu mujahadah untuk Abu Bakar RA yang faham ugama, yang diperintah membantu orang yang telah mengfitnah anaknya, bahkan dia kali ganda lebih dari itu..
Kita tak faham perasaan sahabat, dan kita tak faham peranan kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW…
Dalam isu kau nak isi minyak di Shell….
******
Tiba tiba kawan aku mintak stop khutbah kejap, yang mana setelah beliau mendegar khutbah aku yang tergantung dan tak sempat habis itu, kawan aku terus berhenti di Shell untuk mengisi minyak V power, tak lama kemudian setelah berurusan di kaunter Shell, beliau kembali ke kereta bersama satu bungkusan..
Setelah minyak V power di isi dan sebaik kereta bergerak, kawan aku dengan selamba berkata-kata, yang buat aku tak jadi nak sambung khutbah…
“aku sedang kumpul koleksi model Ferrari dengan bunyi enjin dinamik, aku nak cukupkan koleksi, akhirnya dah cukup koleksi aku”
Aku terus menyumpah!
Hampeh!!!!
End!
******
Ps: Cerita ini berlaku di zaman kamu tak sempat bersyukur minyak naik 30 sen sahaja…, Wallahu’lam.
*****
Nota: Sehari sebelum minyak naik harga 78 sen, kelihatan ramai kaki baikot Belanda (kawan-kawan aku) pakat-pakat isi minyak di Stesen Petrol Shell, dah habis tempoh menunjukkan 'kuasa islam' ke bang?, atau memang 'kuasa islam' itu kita tak ada?... oh!
Jun 10, 2008
Sajak untuk KAMU ?
(Monolog seram-seram kuku)
Tajuk: ANTARA AKU DAN DIA ADA KAMU…
‘Kamu’…
Aku tak kenal siapa kamu,
Tapi bila aku berjumpa kamu,
Aku rasa aku macam ada hubungan dengan kamu..
Dan entah mengapa?, hatiku berdebar debar di sepanjang aku melihat kamu..
‘Kamu’…
Segalanya bermula pada satu petang yang damai,
Ketika senja bangkit memerahkan langit biru, lalu warna kuning keemasan menyulubungi jalan jalan…
Aku yang sedang memandu sambil menyanyi dalam kereta…
Tiba tiba terkejut manusia akibat melihat seorang lelaki berdiri di tepi jalan, dengan pakaian yang kemas, sedang tangan lurus ke depan, jari terbuka dan melambai lambai…
Lelaki itu adalah driver kamu…
Aku terus tutup radio yang turut menyanyi lagu yang sama dengan aku tadi, aku bagi signal kiri untuk berhenti dan aku berhenti…
Belum sempat aku bertanya akan WH question pada driver kamu, terus driver kamu menyatakan masalah kamu…
‘Kamu’…
Tayar kereta kamu pancit
Kamu nak tukar tayar, tapi kamu tiada accessory yang berkaitan ler pulak…
‘Kamu’…
Ketahuilah, aku yang selaku sedang belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman, terus menolong driver kamu menukar tayar kereta kamu yang pancit itu, tapi kamu yang duduk di dalam kereta tak turunpun, dan aku tak kisah, kerana aku menolong kamu dengan ikhlas…
‘Kamu’…
Namun begitu, ketika aku sedang ketatkan empat skru tayar ganti yang baru pada kereta kamu itu, aku sebenarnya banyak terfikir tentang kamu, dan banyak soalan ingin diajukan kepada kamu.., seperti:
- Siapakah artis yang paling diminati kamu?
- Siapakah yang kamu rasa paling sesuai untuk jadi pengetua AF musim ke tujuh?
- Kamu Pernah lemas sungai tak?
- Kamu Ada alahan tak terhadap makanan yang naik harga?
- Apa pendapat kamu tentang kenaikkan harga minyak?
- Bagaimanakah apungan ringgit dapat membantu ekonomi kamu?
- Apa pendapat kamu terhadap Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang yang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri?
- Sejauh mana kamu faham tentang kontrak sosial?
- Kamu ada baca blog keretamayat tak?(soalan bonus)
- Dan sebagainya….
‘Kamu’..
Walau bagaimanapun, soalan-soalan dari aku itu tak perlulah kamu jawab, dan tak perlulah driver kamu tolong jawabkan..
Kerana kamu nak cepat dan setelah aku bersalam dengan driver kamu, maka kamupun berlalu…
Lalu aku dan kamu terpisah, dan entah bila aku dan kamu akan berjumpa lagi?
Dan aku ulang lagi sekali wahai kamu.., akan soalan soalan dari aku itu. tak perlulah kamu jawab, tak perlu, langsung tak perlu…
Sebab kamu sebenarnya ada soalan lain yang lebih besar menanti kerana pada ketika kereta kamu berlalu, aku sempat membaca tulisan di badan keretamu..,
Dalam keadaan merangkak, err, maksud aku membaca tulisan itu dalam keadaan ‘merangkak’.., maklumlah.. tulisan jawi…
“(Kaf)ke-n(Nun)-de(Da)-ra(Ro)-an(alif)…..(Jim)je-(Nun)na-(Zai)zah(Ha)”
“Kenderaan Jenazah a.k.a Kereta mayat!”
Dan kereta kamu terus berlalu menuju kubur…
‘Kamu’,
Selamat menjawab soalan dari Tuhan…
SEKIAN.
* * * * *
Ps :
Assalamulaikum para pembaca blog keretamayat sekalian..
Baiklah, pagi yang gelap kini makin cerah, dan setelah hampir sebulan tak update blog, aku mulakan semangat menulis dengan sebuah monolog seram seperti di atas, amacam? seram tak monolog itu? Sebab ‘kamu’ adalah watak untuk ‘kamu’ dalam sajak itu…
Apa-apapun, terima kasihler kat korang yang rindu dan tak henti henti menghujankan email pada aku suruh up date, suruh top up blog.., hish.. macam celebritylah pulak…
Pembaca yang bersangka baik, anggap aku pergi umrah, hmmm baguslah…
Pembaca yang bersangka buruk pulak, anggap aku pergi ikut ‘ajaran sesat’ dan biarkan anak bini menderita kelaparan…
Lantak korangler.., aku dah cakap dulu, aku tak akan jawab kemana aku pergi dan kenapa aku pergi… “Lu Pikir lah Sendiri”!!!
Baiklah, Aku dah baca semua email dan semua komen korang, dan seperti biasa, aku akan jawab secara beransur ansur, atau secara rungcit dan nak lagi senang aku jawab secara borong…, tengokler nanti,., insyAllah.., bagi aku masa, Ok? : )
Wasallam…
Jun 6, 2008
Mintak maaf lagi?
Assalamulaikum...
Aku masih tidak dapat luangkan masa untuk menulis...
sory sangat-sangat...
terima kasih atas semua email dan komen, aku dah baca separuh dan akan reply mana yang patut minggu depan...
insyAllah, aku akan start update blog ini pada hari selasa depan.
10 Jun 2008
InsyAllah.
: )
(itupun, andai aku tak jadi mayat)
Jumpa lagi!
ps: i love you all