Mar 26, 2014

Bagaimana menjadi Penulis?

(Nak jadi penulis blog atau buku? Aku rasa aku layak bagi nasihat sebab aku ada blog dan FB yang ribu ribu follower, dan sudah keluarkan beberapa bijik buku dipasaran dan antaranya sudah diulang cetak, entry ini mungkin agak berlagak dan ‘deep’, adohai..)
Boleh tahan tebal!
Nasihat aku, setiap orang yang nak jadi penulis, wajib kena ada buku catatan yang di tulis sendiri tentang nota kehidupan yang ‘make sense’, perlu di ingat, nota kehidupan adalah tidak sama dengan diari. Diari di tulis tanpa isi ilmiah dan lebih kepada peristiwa syok sendiri dengan niat merakam peristiwa sedangkan nota kehidupan adalah fakta dan bahan berilmiah atau peristiwa bersifat ‘sharing and someone can learn from history’.

Aku dari zaman remaja lagi sudah ada menulis nota secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting seperti  Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, petikan kata kata hikmat buku tertentu, idea idea bab berniaga, idea idea untuk dijadikan skrip komik, atau filem dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang usia muda.

Dalam nota itu jugak, aku menulis balik kefahaman dari buku  yang aku baca atau dari filem yang aku tonton dengan menggunakan pendekatan bahasa yang aku rasa lebih sesuai, akhirnya buku itu dah jadi macam ‘kitab’ bagi aku untuk rujuk balik bila rasa down atau lost.

Lebih kelakar, ada kawan kawan yang fotostat buku aku tu sebab kata mereka, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat tinggi nilai kemanusian dari segi akedemik dan falsafah!. Mereka juga akan rujuk kitab aku bila rasa down atau lost!,

Woha!, ini satu penghormatan pada buku nota kehidupan aku, walau aku rasa tindakan kawan kawan aku itu agak pelik.

Dipendekkan cerita, bila masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, aku tokok tambah dengan ilmu baru kerana hidup sudah  lebih berpengalaman(kononnya), dan setiap entry aku cuba masukkan drama dan punch line agar lebih dramatic, dan bila pembaca serta kawan kawan baru merasa pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh update setiap minggu  akan blog keretamayat dengan bahan ‘rare’ yang lain dari yang lain, (rujuk entry dari tahun 2006)lalu bertanya; dari mana datang idea?

Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk kolej, keluar university, masuk penggung wayang keluar konsert, ada yang koyak serta bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke mana..

Namun, Alhamdulillah, sejak zaman internet, masalah buku koyak sudah berakhir, dengan istiqamah update blog setiap minggu sekurangnya satu entry, dan di tulis kembali dengan niat sebagai himpunan nota peribadi kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap hari ada orang baca (and counting) dan ada yang berterima kasih secara personal dan ada yang mengaku hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku,

(Alhamdulillah, Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina)

Kesimpulannya, jika nak menulis, tulislah dengan ikhlas, tulis dalam buku cacatan atau blog sebagai rujukan diri, dan jika ada orang mahu fotostat, mahu copy/pate, itu adalah satu kehormatan...

Membaca itu bagus, tapi lebih bagus menulis balik apa yang di baca dengan kefahaman yang sesuai, sama jugak dengan mendengar ceramah, itu bagus, tapi lebih bagus jika kita menyampaikan pula dengan kefahaman yang sesuai dalam bentuk penulisan.
Novel Kisah Laki Bini, he he
Nasihat aku, jangan tunggu sudah tua, sudah pencen, baru korang nak menulis tentang nota kehidupan, tulislah bila bila masa terluang, dan sesungguhnya aku sangat berasa seronok bila menulis dan bila sudah seronok menulis, macam kaki pancing seronok memancing, apa lagi nak dikata?

Jika kaki pancing seronok waktu bergambar dengan ikan, bagi penulis pula, waktu paling seronok dalam bab menulis, bila aku pergi kedai buku, dan buat pertama kali aku tengok buku aku tersusun di rak buku, bila aku pegang, aku rasa macam mat gian pegang dadah, (padahal aku tak pernah hisap dadah, hanya pengkayaan Bahasa, he he). Lalu aku letak buku itu, dan tengok ada awek cun bertudung datang pegang buku aku, belek, dan beli, aku rasa sedikit air mata menitis pada hari itu. Cheh, sentimentallah pulak, he he.
Dah Habis terjual
Jadi, balik kepada tajuk, akan bagaimana nak jadi penulis buku:

Senang sahaja, mula mula korang buat nota kehidupan, kemudian tulis dalam blog atau FB, jika nota kehidupan korang bagus dan bermutu serta bermanfaat, maka korang akan dapat ramai follower, yang mana bila follower dah cecah puluh ribu, maka penerbit buku sendiri akan datang tawar untuk jadikan blog korang sebagai buku. Simple!

Note: (aku mula menulis nota waktu remaja tahun 1993, dan mula menulis blog pada tahun 2006, dan buku pertama pada tahun 2012, buku kedua pada tahun 2013, dan buku ke tiga pada tahun ini)

Mendapat follower ribu ribu ini bukan ambik masa seminggu atau sebulan, tapi bertahun tahun, namun waktu aku menulis dulu, aku bukan niat nak ramaikan follower, tapi aku tulis dengan ikhlas sebagai nota kepada diri, malahan, jika aku tak ada idea, aku tak paksa tulis sebab nanti kualiti akan teruk, so ada juga sebulan satu entry, tapi yang penting tulis dengan ikhlas. Aku tak tahu macam mana nak terang bab menulis dengan ikhlas ini..
Kamar Sutera: Kisah Laki Bini dari mula kahwin sehingga beranak.

Nasihat aku kepada korang yang nak jadi penulis, tolong ingat 4 baris ayat ini baik baik:
  1. Penulis yang pandai adalah mereka yang menulis tentang idea(bernas sahaja) atau ilmu(make sense) atau menulis tentang mati(ilmu agama).
  2. Penulis yang biasa adalah mereka yang menulis tentang peristiwa. 
  3. Penulis yang bodoh adalah mereka yang menulis  tentang orang lain.
  4. Penulis yang paling bodoh adalah mereka yang menulis tentang diri sendiri...

Errr, sebelum korang merajuk atau mengamuk bila dengar ayat berbunyi “bodoh”,

Penulis yang bodoh adalah mereka yang menulis  tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.., tak payah nak melenting, itu maksud aku, Manakala maksud, “Penulis yang paling bodoh adalah mereka yang menulis tentang diri sendiri...”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, mengumpat berdosa dan memuji diri masuk neraka sebab riak, itu maksud aku, nak kena explain ke?

Tapi jika korang tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka korang dah up jadi bijak, atau korang just cerita kisah korang dan peristiwa, maka korang jadi penulis yang biasa sahaja.., dan andai korang cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, korang akan jadi bijak jugak, tapi jika korang cerita hanya peristiwa orang lain, korang jadi biasa balik..
Permata Yang Hilang Kini DiJumpai:-Kisah sebelum kahwin dan kisah selepas beranak pinak
Tapi jika korang cerita pasal diri sendiri yang ada punch line, kira bijak jugak sebab lawak termasuk dalam ‘ilmu’ yang boleh dikongsi, Maka janganlah perasan bodoh bila aku lebel bodoh, nak menulis ni kena ada common sense yang tinggi dan bullshit detector yang tajam. Jangan jadi slow ok…, sila rujuk kisah laki bini yang aku tulis tentang diri sendiri tapi ada level pandai, biasa dan genius, he he.

Penting jugak bila nak menulis, tolong jangan tulis benda yang beribu ribu orang lain dah tulis, ramai penulis tak faham ni, contoh bila kerajaan buat salah, dah tentu ramai yang kritik, maka aku tak perlu lagi repeat benda yang dah ramai orang tulis, tapi dalam bab kesilapan pembakang, tak ramai yang kritik secara berilmiah, lalu bila aku kritik, terus penulis bodoh yang lain cakap aku macai umno, apa punya bangang tak tahulah! Adohai..

Jadi perlu sebelum menulis, pastikan tulisan korang belum ada yang tulis, dan andai kata dah ada, korang kena tulis dengan gaya atau tamsilan yang berbeza. Apa gunanya membaca tulisan yang sama jer dengan penulis lain, buang masa ni kerja orang bodoh, so make sure menulis perkara yang belum orang tulis, atau ditulis semula dengan olahan Bahasa yang lebih baik. Macam filem remake, banyak kesilapan penulis skrip dan pengarah bila copy paste jer dalam buat remake, buang masa betul, atau jika diubah jalan cerita pulak, jadi lebih bosan nak mampos! Adohai..,

Untuk menulis sesuatu yang baru, korang bukan boleh hentam kromo, korang kena ada buat kajian dan bullshit detector yang baik, Contoh waktu orang tanya aku isu video arrivals, memang aku tak setuju, lalu bila aku nak tulis aku survey internet dulu, dan takde sorangpun  blogger melayu yang bangkang (setakat yang aku search waktu tu), semua pakat percaya video tu bulat bulat siap share dan promote, maka akupun tulis dengan fact bangkang video tu sebab teori konspirasi ni buang masa dan mengarut, komen negative dan positif melambung aku dapat, dan lepas tu aku tengok dah mula ada blogger yang berani kritik teori konspirasi. Sekarang keadaan kembali stabil dan ramai sudah penulis mula menjadi bijak dalam menganalisa fakta sebelum mengkiritik.
Makan Dalam: Gabungan beberapa penulis, disini aku cerita kisah islam dan politik

Dari situ aku belajar akan kelemahan paling ketara dalam penulisan adalah apabila menulis tanpa fakta, alangkah celakanya bila korang menulis guna sentiment dan emosi semata-mata. Sesungguhnya menulis ni kena ikut adab yang paling utama iaitu berdasarkan fakta, contoh bab manusia ke bulan, ada yang bukan pakar angkasa tapi tulis teori komspirasi manusia ke bulan dengan hujah yang sungguh celaka, siap rujuk laman web sampah apa kejadah!

Paling penting dalam menilai fakta adalah bab agama, nak tulis pastikan ada sumber, jangan tiru Hamka Keretamayat yang guna sumber BUZNAMA , aku akui tak boleh guna sumber Buznama tapi jika guna common sense, BUZNAMA yang aku maksudkan adalah, (jika korang rajin, pasti dapat jawapan, aku akui malas nak cari sebab dah tak sabar nak post dalam nota rujukan diri sendiri) dan aku pastikan BUZNAMA punya sumber ni, tak makan 10 paratus rujukan dalam setiap entry, 90 paratus lagi, aku quote sumber dari Al Quran dan hadis. Sila check jika tak percaya. (aku azam, akan mengurangkan seminina yang boleh akan suber buznama ni sedaya upada dalam entry yang mendatang, insyaAllah)

Okey tambah lagi satu nasihat kepada penulis diluar sana, jangan menulis dengan gaya Bahasa yang  bosan kecuali korang dah jadi tokoh atau artis, contoh macam buku Dr Mahadhir, tak apa beliau nak tulis dengan gaya mendatar dan bosan bosan sebab beliau seorang tokoh, aku dan orang ramai akan baca jugak, tapi korang yang belum jadi tokoh, kenalah tulis dengan gaya yang unik, lain dari yang lain, baru aku dan pembaca yang lain tak bosan baca penulisan korang.

Tapi jangan cuba tiru keunikan penulisan orang lain, macam Jacky Chan bila Bruce lee terkenal di dunia filem kungfu menjerit “woooooo” waktu bertarung, semua pelakon kungfu lain nak menjerit “wooooo”, tapi Jacky Chan cakap, “I never wanted to be the next Bruce Lee. I just wanted to be the first Jackie Chan” dan beliau akhirnya Berjaya dengan gaya unik yang tersendiri. Nampak?!

So, nak jadi penulis, jadilah diri sendiri yang mana sekiranya ada yang mendapat manfaat dari tulisan korang, seronok membaca, malahan menunggu nunggu korang menulis, maka dah ada bibit bibit kejayaan seorang penulis di situ.

Tapi jangan jadi perasan unik pulak, bagi yang tak tahu,  Perasan Unik adalah ditujukan kepada mereka yang otaknya slow, lalu cuba menjadi lain daripada yang lain, tapi akhirnya menyusahkan orang...
Tulis bahasa inglish tapi ada banyak z : “Finazlly! I've beenz waitinz 4 some1 to condemned diz "trash". Waa...looz at diz. U kow? We R so stupid coz wez juz zzzzzzz, I likes yos blozz soz muzz..

Aduhai, tolonglah jangan susahkan aku yang dah tua ni, aku tahu ada mat saleh yang tulis macam ni dalam blog mereka, ‘I wuz ere’ atau apa-apa, tapi itu mat saleh bangang!, benda yang bangang tak payah nak ikut, nyusahkan orang jer, tolonglah jangan ikut mereka dalam perkara kebodohan, niz yangz akuz nakz marah gilezz ni, akuzz lemapngzz teruz z, fuz u!

Perasan unik juga kepada penulis yang menulis dengan gaya tulisan terlalu singkat..  “ cik km, knp x u/d bg lg? I u/d hari2 x de pun?tlg u/d, sbb i sk sgt u pya blg bl bl bl..”

Aduh.., maaf jika ada yang terasa, blog aku bukan sms, email akupun bukan sms, tolonglah tulis elok elok, korang nak tulis bab ugama, tapi aku tak paham apa korang tulis, lalu bila aku tak layan, korang email pulak..  “cik km, sy dh mail tny soklan, knp x jwb lg? Sy sdg ssh, tlg sy bl blb bl..

Korang perasan tak? Aku mana ada tulis short cut dalam blog aku, memang aku akui waktu mula tulis blog dulu, aku ada tulis ringkas-ayat, seperti ‘yg’ untuk ‘yang’.., sebab waktu tu aku tulis nota kepada diri sendiri.., tapi bila aku tahu ramai orang baca blog aku, aku dah tak tulis ‘yg’ lagi untuk yang.., sebab aku tak nak menyusahkan orang, jadi jika korang nak jadi bijak, bila berurusan dengan orang, tulis elok elok, jangan tulis macam ni:

“emm stlh aku bc bog en hamka ni psl ni,mmg peras trgaggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...”

Tolong, jangan perasan unik, tak unikpun bila menyusahkan orang.., itu belum lagi tulisan yang sekejap kecik sekejap besar, atau Allah di tulis dalam bentuk huruf, 4LL1, atau ada muzik kat blog yang buat aku kelam kabut cari volume nak tutup, atau blog yang sekejap sekejap tukar wana background dan template, lepas tu tanya suka tak lay out baru? Apa ke jadah?

Orang tak membaca tulisan korang sebab warna background atau corak template, tapi sebab ISI! Kandungan penulisanlah yang menentukan tulisan korang, best, tak best, bodoh atau bangang! Mengerti?

Sekarang sudah tahun 2014, ada berjuta blog diluar sana, maka janganlah korang membuat blog dengan menulis blog yang bosan nak mampos! Adohai..

Walaubagaimanapun, sebelum korang mengamok, ada jugak akan kebaikkan seseorang apabila menulis walaupun mungkin bosan nak mampos, iaitu:

Seadainya apa yang korang tulis itu salah, maka orang akan tahu korang salah dan terbukalah peluang untuk orang menegur dan korang akan terbaiki insyaAllah, maka janganlah takut salah dalam menulis, kerana jika korang takut nak menulis kerana takut salah, maka tiada seorangpun yang tahu korang punya salah dan berbuatlah korang akan salah itu sampai mampos!

So, jangan takut nak menulis, jika tulisan korang bosan, akan ada yang tegur, jika tulisan korang yang salah, akan ada yang maki, so kita boleh improve, dan seandainya betul, maka orang akan orang akan mendapat manfaat walaupun korang dah lama jadi mayat, itulah kuasa menulis ilmu yang bermanfaat.

Akhir kata:

Masih segar dalam ingatan, waktu aku masih remaja, waktu aku down dan lost, ketika aku sangat sedih setelah mengetahui hakikat kehidupan bahawa dunia ini tidak seindah yang aku sangkakan, lantas aku dapat ilham memujuk diri dengan menulis satu falsafah dalam buku catatan yang berbunyi:

“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Tidak aku sangka, falsafah yang di tulis dengan penuh kesedihan bersama air mata di waktu remaja itu akhirnya di tulis dalam blog keretamayat, Facebook keretamayat, dan paling best: tercetak dalam buku Permata yang Hilang dan Kamar Sutera lalu di baca oleh ribuan orang, semoga ilmu yang bermanfaat akan terus aku nikmati walaupun mayat aku sudah hancur di mamah bumi..

Rupa-rupanya, tindakan kawan kawan aku fotostat buku nota kehidupan aku satu ketika dulu itu adalah benar.

Woha!

Ps: Selamat menulis nota kehidupan dengan niat yang paling ikhlas..
Permata Yang Hilang cover Baru sudah ada dipasaran
Rujukan:

Mar 21, 2014

Ini sangat deep dong! Doa apa kamu?

(...dan sempena Kamar Sutera ke Jakarta, diambil sedikit dari tulisan sdr Hamka dalam blognya kereta mayat dan dirubah ke bahasa Indonesia dengan tanpa mengubah isi maupun materi. Mudah2an membawa hikmah walau dirubah sedikit demi khalayak dan saya yang berbahasa Indonesia, namun tanpa mengurangi makna sebenarnya)

APA YANG KITA DOA DAN USAHAKAN?

Kasihan umat islam sekarang..berdoa ntah apa apa! (termasuk aku kadang2)

Ada yg minta panjang umur…Aku sarankan lebih baik kau minta jadi kura2 bisa hidup sampai 200 tahun!

Ada yg minta ingin bisa makan banyak….aku kata, engkau minta saja dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 ton seharí kau tahu?

Ada pula yg minta rumah besar…he he hekau duduklah dalam kebun binatang, rumah besar, makan free, tiap hari org datang ‘ziarah’.

Nampaknya manusia tak sadar yg mereka ini ingin jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak usahlah berpayah membaca tulisan ini…aku bukan ustaz, memang engkau boleh debat apa yg aku omongkan ini..

Ada pula yg inginkan poligami, tak salah..dalam islam paling banyakpun 4 saja…kalau mau betul2 poligami minta saja dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !

Yang ini lain cerita pula, belajar agama supaya bisa terbang macam guru dia, aku sarankan minta saja dengan Allah jadi burung …ada pula yg ingin jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air seperti laba2!...ada pula yg doa supaya bisa menyelam lama2, aku berkata: lebih baik….argh tak usahlah disebut engkau semua sudah tahu binatang apa yang hidup dalam air…

Tapi semua yg di atas itu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyat, aku ingin cerita hari ini…org yg doa supaya Allah turunkan Bala dekat org kafir, doa LAKNATkan org kafir..mereka sudah lah mati masuk neraka, engkau pula doa seperti itu…kasihan..kasihan…

Kalau engkau ingin tahu kapan Nabi Nuh a.s minta Allah turunkan bala?Setelah 950 tahun berda'wah…,engkau yang doa bala2 nih sudah berapa lama da'wah terhadap org kafir tu?Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh a.s tanya bagaimana bisa buat kapal, pohon kayu tak ada? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pula Allah beri peluang kepada org kafir ini untuk taubat...engkau pikir2kanlah…

Nabi Yunus a.s pula,bila dia doa bala?Allah perintahkan buat da'wah lagi 40 hari , baru setelah hari yg ke 40 Allah turunkan bala…pendek cerita hari ke 39 nabi Yunus sudah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan,dilemparkan ke laut yg hitam pada malam yg gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan (ikan makan ikan)…

pendek cerita lagi…sesudah ikan itu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari, Allah perintahkan pula Nabi Yunus a.s buat tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi Yunus mempersiapkan tempayan itu , maklumlah Allah perintahkan..saat sudah siap, bukan main cantik dan besar tempayan itu…

Setelah itu tu Allah perintahkan Nabi Yunus pecahkan tempayan itu!

Terkejut Nabi Yunus as…Allah buat perumpamaan lebih kurang..adakah aku ciptakan org kafir itu untuk dibinasakan?…

Jadi semua…

Adakah engkau ingat Allah ciptakan org kafir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka?

Org kafir duduk neraka tingkat ke-3, org yg berpura2 islam duduk neraka bawah sekali! (naudzubillah)
Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kafir mati semua org islam berdosa tau! Nabi bila ada mayat yahudi ‘lewat’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat heran..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...

INGATLAH doa org yang teraniaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kafir….
sekarang siapa yg teraniaya:kita org islam kah atau mereka org kafir?
mereka org bukan islam telah di zalimi oleh org islam karena tak menyampaikan da'wah kepada mereka…sebab tu bila org islam perang dengan org kafir-org kafir menang-sebab mereka telah di zalimi-org islam tak da'wah mereka…

Zaman ini amat banyak org pergi hají dan jumlah org islam lebih berlipat ganda dari jumlah org islam zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, dll. Tapi bila perang Amerika-iraq, Amerika-afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia,..kemana pergi 1000 malaikat yg menolong sahabat dalam perang badar?

Mengapa Allah tak menolong org islam? Ingat dalam sejarah islam kemenangan hanya apabila Allah membantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak da'wah pada org kafir selama 13 tahun di mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita ingin berperang dengan orang kafir, sudah berapa lama berda'wah kepada mereka..satu jam? Semenit?menangislah kawan..

Nabi s.a.w pesan dengan Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat da'wah 3 hari dulu, kalau mereka tak mau, suruh mereka bayar “jizyah”..kalau tak mau juga ,HA! Baru serang!!!

Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berda'wah dengan lemah lembut (hikmah) pada firaun…


Ini sangat deep dong!, sila take note.

Iklan:


Ps: (KAMAR SUTERA (kisah laki bini) kini ada di INDONESIA. Bersempena acara Festival Sastera Asia TenggaraJumpa Terfaktab (Publisher's Corner), di ASEAN Literary Festival Taman Ismail Marzuki. JAKARTA ( bermula hari ini sehingga 24hb) 

Mar 16, 2014

MH370 satu konspirasi?

(Dari mesej FB: Abang Hamka, saya dah tahu siapa yang bertanggung jawab dalam kehilangan kapal terbang MAS)


Abang Hamka nampak tak?, inilah buktinya CIA yang bertanggungjawab.

****************
Hamka said:

Dik, setakat nak buat teori konspirasi, semua orang bodoh boleh buat, aku dah cakap lama dah, orang yang reka teori konspirasi penipu, dan orang yang percaya adalah bangang! Dalam islam, kita kena bawa bukti yang jelas, bukan guna sentimen, atau angka, atau logo atau lirik lagu sebagai bukti, jika orang kapir di amerika bodoh macam korang, mereka boleh kaitkan aku sebagai pengganas pulak sebab:

MH 370 =

M = Muhammad
H = Hamka

37 = umur aku tahun ni.

0 = (masih belum ada idea, tapi apapun maksud kosong ni di tafsirkan, akan ada yang bodoh bangang sanggup percaya, Adohai..)


Ps: Otak yang ada tu lebih baik fikir makna makna dalam Al quran dan kaitkan dengan diri sendri yang banyak dosa atau cari jalan penyelesaian kepada ummat islam yang lemah kerana tidak bersatu. Itu yang terbaik. I rest my case.

Update: Baca link ini dan mulakan hidup baru:


Mar 10, 2014

Kapal terbang dan Konspirasi? Adohai..

(Aku harap ini kali terakhir aku bercerita kisah yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim dalam blog keretamayat...)

Pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika terbukti anakku Fatimah mencuri, aku sendiri akan potong tangannya”

Jadi, Jika terbukti ada orang meliwat, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum..,

Sama jugak, Jika terbukti ada orang bunuh model dan letupkan, atau berzina dengan artis, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, MB ke, Adun ke, Bapa transformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum....

Nasihat aku, bila kekasih kita di fitnah, tak payahlah nak mengamok, tak payahlah nak tulis teori konspirasi yang bodoh bangan di internet, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, juga dalam masa yang sama cari bukti sebelum buat keputusan, atau sebelum nak tulis apa apa, adohai..

Akhir kata, bersabarlah, bertaubat dan bertawajjuh, (sambil cari bukti yang korang tak bersalah), jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

Sekian.

Update: Beberapa hari kemudian, orang ramai yang tidak boleh menerima kenyataan di atas, mulai mengamok, sentimen, dan membuat teori konspirasi bodoh bangang di internet, Adohai..

(sumber gambar: Ahmad Kamal Abu Bakar Facebook)












Baca komen yang last ni, sejuk sikit hati aku, Alhamdulillah., Tahniah Kamarul Azman!


Mar 1, 2014

Sofa oh Sofa?

(Kisah Laki Bini versi Rare)

Part 1

Pada suatu hari, ketika aku sedang drive kereta sambil on radio, tapi dilanda kebosanan kerana channel pilihan sedang kempen produk ntah apa apa, aku tukar sinar FM, iklan jugak, aku masuk Suria FM, iklan jugak, aku try Hot FM, pun iklan, Era FM pun sama, last aku bukak IKIM, pun iklan, adohai, semua iklan serentak.., aku nak dengar lagu, bukan iklan!

Aku terus off radio dan dengar bini bercakap..

“abang, saya dengar ada jualan perabot murah besar besaran, sofapun murah bang!”

Arhh! Iklan jugak!!

Part 2



“abang tengok cerita apa tu dekat internet?”

“The walking dead, jom layan sekali..”

“eh bang, cuba undur balik babak dalam rumah tadi”

“Yang mana?”

“undur sikit lagi”

(akupun gerakkan mouse undur babak pada screen computer)

“kenapa, apa yang menarik pada babak ni?”

“cantik sofa dia bang!”

Ps: ini yang aku malas ajak bini tengok Drama ni, tengok cerita zombie pun nampak sofa, adohai.

Part 3


Selepas menonton filem ROBOCOP 2014. Maka laki bini pun buat ulasan filem secara ringkas.

Laki kata:

“oklah, ada babak hero balik rumah dalam keadaan badan separuh manusia separuh mesin, jumpa anak bini, walaupun tanpa banyak dialog, dengan hasil lakonan mantap, terasa babak kekok, syukur dan asing bagi keluarga tersebut sangat menjadi dalam lokasi ruang tamu tu. Pendek kata ok jugaklah cerita Robocop 2014 bila digambarkan masalah kerjaya dan rumahtangga.

Bini kata:

“babak waktu hero balik rumah dalam keadaan badan separuh manusia separuh mesin, jumpa anak bini, tu memang saya suka sangat, dengan hiasan dalaman batu koral (pebbles) yang di hias sebagai dekorasi indoor yang mesra alam dan sfesifik, eksotik dengan tekstur dan warna-warna cantik, gabungan klasik dan future beserta konsep feature wall yang berwarna warni. Sofa dengan fabric lembut warna gelap yang di sulam indah, ada Wall Paper bercorak penuh floral yang buat si pemandang akan rasa nyaman, langsir yang bercirikan night curtain cukup untuk memancarkan cahaya romantik dan sedap mata memandang.

Pendek kata memang ‘best’lah filem Robocop 2014 ni! Woha!


Part 4


Bro hamka tengok tak’ The Man From Nowhere’ di slot Saranghae pada 9 Februari lalu jam 10 malam?

“tengok”

Best tak cerita tu?

“Tak best”

Eh? Kenapa pulak, teknik bergaduh dalam filem itu over the top, kalah Tony jaa atau jet li, kisah jiran bekas askar dan anak pelacur yang kena culik sangat menyentuh hati, filem tu rotten tomatoes bagi 100%, imdb bagi 7.9/10, malahan filem tu dapat banyak anugerah, dengar cerita Holywood nak buat remake tak lama lagi, kenapa Bro cakap filem tu tak best?

“sebab banyak adegan ada sofa..”

Hampeh!

Part 5

Kepada laki bini yang menonton filem dengan anak anak, kadang kadang akan ada babak lucah atau ganas yang tak sesuai membuatkan anak anak terpengaruh,

So, macam mana nak atasi masalah ini?

Nasihat aku, sebelum pilih sesebuah filem maka silalah rujuk indicator tahap lucah di web imdb, klik dekat “Parents Guide”

Contohnya filem Titanic (1997).

Bila korang klik Parents Guide, maka dia akan bagitahu tahap lucah filem tersebut:

Copy paste:

Imdb: Parents Guide: Titanic film: Sex & Nudity indicator 6/10

"A 17 year old girl asks a young man to draw her nude. She wears a sheer robe that shows her *****. She then drops her robe, revealing most of her breasts, her **** and her bare buttocks. As she lies down on a couch and her breasts can be seen. Nudity can be seen for about 20 seconds. Nudity can be seen on the drawing in many shots as well."

End Copy paste.

Dari indicator ini, maka ibu bapa dapat kawal kelucahan filem pilihan anak anak tanpa perlu korang tengok dulu filem tersebut.

So, lepas ni, jika anak anak korang terbeli DVD ke apa, korang boleh rujuk terus imdb.com bahagian “Parents Guide”.

Walau bagaimanapun web ini masih ada kelemahan, sebab takde pulak indicator untuk SOFA.

Woha!

Part 6


Kelebihan orang kidal, boleh buat kerja sekolah sambil makan nasik.

Ps: Err, Abaikan gambar 'sofa' kat belakang tu, he he..

Part 7


Akhirnya, bila royalti jual buku dah masuk, maka biarlah gambar berbicara..., siapa tak sayang bini oiii.



Ps: lepas ni, tengok drama ke atau movie dengan bini, nak tengok drama purba sajer ler nampaknya, Adohai..