Jun 29, 2010

Siapa yang bakal menang?

(Aku bukanlah pengulas sukan yang baik…, dan ini adalah ulasan ringkas dari aku sempena piala dunia 2010..)

Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam pakat pakat tidur awal dan bangun awal pula di pagi hari untuk solat tahajjud, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah jauh-jauh tinggal anak bini.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...

Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerinatah ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa ganguan.., bayangkan..

Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa ganguan, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..

Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirlan tuhan, korang ikut berdakwah dengan jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku ma cam ikan dalam peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu...

Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...

1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (maaf jika fakta sains aku tak tapat, moral: jangan ponteng kelas sains)

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun tu, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana ugama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjaman islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan islam hadharipun ada..,

Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?

Mana pergi rakyat malaysia yang berugama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché)

Lepas solat, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... Brazil lawan Chile...

Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majils bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..

Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasara islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”

Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, dakyah yahudi dan kuasa boikot.., korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..

Dah agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil membaca komik, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..

“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Naruto dari kampung Kanohalah”
Terkejut berok korang dibuatnya, Naroto menanang gapo tu? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam komik yang dipegangnya .., “tapi Sasuke juga kuat bang, nenek Tsunadipun, Rock lee pun kuat, Akatsuki tak payah cakap ler, menang kuat sangat, Gaara lagi, dia tu Hokage.., Kakashi, dan pakcik Jairayapun.., semua kuatlah bang..

Araghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dan sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..

Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader yang sedang minum air teh tarik..

“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”

Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korangmejawab, brader tu dah jawab dah..,

Brazillah paling kuat bro, Pentacampeão! dah 5 kali dah mereka menang piala dunia, bab kata pepatah: The English invented it, the Brazilians perfected it.., tapi portugalpun kuat.., bla bla bla..

*******

Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Majid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!

“GOAL!!!”

Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , mennyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...

Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..

*****

1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakayt Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik...

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..

Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?

Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi.. “bola..bola..bola..”.., “peteh Malaysia peteh..”

Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!!!!

Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,

“bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”

Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 4 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2010.., dunia belum kiamat..

“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”

“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok final piala dunia..”

“Oh, ye ke?,”

Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...

Siapa yang bakal menang?

Brazil atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh nanti..

SEKIAN, laporan sukan dari keretamayat.

Ps:Aku doakan korang sembuh dari demam bola dan dapat demam ugama, dan mati kerana demam ugama.., amin.., errr, doakan aku sama..., isk..!

Jun 9, 2010

Perasan di salahkan lagi? (part 3)

(Memakai selipar mahal jenama ‘Crocs’ ke Masjid Sri Petaling, mungkin menjadi kenyataan)

Pada minggu lepas aku dapat email dari seorang hamba Allah yang menghantar gambar selipar berjenama CROCS yang di dakwa ada kalimah Allah jika terbalikkan gambar buaya di selipar tersebut.

(aku malas nak copy gambar tu sebab tak nak korang jadi ‘perasan kreatif’ atau ‘perasan disalahkan’)

********
Copy/paste email:

Pembaca:
Minta pendapat, kalimah Allah pada kasut Crocs. Apa harus dibuat dengan kasut tersebut? Buang? Simpan?

Aku:
Tak payah imiginasi tinggi sangat, mana ada orang tulis kalimah Allah, alif dan lam bercantum? dan atas ha ada sabdu? rujuk balik tulisan jawi

Pembaca:
Tapi ada lam lam ha. kira macam lillah, kan?

Aku:
Kalau imiginasi kau tak boleh tanggal, post selipar tu kat aku, boleh aku buat pergi masjid..

Pembaca:
Alahai.., dah buang..

Aku:
Alamak!, tak sempat aku nak bergaya dengan selipar crocs di Masjid Sri Petaling nanti, waaa! (menangis)

********

Keterangan;-

Menurut ‘Doktor’ Hamka, Penyakit yang menimpa seperti di atas, di namakan sebagai ‘perasan disalahkan’...

Biasanya, orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang ada penyakit buruk sangka yang kronik,

Sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..

Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lambab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?

Jika yang masih bujang dan duduk rumah sewa pulak , bila dia terjumpa berus gigi dia jatuh atas lantai dalam bilik air, dia sangka teman serumah dia nak sakitkan hati dia, padahal mungkin kawan dia yang tak sengaja terlanggar, itu contoh lebih kurang..

Lagi contoh:-

Yang mati pucuk, tuduh jiran sebelah guna ilmu hitam sebab dengki bini dia lawa, padahal dia yang kena kencing manis..

Puak parti politik, akan tuduh apa sahaja keputusan kerajaan adalah berniat jahat untuk menjatuhkan mereka walaupun ada keputusan yang baik..

jenis yang rajin solat di masjid, tapi bila ada orang dakwah ziarah dia, maka mulai marah-marah kat pendakwah tu sebab: tak kenal ke dia ni ‘kaki’ masjid.., sedangkan apa salahnya ajak orang minat bola tengok bola?

Atau tiba tiba datang orang kapir yang marah dekat logo syarikat korang yang ada kena mengena dengan ugama mereka sedangkan korang tak berniatpun.., tapi orang kapir bodoh tu mulai boikot semua produk korang sebab orang kapir tu terkena penyakit ‘perasan di salahkan’..
Jadi, bagaimana nak ubat orang yang berpenyakit begini doctor?

Oh, mereka kena faham bahawa mereka juga terkena sydrom ‘Pak Pandir moden’, iaitu sydrom senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan jika Pak Pandir ada email, maka hari hari kerjanya Forward semua Email tanpa sempadan, itulah Pak Pandir Moden yang hidupnya menyusahkan orang..

Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Nampaknya, Dr nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jangan cepat ‘perasan di salahkan’.., bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, dan jika betul orang kapir ada niat nak hina ugama kita, tunjuk bukti, bukan setakat ambik pen dan lakar guna imiganisi korang yang penuh sangka buruk, perasan di salahkan lalu sebar pada Pak Pandir lain..

Jadi, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..

Sebagai kesimpulannya, untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul dan padamkan sifat buruk sangka serta perasan disalahkan itu, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., InsyAllah..,

Oklah, sampai sini dulu, jumpa lagi dalam ruangan bersama 'Dr' Hamka.., sekian..

Bye!

Ulangkaji:

Perasan di salahkan yang tidak di benarkan dalam islam.
Perasan di salahkan yang dibolehkan dalam islam.
Siapa pak Pandir moden.

Ps: Aku bukan budak tabligh, tapi nak buat pengumuman sebab benda ni baik untuk ummat, iaitu ada perhimpunan untuk semua lelaki ummat islam (jor zon tengah) di Markas Sri petaling pada 11-14 June 2010. Harap maklum.

Ps2: Siapa yang terkena penyakit ‘perasan di salahkan’ ,lalu berniat nak buang selipar Crocs, tak payah susah-susah, boleh post pada aku, raya pun dah dekat, kalau ada warna pink, lagi bagus..,

Woha!

Jun 2, 2010

Mencari Seribu Malaikat?

(Aku ingat ‘Avatar’ tu adalah filem dari animasi ‘The Last Air Bender a.k.a The Legend of Aang’, tapi bila melihat remaja palestin yang meniru makhluk Avatar biru di Palestin, akupun mencari penunggang Toruk di kalangan mereka, yang mana Toruk adalah raksasa paling ganas yang hanya lima Na'vi sahaja dapat menjinakkanya dalam sejarah pandora...)

Tiada ‘Original Screenplay’ dalam filem Avatar arahan terbaru James Cameron, dengan mengolah kembali filem ‘Dances with Wolves’ lakonan Kevin Costner yang memenangi 7 Academy Awards termasuk ‘Best Picture’, James Cameron hanya menukar watak red Indian kepada puak Na'vi yang berwarna biru, dan kuda di tukar kepada raksasa, manakala pihak United States Army ditukar kepada kumpulan military canggih siap dengan robot hidrolic dan beberapa waktak di beri peluang mengembangkan emosi.., berlatarkan kehidupan di plenet Pandora dan kemajuan sains di tahun 2154...

Babak akhir dalam filem ‘Avatar’ sedikit berbeza dengan ‘Dances with Wolves’ sebab mengikut sejarah, red Indian memang kalah teruk menentang tentara bersekutu, tapi dalam Avatar, puak Navi menang walaupun mereka hanya menggunakan lembing dan anak panah, sedangkan pihak penceroboh ada jet, heli dan robot tapi kalah kerana puak na’vi mendapat bantuan ghaib..

Bercerita tentang perang yang mendapat bantuan ghaib, teringat aku pada peristiwa perang badar, iaitu perang pertama ummat islam yang mana bilangan orang islam sikit, hanya 313 orang, itupun tidak ada kelengkapan perang yang sempurna, ada yang tiada senjata, hanya bawa pelepah tamar, ada yang tidak berbaju, kuda pun hanya ada 3 ekor jer, dan beberapa ekor unta, walaupun begitu, demi ugama, mereka sanggup menentang 1000 orang kafir yang lengkap bersenjata, siap dengan kuda dan perisai, dan pendek cerita, akhirnya orang kafir kalah teruk kerana orang islam menang cemerlang setalah mendapat bantuan ghaib dari Allah...

Arghh, aku bukan nak puji filem Avatar atau nak kaitkan perang dalam filem avatar dengan perang badar, aku rasa terpanggil nak menulis entry ini setelah melihat gambar gambar puak puak ‘navi’ di Palestin yang tersebar di internet, aku tak tahu sama ada ini provoke yahudi atau memang soheh remaja pelestin punya kerja yang sanggup berlagak sebagai puak na’vi dengan mengecat badan mereka dengan warna biru, mungkin mereka mengharapkan keajaiban bantuan dari alam ghaib seperti dalam filem avatar? Sama sama kita kupas isu tentang bantuan ghaib ini, (rasa skema semacam jer..)







Ok, kembali kepada perang Badar.., aku nak Tanya?

Tahukah korang? Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.
Kenapa perlu seribu malaikat?

Jika ikut sejarah, Nabi Nabi terdahulu, bila doa bala terhadap kaum mereka yang ingkar, bilangan Malaikat yang datang, hanya satu atau dua sahaja, lalu malaikat ini, dengan kuasa yang Allah beri, terus membalikkan bumi, atau di cantumkan gunung, atau di belah awan lalu memancar kilat yang seterusnya mengazab semua orang kafir sehingga lenyap di telan bumi..

Pendek cerita, Satu malaikat turun, satu kaum binasa, jumlahlahnya berpuluh puluh ribu, tenggelam di azab seksaan malaikat, tapi dalam perang badar, jumlah malaikat yang turun adalah sama banyak dengan bilangan tentera musuh, satu musuh satu malaikat, sehingga dalam riwayat menceritakan, ketika sahabat Nabi mengankat pelapah tamar, kepala musuh sudah terbelah dua…

Jadi, soalan aku, Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Ok, ini pendapat aku setelah berbincang dengan beberpa Buznama…, aku bukan ustaz, ulamak, Cuma menulis nota kepada diri sendiri…, jika ada pendapat lain, kita muzakarah sama sama, insyAllah..

Kenapa seribu Malaikat datang ke Badar?, Ceritanya begini,

Ketika Nabi berdakwah di Mekkah, urusan ummat islam di buat secara rahsia di rumah Arqam bin Arqam, dalam masa yang sama Nabi juga telah berdakwah pada beberapa orang penduduk Madinah yang datang menunaikan haji di Mekkah, yang mana setelah 13 tahun berdakwah di Mekkah, Nabi mendapat perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah, kerana di madinah, sebahagian penduduknya telah masuk islam setalah di dakwah oleh sahabat ansar…

Tengok! Sahabat ansar ini bukan Nabi, tapi dah buat dakwah di Madinah sehingga majority masuk islam, bukti perintah dakwah adalah perintah pertama selepas iman..
Jadi, bila Nabi berhijrah di Madinah, sampai sana, Nabi terus bina Masjid, Masjid pertama dalam sejarah ummat islam.

Dan di masjid inilah segala urusan ugama dibuat, iaitu: 1.dakwah, 2.Mengajar, 3.ibadat dan 4.khidmat, yang mana natijahnya, semua kaum bersatu dalam ugama islam, tak kira suku mana, puak mana, atau bangsa apa, Dalam puak Muhajirin ada banyak Bani, dan dalam puak ansar jugak ada Suku Aus dan Khazraj, tapi, melalui amalan masjid nabawi, mereka semua bersatu padu

Mereka bersatu dalam dakwah, bersatu belajar dan mengajar ugama, bersatu solat jemaah bersama di belakang Nabi, dan bersatu berkongsi hidup antara muhajirin dan ansar..
Tak lama kemudian, berlakulah perang Badar, 1000 orang kafir lengkap bersenjata dan kuda telah bersiap sedia menentang 313 orang islam..

Orang kafir dah sangka mereka akan menang dalam perang itu, lalu membawa bersama mereka kumpulan sorak dan penyanyi wanita, tapi mereka silap, 313 ummat islam di Badar, bukan ummat Nabi terdahulu…

Ummat Nabi terdahulu, adalah ummat ibadat, mereka tak boleh berdakwah macam Nabi mereka, ketika Nabi Musa meminta bantuan Harun sepupunya untuk berdakwah pada Firaun, maka Allah telah lantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, baru layak Harun berdakwah kepada firaun.

Tapi sahabat Nabi, Saidina Umar, Abu Bakar dan sahabat Muhajirin serta ansar, mereka tak perlu jadi Nabi, kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Ketika Nabi Musa dan Bani Israel di kepung Firaun, maka Nabi Musa menenangkan kaumnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama AKU!”

Tapi ketika Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a di kepung Kafir Quraish, maka Nabi Muhammad menenangkan sahabatnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama KITA!”

Tengok! Nabi guna lafaz “kita” kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Jadi 313 ahli badar, bukan calang calang manusia, mereka semuanya pendakwah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..

Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah, sehingga 1000 malaikat buat pertama kalinya dalam sejarah perperangan ummat islam telah turun ke bumi , memang cukup satu malaikat turun untuk ganyang orang kafir, tapi kerana kemuliaan dan ketinggian ummat akhir zaman ini, seribu malaikat telah turun bersaf saf membantu ummat islam…

Menurut Buznama, malaikat yang turun ini di cipta khas untuk membantu ummat islam dalam mana mana perperangan dimulai perang badar dan seterusnya, yang mana jumlah mereka bukan setakat seribu, tapi bersusun susun lagi dilangit menunggu perintah Allah untuk turun membantu ummat islam di bumi…

Selepas perang Badar, malaikat ini datang lagi dalam beberapa siri perperangan ummat islam menentang orang kafir sehinggalah ke zaman Khalifah Al rasyiddin dan seterusnya ke zaman Umar Ibnu Aziz dan ada juga laporan dari pejuang islam, mereka mendakwa di bantu malaikat dalam beberap siri perperangan pada tahun 90-an.., wallahu’lam.

Tapi sekarang, dalam perperangan ummat islam menentang orang kafir, Malaikat ini sudah tidak datang lagi nampkanya, usahkan seribu, satu pun tak ada, lalu kalahlah orang islam di Iraq, Afganistan, Palestin, Bosnia, Ambon, Kemboja, India dan seleruh dunia…kenapa?
Soalan lain pulak,

Kenapa Malaikat ini sudah tidak datang lagi, usahkan seribu, satu pun tak ada, kenapa?
Tepuk dada Tanya iman, tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu...

Menurut Buznama, Allah telah melatakkan dunia ini akan sunnatullah, yang mana jika orang islam hari ini sama qualitinya dengan ahli badar di zaman Nabi, pasti nusrah Allah akan datang, dan seribu malaikat itu akan muncul lagi membantu ummat islam.., ini terbukti kerana selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, di zaman khalifah Al Rasyidin, ummat islam sentiasa menang dalam perperangan dan sering berlaku keajaiban dalam peristiwa yang di riwayatkan oleh sejarah.., juga sampai ke zaman Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera salib yang mana point aku disini, tentera ummat islam waktu itu mempunya quality ahli badar...

Apa qualiti ahli badar?

Semua tahu sudah, mereka semuanya pendakwah yang berhijrah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..
Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam berhijrah, dan bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah,
Tapi hari ini, oh.., orang islam ramai yang meninggalkan dakwah dengan alasan ilmu tak cukup, atau diri belum baik, lepas tu solat jemaah selamba tinggal, apatah lagi solat tahajjud, lepas tu hidup tak bersatu, asyik bergaduh sama sendiri, sunni lawan syiah di lembah arab, hamas lawan fatah di pelstin, Taliban bersatu dengan Al Qaeda lawan pakatan utara yang bersatu dengan america, umno bergabung dengan MIC lawan Pas yang bergabung dengan DAP, Wahabi bergabung dengan ulamak muda lawan 4 Mazhab, yang bergabung dengan ulamak tua , itu ini begitu begini…
Mungkin korang nak tegakkan kebenaran, kebatilan dalam ugama mesti di hapus, tapi kenapa masjid tempat solat jemaah menjadi kosong dan lengang? Kenapa Sunnah Nabi di tinggalkan? Kenapa jalan bersatu tidak di indahkan? Kenapa berebut kuasa dan jawatan?
samapi caci mencaci, fitnah dan membunuh?

Sedang asyik kita mencari salah musuh kita yang juga orang islam, orang kafirpun datang menyerang lalu semua umat islam musnah tanpa mendapat pertolongan dari Allah, orang kafir terus menghina ummat islam, dari zaman kerajaan Monggol, sehinggalah hari ini, berita derita ummat islam terus sambung menyambung… di hina dan di telanjangkan, di seksa dan di malukan..,

Sedang penyelesaianya, hanya perlu kembali kepada Sunnah Nabi, dapatkan kembali quality ahli badar, hidupkan masjid seperti masjid Nabawi, solatlah berjemaah seperti nabi dan ahli badar, solatlah tahajjud seperti nabi dan ahli badar, dan bersatulah kita semua seperti muhajirin dan ansar, tak kira warna kulit, kedudukan dan keturunan…, insyAllah, janji Allah melalui lidah Nabi kekasihNYA, apabila ada hijrah dan nusrah, maka bantuan Allah akan datang.., dan seribu malaikat perang Badar akan muncul kembali!

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”

Al-’Imran:(123)

"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

(al-Anfaal: 9)

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Habis sampai sini…

Ya Allah, Tolonglahlah kami Ummat islam di seluruh dunia, dan ampunkanlah dosa kami kerana masih banyak Sunnah Nabi yang gagal kami laksanakan….

Sekian.

Ps: Kepada puak ‘Na’vi’ di Palestin, siapa antara korang yang sedia ambil tanggung jawab mencari jalan untuk menyatukan Hamas dan fatah?, nanti aku bagi gelaran korang sebagai “Toruk Makto”!

: )

Sumber gambar*: email forward