Ha ha ha, jadi doctor cinta pulak aku hari ini! Apa itu CINTA?
Apa itu maksud cinta dan dialah maksud segala CINTA!
Untuk menjelaskan makna cinta maka korang perlu baca cerita2 di bawah:
1. Kisah Mamat pencari CINTA.
2. Kisah Cinta Adam dan Hawa
3. Kisah Cinta Marwiyah dan 3 jejaka.
4. Aku, Dia dan Kereta Mayat…
KISAH MAMAT PENCARI CINTA.
Akrian, tersebutlah kisah akan seorang Raja yg kesedihan kerana isteri yg disayangi telah meninggal dunia@menjadi mayat kerana patah tengkuk akibat jatuh dari kuda…Maka raja menyalahkan Mamat selaku penjaga hal ehwal kuda….
Si Raja berfikir2 apakah hukuman yg paling bermunasib untuk dijatuhkan pd Mamat…
Akhirnya raja telah memerintahkan mamat mencari 3 jawapan kepada 3 seolan yg akan diberikan oleh Raja, dalam tempoh 1 purnama, sekiranya Mamat gagal memperolehi jawapan bagi ketiga2 soalan tersebut, maka mamat akan dijatuhkan hukuman bunuh!
Soalan dari Raja tersebut berbunyi begini:
1. Siapakah Penipu dan dialah Raja segala penipu?
2. Siapakah Pasti dan dialah Raja segala pasti?
3. Apakah itu Cinta dan dialah Raja segala Cinta?
Maka, sugul dan runsinglah akan buah fikiran Mamat bila fikir2 balik akan soalan yang menimpa buah fikirannya…Maka bergegaslah Mamat ke seluruh pelusuk Kota dan kampung mencari si bijak pandai untuk menolongnya menyelesaikan permasaalahan yg melanda jiwa lara nya…
Jadi kita biarkan Mamat mencari jawapan soalan bagi ketiga2 soalan tersebut.
kita teruskan topik kita ini dengan cerita kedua…
KISAH CINTA ADAM DAN HAWA
Ini aku ambil kat kad kahwin sape ntah?! Dalam tu tulis Allah jadikan perempuan ni dari tulang rusuk kiri Nabi Adam, kalau Allah nak jadikan korang org perempuan ni lebih mulia dari lelaki, maka Allah akan cipta korang dari tulang kepala lelaki, dan kalaulah Allah nak jadikan korang hamba maka Allah akan jadikan korang dari tulang lutut ke, tulang tumit ke, TAPI sebab Allah nak muliakan korang org perempuan, lalu Allah jadikan korang dari tulang rusuk sebelah kiri, ingat KIRI!
Bermakna, Allah nak jadikan korang ni pembantu lelaki cam Khatijah r.ha ngan Rasul s.a.w. Tulang tu pulak dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat ngan Hati untuk DICINTAI….(macam bagus)
Masa aku melamar aweks aku dulu(isteri aku la ni) dia Tanya aku:
“kenapa awak nak kahwin ngan saya?”
aku kata: Sebab aku kesepian..(tak kan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian-lagu latar-)Nabi Adam dalam syurga yg mengalir sungai-sungai di bawahnya pun merasa sunyi lalu mintak dengan Allah agar hilangkan kesepian, maka Allah telah mencipta ‘penghilang kesepian’ iaitu Siti Hawa…maka apatah lagi aku kat kemaman, yg hanya mengalir air longkang di sekeliling rumah sewa, lalu berdoa pada Allah agar di hilangkan kesepian yg mencekam ini, lalu Allah bukak hati aku untuk jatuh cinta ngan enkau….bla bla bla lepas tu kahwin!
Sambung cerita balik pasal Nabi Adam…
Maka tinggalah Nabi Adam dan Hawa dalam keadaan bersuka ria dan bebas berbuat apa saje kecuali makan buah khuldi…
Pendek cerita syaitan ni cubalah ‘racun’ Nabi Adam untuk makan buah tu, tapi org lelaki memang kool!
Tak terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan pujuk rayu…tapi tidak ngan perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah khuldi tu, terus makan, perempuan memang mudah terpengaruh, tanyalah org yg jual karpet, dengan org jualan langsung, sasaran mereka perempuan, sebab perempuan mudah percaya…sekali Giant cakap: akulah peneraju harga terendah…berbondong2lah org perempuan ajak aku gi sana termasuk bini aku…(jangan marah..ekkk)
Tapi ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam…kalau aku gi kedai mamak pekena roti canai ngan tehh tarik, takdenya aku nak bungkus bagi isteri aku tapi bini aku kalau ada jamuan kat opis dia,mesti bungkus bawa balik kat aku..aku respect betul lah org perempuan camtu..he he he,
Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah khuldi tu, tapi, alah… org lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik…habis dia…! Cam aku: akulah yg drive kereta pergi Giant dan pikul barang3 yg di borong oleh isteri aku, semuanya gara2 peneraju harga terendah..ke ke ke…aku pulak memang cair kalau perempuan cantik cam bini aku, pujuk aku…habis iman aku…isk..isk..
Akhirnya Nabi Adam pun makanlah buah tu sama tapi ditahan oleh malaikat, tu yg jadi buah halkum tu…kalau tak kitapun akan ada darah haid, sebab lepas Hawa makan buah khuldi tu darah mencurah2 keluar dari kemaluan dia yg menyebabkan mereka telah jadi kotor dan tak layak lagi duduk dalam syurga dan dihalau ke dunia..bla bla bla bla bla bla…korang semua dah tahu..
“Adam Hawa Bercinta di syurga
Angkara Iblis terpisah menderita
Kerana Cinta mereka setia
Bertemu di dunia..!”
Eh si Mamat dah balik dah dan telah jumpa untuk soalan yg pertama:
Apa jawapannya mamat?:
Siapakah Penipu dan dialah Raja segala penipu?
Mamat kata: aku dah jumpa seorang pembuat keranda, katanya Raja segala penipu adalah dunia, telah ramai org yang tertipu olehnya..kadang2 org yg tertipu itu dah tahu dia tu kena tipu tapi masih kejar dunia hingga mati dalam keadaan tertipu…
Aku kata: benarlah mamat, satu hadith ketika Nabi Muhammad saw di israqkan ke langit, dia telah jumpa dengan ‘dunia’ yang berupa seekor wanita tua yang telah disolek menjadi begitu cantik dan pada ekor wanita itu ada bulu yg tertanggal dan gigi wanita itu rongak…Tanya Nabi lebih kurang maksud: kenapa gigi kau rongak dan ekor kau bulu banyak yg tertanggal…
Dunia berkata: org yg kejar aku hanya dapat bulu2 di ekorku sahaja, mereka telah tertipu dengan solekkanku….manakala org yg tinggalkan aku dan mengejar akhirat aku cuba mengejarnya tapi aku jatuh sampai gigi aku rongak!(aku dengar ni dari seorang ulama indonesia berceramah kat kuantan tahun lepas)
Aku kata: habis tu mamat, apa jawapan yg kedua? Siapakah Pasti dan dialah Raja segala pasti?
Mamat terdiam, nampaknya mamat tak tahu jawapan tersebut, akupun mencadangkan agar mamat cari pembuat batu nissan pulak, sebab org2 cam gini tahu hakikat dunia..
Maka biarlah mamat pergi cari jawapan tu, kita teruskan cerita kita…
KISAH CINTA MARWIYAH DAN 3 JEJAKA
Tersebutlah akan di negara Arab sana, adalah seorang wanita yg begitu jelita, Marwiyah namanya…adapun telah datang kepadanya 3 jejaka dari golongan bangsawan dan berada, untuk masuk meminang..maka peninglah kepala marwiyah untuk membuat pilihan sebab mereka2 ini kacak2 belaka.
Akrian timbullah idea si Marwiyah untuk membuat penilaian melalui titahnya yang mengsyaratkan ketiga3 jejaka tadi pulang ke kediaman masing2 dan di kehendakki mengadakan jamuan makan2 dan Marwiyah berjanji akan datang dan membuat penilaian…
Pendek cerita, ketiga3 jejaka tadi telah mengadakan pesta keramaian yg geling gemilang bagi menyambut kedatangan buah hati mereka Marwiyah….
“seingat aku, kita pernah bertemu dulu…di satu pesta keramaian(ramai org)..”-lagu latar-
Adapun akan si Marwiyah ini telah bersolek menjadi wanita yg tua dan hodoh lalu menghadiri majlis jejaka2 itu…
Pendek cerita:
Jejaka A:Situa@marwiyah telah di halau dan hanya di beri tulang2 sebagai bekal.
Jejaka B: Situa@marwiyah telah di halau dan hanya di beri sisa2 sebagai bekal
Jejaka C: Situa@marwiyah telah di layan dengan baik dan di beri hadiah yg mahal2.
Aku pendekkan lagi cerita ini:
Esoknya benganglah akan ketiga2 jejaka tadi kerana Marwiyah tidak datang dan berkumpulah mereka di kediaman Marwiyah untuk bertanya akan apa gerangannya tidak memunculkan diri…
Tapi lain pula akan si Marwiyah ini..dia telah membuat syarat yg baru iaitu ketiga3 jejaka ini mesti bersyair(budaya org arab) dan Marwiyah akan membuat penilaian berdasarkan syair tersebut.
(Syair ini aku ubah suai untuk menyedapkan cerita)
Syair si A:
Demi hartaku bertimbung
Kau kan bahagia selamanya
hingga tujuh keturunan
Takkan Habis…(ikut intro fantasia bulan madu)
Syair si B:
Demi Wajahku yg hendsome
Kau kan bahagia selamanya
hingga tujuh keturunan
Jadi hendsome…(ikut intro fantasia bulan madu)
Syair si C:
Demi Cintaku padamu
Ku serahkan jira dan raga
Biarpun harus ku renagng
Lautan bara…(ikut intro fantasia bulan madu)
Marwiyah kata: aku Pilih si C kerana kamu si A membuat aku seolah2 perlu pada hartamu…dan kamu si B, buat aku seolah2 perlu pada paras rupamau…aku tidak perlu semua itu…!aku Pilih si C kerana dia telah menunjukkan yg dia tak dapat hidup tanpaku, dia perlukan aku…..dia sanggup buat apa saja untukku..dia sanggup mati untukku inilah CINTA SEJATI…dan marwiyah telah membawa bungkusan2 yg diterima semalam dan membukanya, lalu malulah A dan B….
So THE MORAL OF THE STORY IS: mengapa Allah tak Pilih korang untuk buat amal kebaikkan, buat amal soleh?mengapa? sebab korang tak tunjukkan yg korang ni perlu pada ugama, korang kena tunjukkan pada Allah yg korang akan mati tanpa-Nya, korang sanggup buat apa saje untuk-Nya..ini tidak! ! korang ingat korang kaya korang boleh Bantu Allah? Allah tak perlukan korang punya harta, rupa! pangkat, Allah mahu lihat kesungguhan korang harap/takut padaNya..Allah nak korang Menangis, merayu, merintih padaNya..Allah nak korang bertasbih memujinya, Allah nak korang Berjuang di jalannya dengan Harta, Diri dan Masa yg Allah bagi pinjam kat korang, sampai masa ambil balik! itulah maksud cinta ugama dan kerana inilah maka ramai org Allah tak Pilih jadi ahli syurga..korang tak tunjukkan yg korang ni ingin yg Amat Sangat pada Allah/shurga Allah….Tunjukkanlah wahai sahabat akan kecintaan korang(termasuk aku ) pada Allah!!!
That’s why firaun, Qarun, Haman, namrud pergi mampus dengan korang punya harta, punya tahta, Allah tak perlu semua itu…Agama telah Hebat dengan kekuatan dalaman, tak perlu pada kekutan luaran,,,ingat senjata kita org islam: Daqwah dan Doa…..!
Eh si Mamat dah balik dah ?:
Apa jawapannya mamat?:
Siapakah Pasti dan dialah Raja segala pasti?
Mamat kata: aku dah jumpa seorang pembuat batu nissan katanya Raja segala pasti adalah MATI.
Ramai org bila dah selamat dari satu bencana tersenyum riang padahal mereka bukan selamat dari maut Cuma maut itu di tangguhkan….akhirnya mereka semua akan jadi mayat…
lama2 kita duduk malaysia pun kita tetap akan jadi orang tua yang sakit, walaupun banyak duit, anak kita doktor, menantu kita bomoh,cop duit dll. Bila dah tua rupapun dah macam mayat, aik?! masih pergi lagi baiki jasad, tukar jantung bateri, potong kaki, pakai inai rambut last2 jadi mayat jugak....
Dalam kubur nanti kubur akan hisap darah korang sampai kering, ha..ha..ha......(tau takpe)
Aku kata: habis tu mamat, apa jawapan yg ketiga? Apakah itu Cinta dan dialah Raja segala Cinta?
Mamat terdiam, nampaknya mamat tak tahu jawapan tersebut, akupun mencadangkan agar mamat cari pemandu kereta mayat, sebab org2 cam gini tahu hakikat dunia..
Maka biarlah mamat pergi cari jawapan itu,
kita teruskan cerita kita
AKU, DIA DAN KERETA MAYAT…
Aku nak cerita kat korang pun korang dah penat baca, takpelah aku cerita kat anak2 aku sajelah…..
Wahai anak2ku dengarlah cerita CINTA, ayah dan bonda, asbab asal usul korang punya kejadian….
pendek cerita: ayah dah jatuh cinta dengan bonda…Nenek korang pulak memilih orangnya…bila ayah bagitahu ayah dah ada buah hati, maka nenek dengan tok’ki nak tengok sangat tuan empunya badan. Ayah mintak gambar bonda yang paling tak cantik, yang ada iras2 mayat dan tunjuk kat diaorang…
gambar bonda duduk mengcakung atas batu tengah panas sambil tangan bersilang, kerana penataaan cahaya yg tidak betul maka jadilah warna kulit bonda gelap dan bibir nampak tebal…serta muka cam mayat@zombie...dia orang tak setujulah bila tengok gambar tu…ayah bagitahu kat nenek yang ayah ni tak memilih, asal orangnya baik, rupa belakang kira, ayah gunalah kata2 hikmah Lokman nurhakim dan ayat power mulut manis shahrukh untuk pujuk ninda dan to’ki…akhirnya diorang pun setujulah tapi dengan satu syarat, mesti bertengtang empat mata….
Maka pendek cerita nenek dan to’ki gi rumah Kak Lah di Kajang dan ayah pinjam kereta pok Napi dan ambil bonda rumah kakak dia kat KL(masa tu bonda kerja KL) dan bawa bonda korang jumpa nenek…maka terkejut manusia lah nenek dan to’ki bila melihat wajah sebenar bonda…masa tu wajah bonda ala-ala Manisha kouihlala dari filem MAAN…
Bertambah takjub diorang bila melihat bonda berakhlak mulia, pandai hormat pada org tua yakni bila nak melintas akn minta izin dan merendahkan badan dan berjalan ala-itik gembo2.
Bertambah kagum lagi nenek dan to’ki bila bonda menunjukkan kecekapan nya di dapur menolong kak Lak memasak dan teknik menghidang makanan ala wanita melayu terakhir.
Bila sesi soal jawab dan bergambar selesai(dah kenyang makan)…nenek dan to’ki sangat berpuas hati malah sudah tidak sebar untuk berjumpa besan nya bagi menetapkan tarikh perkahwinan…
Kami berkahwin 6 bulan kemudian………
Tammat:
Arghh lupa pulak, mamat dah balik, senyum dia he he he, akrian si mamat ni telah jumpa ngan pemandu kenderaan jenazah seorang pakcik.
Pakcik kata: kalau kau nak tahu apakah maksud raja segala cinta kau kena minum air bekas anjing pakcik!
MINUM BEKAS AIR YG ANJING PAKCIK MINUM?
Benar, munum air dari baki air yg di minum oleh anjing pakcik…
Dengan Selamba mamat telah angkat bekas air anjing pakcik tu dan minum air baki si anjing, dengan pantasnya pakcik tu tempis@mengkesampingkan tangan si mamat hingga terjatuhlah bekas air anjing itu.
Pakcik kata: kau telah menjawab soalan itu sendiri!
Apa jawapan untuk Raja maksud segala Cinta!
Jawapan: Maksud CINTA adalah apabila korang sanggup buat apa saja hatta minum air anjing pun untuk dapat apa yg korang nak! Kes si mamat, dia cinta pada hidup@dunia(jawapan pertama tak memberi kesan padanya dan dia telah di tipu oleh dunia)lalu sanggup minum air dari bekas anjing agar dapat jawapan supaya dia tidak di bunuh raja(jawapan kedua tentang pasti mati juga mamat tak menghayati). Kerana itulah maksud cintanya: Hidup.(dan dia telah menjawab maksud cinta dengan sanggup buat apa saje!)
Sekiranya maksud cinta korang adalah Allah! Maka adakah korang sanggup buat apa saje demi kerana Allah?
Sanggup?
Sanggup mati kerana Allah….?
Sanggup taat segala perintah Allah?
Kalau begitu jom ikut aku gi surau Sekarang, maghrib dah nak dekat nie…
MAKSUD CINTA: SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI YG DICINTAI…
Ps: sanggup jadi mayat demi yg di cintai….