Jul 23, 2019
Manifesto untuk Pelajar?
(The day of Human Salvation is today)
Anak duduk MRSM call nak mintak idea menulis manifesto,
sebab beliau masuk bertanding sebagai Ketua Perwakilan Pelajar.
Saya pun suruh dia buat manifesto berdasarkan kepimpinan
Saidina Umar sebab beliau adalah khalifah Islam paling luas menyebarkan
sempadan jajahan dan jajahannya kekal sampai sekarang, namanya juga tertulis
dalam 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Lalu saya kisahkan cerita dari Hazrat Aslam r.a, seorang
hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan pada suatu hari, ketika mereka berdua
sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana
di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat
periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah
gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan
dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk
menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘
itu masak.
Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada
waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan
yang dipikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi
di bantah oleh khalifah dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk
keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina
Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah
janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa
menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam,
ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka manangis, sekarang saya lepak
sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
OK, tamat cerita itu kat situ, sekarang menjadi tugas
pemimpin memastikan rakyat tidak lapar, yang miskin di bantu, maka sebagai
ketua wakil pelajar, cuba buat manifesto yang dapat membantu pelajar miskin
dari segi keperluan hidup, ayah tak tahu apa masalah pelajar di sana, tapi cuba
relate dengan kisah saidina Umar dan Manifesto.
Tak dapat nak kaitkan dengan dunia pelajar? Ok, ayah bagi
modal lain,
Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang
meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada
suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau
bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si
suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah
keewangan..
Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu
Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri
khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong
perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk
bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy.
Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat
susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul
Mukminim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia
beranak adalah first lady zaman tu.
Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!
MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!
Jadi cuba korang kaitkan manifesto bab utamakan kesihatan,
jika pelajar stress ada rawatan khas dan sebagainya, ayah tak tahu apa masalah
pelajar MRSM tapi korang boleh fikir dan kaji dan kaitkan dengan kempimpinan
saidina Umar.
Masih takde idea?
Mari kita Rujuk hadis lagi:
Huzaifah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di
amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui
oleh beliau, terutamanya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan
antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di
kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada
hanzalah r.a iatu:
Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik
oleh beliau?, Huzaifah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi
Huzaifah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan
penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil
rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.
Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah
meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku
menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah,
maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang
solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam,
dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka
legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan
seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA
sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada
bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!
Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena
pastikan wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang
munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!
So boleh kaikan dengan kehidupan di MRSM? Apa, semua kat
sana dah solat berjemaah, okey kita bagi kisah lain.
Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a
buat rondaan malam, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh
sedih kerana rindukan suami, okey, cerita ni tak sesuai untuk pelajar MRSM,
kita cari idea lain.
Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat
rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah
tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata
kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan
air.”
Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam
melarang mencampurkan susu dengan air.”
Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan
air kerana Saidina Umar tak nampak..”
Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah
nampak wahai ibuku!
Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best
kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat,
sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan
sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar
mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil
perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang
cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul
Aziz yang Lim Guan Eng pun sanggup nak jadikan idola.
Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak
seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia
suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan,
saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa,
tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?
So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING
adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang
baik dan sempurna…
Jadi korang boleh buat Open Mic ke, Hadis korner ke, Taklim
ke, apa-apa, agar suasana di MRSM banyak ada suasana iman…
Okey, panjang juga saya cerita kat anak dalam phone, lepas
tu dia pun buat Manifesto, lepas tu dia berkempen kelas ke kelas, berceramah
dan pilihan raya pun berjalan.
Update,
Si anak menang Pilihan Raya dan menjadi ketua Perwakilan
pelajar. Tahniah anak, sebab dapat peluang belajar menjadi pemimpin di usia
muda.
Akhir kata, dari cerita ni, korang jangan kagum dengan saya
atau anak saya.
Tapi kagumlah dengan Saidina Umar.
Woha!
Jul 17, 2019
Adakah Makhluk asing itu wujud?
(Tiga soalan yang perlu kita jawab jika bercerita tentang UFO-dan diperenggang ke tujuh belas sangat mengejutkan)
Adakah Makhluk asing itu wujud? Jika tidak wujud, kita teruskan kehidupan seperti biasa,
tetapi jika wujud maka timbul soalan kedua?
Adakah mereka pernah menghubungi kita?
Untuk menjawab soalan: Adakah pernah Mahkluk asing menghungi
kita, maka soalan ini telah di jawab oleh ahli astronomi yang telah mengkaji
pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852 dan menemui terdapat gangguan
cahaya yang sangat tinggi pada bintang tersebut iaitu sebanyak 22%.
Terus Saintis Barat berpendapat, kemerosotan melampau ini
mungkin disebabkan oleh satu gelombang dari makhluk asing yang wujud di luar
sistem solar kita.
Tapi bukan semua Saintis barat bersetuju dengan idea wujudnya
makhluk asing di luar sana, lalu menyanggah idea tersebut dan yakin bahawa
gangguan cahaya itu disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.
Lantas Bradley Schaefer seorang pengkaji angkasa daripada
University of Louisana State membuktikan dengan data bahawa gangguan itu bukan
first time, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas yang mana
jika benar gangguan itu dari komet, maka ianya memerlukan sebanyak 650,000
komet untuk mendapat gangguan cahaya sebanyak 22%.
Tapi kajian masih diteruskan bermula dari tahun 1960 oleh seorang
ahli astronomi bernama Frank Drake yang telah melakukan eksperimen pertama di
Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang
mungkin wujud selain manusia dan hingga kini tiada bukti bahawa mahkuk asing
itu wujud,
Pada tahun 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah
melabur sebanyak 100 juta USD bagi projek-projek memburu makhluk asing. Projek ini bernama Breakthrough Listen dan
mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal Stephen Hawking.
Dua teleskop radio terbesar di dunia akan digunakan iaitu
Green Bank Telescope di Amerika Syarikat dan Parkes Telescope di Australia yang
mana Teleskop-teleskop ini akan beraksi 50 kali ganda lebih sensitif dan bakal
mengawasi berjuta-juta bintang serta 100 galaksi terdekat dari sistem bima
sakti kita.
Dengan teknologi ini, sebarang pergerakan UFO yang mungkin
berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan
oleh teleskop ini. Thanos pun tak dapat nak lari.
Dan katakanlah, mereka menjumpai wujudnya mahkluk asing,
maka timbul soalan ketiga:
Kenapa mereka pernah tidak pernah menghubungi kita?
Panjang nak cerita, dan jika mereka ada hubungi kita pulak
maka ada undang undang dari PBB, iaitu kita tak boleh jawab bagi pihak bumi
sewenang wenangnya, tapi kita kena rujuk saintis peringkat dunia, kena mensyuarat
dulu, dan kena cari the best way untuk balas balik, bukan boleh buat ikut suka,
malahan Stephen Hawking sendiri yang memberi dana jejak Alien melarang sebarang
mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak.
Bukan sewenang wenang boleh lantik diri menjadi duta makhluk asing!
Lepas tu ada pulak kajian yang mana jika alien hubungi kita,
maka kita kena guna simbol matematik sebagai alternatif yang boleh dipakai
untuk melakukan komunikasi di antara makhluk asing sebab mereka dah tentu tak
bercakap Bahasa kita.
Okey, jauh sangat kita bincang isu ni, tajuk page ini
keretamayat, kenapa jauh sangat keretamayat bercerita sampai hujung angkasa, kembali
ke bumi, maka dari tiga soalan saintis di atas:
(1) Adakah Makhluk asing itu wujud?
(2) Adakah mereka pernah menghubungi kita?
(3) Kenapa mereka tidak menghubungi kita?
Dari tiga soalan ini tadi telah menarik minat saintis dan
pelabur jutawan untuk mengkaji dan menyumbang dana, maka boleh tak kita pinjam
tiga soalan ini bukan untuk bertanya tentang Alien, tapi untuk bertanya tentang
Tuhan, iaitu:
(1) Adakah Tuhan itu wujud?
(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?
(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita?
Maka untuk menjawab soalan ini, pertama kita pasti Yakin
Bahawa Tuhan itu Wujud sebab jika alam ini Tidak berawal dan berakhir maka tak logic,
alam ini pasti bermula oleh satu Kuasa yang di namakan Tuhan dan Tuhanlah
selayaknya untuk kedudukan Tidak berawal dan berakhir.
Note: Saintis setuju alam ini bermula dengan letupan Big
Bang dan akan berkahir suatu hari nanti.
Jadi dengan Yakin bahawa Tuhan itu wujud, maka kita pergi
kepada soalan kedua.
(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?
Dari sejarah lampau ada banyak agama mengaku Tuhan
Menghubungi Bangsa mereka, namun dari semua dakwaan ada empat agama punyai
ramai pengikit dan bijak pandai iaitu:
-Christian 2.0 billion
-Islam 1.2 billion
-Hindu 811 million
-Buddha 360 million.
Semua agama ini mendakwa agama mereka paling betul, tapi
panjang nak cerita sebab agama yang betul kena bersifat adil iaitu tak perlu
kita jadi Saintis untuk mengkaji cukup jika kita jawab soalan ini:
Siapakan orang yang Tuhan hubungi? Sudah tentu orang itu
mestilah sebaik baik manusia, sehebat hebat manusia, paling berpengaruh,
bijaksana, akhlak terpuji, tidak pernah bercakap bohong, dan tiada seorangpun yang mampu setanding dengannya
dulu, kini, dan akan datang.
Panjang nak cerita saya pendekkan, Nabi Muhammad SAW adalah
manusia paling berpengaruh dalam dunia dan beliau tidak pernah bercakap bohong,
dalam masa yang singkat baginda telah Berjaya membawa perubahan kepada dunia
dan perubahan itu kekal hingga sekarang. Kemudian Kitab AlQuran yang diwahyukan
Allah kepada Baginda adalah kitab yang paling banyak common sense berbanding
kitab agama lain.
Maka menjawab lah soalan:
(1) Adakah Tuhan itu wujud? Ya, dengan kewujudan kita dan
alam, Maka Tuhan itu ada.
(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita? Ya, Tuhan hubungi
manusia terpilih (nabi) sebagai wakil untuk memberitahu tentang Kehendak Tuhan.
(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita (lagi)? Kerena Agama
sudah sempurna, dan agama yang sempurna tidak perlu lagi kepada Nabi baru atau
Wahyu baru.
Sebelum korang nak bantah, mungkin ada yang bertanya, siapa
yang kaji Nabi Muhammad manusia paling hebat, dan Al quran kitab paling common
sense?
Jawapannya adalah:
Orang yang kaji dan setuju Nabi Muhammad orang paling
berpengaruh adalah seorang astrophysicist, pakar sejarah yang bernama Michael H. Hart, beliau juga seorang yang mengaku
dirinya White separatism, orang yang anggap bangsa kulit putih perlu diasingkan
dari semua bangsa, tapi berdasarkan data
dan bukti, mengikut kajiannya, Nabi Muhammad SAW dari bangsa arab, adalah orang paling berpengaruh
dalam dunia.
Siapa yang kaji Alquran adalah kitab paling masuk akal? Seorang pakar perbandingan semua agama, hafal
Al quran dan kitab lain, selalu berdebat dengan pakar agama lain, tak lain tak bukan adalah: Dr Zakir Naik.
Jadi kepada semua saintis yang sedang mencari Alien di luar
sana, jangan lupa mencari Tuhan, dan lebih mudah Tuhan telah hubungi manusia
(nabi) dan bukti (Al quran) ada depan mata, jangan lupa kaji sebab mati itu
pasti, jangan lambat sangat respond takut mati masuk neraka sebab kebenaran dah
depan mata tapi disia siakan dengan habiskan masa mencari alien, ape ka jadah?
Woha!
Jul 15, 2019
Tak mampu Hitung Nikmat walaupun satu?
(video pertama saya)
Jika anda sedang memandu atau sedang jogging tapi nak dengar
ceramah 7 minit, jemput dengar tazkirah keretamayat yang berjudul:
“kita tak mampu Hitung Nikmat Allah walaupun satu”
Video ni basic tazkirah, dimulakan dengan bacaan makna
Firman Allah dari surah Ali Imran : 190-191.
Saya suka baca makna firman Allah dipermulaan ceramah
sebagai modal mencari ilham dalam nur kalimah Allah, InsyaAllah.
Lepas tu saya cerita Surah An-Nahli, ayat 18 :
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tiadalah kamu akan
dapat menghitungnya satu persatu”
Macam mana satu nikmat pun tak dapat nak hitung?
Kena tengok video tu. Di itu ada jawabnya.
Dan tolong waktu menonton...
Abaikan lemak leher saya yang sangat menyerlah itu-woha!
Jul 9, 2019
Tuhan tidak adil kepada wanita?
(Mari bercakap dengan abang mayat, and I didn't see it coming)
“Abang mayat, Saya rasa Tuhan tak adil kepada wanita”
“Kenapa?”
“Hari akhirat, di padang mashsyar cuaca panas, tapi kenapa
lelaki jer yang dapat duduk bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat
mana?"
“Hadis mana ni?”
“Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah iaitu Ada TUJUH
golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat, kenapa
lelaki sahaja?”
“Boleh awak sebutkan siapa lelaki itu? Memang confirm semua
tu lelaki ke?”
“Pertama: Pemerintah yang adil, dah tentu lelaki, sebab
dalam Islam lelaki yang jadi pemerintah”
“Ok, baik, yang kedua?”
“Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah
kepada Tuhannya, tengok! Hadis tu sebut pemuda, bukan pemudi!”
“Baik, yang ketiga?”
“Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
confirmlah sebab lelakikan wajib solat berjemaah”
“Saya setuju, yang ke empat?”
“Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan
untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada
Allah!”
“Hmmm, yang ke lima?”
“Lelaki yang mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat
Allah.”
“Wow, yang ke enam?”
“Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya”
“dan yang ke tujuh?”
“Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan
berpisah untuk mendapat keredaan Allah, macam orang tabligh selalu buat tu,
semuanya lelaki”
“so apa masalahnya?”
“Masalahnya, kenapa lelaki sahaja yang duduk bawah Arasyh,
perempuan nak duduk mana?”
“Adohai.., Ada hadis lain bagitahu, perempuan solehah, masuk
syurga lebih awal dari lelaki, so dah boleh masuk syurga awal, buat apa nak
duduk bawah arash lagi?”
“ye ke? Lupa pulak saya ada hadis tu”
“Untung jadi perempuan, sebab mudah masuk syurga jika taat
Allah dan taat suami, maka terbuka semua pintu syurga, bersukurlah”
“oh.., saya bersyukur jadi perempuan, terima kasih abang
mayat”
“Sama-sama, jadi kesimpulannya, beruntunglah perempuan yang
suaminya ada sifat tujuh golongan di atas, jadi jangan risau awak tak duduk
bawah arasy, tapi risaulah jika suami awak tak tergolong dalam tujuh golongan
itu”
“Saya, insaf, terima kasih abang mayat atas pencerahan”
“Ni ada lagi saya nak bagituhu golongan yang beruntung”
“Siapa?”
“Dengar baik baik.., Maka Beruntunglah wanita yang berkahwin
dengan TUJUH golongan lelaki itu Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan
isteri kepada TUJUH golongan lelaki itu”
“arhggghh, dah agak!”
Woha!
(Abaikan wajah lelaki perasan kacak dengan tujuh jenis
tanjak itu, tapi jika nak beli tanjak yang abang mayat lipat sendiri, boleh
send mesej kepada abang mayat)
Tempah Tujuh Tanjak? 0199117163-Whatsapp |
Jul 5, 2019
Pembaca baru, siapa Hamka Keretamayat?
Wahhh. Tahniah kepada semua Top Fan keretamayat di facebook.
Abang mayat kagum dari jauh!
Yang belum sila cuba lagi.
Sementara itu abang tengok ada follower baru masuk.
Jadi abang nak perkenalkan diri.
Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah
KERETA MAYAT
Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog
setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update twitter
serta telegram, terkini abang belajar buat video di Youtube pulak.
Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur
“kagum dari jauh”
Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa,
kisah laki bini, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.
Jumlah follower:
Facebook page: Hamka (Kereta Mayat): 154 ribu.
Blog: keretamayat.blogspot.my : 8,253
Instagram : hamka_keretamayat : 7619
Youtube: Hamka Keretamayat: 2017
Telegram: Hamka Keretamayat: 560
Lagi satu nak bagitahu, Abang juga seorang penulis, dah dua
belas buku abang tulis, semua pernah diulang cetak dan boleh dapat beli di
kedai, juga boleh beli on line.
Tapi ada juga buku yang dah habis. Tak tahu nak cetak semula
tu bila, doakan abang kaya. Abang cetak balik.
Tajuk buku yang dah habis.
(1) Permata Yang Hilang kini dijumpai
(2) Kamar Sutera
(3)Semusim di Neraka
(4)Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha
(5) Aku, Almond London dan Gay-
Ok. Tapi ada berita baik, masih ada buku yang masih diulang
cetak. Boleh beli di kedai atau online. Jangan menyesal bila habis nanti.
Tajuknya adalah:
(1) Kisah Laki Bini (kisah suami isteri menempuh suka duka
kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri) ,
(2) Kisah Anak Bini (Kisah anak yang banyak bertanya soalan
pelik, dan bagaimana Laki Bini menanganinya),
(3)Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
(4) Buku Terakhir Tentang Hantu, (kisah bini dirasuk dan
terbongkarlah segala rahsia dunia hantu)
(5)Semusim di Syurga (Tazkirah santai berdasarkan peristiwa
kelendar Islam, seperti NIsfu Syaban, Israk Mikraj, dan lain lain peristiwa
dalam Tahun Islam),
(6) Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa. (suka duka laki
bini di bulan puasa sampai raya)
(7) Mengeteh di kubur Ayah. (Surat dari arwah ayah kepada
anak)
(8) Kerana Dia Anak Syurka (buku baru-akan datang!)
Now you know.
Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang, Blog
abang, IG, telegram, Youtube semua.
Ok, tolong Subscribe dan like sikit video abang ni boleh?
Terima kasih
Ps: Abang dah lama kelakar, baru hari ni korang jadi
follower abang, bukankah esok lusa kita semua jadi mayat? Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)