Salam encik Hamka, saya masih bujang, selalu
baca kisah encik hamka tentang anak syurga, boleh saya tahu bagaimana cara nak
elak dapat anak Autisme?
*********
Waalaikumusalam..
Sejujurnya, dalam hidup ini ada MAKTUB,
iaitu semunya telah di takdirkan, maka rezeki saya mendapat anak syurga
Autisme, dan orang lain, akan ada rezeki masing masing..
Dalam hidup ini, kita tak boleh pilih siapa
ibu bapa kita, semua itu telah termaktub, orang melayu ke, india ke, kulit
hitam ke, putih ke, miskin ke, kaya ke, kacak ke, kafir ke, semua ini telah
termaktub menjadi orang tua kita, kita tak boleh buang mereka selamanya dari
hidup walau seburuk manapun mereka, sungguh berdamai dengan takdir keturunan,
akan memudahkan perjalanan seorang remaja..
Namun bab kawan, Nabi suruh kita pilih
kasih, iaitu berkawanlah dengan penjual minyak wangi (simbolik orang yang
positif kerana pasti tercium wanginya), jangan berkawan dengan penjual arang
(sombolik kepada orang negative kerana pasti terkena asapnya)
Bermakna, kita boleh pilih kawan sehingga
pujangga berkata, tunjukkan empat sahabat kamu, maka aku akan tunjukkan masa
depanmu.
Ya, empat orang kawan kita akan menentukan
masa depan kita, jadi orang biasa?, jadi kaya? Jadi berkarya dengan mahakarya?
Semua ditentukan dengan pengaruh rakan sebaya, maka pilihlah kawan yang
beriman, yang berilmu, yang menjual “minyak wangi”.
Nabi ada empat sahabat yang unggul, Abu
bakar yang kaya dan disegani, Umar yang garang dan berani, Usman yang pemalu
dan pandai berdiplomasi, Ali yang kuat dan berilmu, semua sahabat itu sedikit
sebanyak telah membentuk kejayaan kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Jadi dalam hidup kita, mampu tak berkawan
dengan orang kaya macam Abu Bakar?, atau berkawan dengan orang kuat macam Umar?
Atau berkawan dengan orang pandai bercakap macam Usman? Atau berkawan dengan
orang banyak Ilmu macam Ali? Dan tip nak berkawan dengan orang macam ni,
mulakan membaca buku yang ditulis oleh orang hebat hebat, maka akan terbuka
jalan berkawan dengan orang yang hebat hebat.
Sebab tu ada falsafah mengatakan, Jika Umur
20 tahun, dan kita miskin, itu salah ibu bapa, tapi jika umur 40 tahun masih
miskin, maka itu adalah silap kita sendiri yang malas membaca dan belajar
tentang kehidupan sekaligus gagal memilih kawan yang baik.
Masuk bab jodoh, sama juga, kita boleh
pilih, nak pasangan yang bersifat minyak wangi, atau penjual arang? Tapi ada yang buta kerana cinta, pasangan suruh
buat personal loan dia ikut, pasangan suruh jual harta dia ikut, pasangan hisap
dadah pun dia ikut, pasangan ajak beli kereta mewah dulu dan Tangguh beli rumah
pun dia ikut, pasangan tak tutup aurat pun dia ikut, pasangan derhaka pada
Allah pun dia ikut, adohai..
Dalam islam kita boleh tinggalkan kawan yang
negatif, maka dalam perkahwinan, kita dibenarkan bercerai jika pasangan kita
negatif..
Penceraian itu halal, jika pasangan kita
bersifat arang, maka asapnya akan menyesakkan kehidupan kita selama lamanya..,
hadkan kerugian, ya! kita rugi waktu dapat pasangan yang salah, tapi kita tak
perlu rugi selama lamanya, hadkan kerugian dengan penceraian yang halal.
Masalah hidup bukan semua kita kena hadap,
ada yang lebih baik kita elak, macam bab kawan dan jodoh, jika boleh elak kita
elak.. tapi ada masalah tak boleh elak, sudah termaktub, iaitu perihal ibu bapa
dan anak anak, sungguh anak kita, lelaki atau perempuan?, cantik atau hodoh?,
cerdik atau bodoh? normal atau OKU? Semua sudah termaktub! Dan kita tak boleh
buang mereka selamanya…
Masalah anak, kita wajib kena urus, jangan
lari dari masalah anak, jika ditakdirkan mereka murtad, atau gay, atau derhaka,
jangan kita lari, uruskan masalah dengan jiwa yang tenang dengan kefahaman
bahawa semua yang berlaku dalam hidup ini adalah ujian..,
Ujian kawan saya boleh lari, ujian pasangan
saya boleh bercerai, tapi ujian ibu bapa atau anak, saya akan hadap dengan ilmu
saya, sebaiknya ilmu agama, kerana kita di ajar untuk berdamai dengan takdir,
bersyukur dengan semua baki nikmat, walaupun sekecil nikmat, bersabar dengan
baki ujian walaupun sebesar ujian, kerana hidup ini hanya sementara, Akhirat
kekal abadi, semua perbuatan baik akan di nilai, dan semua perbuatan buruk akan
di balas.
So, balik kepada soalan, bagaimana nak
elakkan diri mendapat anak OKU?
Kita boleh usaha, jaga kesihatan, cari
keturunan yang sihat, tapi apa yang termaktub akan termaktub,
Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya
seorang OKU?, tapi jika takdir sudah tertulis anak kita adalah OKU, semakin
kita menafikan, maka semakin lambat anak di selamatkan. Jangan jadi seperti
saya kerana saya juga pernah termasuk dalam ‘Denial parent’, tapi sekarag
Alhamdulilah, sejak berdamai dengan takdir anak saya OKU autisme, maka
perjalanan hidup menjadi semakin mudah dan indah.
Kawan kawan semakin positif, pasangan sangat
membantu, rezeki melimpah hingga saya tulis kisah saya berdamai dengan takdir
dalam buku KERANA DIA ANAK SYURGA.
Alhamdulillah atas segala nikmat, semoga
buku itu memberi manfaat kepada semua yang membacanya.
Semoga tulisan ini berbau wangi dalam takdir
“berkawan dengan penjual minyak wangi”
Woha!