Dec 23, 2021

Buli perlu di hukum?

Alkisahnya.. Bagus sangat pihak berwajib meneruskan siasatan bagi kes buli pelajar di sekolah asrama walaupun mereka telah merayu kepada mangsa jangan diteruskan dengan laporan polis.

Pembuli perlu diajar bahawa setiap perbuatan salah ada hukumannya. Jangan biarkan kes buli seperti yang menimpa arwah Zulfarhan berulang..

Geram sebenarnya tengok kes buli.. Umur baru 13 tahun tetapi langsung tiada simpati mahupun empati.

Boleh pulak kawan kawan mereka ketawa sewaktu bergilir mengambil giliran menumbuk seorang demi seorang.

Anak saya dua orang di MRSM.. setakat ni mereka cakap tak pernah kena buli.. tapi melihat mangsa buli di video yang kabur.. hati tersentap sebab terbayang wajah anak remaja kita..

Geng buli ni jugak boleh jadi geng rogol.. perempuan menjerit minta tolong boleh pula mereka geng perogol ni akan gelak sambil memukul dan memuaskan nafsu serakah secara bergilir gilir..

Celaka sungguh!

Patut sangat hukuman yang berat dijatuhkan ke atas mereka!

Pesan saya kepada parent yang ada anak-anak bersekolah, pastikan anak-anak kita jangan jadi pembuli. Jangan 'ajar' mereka menjadi pembuli..

Pesan juga kepada anak-anak kita, kalau dibuli tolong jangan senyap. Laporkan diri dibuli adalah jihad paling wajib kerana InsyaAllah doa orang terinaya itu makbul. Undang-undang insyaAllah akan membela anda. Jangan sesekali membiarkan pembuli ini terus mencari mangsa yang lain. Jika mampu lawan.. lawan! Dan  Laporkan kesalahan mereka adalah jihad anda!

Pastikan anda mangsa terakhir mereka kerana mereka telah bertemu dengan orang yang silap...

He will messed with the wrong person!

Woha!

No comments: