Dec 30, 2014

Hikmah di sebalik Banjir?

(Pergi masjid pun nak cerita dalam blog, macamlah dia sorang jer pergi masjid, aku tengok tadi, dekat satu saf jugak-Adohai...)

Di musim banjir begini, pergi masjid kena parking jauh sikit, dan dapatlah kita melihat pemandangan area parking yang penuh dengan kereta macam hari jumaat, tentu kitapun akan dapat solat saf yang paling belakang macam hari jumaat sebab parking masjid penuh dengan kereta.

Tak apa kot dapat solat di saf terkebelakang kerana ramai yang datang solat, of corse bila datang ujian banjir sebegini, akan buat orang ramai lebih teringat pada Tuhan. Lantas penuh Rumah Allah,Ok apa?

Lagipun ada tercatat dalam sejarah, termasuk Sunnah Nabi bagi mereka yang segera ke masjid apabila langit berubah menjadi hitam.

Tapi yang mushkilnya di musim banjir sebegini, aku solat tetap dapat saf pertama sebab ada dua saf sahaja lebih kurang, mana pergi tuan kereta yang banyak parking kat luar tu?

Mungkin orang yang parking tu terperangkap dalam banjir-Sangka baik!

Ps: Tambah sangka baik lagi satu, mereka pergi tolong mangsa banjir dan solat di tempat perpindahan yang berhampiran. Semoga banjir cepat surut, dan dapatlah orang ramai membanjiri Rumah Allah. Deep nih!

****

Update, 30/12/2014

(Ada orang copy paste dekat ruang komen kisah Ustaz Yunan dan mangsa banjir, pesanan pada diri sendiri)

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.

Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.

Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.

Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.

Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.

Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?

Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...

Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?

Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.

Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...


Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...

Dec 22, 2014

10 sebab kenapa saya 'tolak' vaksin?

(Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui , Surah An-Nahl ayat 43)

 Sunnah Nabi memang terbaik, dan aku tak kesah korang nak tolak asbab dengan ilmu, nak tolak vaksin dengan fakta, tapi yang jadi masalah bila korang tolak asbab dengan kejahilan. Tolak Fakta dengan Auta.

Cuba tengok video hafiz yang lumpuh di atas kerana polio sebab ayah dia menolak vaksin dengan jahil.

Adakah masa depan beliau musnah sepenuhnya? tidak, malahan beliau istiqamah solat berjemaah dan hafal al quran, cuma selain beliau mengajar sunnah, beliau juga berkempen kepada ibu bapa di Pakistan agar tidak menolak vaksin dengan kejahilan kerana dia sampai hari ni sedih sebab tak boleh solat dengan sempurna.

Vaksin ini sains, benda yang boleh dibuktikan,

Agama ini adalah ketuhanan, benda yang tidak boleh dibuktikan dengan sains.

pesan aku jika mahu faham:

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Jika anda tidak kesah anak cacat yang penting ikut sunnah (walaupun anda menolak asbab) aku bukan mahu berdebat, tiada paksaan dalam islam, tapi ada paksaan dalam sains sebab keputusan yang salah kita tentang fakta akan menyusahkan orang lain, tak payahlah nak bangga bagitahu anak saya semua tak ambik vaksin, tapi setahun dah pandai bercakap. Deman sekejap lepas tu baik, itu sahaja hujah anda? Adohai..

Inilah masalahnya bila korang berhujah guna kesan placebo, setakat nak berhujah macam tu aku pun boleh, anak ayah aku, semua cucuk vaksin, ada yang jadi ustaz, guru, usahawan, ustazah, dan ada yang jadi penulis buku, waktu belajar, semua pelajar cermelang, ada yang dapat anugerah dekan, anugerah kejuruteraan dan lain lain, bila berkahwin pulak semua anak cucu sihat dan subur-subur, bab kesihatan, semua bila demam tak sampai sehari dah baik, bla bla bla.. (sampai besok pun tak habis berhujah dengan kesan placebo)

So, aku tak akan berhujah dengan guna data bodoh seperti itu sebab dalam sains, orang bercakap dengan data sebelum dan selepas, fakta di ambil siap buat double blind test bagai, ujian buat pada tikus dulu ke, apa ke, sebelum di uji atas manusia, dan macam macam prosedur yang didokumentasikan dan boleh diulang result base on experiment and observation.

Tapi itulah, manusia ni takut benda yang dia tak faham, sebab tu anti vaksin, bila nak tolak, bukan nak guna logik akal atau fakta, tapi guna serounding authority yang salah siap dengan placebo effect yang dicampur dengan tafsir al quran dan hadis yang tak jelas. Adohai..

Oleh kerana aku ikhlas nak tolong korang, dan oleh kerana korang malas nak guna otak sepenuhnya dan lebih suka tunggu info dan telan bula-bulat apa sajer yang member share kat FB atau whatassp group.

Juga sebab korang malas nak guna otak sepenuhnya dengan cara search sendiri dan kaji (malas nak beramal dengan surah al hujarat ayat 6) dan tanya pada yang pakar, (malas nak beramal dengan surah Ah Nahl ayat 43) maka terpaksalah aku tukar anlogolgi vaksin kepada helmet, sebab bab vaksin ni kena ada ilmu sains dan pandai English untuk kaji, bab Helmet pulak semua boleh pikir sebab benda dah depan mata. He he.

So, cuba bayangkan jika ada ibu bapa menolak anaknya memakai helmet waktu naik motor.

Alasannya:

1. Helmet sebagai teori konspirasi.- Halmet adalah satu Konspirasi jahat Zionisme yang mana bahan dalam helmet boleh membuatkan kepala jadi berat, dan telinga menjadi tuli, maka senanglah yahudi nak menakluk orang islam.

2. Helmet itu bahaya ‘doktor alternative’ cakap Halmet tak organik, kena guna daun-daun kayu sebagai penutup kepala.

3. Halmet ni konspirasi penjual Halmet, mula mula mereka cipta jalan raya agar motor bergerak laju, lepas tu mereka jual Halmet untuk cegah kematian, padahal nak kaut keuntungan, ini semua jarum sulit yang melemahkan ummat islam..

4. Islam agama yang sempurna, Helmet haram sebab menyerupai orang kapir, siapa menyerupai orang kapir maka akan masuk neraka. Lagipun, jika betul Halmet boleh kurangkan kadar kematian jalan raya, kenapa zaman Nabi dulu Tuhan tak turunkan wahyu suruh guna Halmet, cukup kain serban sebagai pegangan.

5. Helmet haram sebab ustaz naik motor pakai serban, kita kena ikut ustaz, Nabi dulu naik unta mana pakai helmet? Bidaah!

6. Tolak Helmet kerana ada benda kotor. Besi kancing Helmet di buat dari besi yang tertimbus dengan tahi. Helmet juga haram kerana ada babi. Dalam selaput helmet ada tulang babi! Walaupun bukan semua halmet ada selaput babi dan benda kotor, tapi saya tolak semua jenis halmet dan berserah pada Tuhan sahaja waktu memandu.

7. Tolak Helmet sebab ramai yang jugak yang mati waktu eksiden. Anak saya pergi Sekolah tak pakai Helmet, ok jer, dah setahun berulang ke sekolah, anak jiran yang pakai helmet baru ni jatuh, lutut dan siku cedera. so sia sia sahaja pakai helmet.

8.Tolak Helmet sebab kepala saya keras macam batu, tak akan mati walau macam mana terantukpun, lagipun mati ni sebab Tuhan yang matikan, bukan sebab tak pakai helmet.

9. Tolak Helmet sebab orang yang jual helmet pun ada yang tak pakai helmet waktu naik motor.

10. Tolak helmet sebab ada kesan sampingan seperti rambut senget, kepala gatal, dan tudung berkedut-
Woha!

Sekian.

Aku bukan nak menghina sesiapa, tapi sebagai orang islam aku malu bila kita tolak fakta dengan hujah yang tak masuk akal. Ummat islam sepatutnya cermelang dan terbilang, bukan sembang dan temberang!


Ps: Akhir kata, berhentilah menipu, atau dalam kes vaksinasi ini, berhentilah kena tipu, Adohai.

Rujukan: Klik sini

Rujukan: Klik juga sini

Dec 18, 2014

Cara jemput Ustaz Ceramah?

(Aku nak cerita kisah lama yang aku lupa nak pos 8 tahun dulu, baru jumpa dalam celahan folder hari ni, adohai, tajuk asal entry: Bagaimana nak jemput ustaz berceramah)

 “Hello, Asalamualaikum, boleh bercakap dengan Ustaz XX?”

“wa’laikumusalam, saya pembantu ustaz XX, nak jemput ceramah ke?”

“Tak, nak tanya soalan sahaja”

“Ustaz sibuk sekarang ini, tapi jika cik nak jemput ceramah, boleh bagi tarikh, dan dari situ semua ahli jemaah masjid boleh tanya apa sahaja soalan pada ustaz”

“Berapa ‘hadiah’ ustaz ni ambil untuk slot maghrib dan isyak?”

“Paling minimum, RMXXX, tapi jika diberi lebih dengan niat hadiah, kami terima sahaja”

“Wah, kira murah jugalah bayaran yang ustaz kenakan, ada sesetengah ustaz tu sampai beribu ringgit”

“Ha ha, Ustaz xx ni belum popular di TV lagi, baru berjinak jinak masuk radio, bila tarikh jemputan yang cik mahu dan di mana?”

“Tapi saya nak tanya satu soalan dulu, jika ustaz tu jawab dengan betul, baru saya panggil ceramah di masjid kampong saya”

“Hmm, oleh sebab ustaz tak ada, saudara tanya soalan dulu, jika mampu saya cuba jawab, sebab saya ni tak pernah miss ceramah ustaz xx”

“Apa pendapat ustaz tentang air holy water yang dikatakan diberi percuma kepada ummat islam?”

" Air Holy Water adalah air suci orang kristian, cara membuat holywater adalah sangat rahsia, Paderi akan melakukan Hubungan seks dengan sister, bila sister mengandung, janin itu akan digugurkan dan kemudian janin itu akan direndam dalam periuk tembaga yang mempunyai air. Air yang bercampur dengan balang janin Paderi dan sister itulah dinamakan Holy water, sangat bahaya jika ummat islam terminum air ini, lidah se peminum akan jadi hitam dan tidak boleh mengucap sampai bila-bila, air holy water ini adalah jarum sulit orang kristian untuk murtadkan orang islam dengan cara merenjis renjis minuman dan makanan yang terdedah di tempat umum, sebab itulah nabi kita ajar tutup makanan yang terhidang..."

“Ok bye”

Keterangan:

Apa gila kejadah aku nak jemput ustaz yang percaya dengan cerita ala ala teori konspirasi yang langsung tak masuk akal untuk rosakkan otak penduduk kampong. Tak berdosa ke aku jemput ustaz yang mudah percaya pada fitnah? apa kejadah paderi yang berzina dengan sister akan hasilkan air beracun pada orang islam sehingga lidah jadi hitam? Tak logik langsung. Holy water ni air biasa yang ada dalam gereja, lepas tu orang kristian datang celup ambik ‘wudhu’ dengan cara buat salib guna hujung jari yang direndam air tu. Itu sajer, nak hitamkan lidah apa kejadah?. Sesungguhnya, orang yang mendakwa air holy ada kuasa murtadkan orang islam adalah penipu, dan orang yang percaya adalah bodoh.

Tapi akhirnya Manager ustaz tu telefon balik dan bagitahu dia just sampaikan sebijik seperti apa yang di dengar dalam kuliah ustaz XX dan menurut ustaz XX, rahsia holy water ini didedahkan oleh Ustaz XX, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.

Aku pun ceramah kepada Ejen Ustaz itu bahawa air holy water tak ada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, jangan takut pada air, dan jangan fintah orang lain guna air walaupun orang kafir. Nabi tak ajar ummatnya fitnah orang kafir guna air atau teori konspirasi, rujuk surah Al hujarat bab fitnah.

Akhirnya, ejen itu insaf ditempat kejadian. Semoga beliau dan ustaz yang mudah ditipu dengan fitnah internet dapat bertaubat dan terus mengekalkan keinsafan dalam diri sampai mati.

Pesanan ini juga di tuju kepada diri sendiri dan kepada seluruh ummat islam, kerana sehingga ke hari ini, dalam wall FB, whatsapp group, telegram dan lain lain so call internet  masih ada mesej yang menfitnah tanpa kaji seperti: jangan makan burger ramly, sebab ada daging babi, jangan makan mee segera sebab ada racun lilin, jangan guna ubat hospital sebab ada virus yahudi, jangan ambil vaksin anak sebab ada benda kotor, jangan tulis salam, akum, sebab dalam bahawa yahudi bermaksud saya anjing sial, jangan percaya orang ke bulan sebab Al quran dah larang, jangan itu jangan ini. (Jangan jadi bodoh boleh tak?)

Bro, dah nak masuk 2015, internet makin laju, patut makin pandai, tapi mesej berantai dari surat fotostat ke wasap group, duk sebar tanpa kaji, dalam ceramah ustaz pun boleh sebar jugak? Apa Ke jadah?  Adohai.


Ps: Cuba korang tanya ustaz akan soalan berkenaan isu yang kontreversi, jika ustaz tu jenis mudah percaya pada teori konspirasi yang karut marut, maka berhati hatilah bila mereka keluarkan fatwa. Take note.

Dec 3, 2014

Dajjal pun berdakwah?

(Kajian Khas Hamka Keratemayat berkenaan Teori Kospirasi Dajjal dengan bersandarkan hadis-Hadis pilihan, sebuah penemuan yang mengejutkan tentang ummat islam akhir zaman-woha!)

Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika, di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.

Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam, lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan liar di pinggir Kota Madinah barangkali.

Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.

Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan iman.

Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.

Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.

Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan,

Untuk pengetahuan pembaca,  Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.

Maka tidak pelik, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:

“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis.

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”

Aisyah berkata lagi…

“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:

“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya”

“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”

Penderitaan ini bukan sahaja di alami oleh Nabi, malahan turut di alami oleh anak kesayangan Nabi Muhammad SAW yang mana pernah sewaktu Nabi ziarah anak kesayangannya Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan, dan Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, Nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong.

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;

Seorang cium di perut.

Seorang cium di leher.

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun.

Nota kepada Mualaf: kasyaf adalah dapat melihat peristiwa hadapan di sebalik dengan izin Allah.

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya.

Nota kepada Mualaf: Setiap Nabi dan Ambia a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya setelah berates tahun berdakwah tapi tiada yang ikut malahan menyakitkan jasad dan perasaan Nabi –Rujuk cerita para Nabi.

 Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!

Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama.

Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan walaupun di Madinah, sebab boikot hanya berlaku di Mekah ketika ummat islam dipulau ke lembah Abu Mutalib?

Kenapa Nabi tiada wang untuk membeli makanan?,

Adakah Nabi tak pandai berniaga?

Hello!

Korang semua yang aku muliakan.

Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu, sebelum baginda jadi Nabi SAW.

Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya.., lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku, maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.

Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya mati sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, sanggup di korbankan.

Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?

Benar, beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.

Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.

Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;

“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan."

Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.

Korang semua yang aku muliakan,

Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama.

Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa fatal Makah, Islam akhirnya menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam agama islam.

Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.

Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling, akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam selamanya.

Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat.

Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya, lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut dari cengkamannya. Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,

"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”

Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala boleh bercakap?"

Dengan selamba serigala menjawab: “ada berita yang lebih hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”

Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk islam.

Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.

Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Aku bagi cerita lain yang lebih gempak.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir bernama Ghassan bin Malik yang berkata:

 “Mahukah engkau wahai Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan perintah berhalaku?”

Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan perintah Tuhanku.”

Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..

Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari, berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di Madinah”

Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.

Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Aku bagi cerita lain yang lebih gempak gila. Ha ha!

Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa Dajjal.

Lalu Dajjal bertanya:

“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?

“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?

Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.

Korang semua yang aku muliakan sekalian.

Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat dakwah)

Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)

Kenapa sampai jadi macam tu?

Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama!

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!

Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas ugama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah..

Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:

“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”

Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:

“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”

Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:

“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”

Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya, serigala, berhala, syaitan dan dajal pun ‘berdakwah’ kepada islam.

Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk aku tidak membuat pengorbanan ke atas ugama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat, jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang dakwah!

Ada ustaz dan ulamak yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..

Dalam masjid hari ini, ada orang islam yang bergaduh, dalam parti islam, ada pecat memecat, dalam majlis ilmu boleh caci mencaci, menkafirkan orang dan mendoakan bala, dalam majlis membaca Al-quran pun masih ada unsur maksiat, menyebabkan manusia makin jauh dari hidayat Allah, malahan ada yang lari dari pangkuan Allah(murtad).

Maka aku berpesan kepada diri sendiri dan juga para pembaca, jadikanlah diri kita sebagai asbab hidayat, bukan sebagai penghalang hidayat.

Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.

Tapi apa itu pengorbanan?

Sebenarnya, aku dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun, tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK.

Sebagai contoh, solat jemaah adalah HAK ugama, mereka yang pergi solat jemaah baru tunaikan HAK ugama, Korban adalah apabila korang bangun malam solat tahajjud misalnya

Contoh lain, kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan.

Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana ugama dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,

Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda, tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!

Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.

Aku hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi, Apa kejadah?

Sebagi contoh: aku belum menunaikan Hak Solat, Yang mana aku wajib solat jemaah dan solat sunnat dan solat tahajjud tapi aku kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!

Hampeh kepada diri sendiri!

Aku juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana aku wajib Khatam Al-quran paling kurang 2 kali setahun tapi aku biarkan masa lapangku dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog? 
Adohai..

Aku juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana aku wajib berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi aku dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika aku sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!

Aku juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana aku wajib ajak orang kapir masuk islam dan ajak orang islam amal ugama tapi aku msih bersenang lenang dalam hangatnya pelukkan isteri di kedinginan malam di musim tengkujuh, isk isk..

Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa kejadah?
.
.
.
.
.
Pengsan!

Ps: Penulis ditemui pengsan depan komputer, dengan mulut terkumat kamit menyebut: "aku kat mana? aku kat mana? Woha!

(Nasib baik belum mati, sempatlah beliau bertaubat, kemudian mudah mudahan dapatlah beliau tunaikah hak agama, lalu belajar bekorban. Pesan pada diri sendiri rupanya. Adohai.)

Nov 24, 2014

Orang islam pun ada yang jahat?.

(Di Tembak Taliban kerana pergi sekolah-Inilah Kisahku)


Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat ke baik? Aku cakap, bila orang islam bunuh orang islam dengan kejam, jahat lah tu.

Kata si penanya, mungkin ISIS ni tentera yahudi atau tentera amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu?

Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan nenek kau, dan seret tengah jalan lalu nenek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan orang islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan islam. Mana tahu? Adohai..

Bro, ketahuilah, bukan semua orang islam baik, memang ada orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.

Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.

“Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (QS. An Nisa: 136)

Ayat ni dituju kepada orang islam, supaya taat perintah Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah tak ikut cara Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan jangan bunuh kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa sampai mati budak budak kecik. Adohai.

Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan lain lain.

Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk menyedapkan sentiment saya.?
Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata kerana sentimen!

Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.

Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.

Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan didokumentasikan menunjukkan orang Islam yang menjadi pengganas dan membunuh sesama islam, yang ajak jihad seks, yang  seksa budak budak, rogol dan sebagainya.

Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat  kerja jahat itu. Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati:  oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam.

Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang islam yang masuk neraka sehingga Nabi akan guna syafaat untuk bantu orang islam yang dosa dalam ibadat untuk dibebaskan dari api neraka.

Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak orang islam yang buat?, ada, dan banyak.

So, terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini,ada orang islam yang jahat, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman.

Nak pergi Negara arab nak tengok semua ni mungkin bukti tak berapa nak jelas, tapi cuba korang rujuk dalam nagara bab politik, rujuk parti so call islamik misalnya.

Sentimen korang sebagai orang dari parti so calI islamic. Maka fantasi korang percaya bahawa semua penyokong parti so call islamic adalah baik-baik belaka. Orang parti so call islamic tak buat silap, Orang parti so call islamic tak salah.

Jika ada Orang parti so call islamic yang salah, maka itu semua adalah konspirasi UMNO,  freemasoom dan ilmuniti, Orang parti so call islamic baik baik belaka..

Bila ada gambar atau video penyokong parti so call Islamic buat maksiat, korang dengan penuh sentimen berkata:

Ini bukan orang PAS, bukan orang DAP, bukan orang PKR, ini konspirasi UMNO, lagipun video besi tak boleh jadi saksi, kami semua baik baik, sebab kami dari parti so call islamic.

Bila dah terlalu teruk, korang pun pecat dengan mengatakan: Ini adalah ejen UMNO yang nak merosakkan parti.

Woha!

Teringat kata seorang ustaz PAS yang pernah di pecat kerana berbaik dengan UMNO

“bukan semua didalam UMNO itu iblis dan bukan semua didalam PAS itu malaikat.

Woha sekali lagi!

Eh? Orang Umno jangan gelak, sebab bukan semua dalam UMNO Asobiyah, dalam pembakangpun ada Asobiyah jugak. Adohai..

Moral of the story: terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang jahat, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman.

Korang tahu tak? Di Pakistan, pada tahun 2012, ada tentera Taliban (baca: tentera islam) yang tahan bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah naik bas yang membawa budak budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama Malala, jika tidak ada yang mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas itu.

Kemudian berdirilah seorang gadis berusia 15 tahun, mengaku dirinya Malala, lalu ditembak dikepala dan leher.

Pihak Taliban itu juga bersumpah nak membunuh ayah kepada Malala.

Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?

Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula bukan “banjir di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi kisah "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk budak perempuan belajar macam lelaki.

“tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah apa kejadah?”

Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di blognya.

Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, Malala akhirnya beransur pulih sehinggalah dihantar ke sebuah hospital di United Kingdom untuk pemulihan intensif dan sembuh sepenuhnya.

Pada 10 October 2014 yang lepas, Malala telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan dan beliau merupakan penerima anugerah Nobel termuda di dunia, umur baru 17 tahun kot!

Berikut adalah pencapaian Malala sebelum 18 tahun:

• Menang Hadiah Nobel Keamanan

• Berjumpa dengan Presiden Obama

• Wujudnya Yayasan Malala, sebuah pertubuhan global memberi tumpuan kepada membantu kanak-kanak perempuan ke sekolah di seluruh dunia.

• menulis buku yang berjudul: I Am Malala: The Story of the Girl Who Stood Up for Education and was Shot by the Taliban.

• Dalam sejarah dunia, sudah ada “Malala Day”

• Berjumpa dengan Queen Elizabeth

• Disenaraikan "100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia".

• Mahir berbahasa Pashto, Urdu, dan Inggeris.

• Selena Gomez pernah tukar avatar Facebook beliau dengan emej Malala.

• Memberi ucapan di PBB

• Berjumpa dengan Justin Bieber (serius)

Eh? Kenapa aku sibuk cerita kisah Malala kat blog? Sebab Malala mewakili orang islam yang baik, manakala Taliban yang tembak Malala mewakili orang islam yang jahat, so, : terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang jahat dan ada orang islam yang baik, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman. Insya-Allah.

Ps: Bab Jumpa Justin Bieber tu bukan pencapaian Malala sebenarnya, tapi merupakan pencapaian terbesar dalam karier seumur hidup Justin Bieber, harap peminat Bieber sekalian take note sebab ini agak deep- Woha!

Nov 8, 2014

Jemaah Tabligh, jawapan dari ustaz hak?

(Ramai ustaz yang kritik dan kutuk tabligh, tapi ada juga yang puji dan sokong, kali ni aku copy paste ulasan tentang tabligh oleh ustaz yang belajar agama dengan sanad sampai Rasulullah SAW, di tulis oleh Ustaz Ibnu Batoota)

Kali ni saya nak cakap sikit pasal jemaah dakwah paling besar dalam dunia ni. Bukan bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi itulah hakikatnya, kalau kalian datang sendiri ke sini, secara automatik kalian menjadi "Tabligh" kerana usaha dakwah ini terlampau umum sehingga menjadi aktiviti tetap setiap masjid di Afrika Selatan. Kiranya kalau kat Malaysia ni macam majlis baca yasin malam jumaat, tahlil, berzanji, dan lain-lain tu menjadi umum pada masyarakat, begitu juga aktiviti tabligh di sini dilakukan oleh semua umat Islam, dari imam, bilal, tok siak, budak-budak, bisnesman, doktor, student sampailah ke gengster-gengster. 

Selepas kedatangan jemaah Tabligh, kadar jenayah di seluruh Afrika menurun mendadak (kerana mafia-mafia ramai bertaubat) menyebabkan kerajaan berikan penghormatan yang sangat tinggi kepada golongan tabligh untuk menguruskan semua urusan umat Islam di sini.(sama seperti di Malaysia, kerajaan berikan penghormatan tinggi kepada golongan tabligh atas jasa mereka menurunkan kadar jenayah negara dan menjadi asbab bertaubatnya ramai mat pit, mat rempit, gengster, artis-artis seperti iwan dangdut,dr.sam saya anak malaysia, pierre andre dan entah artis mana lagi. Jika kalian berkunjung ke kuala lumpur, cuba lah datang ke markaz tabligh malaysia di masjid jamek sri petaling, disana kalian akan temui semua golongan yang saya maksudkan, dari mat pit, pembunuh bersiri, perogol bersiri, perompak, drug dealers semuanya ada).

Semua masjid yang ingin dibina mestilah melalui persatuan ulama dan persatuan muslim yang semua ahlinya merupakan orang tabligh.

Jadi kalau saya tak sebut tentang tabligh dalam cerita saya,itu merupakan satu penutupan fakta yang terang, umpama saya menutup mata di siang hari sambil berkata : "malam yang sangat indah".

So jangan salah anggap saya ni cenderung pada mana-mana jemaah atau kutip komisen daripada mana-mana jemaah. Kalau tak percaya, datanglah sendiri ke Afrika Selatan dan kalian akan dapati di setiap masjid punya papan kenyataan akan ada tertulis aktiviti-aktiviti tetap setiap masjid di seluruh negara dan semua aktiviti itu merupakan aktiviti tabligh yang merupakan sunnah nabi.

Dalam masa yang sama juga berbelas-belas guru Talaqqi saya merupakan aktivis tegar tabligh dan tareqat. Walaupun saya lebih cenderung kepada aktiviti tareqat dan habiskan masa dengan majlis tareqat bersama syaikh saya, tetapi tidak dapat tidak saya kadang-kadang akan berada juga di dalam majlis tabligh kerana ia terlampaulah umum.

Rata-rata muslim disini telah keluar berdakwah 4 bulan di india,pakistan,bangladesh yang mereka sebut sebagai IPB seawal umur 15-17 tahun. Kebanyakan mereka yang berumur linkungan 18-25 pula telah pun berdakwah selama 4 bulan secara jalan kaki yang mereka namakan sebagai jemaah pedal. Yang berumur linkungan 20-30 pula, pasport mereka telah pun penuh dengan cop visa seluruh dunia kerana berdakwah di negara luar selama 4 bulan.

Setiap tahun,dinegara ini mereka akan berkumpul yang mereka namakan sebagai "ijtimak". Puluhan ribu akan berkumpul selama 3 hari untuk mendengarkan pelbagai nasihat daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dari seluruh dunia. Beberapa minggu lepas, mereka adakan "ijtimak old workers" iaitu perhimpunan pendakwah senior di Madrasah saya yang hanya dihadiri oleh ahli tabligh veteran yang berpengalaman sekurang-kurangnya berdakwah selama 4 bulan. Untuk acara tahunan tabligh sedunia pula, jutaan mereka akan berkumpul di Bangladesh dan mendapat rekod dunia, iaitu perhimpunan tahunan manusia paling besar di dunia selepas perhimpunan Haji. Dan yang menakjubkan, mereka semua berkumpul setiap tahun tanpa miss setahun pun dan perhimpunan mereka berlaku tanpa diiklankan di media seperti TV,radio,surat khabar,kain rentang, poster-poster di tiang letrik, internet dan lain-lain media. Tiba-tiba je dah berkumpul berjuta-juta di Bangladesh untuk mendengar nasihat para ulama sedunia. Semua iklan perhimpunan hanya dibuat dengan penyebaran mulut sahaja persis seperti di zaman Rasulullah. Saf solat mereka sampai berkilo-kilo meter panjangnya kerana manusia yang terlampau ramai.

Rata-rata mereka mempunyai akhlak yang superb dan hati mereka umpama air, mudah menangis dan penuh kerisauan akan umat manusia sedunia. Mengikut cerita penduduk tempatan, banyak mafia-mafia dan kongsi gelap hebat di Afrika dibubarkan secara sendiri kerana ahli-ahlinya telah bertaubat kerana menjadi tabligh. Jemaah dakwah ini mempunyai kekuatan dakwah yang sangat hebat kerana selain daripada menziarahi rumah-rumah orang Islam, mereka juga masuk ke disko-disko, pub, kelab malam, rumah pelacuran, sarang dadah, lorong-lorong yang dipenuhi pondan dan sebagainya untuk mereka dakwah. Walaupun ada yang berfikiran dangkal dan mempunyai kecacatan otak bahawa golongan ini tidak boleh didekati jika dalam keadaan berpakaian jubah,serban dan lain-lain. Namun bagi jemaah ini, mereka slumber kering je masuk tempat-tempat tu untuk berdakwah dan menyebabkan ramai gengster dan samseng dan sampah-sampah di jalan menjadi permata mulia yang bersinar-sinar di sisi Allah. Oleh sebab itu, bila saya datang ke markaz tabligh disini, rata-rata mereka walaupun berjubah berserban, tapi badan mereka dipenuhi tatu-tatu besar kerana itu merupakan pengenalan mafia mereka. Dalam keadaan tangisan gengster-gengster itu dikeluarkan dari tempat-tempat kotor itu dan di bawa ke masjid lalu disucikan. Keadaan ini saya nampak depan mata saya dan bukannya sekali atau dua kali.

Bagi setiap negara, mereka mempunyai prioriti dakwah yang berbeza, jika disini, lubuk-lubuk gengster merupakan sasaran, kalau di Malaysia, jemaah ini banyak masuk ke hutan, bukit dan perkampungan orang asli dimana kawasan itu sangat gersang dengan agama dan ramai pula yang murtad kerana dimurtadkan oleh golongan missionaries kristian. Mengikut laporan tabligh Malaysia, JAKIM juga sering berkerjasama dengan tabligh di Malaysia untuk berdakwah diseluruh tanah air kita terutamanya di kawasan perkampungan orang asli.

Adalah sangat cacat otak dan pemikiran bagi saya jika saya nafikan jasa besar jemaah ini, kerana lebih 10 negara yang saya travel, saya akan jumpa jemaah ini sedang giat melakukan dakwah supaya umat Islam kembali kepada Allah. Apabila ramai yang bertaubat, mereka akan ajak pula yang lain untuk turut bertaubat. Maka ini "bisnes" akhirat yang sangat menguntungkan kerana menjadi sebab orang lain bertaubat atau mendapat petunjuk Allah merupakan satu aset besar di akhirat kerana walaupun mereka mati, tetapi buku catatan amalan mereka sentiasa dipenuhi pelbagai catatan amal.

Saya tergerak menyebut tentang jemaah ini adalah kerana terdapat suara-suara sumbang yang memfitnah jemaah ini dengan tuduhan-tuduhan aneh serta mengaitkan saya dengan jemaah ini dalam bentuk penghinaan. Adalah amat memalukan bagi diri saya apabila orang mengaitkan saya dengan jemaah ini kerana saya langsung tidak layak dikaitkan dengan jemaah ini. Dahlah orang-orang Tabligh memang dah benci saya(sebab saya selalu hentam diorang dalam group diorang,hehe), pastu orang lain kaitkan saya pulak dengan jemaah ni yang menyebabkan orang Tabligh lebih tak suka pada saya kerana mengaitkan saya dengan jemaah ini akan menyebabkan fitnah kepada jemaah ini.

Mana mungkin saya ini digelar tabligh sebab kalau saya ni tabligh, tak kan lah saya nak main fb? Itu logik yang pertama. Mengikut guru saya, orang Tabligh sedunia membahagikan masa menjadi 3 iaitu 8 jam untuk bekerja mencari nafkah, 8 jam untuk berdakwah kepada masyarakat dengan cara dakwah Nabi(real life dakwah, bukan maya) dan 8 jam untuk keperluan diri seperti makan,minum tidur dan masa untuk keluarga. Jadi mereka tidak mungkin ada masa nak main fb. Yang keduanya, orang-orang Tabligh ni akhlak mereka memang power, boleh nangis kita dibuatnya. Jadi mana mungkin saya dikaitkan dengan jemaah ini memandangkan akhlak saya yang sangat buruk dan kasar? Kalau korang kaitkan jugak, orang Tabligh tetap tak akan mengaku saya ini golongan mereka.

So, semua tuduhan itu just don't make any sense. Tapi saya tetap suka jemaah ni kerana hormat saya pada guru saya sepertimana Ustaz Azhar Idrus hormat jemaah ini kerana guru-gurunya (khususnya di Pondok-pondok Thailand) juga ramai yang Tabligh. Begitu juga sepertimana Tuan Guru Nik Aziz sangat hormat pada jemaah ini kerana guru-gurunya juga ahli Tabligh yang bukan Tabligh biasa, tapi tabligh yang memang tegar dan pekat kerana dulu Tok Guru belajar agama di Darul Uloom Deoband yang merupakan Markaz Ulama Tabligh Sedunia. Habib Umar di Darul Mustofa juga sangat menghormati jemaah ini kerana bapanya merupakan ulama pertama di Yaman yang menjadi Tabligh di tanah Yaman.Di negara Arab, jemaah ini dihormati kerana salah seorang ketua dan juga salah seorang pengasas jemaah ini ialah Maulana Muhammad Zakariyya Al-khandahlawi yang merupakan guru hadis kepada Abuyya Maliki (Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki) yang sangat terkenal sebagai benteng Ahlu Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia khususnya negara Arab. Apabila Abuyya Maliki menghormati Tabligh kerana gurunya yang merupakan pengasas bersama jemaah Tabligh, maka murid-muridnya dan komuniti Arab yang lain juga turut menghormati jemaah ini. Jemaah ini juga dihormati di tanah Arab kerana pengaruh Maulana Sayyid Hassan Al-Hasani An-Nadwi di tanah Arab yang sangat hebat dan Maulana An-Nadwi merupakan antara veteran Tabligh yang terawal dan bersahabat baik dengan pengasas UTAMA jemaah tabligh ini iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Khandahlawi (Pakcik kepada Maulana Zakariyya). Jika di benua Afrika ni, jemaah ini dipandang tinggi dan dihormati kerana nama ulama-ulama Tabligh seperti Mufti Radhaul Haq, Mufti Menk, Maulana Sulaiman Molla, Maulana Sulaiman Khatani dan ramai lagi.

Nama-nama institusi Darul Uloom seperti:

-Darul Uloom Deoband, India

-Mazahirul Uloom Saharanpur, India

-Hathazari Madrassah, Bangladesh

-Darul-uloom Nadwatul Ulama, India

-Darul Uloom Karachi, Pakistan

-Jamia Uloom ul Islamia, Pakistan

-Jamiah Darul Uloom Zahedan, Iran

-Darul Uloom London, England

-Darul Uloom New York, United States

-Darul Uloom Canada, Canada

-Madrasah In'aamiyyah, South Africa

-Darul Uloom Zakariyya, South Africa

Merupakan madrasah-madrasah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang guru-gurunya membawa manhaj Tabligh.

Disebabkan terlampau ramai ulama dalam jemaah ini di seluruh dunia, jadi pelajar agama tidak dapat lari dari memiliki guru yang bermanhaj Tabligh. Jadi menghormati jemaah ini kerana guru-guru mereka ahli Tabligh merupakan sesuatu yang normal bagi pelajar agama di seluruh dunia. Hanya yang mempunyai kecacatan otak dan kebantutan berfikir je akan cakap bukan-bukan tentang jemaah ini.

Adapun tidak dinafikan terdapat beberapa ahli tabligh yang menimbulkan fitnah seperti anak berterabur ke, soal nafkah ke, kebersihan ke, itu semua tidak sama sekali pernah diajar di dalam jemaah ini tetapi merupakan keburukan individu itu sendiri, saya sendiri pernah bertanya kepada para ulama tabligh berkenaan hal ini misalnya saya tanya adakah jemaah tabligh pernah mengajar ahli mereka supaya menjadi pengotor, tinggalkan anak isteri TANPA nafkah dan lain-lain? Bahkan para ulama itu menangis bila diajukan soalan ini kerana mereka berusaha penuh menyuruh semua ahli Tabligh ini agar menjaga adab,akhlak, kebersihan, dan lain-lain sehinggakan setiap ahli Tabligh yang mahu berdakwah diwajibkan untuk diinterview oleh ketua-ketua kawasan masing-masing berkenaan nafkah dan hal berkaitan yang mereka namakan sebagai proses "Tafakut". Hanya yang mempunyai bekal dan nafkah kepada keluarga sahaja dibenarkan keluar oleh ketua Tabligh di kawasan masing-masing. Jadi mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah tabligh yang tak bagi nafkah tu kerana mereka telah jalankan kerja mereka. Mungkin tabligh tu makan semua duit nafkah tu untuk dirinya atau lain-lain, itu bukan ajaran Tabligh dan tidak pernah disuruh oleh mana-mana ulama Tabligh untuk lakukan itu kerana perbuatan itu haram. Mana mungkin ulama menyuruh umat melakukan perkara haram?

Sama seperti Nabi melarang kita mencuri, tapi jika kita mencuri jugak, adakah patut kita hina agama Islam dan menuduh agama Islam sebagai agama pencuri? Hanya orang yang Maha Bodoh atau extremely deadly freaking MORON sahaja yang akan lakukan itu kerana telah jelas Allah dan Rasul haramkan mencuri, tiba-tiba umat Islam mencuri, maka itu bukan salah Islam. Maka sama juga seperti ulama Tabligh yang telah pun bagi panduan yang lengkap pada ahli Tabligh jika mereka langgar peraturan, maka itu bukan salah jemaah Tabligh tapi salah individu yang langgar peraturan tu.

Note: Hanya Jauhari Mengenal Manikam.

Jemaah Tabligh episod 2

Seperti yang saya telah khabarkan, saya cerita tentang jemaah Tabligh ni bukan kerana saya cenderung atau bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi disebabkan cerita-cerita pengalaman saya di Afrika ni berkait rapat dengan jemaah ni, maka saya terpaksa kenalkan dulu kepada kalian semua apakah itu jemaah ini kerana saya akan sering menyebutnya dalam kisah-kisah saya pada masa akan datang.

Hari ni bermula cuti di madrasah dan saya bersama bidadari dan baby saya keluar makan angin kat bandar Johannesburg. Kami singgah di satu penempatan yang dikategorikan sebagai kawasan "elit" atau hanya diduduki oleh orang kaya-raya. Rumah-rumah kat situ memang mewah, kereta mewah, semuanya boss-boss kilang dan pekerja-pekerja jawatan tinggi. Tempat tu namanya Ridgeway, kedudukannya terletak di pinggir bandar Johannesburg dan mempunyai kadar jenayah yang rendah kerana ia dijaga rapi oleh polis (sebab ia tempat orang kaya).

Apa yang mengejutkan, tempat itu dipenuhi oleh MUSLIM. Ada sebuah masjid besar kat tengah-tengah penempatan orang kaya tu dan masjid tu ramai bila 5 waktu solat. Dalam 4-5 saf. Kalau kat Malaysia, jangankan kata orang kaya, orang miskin pun tak datang masjid sebab orang Melayu-Islam kat Malaysia ni fikir masjid tu dibina untuk orang Hindu, Kristian, Buddha, sebab tu diorang tak berani jejak kaki ke masjid (if u know wut I mean). So-called "pejuang Islam" pun tak datang masjid(kecuali kalau ada ceramah daripada puak diorang,baru diorang datang).

Kat Malaysia ni, kucing lagi ramai kat masjid daripada manusia yang mengaku Allah tu tuhan mereka dan Nabi Muhammad tu nabi mereka.

Anyway, kat situ ramai muslim datang ke masjid dan mereka semua jutawan-jutawan-jutawan, beli semuanya cash-cash-cash. No RiBa at All. Dan bila saya tanya kat salah sorang ahli jemaah masjid kat situ berapa orang tabligh dalam masjid ni, dia jawab "semua".

Dia cakap, 35 orang dari masjid ni pernah keluar dakwah selama 4 bulan di serata dunia. So obviously 35 orang ni akan menjadi "ahli jemaah tetap" yang mengimarahkan masjid tu. Hampir cecah 100 orang muslim kat situ pernah keluar dakwah 40 hari. Dan yang berpengalaman 3 hari terlampau ramai. Disitu terdapat 300 keluarga Muslim dan semuanya jutawan kecuali beberapa keluarga (tetapi tetap kaya). Boleh dikatakan semua lelaki di tempat tu pernah keluar berdakwah paling kurang 3 hari. Sebab tu bila ditanya berapa orang "tabligh" kat sini dia jawab "semua".
Itu jumlah yang "Allahuakbar" bagi sebuah komuniti "jutawan". Jutawan mana dalam dunia ni yang pakai jubah dan serban dan mengimarahkan masjid serta malukan muka mereka untuk berdakwah dari lorong ke lorong dengan jalan kaki selain mereka?

Ada seorang pakcik tua dari Pulau Fiji datang melawat ke sini dan bila dia nampak "tabligh" dia akan peluk mereka kuat-kuat dalam keadaan sebak. So kami tanya dia kenapa dia suka sangat dengan "tabligh" ni?

Dia cerita, pada tahun 1965, masa tu dia masih remaja. Waktu itu tidak ada muslim di pulau Fiji kecuali sedikit dan pulau tu juga kecil, dalam kurang dari 1 juta orang populasi manusia. Muslim yang sedikit tu pulak datang dari India dan langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Hanya nama mereka sahaja yang "Islam", tapi mereka tak tahu jawab salam, tak tahu apa itu solat, puasa, zakat, haji, dan tak tahu mengucap pun. Masjid pun tak ada. Di pulau tu hanya dipenuhi oleh hindu dan kristian.

Pada suatu hari, tahun yang sama, ada beberapa orang jemaah Tabligh dari Zambia datang ke situ dengan kapal. Mereka mencari-cari orang Islam disitu dengan cara memberi salam. Tapi tiada yang jawab. Hampir seluruh pulau mereka cari muslim tapi tiada. Akhirnya mereka tanya penduduk tempatan dimana mereka boleh cari muslim. Penduduk jawab "kamilah muslim".

Jemaah tu pun gembira dan bagi salam. Tapi mereka tanya apa tu "assalamualaikum"?

Jemaah tu terus peluk mereka dengan erat sambil menangis.(Kerana mereka telah sedar bahawa disitu ramai muslim tapi muslim disitu sudah terlampau jauh dari Islam)

Jemaah ini kemudiannya membeli banyak ekor kambing dan buat kenduri besar-besaran dan jemput semua penduduk muslim untuk makan. Kemudian mereka mula bercakap dan bersembang sehinggalah jemaah itu tahu bahawa semua muslim disitu tidak tahu langsung apa itu allah, apa itu rasul, apa itu islam.

Akhirnya mereka berdakwah disitu selama 4 bulan, dan mereka minta dari markaz tabligh untuk tambah masa lagi sehingga dua tahun mereka tinggal disitu sehinggalah mereka ajar semua penduduk tentang asas-asas Islam seperti akidah, solat, wudhu, sampai terbina masjid. Kemudian mereka pulang semula ke family mereka (sebab nanti orang fitnah mereka bukan-bukan sebab tak balik dari dakwah) dan jemaah lain pula dihantar ke sana bersama ulama.

Sejak 1965 sehingga kini 2013, daripada 1 juta penduduk, hampir 500 RIBU manusia telah masuk Islam, lahir 19 orang ulama bertaraf Mufti, 300 orang ulama bertaraf Maulana, 5000 orang ulama yang hafiz 30 juz Al-Quran dan semua saham pahala ni masuk ke akaun jemaah tabligh dari Afrika (Zambia) tadi sehingga ke hari ini.

Sebab tu pakcik tu sangat berterima kasih kepada "tabligh" kerana sanggup tinggalkan anak isteri mereka untuk berdakwah kepada mereka sehingga terbentuk komuniti Islam yang besar disana dan selamatkan ramai orang dari neraka Jahannam.

Wallahi demi Allah, bila saya dengar dia cakap camtu, terus saya rasa bertaubat dan sebak bila saya teringat dulu saya selalu kutuk,halau,lari dari jemaah ni. Moga Allah ampunkan saya.

Kalau tak mahu ikut, janganlah zalimi mereka, mereka tak minta wang tak minta sedekah tak minta projek, tak minta anak dara, tak minta jadi ahli MLM, tak minta makanan..

Tapi mereka cuma minta kita semua kembali kepada Islam...

Tanpa membawa apa-apa fahaman yang berkepentingan...

Mereka cuma mahu orang Islam kembali sujud pada Allah....

Allah our uske Rasul ke raste mei chale,
Sab ke sab qurbani kya tha,
is qurbani ka naam pyaar kehte hei,
Agar yeh pyaar nehi hei,
To kya hei yeh?

Jemaah Tabligh part 3

Entah mengapa saya tiba-tiba nak berkongsi sebuah cerita..

Saya punya seorang teman, dari Vietnam.
Dia ceritakan kisahnya padaku.
Katanya dulu dia seorang juara maksiat.
Anak derhaka, peminum arak, penzina tegar.
Sampaikan hampir setiap malam dia bawa balik perempuan untuk dizinai dan arak untuk dimabuki.
Dan sangat teruk sekali sampai ia sering dilakukan di ruang tamu rumahnya depan TV.
Ayahnya tua dan bila menegur,dia akan dipukul.
Begitu jugak ibunya.
Dia punya seorang teman.

Temannya itu orang Tabligh.
Satu hari teman Tablighnya tu ajak dia untuk pergi satu tempat.
Dia setuju. Dan ikut.

Akhirnya mereka sampai ke sebuah masjid di sebuah bandar.
Yang jauh dari rumah mereka.
Rupa-rupanya si Tabligh membawanya ke masjid untuk Islah diri dan dakwah.
Maka si dia mengamuk. Katanya dia fikir mereka akan pergi melancong.

Si Tabligh berkata, aku tidak menipu dan tidak pula berdusta,aku cuma mengajak ke suatu tempat, tidak berkata tujuannya.Jikalau kau tak suka, silakan pulang. Jika mahu pulang bersama kami, tunggulah sehingga 3 hari.

Si dia pun berfikir, untuk pulang agak jauh. Maka biar saja dia tinggal disitu.
Dia tidak mahu ikut apa-apa program di masjid itu. Dari solat, majlis baca hadis, dakwah rumah ke rumah, ceramah, semuanya dia tak ikut.

Sepanjang harinya hanya dihabiskan di bandar itu, di dalam PUB dan DISKO.
Hanya waktu malam dia pulang untuk tidur dimasjid kerana jimat wang katanya.
Hari pertama begitu, hari kedua begitu, hari ketiga, keajaiban berlaku.

Si dia pulang lambat, dalam jam Empat.

Dia berbaring di lantai masjid dan lega kerana esok akan pulang ke bandarnya.
Dia cuba melelapkan mata.
Tetapi tidak boleh.
Ada sesuatu yang menganggunya.

Dia cuba amati.
Rupa-rupanya dia terganggu dengan bunyi tangisan seseorang.
Perlahan-lahan dia bangun menuju ke tingkap masjid.

Dia dapati teman Tablighnya itu baru selesai solat Tahajjud dan sedang berdoa sambil menangis.
Dia merasa kagum dan terus mendengar apa yang didoakan.
Dia melakukannya perlahan-lahan supaya tidak menganggu dia yang sedang berdoa.
Apabila dia semakin dekat dan amati apa yang didoakan.

Tiba-tiba.

Air matanya mengalir deras membasahi pipi.

Rupa-rupanya teman Tabligh nya itu sedang menangis di hadapan Allah supaya ampunkan dosa si dia yang sedang mencuri dengar, supaya berikan petunjuk kepadanya, supaya tunjukkan jalan kepadanya sambil menyebut-nyebut namanya di hadapan Allah. Si Tabligh merayu-rayu depan Allah umpama budak kecil supaya kasihani temannya itu.

Disebabkan dia menangis dengan kuat. Teman Tablighnya itu berhenti berdoa dan mencari suara siapakah itu.

Ternyata itu suara temannya yang baru pulang dari DISKO sedang menangis teresak-esak.
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya...
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya...
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya!!!
Dan dia menerimanya...

Maka bertaubatlah dia malam itu juga.
Mandi wajib dan mandi taubat malam itu juga.
Solat taubat malam itu juga.
Cukurkan kepala malam itu juga.
Katanya tidak sanggup lagi memasang rambut yang pernah bersaksi atas sekalian dosanya.

Kemudian, hidupnya berubah. Pakaian Yahudi dan Kristian dibuangnya. Disarungkan jubah kebesaran Nabi Muhammad sentiasa dan mahkota kebanggaan para Nabi sentiasa dililit di kepalanya. 

Dia menjadi Tabligh tegar yang juga sering ke PUB dan DISKO seperti biasa.
Tapi bukan lagi untuk bermaksiat kepada Allah, sebaliknya untuk berdakwah.
Ramai orang ditariknya keluar daripada dunia kotor itu dan dibawa ke masjid untuk bertaubat.
Tidak lama kemudian, dia membuat keputusan untuk ke Afrika melanjutkan pengajian agamanya kerana sejak kecil dia jahil.

Dan kemudian jadilah dia classmate aku yang duduk di sebelahku sehingga cerita ini disampaikan kepadaku.

Note: Beruntungnya orang Tabligh kerana buku-buku amalan mereka tidak pernah sepi dengan catitan amal kerana mereka melakukan bisnes yang tidak pernah rugi iaitu DAKWAH. Setiap amalan kawanku kini turut dicatat setiap satu tanpa dikurangi sedikit pun di dalam buku amalan teman Tablighnya itu.


Semoga Allah juga pilih saya dan keluarga saya menjadi pembantu agamanya, bukan perosak agamanya.

Oct 22, 2014

Kempen Makan Anjing?

(Di Southern China, ada budaya makan anjing, di Malaysia lain pula ceritanya)

Kepada mereka yang nak jadi pengajur apa jua acara di Malaysia, tak kiralah korang ni pembakang ke, orang  kerajaan ke, NGO ke, apa ke, tolong faham perasaan majority orang melayu islam yang bermazhab Syafee. Jika benda tu bercanggah dengan mazhab Syafee, tak payahlah buat sebab nanti ramai mojoriti yang akan menentang.

Sebagai contoh, jika korang duduk di Iran, dan buat acara yang bercanggah dengan ajaran Syiah, buat kempen namakan anak dengan Umar atau Aisyah misalnya, dah tentu korang pun akan kena kutuk siang dan malam.

Jika korang duduk di Afrika, buat kempen belajar Bahasa english, dah tentu Haram Bako akan datang sembelih semua peserta.

Jika duduk di Iraq, buat kempen yang bercanggah dengan fahaman ISIS, ada yang kena potong kepala.

So pengajur ni kena cerdik bila nak buat satu-satu acara, kena rujuk sejarah dan geografi, kena banyak baca surat khabar BM dan buku BM serta artikel BM bila nak buat kempen di Malaysia. 

Jangan syok sendiri dengan anggap di zaman internet ini, orang akan berfikiran terbuka.

Tak perlu aku tulis tentang hukum pegang anjing sebab dah ramai ustaz cerita, korang boleh rujuk sendiri. aku cuma nak tegur pada siapa siapa yang nak jadi penganjur, jangan buat kerja bodoh lain kali.

Bab agama dan budaya, jika tidak  ditangani dengan hati hati, boleh perang besar. So kepada pengajur, Ini tidak deep, just use common sense, and please take note.


Ps: Southern China has always had a tradition of dining on dogs. People from other parts of the country even joke that Southerners will eat anything with legs but the dinner table. But despite becoming more prosperous in the 1990s, Yulin has maintained the unique tradition of holding a canine banquet every summer. Copy/paste: (Click YouTube video below for detail)

Oct 21, 2014

Modal untuk Mengadu?

(Nota untuk Muallaf, sebagai junior, lakukan dua perkara ini dan anda akan menjadi penganut yang maju dalam islam-Insya-Allah)

Selamat datang kepada saudara baru yang terpilih untuk masuk agama islam. Tahniah aku ucapkan kepada anda semua kerana selepas hidup bebas boleh minum arak dan berzina, akhirnya anda memilih untuk masuk agama islam yang mengharamkan semua itu, ternyata anda termasuk dalam orang orang yang mahu menggunakan akal kerana terbukti bahawa segala ciptaan Allah itu tiada yang sia sia, Maha Suci Allah, maka peliharakanlah kami dari azab api neraka.

Sebagai senior dalam agama ini, ingin aku beri sedikit nasihat kepada saudara baru tentang apa yang patut kita sebagai orang islam buat hari hari. Selain solat 5 waktu seperti yang anda sedia maklum, hari hari dalam islam juga dituntut agar kita meluangkan masa dalam solat malam mengadu pada Tuhan.

Bahasa arab di panggil Qiam, atau tahajjud, senang cerita setiap hari ummat islam digalakkan bersembahyang tahajjud dan selepas solat tahajjud, kita digalakkan berdoa panjang panjang tentang masalah atau peristiwa yang menimpa kita setiap hari. Ini yang dimaksudkan dengan mengadu pada Tuhan kerana hanya padaNYA lah tempat kita mengadu.

Apa yang nak kita adukan?

Soalan yang baik, mengadulah tentang hati dan perasaan kita siang tadi ketika berdakwah semasa insan, kerana sewatu berdakwah, kita diuji dengan orang yang mencaci, meludah, baling batu dan sebagainya.

Maka selepas solat tahajjud, kita mengadulah kepada Allah agar ampunkan dosa orang itu, mereka kasar kerana salah saya yang tidak pandai berdakwah, mohon juga kepada Allah agar orang itu diberi hidayat, seadainya esok pun mereka masih menolak, mohonlah kepada Allah agar anak cucu mereka juga diberi hidayat. Jangan lupa juga memohon hidayat kepada diri sendiri kerana Allah boleh bolak balikkan hati manusia.

Selain itu, kita juga boleh berdoa agar diberi kekuatan untuk berdakwah esok, mohon di beri hidayat kepada Umar (samseng kampong kita) untuk bantu kita. Perkara ini dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.

Insya-Allah, jika anda saudara baru lakukan dua perkara ini, iaitu berdakwah di siang hari, dan mengadu pada Allah di malam hari, maka hati kita akan mendapat ketenangan abadi dalam kerja kerisauan ummat. Kita juga akan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.

Itu sahaja pesanan aku buat saudara baru, andainya anda meninggalkan dakwah di siang hari, maka aduan anda kepada Allah dimalam hari menjadi low class kerana mengadu perkara yang condong kepada kepentingkan diri sendiri seperti, doa panjang umur dan doa murah rezeki.

Doa panjang umur, dan doa murah rezeki ini tidaklah salah, tapi nampak sangat kita ni tiada fikir risau ummat, kita tak pedulikan hidayat untuk orang bukan islam, kita tak pedulipun jiran tak sembahyang, apa yang kita risau? panjang umur dan doa murah rezeki sahaja? adohai..

Doa panjang umur ini pernah di minta oleh syaitan dan doa murah rezeki pernah di minta oleh Qarun.

Dalam sejarah, Allah telah makbulkan doa mereka, syaitan masih hidup sampai sekarang, dan Qarun terkenal sebagai orang yang paling kaya sehingga harta yang kita jumpapun dikenali sebagai Harta Qarun.

Tapi apa yang berlaku kepada mereka diakhirat? Mereka akan di azab siang dan malam.

Jadi, dalam doa tahajjud di malam hari, banyakkan berdoa hidayat kepada ummat, kerana itulah doa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk berdoa sebegitu kena ada modal, iaitu berdakwah di siang hari. Jika tiada modal memang susah sikitlah nak mengadu, itu yang buat ramai orang islam langsung terus tinggalkan solat tahajjud, sebab tak ada modal nak mengadu.

Nak mengadu bab umur, takut jadi syaitan, nak mengadu bab harta, takut jadi macam qarun, nak mengadu bab dakwah, tak ada pula buat semalam, kelmarinpun tak buat, minggu lepas pun tak buat, tahun lepas pun tak berdakwah. Itu yang ramai senior dalam islam meninggalkan solat tahajjud sebab mereka tidak ada modal (tidak ada fikir risau atas ummat).

Akhir kata, marilah kita berdakwah di siang hari supaya ada modal nak mengadu pada Allah di malam hari.

Pesan kepada diri sendiri.


Ps: Mereka yang mendoakan bala sesama islam tidaklah mencerminkan islam. Harap saudara baru jangan salah faham. Take note.

Oct 8, 2014

Cerita Masjid lain bukan sini?

(Manusia belajar dari sejarah bahawa manusia tidak pernah belajar dari sejarah)

Sambungan kisah masjid Bandar..

Cerita pengerusi lama yang dah bersara tak sebulu betul dengan pengurusi masjid baru kerana telah hapuskan Akta Keselamatan Dalam Masjid sehingga banyak masalah berlaku seperti orang lintas depan solat dengan selamba, makmum tegur imam dalam solat tanpa adab, orang bukan islam ceramah dalam masjid hina orang islam, ceramah yang ada unsur syiah dan wahabi, dan macam macam masalah lagi yang tak pernah berlaku waktu pengurusi lama memerintah.

Sekarang AJK masjid dan orang kampong agak kucar kacir, ada yang menyokong cadangan pegerusi lama agar Akta Keselamatan Dalam Masjid dikembalikan, ada jugak cadangan dari pihak makmum agar pengurusi baru letak jawatan, kerana kadang kadang bini pengerusi baru banyak campur urusan masjid. Tak selesa dibuatnya orang ramai yang datang bersolat. Ada pihak menuduh pengerusi dan bininya banyak guna hasil tabung masjid untuk urusan peribadi.

Tak tahulah apa nak jadi dengan masjid dekat situ, dengar cerita, Ketua KRT sangat menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Masjid dikembalikan. Korang pulak bagaimana?

Berita terkini yang aku dengar, selepas Akta Keselamatan Dalam Masjid dihapuskan, terdapat desakan dari beberapa Jemaah masjid agar satu lagi akta di hapuskan iaitu Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam Masjid Kecuali Syaitan.

Kita semua tahu,Syaitan memang dibenarkan menghasut walaupun dalam masjid. Jadi cadangan agar di hapuskan Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam Masjid Kecuali Syaitan telah mendapat tentangan dari Jemaah yang turut bersolat di situ, katanya memberi pendapat dan menghasut adalah berbeza, tapi Jemaah yang lain cakap, puji dan kritik itu sama, arghh, sudah, akupun tak faham.

Mohon kepada Allah agar dibukakan hati pengerusi baru untuk muhasabah diri dan bertaubat. Ramai menganggap pengerusi baru terlalu lembut dan tidak tegas sampai orang boleh pijiak kepala, mohon juga agar pengerusi baru tidak menonjolkan bininya dalam urusan tabung masjid. Dan terkini, entah kenapa, pengerusi baru menaikkan kos masuk tandas masjid sebanyak 20 sen. Adohai..

Dalam kelam kabut masjid di Bandar, ada pulak cerita kurang enak di masjid dekat kampong.

Semua tahu sudah, Sedekad lalu, iaitu ketika Pengerusi lama dan Imam lama belum bersara di masjid kampung, ketika beliau masih mentadbir masjid itu,  orang kampong tidak pernah terfikir akan berlangsungnya 'pesta arak' secara terbuka dan besar-besaran di kawasan halaman masjid.

Walaupun Pengerusi lama sering dituduh sebagai tidak cukup Islam oleh Tok siak, dan ada kalanya dilebel sebagai Maha Firaun, tetapi masjid itu masih ada program program islamik mengikut lunas-lunas Islam tanpa menidakkan hak penganut agama lain menjalani cara hidup masing-masing secara terkawal di sekitar kampong.

Pada ketika itu, ada kedai arak dihujung kampung yang dijadikan senjata utama oleh Tok siak untuk menyerang Pengerusi masjid dan imam lama. Kononnya, sekiranya Tok siak dilantik jadi pengerusi,  maka kedai arak  tersebut akan dirobohkan serta merta.

Sebahagian 'doa' Tok Siak akhirnya termakbul apabila Pakatan kiri AJK masjid berjaya merampas 2/3 undi ahli jemaah, sekali gus memberi kuasa mentadbir kepada pakatan baru. Tidak cukup itu, Imam lama telah di tangkap polis kes rasuah dalam renovate rumah.

Namun, apa yang berlaku selepas Tok Siak berkuasa melalui kerjasama dengan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim (yang banyak bagi sponsor aktiviti tok siak) ialah bukan sahaja kedai arak tersebut tidak dirobohkan, tetapi pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan sekitar masjid, jauh mengatasi jumlah sedia ada di bawah pemerintahan pengerusi lama dan Imam lama.

Maka, Tok siak memberi alasan bahawa mereka tidak punya kuasa penuh untuk menjalankan perintah Allah SWT di masjid itu serta tidak wajar dipersalahkan kerana pengerusi baru adalah pilihan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim. Tok siak masih lagi Tok siak. Jika Tok Siak dah jadi Imam mungkin boleh bersuara.

Bertitik-tolak dari itu, peluang 'doa' Tok siak seakan makbul apabila Imam baru dipecat setelah bergaduh dengan pengerusi masjid yang baru kerana ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab pengerusi baru ada kes polis liwat budak, lalu pengerusipun melantik isterinya sebagai imam baru dan akan baca khutbah jumaat sekaligus mentadbir tabung derma masjid.

Ketua kampong yang tidak setuju dengan lantikan imam baru (bini pengerusi pulak tu) namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK  yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon lelaki lain.

Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahaluf siyasi. Tapi Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain.

Akhirnya Tok siak yang ada peluang menjadi imam, dan bolehlah meroboh kedai arak dihujung kampong dengan dana masjid jika perlu, telah menolak peluang dan melantik bilal menjadi imam baru, sekaligus menyimpang kunci tabung derma di hari jumaat. Tak tahu kenapa Tok siak menolak menjadi imam.

Padahal Tok siak, walaupun pengerusi dan tauke cina jual ais krim tak mahu beliau jadi imam dan pegang tabung masjid,  Tok siak mempunyai kuasa majoriti dengan disokong sepenuhnya oleh AJK lama dan mampu dapat undi 2/3 jika keluar pakatan dan dengan kuasa mutlak tersebut, Tok siak boleh sahaja menjalankan perintah Allah SWT dan merobohkan kedai arak sepertimana yang 'diimpikan' mereka selama ini.

Malangnya, Tok Siak lebih sayangkan kerjasama dengan Pakatan AJK yang sokong pasukan bola kegemaran dari Allah SWT. Tok Siak tidak sanggup memegang kuasa sendirian dan tetap akur ingin berkongsi kuasa dengan rakan-rakan sekutunya. Malah, lebih dari itu, Tok siak sanggup berkorban pula menjadi suara minoriti dalam mesyuarat bulanan Masjid.

Setelah melakukan pengorbanan dengan menolak tawaran menjadi imam,  Tok siak tiba tiba melatah pula apabila pesta arak bakal diadakan di sekitar kampong termasuk dihalaman masjid.

Penyokong imam baru, (dahulunya bilal) kemudiannya pantas 'menyelamatkan keadaan' dengan membuat kenyataan yang bersifat menyokong pesta arak dianjurkan atas alasan hak bukan Islam.

Kita faham bahawa Tok siak enggan menyinggung perasaan Pengerusi baru dan Tauke Cina jual aiskerim dengan menentang pesta arak secara terang-terangan.

Penentangan Tok Siak bagaimanapun disampaikan secara halus dengan menyiarkan kenyataan ABIM di FB peribadi Tok siak  yang menyelar penganjuran tersebut.

Hakikatnya, apalah guna Tok siak melatah atau marah dengan penganjuran Pesta arak, padahal Tok siak mampu menolak semua ini dari berlaku sejak dari awal dahulu? Tapi itulah masalahnya, bila di ajak bergabung dengan AJK lama, Tok siak nak ludah muka.

Akhirnya, dengan meletakkan kesetiaan kepada Pakatan AJK melebihi segala-galanya, maka Tok siak adalah sebenarnya merupakan rakan subahat dalam program pesta arak.

Nafikanlah dan putarbelitlah ke mana pun jua, namun hakikat bahawa Tok siak turut menyumbang kepada maksiat yang semakin berleluasa di kampong itu tetap merupakan satu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.

Oleh itu, tiada apa lagi yang dapat dikatakan selain ‘Tahniah’ kepada Tok siak kerana berjaya mempertontonkan cara pemerintahan Islam ala Tok siak melalui dasar perkongsian kuasa dengan pengerusi baru dan Tauke Cina jual aiskerim.

Kesiankan?, tengok tok siak yang sibuk kafirkan pengerusi lama bila buat salah, tapi berdiam diri bila pengerusi baru buat salah, islamlah sangat, adohai..

Mohon kepada Allah agar dibukakan hati Tok Siak untuk muhasabah diri dan bertaubat. Amin.

Akhir kata, kisah ni bukan kat tempat sini, tapi tempat lain. (woha!)

(Sumber berita dari Beruang biru)