Mar 29, 2020

Jemaah Tabligh ramai belum serah diri?


(20 tahun dahulu, dan kini, di tahun 2020)

Hari ni nak share pengalaman berdakwah dengan orang tabligh dua puluh yang lepas. Satu hari lepas asar, pergilah saya dan beberapa orang tabligh berdawah rumah ke rumah, satu jam kemudian kami balik ke surau tanpa ada sorangpun ikut.

Di tangga surau ada orang kampong perli:

“Berapa ramai yang ikut tabligh hari ni? kosong!”

Lepas tu pakat gelak beramai ramai, dan ada kawan dia sampuk!

“Tak laku dah dakwah macam ni, sia sia sahaja, orang meluat dakwah jumpa orang ni, takde orang ikutpun, lama lama pupuslah dakwah tabligh ni!”

Saya senyum, sebab saya faham, kejayaan dakwah bukan berapa ramai orang ikut kita, tapi berapa banyak yang kita dapat amal dari apa yang kita sampaikan. Betul tak?

Mari rujuk Al quran, Bagaimana semua Nabi berdakwah?

Nabi Muhammad SAW dan semua Nabi berdakwah adalah dengan cara jumpa manusia dan bercakap dengan lemah lembut.

Rujuk Al quran kisah Nabi Musa dan Firaun. Firman Allah:

"Pergilah kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".

Kalau ikut kefahaman korang, Firaun pun samalah macam korang, sangat meluat dengan orang yang berdakwah secara berjumpa dirumah beliau, firaun pun dapat dosa sebab marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi Nabi Musa datang kacau, patut Nabi musa berdakwah dengan cara yang selesa, cara yang mesti memikat dan menyenangkan orang, guna internet ke, FB ke, baru firaun tertarik dengan Nabi Musa dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.

Begitu fahaman korang yang kononnya bernas?

Saya nak tanya, sebelum Allah hantar Nabi Musa berdakwah pada firaun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Firaun tak akan beriman?

Sebelum Allah hantar Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa 99 peratus kamun Nabi Nuh tak akan tak akan beriman dan kena bala?

Sebelum Allah hantar Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Nabi Muhammad SAW akan kena baling batu sebab semua penduduk taif rasa meluat dengan dakwah cara Nabi.

(jika kau jawab Allah tidak tahu, maka kau adalah jahil sejahil jahilnya bab ugama)

Allah Maha mengetahui bang!

Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak selesa dengan dakwah cara Nabi, bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat blog ke? Tulis buku ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?

Takde maknanya!!

Nabi Muhammad SAW pun ajar sahabat berdakwah jumpa manusia dari rumah ke rumah dan bercakap dengan lemah lembut. Orang yang meluat adalah Abu jahal, Abu Lahab,.., tapi ada Nabi suruh sahabat ubah cara dakwah tu? Lepas tu siapa yang kena laknat dan azab? Abu lahabbbb!!!

Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..

Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah..

Nabi Nuh berdakwah siang dan malam, sepuluh tahun baru dapat seorang pengikut, tak pernah Allah cakap cara Nabi Nuh tu salah sebab 10 tahun dapat seorang, 900 tahun dapat 80 orang, yang salah kaum dia yang rasa tak selesa dengan cara Nabi Nuh berdakwah dan agenda yang di bawa oleh Nabi Nuh, akhirnya yang rugi kaum dia, bukan Nabi NUh, tak paham lagi?

"Tapi Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, macam mana tu?"

Dik, dakwah terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit ‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai yang insaf tengok mangsa covid menderita, habis tu nak kena jngkit dulu baru ornag lain insaf tengok kita? Gitu? Contoh lain: ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip? keretamayat juugak, adohai..

Dakwan cara Nabi akan datang bersama pengorbanan dan ujian.

Baca kisah nabi Ibrahim kena campak dalam api, Nabi Nuh di sabotaj binaan kapal, Nabi Muhamad di baling batu, Nabi zakaria di gergaji, Nabi Ayub di ditimpa penyakit, Nabi Yunus di telan ikan, Nabi Yosof dipenjara, Nabi Ismail di sembelih.. adohai.. banyak nak cerita.

Bila Sahabat rasa susah bermujahadah dalam berdakwah cara Nabi, Nabi tenangkan mereka dengan bagitahu:

“Sesungguhnya umat-umat yang zaman dahulu, mereka disikat dengan sikat-sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan urat dari tulang-tulang, namun semua itu tidak membuatkan mereka berpaling daripada agama.”

Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun takde jugak, sekolah pondokpun takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?

Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, sekolah pondok bertingkat tingkat, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?

Patut dengan dakwah cara tak meluat, Masjid penuhlah, tapi masih kosong terutama bila takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..

Akhir kata pesan kepada geng Tabligh:

Bersabarlah kita dalam berdakwah cara nabi, kerana Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di lontar batu sehingga berdarah darah, di hina di caci, di dusta di lukai, ini adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu yang orang kapir cukup meluat.

Tapi adakah Allah turunkan wahyu kesian tengok Nabi susah bermujahadah dalam berdakwah dengan cara yang orang kafir meluat lalu suruh ubah cara berdakwah?

Takde maknanya!

Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.

Pesan imam Ghazali: Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.

Nak berhibur sambil berpesan perkara baik, itu takde masalah, nak bernasyid ke, nak tulis blog ke, nak berkompang ke, nak berdemotrasi ke, nak uodate facebok ke, nak kadi youtuber ke, takde masalah, selagi ada kebaikkan, ianya akan member manfaat pada sesama mukmin.. tapi nak kata cara Nabi tak sesuai dan meluat, baiklah istigfar.

Balik ke tangga surau 20 tahun lepas, dikutuk oleh orang kampong konon dakwah cara Nabi takde orang ikut.

Jika mereka tahu akan datang, pada tahun 2020, satu perhimpunan Tabligh telah di adakan, tapi syarat peserta hanyalah mereka yang pernah berdakwah selama 4 bulan sahaja, maka saya yang pernah berdakwah selama 40 hari tak layak pergi ke sana, semua ada hikmah dan tiba tiba ujian Allah datang, virus covid tersebar, dan beribu ribu orang tabligh dah pergi serah diri.

Tengok bilangan yang hadir, gerun jugak sebab ramai, belum lagi jika rujuk Jemaah tabligh buat perhimpuan Ijtimak di Nilai tahun 2009, ada 200 ribu masa tu, jika rujuk himpunan di Tonggi pula, 4 juta orang… maka saki baki Jemaah tabligh yang gagal di jejak, tolong serah diri untuk diperiksa.

Salam sayang, korang semua penyejuk mataku.

Woha!



Mar 27, 2020

Tip aktiviti bersama anak sewaktu Covid?


(Hidup sementara sahaja, datang virus pun mati, tak datang viruspun mati. Sunguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh bab agama.)

Untuk itu, sempena perintah berkurung 28 hari, elok waktu yang ada sewaktu berkumpul bersama anak bini, kita habiskan dengan buat aktiviti keagamaan.

Nak buat apa? Buatlah (1) Muzakarah adab, (2)Taklim, (3)Bayan, dan (4)Soal jawab.
Bila nak buat?

Solatkan ada lima waktu, maka boleh buat satu majlis tiap kali lepas solat, contoh lepas subuh buat (3) Bayan, lepas zohor buat (1) muzakarah adab, lepas asar buat (4) Soal jawab, lepas magrib mengaji beramai ramai, lepas isyak buat(2) Taklim

Macam mana nak buat?

Ok, untuk (1) muzakarah adab, himpungkan semua ahli rumah, duduk dalam bulatan, dan minta cadangan dari ahli nak bincang isu apa?

Isu makan ke, isu solat ke, isu ziarah ke, tak kisah.

Bila dah dapat tajuk, si ayah boleh cerita tentang Maksud sesuatu ibadat, kelebihan sesuatu ibadat, dan bagaimana cara nak dapat hakikat ibadat itu. (korang kenalah study sikit sebab dah namapun ketua keluarga kan?)

Contoh katakan korang bincang adab solat, maka pengerusi majlis ceritalah tentang maksud solat, iaitu nak bawa ketaatan dalam solat keluar solat hingga solat dapat mencegah mungkar.
Kelebihan solat pula adalah dosa dosa diampuni bagai daun gugur dimusim gugur, (ada beratus ratus kelebihan solat)

Cara nak dapat pula adalah melalui solat awal waktu secara berjemaah.

Kemudian boleh minta semua ahli rumah tambah ikut ilmu masing masing, sebab banyak lagi kelebihan solat atau apa apa bab solat yang orang lain tak tahu maka dapatlah kita berkongsi ilmu.
Bagi ahli rumah yang tak tahu, suruh mereka ulang balik cakap orang lain agar tiada peserta majlis hanya diam termenung, biarkan semua bercakap.

InsyaAllah diam diam anak kita bila ada peluang bercakap bab agama, banyak input mereka bagi dan waktu ini jika fahaman mereka agak wahabi atau syiah atau ada unsur athies, bolehlah kita betulkan balik alignment calibration mereka agar kembali ke jalan Sunnah wal jamaah.

Ok, selain muzakarah adab, buat juga (2) majlis taklim, ini sangat senang, sorang baca hadis, dan yang lain pakat pakat dengar.

Melalui majlis taklim, anak anak akan ada modal untuk bercakap bab agama, waktu makan nanti boleh tanya anak taklim tadi baca hadis apa? Lalu terbukalah jalan untuk sembang perkara yang meningkatkan Iman.

Baik, dah habis dua majlis, nak buat apa pulak?

Buat (3) majlis bayan! Minta anak ceramah tentang agama dalam 10 minit, InsyaAllah melalui amalan muzakarah adab dan taklim tadi, anak akan ada banyak modal nak  berceramah.

Waktu ni jika korang suka kutuk ustaz ceramah tak best, baru korang tahu anak korang boleh pergi jauh mana dalam bab ceramah dan sama sama lah korang improve diri.

Dah habis bayan, nak buat apa pula? Hah! Ini anak paling suka, (4) majlis soal jawab.

Minta anak anak bertanya soalan, dan ayah jawab, waktu ni kita dapat tahu ilmu kita takat mana dan kita akan ada modal nak cari jawapan yang kita tak tahu, bagi anak yang tak bertanya, kita yang tanya dia, biar dia serik sebab  tak bertanya, haha.

Okey cukuplah dulu empat majlis tu korang buat bersama anak bini, ada lagi majlis lain seperti mesyuarat cara islam, khidmat cara islam, riadah cara islam tapi panjang nak cerita nanti, pelan pelan kayuh. (boleh rujuk FB dan Youtube saya dari masa ke semasa)

Bagi yang masih tak dapat gambaran, saya ada buat video Muzakarah adab di Youtube Hamka Keretamayat Channel, dalam video tu saya tunjuk cara buat muzakarah adab makan cara islam, jadi korang boleh buat Smart View kat TV dan biarkan anak bini tonton agar mereka faham bagaimana nak buat muzakarah tu nanti.

Video tu akan saya share di ruang komen. https://youtu.be/EIYVJMj1fOY

Selamat menonton, sila like dan subscribe dan jika keluar iklan kat video tu, janganlah skip ads!
Woha!

Ps: gambar anak anak lepak di belakang rumah seramai 5 orang yang sedang lapar dan makan dengan rakus kerana penat dengan majlis agama dari si ayah katanya, adohai

Mar 20, 2020

Kirim salam kepada?


Mahukah kamu temankan aku berjalan di tepi pantai sampai tua?

Alkisahnya tadi jogging tepi pantai tiba tiba terlihat pasangan pakcik makcik bertongkat sambil berjalan di persisir pantai.

Terus teringat arwah ayah dan bonda yang telah pulang ke alam akhirat.

Teringat juga waktu kecik aktiviti petang mandi pantai sambil di perhatikan ayah dan bonda.

Semua itu telah menjadi kenangan.

Dalam hadis, lihat wajah ayah dan bonda dapat pahala, lihat pantai pun dapat pahala.

Maka pesanan saya di persisir pantai indah ini, kepada mereka yang masih ada ibu bapa, bawalah mereka berdua berjalan di pantai dan nikmatilah pahala yang menderu bagai ombak menghepas pantai tanpa henti.

Lepas tu bagitahu, kereta mayat kirim salam

Woha!

Teh Tarik Tersedap?


Sempena hari wanita minggu lepas, saya nak share cara buat air teh tersedap (InsyaAllah)
Jom buat agar suami Puan akan lebih seronok beronok mengeteh bersama puan.

Bahan bahan:

1. Dua biji gelas, satu untuk rendam teh, satu untuk di dia yang istimewa.
2. Sebatang sudu untuk proses mencampurkan serbuh the dan susu menjadi sebatian
3. Dua sudu serbuk teh, atau tiga uncang teh.
4. Dua sudu susu pekat, jangan manis sangat nanti manis potong kaki tak sedap jugak
5. Panapis untuk asingkan serbuk
6. Air panas pada suhu 100 darjah Celcius
7. Sekelumit garam jika ada
8. Segugus Hali jika perlu
9. Sekalung cinta wajib ada
10. Sekujur asmara dana, wajib ada jugak.

Cara nak membuat.

Aduh, penatlah tulis teh, dia auto tukar the, maka saya buat video,


Selamat menonton dan sila like, subscribe channel Hamka keretamayat.

Woha!



Mar 19, 2020

Suaramu Syairku versi arab?



Pada satu hari, anak autisme saya tiba tiba naik pentas dan menyanyi lagu SUARAMU SYAIRKU versi arab.

Dia bukan penyanyi utama, tapi mujurlah penyanyi asal mengalah dan ajar guna mic dengan betul

Ada dua kali cubaan Ustazah nak tarik dia ke belakang tapi anak autisme gigih menyanyi sampai habis

Terima kasih ustazah yang sporting!

Terima kasih penyanyi utama sebab bagi laluan!

Woha!




Mar 18, 2020

Ada masalah hutang Along?


Salam abang mayat, saya pinjam along rm2000, tapi dapat rm1000 sahaja, dan bunga rm400 setiap minggu, jika sebelum seminggu bayar 1800 selesai hutang, tapi silap saya tak dapat bayar, minggu tu, bila nak bayar RM2000 mingu berikutnya mereka cakap saya kena denda lambat bayar RM3000, campur hutang jadi rm5000, saya mana ada duit? Mereka cakap jika tak bayar RM500 setiap minggu bunga naik RM500.

Saya pening, saya pinjam along lain RM5000, tapi dapat hanya RM2500, bunga RM800 setiap minggu. Jadi pinjaman duit kawan dan pinjaman along cukup RM5000 saya bayar kepada Along pertama, tapi dalam perjanjian saya tak boleh pinjam along lain dan mereka denda saya RM6000 campur dengan hutang RM5000 jadi saya kena bayar RM11000. Pening saya bang!

Lepas tu Along No 2 pula bagitahu saya kena denda RM6000 sebab langgar perjanjian kerana tak bagitahu ada pinjaman dengan Along lain.

Saya sangat risau dan sedih sebab suami dan mertua saya belum tahu dan Along ugut jika tak bayar segara akan bagitahu kepada suami dan mertua, saya takut kena cerai tapi saya sangat buntu, ada tak sesiapa di luar sana yang pernah hadapi masalah seperti ini?

Isteri rungsing.

***********
Hamka kereta mayat menjawab:

Semua orang berdosa dan sebaik baik pendosa adalah mereka yang tidak malu mengaku bersalah dan tidak malu bertaubat secara terang terang.

Pinjam along berdosa sebab ribanya tinggi, maka untuk bertaubat nak tak nak, kena mengaku bersalah, dan jika takut suami atau mertua tahu, hakikatnya along akan gunakan ketakutan kita untuk tuntut hutang lebih banyak sampai puan jadi murung dan bunuh diri.

Nasihat saya, buat report polis, dan simpan segala dokumen pinjaman serta bayaran, dan pergilah ke PPIM Kuala Lumpur untuk minta khidmat nasihat.

Saya rasa kena bagitahu juga suami dan mertua sebab nanti lambat laun mereka akan tahu juga sebab kita tak ada kuasa nak sekat mulut along dengan duit riba.

Dosa akhirat menanti sebab bila orang menipu akan guna dua tipu untuk tutup satu tipu dan guna empat tipu untuk tutup dua tipu yang mana akhirnya bila tipu terlalu besar, akan terbingkar jua

Dah terlanjur, bertaubatlah dan buatlah solat hajat sambil bercucuran air mata.

Sungguh dalam dunia ni berkumpul semua manusia nak mudaratkan kita mereka tak boleh buat apa apa melainkan dengan Izin Allah.

Sangka baik pada Allah!

Namun saya bukanlah pakar kewangan, segera report polis kerana takut ancaman Along, jika ada ugutan, rakam atau print short, tunjuk pada polis sebab along jika cederakan pemijam akan masuk kes jenayah dan mereka boleh kena penjara!

Merekapun takut penjara dan berani bila kita takut tak bertempat sahaja.

Penting, rujuklah PPIM yang dah banyak selesaikan masalah ini.

Sungguh ketakutan adalah modal Along untuk perah peminjam sampai mati kering, tapi jika berani dengan ikhlas, tiada kuasa yang boleh lawan orang ikhlas! Syaitan yang paling kuatpun tak akan mampu lawan orang yan berani dan ikhlas dalam bertaubat!

Dengan menzahirkan Taubat, ilham dari Allah untuk selesaikan masalah akan datang InsyaAllah dan ilham ini adalah rezeki yang tidak di sangka sangka.

Hari tu saya pernah baca kisah orang pinjam along, dan dia bayar setakat pinjam dan riba sahaja, denda semua dia tak bayar dan buat report polis bahawa sudah bayar hutang along tapi tak bayar denda yang melampau dan buat report atas tujuan keselamatan, mula mula along ugut nak bagitahu suami dia, tapi dia cakap, suami dah tahu, lepas tu along tampal gambar dia tak bayar hutang di tiang elektrik sekitar kampung, semua orang kampung tahu, dan dia lebih rela malu daripada diperah oleh along, akhirnya along tak kacau dia dan dia teruskan kehidupan sebagai peminjam along yang dah bertaubat, life goes on, kita tak hidup dengan pujian orang, dan kita tak mati dengan kejian orang. Kita hidup denga kasih sayang Allah dan salah satu nikmat hidup adalah bertaubat sebelum jadi mayat

Akhir kata:

Moga Menteri baru, ketua polis baru, hakim baru, peguam baru, kerajaan baru dapat berbincang untuk atasi masalah rakyat dalam bab along yang menindas.

Para pembaca yang pernah ada pengalaman boleh share cara nak atasi masalah terjebak dengan Along demi kebaikkan kita bersama.

InsyaAllah

Mar 17, 2020

Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?


(Jawapannya ada pada lima kertas kosong yang ada dalam simpanan anda.)

Baik, sediakan lima kertas kosong bersaiz A4.

Kertas pertama, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SETAHUN sahaja lagi…”

Kertas kedua, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEBULAN sahaja lagi…”

Kertas ketiga, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEMINGGU sahaja lagi…”

Kertas keempat,

tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEHARI sahaja lagi…”

Kertas kelima,

tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SATU JAM sahaja lagi…”

Okey, ambik masa, tulislah sepuluh sahaja yang anda akan buat pada lima kertas tu.

Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Saya ulang! Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Woha!

Ps: Siapa tak pernah jawab lima soalan ini dalam hidupnya, akan sangat meyesal bila tiba tiba sahaja mati mengejut.

Hint: Jangan mati bawa hutang, maka dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu, sehari dan sejam itu pastikan ada ruang untuk bayar hutang pada Tuhan, hutang pada orang tersayang, hutang kepada kawan, hutang kepada alam, hutang kepada kerjaya dan hutang kepada diri sendiri.
Hutang ni bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak yang baik serta kasing sayang.

Now you know.

Mar 16, 2020

Tip lesen keluar rumah?


Semalam on henset jam 10 malam sebab bateri habis, cas lepas isyak, sebaik on, ada 4 mesej masuk:

“Salam hamka”

“Jom wayang malam ni lepas tu ngeteh”

“filem Invesible Man”

“Tunggu rumah aku datang ambik”

Lepas baca 4 mesej tu, Saya pun bersiap, lalu bini tanya, abang nak pergi mana?

“Tengok wayang dengan kawan lepas tu ngeteh”

Bini pun pergi dapur, dan keluarkan kacang serta buat air teh, masuk dalam termos kecik lalu berkata:

“bawak bekal bang, mahal harga kat panggung tu”

Sayapun senyum lalu keluar rumah jam 11 malam.

Perkahwinan itu indah, lebih indah bila dapat pasangan yang saling memahami.

Woha!

Ada tip tak nak dapat isteri sporting macam bro?

Baik, Sebelum itu, lepas isyak tadi, saya buat bacaan hadis bersama anak isteri, tiap malam saya buat, dari awal kahwin sampai sekarang, dan jika terlalu sibuk, seperti kami dalam kereta bila tiba waktu lepas solat isyak, kami gantikan bacaan hadis itu dengan bacaan Al quran, biasanya 10 surah terakhir.

Dan saya azam niat, untuk adakan majlis bacaan hadis ni sampai mati, isteri setuju sebab tahu mati itu tak lama, jika mati esok, maka sampai esok sahaja.

Adakah tip ini membantu?

Woha!

Mar 15, 2020

Salah faham anak kita?


“Ayah, Kenapa ayah kena pergi solat di masjid, solat kat rumah macam bonda tak boleh ke?”

“Ayah orang lelaki, jadi.., ayah kena solat kat masjid, bonda pulak orang perempuan, jadi kena solat kat rumah..”

“Ohh, pagi jer ayah tak payah ke masjid kan?”

“apa pulak?, semua kena pergi masjid, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semua kena pergi masjid”

“Tadi, saya nampak ayah solat kat rumah pagi tadi”

Woha! Isteri saya gelakkan saya dari dalam bilik.. Saya jugak ketawa pada diri sendiri.., eh, kejap!, kenapa mesti ketawa?

Kenapa mesti ketawa bila diri sendiri bila dah kena Kantoi solat subuh gajah..,?

*****
Imbas kembali:

Pagi tadi, bukan pagi yang biasa, (cover line-sebanarnya malam tadi, bukan malam yang biasa, malam tadi bulan mengambang),

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan malam tadi saya dan isteri telah lena diulit syaitan lalu terlelap tidur dan terjaga jam 6.30 pagi lantas tergesa gesa bangkit dari pembaringan dan terus mandi wajib.

Anak saya yang biasa bangun pagi untuk ke sekolah telah bangun awal seperti biasa dan terlihalah di matanya seorang ayah dan seorang bonda sedang solat 'subuh gajah' pada waktu dah nak hampir jam 7 pagi, lantas anak saya yang berhati kamil menyangka bahawa ayahnya tidak wajib ke masjid sedang saya sebenarnya masih terbabas dengan penyakit wahan sehingga penah gak beberapa kali terkantoi solat subuh, aduh!

Maka moralnya di sini adalah, terbukti sudah bahawa saya bukanlah lelaki terakhir yang sempurna iman diakhir zaman kerana kejahilan dan kelemahan masih menyelubungi diri yang hina ini, sepatutnya saya, walau macam mana lambatpun bangun pagi, tetap kena pergi ke masjid, kerana sunnah Nabi, ada tiga perkara dalam bab solat..

Pertama, tempat azan di azankan (bagi lelaki terutamanya)

kedua, awal waktu..,

ketiga, solat berjemaah,

Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!

Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang sibuk nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah muafakat nasional dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..

Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..

Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat saya tetapi mengamalkan apa yang saya seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!

Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah di sana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…

Penutup:

Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..

Kenapa?

Kerana faham, Allah lah Tuhan kita dan sembahlah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah.

Bapa bapa sekalian, sila take note.

Woha!

(dipetik dari buku hamka kereta mayat)

Mar 14, 2020

Ziarah yang menginsafkan?

Saya pernah ziarah orang sakit.


Kata orang yang lumpuh:

"Jika saya boleh berjalan semula, hari hari saya akan pergi masjid solat berjemaah"

Kata orang yang matanya sakit dan kabur:

"Jika mata saya sembuh, hari hari saya nak baca Al quran"

Kata orang yang telinganya tiba tiba pekak, menulis dalam kata kata:

"Rindu nak dengar azan dan suara orang mengaji"

Kata kata dari mereka yang hilang orang tersayang:

"Jika arwah masih ada, setiap saat saya tak akan sia siakan, akan saya isi dengan kasih sayang dan cinta"

Lalu sebaik saya pulang dari ziarah orang sakit, timbul keinsafan untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada walaupun sekecil kecil nikmat.

Alhamdulillah.

Ziarah orang sakit adalah sunnah Nabi. Ziarah ini tak di rancang, biasanya bila kita berpeluang pergi berdakwah rumah ke rumah, ada orang perempuan jawab salam dan bagitahu suaminya terlantar di ruang tamu, di situlah saya bertemu si lumpuh, sibuta, sipekak dan bermacam macam penyakit menimpa manusia dan mereka sangat suka orang datang menjeguk mereka bercerita kisah agama. Walaupun dari orang yang asing.

Lain hari saya datang lagi, tapi isterinya jawab suaminya sudah pulang ke Dunia abadi. Innalillah

Insaf semakin bertambah.

Nikmatilah baki nikmat yang ada sebab semua ini akan menjadi tanah.

Akhir kata: sempena saya masih hidup, nikmatilah saya seadanya dengan cara:

Baca buku saya dan ada part tak faham, boleh mesej bagitahu mula surat dan saya sedia bantu kerana saya masih hidup.

Bila saya dah mati nanti, sedekah Al Baqarah sahajalah

Woha!

Mar 13, 2020

Jika boleh pilih tarikh mati?


Sempena virus merebak yang dah sampai tahap pandemik

Maka kita semua terdedah pada maut.

Jadi bersediakah kita untuk mati?

Untuk itu, Hari ni jika korang bangun awal, solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat, solat witir satu rakaat.

Lepas tu azan subuh, korang ke masjid.

Lepas tu baca satu surah.

Zikir sikit sikit

Termenung kejap muhasabah diri, rupanya saya dah tak ada hutang dengan Allah, tak ada gaduh dengan mak bapak, takde gaduh dengan anak bini, takde hutang dengan jiran dan kawan.

Maka mungkin hari ini kita boleh mati dengan aman.

Tapi jika hari ni korang menggembirakan beberapa manusia di jalanan, atau menyelamatkan beberapa nyawa manusia, atau mengislamkan beberapa manusia.

Maka, today is a perfect day to die.

Woha!

Mar 10, 2020

Rukun Iman itu Happy ending?


Satu hari lintas depan sekolah anak, terlintas dalam hati nak ambik dia, kena masuk 1km ke dalam dari simpang tiga.

Dia sepatutnya naik bas, tapi entah kenapa hati ni rasa dia tertinggal bas.

Sampai depan sekolah, anak yang masih bersekolah rendah betul-betul ada depan sekolah tertinggal bas, dia cakap macam mana ayah tahu saya tertinggal bas?

Saya cakap, ayah ikut gerak hati.

“Alhamdulillah, Doa saya makbul, saya suruh Allah hantar Malaikat bisik ke telinga Ayah bagitahu saya tertingal Bas, Malaikatlah tu yang bisikkan”

Saya senyum melihat anak duduk di kerusi depan dengan muka puas hati, saya bertambah senyum sebab dua rukun Iman telah dia buktikan hari ini iaitu percaya kepada Allah, dan percaya kepada Malaikat.

Lepas tu dia baca doa naik kenderaan dan ayat kursi.

Saya sajer tanya, kenapa baca doa tu?

“Nabi yang suruh baca, dalam sunnah ada kejayaan”

Saya senyum lagi mendengar jawapan anak sebab lagi dua rukun Iman juga telah dibuktikan, Percaya kepada Nabi dan percaya kepada Alquran.

Lepas tu saya cakap ayah nak pergi ambik adik Iman kat sekolah OKU, jadi kita ikut jalan jauh sikit. si anak tiba tiba bertanya:

“Ayah, kenapa adik Iman OKU?”

Ujian Allah nak, dah takdir Ayah dapat ujian ini, sungguh semuanya adalah ujian, samada yang baik dan yang buruk ada hikmah dari Nya, kita kena terima sebab hidup kita hanya sementara, terpulang pada kita nak bersyukur dengan ujian atau nak mengeluh, ayah pilih bersyukur kerana ahli syurga ada dalam keluarga kita.

“Ayah, kenapa adik Iman ayah cakap anak syurga, kami ni bukan anak syurga ke?”

Oh Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur Alhamdulillah ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.

“Jadi saya ini belum tentu ke syurga?”

Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil.

“Best lah ayah ada anak OKU”

Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan kakaknya ke Syurga.

“Wah, bestnya, tak sabar nak layan adik syurga dengan baik sekarang!”

Saya senyum lagi, sebab anak dah buktikan enam rukun iman yang dia percaya, iaitu percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada takdir.

Pesan ayah..

Wahai anak, apapun ujiah hidup, Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...

Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.

So jumpa di sana, tingkat lapan dekat telaga Firdaus.

Korang yang baca ni pun jemput sama!

Woha!

Mar 9, 2020

Kenal Musuh Kenal diri?


Pujangga cina ada berpesan:

“Jika kamu kenal musuh dan kenal diri kamu, maka kamu tidak akan tewas dalam seribu perang”

Tapi hari ini, kita ada geng maklipat yang tak solat sebab tewas sebelum berjuang, katanya Allah laknat orang lalai dalam solat, maka kami tak nak kena laknat maka kami tak solat, lagipun Allah suruh orang mabuk jangan solat, maka kami yang tahu kami mabuk sebab tak khusyuk, maka cukuplah solat pakai niat sahaja.

Aduh.., Nampak sangat korang tak kenal syaitan dan tak kenal diri sendiri, buat buat tak nampak sumpah syaitan dalam Al quran nak sesatkan anak adam hingga ayat Allah suruh solat dan rukuk Bersama yang rukuk korang abaikan, sujud Bersama orang yang sujud pun korang abaikan!

Ayat lain Allah bagitahu, solat ni berat bagi yang tak khusyuk, tapi ni awal awal dah tak nak solat, macam mana nak dapat khusyuk? Ayat lain Allah suruh cari pertolonngan Allah dengan sabar dan solat, bila korang nak amal? Ayat lain Allah suruh pelihara waktu solat, bila nak amal? Allah suruh solat mengadap kiblat bila nak amal? Allah suruh berdiri bila solat bila anak amal?

Rujuk Surah Taha ayat 130:

"Bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada waktu malam (isyak) dan pada keDUA belah siang(zohor dan asar); supaya engkau reda.

Bila nak amal solat lima waktu dalam al quran tu? Bila?

Tapi korang pegang separuh ayat celaka orang lalai dalam solat, padahal maksud lalai ni adalah lewatkan solat, solat main main, solat sambil riyak, solat sambil mabuk, tu yang ayat jangan solat jika mabuk sebab nanti bacaan akan salah, maksud ayat ni jangan mabuk, bukan jangan solat tapi itulah korang tak faham arab tapi sibuk nak tafsir maklipat bagai, aduh.. arak kan dah memang haram dalam Al quran sebab mabuk, buat apa lagi nak tafsir mabuk dengan tak khusyuk?

Maka balik kepada pesanan Sun Tzu, kenali musuh! Maka korang tak akan tewas!

(saya guna pesanan Sun Tzu sebab puak ni ramai jugak anti hadis tak nak dengar pesanan Nabi)

Maka kenalilah musuh utama, dalam surah Yassin Allah bagitahu, musuh utama kita adalah syaitan.

Bila ibadat, syaitan tak takut kepada orang ibadat, sebab tu syaitan boleh datang kacau orang dalam solat, luar solat apatah lagi!

Tapi syaitan takut pada dakwah!

Azan hukumnya sunat tapi syaitan takut sampai lari terkentut kentut kerana Azan adalah seruah berdakwah, Ajak mengucap, ajak solat, ajak Berjaya!

Solat pula hukumnya wajib tapi syaitan tak takut lalu datang bisik macam macam agar kita tak khusyuk!

Jadi nak lawan syaitan, kenalah berdakwah.

Itu sahajalah ubat yang paling mujarab nak lawan syaitan, kita semua kena berdakwah, banyak ayat al quran suruh kita berdakwah.

Tak cemburu ke tengok ustaz ebit lew pergi dakwah rumah ke rumah, cemburu beb!

Terus saya pergi jumpa geng tabligh, dan join mereka berdakwah, mereka suruh saya bagi salam, saya bagi salam, orang dalam rumah keluar, mereka suruh saya ceramah, saya ceramah. Orang senyum saya syukur, orang marah saya sabar, dapatlah saya kenal diri sendiri waktu jumpa manusia yang macam macam.

Lepas tu azan, kami balik ke masjid dan solat, waktu rukuk Bersama orang yang rukuk saya rasa sedih sebab masih ramai manusia yang tak dapat nikmat rukuk Bersama orang yang rukuk.

Bila sujud Bersama orang yang sujud saya rasa bertambah sedih sebab masih ramai manusia yang tak dapat nikmat sujud Bersama orang yang sujud.

Oh, semoga Allah bagi nikmat solat ini kepada semua ummat manusia, Oh mahalnya hidayah Allah..

Akhir kata:

Solat itu nikmat, solat awal waktu itu nikmat, solat berjemaah itu nikmat, lagi lagi jika korang solat lepas buat dakwah.
Susah nak cakap, sahabat Nabi dulu buat dakwah 13 tahun baru turun perintah solat, mereka sangat seronok solat hingga Nabi cakap solat awalnya 50 waktu dan mereka sanggup, sebab mereka merasai kemanisan solat sebab mereka semua pendakwah.

Kita hari ni yang tak nak buat dakwah, dengar kisah israk mikrak Allah kurangkan solat dari 50 kepada 5 kita masih bantah, kenapa tak tiga? Kenapa tak satu? Nampak sangat hati tak khusyuk hingga solat rasa berat.

Last last tak solat terus sebab tak khusyuk?

Apa ke jadah?

Jom berdakwah dan selepas berdakwah korang akan rasai kemanisan Solat berjemaah.
Sungguh dakwah itu meningkatkan Iman
Sungguh Taklim itu akan membetulkan Dakwah
Sungguh Khidmat itu akan membuatkan dakwah ada roh
Dan sungguh Dakwah itu akan membuatkan ibadat menjadi manis.

Jangan kata abang keretamayat tak payung.

Woha

Mar 8, 2020

Ipar itu Maut?


Alkisahnya.. Sewaktu kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara, sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.

Bila saya ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang, tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.

Masa berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya, Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain ‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan (ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).

Sambung balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.

Balik pada kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.

Baik!, ilmu adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada ipar duai?
Jawapannya adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan, seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau berpisah.

Saya dahulu pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya hidang air tanpa bertudung!

Bila ada peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang mengintai atau masuk dalam rumah.

Dari nada percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf emak dan anak. Tepuk dahi!

Jadi balik kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi, sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.

Haram dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat tertentu dan lain lain.

Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang, wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.

Maka untuk mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di jaga. Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:

"Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita"

Lalu seorang sahabat Ansar bertanya:

"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".

Sabda baginda:

"Ipar itu maut".

(Riwayat Nasa'i)

Jadi balik kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.

Cumam bila bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu maut!

Sebagai penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi, bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan Karenna Kapoor.

Terus anda yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan perempuan!”

Di sebalik tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”

Anda yang masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada dua pasangan, apa cerita? Haram!”

Terdengar pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”

Terus anda dapat modal untuk berkhutbah:

“Ipar duai adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”

Lalu Shah Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.

Anda rasa, apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.

Jawapannya, Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar duai yang tidak mendatangkan maut!

Faham tak? Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!

Woha!

Ps: Nama dan watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Mar 7, 2020

Video paling hakikat Maarifat?


Tamsilan mudah ilmu syariaat, Tarikat, Maarifat, hakikat.

Sila dengar sampai habis takut salah faham dan jadi sesat. Jadi kena tengok sampai habis

Woha!

Link video:




Mar 6, 2020

Soalan kepada Menantu?


Zaman sekarang, bila ada orang berkenan kat anak kita dan datang nak merisik, biasa kita tanya, kerja apa? Duduk di mana? Anak siapa?

Tanya sebab nak tahulah jugak latar belakang sebab mereka nanti nak hidup dan nak jaga anak cucu kita, jadi saya rasa akan datang, mungkin kita boleh tanya bakal menantu soalan ini:-

-Bumi ni rata ke Sfera? (boleh tengok cara dia berfikir normal ke tak)

-Betul ke orang ke Bulan? (boleh tahu cara dia menilai sains)

-Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? (boleh tahu sama ada dia kaki teori konspirasi)

-Pernah join Multi Level Marketing? ( Boleh tahu level otak dia)

-Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? (boleh tahu Syiah ke tak)

-Sambut Maulud Nabi boleh tak? (boleh tahu dia wahabi ke tak)

-Nak beranak kat rumah ke kat Hospital? (boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat Daola)

-Apa pendapat anda tentang Tun, Anwar, Hadi dan Najib? (boleh tahu dia macai politik mana)

-Pernah jumpa hantu?(boleh tahu tahap mistik yang dia percaya)

-Anak nak hantar sekolah tak? (boleh tahu ilmu terkumpul dia takat mana)

-Apa pendapat tentang solat berjemaah? (boleh tahu dia ni geng sembang maklipat ke tak)

-Jika anak kena denda di sekolah, apa tindakan anda? (nak tahu agar cucu tak dapat mak bapak bangang yang serang cikgu di sekolah)

Okey, begitu lebih kurang soalan-soalan asas untuk menilai tahap pemikiran bakal menantu korang, tapi jika dia jawab satu jawapan khas.

Tak payah tanya banyak lagi sebab korang memang bertuah dapat menantu yang hebat macam tu.

Apa jawapan dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
“Pakcik, makcik.., saya sebenarnya ada baca buku Hamka Kereta Mayat.

Woha!

Kagum dari jauh!

Ps: Buku tinggal lima tajuk sahaja (1) Kerana dia Anak Syurga(2) Hantu terakhir (3) Kisah laki Bini (4) Semusim di Syurga (5) Kisah Anak Bini.

Buku (6) Semusim di Neraka, (7) menangakap Dajjal, (8)Ngeteh di Kubur Ayah, (9) Permata yang hilang, (10) Kamar Sutera, (11) Almond Gay, (12) Satu (13) Makan Dalam,

itu semua dah habis dan telah bertukar menjadi kenangan terindah. woha!

(Tanjakv pun masih ada, he he)

Mar 5, 2020

Perempuan bodoh di larang baca?

(Ya betul, Perempuan bodoh di larang baca)


Encik Hamka betul ke kata kawan non muslim saya Islam adalah agama yang tidak adil kepada wanita?

Sebab dalam Islam perintah agama cenderung menguntungkan kaum lelaki seperti hanya lelaki boleh jadi ketua pemimpin, hanya lelaki menjadi iman solat, saf solat pula, perempuan di atur paling belakang, lepas tu balik kerja kena layan suami kalau tak di kira menjadi isteri derhaka sedangkan suami boleh berkahwin ramai, manakala dalam hadis ada tujuh lelaki boleh duduk dibawah lindungan Arash tetapi perempuan tidak dinyatakan, aurat perempuan pula sangat terbatas dan kami menerima harta warisan paling sedikit berbanding lelaki, ada tak encik hamka pernah tulis tentang gender equality dalam islam?

Jawapan:

Salam Puan, terima kasih bertanya..

Sebenarnya, Masalah ni pernah berlaku di Bethesda dekat Maryland sebelah United States sana yang mana ada hamba Allah ni, Amina Wadud ke apa Namanya, bagitahu Allah ni pilih kasih sebab Allah di anggap lelaki (HE) Lalu persoal?, kenapa lelaki je boleh jadi imam solat Jemaah? Kenapa lelaki jer boleh baca khutbah?

Lalu beliaupun ajak 100 orang lelaki dengar khutbahnya dan terus beliau jadi imam solat jumaat pertama berjantina wanita-lepas tu beliau kena kecam tapi beliau teruskan perjuangan menjadi imam solat dan anggap itu satu kejayaan dalam bab gender equality.

Balik pada islam, kejayaan manusia adalah dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi (bagi lelaki) dan ikut cara isteri Nabi (bagi perempuan)

Nabi solat berjemaah di masjid (lelaki semua kena ikut) isteri nabi solat di rumah (yang ni perempuan kena ikut)
Maka janganlah silap kita mentafsir kejaayaan dalam hak kesamarataan antara jantina, kerana memang Allah buat berbeza!

Sejak bila kejaaan wanita di ukur melalui Gender Equality? Sejak bila kejayaan orang perempuan bila berjaya buat apa yang lelaki buat?

Takrif kejayaan tu tak tahu ambik dari sumber mana? padahal Allah dah terangkan dalam alquran paranan lelaki dan wanita yang BERBEZA dan SALING MELENGKAPI, bukanya kena SAMA dan saling bersaing!

Mungkin dalam kehidupan manusia tidak bertuhan di barat, takrif kejayaan perempuan adalah sama dengan lelaki. Contoh, jika lelaki boleh bukak baju, sayapun boleh bukak baju, jika lelaki boleh angkat berat, sayapun nak angkat berat. Jika lelaki boleh bela bulu ketiak dan bulu kaki, kami orang perempuanpun nak tunjuk bulu ketiak. Jika lelaki boleh kerja buruh, kamipun boleh! Jika lelaki boleh ramai awek, saya pun boleh ramai pakwe! Jika lelaki jadi bos, saya pun nak jadi bos walau emosi saya terganggu waktu Haid!

Lalu berlumba lumba perempuan tak ada agama nak jadi ‘lelaki’, masing masing tinggakan rumah tangga dan bersaing dengan lelaki untuk dapatkan hak kesamarataan, sampai anak perempuan dirumah terabai, dan bila tua korang tinggal dengan anjing sebab anak perempuan korang pun sibuk nak jadi lelaki.

Jadi, daripada korang berlumba lumba nak jadi lelaki lebih baik korang orang perempuan buat kerja yang lebih mulia iaitu: JADI PEREMPUAN.

Balik kepada Amina Wudud, Jika betul tafsir kamu, dah lama turun Nabi perempuan, tapi itu tak berlaku sebab tugas perempuan adalah bantu Nabi, bukan menjadi Nabi.
Sungguh menjadi Imam solat tak menaikkan darjat mana mana perempuanpun sebab zaman Nabi, Khatijah ke Aisyah ke mana jadi imam? Tapi mereka tetap dapat jaminan syurga. Mereka tetap dikira bertakwa, dan takwa di sisi Allah bukan bila perempuan dapat jadi imam atau lelaki dapat susukan anak, takwa bila masing masing buat kerja masing masing.
Rujuk isteri Nabi, Apa kerja mereka? Semua tahu sudah: mereka buat kerja mereka iaitu menjadi ibu yang Allah janjikan Syurga di bawah kaki. Melahirkan anak dapat pahala syahid, susui anak dapat pahala sedekah, taat suami pintu syurga terbuka dan macam-macam lagi.

Bila anak nak taat pulak, Nabi bagitahu tiga kali, taatlah ibumu dulu baru ayah.

Mendengar ini, ada tak lelaki cemburu dan fikir nak beranak macam perempuan sebab nak syurga bawah kaki? Isn’t that sexist? Ada?

Takde sebab kami faham tugas masing masing, tugas lelaki: JADI LELAKI BERTAKWA

Tugas perempuan: JADI PEREMPUAN BERTAKWA
Dan bidang ibadat LELAKI BERTAKWA tak sama dengan PEREMPUAN BERTAKWA.

Takwa bukan ada dalam hak kesamarataan jantina! Takwa ada dalam kefahaman agama yang Allah bagi kepada mereka yang ikhlas nak belajar dan amal agama!

Banyak kali Allah sebut kejayaan lelaki dan perempuan secara berasingan,: rujuk ayat 35 surah al ahzab:
Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”

Kenapa Allah sebut secara berasingan? Sebab lelaki Berjaya bila jadi LELAKI soleh, dan perempuan Berjaya bila jadi perempuan SOLEHAH.

Bukannya bersaing semua nak jadi macam lelaki, tapi saling lengkap melengkapi!

Ambik satu contoh, Suami pergi kerja cari nafkah, wanita jaga anak dirumah, suami ajar isteri agama, isteri ajar anak agama. Suami solat di masjid, perempuan solat di rumah, suami berdakwah kepada jiran jiran, wanita galakkan suami keluar berdakwah, Suami cari harta, perempuan jaga harta, suami sediakan tempat perlindungan, perempuan jaga tempat perlindungan, suami sediakan pakaian, perempuan jaga aurat, suami cari keperluan anak, perempuan jaga anak, dan lain lain. Cantik.

Tapi zaman sekarang, wanita berlumba nak jadi lelaki, nak pergi kerja jugak, tak salah pun, ada tempat kerja yang perlukan wanita, yang salah bila abai anak dan suami, atau anak ditinggal ditempat yang salah,tak jaga maruah, tak jaga akhlak, tak jaga solat, itu yang jadi hari biru!

Habis tu perempuan tak boleh kerja? Boleh! Islam ada cara atasi masalah anak kena tinggal bila suami isteri bekerja, iaitu dalam islam suami boleh poligami, jadi wanita bekerja boleh tinggal anak rumah mak tirinya, alahai bukannya orang lain, madu kau jugak. (habislah saya kena kecam)

Itu satu contoh sahaja, bab kerja tak salah pun nak kerja, tapi bila balik rumah, tetap kena layan suami kerana disitulah takwa bagi wanita, jangan pulak balik kerja terus derhaka dengan alasan hak kesamarataan. Suami pulak bila isteri bekerja, maka sama sama penat, balik rumah, sama samalah kemas rumah dan memasak, TAPI Balik azan berkumandang, perempuan boleh solat dirumah tapi lelaki sunnahnya kena solat di masjid walaupun penat bekerja kerana takwa lelaki ada dalam solat berjemaah, al faham ke idop?

Lepas tu lelaki balik kerja, kena keluar lagi cari ilmu agama, balik rumah lepas isyak, ajarlah agama pada anak bini, wajib orang lelaki buat ni! Lepas tu lelaki kena semak solat anak bini betul ke tak, kena semak ilmu agama anak bini betul ke tak? Jika tak pandai suami kena kelaur lagi cari ustaz untuk belajar, dan balik ajar lagi anak bini, maka lelaki yang bekerja, balik rumah wajib keluar lagi cari ilmu agama, manakala perempuan yang bekerja, balik rumah boleh terus tumpu pada anak dan ibadat di rumah, kena faham ni bagi sesiapa yang bekerja sama sama.

Masalah sekarang, lelaki balik rumah tiba tiba menjadi perempuan, sama sama nak solat di rumah, sama sama nak layan drama magrib, itu yang salah!

Perempuan jangan risau suami tak bantu buat kerja rumah, tetapi perempuan kena risau suami tak pergi solat berjemaah, risau suami tak pergi belajar agama, risau suami tak ajar agama, risau suami tak berdakwah, itu yang sepatutnya! Tapi masalah sekarang perempuan nak jadi sama macam lelaki yang salah takwanya.

Lalu tuntut hak sama rata, nak jadi lelaki yang SALAH TAKWANYA aduhhh.., ini yang berlaku di barat!
Maka janganlah orang perempuan berlumba nak jadi lelaki atau lebih kronik, nak lebih dari lelaki, padahal dalam Al quran dah cerita :please refer chapter number 2, verse 36!, (baca laju laju macam dr zakir naik)

“..... dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan.... ”

So waktu kecik Allah dah bagitahu jobscope tak sama, apatah lagi bila besar, Ayah tak akan sama dengan ibu, si ibu jika nak kerja boleh tapi ibu jangan lupa tugas ibu seorang perempuan dan ayah jangan lupa tugas ayah seorang lelaki.

Tugas paling basic anak tak boleh derhaka pada ibu sebab syurga ada bawah tapak kaki ibu, dan tugas paling basic seorang isteri tak boleh derhaka pada suami sebab syurga ada dalam keredhaan suami. Simple!

Ya, saya tahu korang kerja, sama penat macam lelaki, tapi itu bukan alasan untuk tengkin dan layan suami macam sampah! Faham tak?

Ibu redha, anak masuk syurga. Suami redha , isteri masuk syurga, faham tak? simple jer nih.

Sungguh isteri lebih mudah masuk syurga berbanding si suami, isteri jaga solat, puasa dan taat suami, pintu syurga dah terbuka, walaupun suaminya sejahat firaun!

Tapi suami, jaga solat, puasa dan taat isteri belum tentu pintu syurga terbuka, sebab suami ada tanggung jawab dengan orang tua dia, dengan adik beradik perempuan dia, dengan anak anak dia, lagi tanggung jawab cari nafhah, cari makanan, cari pakaian, cari tempat tinggal, cari menantu, jaga solat berjemaah, dakwah jiran tetangga, keluar berjihad, keluar berperang dan banyak lagi!

Tapi itulah, korang memilih untuk jadi hina dengan menjadi terlalu sensitif, pembahagian harta lebihkan lelaki korang marah, aurat lelaki pusat ke lutut korang marah, lelaki kahwin dua korang marah, sedangkan Allah dah mudahkan korang untuk masuk syurga, cuba tengok jalan dakwah dan takwa yang perlu lelaki lalui, dah laluipun belum tentu masuk syurga tau!, ada pejuang islam mati syahid tapi Nabi kata dia masuk neraka sebab niat untuk dapat perempuan atau harta, sedih kan?

Nak mudah faham, Bacalah kisah Nabi dan sahabat, sungguh menjadi lelaki islam ini bukannya kerja mudah, di sini ada mujahadah yang berpanjangan, kerja koranglah untuk galakkan mereka solat berjemaah, dan galakkan mereka keluar jalan Allah.

Habis jika mereka tak keluar jalan Allah bagaimana dengan syurga saya? Jangan bimbang, Asiah isteri firaun pun boleh masuk syurga sebab orang perempuan taat perintah Allah dan taat suami, Pintu syurga dan terbuka walau suami sejahat Firaun, Tapi orang lelaki baik macam Wali, tapi anak perempuan dan isterinya boleh tarik masuk neraka jika dia sengaja tak berdakwah pada anak dan isteri.

Kesimpulannya:

Sebelum datang Islam, hak wanita memang teruk, Mereka hanya diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam, zaman sebelum islam, masyarakat anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.

Kaum wanita juga dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..

Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati. lepas tu kajadian membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu perkara biasa.

Zaman itu, lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. ‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam, dan seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.

Bab kahwin pulak, Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor. Bila suami tak suka isteri, mereka menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)

Balu wanita yang kematian suami diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)

Lebih tragis, ada Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati, apa ke jadah,

Pendek cerita:

Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

Wajib berlaku baik pada bini, Tak boleh pukul bini sewenang wenang, Tak boleh setubuh waktu haid, Tak boleh setubuh ikut lubang jubor, Tak perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.

Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar. Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini,

Bab kemuliaan, Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram. Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu
lepas tu Islam wajibkan orang lelaki memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan. Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa bersetubuh, nak cuim, nak pelok boleh jer)

Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam)

Banyak hadis sebut Doa wanita lebih makbul dalam kes tertentu, waktu beranak, waktu menyusu.

Ada hadis cerita: menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar. Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang. Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.

Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.

Banyak lagi, Perempuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid. lepas tu Di jamin masok shurga jika besarkan anak perempun dengan ilmu ugama sampai berkhahwin, Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.

Semua tahu, Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan khidmat.(jap lagi ada yang melenting dengar perkataan khidmat-adohai..)
Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin. maruah mereka terjaga.

Dan lain lain..

Banyak lagi jika nak cerita, tapi Kesimpulannya adalah:
Orang perempuan tak perlu jadi “lelaki” untuk Berjaya, Allah dah buat standard kejayaan untuk korang, terpulang sama ada nak follow atau let it go.

Contoh mudah: Orang perempuan tak perlu pergi masjid solat berjemaah untuk dapat pahala 27 kali ganda, solat jer di rumah dan layan suami balik masjid elok-elok, terus korang dapat pahala lebih banyak dari solat berjemaah 27 kali ganda, Nampak tak?

Dalam hadis tentang nasib lelaki di padang mahsyar, Nabi cerita kisah tujuh lelaki yang Berjaya duduk bawah Arasy tempat teduh dari panas kemurkaan Allah.

Lelaki itu adalah mereka yang sudah baik sejak dari muda, ikhlas bersedekah, solat berjemaah, tidak menghampiri zina, bertahajjud, berdakwah dan pemimpin yang adil.

Mana pergi wanita dalam hadis ini? Simple! Wanita yang berkahwin dengan lelaki itu, semua dah masuk syurga awal tak perlu duduk di bawah arasypun.

Eh? Macam mana wanita boleh masuk syurga awal? Kan dah cakap tadi: Wanita untuk masuk syurga hanya perlu jaga solat, dan taat pada suami. Simple.

Maka wahai orang perempuan, jika diberi pilihan menjadi menjadi PEMIMPIN dunia atau Mudahnya masuk SYURGA? Mana yang kamu mahu?

Masing masing boleh fikir, bak kata pepatah melayu untuk orang lelaki:

“tepuk dada tanyalah Iman”

Tapi oleh sebab soalan ni kepada orang perempuan, maka pepatah tak boleh sama dengan lelaki, untuk itu:

“Tepuk buah dada, tanyalah iman”

Woha!