Kredit gambar: Frozen disney Movie |
Jul 29, 2016
Lagenda Eskimo Mencari Tuhan?
(Kisah Olaf di musim sejuk mencari musim panas, di jalanan bertemu dengan pendakwah Islam yang di benci, lalu bola bola api yang dulunya kecil kini dah jadi besar- panjang gila tajuk)
Pada suatu hari, seorang eskimo yang masih muda sangat bosan
duduk di kutub utara, aktiviti di perkampungan eskimo sangat membosankan, bangun
pagi tak boleh mandi sebab cuaca sejuk, keluar rumah salji tebal dan aktiviti
harian hanyalah tangkap ikan dan cari bahan bakar, esok ulang perkara yang
sama, sekali sekala mereka pergi memburu beruang kutub untuk di jadikan pakaian
dan makanan alternative.
Pemandangan harian adalah salji putih sahaja, tak ada bunga,
tak ada rumput, tak ada warna warni. Bercakap pun sepatah sepatah sahaja macam pingguin
pingu. Bagi Olaf (bukan nama sebenar) hidup sebagai seorang eskimo adalah
sangat membosankan.
Satu hari ayahnya mati tercekik tulang ikan, kejadian mati
tercekik tulang ikan begitu popular di kalangan orang eskimo terutama bagi
mereka yang dah tua. Ini menyedihkan Olaf lalu beliau bertekad untuk berhijrah keluar
dari kampong eskimo.
Dengar cerita di luar sana, ada musim panas, ada pohon
menghijau, dan bunga warna warni, di sana juga ada rama rama yang belum pernah
di lihat seumur hidupnya.
Lalu Olaf senyap senyap lari tinggalkan kampungnya, tanpa
memberitahu ibunya yang sedang bersedih atas kematian ayahnya. Sebab jika
ibunya tahu, tentu tak akan benarkan Olaf keluar dari kampong eskimo.
Pendek cerita, Olaf akhirnya sampai ke Negara 4 Musim, yang
sedang dalam proses musim bunga, wah seronoknya, indahnya. Air mata Olaf tumpah
buat kali pertama bila melihat rama-rama terbang di celah kelopak bunga,
terharu sungguh.
Kemudian musim panas tiba, dan Olaf dapat lihat wanita
cantik separuh bogel berjemur di pantai dan pendekkan cerita Olaf jatuh cinta
dengan wanita musim panas.
Kemahiran tangkap ikan dan tahan cuaca sejuk buat Olaf di
terima bekerja di Kilang Ikan. Tak lama, terus di lamar gadis separuh bogel
yang di temui tempoh hari. Bila gadis itu sanggup jadi bini, hati Olaf berkepak
kepak macam rama rama musim bunga.
Hidupnya kini penuh makna, bangun pagi terus bahagiakan
kekasih dan tidak ingin lagi mengubah nikmat sedia ada, hingglah musim luruh
datang, dan salji pun datang.
Adakah olaf sedih? Tidak! sebab Olaf ada kekasih yang
ditemui musim panas, dan tak lama lagi, musim bunga dan musim panas akan
kembali. Hidup akan bermakna bila ada harapan. Kan?
Dalam kebahagian hidup Olaf bersama kekasih baru, di awal
musim bunga, Olaf di datangi pendakwah Islam yang ajar Olaf mengenal Tuhan.
“Tuhan? Dunia ini ada Tuhan? Patutlah dunia ini indah, tapi
di kutub utara, hidup menyedihkan, kenapa Tuhan jadikan Kutub utara satu musim
sahaja? Tuhan tidak adil, Tuhan tidak wujud, pendakwah ini semua berbohong! Kenapa
Tuhan tak hantar malaikat berdakwah? Kenapa mesti manusia yang sama macam aku
tak pernah lihat Tuhan tapi sanggup berdakwan tentang Tuhan kerana kononnya
mereka ada IMAN? Apa tu iman? Merepek semua ni!”
Oleh sebab bosan dengan ceramah tentang hari selepas mati
oleh pendakwah Islam, Olaf pun bangkit dan rampas mikrofon lalu bertanya
soalan.
“saya nak tanya, pakcik makcik saya dekat kutub utara
sekarang ini hidup tidak bertuhan, jika mereka mati adakah mereka masuk Neraka?”
Pendakwah itu bagitahu, Neraka urusan tuhan, namun jika
terbukti orang di sana tidak sampai seruan Tuhan, maka mati mereka tidaklah
masuk ke dalam nereka.
Lalu jawab Olaf:
“habis tu kenapa dakwah kami? Kalau kami tak tahu semua ini,
bukankah kami tak akan masuk neraka?-woha!”
Semua orang gelak dengan jawapan lucu dari Olaf.
Pendakwah cuba bagitahu bahawa dalam Islam, Allah telah
wajibkan orang yang tahu menyampaikan apa yang dia tahu, itu pesan Nabi kami dari
wahyu Allah di padang pasir seribu tahun dahulu, alhamdulillah, agama yang
dimulai di padang pasir, telah tersebar seluruh dunia melalui takdir tuhan
dengar pengataraan rasul sebagai wakil tuhan, peristiwa ini di jelaskan dalam
Al quran zaman berzaman sejak zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim hingga ke Nabi Musa,
dan Nabi Isa sererusnya Nabi Muhammad SAW.
“Pendakwah dalam bentuk manusia juga adalah satu ujian
kehidupan, (jika malaikat datang, tak susahpun nak terima, kan?) dan sekiranya
orang tak terima, maka kami beredar dan serahkan urusan anda kepada Tuhan,
kerana hidup ini hanyalah ujian, dan hidup ini hanyalah sementara. Syukur atas
nikmat ujian dalam dunia sementara. Dan ketahuilah Olaf, Tuhan telah takdirkan
kami berdakwah kepadamu, sedang pilihanmu lah untuk hina kami.”
Begitulah terang pendakwah panjang lebar dan terus beredar.
Tak lama selepas pendakwah itu beredar, dunia di uji dengan
perang dunia pertama, semua orang hidup susah, ada yang di bunuh kejam, ada
yang di seksa, dan ada yang jadi hamba seks, isteri Olaf adalah salah satu mangsa
perang, di jadikan hamba seks, di seksa dan di bunuh, Olaf sendiri sempat di
seksa dengan di rendam dalam air sejuk di musim dingin, namun kerana jati diri
eskomo sejati, olaf berjaya melarikan diri dan terus lari ke tanah airnya iaitu
kutub Utara.
Sampai di sana, Alhamdulillah, tiada perang dunia berlaku di
sini, tapi bila Olaf balik rumah, emaknya sudah tidak ada, sudah mati, yang ada
hanya nota bunuh diri tertulis:
“Anakku, belum sedih ayahmu yang mati kerana bunuh diri, kau
pergi tinggalkan mak, maka mak akan bunuh diri dengan cara yang sama dengan
ayahmu, iaitu sengaja makan tulang belakang ikan”
Air mata mengalir dan terus membeku di pipi Olaf, sedarlah
beliau bahawa orang kampungnya sebelum ini mati akibat kemurungan kerana tiada maksud
hidup. Tercekik tulang ikan itu hanyalah alasan membunuh diri. Sedarlah bahawa
hidup tanpa tujuan akan buat hilang harapan dan mati dalam keadaan penuh
menyedihkan. Alangkah baiknya pendawah tiba di saat ayahnya masih hidup, susah
tentu ayahnya akan hidup lebih bermakna dalam ujian cuaca sejuk begini.
Lalu Olaf sujud penuh insaf kepada Tuhan yang pernah di hina
wakilnya dulu. Lalu Olaf pun cerita kepada saki baki penduduk kampong tentang
maksud hidup selepas mati.
“Cinta kepada manusia datang dan pergi, Cinta kepada Tuhan
kekal Abadi. Orang yang kita sayang, akan pergi tinggalkan kita, tapi Tuhan
akan sentiasa ada walau dalam mimpi, apatah lagi selepas mati”
Perggh, deep betul kata kata Olaf. Akhirnya sebahagian penduduk kampong setuju untuk ikut
hijrah bersama Olaf ke dunia luar. Tujuan Hijrah adalah untuk belajar tentang
agama dan akan sebarkan agama kepada orang yang senasib penduduk eskimo.
Mereka sebelum ini tiada maksud hidup, dan kini dengan hati
berbunga dan berkepak macam rama rama telah gagahi diri melangkah kaki
meredah salji tebal dalam ekspidisi mencari Tuhan sebagai Antologi diri paling
bermakna yang pernah mereka alami!
Salji tebal semakin memenuhi kutub utara, Olaf dan
sebahagian orang kampong menghilang dalam sajli tebal. Semoga mereka dan kita
semua bersatu di syurga.
Tamat.
Jul 25, 2016
Aku, Nasi Lemak dan peminat?
(Tajuk asal Cerpen ini, Antara Sahiba dan Star Wars ada nasi lemak dan telur separuh masak, popularkah aku?)
Aku ni bukan orang popular, keluar mana mana orang tak layan
aku macam Hamka Kereta mayat, sebab aku tak dedahkan identity aku.
Pernah satu hari ada awek tegur aku:
“Hamka kan?”
Akupun, dalam hati berbisik: Perghh, ada orang kenal Hamka
keretamayat,dah pakai ray ban pun orang cam.
“weii, ini akulah, Ina budak kelas kau dulu, jangan buat
muka macam artis sangat!”
Woha!
Perasan popular, ke ke ke.
Okey, cerita hari ini. Kisah aku yang tak popular perasan
popular.
Alkisahnya, Lepas dua minggu raya, waktu memandu seorang
diri tiba tiba nampak sebuah kedai jual nasi lemak best. Dah sebulan tak cuba
sebab kedai ni tutup bulan puasa, jadi eloklah di tunaikan kemengidaman tak
terduga di pertengahan syawal sebegini.
Masuk kedai, order nasi lemak, dan teh Tarik, perghhhh,
sambal bilis kuah pekat di gaul dengan putih telur, kunyah perlahan lahan
dengan nasi lemak kukus santan kelapa segar, perghh, sedar sedar tinggal
mentimun sahaja terdampar di atas daun pisang.
Order sebungkus lagi, dan order dua biji telur separuh masak
sebagai pencuci mulut.
Dah habis teh Tarik, aku pun bersiap nak bayar, tapi, sedar-sedar,
beg duit tak ada dalam beg sandang aku.
Okey, relax, chill, cool, mungkin beg duit tercicir dalam
kereta sebab tadi campak beg sandang tak tutup zip, lalu aku pergi basuh mulut
dekat singki, orang waktu tu ramai, line clear, terus aku keluar kedai dan
bergegas ke kereta.
Jika aku tak percaya hari akhirat macam orang taka da agama,
dah tentu aku start kereta dan blah macam tu sahaja, perut kenyang, makan free,
dosa belakang kira. Tapi aku sedar Allah Maha melihat, Allah lihat apa yang aku
buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah, dan syukur sebab beg dut
memang ada terdampar celah tempat letak kaki.
Capai beg duit, kunci kereta dan bergegas masuk kedai dan
terus melangkah ke kaunter bayaran. Buka beg duit, nampak not seringgit dua
tiga keping, not hijau.., merah?, oren?, ungu?, semua tak ada, arghhh, sudah!?
Semalam rasanya ada RM100 lebih, langkah kaki di perlahan
sedang jantung berdegup kencang.
Imbas balik kemana duit RM100 melayang?, okey semalam teman
anak-anak belanja duit raya di kedai buku, anak perempuan tak nak beli buku nak
beli permainan susun abjad ‘Sahiba’, tak apa guna duit raya dia. Elok layan
anak pilih mainan Sahiba, tiba tiba anak kecik umur 3 tahun capai buku tebal
Star Wars, dan ‘prak’ koyak bahagian dalam.
Aku pusing belakang buku, harga RM70 ringgit, mak aih, aku
tengok kiri kanan tak ada siapa yang nampak, CCTV pun tak ada, tapi Allah
melihat apa yang aku buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah.
Maka membayarlah akan aku harga buku tu RM70 campur mainan SAHIBA,
duit anak terlalu banyak dalam not RM satu jadi Puan bini suruh guna duit dulu
dan claim kemudian, tapi aku lupa nak claim, (tak claim pun) hasilnya hari ni,
aku berjalan perlahan macam haiwan jaga kaunter dalam kartun Zootopia.
Okey!, apa kemungkinan paling buruk jika aku mengaku duit
tak cukup, kena basuh pinggang? Sanggup, kena maki depan khalayak, errr, kena
viral di FB, ohh tidak. Tidak!!!
Sedar sedar dah sampai depan kaunter, makcik jaga kauter belum
sempat bersuara aku dah cakap dulu.
“berapa yer dua bungkus nasi lemak, dua biji telur separuh
masak dan teh Tarik?”
“awak yang duduk meja sebelah tiang tu tadi kan?
Eh? Makcik ni, dia nampak ke aku lari keluar kedai gaya
orang tak nak bayar? Alamak habis lah.
“meja awak dah ada orang bayarkan”
Hah, aku terkejut dalam gembira. Macam tak percaya.
Lalu aku pusing pusing kepala tengok kot kot ada orang yang
aku kenal. Dan puas toleh sini sana, aku tanya makcik tu, siapa yang bayar?
“tadi ada sorang tu waktu bayar dia suruh kira meja awak
sekali”
“siapa dia?”
“makcik tak kenal”
Okey, aku malas nak susahkan makcik tu pikir siapa di antara
beratus ratus pelanggang yang rajin belanja makan. Apa-apapun, aku nak ucapkan
jutaan terima kasih kepada hamba Allah misteri.
Anekdot yang boleh aku isi untuk penuhi ‘plot hole’ cerita
hari ini adalah…
Aku rasa ada orang perasan aku Hamka Kereta mayat, dan
perasan aku lari dari meja makan tak bayar, dan dia tolong bayarkan sebab nak
jaga maruah aku.
Aku seorang yang masih popular.
Woha!
Ps: Allah melihat apa yang kita buat, dan apa yang kita buat
di nilai oleh Allah. Jika baik di balas baik walaupun sebesar zarah kebaikkan,
dan begitulah sebaliknya, Nauzubillah! Take note!
Jul 20, 2016
Hidup ini terbahagi kepada tiga?
(Suatu hari yang deep berlaku di beranda Masjid Kuala Syuga)
“Nak ke mana Hamka?”
Tanya seorang Pakcik seawal pagi hari di beranda sebuah
masjid, kami baru habis solat subuh berjemaah.
“Saya ada keperluan sikit pakcik, saya nak pergi selesaikan keperluan hidup saya sekejap”
Jawab aku yang merujuk: “keperluan” sebagai perkataan
lain dalam mencari rezeki. yelah..! Solat ibadat, cari rezeki juga ibadat, jadi undur diri dari majlis solat kepada mencari rezeki yang merupakan keperluan hidup.
Lalu pakcik itu sembang secara ringkas tentang falsafah hidup ini
yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu Maksud, Keperluan, dan Ujian.
Maksud hidup katanya, adalah berdakwah, sambung kerja Nabi,
Allah sudah tamatkan era kenabian kerana Ummat akhir zaman diwariskan untuk
sambung kerja Nabi, kerana itu kita di nilai dalam Al quran sebagai Ummat
terbaik, sambung kerja Nabi adalah maksud hidup kita.
Ibadat pula adalah keperluan hidup kita, tanpa ibadat, hidup
akan menjadi sia-sia kerana Allah jadikan kita untuk ibadat, maka ibadat adalah
keperluan hidup.
Ujian pula adalah waktu kita mencari rezeki untuk
kelangsungan hidup, di sini kita akan diuji sebab Allah dah tetapkan rezeki
kita, namun ujian dalam pelbagai sumber rezeki buat manusia menafikan Allah dan
yakin pada makhluk, sebab tu cari rezeki ni bukan keperluan tetapi ujian,
kerana ramai yang Syirikkan Allah dalam bab mencari rezeki.
Habis ceramah ringkas, pakcik tu tanya soalan yang sama:
“Jadi, kamu nak ke mana Hamka pagi ini?”
Sambil sarung selipar, aku jawab:
“Saya ada ujian hidup pakcik, saya pergi dulu selesaikan
ujian hidup saya”
Pakcik tu senyum dan kami pun berpisah.
Pagi yang deep! woha!
Jul 18, 2016
Debat Islam siapa paling betul?
(Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? )
Hari raya balik kampung, lepas jam 12 malam, ada kawan ajak
minum borak borak. Aku jika nak borak, aku tak boleh borak ramai ramai, aku lebih
suka borak dengan sorang sahaja, dalam borak tu, aku ada dua niat, iaitu: “apa
aku boleh belajar dari dia” dan jika aku dapati dia tak ada benda nak ajar aku,
maka aku akan borak dengan tajuk: “apa aku boleh ajar dia”
Jadi malam tu, kitaorang borak isu: “Penyokong mazhab dan wahabi berdebat, siapa
paling betul, siapa paling Tuhan sayang, sebab semua dakwa mereka betul, jadi
siapa yang betul?”
Lalu kawan aku berhujah lebih sokong kepada wahabi sebab
niat dia nak hapuskan amalan bidaah, kerana amalan bidaah boleh ke neraka, tapi
kawan aku tu tak ada lah nak kafirkan penyokong mazhab, Cuma tak puas hati
dengan cara ulamak tua ajar agama, dia lebih prefer kepada ulamak muda.
Ok, oleh sebab dia bekerja di hospital, bila tiba giliran
aku pulak berhujah, maka aku buat analogy mudah, kata aku:
Dalam dunia ini, ada ramai orang dakwa boleh rawat pesakit
yang sakit, kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti
sains, kita juga ada dr Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy,
kita juga ada Ustaz yang dakwa boleh rawat penyakit guna perubatan islam, kita
juga ada bomoh yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk sembuhkan pelbagai
penyakit, kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna herba cina,
rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.
Masing masing mengaku mereka paling hebat dalam menyembuh
pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling handal berubat, dalam
allopathy ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada Dr pakar, dalam perubatan
islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional
pun ada pakar petua nenek moyang, semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai
jenis penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini,
perubatan mana yang korang akan pilih?
Ada orang akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka
yang anti dengan Allopathy, anggap allopathy adalah senjata sulit yahudi
lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada
orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya
tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa
ustaz, ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus percaya kata
bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus rujuk petua nenek
moyang seperti makan ketam bila denggi dan yang best, ada yang ambik semua
kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan
allopathy di hospital (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan
hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)
Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual
secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat
dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah,
penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin
parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..
Jadi dalam bab perubatan ini, bagi aku masing masing ada
hujah, masing masing boleh bagi testimony, tapi aku, dengan guna akal dan
fikiran kurniaan Tuhan, aku lebih cenderung kepada allopathy, sebab mereka
gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah
lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat
pesakit.
Lagi satu hujah aku yang penting adalah, hari ini, jika ada
orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka
untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance
Homeotahy? Tak adanya!, selain allopathy yang mana seluruh dunia, akan ada Ambulance
stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira hospital kerajaan
atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab kaedah perubatan mereka
maju dan bersistem.
Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia,
tak mampu semaju dan secanggih Allopathy, masing masing tak bersatu dan tak ada
ambulance! Mereka tak bersidang macam geng Allopathy buat. Mereka boleh sembang
boleh rawat semua penyakit, cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka,
tangan putus, mata tersembul, mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak ada
sistem yang baik.
Jadi aku pilih allopathy sebagai cara ikhtiar merawat
penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, lagu satu sebab Allah
buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam
yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Namun jika melibatkan gangguan jin,
aku tak tolak merawat cara islam, Macam Dr Harun Din, pakar perubatan islam,
tapi bila sakit jantung, pergi berubat di IJN, sebab Dr Harun Din tahu, allopathy
adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.
Jadi balik kepada debat Penyokong mazhab dan wahabi, atau debat
antara sunni dan syiah, atau pas dan pan, atau umno baru dan umno lama, atau mana nama kefahaman pun, walau masing
masing dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat
berhujah. Kita rujuk kes yang sama macam allopathy tadi:
Iaitu: Aku lebih suka merujuk kepada fahaman agama yang ada ‘ambulance’,
bukan sembang kosong. “ambulance” di sini adalah merujuk kepada fahaman agama
yang sanggup keluar berdakwah dan kutip ummat lalu di ‘rawat’ di masjid. Sebab inilah
cara Nabi dan sahabat buat, pergi dakwah rumah ke rumah, pintu ke pintu, dan
ajak manusia kepada Allah. Bukan sembang kencang macam Tok Bomoh, tapi bila
orang eksiden, buat tak tahu..
Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama, tapi
bila mat rempit merempit, bila umat tak solat, bila umat buat maksiat, siapa
nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Korang tak mampu kutip mereka sebab
tak mampu dakwah mereka atau bagaimana?
Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat
pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada allopathy, sakit simple
korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.
Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia
pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja,
ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat
bertatoo, siapa nak dakwah?
Siapa nak keluar berdakwah macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?
Siapa nak selamatkan ummat macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?
Jadi kepada sipendebat penyokong mazhab atau wahabi, atau
siapa siapa pun anda, nak tahu sipa betul? jom kita keluar berdakwah, mulakan
dari jiran jiran korang, ajak mereka ke masjid, ajak mereka kepada Allah, yang
tak pandai solat, ajar mereka solat, sama sama imarahkan masjid, sama-sama kita
berkdakwah.
Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit iman’
kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.
****
Malam semakin larut, kawan aku mengaku boleh sembang bab agama
berjam jam, tapi nak pergi berdakwah 15 minit jumpa mat rempit dia tak sanggup,
akhirnya kedai dah nak tutup, masing masing pulang dengan azam nak belajar jadi
ambulance-InsyaAllah
Akhir kata: Jadikanlah dirimu ‘ambulance’ sebelum keretamayat
datang ambil kamu. Pesan pada diri sendiri.
Sekian.
Ps: Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz,
golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan
lain, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau terhadap diri
sendiri dan 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah
Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam.
Jul 12, 2016
Kenapa saya kena tipu?
(tip untuk mengelak dari kena tipu, baca sampai habis dan
sila bersetuju di hujung karangan)
Orang melayu kita, (bukan semua) bangga benar bila cerita kelemahan diri
sendiri, tapi bercerita dengan bangga tanpa malu.
Contoh:
“Hamka, awak sekarang penulis kan?, maaflah, akak dah lama
tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”
“Bro, tahniah jadi penulis, tapi itulah, aku beli buku lima
tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa…”
“Adik Hamka menulis buku? Makcik tak boleh baca buku yang tak ada
gambar, pening!”
“Abang Hamka ada buku sendiri? Maaflah, adik sibuk sangat,
sejak kahwin 10 tahun dulu, langsung tak baca buku, tak sempat”
Dalam hati aku, WTF (wei, tak faham lah?)
Wei!! Perlu ke kita bagitahu orang ramai kelemahan diri tak
mampu baca buku. Jika borak dengan orang kafir yang datang melancong Malaysia
tak malu ke korang mengaku tak suka baca buku dengan bangga sedangkan Islam
mengajar umatnya budaya Iqrak?
Jap-jap, kejap!, prosa “saya dah lama tak membaca” tu,
kelebihan ke kekurangan? Atau korang rasa bangga mengaku tak suka baca buku dan
anggap ianya satu kelebihan? WTF?
Aku tanya ni?, “saya dah lama tak membaca” tu, kelebihan ke
kekurangan? Tak payah nak ambik masa fikir, Dah tentulah kekurangan dik oiii.
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa jalan
jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak membaca
kah korang? Korang buat apa?
Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa nak
bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?
Aku nasihat, lain kali, jangan mengaku tak suka membaca,
bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas membaca
kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah korang kena
tipu.
Sebab raya baru ni, aku jumpa balik orang yang mengaku malas
membaca raya tahun lepas, katanya:
“Hamka, akak kena tipu pelaburan jual beli lot kurma, habis
beribu melabur tak dapat modal, akak siap keluarkan duit tabung haji sebab
dengar cerita Kerajaan nak kebas duit tu lepas kebas KWSP, jadi akak dah
melabur beli lot tu dalam RM30 ribu, dapat dua bulan pulangan, RM 3 ribu, lepas
tu ejen lari bersama wang deposit, kenapa kerajaan tak tangkap penipu ni?”
Aku tepuk dahi sendiri, sebelum sorang lagi yang mengaku
malas membaca bersuara:
“Bro, bisnes emas aku dah tersontot, katanya melabur emas ni
Sunnah Nabi, emas tak ada riba, jadi kena tukar duit kepada emas, elok melabur semua
duit simpanan kepada emas, siap buat pinjaman peribadi lagi, tapi bila dapat
banyak duit, tauke tu lari tak nampak muka, emas hilang, wang melayang”
Aku geleng kepala, lepas tu dengar pulak rungutan orang lain,
yang pernah mengaku tak suka baca buku:
“Adik Hamka, makcik dah kena tipu, melabur beli penapis air
belas belas ribu konon boleh rawat kanser, padahal semua tu bohong, dah lah
makcik gadai semua barang kemas beli 10 bijik mesin penapis air, sekarang laki
makcik dah membebel sebab kat dapur penuh stok penapis air tak ada orang nak
beli, Hamka nak beli?”
Aku jawab tak nak, lepas tu ada pulak keluhan dari belakang,
ya, orang yang sama mengaku tak ada masa baca buku:
“Abang hamka, anak saya tak vaksin sebab ada nanah babi, sekali kena batuk kokol,
habis duit beribu ringgit beli selimut garam bukit, bantal aura terapi, tilam kain
kaabah, dan berbotol botol air tapis yang di baca dengan ayat Al quran, tapi sakit
anak makin parah, duit berubat makin susut. Macam mana ni?”
Aku suruh pergi hospital, katanya hospital ni agenda yahudi
big farma senjata sulit dajjal nak bunuh orang islam, arghhh, malas aku nak
layan. Dalam hati aku berbisik, Siapa suruh korang mengaku malas membaca? Kan
dah kena tipu! Adohai..
Pesan aku, kepada korang semua, jangan mengaku malas membaca
depan orang lain, bodoh tu simpan, jangan tunjuk dan mengaku, adohai..
Dah! sudah! pergi baca buku sebulan sebijik (sekurang-kurangnya) mulai
sekarang, dan ubahlah masa depan!
Jika malas baca buku berat berat, boleh mula dengan buku
indie seperti:
“Menangkap Dajjal atau Kamar Sutera” Banyak tip untuk elak
kena tipu dalam buku tu. Serius!
Eh? Terpromote buku sendiri pulak, arghh, senang cerita,
korang pergi ke Goodreads, dan baca review buku buku yang best, lepas tu beli, read
and be educated!
“Goodreads tu apa?”
Tanya hamba Allah tadi, Ok, Tarik nafas, bertenang, cakap
lemah lembut:
“GoodReads merupakan laman sosial yang khas untuk buku. Sama
macam FB atau IG, GoodReads mempunyai link friend, group, juga discussion. Bezanya,
GoodReads membolehkan korang untuk link buku sudah dibaca (read), buku yang
sedang dibaca (currently reading), dan akan dibaca (to read). Di laman ini,
pengguna dapat saling rekomen buku bacaan dengan memberikan review masing
masing”
“kena daftar macam Facebook kah?”
“ya, boleh link guna akaun facebook”
“arggg, malas lah nak daftar daftar ni, sibuk, boleh tolong
daftarkan tak?”
Dalam hati aku: “kenapa aku bercakap dengan kau? Apa aku
buat kat sini?, kenapa aku bercakap dengan orang yang tak nak majukan diri? Baik
aku blah” Lalu kata aku:
“err, saya pergi dulu, ada kerja jap, tiba tiba dapat idea
nak menulis”
“Eh? Awak ada tulis buku baru pulak ke? Buku lama awak pun
saya belum baca, dah ada buku baru nanti, tak tahulah bila saya nak baca, he he
he”
Boleh pulak gelak dengan kelemahan diri yang malas membaca,
lalu aku jawab:
“Bagus sebenarnya korang tak baca buku aku, sebab dalam buku
tu aku banyak kutuk orang yang berpikiran macam kau, nasib baik korang tak baca, fuh.. lega”
Lalu aku pun meninggalkan mereka dalam keadaan mata
terbelalak dan mulut menganga.
Woha!
Ps: Dulu Nabi cerita kat sahabat, mereka tulis di atas kulit
kambing, dan sahabat bacakan pada anak bini di rumah, jadi di akhir zaman ini,
setiap rumah kena ada Buku Taklim, (kitab agama) dan sila baca setengah jam
sehari bersama anak bini. Buat macam ustaz Ebit Lew ajar dalam ceramah dia. Pesan
pada diri sendiri. I rest my case.
Klik sini untuk Goodreads page
Klik sini untuk Goodreads page
Jul 4, 2016
Tip Balik Kampung beraya?
(Hati hati di jalan raya, tip di bawah mungkin membantu anda di jalan raya-InsyaAllah)
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya sewaktu balik
kampung, letih menjadi dua kali ganda, mengantuk juga bertambah tambah, dan
perasaan bosan semakin menebal.
Macam mana nak atasi masalah ni?
Nak suruh kerajaan naikkan harga kereta agar jalan raya
menjadi lengang, nampaknya mustahil sebab di Malaysia ini, harga kereta mahal
giler, tapi hari hari orang mampu beli kereta.
Nak suruh upgrade jalan raya, sekali dia buat kerja baik
pulih, lagi bertambah sesak jalan raya sebab tutup jalan sana, sempit jalan
sini.
Nak naik pengankutan awam, ada masalah peribadi seperti sampai
kampung ‘patah kaki’ dan lain lain alasan.
Jadi kita kembali kebabak dalam kereta. Nak tak nak para
penumpang hendaklah membantu pemandu kereta agar mereka tidak bosan, tidak
mengantuk dan selalu bertenaga.
Jadi kepada Bini, ya, kamu.., jangan sibuk nak tidur, sebab
biasanya yang memandu adalah suami, maka kamu para bini sekalian, sila cari tip
untuk bantu pasangan anda yang sedang terperangkap dalam kesesakkan jalan raya
agar tidak bosan, tidak mengantuk, dan selalu bertenaga.
Bahaya jika laki korang memandu dalam keadaan bosan,
mengantuk dan penat, macam macam perkara yang tak diingini boleh berlaku, Nauzubillah.
Jadi sempena hari baik bulan baik, izinkan keretamayat bagi
tip untuk bantu laki korang memandu agar sentiada cerita, segar dan bersemangat
waktu memandu.
Dengar baik baik tip yang bakal aku konsikan.
Cara terbaik adalah ambil tahu apa yang suami korang minat,
study minat suami sebelum bertolak balik kampung, alahai macam wartawan
berkaliber sebelum sesi wawancara , bila cukup semua maklumat, terus ajak laki
korang borak waktu memandu dengan tanya seolan yang mengghairahkan encik laki
untuk menjawab, contoh suami korang minat bola, cuba ulas pasal Germany is the
better team forever, Atau buat buat bijak dengan quote kata kata Gary Lineker,
"Football is a simple game; 22 men chase a ball for 90 minutes and at the
end, the Germans win-woha!"
Tapi kena buat dengan ikhlas, jika korang tak study betul
betul minat laki korang, karang ada tanya soalan merepek seperti kenapa JDT tak
joint? Dan kenapa satu bola sahaja di padang, kenapa tak dua biji? Hampeh! Laki
yang sedang penat pegang stereng kereta, ada yang pecahkan cermin padang
belakang karang, adohai..
So cara lain, tanya laki apa lagu dia minat, korang pun cari
lirik dalam internet, dan menyanyi kat laki, jika kena dengan suara dan mod,
segar bijik mata laki kau, dan mungkin akan berduet, wah meriah meriah.
Tapi jika laki korang anti hiburan dari isteri (sebab suara korang
tak sedap), korang kena tanya soalan soalan yang suami korang terer, seperti
sejarah keluarganya, tanya rumah mak tu siapa bina? Kenapa pak long cat rumah
warna ungu?, kenapa jiran tu buat menu sama setiap kali raya?, kenapa along
dengan achik adik abang tak bertegur sapa?, contoh lah tu kan, cerita bab
sejarah ni, jika kena dengan soalan, tak pernah habis nak di cerita.. sedar
sedar dah sampai kampung.
Jika laki korang jenis ulat buku atau kaki tengok movie
pulak, kerja korang menjadi senang, sebab mereka deep inside suka share
pengalaman membaca buku dan tengok movie, jadi susun soalan elok elok, dan bersiadialah
untuk dengar mereka buat ulasan buku atau ulasan filem. Layan jangan tak layan.
Sambil tub aca trivia filem kegemaran laki di Imdb, bertambah best.
Ok, Jika laki korang jenis hafal Al quran pulak, korang
boleh suruh dia baca dan korang semak, atau bantu dia hafal makna pulak, korang
bukak tafsir, laki mengaji dankorang tafsir makna dengan kefahaman agama sedia ada.
Tapi, laki saya jenis pendiam,. Macam mana cik Hamka?
Ok, nampaknya korang kena kreatif, seni ajak orang borak ni
perlu pada skill dan kesabaran sama, korang boleh tengok sekeliling dan cari
maklumat “tahukah anda”, contoh korang Nampak Mc Donald, korang pun search asal
usul Mc Donald di Wikipedia, dan cerita kat laki korang. Nampak KFC, korang
boleh cerita suahnya pakcik rambut putih cari modal nak meniaga ayam goring,
atau korang nampak Nama tempat yang pelik, Batang Berjuntai contohnya, korang
terus search asal usul nama itu dan borak dengan laki korang, “tahukah anda” ni
salah satu subjek yang menarik di borak waktu boring. Serius.
Oh ye, Penting penting penting! Jangan ada unsur negative dalam
borak korang bersama laki masing masing, sebab percakapan negative akan menarik
tenaga minda dan buat laki korang akan lebih cepat penat,
contoh percakapan negative, adalah percakapan yang ada unsur
tidak bersyukur (kompen dan salahkan semua orang) , percakapan mengumpat (kutuk
semua orang) dan lain lain yang negative, elakkan, nanti otak cepat letih, dan mula
memandu dengan cara yang merbahaya, pastikan topik di borak kearah Bersukur
walau dengan sekecil-kecil nikmat, dan sabar walau dengan sebesar besar ujian.
Ingat tak apa mat salleh buat pada hari Kesyukuran, sebelum
makan mereka cerita tantang nikmat hidup dan berterima kasih kepada tuhan
walaupun nikmat hidup itu kecil, jadi kita orang islam, lagilah nak kena cerita
tantang nikmat hidup dan bersyukur tidak terhingga kepada Allah walaupun nikmat
hidup itu kecil, janji Allah, nikmat hidup ini siapa yang syukur akan di tambah
nikmatnya.
Akhir sekali, semua orang suka pujian, ambik peluang dalam
kereta untuk puji laki korang, pujian ikhlas yer, jangan buat buat.
Sebagai penutup, jika korang dah habis idea, boleh bacakan
buku pada laki korang yang sedang memandu, buat drive time strory pada laki macam
korang buat bedtime story pada anak, Cuma bezanya, cerita bed time story untuk
tidurkan anak, sedang drive time strory untuk segarkan pemandu.
Untuk itu cari buku yang lucu, lawak, yang ada teka teki,
yang ada ayat power, yang ringkas santai dan ada falsafah hidup yang deep. Cari
buku macam tu dan bacakan pada laki korang. InsyaAllah perjalanan balik kampung
korang akan lebih bermakna.
Apa? Tak tahu nak cari buku tu kat mana?
Hmmm, dari review pembaca, buku KISAH LAKI BINI terbitan
Buku Pojok Karang kraf sesuai dan sangat menepati sebagai rujukan dalam Drive
time story.
Buku kisah LAki Bini menceritakan kisah suami isteri memandu
selama tiga hari tiga malam nak pergi kenduri kahwin yang jauh, dalam kereta di
jalanan, mereka di uji dengan pelbagai ujian, seperti langgar kereta orang,
tayar pancit, bateri habis, langgar monyet, tolong orang lain kemalangan dan
kemuncak perjalanan, terperangkap dalam tunjuk perasaan hingga kena kejar dengan polis, macam macam hal.
Buku tu adalah hasil karangan Hamka Kereta Mayat Eh? Punyalah
panjang aku tulis tip teman laki korang menandu, rupanya hujung hujung promote
buku sendiri. Kebenaran apakah ini? Woha!
Okey, serius sikit, Buku lain pun okey untuk di baca, tak
semestinya Buku KISAH LAKI BINI sahaja, korang boleh baca buku lain seperti
KISAH ANAK BINI, banyak teka teki dan menjawab soalan yang mencabar minda, buku
MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA pula (terbitan Sentap press), banyak info hari
akhirat, dan sains serta kaitan dengan agama, buku ALMOND LONDON dan GAY, (terbitan
Dubook) banyak info dunia lelaki yang pelik, SEMUSIM DI SYURGA, banyak info
tazkirah santai, SEMUSIM DI NERAKA,(terbitan Terfaktan media) banyak info tazkirah sentap.
Atau nak cari buku mirip KISAH LAKI BINI, boleh baca KAMAR
SUTERA dan PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI.
Buku tu semuanya di tulis oleh HAMKA KERETAMAYAT jugak,-woha!
Ha ha ha, dah lah tu aku merepek, balik balik, promote buku
sendiri tak habis habis, adohai..
Ok, selamat Hari raya, maaf zahir dan batin, selamat balik
kampung, selamat memandu, dan selamat teman suami memandu dengan membacakan
mereka buku yang menyegarkan mata suami anda insyaAllah,. Baca buku bank pun
boleh- woha!
Buku Terbitan 4 saudara |
lapan judul pelbagai topik |
Jul 1, 2016
Iktikaf di masjid, bagaimana?
(KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA VERSI RARE)
Petikan E Book Kisah Laki Bini dan Puasa-ms 179 |
Aku senyum. Bini senyum.
Aku angkat kening. Bini angkat kening juga.
Aku buat muka kartun. Bini pun sama ajuk.
Aku gelak tanpa suara. Bini gelak tutup mulut.
Aku buat flying kiss. Bini sambut flying kiss.
Aku lambai tangan bye bye. Bini pun melambai bye bye.
Aku kenyit mata. bini pun sama membalas kenyitan.
“Kau buat apa tu Hamka?” tegur ustaz, lantas aku cepat cepat
sembunyikan Smartphone yang ada aplikasi video.
“iktikaf di masjid jangan main video call dengan bini,
hilang maksud dan pahala..”
Woha!
Duduk di rumah berdua-dua-an bagi Laki Bini agak merbahaya
kepada bot bot kecil walaupun bini sudah akur dengan memakai tudung penuh dalam
rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, tetapi godaan untuk
menyelak kain bini tetap datang yang membuatkan aku mengambil keputusuan untuk
beriktikaf di siang hari.
Lagipun beriktikaf di akhir ramadhan adalah Sunnah Nabi, dan
Alhamdulillah, ada ustaz mahu buat program beriktikaf di masjid selama beberapa
hari maka dapatlah aku tumpang beriktikaf di sisi orang alim, bertambah
beruntung lagi kepada mereka yang beritikaf di akhir ramadhan adalah kepastian
mendapat ganjaran seribu bulan kerana beribadat di malam qadar. Bonus seribu
bulan tu!,
Menurut hadith yang lain pula, satu hari beriktikaf di
masjid akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu
parit adalah seperti langit dan bumi, manakala mereka yang tidak beriktikaf di
masjid dan lebih suka tidur di rumah bersama bini, hanya mendapat satu ‘parit’
sahaja…, adohai.
Namun, perlu di ingat, duduk beriktikaf di rumah Allah ada
banyak pantang larang dan Adab susila, kerana.., alahai jika mahu pergi ke
rumah PM pun ada adab tertentu, mahu pergi jumpa Raja pun ada adab tertentu,
apatah lagi mahu pergi duduk di Rumah Allah, Raja segala Raja, lagi lagilah
kena beradab!
Maka di sini, aku ringkaskan 30 ADAB MASJID yang perlu orang
islam tahu sebagai panduan bersama.
30 ADAB MASJID
1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan kaki kanan, di
padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin yang adil di
bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota badan ditubuh
badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan
keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.
2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau kecil semasa
berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam masjid,
manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!
3. Jangan lupa bacadoa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)
4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu boleh rujuk sign
board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada pergi tanya AJK
masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat beriktkaf di dalam
mesyuarat selepas isyak malam ini juga. Ingat! Tidak boleh makan dan minum
serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.
5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak pandai, terus
bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu, boleh gugurkan
nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Adohai.
6.Seandainya ada majlis ugama sedang berlangsung dalam
masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi, sebaiknya, terus
duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang yang sedang
berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis
zikrullah.
7. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu,
perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas - pakai
otak sikit!
8. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu orang
yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat. Allah Maha Mendengar.
9. . Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai
mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya.
Bacalah untuk Allah kerana Allah Maha Mendengar.
10. Jika anda mahu bersolat sunnat jangan sampai mengganggu
orang yang sedang tidur dengan niat beriktikaf.
11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama
lain, boleh insyaAllah?
12. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan ada alas tidur, al-
Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air
mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju melihat papan tanda yang
menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini bertentangan dengan Sunnah
Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa alas”.
13. Jika mahu makan pastikan ada alas makananan(saprah).
Sangat berdosa mereka yang sengaja mengotorkan masjid.
14. Masuk bab jangan mengotorkan masjid, maka jangan sikat
rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu ketiak dan lain lain
aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.
15. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam
masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main
gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.
16. Jangan alih barang atau buat hiasan dalam masjid sesuka
hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, ianya akan
meyusahkan AJK.., pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat
hiasan dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin
atau terus sedekah wang dalam tabung masjid.
17. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa
berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan.
18. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.
19. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air
mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk dalam masjid dalam
keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru boleh masuk sambung
tidur jika subuh belum masuk.
20. Dari jendela masjid, tidak elok meludah ke arah kiblat.
21, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika mahu jual
barang, sila keluar dari masjid.
22. Tidak boleh membuat pengumuman mencari barang hilang
dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di waktu yang
sesuai.
23. Tidak di galakkan membawa kanak-kanak bawah umur
beriktikaf di masjid..
27. Jika mahu keluar dari masjid maka ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)
28. jika mahu tegakkan ugama islam, bermesyuaratlah di
masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.
29. Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat ketika
beriktikaf.
30. Jangan main video call dengan bini waktu iktikaf, tak
payah gelojoh sangat. Adohai.
Sekian, beberapa adab Masjid, hari ini baru belajar adab,
jadi balik rumah dahulu, besok saya akan datang bersama alas tidur dan
kelengkapan sembahyang, saya bersedia, anda bagaimana?
Insya-Allah.
(Copy Paste dari Ebook Kisah Laki Bini dan Puasa, cerita
dari Syaaban hingga 6 Syawal-RM10-email atau pm untuk detail, 280ms)
Subscribe to:
Posts (Atom)