Jun 29, 2021

Punca anak Autisme?

“Anak kau ni Hamka, jadi Autisme sebab cucuk Vaksin!”

“Tapi ada anak kawan saya, anti vaksin, semua tak cucuk, tapi anaknya pun Autisme jugak. Macam mana tu?”

“Itu sebab gajet, mak ayah pemalas bagi gajet kat anak, bila besar jadi autisme!”

“Tapi ada kawan saya, anaknya Autisme dan buta, macam mana Autisme yang buta boleh main gajet?”

“Itu sebab dosa mak ayah, dapat anak Autisme”

“Anak luar nikah ramai jer normal, Sejak bila Tuhan hukum anak sebab dosa ibu bapa?”

“Mungkin sebab mak bapak tak ikut makanan Sunnah, bila lahir anak jadi cacat, jadi Autisme, mati kecik!”

“Anak lelaki Nabi Muhammad SAW, Kasim, Abdullah, dan Ibrahim, semua mati kecik, Tak kan kau nak cakap Nabi tak ikut Sunnah? Ketahuilah, hidup ini masing masing ada ujian, Anak Nabi Nuh derhaka, apa dosa Nabi Nuh?

Tak tahu ke bahawa hidup ini adalah pentas ujian, dan sebaik baik ujian adalah kita sabar kerana Allah janjikan syurga untuk orang yang sabar, dan  bersyukur kerana masih banyak nikmat lain yang Allah berikan,

Yakin lah pada rukun Iman ke enam, semua kejadian adalah dari Tuhan untuk menguji hambanya, siapa yang terima dengan sebaik sifat? bila dapat nikmat kita kena syukur bukan kufur, dapat ujian kita kena sabar bukan mengeluh, dapat peluang pahala kita kena ikhlas bukan riak, dapat peluang terdosa kita kena taubat bukan nikmati, sungguh hidup ini sangat singkat untuk bergaduh dengan takdir Tuhan”

“errr…”

“Hidup jika nak kecam dan cari salah, semua orang bodoh boleh buat, Nabi sebaik baik manusiapun kena kecam dengan orang kafir, apatah lagi kita manusia biasa di akhir zaman, hati jika dah busuk, pergi mana mana pun cari tahik macam lalat, tapi jika hati yang baik, pergi mana mana pun cari bunga macam lebah”

(Dialog seterusnya saya tambah macam episode terakhir drama melayu)

“Ohhh, saya minta maaf kecam abang keretamayat, saya sangat menyesal, saya ada anak normal tapi hidap dadah, saya ada menantu kaya tapi semua harta saya dia rampas, saya sekarang dah bertaubat, sebab semalam badan saya dah lumpuh kerana dosa dosa saya kecam awak, tolong maafkan saya, saya nak peluk kaki abang mayat, saya nak minta ampun!”

“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat”

“Apa sahaja abang kereta mayat”

“Awak kena beli semua buku Hamka Kereta mayat”

Woha!

Lalu guruh berdentum, kilat sambar menyambar, laut bergolora setinggi tiga meter yang memberi ancaman kepada bot bot kecil, bumi merekah luas, keluar asap dari dalam tanah, dan orang yang kecam saya itu akhirnya mati di telan bumi.

Jun 28, 2021

Sejarah Bola Berulang?

Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam solat tahajjud meriah macam tengok bola, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah rumah ke rumah.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...

Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerintahan ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..

Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..

Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan satu jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: sayau orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)

Update: Okey ada movie baru saya tengok kejadian macam ni, Captain Amarica beku di bawah ais, ha ha, tak lah tua sangat pakcik ni!

Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menberhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...

1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains PDPR)

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana agama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,

Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,

Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?

Mana pergi rakyat malaysia yang beragama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché dan kisah ni berlaku sebelum Covid 19 merebak)

Lepas solat di masjid yang lengang, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... UERO202$!

Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..

Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasaraya islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:

“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “Serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”

Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat jika beli dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, harga yahudi dan kualiti palestin?..,

korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..

Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..

“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Thanos paling kuat!”

Terkejut berok korang dibuatnya, Thanos tu menanang apa? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi One Punch Man juga kuat bang, Gokupun, Superman Zack Snyder pun kuat, DarkSide tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Thor lagi, dia tu dewa.., Bezita, dan Jirenpun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita Keiju Pacific Rim punya geng!

Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..

Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..

Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.

“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”

Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,

“Perancis lah paling kuat bro, mereka sentiasa ada mentaliti untuk menang, personaliti setiap pemain selain kepantasan permainan serta kebijaksanaan semasa di dalam padang. Pergghh, terbaik! Sejarah dah buktikan mereka boleh menentang mana-mana pasukan tidak kira dari segi taktikal atau pasukan yang gemar menguasai permainan kerana mereka merupakan pasukan yang bijak. Pasukan yang kita tak jangka sebab boleh berubah-ubah dari segi taktikal. Tidak kisah mana-mana pemain yang beraksi. Secara fizikal mereka sangat padu dan penyudah mereka sangat sedap! bla bla bla..

*******

Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Masjid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal jam 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!

“GOAL!!!”

Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menyanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...

Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..

*****

1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB...

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..

Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?

Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi..

Selamanya! Selamanya!

Selamanya Harimau Malaya

Lelelelela OOOoo OOo,

Lelelelelaa aaaaa aaaaa,

Lelelelela OOOoo OOo,

Lelelelelaaa Harimau Malaya

Harimau Malaya

Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!

Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,

“Bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”

Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 3 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2020.., dunia belum kiamat..

“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”

“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok bola piala eropah..”

“Oh, ye ke?,”

Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...

Siapa yang bakal menang?

Perancis atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh habis PKP nanti..

Woha!

Jun 27, 2021

PDPR dan Wira Negara?

Antara wira negara sekarang ini, selain barisan hadapan, sudah tentu cikgu yang berperanan memandaikan warga pelapis. Tanpa cikgu yang tabah, anak murid ramai akan tercicir.

Dan zaman PDPR ini, Sudah tentu tugas cikgu lebih mencabar, tidak dapat tidak parent kena bantu sama agar anak anak tak tertinggal kelas.

Banyak kes cikgu cakap sorang sorang, murid tak dapat datang dengan pelbagai alasan.

Semalam saya ada baca alasan murid lain tak datang kelas:

1. XXXX (TIDAK MINAT / KURANG MOTIVASI IKUTI PDPR)

2. XXXXX-kuota internet terhad/kehabisan kuota

3.XXXXX (TIDAK MINAT)

4.XXXXXX KURANG MOTIVASI IKUTI PDPR

5.XXXXX(masalah hp dan kuota internet,

6. XXXXXXX Tidak  faham Pdpr-Tiada rujukan pembelajaran

7. XXXXXX(Berkongsi hp dgn adik Tahun 5, bergilir² serta internet terhad)

8.XXXX(Telefon rosak)

9.XXXXX(Rumah tiada internet)

10.XXX KURANG MOTIVASI IKUTI PDPR/Tidak minat.

Adohai, kasihannya cikgu, kasihan juga anak murid, kasihan juga parent.

Semalam saya tengok, anak saya sorang sahaja dalam kelas. Dan Cikgu tabah mengajar dari awal hingga habis, oleh sebab anak sorang sahaja, maka suara cikgu panggil nama anak sangat jelas.

Sayu jugak suasana tu sebab suara cikgu sangat caring dan penuh tanggung jawab.

Terima kasih cikgu.

Saya nasihat juga pada anak anak jika PDPR, bukalah video, bagi cikgu nampak kita. Saya pun selalu juga buat kelas on line, dan sangat best bila mengajar kita nampak audience. Jadi percayalah wahai anak, bukak lah video, tersenyunmlah, ianya akan sangat membantu cikgu menjadi lebih bersemangat.

Bantu Cikgu, bantu diri sendiri.

Teruskan berjuang semua cikgu!

Keretamayat kagum dari jauh!

Woha!

Jun 26, 2021

Hidup dalam ladang Pahala?

Hidup ini adalah pentas ujian. Ada orang bila ditimpa ujian bertalu talu akan berkeluh kesah hingga berkata;  hidup aku sukar macam dalam neraka!

Bila dapat senang dia kata sikit dan tak bersyukur lalu kufur nikmat dan disegerakan ujian. Aduhhh.

Bila buat pahala dia riak hingga menjadi dosa. Bila buat dosa dia nikmati dosa itu sepenuhnha hingga langsung tak nak taubat maka bertambahlah azab.

Tapi ada orang dia pandang dunia ni ladang pahala. Bila susah sabar dapat pahala, bila senang syukur dapat pahala jugak. Bila buat dosa, bertaubat akan tukarkan dosa kepada  pahala. Bila buat pahala ikhlaskan diri pahala berganda ganda.

Maka hidup ini memang sukar kerana selalu di uji namun terpulang pada kita nak anggap hidup ini neraka atau ladang pahala.

Saya pun akui hidup saya kadang kadang agak sukar. Terutama di uji dapat anak OKU autisme. Tapi saya anggap ini ladang pahala saya.

Tak sangka gambar spontan saya yang sedang sugul sambil payungkan anak syurga akhirnya menjadi cover buku.

Ini bukan setakat ladang pahala tapi ladang duit!

Woha!

Ps: Saya tidaklah menjadi kaya sebab buku bukan hari hari orang beli tapi syukur rezeki yang ada dapatlah simpan sikit sikit agar anak syurga mampu berdikari suatu hari nanti sewaktu saya terpaksa undur diri kerana ladang pahala kata pergi, syurga kata mari!

#keranadiaanaksyurga

Jun 25, 2021

Nabi Muhammad SAW pun kena PKP?

Hari ni kita semua sedih sebab kena PKP di rumah masing masing, sempena duduk rumah, tahukah korang bahawa Nabi pun pernah kena sekatan ala ala PKP, perintah Kawalan Pergerakan yang lebih dahsyat, berlaku pada umur Nabi 45 tahun.

Semuanya kerana orang kafir benci dengan Dakwah Nabi, lepas tu mereka dengar Nabi nak Hijrah ke tempat lain, sebab masa tu Nabi dah hantar 83 orang ke Habsyah, terus orang kafir jumpa Raja Habshah minta jangan terima orang islam.

Orang kafir juga ugut nak bunuh Nabi, tapi keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib tak bagi, maka Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social, sekat sumber rezeki dan mereka tak dibenarkan rentas daerah.

Alangkah azlimnya SOP ini padadah Nabi pun saudara mara Abu Lahab jugak.

PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.

SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi jual barang, akan dipukul dan diseksa.

PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati dalam ribaan kerana ibunya tiada susu.

Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.

Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan sikit sikit untuk bertahan hidup.

Jadi bagaimana Nabi dan penyokongnya mampu bertahan PKP zalim itu selama tiga tahun?

Di riwayatkan ada anak saudara Siti Khadijah dan rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke perkampungan Abu Talib itu dengan cara melepas unta di tengah malam bersama makanan berisi gandum dan kurma, yang ajaibnya, unta itu dapat lepas sekatan SJR orang kafir, dan dapatlah orang islam sedikit makanan, itupun dengan catuan, sebiji kurma sehari, dan ada setengah biji dan banyak hari berlapar.

Namun ada riwayat cerita, bukan semua unta lepas SJR, ada yang hilang dicuri puak lain di tengah jalan, semua ini adalah ujian Allah.

Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kelaparan.

Begitulah Allah uji generasi pertama umat islam dengan kesusahan demi kesusahan dalam memperkuatkan keimanan mereka.

Satu hari Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP gantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anaik kecuali nama Allah, dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.

Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa memang betul SOP dah musnah di makan anak anai, dan penulis SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan berdakwah!

Namun ujian Allah datang lagi, tahun itu juga Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam neraka.

Bila ketiadaan Abu Talib, PKP dah habis tempoh jadi lebih teruk sebab bila-bila masa orang kafir boleh bunuh Nabi, bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.

Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang tersayang meninggal dunia berturut turut,

Dulu waktu PKP duduk rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?

Jika kita tetntu terfikir, Agaknya isteri ada di dapur? tapi pergi dapur tiada orang, hmm, isteri aya ada kat bilik belakang kot? Tapi bila pergi tiada orang jugak, dada bederbar debar, masuk bilik, katil kosong, baru sedar, isteri dan seminggu meninggal, sedih woiiii, sampai terfikir isteri macam masih hidup, sob sob sob…

Jadi tuan tuan Bayangkan kita jika PKP macam zaman Nabi, dengan makanan takde, dengan ancaman bunuh, lepas tu orang tersayang satu demi satu meninggal. Allahu.

Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah, Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah, sampai di Taif kiah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!

Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu sampai orang baling tu penat.

Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.

Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.

Malaikat datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak cucu mereka yang beriman.

Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar Islam.

Kesedihan Nabi tidak lama, Dan Allah hiburkan Nabi dengan bawa Nabi rentas daerah sampai ke Palestin, naik kenderaan paling canggih pernah wujud, lepas tu Nabi Rentas bumi, naik langit pertama, sampai langit ke tujuh, dan di jalanan Nabi bertemu dengan Rakan seperjuangan, seronok Nabi dapat borak dengan Nabi Nabi terdahulu, dan kemuncak bahagia, Nabi bertemu Allah berkali kali, dan dihadiahkan solat lima waktu. Capal yang pernah berdarah dibenarkan pijak Langit tertinggi sewaktu Nabi bertemu Allah berbeza dengan Nabi Musa yang kena buka capalnya sewaktu jumpa Allah.

Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah PKP selama tiga tahun.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke?, sekali setahun ke?, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai.. PKP pun makanan masih penuh peti ais, internet laju, mana nak mujahadahnya? Adohai..

Nabi kini kena PKP lagi, orang kafir tak benar Nabi keluar Mekah, namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.

10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir selamanya sehingga ke hari ini.

Alhamdulilah.

Akhir kata:

Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian, Nabi tak sedih kena PKP, tiada makanan, sahabat kena siksa, sahabat ada yang OKU, dan macam macam kesusahan, semua tu nabi tak bercucuran air mata sebab kesusahan itu sementara sahaja, Tapi Nabi sedih bila ada orang mati tanpa Iman,  kerana tanpa Iman kita akan kekal di Neraka selama lamanya!

Semoga Allah matikan kita semua dalam Iman, macam P Ramlee mati tersenyum dalam Ali Baba Bujang Lapok

Woha!

Hamka keretamayat

PKP3.0 sambung lagi.

Bertabahlah.

Jun 24, 2021

Dunia Tidak Adil?

Sambil sarapan abang ada baca kisah orang cakap dunia ni tak adil seperti:

Makan sikit tapi gemok cepat.

Belajar tinggi tak dapat kerja..

Muka cantik tiada jodoh..

Jaga kesihatan tapi masih kena Covid...

Pandu kereta elok tapi orang langgar kita...

Jaga suami elok tapi janda yang buat buat bodoh datang rampas.

Ok cukup!. Banyak cerita jika nak lihat yang buruk buruk. Jom kita tengok adil dalam beragama.

Baru ni bulan puasa. Sahur 15 minit mampu tahan kelaparan 12 jam dan Kelaparan 12 jam hilang dalam 15 minit makan.

Semalaman al qadar lebih baik dari seribu bulan.

Enam hari puasa di bulan syawal sama puasa setahun.

Solat subuh berjemaah macam ibadat seluruh malam.

Baca tiga kali ayat ikhlas pahalanya macam baca seluruh Al quran.

Senyum di kira bersedekah!

Fair enough!

Baca dua buku abang mayat buat anak bini keriangan. Woha!

Ps: Okey yang itu saya tokok tambah.. tapi jika nak beli wasap 0199117163

Jun 23, 2021

Isteri kena Bodoh Bodoh?

“Abang mayat, ada pakar motivasi cakap, isteri kena buat bodoh bodoh depan suami, apa maksudnya? Cerdik tapi buat bodoh ke macam mana?”

******

Saya belum tengok ucapan penuh pakar motivasi tu, tapi “Buat bodoh bodoh” ni jika ikut Buku Motivasi Barat berada dalam Nombor satu of Law: berbunyi:

Never Outshine The Master!

Copy paste:

Law 1: Never Outshine The Master.

Always make those above you feel comfortably superior. In your desire to please or impress them, do not go too far in displaying your talents or you might accomplish the opposite – inspire fear and insecurity. Make your masters appear more brilliant than they are and you will attain the heights of power.

Everyone has insecurities. When you show yourself in the world and display your talents, you naturally stir up all kinds of resentment, envy, and other manifestations of insecurity. This is to be expected. You cannot spend your life worrying about the petty feelings of others. With those above you, however, you must take a different approach: When it comes to power, outshining the master is perhaps the worst mistake of all..

Never outshine the master means don't look better than your boss. It sounds simple but gets more interesting the better you understand it. Essentially it means to be humble.

end Copy paste:

Buku tu kemudian buktikan Law ni dengan kisah Benar dalam sejarah Raja raja zaman dahulu yang bila orang bawahan dia tunjuk lagak lebih hebat, maka akhirnya mati kena bunuh.

Sejarah melayu pun ada kisah Hang Nadim kena bunuh oleh Raja sebab terlalu bersinar di Singapura, Hang Tuah pun kena bunuh sebab terlalu bersinar berbanding Pembesar istana, lepas tu kena fitnah...

Tak payah pergi jauh ke zaman dulu, ingat kisahTun Mahadhir dan Najib, Bila Najib buat kerja yang jauh lebih hebat dari Tun Mahadhir, ekonomi power, bagi bantuan pada rakyat, Cash is King, Negara luar puji bertubi tubi, Presiden Amarica datang Malaysia, Raja Arab bagi derma, yang mana Najib telah menyinar lebih terang dari orang Nombor satu Umno, lepas tu muncul ayat “kepala bapak”.

Tun tercabar, Pak Lah dulu tak bersinar terang sangat, tapi Najib ni maju sangat Malaysia di buatnya, jauh lebih hebat dari Tun, maka Tun keluar Umno, dan sanggup bergabung dengan DAP musuh Umno, sanggup bergabung dengan Anwar musuh Umno, lawan Najib.

Dan dengan bantuan ramai rakyat Malaysia yang mudah emosi, akhirnya tersungkur juga Datok Najib Ketika Negara dikemuncak kejayaan, dan sampai sekarang kes mahkamah banyak tak selesai sebab Najib terlalu Outshine the Master!

Jadi.., pada pendapat saya lah, Jika Najib buat bodoh-bodoh sikit depan Tun, rendah diri sikit depan Tun, dan buatkan idea hebat Najib seolah dari nasihat Tun, tentu Tun tak keluar Umno dan panjang lagilah tempoh Najib jadi PM dan rasanya takdelah kita semua kena hadap PKP3.0 macam sekarang lepas tu gaduh bab pilih isteri cerdik sedangkan pilih PM cerdik pun kita tak reti!

Kesimpulannya tak kesah pakar motivasi mana yang cakap, Barat atau melayu, saya setuju:

Never Outshine The Master!

Woha!

Jun 22, 2021

Modal mudah bagi Tazkirah?

Lepas Subuh, saya suruh anak tingkatan satu ceramah.

“Nak ceramah apa ayah?”

Ceramah tentang MAKSUD, KELEBIHAN, dan CARA NAK DAPAT.

“Okey, faham”

Maka waktu anak ceramah, saya minta anak tingkatan lima salin guna Smart Phone.

Hasilnya:

“Alhamdulillah syukur dapat kita solat subuh pagi ini secara berjemaah, jadi saya nak kongsi tentang MAKSUD Islam, KELEBIHAN Islam, dan CARA NAK DAPAT Islam.

Islam berMAKSUD, Menyerah diri, Taat dan Kedamaian.

Maka sebagai orang Islam, kita kena menyerah diri pada Allah, Taat segala perintah Allah dan dari semua itu kita perlu bertenang, dan terlihat tenang.

KELEBIHAN Islam pula adalah, satu satunya agama yang Allah redha, maka janji Allah, siapa ucap dua kalimah, akan wajib masuk syurga walaupun selepas di azab.

KELEBIHAN Islam juga adalah punca ketenagan kerana hanya dengan ingat Allah hati akan menjadi tenang, dan bila tenang, banyak masalah hidup dapat diselesaikan.

Islam juga adalah cara hidup, maka dari bangun tidur hingga tidur balik, Nabi ada tunjuk, dari kehidupan rumah tangga, bermasyarat, berkahwin, berjual beli semua ada ajaran dalam Islam.

Last, CARA NAK DAPAT Islam.

Kena buat (2) dua perkara iaitu Beriman pada 6 Rukun Iman, dan Beramal pada 5 rukun Islam.

Rukun Iman bermula dengan percaya pada Allah yang (1) satu. Malaikat yang (10)sepuluh, Nabi yang (25) dua puluh lima, KItab Al Quran yang (114) seratus empat belas surah, Hari kiamat yang ada (7) tujuh tempat, dan Takdir yang ada (4) empat asas baik dan buruk.

Note: Hari kiamat terdiri dari enam tempat utama: iaiatu (1) alam kubur, (2) padang Mahsyar, (3) Telaga Kausar, (4) Neraca Mizan, (5) Titian sirat, (6) Neraka dan (7) Syurga.

Takdir pula ada empat asas : (1) Takdir Bahagia untuk disyukuri bukan dikufuri, (2) Takdir Derita untuk di redhai bukan untuk dikeluhi, (3) Takdir Pahala untuk di ikhlasi bukan untuk di riak, dan (4) Takdir dosa untik disesali (Taubat) bukan untuk dinikmati.

Rukun Islam pula bermula dengan (1) Mengucap dua Kalimah dan memastikan SETIAP MASA sedar bahawa Allah melihat saya, (tahap Ehsan) dan Nabi Muhamad adalah panduan saya, (Belajar Sunnah)

(2) Solat lima waktu SETIAP HARI, (3) Puasa SEBULAN di bulan Ramadhan, (4) Zakat SETIAP TAHUN dan (5) Haji SEKALI SEUMUR HIDUP.

Maka dengan beramal lima rukun Islam, dan Yakin dengan enam Rukun Iman maka kita akan dapat nikmat Islam di dunia dan akhirat.

Sekian ceramah saya, tutup majlis dengan Tasbih kafarah”

*****

Okey sorang anak dah habis berceramah, sorang pula dah habis salin.

Maka saya post di FB sebagai rujukan kot esok esok korang tiba tiba mendapat giliran “berceramah”

Woha!

Apa ni SPM teruk?

Tengok Result anak saya kejap...:

"Apa ni bahasa English tak dapat A?

Fizik tak dapat A? kenapa ni?

Eh kejap, Pendidikan islam dapat A+, wow! Fardu ain Lulus, Wow!

Tahniah anakku, ayah kagum dari dekat akan pencapaian kau duhai anak, tak sia sia ayah paksa kau duduk dalam Taklim dari kecik, dan paksa kau baca buku ayah, Alhamdulillah"

Kepada korang semua pulak, Sila kagum dari jauh!

Woha!

Ps: Jika ada yang minta tips didik anak, saya dah tulis dalam buku Kisah Anak Bini, dan Kisah Laki Bini serta Ngeteh DiKubur Ayah, nak beli : http://www.wasap.my/60199117163

Syukur pada Allah atas segala nikmat. Alhamdulillah.


 

Jun 16, 2021

Kerja paling susah?

Kawan saya seorang guru sekolah rendah bercerita tentang kesedaran baru yang buatkan dirinya insaf.

Katanya, sebelum ini disangka tugas seorang guru adalah sangat sukar dan paling mencabar kerana selain dari ajar anak murid, juga terlibat dalam kerja pengkeranian yang banyak, lagi masalah ibu bapa yang cerewet, masalah guru besar yang berlagak, masalah system pembelajaran yang berubah rubah, masalah nak capai target semua pelajar kena cemerlang, dan masalah terperangkap dalam dunia kanak kanak sepanjang hidup, bayangkan tiap hari layan budak sekolah rendah, tiap tahun cikgu makin tua tapi budak sekolah umurnya dan karenahnya sama sahaja, pening bang!

Tapi bila melihat tugas fronliner seperti jururawat di musim Covid 19,  yang masuk bertugas terus uruskan dokumen pesakit yang penuh bersusun atas meja dan belum siap terus dapat panggilan uruskan pesakit, layan itu ini, cucuk ubat, basuh berak, dan macam macam lagi, bila free sikit sambung isi borang atas meja, dan belum siap kena layan pesakit lagi, Si Cikgu ni insaf!

Mana ada waktu rehat bagi jururawat ni? Kasihannya…

Okey, jadi mari kita tanya kepada kawan saya yang kerja jururawat pulak, benarkah kerja beliau paling penat?

Kata juru rawat: Penat tu memang penat, lagi zaman Covids kerja tak pernah surut, bertambah lagi ada, kita pulak berdepan dengan karenah pesakit yang macam macam, tapi walaupun penat, saya kerja ikut shift, habis waktu, balik rumah terus rehat. Ada orang yang lebih penat dari saya iaitu para pesakit, mereka menanggung sakit tanpa rehat sehingga sembuh, mati pun ada, dan bila hari hari saya jumpa para pesakit, saya sangat simpati kerana mereka tiada rehat, mereka tidak mahu berada di sini, mereka tak mahu orang basuhkan berak mereka, mereka tak mahu di masukan Cable dalam paru paru, tapi terpaksa, mereka menahan derita tanpa shift, mereka nak sangat balik rumah, nak rehat di rumah, tapi dalam banyak kes, sembuh tiada, sakit makin parah, hingga terpaksa di tiaprapkan, dan ramai juga yang meninggal!

Dan percayalah orang paling penat bukan frontliner, tapi pesakit yang semakin hari semakin derita, ada yang kemurungan. Menangis meraung tu usah ceritalah, jadi Saya jauh lebih beruntung dan saya bersyukur dapat berkhidmat pada mereka. Saya rasa guru lagi susah sebab terpaksa uruskan orang sihat tapi nakal, murid bermasalah, ibu bapa yang manjakan anak, guru besar yang pentingkan rating dan lain lain, begitu juga polis dan askar, lagi susah sebab bertarung nyawa

Saya syukur di medan ini.

Perghhhhh, dengar kenyataan jururawat itu, terus saya insaf jika nak mengeluh penat PKP kat rumah. Sob sob..

Tuan tuan, kita kena kaja SOP duduk diam diam kat rumah, bayangkan Katil pesakit, kita Nampak tilam dan bantal, tapi itu sebenarnya hamparan terakhir sebelum dihampar dalam kubur bagi yang mahu mengerti.

Dan jika mati tak beriman pulak masuk neraka, aduhhhh lagi derita..

Sungguh nun Di Neraka sana, kerja ahli neraka jauh lebih berat dari guru, jujurawat, pengemis, buruh, askar, polis, driver keretamayat, hamba abdi dan semua ahli dunia, kerana di Neraka, kerjanya hanya menahan sakit, diazab siang dan malam, diguling guling atas bara api hingga nyawa nyawa ikan, hidup tapi tidak hidup.

Lalu dalam azab sedemikian, semua ahli neraka sanggup dikembalikan ke muka bumi, walau terpaksa jadi pesakit covid 19 tahap empat di katil hospital kerana di atas dunia ini, setiap rintihan kesabaran, sangat bernilai, setiap derita di balas pahala, setiap luka dinaikkan darjat, dan semua penyakit jika sabar pasti dapat menjauhkan diri dari azab api neraka.

Maka untuk kita semua, sejauh mana rintihan kesabaran telah kita ucapkan dalam ujian hidup?, atau terus merintih mengeluh konon Tuhan tak sayang saya? Lantas hidup tak bersyukur lalu merungut di katil hospital marahkan doctor yang penat, marahkan jururawat yang sanggup basuh berak sebab lambat?

Sedangkan hidup itu adalah satu nikmat, bagi mereka yang mahu mensyukuri dan menggunakan masa sebagai peluang untuk dekatkan diri kepada syurga.

Sunguh hari ini telah berlalu peluang untuk jauhkan diri dari azab api nereka, masa lalu telah pergi dan tidak akan kembali.

Baki masa yang ada ini, bersyukurlah akan segala baki nikmat yang ada dan gunakan baki nikmat itu  untuk perkara yang baik-baik seperti berterima kasih kepada cikgu yang sudi ajar anak saya disekolah secara online, dan terima kasih kepada jururawat yang sudi jaga saudara saya di hospital, juga terima kasih pada abang polis dan abang askar yang jaga gadai nyawa jaga negara, dan tak lupa,. terima kasih abang pemnadu keretamayat

Woha!

Jun 15, 2021

Siapa kena buat kerja rumah?

Abang kereta mayat, Salah ke jika isteri kerja dan betul ke kerja rumah itu kerja suami dan isteri hanya bantu?

******************

Gaduh bab kerja rumah lagi ke? Ada kisah Fatimah mengadu penat buat kerja rumah dekat Nabi dan minta Nabi hadiahkan Hamba untuk bantu kerja rumah

Nabi tak berikan hamba, tapi Nabi ajar Fatimah Zikir yang boleh menguatkan semangat, Tasbih Fatimah namanya, 33 kali SubhanAllah, 33 kali Allahuakbar, dan 33 kali Alhamdulillah, amalkan ini, akan beri kekuatan dua orang hamba.

Jadi, dari hadis ni terbukti kerja rumah bukan kerja suami, sebab Nabi tak pulak pergi marah Saidina Ali tak buat kerja rumah rumah ke apa, Namun banyak jugak hadis kisah nabi tolong isteri buat kerja rumah, pernah sahabat bagi salam, Nabi keluar rumah dalam keadaan tangan bertepung sedang uli roti, ada jugak kisah Saidina Umar basuh baju, kisah Sahabat jahit baju yang koyak, kisah sahabat memasak, dan lain-lain.

Jadi bab kerja rumah ni sama sama bantu, Cuma bila suami dah penat bekerja, common sense layan suami balik kerja dengan rumah kemas, makanan dah siap, dan anak anak yang berakhlak mulia.

Boleh jadi gaduh bali rumah anak kurang ajar sebab isteri tak tunjuk aklak yang baik, rumah pulak bersepah sebab isteri anggap kerja rumah kerja suami, makanan belum masak sebab isteri tunggu suami masak, adohai..

Zaman dulu, Nabi dan sahabat ramai isteri, ada giliran, isteri tak sabar jumpa suami, balik rumah memang isteri tunggu tip top maka takdelah kita dengar sangat kisah gaduh laki bini zaman sahabat ni, tapi zaman sekarang pandai pandailah bawak diri. Isteri dan suami sama sama buat kerja rumah apa salahnya, jika salah sorang penat, sama sama mengalah, sama sama tolak ansur apa salahnya.

Kahwin ni gaduh gaduh sikit, biasalah, yang penting berbaik dan bermaafan dan selalu berlumba lumba buat kebaikkan.

Paling penting adalah NIAT. Isteri buat kerja rumah NIAT kerana mencari Redah Allah, maka bila dapat Allah, dapat segala galanya, suamipun sama, bantu isteri buat kerja rumah NIAT kerana Allah, bukan sebab nak kahwin lagi satu, atau tak bantu sebab takde madu, jangan, NIAT kerana Allah pasti ada kejayaan.

Bab kerja pulak? Memang dalam islam, kerja cari duit, cari nafkah adalah tugas suami. Cari rumah, cari makanan, cari pakaian, semua tu itu tanggung jawab suami. Wajib suami sediakan. Perempuan tak wajib kerja, perempuan wajib jaga harta suami, dan jaga maruah suami.

Tapi ada kisah lelaki waktu bujang sibuk kumpul kekasih, habiskan duit belanja awek makan sedap dan melancong sana sini, bila dah kahwin baru tahu penting ada rumah yang selesa, ada kereta yang besar untuk ahli keluarga yang bertambah, maka duit tak cukup, akhirnya isteri pun kerja jugak untuk bantu suami sebab maklumlah waktu bujang awak jugak yang habiskan duit suami, sekarang mari sama sama kita kerja! Woha!

Ada jugak lelaki yang di uji dengan rezeki, buat semua perkara tak menjadi, bila meniaga asyik rugi, melabur asyik tersontot, kena tipu memanjang, dan kerja makan gaji pun asyik kena buang, akhirnya isteri terpaksa bantu dengan bekerja juga. Barulah nampak selesa sikit, tapi bila penat, isteri ungkit dia pun kerja, laki pun ungkit dia pun kerja, gaduh gaduh pun berlaku, adohai..

Balik dalam islam, segala amal bermula dengan niat, dan kita akan dapat hasil berdasarkan niat.

Nabi kata siapa hijrah kerana Allah, akan dapat Allah, hijrah kerana harta, akan dapat harta, hijrah kerana wanita akan dapat wanita, dan hijrah selain niat kerana Allah akan menjadi azab di akhirat.

Jadi semuanya balik kepada niat.

Sekarang saya nak Tanya: kenapa isteri bekerja?

Ada orang perempuan niat kerja sebab nak ada duit sendiri dan jika bercerai, dia tak merana sangat, akhirnya dia kena cerai, dan betul dia tak merana sangat sebab ada simpanan peribadi. Dia dapat apa yang dia niat.

Ada orang perempuan niat kerja sebab nak bantu suami, tapi suami salah sangka dan ambik kesempatan, lalu perempuan rasa tertindas, dan penat, sebab cari duit pun dia nak kena buat, beranak lagi, kerja rumah lagi, memasak lagi. Rupanya bila niat nak bantu suami yang tak faham agama, hilang pula harapan suami pada Allah dan jadi haru biru bila suami mengharapkan segalanya pada isteri pulak, adohai. Dia dapat apa yang dia niat dengan cara yang salah.

Ada isteri niat kerja sebab nak pakai barang kemas mahal dan mewah guna duit sendiri, akhirnya dia dapat pakai barang kemas tu dan tayang ke sana kemari.

Ada isteri niat kerja sebab nak hidup mewah, akhirnya dapat duduk rumah banglo, kereta mewah, dan buat open haouse tunjukkan perabot mahal pada tetamu.

Ada yang niat kerja sebab stress duduk rumah, bila kerja rasa “bebas” dari kerja rumah, datang PKP kena duduk rumah berbulan bulan, baru belajar balik bagaimana tak nak stress duduk rumah. Adohai.

Ada yang niat kerja sebab nak kawan dengan kawan kawan berfesyen terkini, sebab duduk rumah tak bersolekpun, pergi kerja melaram habis, dan rasa puas dapat cantic cantik di depan khalayak ramai, adohai..

Jadi semua balik kepada niat, korang para isteri yang bekerja apa niat korang?

Ada kisah Abu Zar r.ahu waktu menceritakan satu hadith yang beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham., tapi sebaik sahaja beliau sampaikan, beliau telah jatuh pengsan. Hadis tu berkenaan Niat yang ditanya pada hari akhirat.

Dikatakan ada tiga golongan masuk neraka paling awal, mereka adalah dermawan, Qari, dan orang mati Syahid, ketiga tiga masuk neraka sebab niat yang salah! Buat bukan kerana Allah, buat kerana nak pujian makhluk, ada kisah Dermawan nak orang puji dia murah hati, Qari nak orang puji dia sedap mengaji, Orang mati syahid nak orang puji dia berani, dan semua niat itu bukan kerana Allah, kerana mahluk! Lalu di humbang ke neraka!

Maka sebab itulah Abu Zar pengsang sebab takut salah niat.

Jadi balik kepada isteri yang bekerja, niatlah kerana Allah! Bukan sebab takut kena cerai, atau sebab nak tayang barang kemas, atau sebab nak tayang rumah mewah, atau sebab stress, atau sebab nak menunjuk nunjuk, jangan niat yang bukan bukan.

Niat kerana Allah!

Bagaimana nak niat kerana Allah?

Mesyuarat dengan suami, tengok apa masalah keluarga, dan saya nak bantu keluarga kerana Allah, dan memang ada tempat kerja yang perlukan wanita bekerja macam doctor beranak, jururawat dan lain lain, lepas tu mesyuarat juga bagaimana dengan kerja tak timbul fitnah, solat awal waktu terjaga, aurat terjaga, akhlak terjaga.

Biasa isteri kerja bila duit suami  tak cukup, dan dalam Rukun Islam ada dua Rukun yang perlukan duit iaitu zakat dan haji, maka boleh isteri kerja niat kerana Allah agar dapat pergi haji awal, dapat bantu orang susah, atau sekurang kurangnya hidup tidak berhutang, atau meminta minta.

Semuanya balik kepada niat.

Maka nasihat saya kepada isteri yang bekerja, betulkan niat, buat kerana Allah!

Hidup sangat singkat untuk bergaduh laki bini, makin tua tolong semnjadi semakin tolak angsur, kesimpulannya, mesyuaratlah suami isteri kerana Allah, Nabi dan isteripun bermesyuarat, dan apa keputusan menyuarat, niatlah taat kerana Allah, maka barulah betul kita kerja kerana Allah!

Jadi apa pun masalah laki bini,. Bermesyuaratlah!

Jika rumah takde mesyuarat, jauh lah sikit perjalanan nak ke syurga.

Sungguh, tempat kerja kita maju bila majikan dan pekerja bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan syarikat.

Sungguh, agama kita maju bila ulamak dan orang awam bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan agama.

Sungguh, rumah tangga kita maju bila suami isteri dan anak anak bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan rumahtangga.

Selamat datang total lockdown, rumahku syurgaku.

Woha!

Cara buat mesyuarat: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/274960527319360

Jun 14, 2021

Anak Autisme 4 patah perkataan?

Atas nasihat doktor, waktu PKP ni, saya diberi bahan Gambar kartun yang anak suka tengok, iaitu Boboboi, dan objek bulat bewarna.

Kaedah ini adalah untuk latih anak autisme saya belajar bercakap menggunakan empat patah perkataan.
Semoga video ini membantu semua parent dalam melatih anak "lambat bercakap" dengan Terapi di Rumah.
Terima kasih dan selamat menonton.
Woha!

Jun 13, 2021

Ayah.., kami lapar?

Semalam, al kisahnya, anak-anak ajak muzakarah bab bahagiakan ibu bapa, yang uruskan muzakarah anak form one, lalu anak minta semua adik beradik bagi ilmu bagaimana nak bahagiakan ibu bapa.

Maka masing masing bagai teknik nak gembirakan ibu bapa dan bila tiba giliran saya maka saya pun jawab:

“Anak anak, nak gembirakan ibu bapa samalah juga macam kita nak dapat keredaaan Allah, iaitu kita kena tahu mana satu perintah Allah, dan mana satu larangan Allah dan buat ikut keutamaan, maka kena ada ilmu bab hokum hakam, kerana perintah Allah adalah apa yang menggembiran Allah, dan larangan Allah adalah apa yang memurkakan Allah..

Jadi anak anak kena tahu apa yang ibu bapa suka, dan apa yang ibu bapa tak suka melalui apa yang ibu bapa suruh, dan apa yang ibu bapa larang..

Jadi, ayah suka jika bangun pagi hari anak dah siap berwudhu, dan ayah dengar anak sedang azan (musim PKP ni, azan di rumah), lalu ayah ambil wudhu dan lihat anak anak semua dah bersedia nak solat tunggu ayah sahaja, oh indahnya pagi itu tapi itu jarang berlaku sebab korang tidur lewat dan ayahlah yang kejutkan korang hampir setiap hari untuk solat subuh berjemaah… adohai.

Maka tolong, bangun awal dan kejut ayah solat kerana itu yang menggembirakan ayah…

Namun banyak tempat ayah nak puji korang, tertutama waktu lepas solat zohor, korang buat majlis muzakarah, banyak ilmu yang dapat korang kongsikan. Ada yang mencatat, ada yang google, kesungguhan itu buatkan pandangan itu menjadi indah.

Lepas asar, korang buat ceramah, masing masing bergilir dan ayah suka dengar kamu bersembang bab agama, Alhamdulillah. Bagus pandai bersembang bab agama sebab dalam kubur malaikat ajak sembang, siapa diam akan kena sembam!

Lepas magrib, korang membaca Al quran, terhingguk hingguk, ada yang tunjuk dengan jari, ada yang pejam mata sambil mengaji, ada yang membaca makna, sungguh indah magrib sebegitu.

Lepas Isyak korang baca taklim sorang satu hadis, hujung majlis, amir taklim akan recall balik hadis siap dengan perawi dan bila amir taklim lupa, orang yang baca hadis tadi akan sudi bantu, dah macam utaz ustaz ayah tengok korang semua. Alhamdulillah.

Dan selang waktu yang lain, ayah suka bila Bonda korang memasak, anak perempuan ada di sebelah, dan anak lelaki juga turut ada bantu Bonda masak.

Waktu lapang tengok korang main dengan anak syurha, dengan abaikan gajet, sebab main lari lari, main sorok sorok, main basikal, main toys.. seronok ayah tengok!

Dah penat main? melihat korang membaca buku, sampai tertidur, lalu ayah tutup buku kamu itu, dan betulkan posisi tidur kamu lalu kuncup dahi, hehehehehe

Paling indah di malam hari, waktu Ayah nak solat tahajjud, bermunajat di hadapan kekasih nombor satu, tiba tiba kekasih ayah, Bonda kamu tak ada sebelah katil, lalu ayah Nampak bonda sedang sujud dalam tahajjud bersama anak anak, perghhhh, bunyi cengkerik waktu itu, adalah paling indah, betul kata cicak yang sedang chap chap chap  di siling, oh indahnya sepertiga malam ini yang bakal berlabuh di pinggir fajar sidek!

*****

"Ayah!.... panjangnya bagi muzakarah! Orang dah lapoooooor!"

Woha!

Jun 12, 2021

Joker pun berdakwah?

Antara filem yang focus pada orang jahat lalu berjaya digarap dengan baik, Joker 2019. Babak last, joker nak cerita satu lawak, tapi takde orang faham, diapun bunuh orang tu.

Apa 'lawak' tu? Sebelum ni orang sangka, kegilaan Batman yang mencipta Joker. Tapi sebenarnya, Joker yang mencipta Batman.

Kesimpulan cerita ini..

Orang miskin forever alone bila stress dia jadi joker

Orang kaya forever alone bila stress dia jadi Batman.

Tapi Joker bukan sejahat Firaun yang mengaku tuhan.

Dan Batman pula bukan sehebat Nabi Musa dalam menegakkan keadilan.

Dalam perjuangan Batman, Joker tewas tapi orang jahat semakin ramai. Two Face, Penguin, Scare Crow, Bane dan macam macam lagi.

Dalam perjuangan Nabi musa menentang Sejahat jahat dan segila gila manusia, Firaun akhirnya mati kafir, tapi seribu ahli sihir Firaun mati beriman.

Itulah bezanya amal makruf vs nahi mungkar.

Think about it.

Tapi entah dari mana, ada pendapat mengatakan, Joker adalah orang baik yang tersakiti?

Dari mana falsafah ni datang?

Filem Joker cerita kisah seorang manusia yang tersakiti oleh sekeliling, lepas tu jadi jahat, bermakna orang jahat dalam cerita ini adalah orang segila joker yang disakiti. Bukan orang baik yang tersakiti.

(Baca: bukan semua pesakit mental menjadi jahat bila disakiti, banyak sebab Joker menjadi jahat jika nak salahkan pihak lain, faktanya ramai jer pesakit mental yang disakiti tetap jadi baik, lagi lagi yang ikut rawatan dan nasihat doktor, makan ubat, dan dekati diri dengan agama, Alhamdulilah jadi baik, biarlah Joker sorang jer yang jadi jahat, dan biarlah watak itu kekal dalam dunia fantasi, kita semua usahalah jadi baik, insyaAllah )

Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik. Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia dan tetap di balas baik, kenapa?

“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak buang sifat baik kita?”

Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.

Nampak tak?

Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir dalam filem joker dah buktikan, orang segila Joker tersakiti, akan jadi jahat macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.

“Tapi bang Hamka, itu Nabi..”

Baik, kita rujuk sahabat Nabi, bilal diseksa lebih teruk dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?

Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Umar cakap belakang Khabab ni lual paling teruk? Kenapa terok sangat luka tu? Jawab Khabab, waktu masuk islam dia kena seret atas bara api hingga lemak dan darahnya padamkan api. Apa? Tak kenal Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto korang kenal pulak, Adohai.

Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.

Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.

(Bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)

Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai tuduhan merompak, keluar masuk mahkamah, tapi elok jer jadi orang baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”

Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti. Biarlah dalam Filem jer falsafah itu berlalu.

Sebab orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.

Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.

Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.

Tau tak?

Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital, menjadi baik.

Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di penjara, menjadi baik.

Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan menjadi baik.

Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang tersakiti.

Woha!

Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!

Jelas tak?

Kesimpulannya:

Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.

Faham tak?

Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.

Al faham ke idop?

Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang sesuai?

Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar kepada macam macam. Ada baik, ada jahat, macam-macamlah!

Contoh yang betul dalam bab tersakiti..

• Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.

• Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.

• Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.

(okey, boleh sambung sendiri)

Woha!