Part 1
Feb 24, 2017
Misi Kuruskan mayat?
(kisah laki gemok)
Part 1
Part 1
Ku buka hadiah dari Puan bini sempena hari jadiku tahun ini.
Ku pijak hadiah itu.
Tarik nafas. Hembus nafas.
89.2 kg.
InsyAllah. Tahun depan nilai tu akan menurun.
Dapat 89.0 kg
pun OK. Tapi jika makin naik. Maka itu bermakna alat penimbang rosak.
Woha!
Part 2
Empat bulan kemudian, hari jadiku bulan Ogos, sekarang
hujung tahun December.
Tayar depan motor pancit.
Aku cuba buka tayar tapi skru dah tak ada gigi, kena buka
dikedai guna tool khas.
Aku pun bawa motor ke kedai, oleh sebab enjin tak ada
masalah aku duduk hujung seat, agar beban tayar depan kurang terasa.
Di jalanan, tayar belakang pula pancit, tak dapatlah nak
bawa lagi, kena tolak.
Sampai di kedai motor, bengkel dah tutup.
Aku pun tolak motor ke rumah berhampiran dan minta izin
untuk tinggal motor dalam pagar dia.
Esok aku tolak balik ke bengkel motor,
insyaAllah.
Lepastu aku balik rumah jalan kaki. Dekat 1 kilometer jugak.
Sampai rumah aku cari alat penimbang.
Berat terkini, 90.1 kg.
Alat penimpang ini hadiah dari Puan Bini tiga bulan lepas (9
oct 2016 ), waktu aku timbang: 89.2 kg.
Cis, alat penimbang ni ‘rosak’, bacaanya tak kosisten, makin
timbang main naik.
Maka sempena motor rosak, dah peluh masih di badan. Aku nak
buat azam baru.
Azam tahun lepas nak tulis empat buku setahun dah tercapai,
azam tahun ini:
AKU NAK TURUNKAN BERAT BADAN!
Kali ini serius! Arghhhhh, bam! (bunyi tumbuk meja tanda
serius)
Insyaallah, akhir tahun2017, jika panjang umur, aku nak
update gambar dengan berat lebih rendah dari nilai dalam gambar ini.
2017!
Tahun turunkan berat badan!
WOHA!
Ps: Tapi jika aku pendek umur, sewaktu naik keretamayat, aku
harap mayat aku tak seberat hari ini. Tak lah beban sangat bini aku memikulnya,
hu hu
Part 3
Kenangan kenapa aku gemok.
Ambik satu hari di tahun lepas:
Sarapan hari ini, nasi dingin dari Kelantan. Member tolong
beli.
Kudapan pula, karipap. Pow kawan punya.
Merarau, sebab sibuk, hanya sempat popia dua bijik.
Cicipan, sebab dah lapar, makan kat kedai, order nasi goreng
cina tak nak ayam, tapi suruh gaul dengan ikan bilis ganti ayam.
Makan malam tak makan sebab masih kenyang makan nasi goreng.
Tengah malam, laparlah pulak, so gabi malam ini nasi putih
dan sotong celup tepung, Puan Bini masak.
Ok, Ilmu istilah bahasa, bila tahu, kena amal, huhuhu.
Lepas ni geng gemok, boleh di panggi geng gabi-woha!
Ps: rujuk DBP bab penamaan baharu istilah berkenaan makanan.
Part 4
Tahun baru azam nak kuruskan badan. Tapi 1 january dah kena
pergi kenduri member foreigner. Di jamunya dengan nasi arab dan kambing bakar
serta ayam golek. Alhamdulilah rezeki.
Jadi tarikh azam baru kuruskan badan jatuh kepada 2hb
january 2017.
Harap maklum.
Woha!
Part 5
Ada teori mengatakan. Jika nak berjaya dalam satu bidang,
kena ambil gambar dengan orang yang dah berjaya dalam bidang tersebut. Mamat
dalam gambar ni dah berjaya turunkan berat dari 220kg hingga 90kg.
Tahniah #aizatrazak
I follow!
Part 6
Aku beli buku ni dengan penulis #aizatrazak. Aku bagi puan
bini baca.
Hari ni aku makan nasi segenggam beras. Puan bini cakap
seganggam nasi. Tak caya rujuk buku. Adohai...
Segenggam nasi rupanya. Ingatkan segenggam beras.
Woha!
Part 7
Terima kasih Puan Bini yang setia membantu misi kuruskan
mayat.
Dah lima hari tak minum teh tarik. Goreng mee ala kadar,
kurangkan nasik.
No for jajan.
Yes for makanan sunnah.
Pelan pelan kayuh.
Doakan.
Amin
Part 8
Menu laki gemok hari ni. Beras perang. Ikan tenggiri
panggang.
Terima kasih bini.
Bini tak jawab sama sama. Bini jawab:
"Dah kurus nanti jangan kahwin lain pulak!"
Woha!
Part 9
Hari ke 11 cabaran kuruskan mayat.
Berat pada 1hb jan 2017: 90.1kg.
Berat hari ini.... arghhh tidak! Aku syak rambut yang
panjang punca berat tidak turun.
Hari ni potong rambut!
Esok kita timbang balik. Jika berat tak turun jugak. Semua
bulu di badan mungkin akan kena potong agaknya.... Woha!
Part 10
“abang nampak phone saya tak?”
“Tak”
“cuba abang bangun, mana tahu kot ada kat bawah punggung
abang?”
“asal barang hilang sajer awak suruh abang bangun, asal
barang hilang sajer awak suruh abang bangun, Awak…, tak baik tahu
mendikriminasikan orang gemok, cubalah miss call dulu”
“ok, saya miss call guna phone abang”
“eh? Memang ada bawah punggung abanglah, adohai…”
Part 11
"Sayang... Tolong picit betis abang..."
"Ok. Hishhhhh, besarnya betis abang. Kena ganda senaman ni"
"Awak ni.. jika nak tahu, betis abang ni selalu di
sebut dalam syair melayu"
"Syair melayu?"
"Ya.. betis abang ni di kenali sebagai betis bunting
padi!"
*pensang!
Woha!
Part 12
Laporan laki gemok dalam misi kuruskan mayat.
1 jan 2017=90.1kg
17 jan 2017=87 kg
Dah dekat tiga minggu baru kurang 3kg, bermakna purata 1kg
seminggu, lambat ke cepat ni? Tak tahu pulak.
Tinggi: 171 cm
BMI: 29.75=gemok gila.
BMI patut kurang dari 25, jadi aku perlukan berat 70kg.
Pergghhh, 17 kg lebih muatan aku.
Puan bini cakap: apa baru turun 3 kg? saya rasa macam dah
lama masak ikan panggang dekat abang hari hari. Woha!
Sabar Puan bini, abang semangat nak kurus sebab awak sanggup
bantu, terima kasih banyak banyak- kagum dari dekat!
Part 13
Jika ada orang gemok nak kuruskan badan, lepas tu jaga makan
dan bersenam, memang ada jenis member yang suka kutuk dan jadikan orang gemok
bahang lawak.
Orang tu berlari kejap lepas tu berhenti, korang gelak,
makan sikit, korang sindir. Dari jauh korang mengumpat orang gemok siang malam.
Yang korang tak tahu, orang gemok bila mereka bersungguh
sungguh nak kuruskan badan bermakna mereka dah tak ada masalah dalam hidup.
Syukur Alhamdulillah, semua masalah mereka dah selesai,
Mereka tak ada masalah duit, tak ada masalah dengan
pasangan, tak ada masalah ekonomi. Semua OK.
Masalah mereka Cuma satu, berat badan berlebihan.
Jadi korang jangan kutuk mereka, tapi cemburukan mereka yang
dah tak ada masalah hidup.
Korang tu yang gelak gelak, hutang orang dah habis bayar
belum?
Hampeh!
Ps: Ada ustaz ceramah bagitahu, jangan kamu mengumpat kerana
perbuatan itu seperti makan daging orang yang kamu umpat, jadi tolong jangan
mengumpat orang gemok, nanti kena makan daging mereka, banyak pulak tu, habis
ke? Woha!
Part 14
Cuti raya cina begini, ada jemputan kahwin.
Lauk kenduri macam biasa lah, gulai lembu dan kambing serta
nasi minyak.
Aku cakap kat Bini, “Cheat meal”.
Balik kenduri, tuan rumah bungkus gulai daging dan kambing,
malam tu sampai rumah, bini tanya nak makan apa, sebab biasanya malam makan
lauk panggang dengan beras perang, tapi aku cadang, panaskan lauk gulai kenduri
tadi, takpe sekali sekala “Cheat meal”.
Tapi Puan bini cakap, ini dah bukan “Cheat meal”, tapi
“Cheat Day”
Adohai, takpe sayang, malam ni abang akan beraksi dua kali
ganda untuk bakar kalori.
Woha!
Ps: kata pakar, untuk kuruskan badan, pemakanan 70%, dan
senaman atau jimak membantu dalam 30%, jadi yang utama adalah, jaga makan
kerana Sunnah Nabi makan sekadar perlu, pesan pada diri sendiri. huhu
Part 15
“Abang, jika yer pun nak diet, tak payahlan sehari nak
timbang dua tiga kali, timbang seminggu sekalipun cukup, bukan tadi abang dah
timbang ke?”
“Awak ni tak tahu, tadi abang timbang 85.9kg berat abang,
sekarang 85.2kg, bermakna dalam 15 minit ni, dekat sekilo berat abang turun”
“Wow! Abang buat apa tadi sampai turun dekat sekilo? Abang
buat High Intensity Training ke?”
“Tak, abang duduk sahaja”
“Duduk sahaja boleh hilang dekat sekilo? Apa rahsianya?”
“Abang berak!”
“Woha!”
Part 16
Sekarang dalam misi kuruskan mayat. Aku minum teh hijau
tanpa gula. Bini cakap nak letak gula sikit tak?
Aku cakap tak nak. Bini tanya okey ke minum air pahit macam
ni?
Aku jawab: masa kacau air cukuplah awak ter senyum. Senyuman
awak kan manis.
chewah
Ps: orang gemok pun romantic tau! Woha!
Part 17
Hari minggu hari cheat day. Semalam puan bini masak nasi
lemak ikan selayang hari ini nasi minyak ayam bandar.
Jadi untuk kurangkan rasa bersalah hari ni aku panjat bukit
pelindung Kuantan. Jalan mendaki cantik, banyak tempat rehat tapi view atas
bukit terlindung dengan pencawang. Tak macam bukit besar Terengganu.
Lepas turun bukit Puan bini tanya:
"Macam mana naik bukit pelindung? Ok?"
Laju aku jawab:
"Ok. Lepas ni abang rasa dah layak panjat gunung
kinabalu pulak!"
Woha!
Ps: think big sebab perut pun big, kekekekeke.
Part 18
Wahai lelaki boroi, Dah diet seminggu?, tak sabar nak ambik
berat badan?
relax, tidur dulu, pagi esok,lepas mandi waktu pagi, dan
kalau boleh lepas berak.
pakai kain pelikat sahaja.
baru pergi pijak penimbang perlahan lahan.
lepas tu tengok bawah, jangan bongkokkan badan.
kemudian kempiskan perut sekuat hati dengan cara tarik nafas
dalam dalam.
tiba tiba puan bini tegur:
"abang, tak perlu pun part kempiskan perut tu, sama jer
bacaanya.."
"hah! itulah awak tak tahu, bila kempiskan perut baru
nampak bacaan penimbang!
Woha!
Ps: 83.8 kg.., Ini mungkin berat kain pelikat, jika berbogel
lagi banyak turun ni, ha ha
Part 19
"Sayang, jika abang pakai baju ni nampak gemok
tak?"
"Abang... bukan baju tu yang buat abang nampak gemok,
tapi perut boroi abang yang buat abang nampak gemok!"
"Terima kasih bini.. insaf"
Adohai...
Ps:kurangkan teh tarik hamka.. huhuhu.
Part 20
Berat terkini, 83.5 kg, setelah sebulan lebih makan berhemah ini,
baru turun 6 kg
Pelan pelan kayuh. Aku diet tapi tetap makan nasik, perut
melayu katakan, adohai..
Tip yang aku amal. Jika salah tolong tegur
Sarapan pagi jam tujuh, telur separuh masak dua bijik dan
air teh hijau tanpa gula, memang kenyang lama.
Kudapan jam sepuluh, buah epal atau roti wholemeal, ait teh
O kurang manis atau guna pemanis Stevia.
Merarau di tengah hari, nasi separuh pinggan, (kadang kadang
Puan Bini masak beras perang pun Okey), sayur dan ikan atau ayam atau daging
(panggang, rebus, atau bakar) sekali sekala ganti dengan udang atau sotong atau
ketam. Minum air suam jer waktu tengah hari.
Cicipan jam tiga, sama lebih kurang macam kudapan.
Second Cicipan jam lima, sama macam cicipan, sekali sekala
makan kerepok lekor sebab senang dapat area sini.
Sebelum magrib, atau lepas magrib, atau lepas isyak, Makan
malam lebih kurang sama lauk dengan Merarau, nasi, sayur dan ikan atau daging,
semua tak bergoreng, elakkan minyak, kurangkan garam dan gula, airpun air suam.
Jam 10 malam, gabi minum teh Tarik guna susu cair dan
pemanis stevia, cicah dengan roti atau makan epal, kadang kadang kerepok lekor.
Teh Tarik ni sebab dah ketagih, jadi lepas juga hajat walau guna stevia dan
susu cair sesudu. adohai...
Begitulah menu makan aku sehari hari, tak berlapar langsung,
dan alhamdulillah, berat badan turun jugak walaupun ambik masa yang agak lama.
Badan pun rasa lebih ringan dan mudah nak buat aktiviti lasak. Aku juga memang
tak makan apa apa ubat ke, produk kurus ke, program pil kurus ke, memang takde.
Sekali seminggu memang ada cheat day, bolehlah lepas hajat
nak makan nasi dagang, teh Tarik kaw, ayam goreng berempah dan sebagainya, ha
ha. Lagipun hari minggu banyak jemputan kenduri, memang membedal lah waktu tu,
adohai…
Senaman pulak, sekarang aku banyakkan berjalan kaki, kurang
kurang 30 minit, jika bini kirim beli barangpun, pergi jalan kaki, ke surau pun
jalan kaki jika awal, atau baca FB dan balas wasap sambil jalan kaki keliling
kampung. Orang nampak macam main pokemon Go, lantaklah, nak sihat memang kena
buat pekak jer orang nak kutuk apa pun.
Satu lagi, sejak berdiet ni, aku dah jadi seorang laki yang
rajin tolong bini kemas dapur, basuh pinggan, bergurau lasak dengan anak anak
dan lain lain aktiviti yang banyak bergerak, sebab aku nak aktifkan badan agar
kalori cepat terbakar, sambil menonton pun aku tolong bini apa yang patut, bini
suka tengok aku rajin dan bertambah semangat dia masak makanan sihat pada aku.
Alhamdulillah, kata bini aku yang tengok aku rajin kemas
dapur dan kemas rumah.
Satu lagi aku cakap kat Puan Bini, masa kita kahwin dulu
takde ambik gambar cantik cantik guna jurugambar professional pakai baju
pengantin semua, so aku plan jika ada rezeki, lepas dah capai berat badan
sasaran, aku nak ‘bersanding’ semula dengan Puan bini, ha ha, siapa ada set
baju dan set pelamin pengantin yang best best, bolehlah taja, jurugambar yang
pro pun boleh taja jugak jika mahu, alahai, nanti aku selit servis korang dalam
buku aku akan datang "kisah laki gemok", he he.
Wah, jauh benar berangan ni, sambil menguyah pulak tu.
Okey, nak pergi berjalan kaki sambil baca respon korang
pulak, walau dari jauh nampak macam main pokemon go, Nampak tak kat telinga aku
ada ear phone yang bersambung dengan smart phone?
Sedang dengar ceramah beb!
Sila kagum dari jauh!
woha!
Sekian update kisah laki gemok, misi kuruskan mayat, ada rezeki aku update lagi, insyaAllah.
Ps: Aku dan Khairy Tajudin Novelis akan buat kursus menulis buku dan terbit sendiri yang
akan di adakan 25 march ini di Kuala Terengganu. Sila whastapp 019 4702839
untuk join. 20 orang sahaja. Kursus misi Kuruskan mayat tahun depan pulak, ha ha!
Feb 17, 2017
Upah doa depan Kaabah?
(Tanya sama abang keretamayat, Islam dan Geografi-isu Upah Doa depan Kaabah)
“Abang keretamayat, apa pendapat tentang upah doa di kaabah
kerana doa lebih makbul di sana?”
“Doa boleh makbul di mana mana sahaja, bukan depan kaabah
sahaja, nak kirim doa tak salah, tapi upah doa tu yang melampau, adohai…”
“tapi di sana, jika solat di Mekah selama 3 hari, pahalanya
sama dengan 900 tahun solat di Malaysia kerana ganjaran solat di depan kaabah
adalah 100 ribu kali ganda dari bersolat di Malaysia, jika bersolat di Madinah
pula pahalanya 10 ribu kali ganda, sedangkan di Malaysia, jika kita berjemaah
di masjid baru mendapat 27 kali ganda, tapi bersolat jemaah di depan kaabah bersamaan,
27 darab 100 ribu kali ganda, bersamaan 300 tahun solat di Malaysia untuk
sehari di Mekah, dah tentu doa di sana juga berganda ganda makbulnya”
“tak dinafikan pahala lebih besar di sana, dan doa lebih
makbul di sana, tapi Allah itu Maha Adil, ada lagi tempat yang lebih besar
pahala dan lebih makbul doanya”
“Apa? ada lagi tempat lebih besar pahalanya dari Mekah dan
Madinah? Kat mana tu?”
“ya betul, doa dan pahala dalam islam tidak terikat dengan
geografi, islamkan adil, dan perlu terlihat adil, antara doa yang sangat makbul
walau dimanapun berdoa adalah:, doa orang terniaya, doa ayah kepada anak, doa
orang berpuasa, doa orang yang bersabar..”
“saya tahu itu, tapi tentang pahala yang lebih besar dari
lokasi Mekah dan Madinah, kat mana tu? Teringin jugak nak pergi, jauh tak? Berapa
tambang? Atau abang keretamayat ajar ajaran sesat, sebab mana ada tempat yang
pahalanya lebih besar dari Mekah dan Madinah?”
‘”Astarfirullahalazim, buat apa abang nak tipu dalam bab
agama, memang ada tempat lebih besar pahalanya..”
“abang keretamayat lupa ke hadith Nabi yang mengatakan,
solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di
Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat lima ratus
kali ganda, lupa ke?”
“Tak lupapun, tapi memang ada tempat yang pahalanya jauh
lebih besar dari tiga tempat yang kamu sebutkan tadi, dan tidak terikat langsung
dengan kedudukkan geografi, sebelum tu, abang keretamayat nak betulkan, saya langsung
tak ada niat supaya korang semua tidak pergi ke Mekah dan Madinah, bodohlah siapa
yang faham macam tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi aku nak
bagitahu korang semua bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang
ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi”
“okey, kat mana tu bang?”
“rujuk hadis, tempat itu adalah di JALAN ALLAH!”
“jalan Allah kat mana?”
“Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi, ia
mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di
hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada
takazar(keperluan) ugama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah”
“boleh terangkan lebih detail tentang jalan Allah?”
“Ok, Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu senang cerita
terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah
(dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat),
atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk
jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadith Fadhail yang biasa. Manakala
terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar
sekali!”
“hah! Yang ni saya nak dengar, kalau boleh bagi dalil baru
saya percaya”
“okey, aku petik beberapa hadith: riwayat Aisyah: Debu debu
yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan
api neraka ke atasnya, hadis riwayat Tabrani, lagi satu: Sehari di jalan Allah,
lebih baik dari seribu hari di jalan lain, hadis riwayat Nasai. Ada lagi: Sepagi
atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya, hadis
riwayat Anas”
“bab pahala lebih besar dari mekah tu mana hadisnya?”
“dengar ni, Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan
Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul
qadar, korang bayarangakan, LEBIH BAIK DARI BERIBADAT DI HADAPAN HAJAR ASWAD DI
MALAM LAILATUL QADAR, hadis lainL Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari
bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi), Siapa yang menjaga harta dan
keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR
Baihaiki), Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu
kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang
sudah berkahwin. Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan
berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di
jalan Allah”
“boleh bagi dalil sumber hadis mana tak semua tu?”
“korang pergilah rujuk sendiri, memang ada dalam kitab, aku
tak hafal sumber mana, tapi insyaALlah, apa yang aku dengar banyak kali, aku
sampaikan walau septong ayat, aku bukan suruh korang jangan pergi haji, itu
WAJIB pergi, Cuma nak bagitahu kepada yang taksub nak upah orang doa depan
kaabah sebab pahala kat sana besar, padahal ada pahala yang jauh lebih besar
dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar
berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup
lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh
alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) ugama dan faham bahawa
pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali”
“betul jugak tu”
“Pernah ketika Abu Hurairah menghantar satu jemaah jihad di
sempadan Madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri
termenung seketika di sempadan tanpa bergerak gerak. Sahabat lain yang rasa
pelik lantas bertanya: “buat apa tu?” Jawab Abu Hurairah, Nabi pernah bersabda:
Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya”
“terima kasih keretamayat, masalah ini di anggap selesai,
tak perlu habiskan semua wang untuk upah orang berdoa ke Mekkah dan Madinah
jika berniat setakat pahala lebih, kena simpan wang itu untuk keluar ke jalan
Allah yang pahalanya jauh lebih besar, betul tak?”
“betul betul betul!”
“wah tiba tiba keluar suara upin ipin, betul betul betul”
“Woha!”
TAMAT.
Keterangan.
Demikian tadi perbulan ringkas antara pembaca blog
keretamayat dan Hamka keretamayat, semoga dapat manfaat kepada korang semua
walaupun last part keluar suara upin ipin, adohai..
Sebagai penutup: Aku kongsi satu kisah yang ada kena mengena
dengan masalah di atas, yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah
menghantar jemaah dakwah ke jalan Allah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu
ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam
itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah
Haris bin Umar r.a.
Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad
seramai 3 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin
Harithah r.a.
Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut
sebelum bertolak:
Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat
kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin Abu Talib, jika Jaafar terkorban
syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika
Abdullah terkorban, bermesyuaratlah antara kamu dan lantiklah salah seorang
dari para jemaah sebagai ketua baru.
Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar
kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi
terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang
sebenarnya.
Abdullah bin Rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati
syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di
pagi jumaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana INGIN BERSOLAT BUAT
KALI TERAKHIR DI BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID NABAWI, bayangkan betapa
besarnya pahala bersolat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, ketika
hampir jumaat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?,
beliaupun menerangkan hajatnya iaitu MAHU BERSOLAT BUAT KALI TERAKHIR DI
BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID NABAWI.
Korang tahu apa Nabi cakap?
Nabi bagitahu, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan
seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang
telah bertolak pagi tadi di jalan Allah.
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat
masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.
Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana
pahala terbesar yang sebenar bukan terhad kepada faktor geogarfi Mekah dan
Madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang
keluar di jalan Allah.
Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar
ganjarannya dari bersolat jumaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid
Nabawi di zaman terbaik.
Ada riwayat mengatakan, Malaikat Jibril memberitahu bahawa
beliau boleh menghitung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak
dapat menghitung pahala orang yang keluar dijalan Allah.
Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka
tidak banyak kubur sahabat Nabi di Mekah dan Madinah, rekod mengatakan jumlah
sahabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu
para sahabat, tapi jika korang menghitung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar
tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka
yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz, tapi baki 114
ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah
meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan agama lalu
syahid di jalan Allah.
Tapi jangan salah ertikan jalan Allah dengan sewenang
wenang, sebab ada peserta perhimpunan tunjuk perasaan nak gulingkan kerajaan mengaku
yang mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau ada ustaz cakap, berjaga malam
menjaga poster parti daripada dikoyakkan oleh parti musuh adalah sama dengan
mata orang yang berjuang dijalan Allah, ada pulak ustaz lain cakap, menggantung
bendera di puncak pokok kelapa adalah berjuang di jalan Allah yang mana jika
jatuh dikira mati syahid, atau penyani rock ketika buat konsert menyanyi lagu
ada unsur ketuhanan sikit bagitahu mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau
pengarah filem yang buat filem bertemakan ugama walaupun ada babak dalam disko
supaya penonton insaf mengaku berjuang dijalan Allah, atau geng whasap serta
facebook yang kerjanya copy/paste artikel agama dengan ‘penuh mujahadah’
seperti duduk bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse mengaku sedang
berjuang di jalan Allah.
Pendek kata semua gerakan, usrah, kumpulan yang mana so call
islamic mengaku mereka sedang berada di jalan Allah.
Tapi betulkah mereka sedang berada di jalan Allah yang
khusus, atau hanya dijalan Allah yang umum?
Jalan Allah yang umum pahalanya biasa sahaja, tapi jalan
Allah yang khusus ganjarannya dahsyat sekali sehingga lapan malaikat yang pikul
arasy akan berhenti berzikir dan mendoakan keampunan kepada mereka yang
berjuang di jalan Allah yang khusus.
Straight to the point, Jalan Allah yang khusus adalah jalan
yang dilalui oleh Nabi Muhamad SAW dan sahabat RA atas maksud ugama secara
khusus.
Keluar dengan mesyuarat dari Nabi dan atas maksud ugama
semata mata.
Ulamak Buznama ada tafsir, jalan Allah yang khusus ada empat
perkara di dalamnya.
1. Jumpa
manusia dan menyeru mereka kepada Allah.
2. Menjaga
ibadat terutama solat berjemmah.
3. Mengadu
kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari
4. Mencegah
diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.
Pendek cerita, Empat perkara ini berlaku dalam jemaah dakwah
dan jemaah jihad yang di bentuk oleh Nabi Muhammad SAW, contoh dalam jemaah
jihad perang,:
1. Nabi
perintahkan sahabat berdakwah dahulu selama 3 hari sebelum berperang.
2. Dalam perperanganpun,
Nabi masih menjaga solat berjamaah bersama sahabat.
3. Nabi dan
sahabat menangis di sepanjang malam memohon bantuan Allah agar hidayat tersebar
4. Sahabat
di sibukkan oleh Nabi dengan perbagai perkara ugama sehingga mereka letih dalam
ibadat lalu tidak terdaya lagi untuk buat maksiat
Menguatkan lagi hujah ini, ada hadith yang mengatakan jika
satu tempat ada amalan jumpa manusia kerana Allah, ada orang solat tahajjud dan
ada orang menjaga solat jemaah, maka Allah akan mempercepatkan Rahmat dan akan
tangguhkan bala.(Fadail amal)
Maka pesan aku kepada korang semua, sebelum korang mengaku
sedang berada di jalan Allah, Tanya diri masing masing: adakah korang jaga
solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah korang jaga solat tahajjud di jalan Allah
itu?Adakah korang keluar bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah
sepanjang berada di jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul
lelaki perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa di sepanjang jalan Allah
itu?
Jika ada perkara negatif seperti lengah solat, malas
tahajjud dan buat maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih
baik korang renung balik dan tanya:
Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan
syaitan?
Menangislah dan berguling gulinglah kamu!
Pesan pada diri sendiri-Sekian.
Feb 2, 2017
Korang akan senasib dengan Firaun?
(Baca sampai habis jika Korang tak nak senasib dengan Ubay bin Khalaf)
Tahukah korang? Dalam hadis bagitahu, jika orang islam tak
jaga solat maka dia akan senasib dengan Firaun,Haman dan Ubay bin Khalaf.
Firaun rasanya semua kenal, raja gila kuasa yang mengaku
dirinya Tuhan dan mati lemas dalam laut sewaktu kejar Nabi Musa,
Haman pulak
menteri kerja raya firaun, beliau yang bina menara tinggi untuk Firaun bunuh
Tuhan selain dirinya, bila menara dah siap, Firaun terus naik atas menara tu bawak
lembing dan tombak langit sehingga berdarah dan mengaku pada rakyatnya telah
bunuh Tuhan Nabi Musa.
Elok sangat Firaun dan Haman masuk neraka akibat perbuatan
jahat mereka, tapi Ubay bin Khalaf ni siapa? Korang kenal tak?
Nanti Pak mertua petik nama Ubay dalam dialog sewaktu makan,
korang boleh bulak cerita tentang e-bay apa kejadah?
Jadi hari ni aku nak cerita tentang siapa Ubay bin Khalaf dan
apa yang dia buat sehingga di ahkirat nanti beliau akan senasib dengan firaun
dan haman.
Ubay ni tidak sezaman dengan firaun, beliau sezaman dengan
Nabi Muhammad SAW,
Ubay orang kafir yang kaya dan sombong,
Alkisahnya, Sebelum Nabi
berhijrah ke Madinah, Ubai bin Khalaf awal awal dah berniat nak bunuh Nabi lalu
berkata kepada Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan kata kata yang seratus peratus
berunsur Syirik:
"Aku ada memelihara seekor kuda yang aku beri makan dengan
cukup. Aku akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti”
Semua kata katanya penuh dengan syirik!
"Aku (Syirik!) ada (Syirik!) memelihara
seekor kuda yang aku beri makan (Syirik!) dengan cukup (Syirik!). Aku akan (Syirik!)
membunuh kamu (Syirik!) dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti. (Syirik!)"
Semua tu ayat ayat ahli neraka!
Tapi kita tengok jawapan Nabi bila bercakap dengan orang
syirik, jawab Nabi:
"Insyaallah, sayalah yang akan membunuh kamu."
Bila ada perkataan “Insyaallah” maka tiada langsung unsur
Sririk dalam kata kata Nabi.
Di pendekkan cerita, dalam
peperangan Uhud, si Ubay ni berkeliaran di medan perang mencari Rasullullah
s.a.w sambil berkata,
"Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada
keselamatan lagi bagiku."
Lalu dia pun mara ke arah Nabi s.a.w dengan niat
membunuh. Para sahabat dah tak sabar nak pergi pancung kepada ubay, tapi Nabi
cakap:
"Biarkan dia datang."
Bermakna Nabi nak lawan dengan Ubay ni satu lawan satu, lalu
bila Si Ubay ni memecut dengan kuda bersama pedang terhununs, dan bila dah nak
hampir dengan Nabi, terus Nabi ambil lembing dan baling ke arahnya, Lembing itu
terkena sikit pada tepi leher Ubay dan adalah kesan terguris sedikit.
Terus Ubay bin Khalaf jatuh tergolek dari kudanya dan lari
lintang-pukang sambil menjerit!
"Muhammad telah
membunuh aku!"
"Muhammad telah membunuh aku!"
"Muhammad telah membunuh aku!"
Lepas tu Ubay bin Khalaf memekik kesakitan macam lembu
jantan kena sembelih. Abu Sufian ketua orang kafir siap perli Ubay bin Khalaf sebab
beraksi macam pondan, luka sikit jer tapi menjerit macam lembu.
Tapi jawab Ubay bin Khalaf: "Tahukah kamu siapa yang lukakan aku? Ini adalah perbuatan Muhammad, Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan
membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku akan mati di tangannya. Malahan aku
yakin, jika setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja
pun, pasti aku akan mati."
Lepas tu Ubay bin Khalaf sambung meraung, dan mati dalam
perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah.
Pengajaran dari cerita ini adalah: Bagaimana Ubay bin Khalaf
seorang kafir yang selalu bercakap syirik tapi cukup yakin dengan kata kata
Nabi dan percaya bahawa Nabi bercakap benar tapi bila mati masuk neraka walau yakin dengan kata kata Nabi.
Macam mana tu?
Sebenarnya yakin Ubay bin Khalaf kepada Nabi adalah “Yakin melalui pengalaman” kerana menyaksikan sendiri bahawa Nabi tidak pernah bercakap
bohong, dan melihat sendiri beberapa peristiwa mukjizat di Mekah. Yakin begini tak bernilai
dalam Islam sebab dah tengok baru percaya.
Dalam Islam, yakin adalah kepada yang Ghaib, Beriman kepada
yang Ghaib, jika nampak baru percaya itu sama macam orang kafir di neraka yang
nak kembali ke dunia sebab dah nampak azab semua, jadi yakin melalui pengalaman tak
bernilai di sisi Allah. Yang bernilai di sisi Allah adalah “Yakin melalui pengorbanan”.
Macam contoh peristiwa Israk mikraj, orang kafir yang
percaya Nabi tak pernah cakap bohong sehingga di gelar sebagai Al amin, tapi
bila Nabi bagitahu baru balik dari langit jumpa Allah, Abu jahal terus tak
percaya, sebab abu jahal “Yakin melalui pengalaman”
Tapi Abu bakar, dan semua umat islam terus percaya sebab “Yakin
melalui pengorbanan”.
Jadi, pesan ulamak, semakin banyak kita korban untuk agama, maka
semakin banyak yakin akan datang dalam hati, akam semakin kuat iman, dan akan semakin
tinggi kefahaman agama.
Insya-Allah.
Jadi, berhati hatilah agar iman kita bukan setakat “Yakin melalui pengalaman” tapi “Yakin melalui pengorbanan”.
Now you know!
Akhir kata, Semoga Allah beri kepada kita semua kefahaman
agama yang baik.
Sekian.
Ps: Orang yang faham agama, amalan sunnat menjadi macam wajib baginya,
amalan wajib apatah lagi? Tapi orang yang tak faham agama, amalan wajib pun
sambil lewa, sunat tak payah cakap, terutamanya solat, sebab itulah kot di neraka nanti, akan senasib
dengan Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf. Nauzubillah!
Subscribe to:
Posts (Atom)