Apr 30, 2020

PKP macam azab kubur?


Bila kena PKP, nasib kita semua tak sama, ada orang PKP di rumah banglo, makanan penuh atas meja, ada banyak hiburan dalam rumah, pasangan pulak sangat best dan saling menyayangi.

Manakala ada orang rumah sempit, tiada makanan, lepas tu bergaduh pula dengan pasangan, dan macam macam cerita yang sedih untuk di ceritakan.

Saya Alhamdulillah, walau pakai kereta buatan Malaysia sahaja, tapi sempat buat rumah atas tanah lot, maka tak lah rasa sempit sangat, lepas tu alhamdulillah masih ada makanan atas meja, anak anak semua taat dan patuh, isteri pun menyenangkan hati, dan rasa macam orang pencen, bangun pagi tak payah pergi kerja dan buat apa yang kita suka iaitu membaca, menulis, dan menonton.

Ketika sedang saya rehat di belakang rumah, di bawah pokok sambil layan isu semasa di internet, kakak saya call bertanya kabar, beliau seorang guru dan beliau bercerita betapa gembira sewaktu PKP ini kerana anak anak dapat berkumpul, dapat baca taklim, dapat bincang bab agama, dapat makan berjemaah, dan dia rasa seperti nikmat pencen di awalkan cuma yang bezanya, pencen bersama badan yang sihat, si kakak juga tingal di rumah atas tanah lot dan dapatah dia berkebun dibelakang rumah.

Kata kakak: “Hamka, agaknya beginilah nasib kita di kubur!”

Saya ringkaskan isi perbualan kami, saya setuju dengan pendapat kakak saya bahawa nanti dalam kubur, kita akan kena PKP dalam lubang kubur masing masing, tak boleh nak kemana-mana, tapi jika kita bawa bekal solat yang cukup, al quran, silaturahim, semuanya akan jadi teman dalam kubut dan akan hiburkan kita sampai kiamat.

Rujuk hadis, ada kisah waktu malaikat nak soal dan seksa dalam kubur, akan datang al quran dalam bentuk manusia membela kita, akan datang silaturahim yang akan meluaskan kubur kita, akan datang solat malam menerangkankan kubur kita, dan banyak lagi amal ibadat akan datang memeriahkan PKP kita di dalam kubur.

Tapi jika kita mati dalam keadaan derhaka pada Allah, maka kuburPKP kita akan jadi sempit, lepas tu dilepaskan pulak ular berbisa untuk azab mayat, dan malaikat nakir akan palu kita siang dan malam lalu kita dipukul dipalu sehari hari barulah kita sedarkan diri hidup di dunia tidak bererti akhirat di sana sangatlah rugi.. ni dah menyanyi lagu selimut putih ni.. woha!

Jadi insaflah kita diwaktu PKP ni sebab di Malaysia, masih ada orang bagi bantuan makanan, kerajaan bagi duit, dan lain-lain bantuan, tapi dalam kubur kena PKP kita nak minta bantuan siapa? Nak harap doa orang hidup tahlil untuk kita tak boleh pulak sebab kita waktu hidup anti bidaah hasanah?

Habis tu nak ke mana?

Sementara masih hidup waktu PKP ini, Stay home, jangan merayap, sabar walau terpaksa bekurung, bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat, bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian, jaga solat awal waktu, baca al quran, baca makna, banyakkan berdoa ddan bertaubat, mudah mudahan PKP kita di kubur nanti indah dan meriah macam hari hari hari raya.

Woha!

Apr 29, 2020

PKP di zaman Nabi?

PKP-Perintah kawalan pergerakan yang mujahadah bagi kita, ada tak ala-ala PKP yang terkena pada Nabi Nabi terdahulu?

  • Nabi Yunus 40 hari dalam perut Ikan
  • Nabi Musa 30 hari di Bukit Tursina, lepas tu bila kaumnya murtad, Allah tambah 10 hari menjadikan 40 hari.
  • Nabi Ibrahim 40 hari dalam api


Dan PKP kita dah menghampiri 40 hari.

Maka beruntunglah siapa yang sepanjang PKP ni dapat jaga solat berjemaah bersama keluarga dan dapat takbir pertama bersama Imam, beruntunglah kerana ada hadis, barang siapa yang solat berjemaah bersama takbir pertama, akan mendapat jaminan kebebasan dari api neraka dan bebas dari sifat minafik.

Jom rebut dua insuran dari Allah melalui amalan ini.


Amin...

Alkisanya..

Semalam anak baca taklim, kisah sahabat yang agak panjang dan menariknya, kisah sahabat tu ala-ala PKP.

Tiga sahabat Nabi kena pulau sebab tak ikut Jemaah dakwah dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.

Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.

Bila Nabi balik berdakwah, lapan puluh orang munafik bagi alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad lalu Nabi maafkan, tapi tiga sahabat ni tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku bersalah, sibuk dengan kebun.

Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.

Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.

Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat sedih dan nangis hari hari.

Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang segaja tak nak ikut keluar berdakwah dan berjihad.

Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu sebab confirm masuk neraka, dan takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab tiada siapa yang boleh bantu mereka.

Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir datang dakwah mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara kafir.

Bencana apakah ini?

Tapi sahabat tu sabar, setia pada islam dan mengaku bersalah dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi suruh simpan sedikit untuk anak bini.

Moral cerita ni, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena pulau.., akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak kena pulau, aduh..

Sempena PKP di rumah ini, marilah kita insafi dosa kita yang banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk takdir bila kita dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Maka insafilah, bertaubatlah kerana abaikan dakwah dan moga Allah ampunkan dosa kita semua keraan Allah Maha pengampun.

Semoga woha sampai syurga.

Woha!

Apr 28, 2020

PKP bersama anak syurga?

Alkisahnya, Saya ada dalam group ibu bapa yang ada anak OKU, dan betapa simpati kepada mereka dan betapa mujahadahnya membaca kisah ibu bapa ini bila PKP bersama anak OKU kerana anak syurga ni mudah mengamuk, cepat bosan, selalu nak keluar rumah, nak pergi tempat luas dan ada air cond (pasaraya) nak berlari di pantai, nak berlari di taman permainan. Dan bila mengamuk, sukar dipujuk sebab mereka tak normal dan tak faham erti dunia macam kanak-kanak yang normal.

Dalam rumah yang sempit, anak syurga autisme akan panjat sana, kacau orang, baling objek, pecahkan pinggan, pukul orang, gigit, dan macam macam kisah yang saya dengar.

Saya dah lepas fasa kejadian anak meragam semua tu sebab ianya berlaku waktu anak umur 4 tahun, waktu anak tak boleh bercakap, dan belum pergi terapi urus diri.

Zaman tu belum PKP jadi senang tarik perhatian anak dengan bawa dia berlari ke taman permainan, atau tepi pantai, atau panjat bukit, atau berlari dalam Mall yang luas atau bawa dia tengok mainan sampai rambang mata.

Tapi dizaman PKP, anak syurga tak boleh keluar rumah akibat jangkitan Covod 19, maka yang jadi sasaran adalah ibu bapa, anak pecahkan TV, anak taburkan makanan, anak pangjat tingkap nak terjun, anak gigit sampai berdarah, dan macam-macam.

Saya hanya mampu simpati dan doa dari jauh kerana ujian setiap manusia ni tak sama, jadi kepada anda yang PKP bersama anak anak yang normal, bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Sungguh saya cakap ni: bersyukurlah.

Dan saya sendiri walau ada anak OKU autisme, tetap bersyukur sebab saya baca kisah orang lain anaknya Severe autisme dan PKP bersama si anak yang ketuk kepala, tak boleh bercakap, makan najis, pukul orang tanpa sebab.., gigit orang sampai berdarah, dan banyak lagi, memang simpati.

Anak saya hanyalah Mild Autisme, Alhamdulilah atas nikmat ini, sekarang umur tujuh tahun, dan anak dah boleh bercakap tiga patah, mudah dipujuk, dan sangat jarang menggigit macam dulu dan sudah tak makan najis macam dulu dulu.

Rezeki anak juga waktu PKP ni, beliau adalah anak bongsu dari lima beradik, abang dan kakaknya sangat rajin melayan, (terima kasih anak anak ayah) jadi dia sibuk dilayan kiri kanan sampai dia penat dan tidur.

Rumah kami kecik sahaja, tapi halaman luas, maka bolehlah anak berlari, berbasikal dan macam macam aktiviti. Dia sangat sibuk dengan macam macam permainan tapi alhamdulilah, setakat ini terkawal.

Ada cubaan panjat pagar nak keluar, tapi dia faham tentang zombie, saya terpaksa cakap kat luar ada zombie dan dia faham, sekolah tutup, ada kuman, ada zombie.

Maka hari ini cuaca pun cerah, saya rakam aktiviti anak dari pagi sampai ke petang, dia tak akan tidur kecuali larut malam bila dah habis tenaga.

Tengok dia gembira dalam video ini buatkan saya bersyukur dengan ujian anak OKU mild autisme, terima kasih Allah beri kami anak syurga, orang lain diluar sana lebih besar ujian mereka.

Semoga PKP ini cepat berlalu, semoga kita semua berjaya lawan virus Covid 19, dan habis semua ini, antara perkara pertama saya nak buat dengan anak syurga adalah mandi pantai.

Woha!

Link video: Sehari PKP bersama anak syurga OKU autisme:


Terima kasih sudi menonton.

Apr 27, 2020

Penawar simple bagi hati?


 (Empat asas yang perlu ada sebagai Penawar bagi hati)

Alkisahnya.. Hari ni muzakarah dengan anak-anak bab penawar bagi hati, ada 4 asas sahaja yang kami bincangkan iaitu, Syukur, Sabar, Ikhlas dan Khauf.

Suruh anak anak sebut dan hafal 4 kata kata ini:

  • (1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
  • (2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
  • (3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
  • (4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.


(lepas anak anak dah sebut dan hafal, kita sebagai moderator muzakarah akan buat sedikit ulasan)

Alhamdulillah, semua dah hafal 4 penawar bagi hati, maka sekarang ayah nak cerita tentang Maksud, Kelebihan, dan Cara nak dapat.

Semua juzuk dalam Islam ni ada tiga benda ni iaitu, (1) Maksud, (2) Kelebihan, dan (3) Cara nak dapat.

(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.

Maksud Syukur: Kita nak sedar bahawa Allah sayangkan kita dan kita sedang di beri nikmat yang sangat banyak.

Kelebihan Syukur: Allah akan tambah nikmat, hidup lebih bahagia, Hati bertambah tenang, pahala semakin naik, dan kita akan menyenangkan semua orang.

Cara nak dapat Syukur: Nikmat Allah hendaklah disebut sebut, selalu puji Allah atas segala nikmat, selalu tengok orang lebih susah agar syukur makin bertambah, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan kesyukuran, dan kongsi nikmat pada orang lain maka nikmat akan bertambah. Orang kaya yang bersedekah itu tanda syukur, orang kaya yang simpan duit dan cakap saya bersyukur itu kedekut. Aduh..

(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian

Maksud Sabar: Mencari hikmah yang menyamar sebagai takdir buruk padahal sebenarnya adalah takdir baik, jika tak jumpa hikmah, maka Kita nak redha dengan takdir buruk sampai kita mati atau sampai takdir buruk itu bertukar menjadi baik. InsyaALlah

Kelebihan Sabar: Lebih bahagia dan tenang, lebih mudah uruskan masalah bila sabar,dan Allah janji akan bersama orang yang sabar, pahala dan darjat anak naik bagi orang bersabar, dan kita akan menyenangkan semua orang.

Cara nak dapat Sabar: Carilah pertolongan dengan solat dan sabar, ambik wudhu, dan duduk, dan bertenang, sangka baik pada Allah, selalu tengok orang lebih susah agar syukur bertambah pada baki nikmat yang lain, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan kesyukuran pada baki nikmat yang ada dan dapat membantu menambah nilai pada kesabaran.

(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar

Maksud Ikhas: Buat sesuatu kerana Allah, tinggalkan sesuatu juga kerana Allah.

Kelebihan Ikhas: Hati lebih tenang dan damai, dan Allah janji akan terima amal yang ikhlas malahan Alah akan gandakan berlipat kali ganda amalan yang ikhlas dan kita akan menyenangkan semua orang.

Cara nak dapat Ikhas: Jawab empat soalan
  • (1) Adakah ini perintah Allah? 
  • (2) Bagaimana Nabi buat? Jika Nabi tak buat, bagaimana Ulamak buat? 
  • (3) Adakah saya buat ini kerana Allah? 
  • (4) Bagaimana saya akan istiqamahkannnya? Jika dapat jawapan semua jawapan ini dengan betul, maka akan dapat ikhlas, selain itu Yakin dengan janji Allah melalui ihtisab juga dapat hakikat Ikhlas.


(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.

Maksud Khauf, kelebihan Khauf, cara nak dapat Khauf…..?

Alamak, masa dah habis, waktu berbuka dah masuk, muzakarah kita tangguh dulu dengan tasbih kafarah. Jumpa lagi dilain Muzakarah.

Woha!

Apr 26, 2020

Hukum Sedekah terang terang?


"Abang mayat, apa hukum orang yang riak di FB? Update gambar sedang bantu orang susah?"

Jawapan:

Bukan semua orang yang menunjuk nunjuk dalam ibadat itu riyak, sungguh Bab riyak tu. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Shiar. Iaitu kena buat terang terang, kena hebahkan..

Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk. Itu sunnahnya!

Bab Solat berjemaah kena azan kuat dan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.

Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.

Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.

Haji kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur.

Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.

Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.

Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.

Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.

Apa apappun.

Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.

Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.

Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.

Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang, khidmat, dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.

Contoh, macam mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan share dimedia sosial dengan hashtag:

"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"

Woha!

Apr 25, 2020

Nak gantung gambar ulamak?


Satu hari anak mintak izin nak gantung gambar ustaz ulamak dalam bilik dia dan tanya saya gambar ustaz ulamak mana pilihan ayah?

Saya cakap tak perlu kot nak kena ada gambar ulamak dalam rumah sebab ada hadis malaikat Rahmat tak masuk bila ada gambar manusia.

Tapi jawab si anak: hanya untuk bilik dia sebab dari tampal gambar artis korea lebih baik tampal gambar ulamak, boleh juga pahala bila kita kasih sayang pada ulamak.

Saya cadang jika nak pahala, letak gambar ayah dan bonda, sungguh ada hadis tengok wajah ibu bapa dapat pahala.

Anak kata dah ada gambar ayah dan bonda dalam biliknya. Nak tambah gambar ustaz ulamak pilihan ayah.

Laju saya jawab, jika kau nak tampal gambar ustaz ulamak, kau gantunglah gambar ustaz Ebit Lew.

Woha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ps: Serius cakap, tengok wajah ustaz Ebit Lew terus teringat akhirat. Jika dia tiba tiba mati esok lusa, sudah tentu air mata saya akan bercucuran sedih kerana saya sangat rasa dia betul betul saudara islam dunia akhirat walau belum pernah bersua muka.

Sob..sob..

Apr 24, 2020

kisah sahur dari masa depan?


Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki kepada bini..

"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"

Beberapa jam kemudian

"bang, bangun bang, sahur.."

Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.

Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...

***

Kisah malam kedua bersahur pulak,

"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.

Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a.., ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."

Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.

Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!! , kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…

***
Kisah malam ketiga pula:

"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar abang..."

Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.

(Enjoy the silence....)

"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”

Perghhh

Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing masing, kagum dari jauh!

****
Kisah malam semalam, malam ke empat:

Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat Khabar dengan suara kuat.

“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.

“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan”

Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:

“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”

Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.

Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang suruh kita berbuat baik kepada wanita.

****
Kisah sahur hari ke lima, hari ini.

"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”

Kata laki dengan senyuman bersyukur.

“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur untuk abang”

Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih terserlah.

Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!

Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh pun. Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang! Woha!

(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 15 (harga asal rm25) sahaja untuk bacaan penuh kisah dari 1 ramadan ke 6 syawal-woha!, wasap 0199117163 untuk beli)

Apr 10, 2020

Filem best waktu PKP?


(Sepuluh Filem best untuk dilayan sempena PKP)



Ok Guys, bila kita terkurung dalam rumah, tak boleh keluar kerana ada wabak, maka menonton filem yang senasib dengan kita, feel dia sampai. Filem yang simple, pelakon tak ramai, sedang bersembunyi, atau terkurung, dan bagaimana dalam ruang yang terhad mereka cuba ikhtiar hidup. Layan..! Untuk itu saya senaraikan 10 filem ala ala Perintah Kawalan Pergerakkan yang menarik untuk kita layan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

1. Hidden (2015)

Ada satu keluarga ni menyorok dalam tanah, mereka kena senyap, dan tak boleh keluarkan bunyi bising, sebab ada sesuatu di luar sana yang merbahaya kepada kehidupan mereka. Kita masih boleh buat bising, ada orang buat konsert depan rumah pangsapuri, ha ha, tapi keluarga ni nak keluar pun bahaya hinggalah pada satu hari, mereka di ziarahi makhluk bertopeng gas dan mahu membunuh mereka, kenapa? Plot twist dia sampai!

2. Room (2015)

Kisah benar wanita di culik dan di rogol, hingga lahirkan anak dan hidup dalam bilik berkunci hingga anak besar, wanita tu bukan korang tak kenal, pelakon Captain Marvel, dan bagaimana bersyukurnya kita dengan PKP kita berbanding wanita itu yang akan dipukul jika cuba nak lari. Ternyata di penjara yang sempit, ada anak sangat membantu wanita itu dari murung!

3. 10 Cloverfield Lane (2016)

Seorang wanita di culik, dan di sembunyikan dalam tanah kerana ada virus serta bakteria jahat sedang merebak di permukaan bumi, 10 kaki dalam tanah, telefon dan internet semua tak boleh guna, wanita ini cuba mencari keadilan kepada dirinya sendiri. Tapi masalahnya, dalam kurungan ada lelaki jahat, dekat luar ada virus jahat, aduh.. mujur kita boleh main wasap! Alhamdulilah!

4. Freaks (2018)

Intro movie ni, seorang ayah dan seorang anak perempuan terpaksa berkurung dalam rumah, anak dilarang keluar kerana diluar rumah sangat bahaya, rasa betul suasana PKP nya, tapi anak makin dewasa makin mahu keluar, lalu berlaku kejadian yang tidak di ingini, rupa rupanya filem ini adalah kisah superhero versi gelap! Best!

5. I am legend (2007)

Seluruh dunia telah dijangkiti wabak gabungan puntianak dan zombie, hanya seorang lelaki terselamat kerana darahnya imun terhadap virus ini, bagaimanakah lelaki ini mahu meneruskan hidup seorang diri? Kita dilarang keluar rumah lepas jam 7 malam, filem ini juga sama, jangan keluar malam sebab bukan polis yang tangkap, tapi puntianak yang makam, aduh seramnya, Filem ini ada alternative ending.

6. A quiet place (2018)

Filem ala ala Takjuk Makjud, makluk buta yang makan bila dengar suara, dan oleh sebab pelakon filem ni tak ramai, perhargaan juga patut diberi kepada paku yang terpacak dekat tangga, wataknya adalah paling seram antara semua pelakon tambahan. Jika ada anugerah untuk prop terbaik, paku tu patut menang.ha ha
Syukur PKP kita tidak di larang berbuat bising.

7. Signs (2002)

Kisah paderi murtad kematian isteri, dan tingal bersama anak anak, tiba tiba ada alien luar rumah, bagaimanakah paderi murtad ini nak selesaikan masalah ini? Mujur hero boleh layan berota di TV macam kita maka dapatlah info nak lawan wabak dari alien ini.

8. The Night Eats the World (2018)

Kisah simple lelaki terakhir di bumi, sunyi yang mencekam hingga zombie dalam filem ini juga bisu, tiada roar…, lalu hero hanya mengurung diri dalam rumah, dan mengurung jiran yang jadi zombie untuk ajak bercakap. Kita PKP masih boleh wasap dan layan FB, hero ni sunyi gila babi, Ada jugak cubaan hero untuk berkawan dengan kucing tapi risiko ada kawan di waktu wabak zombie amat merbahaya. Dalam kesunyian, hero sempat bekarya dengan hasilkan muzik indah guna barang terpakai. Lalu muncul seorang wanita dengan idea berbeza, kata wanita itu: nak teruskan hidup, kena pindah randah jadi nomad, tapi hero pulak, prinsip hidup dia, kekal selesa di satu tempat sahaja, tiba tiba ada plot twist, aduh, sedihlah pulak. Layan!

9. Home Alone

Budak kecik terperangkap sorang diri dalam rumah, kat luar pulak ada perompak. aduh... cerita lawak.

10. Cast Away (2000)

Lakonan Tom Hanks, terperangkap disebuah pulau, masalah lapar, nak hidupkan api, nak cari makanan, kesunyian, jauhlah kita semua yang PKP kat rumah ni sangat beruntung. Kerajaanpun dah jamin beras aka nada di kedai, jadi janganlah buat pembelian panic.


*****

Ok guys, cukuplah 10 filem ala ala PKP tapi nasib mereka jauh lebih buruk dari kita buatkan kita bersyukur sangat sangat. Stay Home, biar jadi perasit asal jangan jadi pelesit.

Woha!

#hamkafilm

Apr 9, 2020

Berita baik sempena Covid?


Bila korang dah dapat kemanisan solat berjemaah di masjid, pasti akan terasa pahit meninggalkannya. Tapi taat pemerintah juga adalah sunnah dalam penyelesaian kemaslahan umat.

Semua tahu sudah, sunnah nabi dalam solah ada tiga perkara :

1. Solat di awal waktu
2. Solat berjemaah
3. Solat tempat diazankan yakni di masjid

Namun, Tidak boleh buat semua, jangan pula tinggal semua. Tidak dapat solat di masjid boleh jer solat berjemaah di rumah. Yang penting awal waktu dan tidak melengah lengahkan solat.

Ada hadis dari buku taklim kisah malaikat yang memerhatikan lelaki yang solat berjemaah di masjid dan mencatat kehadiran, namun bila lelaki itu tidak hadir kerana uzur atau ada halangan malaikat itu tetap menghitung lelaki yang tidak hadir tadi sebagai peserta orang yang solat berjemaah di masjid.

Alhamdullah...

Semoga vaksin karona atau kaedah pencegahan lain ditemui segera dan dapatlah kita menuntut insuran dari Allah swt

Ehh ! Allah pun ada janjikan insuran?

Ya! sesiapa yang solat berjemaah selama 40 hari berturut turut tanpa tertinggal takbir pertama bersama imam akan mendapat insuran dibebaskan dari api neraka.

Dan tengok pada gaya PKP mungkin akan dilanjutkan lagi mana tahu dari 28 hari ke 40 hari? Maka ambiklah peluang ini untuk dapatkan takbir pertama bersama imam.

Sah sah kita semua dapat jaga takbir pertama kerana kitakan Imam.

Woha!

PKP: Say no to solat lengah lengah, say yes to solat berjemaah, now everyone can do!