Nov 30, 2017

Adik Ipar itu Maut? Jaga jaga...

(Adab Ipar Duai, perlu faham tentang Aurat)

Artikel ini pernah terbit di keluaran majalan ini


Sewaktu kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara, sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.

Bila saya ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang, tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.

Masa berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya, Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain ‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan (ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).

Sambung balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.

Balik pada kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.

Baik!, ilmu adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada ipar duai?
Jawapannya adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan, seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau berpisah.

Saya dahulu pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya hidang air tanpa bertudung!

Bila ada peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang mengintai atau masuk dalam rumah.

Dari nada percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf emak dan anak. Tepuk dahi!

Jadi balik kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi, sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.

Haram dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat tertentu dan lain lain.

Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang, wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.

Maka untuk mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di jaga.  Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:

"Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita" 

Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: 

"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?". 

Sabda baginda: 

"Ipar itu maut". 

(Riwayat Nasa'i)

Jadi balik kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan  menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri  jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.

Cumam bila bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu maut!

Sebagai penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi, bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan Karenna Kapoor.

Terus anda yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan perempuan!”

Di sebalik tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”

Anda yang masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada dua pasangan, apa cerita? Haram!”

Terdengar pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”

Terus anda dapat modal untuk berkhutbah:

“Ipar duai adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”

Lalu Shah Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.

Anda rasa, apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.

Jawapannya, Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai  yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar duai yang tidak mendatangkan maut!

Faham tak? Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!

Woha!

Ps: Nama dan watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


Nov 20, 2017

Solat tapi bernasib buruk?

(tanya sama Pakcik keretamayat)

“Salam abang keretamayat,, saya hairan, saya solat, tapi kenapa saya tengok nasib saya lagi buruk dari orang tak solat?”

******
Hamka keretamayat jawab:

Salam, itu bukan nasib buruk, itu ujian hidup,, setiap orang tak sama ujian hidup, nasib buruk ni bila mati masuk neraka, itulah nasib buruk, kesusahan di dunia bukan nasib buruk, tapi ujian yang mana siapa sabar maka nasib untunglah dia di akhirat, tapi siapa tak sabar, di duniapun ‘nasib buruk’, akhirat lagilah bertambah nasib buruknya

Jadi jangan tengok orang tak solat dan bernasib baik itu satu nikmat, kadang kerana Alah tak nak bagi apa apa lagi kepada mereka di akhirat, maka di dunia mereka dah dapat dah. So nikmat kepada mereka bukan untuk dicemburui, tapi untuk dikasihani.

Macam orang tua cemburu tengok orang muda, itu salah! Sepatutnya orang tua berasa kasihan kepada orang muda kerana mereka mungkin tak akan sampai ke umur tua anda. Nampak tak?

Pesan Nabi: Dunia ini penjara orang Islam, dan Syurga orang kafir. Kenapa nak berebut nikmat sementara dalam penjara sedangkan di Syurga nanti ada segalanya?

Now you know.

Ps: Apa guna senang macam Firaun tapi mati masuk neraka, lebih baik bermujahadah macam Nabi Musa dan Syurgalah ganjaranya. Amin 

Nov 10, 2017

Komen Anti Hadis? Satu penilaian...

(Bedah Komen dari Anti Hadis vs Penyokong Hadis)

Dah lama aku tulis blog, macam macam isu, dan dari ruang komen, ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Lalu ramai yang datang berhujah, dan ada yang aku jawab, dan ada yang aku senyap sebab perasan sibuk. Maafkan aku.

Aku pernah berdebat dengan ramai golongan manusia, seperti:

  • Geng taksub politik, Siapa tak sokong parti saya dia jadi kafir, parti saya sahaja boleh bawa masuk syurga dan macam macam fatwa merepek, tapi sejak parti mereka berpecah, dah kurang Nampak komen ganas dari mereka,
  • Geng Anti al quran ataupun melayu Atheits, sibuk nak nafikan kewujudan Tuhan sebab bila  sensara wujud, maka Tuhan tak wujud katanya, apa dia ingat jika ramai orang berambut panjang maka kedai gunting tak wujud? Adohai..
  • Geng Anti hadis tertentu  dan pilih Hadis tertentu sahaja  ataupun wahabi, suka bidaahkan orang dan tuduh masuk neraka jika tambah tambah amal selepas solat, padahal dah lepas solat ikut koranglah nak buat apa apapun, adohai..
  • Geng anti vaksin, yang ni memang panas! Ha ha.
  • Geng Konspirasi, ni pun boleh tahan panas dia, memang tak habis semua benda nak dikonspirasikan.

Lepas tu banyak lagi lah Geng perasan betul , tak sempat nak tulis semua, cumja yang terkini,  Geng anti semua hadis, sampai hari ni masih banyak komen dari mereka, sebab bulan lepas aku up tajuk solat tiga atau lima? Terus mereka komen panjang panjang suruh aku jawab betapa betulnya mereka..

Bila aku baca komen mereka yang panjang maka aku sedar bahawa dalam dunia ni ada dua golongan manusia iaitu:

  1. Orang yang sedar dia bodoh dan sedia untuk belajar, orang sebegini pandai sebenarnya.
  2. Orang yang tidak sedar dia bodoh dan tidak mahu belajar, orang sebegini memang bodoh sombong.


Contoh bila cerita bab solat, Anti hadis berhujah:

"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui akan cara solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." AQ 24:41: Soalan utama - bagaimanakah monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya dan semua makhluk-makhluk ciptaan Tuhan mendirikan sollat? Bolehkah burung duduk bersimpuh semasa tahiyat akhir sambil menegakkan telapak kaki seperti manusia islam yang bermazhab shafie?”

Ok, Nampak tak hujah mereka, sebab nak solat guna akal sendiri, tak nak ikut hadis, maka dalil burung bersolat pulak nak dipertikaikan duduk bersimpuh, padahal ayat tu terang terang tulis MASING MASING tahu cara solat MASING MASING! Jadi monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya, tak payahlah nak ikut solat cara mereka, Rujuklah Ayat Alquran yang lain bab cara solat iaitu surah Al Maidah ayat 6: ALLAH SURUH DIRIKAN SOLAT, DAN RUKUK BERSAMA ORANG YANG RUKUK, 

Jadi ikut hadis rukuk bersama orang yang rukuk, adalah solat berjemaah, jika terlewat solat, dan sempat rukuk bersama imam masih di kira rakaat, rukuk pulak Nabi dah ajar, tunduk lurus belakang, jari pegang lutut, tengok tempat sujud dan lain-lain.

Tapi bila aku tanya apa Tafsir Rukuk bersama orang yang rukuk, korang tahu anti hadis jawab apa?

“Bahasa biasa al quran suruh rukuk, Rukuk lah ikut kemampuan, alquran tidak mngajarkan kesulitan, Korang saja suka cari susah nak lebih semua nak tambah”

Tengok jawapan konon macam guna akal, tapi hilang akal, RUKUK IKUT KEMAMPUAN tu bagaimana? Susah ke Rukuk yang Nabi ajar? masuk hospital ke jika Rukuk hari hari? Mana hujjah RUKUK bersama orang yang RUKUK?

Krik krik krik..

Lepas tu aku ada tanya bab urus mayat, dalam Al quran tak cerita detail,korang nak taman macam mana? Jika ikut Al Quran tanam macam burung gagaklah? Kambus begitu sahaja?

Pandai pulak mereka jawab kena guna common sense, ikut masyarakat setempat, jangan aibkan mayat.

Hah! Itu dia! Jika ikut masyarakat setempat, kena ikutlah ajaran Nabi Muhammad sebab masyarakat setempat ikut Nabi Muhammad SAW yang explain detail apa yang ada dalam Al quran.Tak gitu?

(((Note: Jenazah Kasim ahamad yang dikatakan anti hadis, tapi mayat beliau telah di mandikan, dikapan, di solat, dan ditanam guna dalil dari hadis hasil usaha pemuda PAS, tahniah  kepada  ahli sunnah kerana tidak membaikot mayat kasim ahmad, malahan telah layan mayat dengan penuh hormat dan sopan dengan cara merujuk kepada Al Quran dan hadis Nabi.)))

Cerita bab tanam mayat, ada pulak  hujah mereka: Azab kubur tak ada sebab kiamat sahaja tempat hukuman, dalam Al quran tak cerita azab kubur.

Aik? Kiamat sahaja tempat hukuman? tak baca Al quran kisah kaum yang kena azab atas dunia lagi? ke korang baca kitab lain? Tak baca hukuman didunia untuk penzina dan lain lain?

Krik krik krik....

Datang pulak anti hadis lain: “Nabi ajar ummat sembah nabi dengan selawat, cukup sembah allah, jangan sembah Nabi”

Pulak dah? Sembah Allah dan sembah Nabi pun tak boleh nak beza?, Nabi Muhammad SAW ajar solat, yang mana dalam solat dari takbir sampai salam, penuh pujian dan sembah Allah, doa doa nabi ajar, sebut nama Allah, masa lapang, berzikir, sebut nama Allah, baca Al quran dalam solat, puji Allah, dalam rukuk dan sujud, bertasbih nama Allah, maka apa salahnya, tanda terima kasih kepada Nabi yang ajar kami, maka kami selawat ke atas Nabi itupun bila dengar nama nabi di sebut. Tak kan berterima kasih pun salah, kan ada ayat Al quran suruh berterima kasih?

Krik krik krik..

Datang pulak anti hadis lain: “al quran sempurna, tak perlu tafsir dari Nabi Muhammad untuk jelaskan, cuba korang baca buku Kasih Ahmad, satu penilaian semula, maka korang akan faham maksud Al quran”

Eh Eh?, Kenapa ikut tafsir Kasih Ahmad pula?, Al quran kan sempurna, guna akal kami, ikut Nabi Muhammad punya tafsir jauh lebih baik dari ikut tafsir kasim ahmad, Nabi Muhammad di iktiraf dunia manusia paling hebat dalam sejarah dunia, kasim ahmad siapa?

krik krik krik...

Lepas tu baca komen lagi, ada pengkomen kongsi kisah Pengalaman ustaz berdebat dengan Kasim ahmad.

Ustaz Fakhrurazzi: Boleh terangkan cara solat?

Kassim ahmad: Rujul Al quran ayat 14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).

Ustaz Fakhrurazzi:Itu ayat saya tahu, tapi dari ayat ini sahaja, bagaimana kita nak solat?bagimana cara nabi Ibrahim solat? tanpa merujuk hadis?

Kassim ahmad: Balik! Balik!

Ustaz Fakhrurazzi: Adohai, ingat hebat sangat, bab solat pun tak boleh nak jawab, macam mana nak jawab bab lain. Ok kami balik.

Kesimpulan: Kassim ahmad ni takde hebat sangat pun, pengikut dia sahaja yang buat hujahnya nampak hebat.

Jadi begitulah serba sedikit hujah anti hadis yang konon Nampak bijak tapi sebenarnya mereka tak sedar mereka bodoh dan tidak mahu belajar.

Kita semua faham, Kerja Nabi bagi penjelesan, ada yang faham dan ada yang tak nak faham.
Sebab tu debat dalam bab agama akhirnya tak selesai hingga Allah turun ayat.
"lakum di nukum wali yadin"

Jadi yang solat 5 waktu teruskan, yang tak nak solat 5 waktu kita boleh cerita itu ini, tapi jika mereka tak nak, kita doa kan mereka dan kita terus buat baik. semoga Allah bagi hidayah kepada mereka dan kita semua.

Oh ye, ada komen best aku copy balik:

Kalau kita belajar engineering, kita mesti refer buku teks engineering. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks engineering? Mesti lah belajar dengan pensyarah engineering, yang dilantik oleh pihak universiti.

Kalau kita belajar medic, kita mesti refer buku teks medic. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks medic? Mesti lah belajar dengan pensyarah medic, yang dilantik oleh pihak universiti.

Kalau kita belajar Islam, kita mesti refer buku teks Islam, yakni Al-Qur'an, sumber wahyu dari Allah SWT. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca Al-Qur'an? Mesti lah belajar dengan tok guru Al-Quran, yang dilantik oleh Allah sendiri, yakni Nabi Muhammad SAW. Cara refer atau memahami Al-Quran, cara tafsir dan beramal itulah namanya Hadis.

(terbaik!)

Kesimpulannya:

Jika anti Hadis seorang Hospital Director, wajarkah Anti Hadis melantik seorang “doctor” yang datang interview jika dia mengaku belajar medic, hanya melalui bacaan buku teks dan terjemahan sahaja? Setelah ditanya universiti mana dia attend, dengan pensyarah mana dia belajar, dia jawab tak perlu attend universiti tak perlu belajar dengan pensyarah, cukup belajar dengan buku teks dan terjemahan dari KAJIAN SAYA SENDIRI sahaja. Wajarkah Anti Hadis  ambil dia bekerja?

Gunakan akal di tempat yang betul,  kerana guna akal di tempat yang betulah maka aku ambik hadis mutawatir, hadis hasssan dan hadis daif sebagai hujah, hadis palsu akupun anti.

Jadi kerja kerja tafsir hadis ada ilmu yang korang tak nak guna otak langsung, korang nak reject terus.

Ayat yang korang selalu ulang: Al quran sempurna, jika rujuk hadis konon menafikan Al quran sempurna. Adohai..

Jika nak guna otak, mari kita guna simple contoh:

Setuju tak jika aku cakap manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna? semua akan setuju, sebab dalam Al quran pun bagitahu manusia ciptaan sempurna.

Tapi dalam penciptaan sempurna, Allah masih buat manusia perlukan air, angin, api dan tanah untuk hidup, dan jika nak membiak manusia perlu berkahwin.

Maka sempurna manusia tu masih perlukan pada ciptaan Allah yang lain untuk menyempurnakannya, manusia tak boleh lahirkan anak sendiri.

Jadi dalam bab Al quran yang sempurna, untuk fahamkan perintah Allah masih perlu kepada penerangan daripada NAbi yang namanya tercatat dalam Al quran.

Gunalah otak, kenapa Allah redha pada sahabat yang tercatat dalam Al quran, dan kenapa sahabat sampaikan hadis bila nak terangkan Al quran?

Jadi ni memang hujah untuk budak budak jer, sedangkan di luar sana dah ramai ulamak termasuk Zakir Naik bahas bab ni,

Aku guna otak, kenapa Zakir naik datang malaysia korang tak pergi berhujah direct? kenapa korang tak berhujah direct dengan orang yang suka berdebat seperti Ustaz Rora, Mufti perlis dan lain lain.

Jawapannya sebab korang bacul intelek, korang tahu akan kalah depan khalayak dan tak sanggup malu, dalam tempat tertutup macam ni korang menyalak hebat berhujah, di pentas nyata korang tak berani, sekarang di masjid masjid ada ceramah UAI dan sebagainya, korang kena berani, pergi berhujah dengan ustaz ulamak, atau berhujah dengan pakar hadis di Masjid seri ptaling malaysia, jangan takut kerana jika korang benar, Allah akan bersama kalian, berani kerana benar, takut kerana ragu ragu dengan kefahaman diri sendiri.

Lalu bila korang bising di sini sahaja, aku memang tak sempat nak jawab semua soalan korang, tapi rajinkalh diri baca explain dari ustaz dalam dan luar negara, mereka guna otak, sebab itulah mereka boleh tapis hadis, macam duit palsu bila masuk pasaran, guna otak untuk tapis duit, guna alat dna sebagainya, bukan reject semua duit.

hadis ni sama macam bidang lain, ada kepakaran yang perlu dilatih, bukan google terus percaya.
Maaf sebab guna hujah biasa sahaja, hujah hebat hebat dan banyak ustaz ustaz guna tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan kita semua di beri hidayat sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan penyanyang.

Jangan lupa Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui” bukan pandai pandai suruh fikir sendiri, itu yang bila tanya rukuk bersama mereka yang rukuk, jawapan ke laut, adohai..

Moralnya, sedarlah diri bahawa kita manusia ni jahil, kena belajar untuk jadi pandai. Jika pandai buat buat bodoh, boleh orang ajar lagi, tapi jika bodoh dan buat buat bodoh memang kesianlah.

Contohnya masa korang naik lif, tiba tiba ada orang yang masuk last dan lift berbunyi alarm tapi dia buat buat bodoh sedangkan dia memang bodoh, orang lain yang pandai malas nak tegur lalu buat buat bodoh jugak sehingga dia yang buat buat bodoh tadi perasan dia betul betul bodoh lalu keluar tak tengok kiri kanan.

Woha!

Eh? Apa melalut cerita orang bodoh dalam lif, Maaf sebab guna hujah biasa-biasa sahaja, hujah hebat hebat dan banyak ustaz ustaz guna tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan kita semua di beri hidayat sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan penyanyang.

Amin.

I love u kerana Allah,

Oh Allah, berikan hidayat kepada anti hadis, kepada saya, dan kepada semua ummat islam dan seluruh mansuia, agar kami semua SELAMAT Dari azab api neraka.

sekian.

(ditulis tanpa membacanya semulal- maaf sebab perasan sibuk)

Nov 7, 2017

Cara nak Merisik dan Bertunang?

(Contoh Dialog Juru cakap majlis Merisik dan Bertunang secara Islamik)

Contoh Dulang Hantaran, gambar kiriman pembaca-ehem-ehem!
Minggu lepas kakak aku call bagitahu anak dia nak bertunang dan perlukan bantuan aku menjadi juru cakap dalam majlis merisik dan bertunang

Aku belum pernah buat kerja kerja merisik ni, dan aku anak nombor sebelas dari enam belas adik beradik, maka ramai lagi abang-abang lain yang lebih tua dan berpengalaman untuk diharap tapi kakak aku cakap, penulis lebih boleh di harap. Woha!

Jika kerja merisik dan bertunang ni guna karangan surat, kerjaya penulis mungkin boleh membantu, tapi ni kena mengadap keluarga belah sana sambil bermain kata kata puitis. Adohai.., bakat menulis sungguh tak sama dengan bakat DJ majlis.

Tapi aku setuju jugak akhirnya sebab dah kakak sendiri mintak tolong, lagipun seronok juga jadi watak utama dalam majlis nikah kahwin ni, ha ha.

Jadi kepada korang semua yang tiba tiba menjadi bidan terjun macam aku dan tak tahu nak cakap apa dalam majlis merisik dan bertunang, eloklah korang follow page ini, ada jugak benda yang sebelum ini korang tak tahu tiba tiba jadi terlebih tahu, mudah mudahan.

Cara merisik dan bertunang:

  1. Minta izin dari tuan rumah untuk mulakan majlis, dah dapat izin, Mulakan majlis dengan bismillah, solawat, dan doa ilham dan lain-lain. Jangan baca lama sangat, sekitar seminit dua sahaja. Nak ambik berkat dari firman Allah agar majlis mendapat Rahmat.
  2. Dah kumat kamit membaca perkara di atas yang baca perlahan tapi orang dengar maka mulakanlah salam kepada semua orang penting, terutama Ibu bapa perempuan, ucapkan juga terima kasih kerana sudi terima kedatangan kami dan sedikit taaruf tentang siapa anda, dalam kes aku, bapak saudaralah.
  3. Kenalkan ibu bapa pihak lelaki kepada semua hadirin
  4. Lepas tu bagi tahu tujuan datang, iaiatu nak memetik bunga di taman, nak perpantun ke nak bersyair ke lantaklah, penting sebut nama anak perempuan tu, karang tersilap pinang, orang lain pulak yang kena kahwin.
  5. Contoh ayat: “Sebenarnya semua dah tahu akan maksud kedatangan kami., almaklumlah kedua pihak telah berhubung sebelum ni, zaman sekarang ini, ada telefon ada whatsapp,.banyak perkara telah disepakati, tapi sebagai syarat dalam memuliakan adat dan majlis, kami teruskan juga dengan adat mulia kita bersama. Adapun hajat kami yang utama ialah untuk bertanyakan sama ada puteri tuan rumah ini yang bernama Clever Girl sudahkah berpunya atau belum? jika belum perpunya, alhamdulillah, maka kami ingin sekali memetik bunga di taman bak kata orang dulu dulu, atau dalam Bahasa agama,  kami datang adalah untuk  meminang Clever Girl bagi pihak anak saudara saya, iaitu BoboBoy”
  6. Bila pihak sana bagitahu bunga di taman belum berpunya dan sudi terima peminangan, korang bukak cerita tentang wang hantaran pulaklah. berapakah wang hantarannya? Bincang lah korang ikut perjanjian asal dengan mak bapak Boboboy.
  7. Lepas dah setuju jumlah hantaran, bukak cerita tentang tanda pinangan, biasanya dalam bentuk cincin, lagi bagus adakan dua bentuk cincin, satu cincin merisik (belah rotan), dan satu lagi cincin bertunang. Minta ibu bakal pengantin lelaki bukakan dan tunjukkan cincin ni. Tanya nak sarung terus ke? Jika setuju, terus mak BoboBoy sarungkan cincin ke jari CleverGirl.
  8. (jika kakak Clever Girl belum berkahwin, elok juga bagi hadiah serti cincin atau sepersalinan kain atau apa apa yang munasabah sebab terlangkah bendul)
  9. Dah selamat serah cincin, bincang pulak tempoh bertunang, bincang tarikh kenduri akan datang bila? Di mana? Kenapa? Dan sebagainya. Bincang juga isu Mas kahwin sebab setiap negeri berbeza nilai dan kaedahnya.
  10. Boleh jugak bincang Jumlah dulang balas dan terima atau hal hal berkaitan, jika tak de idea boleh minta ibu bapa BoBoBoy tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang ibu bapa BoBOboy bercakap sama.
  11. Dah habis semua, boleh baca doa atau lantik abang sulung yang janggut panjang untuk bacakan doa selamat. Doa elok Bahasa melayu, mohon pengantin selamat disatukan, bahagia dunia akhirat, mempunyai anak yang ramai serta soleh solehah dan lain lain.
  12. Lepas habis majlis tunggu pihak CleverGirl jemput makan, korang jangan pandai pandai pulak jemput makan, korang tu tetamu, biar tuan rumah jemput, lepas tu ambik gambar dan beramah mesralah waktu makan.
  13. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.
  14. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.
  15. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi  jangan hampiri zina.
  16. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.
  17. Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang, teruskan doa dan usaha, yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang-datang maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang, walau belum bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!

Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang nak ambik gambar, ha ha, menyibuk jer kerja aku  ni.
Woha!

****

Anak saudara aku yang nak kahwin ni. Dengar cerita aweknya suka kat dia sebab rupa ada iras artis Hindustan.

Terus aku tanya bini: "Awak tengok saya sebelum kahwin macam artis mana?"

Jawab puan bini: "Saya tengok berita pelarian Rohingya kesian sangat lepas tu nampak abang ada iras orang tu. Terus rasa kesian dan sayang"

"Menyesal tanya"

Woha!