Jul 28, 2006

Jin, Hantu, Keranda dan ... ?

(Untuk mereka yang berani sahaja)

Aku tak rasa pelik sangat bila lihat ramai orang pergi berkunjung ke Pameran hantu di Shah Alam berduyun-duyun sesak beratur panjang mahu berjumpa jin dan syaitan. Tapi, Bila dijemput ke masjid menghadap Tuhan lengang pula…
Ini adalah kerana:
Perkara yang nak kena buat hari-hari adalah sangat mujahadah (susah), di bandingkan dengan perkara yang di buat jarang-jarang sekali!!!
Tengok masjid yang penuh sesak pada hari raya, awal ramadhan, malam nisfu sya’ban atau waktu tsunami… penuh!!!
Sebab perkara tu berlaku jarang-jarang sekali, sebab tu ramai yang pergi tunjuk perasaan atau keluar mengundi…kerana "jarrang-jarrang"… (gaya musang berjanggut)
Oleh yang demikian, amalan yang tertinggi dalam ugama adalah ikhlas, dan tanda amalan iklas adalah istiqamah.. maka beruntunglah mereka2 yang istiqamah solat kat masjid hari-hari!!!

Bercerita mengenai hantu...
Cuba korang bayangkan, jika jiran korang pergi kerja dengan terbang macam superman… tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat jiran korang terbang pergi kerja maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member rapat dari jauh datang ziarah rumah korang pasti dia pulak yang terkejut berok tengok jiran korang terbang, tapi korang akan cakap.. :

Alahai..dah ‘fesyen’ dia begitu..

Begitu jugak dengan hantu..
Jika hantu selalu muncul dalam rumah korang.. mula- mula, tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat tu maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member jauh korang datang ziarah rumah korang pasti terkejut pulak bila lihat hantu terbang dalam rumah korang, dengan selamba korang akan cakap.. :

Alahai..dan 'fesyen' dia begitu..

Dan.. Begitu jugaklah dengan kehebatan Allah..
Hari ni bila hari-hari lihat matahari terbit dari timur dan tenggelam ke arah barat..
Tiada orang yang terpegun pun…sebab dah hari-hari..

Bila turunnya hujan?
Korang tak pedulipun..

Bila berlaku gerhana?
Korang pun masih sibuk menonton TV…

Bila berlaku angin kencang..?
Masih makan keropok macam biasa.. tak ada apa apa yang pelik pun..
Malah korang akan cakap: ..dah 'fesyen' dia begitu..oh..

Tapi jika korang baca cerita Nabi SAW apabila berlaku peristiwa yang aku sebutkan di atas, barulah korang tahu bahawa betapa teruk nya aku!!!
Nabi akan bersolat bila berlaku gerhana, Nabi akan lari ke masjid bila angin kencang atau datangnya awan hitam, kerana nabi takut azab Allah…!!!

Tapi korang semua (aku dah start nak membebel) bila ada benda misteri sikit, maka apa reaksi korang?
"Oh peliknya.. ini misteri nusantara!!! "
"Mari semua di sini ada hantu bla bla bla bla..."
"Saya lihat hantu tu makan karipap"
"jangan, kawasan tu keras!!!"
"bla bla blah"!!

he he he, Cuba korang tengok belakang korang ada apa?.. ha ha ha..

(bayangkan seorang wanita sedang mengosok gigi dengan misai cukur kat belakang korang..darah membasahi dadanya..ha ha ha!!!)

---------

Ok, aku tak nak membebel hari ni,, aku nak cerita pasal hantu, jin dan keranda.. aku percaya dengan kewujudan keranda, aku selalu melihat keranda, pernah menangkat keranda..

Ok, makluk kedua adalah jin,.. jin pun memang aku percaya sebab ada tulis dalam Al-Quran,
Untuk jin, ada larangan dari Nabi SAW yg dah larang dia menjelma suka hati kat depan manusia, dan ada hadith yg benarkan dan halalkan kita bunuh jin kalau dia menjelma ke alam kita, ada antara Jin ni yang suka manusia cerita yg bukan2 pasal dia, suka mintak dan suruh korang buat benda2 pelik, supaya korang percaya dan buat kerja-kerja bodoh, jin memang suka tengok manusia buat perkara yg bodoh2. ingat manusia ni adalah sebaik2 kejadian…maka ada jin yg cemburu, setan lagilah jeles, tu yg tak nak sujud kat Nabi Adam tu…

Ada pulak yang mana bila nak buang air kecil mintak izin kat jin.., tok..tok.. cucu mintak izin.. tak payah. Ikut sajer cara Nabi istinjak… bila masa korang punya nenek kahwin dengan jin yang korang dapat pangkat cucu tu?…!!

Sihir?.. sihir pun aku percaya.. sebab pernah berlaku kat Nabi SAW sendiri.., ok, apa-apapun, aku bukan nak cerita pasal sihir, dan jangan sihir aku yang suka cakap besar ni.. kasihan aku, aku belum pergi haji lagi..isk.isk.... jangan santau aku... aku insan biasa...

OK, Malam ni aku nak cerita pasal hantu.. sebab aku langsung tak percaya dengan hantu!!! dan aku tak suka baca cerita hantu, aku juga tak suka orang cerita hantu depan aku... kat opis aku, mamat suka sangat cerita hantu!!
Aku kata:
Kalau hantu ada, silalah jumpa aku..ha ha ha!
Nampak macam berlagak aku ni, mamat cukup bengang dengan aku jika cakap pasal hantu, sebenarnya aku nak nafikan bahawa hantu tu takde kuasa dan hantu tu memang takde… yang ada hanya jin!!
Jadi jika korang percaya bahawa hantu ni adalah makhluk yang terjadi dari orang yang mati dan hidup balik seperti puntianak misalnya,, aku memang tak nak berdebat dengan korang, jangan email aku dan jangan santau aku!!!, orang yang dah mati atau dah jadi mayat ni pergi dua tempat sajer, iaitu lembah neraka atau taman shurga.. terbang terbang balas dendan sambil ketawa mengilai-ngilai.. he he he...lantak engkauler..

Walaubagaimanapun, aku pernah mengalami beberapa pengalaman misteri di nusantara ini... dan aku nak jadi mat bosan dengan cerita pengalaman hidup yang mungkin akan memboringkan korang... kalau dulu aku pernah cerita pasal 'jejak Rasul' (rujuk: Kiamat sudah dekat), malam ni aku nak cerita pasal 'jejak hantu' pula he he he.. semua adalah kisah benar!!!

HANTU TINDIH

Aku dulu cukup berlagak dan memperli orang yang bercerita di tindih hantu dengan menuduh bahawa mereka mengada-adakan cerita.. hinggalah pada umur aku 19 tahun.. aku telah di tindih hantu ni..sesak nafas aku di buatnya..aku rujuk ustaz.. menurut ustaz itu adalah jin,
ok, aku percaya dengan kewujudan jin, maka la ni jika aku kena tindih, aku akan bukak mata dan cakap dengan susah payah kat jin tu..”tunjukkan muka engkau..aku nak tengok”… lepas tu terus jin tu blah.., !!!!

kepada jin: aku maafkan dosa kau kat aku...

PUNTIANAK

Kejadian ni berlaku waktu aku berumur 20 tahun..aku dah sahabat (sekarang kerja JVC shah Alam..mr, Hanafi) sedang naik motorsikal secara membonceng..baru balik minum ait teh’ tarik dan roti canai..jam masa tu satu pagi, tiba tiba ternamapak satu objek terbang bersaiz manusia dan berwarna putih menuju ke arahku..
Aku tak panic.. Hanafi juga tak panic.. kami tak panic orangnya... tiba-tiba benda tu singgah kat lampu jalan.. nampak macam puntianak jika di rujuk dengan filem puntianak..

Tapi oleh sebab lampu jalan itu terang menyebabkan retina mataku tak dapat menerima beban cahaya yang lebih..maka kami perlu lebih banyak berkelip untuk menyelaraskan cahaya yang masuk kedalam mata..hingga satu tahap anak mata jadi berpinar sebab lama sangat tengok lampu jalan yang terang itu... hingga bila di alih pandangan kat tempat lain masih kabur dan waktu tu lah puntianak itu mengambil peluang untuk blah..bila kami tengok balik dah takde..

Kami mencari-cari dekat belukar berdekatan sambil menjerit: puntianak di mana engkau keluar!! Aku nak cabut paku kat tengkuk engkau!! Keluar..!!! (orang muda memang gila!!!)
Sampai sekarang dan dah hampir 8 tahun peristiwa itu berlalu..puntianak itu tak muncul-muncul..
Aku rasa mungkin itu adalah burung besar warna putih.. kepala hitam, dan bersaiz manusia..bisik hatiku yang mencari logic sains..
Apa apapun jika itu adalah puntianak silalah jumpa aku sebab nak tolong cabut paku kat tengkuk engkau ha ha ha ha!!!! ( lawak seram keh keh keh)

PELESIT

Kejadian ini berlaku waktu aku berumur 22 tahun iaitu ketika aku memandu seorang diri dalam perjalan dari KL ke terengganu, sampai di Paka aku berhenti untuk solat jamak takhir bagi magrib dan isyak.. lepas solat rasa nak berak..jam lebih kurang 3 pagi.. masa aku nak masuk tandas, tiba-tiba dengar suara orang panggil nama aku, cis! Ini bukan kampong aku, mana ada orang kenal aku... agaknya hantu tu tengok IC aku kot.. aku buat tak peduli, dan aku anggap ni ujian dari Allah untuk tingkatkan iman aku.. Kalau betul engkau hantu, tunjuklah diri engkau, tak payahlah nak sembunyi-sembunyi.. bila aku cakap macam tu suara itu hilang dan nafsu berakku makin kuat.. dalam jamban aku pun berak, tiba2 dari luar aku dengar air paip di bukak..

(bayankan bunyi air paip mengalir)

Aku berasa lega kerana mungkin ada orang lain yang singgah solat, tapi ada perkara yang lebih dahsyat lagi berlaku dalam jamban.. ada bunyi pelik dari lubang tandas, aku tengok bawah..oh! banyaknya darah!!! Aku raba punggungku dengan tangan kiri ku.. darah pekat mengalir dari punggungku..yang peliknya aku tak rasa sakit, aku pun cuci punggungku bersih bersih dan keluar..dan kat luar memang takde orang!!

Aku yang masih panic dengan darah di punggungku terus balik drive.. Dalam perjalan pulang takde pulak hantu cantik tumpang kereta aku, sampai di kampong aku berak lagi, tapi tahik normal yang keluar..

Dan sampai sekarang, kejadian berak berdarah tidak pernah berlaku, jadi jika ada antara korang yang kerja doctor boleh tak jelaskan kenapa kejadian berak berdarah itu berlaku?,
Adakah ada kaitan dengan hantu atau jin?yang mana pihak jin itu telah buat kesan khas kat mata aku, Atau itu adalah gejala buasir? Atau itu tandanya aku nak jadi mayat?..tapi itu dah berlaku 6 tahun yang lau, sampai sekarang tahik aku normal..coklat/kuning.. aku malulah nak pergi klinik..nak kena tunjuk punggung, I malu lah,, tolong ye mana-mana doctor silah email aku…he he terima kasih.

TOYOL

Masa aku duduk asrama dalam form 5 dulu- dulu , ada satu lawak khas untuk junior iaitu lawak toyol.. iaitu satu orang senior akan panggil seorang pelajar baru yang nak pergi mandi dengan bertanya:
Pernah tengok toyol tak kat asrama ni? Sebab kat sini ada banyak toyol..lalu menarik tuala junior tu …lawakkah?(zalim aku rasa…)

Lawak toyol ni menjadi lawak bagi aku bila buat kat isteri aku yang baru lepas mandi he he he…

Nota: salah satu tujuan blog ini di tubuhkan adalah menggalakkan muda-mudi berkahwin..tak percaya cuba korang rujuk mana-mana post yang terdahulu..
Bagus tak aku? yg selalu ajak korang buat masjid, pergi masjid, bina masjid he he he..tapi pada isteriku, abang tak berniat nak tambah masjid lagi …oh..

Berbalik pasal toyol… satu hari kat opis aku ada derma tergempar dalam meeting.. maka masing2 keluarkan dompet untuk menderma secara terang-terang..
Tiba-tiba ada bebarapa kakak-kakak dan makcik-makcik gelak tengok dompet aku..
Sebab duit aku tak letak dalam dompet tapi dalam uncang.. nak ikut sunnah Nabi.

Nota untuk mu’alaf:
Sunnah Nabi adalah simpan duit dalam uncang-alahai, yang selalu pendekar zaman dulu isi duit emas yang ada jerut tali tu…

Maka aku di gelaknya sebab macam orang tua katanya aku ni..
Aku kata:
Tahukkah korang? Bahawa di johor pernah satu kampong tu duit semua penduduknya hilang kena curi dek toyol..walaupun letak dalam peti besi..tapi ada satu orang makcik tu duit dia tak hilang sebab simpan wang dalam uncang.. bila di tanya pada ustaz, ustaz kata..kerana itu adalah sunnah nabi... dan setiap sunnah nabi ada Nur tersendiri yang mana setan dan makhluk halus sangat takut…

He he he..lepas tu semua akak-akak dan makcik2 tu order dengan aku suruh beli jugak uncang sebab takut duit hilang toyol ambik.. begitulah nampaknya orang melayu ni.. kalau ada perkara ghaib dan misteri terus ambik peduli.. patutlah bila buat pameran hantu, jin dan keranda berduyun-duyun datang.. !

Nota: cerita yang berlaku kat johor tu aku ambik dari ustaz A(rujuk post: kiamat sudah dekat)

LANGSUIR

Ni pulak masa aku form 3, sedang ikut geng-geng pengakap berkhemah di dalam hutan di kaki bukit Chendering..10 km dari kawasan penduduk manusia.. macam biasa berkhemah yang tak mengikut ugama islam suka buat perkara yang merepek-repek…
Malam itu aktiviti kitaorang adalah duduk keliling api sambil setiap orang kena bercerita atau menyanyi..sampai turn aku..aku bercerita..cerita LANGSUIR hisap darah manusia.. menjerit2 jerit diorang suruh aku berhenti..ha ha ha.. katanya sat lagi langsuir akan datang, mereka percaya jika cakap langsuir malam-malam maka langsuir akan datang, cakap harimau, harimau akan datang, ada pulak satu orang samseng nak pukul aku kalau tak hentikan cerita tu..aku cakap: kalau kau pukul aku, aku suruh langsuir tu datang gigit tengkuk engkau..ha ha ha terus tak jadi pukul.. penakut betullah samseng ni..

Lepas tu aku jelaskan pada diorang..bahawa, jika korang yakin dengan sebut langsuir, maka langsuir akan datang dan memudaratkan korang, aku kata itu salah sebab ada unsur shirik dan khurafat.. dahyat masa tu dah tahu apa itu shirik dan khurafat.. tapi bapak aku yang ajar sebenarnya.. jangan yakin dengan makhluk.. jika diorang suruh aku terangkan ap itu khurafat.. jenuh jugak aku nak kelentong masa tu.. seperti biasa, langsuir tak datangpun.. aku bukan nak cakap besar, aku nak belajar yakin bahawa kata-kata tak boleh bagi mudarat..dan Langsuir memang tak boleh bagi mudarat!!!!

Cuba korang tengok dekat langsir rumah korang..ada nampak tak Langsuir…he he heeee! Mana Langsuir mari tolong korang pasang langsir ha ha ha!

HANTU AIR

Kejadian ini berlaku semasa lepas SPM dulu-dulu.. Aku dan rakan-rakan pergi mandi air sungai kat jeram Manir … jauh dari tempat orang ramai, aku ni mandi memang suka pakai kain pelekat atau kain batik.. sedang asyik mandi tiba-tiba ada macam jari-jemari menarik kakiku..ok, mungkin ranting pokok… tapi yang lebih haru, kain pelekat aku di lucutnya… dan lebih haru lagi kain itu membelit di kakiku… kaki ku tak boleh bergerak.. dan aku lemas, air masuk kedalam paru-paru..aku mengelumpur.. jahanam punya kawan, di gelaknya aku.. diorang fikir aku main-main, aku mula tenggelam dan hilang dari mata mereka…

Aku pun jadi mayat..he he he, mana boleh hero mati lagi..dalam air aku bergelut dengan maut..wah..wah..wah, cantiknya bahasa aku.. sebenarnya dalam air itu aku membuat keputusan, antara kain pelekat dan nyawaku.. oleh sebab aku seorang yang waras..dan masih waras .. di dasar sungai itu aku meleraikan kain pelekat yang membelit kakiku.. selamat tingal kain pelekat ..oh.. lalu aku timbul dan bersyukur kerana dapat menarik nafas dan mengisi paru-paruku dengan oksigen yang bersih yang di ambil dari atmosphera bumi ini..

Apa aku merepek ni, mana hantu air tu hamka!!
Hantu air itu adalah aku yang bangkit dari air dalam keadan berbogel lalu menyepak punggung kawanku yang membiarkan aku hampir menjadi mayat tadi..
Err, siapa yang duduk jeram manir terengganu, jika jumpa kain pelekat yag berwarna biru, itu aku punya..kembalikan kain pelekat ku!!! KEMBALIKAN!!!

JEMBALANG
(Hantu Berok)

Pada suatu malam yang sunyi, jam 12 malam, sedang aku bawak keretaku dengan lajunya.. tiba tiba seekor berok besar betul betul berdiri depan kereta aku.. kami bertentang mata seketika sebelum..

GRAASSSS!!!! (bayankan bunyi letupan bom!!!)

Sahabatku yang tumpang aku (sekarang mengajar di kemaman, mr. Samsul) ketika itu terkejut berok dan akupun juga terkejut berok bila melanggar berok kerana berok itu luar biasa besarnya…berok betul!!!
Aku brekkk… perkara pertama aku lihat adalah bumper keretaku.. habis pesah..lampu jugak pecah..oh.. duit-duit.. Allah yang bagi duit.. Allah juga yang ambik duit..

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api nereka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Pujuk aku.. pada bumper keretaku..sebanarnya pada hatiku.. oh..

Tapi yang peliknya..berok itu takde.. satu titik darah pun takde… puas aku dan kawan aku carik tapi tak jumpa.. kawan aku buat kesimpulan yang aku telah melanggar jin..

Lalu terbitlah cerita akan pernah isteri sahabat membunuh seekor ular, tiba2 ular itu hilang..tak lama kemudian datang jin untuk balas dendam, tapi Nabi Muhammad SAW, larang jin itu kerana itu adalah salah jin itu sendiri yang menjelma depan manusia.. panjang nak cerita, baik rujuk ustaz..

Lepas hantar member aku balik, baru aku ingat malam tu aku kena tidor sorang kat rumah kerana waktu tu bini aku berpantang kat kampong.. penakut jugak aku ni, sebab malam tu aku tidur sambil pegang parang.. kekekkeke , takut-takut member berok tu datang atau jin yang datang.. oh..

Pada keesokkan harinya… tiada berok yang datang membalas dendam, (aku bukannya sengaja) tapi aku kena bayar duit kat pomen kereta.. OH.. indahnya ujian ini.. pujuk aku pada diri sendiri, patutnya berok tu yang kena bayar kos !!!!

ZOMBIE

Ha ha ha, inilah kenangan yang paling dahsyat di asramaku… pada malam hujung minggu di waktu jam hamper 10 malam, kebanyakkan penghuni asrama sibuk dengan urusan masing-masing, ada yang study, ada yang menonton TV ada yang tidur dan pelbagai aktiviti lagi..aku yang baru lepas solat duduk baring atas katil dan aku nampak seorang samseng sedang duduk memotong kuku di atas kolah…

Di asrama kami ada kolah yang besar, yang di gunakan untuk penghuninya mencuci baju, mandi atau sebarang aktiviti yang melibatkan air. Dua orang samseng lagi sedang bergurau-gurau di tepi kolah itu…tiba-tiba mereka terlanggar si samseng no 1 dan si samseng no 1 itu jatuh ke dalam air bersama-sama pemotong kuku.. si samseng no2 dan si samseng no 3 tergamam, menjelang kemurkaan si samseng no 1, bangkit dari air lalu cuba mengcampakkan si samseng no2 ke dalam air, si samseng no 2 memberontak, maka dengan bantuan si samseng no 3, mereka berjaya mencampakakn si samseng no 2 ke dalam air..si samseng no 1 dan si samseng no 2 ketawa di tepi kolah, tiba-tiba si samseng no 1 menolak pula si samseng no 2 yg sedang ashik ketawa ke adalam kolah.. tiba tiba mereka bertiga semacam di rasuk hantu air..siapa sahaja yang berdekatan dengan kolah akan di campakan ke dalam kolah.. dan bilangan mereka semakin ramai.. habis semua penghuni asrama di serangnya..ditangkap dan di campakkan ke dalam kolah..

Penyakit itu merebak dengan cepat..bilangan 'hantu kolah' ini terus meninggkat hingga mencecah seratus orang, bermakna ada hamper 400 orang lagi yang belum di jangkiti 'virus' ini.. yang belum di campak mula panic dan lari untuk menyelamatkan diri.. aku yang sedang berbaring dan menyaksikan kejadian tadi dari dorm ku mula gelabah, aku yang berbaju melayu dan berkain pelekat cuba lari dari mereka, tapi mereka terlalu ramai, tangan dan kakiku dipegang, lalu aku juga di campakkan ke dalam kolah..jahanam!!! mereke ketawa beramai ramai..

Aku juga mulai gila seperti mereka..lalu kami berpecah dan menyerang semua penghuni asrama, ha ha ha, yag sedang tengok TV semuanya di campakkan ke dalam kolah, yang baru balik study dari kelas dan tak tahu apa-apa bertanya..kenapa ni?..ada pesta air ke..?
Aarghhh, dia juga di campakkan ke dalam air, yang baru balik dating dengan baju kemas.. ha ha ha !!! pun kena campak gak..ada yang bijak dengan terus menukar baju mandi, maka kuranglah sikit penderitaan bila di campakkan ke dalam air..
Bilangan 'hantu air' ni makin ramai, dan yang paling haru..yang sedang tidur.. tak tahu apa-apa, tiba2 tangan dan kaki ditanggkap dan di campakkan ke dalam kolah..oh..apa dosa aku, fikirnya sambil termenung di pinggir kolah..

Begitulah yang berlaku pada malam yang dahsyat itu..semua penghuni asrama kena campak dalam kolah…ha ha ha!
Kerana itulah aku namakan cerita ini cerita ZOMBIE,,hihihi
Walaupun aku tak suka dengar cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!!
Yes! Mayat hidup makan org, lepas to org yg dimakan jadi pulak mayat
hidup…
Aku lebih suka zombie yg boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’..cuak betul..
Aku suka tengok adegan yg brutal..lapah org..darah sana sini..oh..
Aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, mengelabah..tak tahu nak
buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan…

Antara sebab Aku suka tengok movie zombie style sebab:
Hantu tu real..maksud aku tak lah boleh ghaib, terbang dan ketawa
mengilai2…pergi curi baby org..serta takut pada azimat…bla bla bla..ni biasanya hantu melayulah nie..oh..
Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!
Cerita zombie bezt, Zombie ni boleh di bunuh…so ada peluang nak bunuh zombie ni..pecahkan
kepala otak dia…
Sape2 pun boleh…
Tapi awas, Satu gigitan cukup untuk buat korang jadi zombie…ini hakikat
hidup..iaitu kita semua akan jadi mayat…

Cerita terbaru zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead:. banyak betul mayat dalam cerita ni..(umat menderita habiskan masa lapang).
Aku nak buat ulasan filem sikit..(Orang sibuk nak buat ulasan, aku pun nak buat ulasan filem gak…)
Cerita ni mengisahkan tentang satu penyakit dah serang manusia yang mana manusia ni jadi mayat hidup @ zombile…lepas tu bila zombie ni gigit org pulak maka jadilah org tu mayat hidup, dan cara nak bunuh mayat hidup ini adalah dengan pecahkan kepala otak dia, ikut koranglah nak guna pistol ke, pisau ke, lembing ke, cangkulke, spatula ke.....bila mayat hidup ni dah pecah kepala maka jadilah mereka mayat kekal, macam kita biasa tengok tu…jadi hero cerita ni dan awek dia selamat coz diorang terer.

Tapi yg bagus ;pengajaran cerita ni semua org berpeluang jadi mayat hidup walaupun kaya duduk dalam tempat bagus yag mana akhir sekali para zombie ni ceroboh tempat diorang dan makan diorang.kekeke
Akhir sekali yang selamat pergi cari tanah baru naik lori tapi akhirnya jadi mayat jugak, pelakon, pengarah, kru2 semua akhirnya jadi mayat. penjual tiket wayang, tukang koyak tiket dan para penonton semua jadi mayat...
Lepas tu korang yang baca blog ni pun jadi mayat gak (aku pun), yang tak baca blog ni pun jadi mayat.
Kesimpulan cerita ni: semua orang akan menjadi mayat.

Moral: Manusia (dlm cerita ni lah) berusaha untuk tidak menjadi mayat hidup akhirnya manjadi mayat kekal....menjadi mayat kekal tak de masaalah tapi kekal dalam neraka tu masalah besar...!(apabila panggung wayang runtuh maka ramailah penonton menjadi mayat)
Sekian: BELIA BENCI MAYAT HIDUP!

MAK LAMPIR

Cerita ini akan memaparkan bagaimana sebuah cerita hantu itu wujud, aku sendiri hampir menjadi salah seorang yang mempunyai kenangan hitam dengan makhluk hantu itu, masa aku darjah enam, jam satu atau 2 pagi lebih kurang aku bangun dari tidur kerana rasa nak kencing… masa aku kencing dalam jamban (tandas)..aku terdengar bunyi bising binatang ternakkan di luar jamban..

Nota: dulu, rumah aku ada tandas yang di buat dari zink dan berhampiran dengan reban ayam dan itik… sekarang dan naik taraf jadi simen dan berjubin..

Oleh kerana ada lubang-lubang kecil dari celah zink maka aku mengintai ikut salah satu lubang dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!
Aku telah lihat dengan mata kepala ku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. perlukah aku keluar dan bersekemuka dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku?
Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badanya yang lain.. sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berklip kelip itu.. aku tengok lagi betul-betul, ada muncung!!!, cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah hantu bodoh tu dengan korang…oh!

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda aneh, jangan terus lari, selidik dulu, kalau betul hantu, tanya dia buat apa kat sini,, kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun, aku kalau orang cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, ha ha ha!!!!!!!

HANTU KUBUR

Kalau korang ada anak, dan bila dia menangis malam-malam, orang tua kata itu adalah sebab terlalu banyak bermain dan ketawa pada waktu siang... kesoronokkan yang keterlaluan dalam permainan menjadi mimpi ngeri dalam tidurnya... aku jika anak aku menangis pelik pada malam2 macam ada ganguan jin, aku akan ambilkan anak aku air wudhu.. alhamdulillah terus senyap.. ada Nur agaknya..

Untuk kitaorang pula dikatakan dalam kubur nanti kita akan berjumpa dengan segala 'keseronokkan hidup' yang melampau dalam bentuk hantu kubur..
Seperti dalam satu sajak..

Copy/paste sajak sakaratul maut...aku ambik part dalam kubur..
(sebuah sajak al -alrqam yang popolar sekitar 80-an dulu)

"....Lalu datang kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya,
buruk pakaiannya,
busuk baunya.........

siapakah engkau?
Akulah amalanmu yang keji.............................."
Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur, menunggu-nunggu doa dari anak- anak yang soleh.

Mana doa dari anakku seorang doktor?

Mana doa dari anakku seorang jurutera?

Mana doa dari anakku seorang peguam?

Mana doa dari anakku seorang akitek?

Mana doa dari anakku seorang profesor?

Mana doa dari anakku seorang bomoh?

Mana doa dari anakku seorang blogger?........................................."

MANA?..........................................

MANA? ........................................

MANA?...................................???

SEKIAN....

Jadi secara kesimpulannya, bila dengar cerita hantu ada kat sebuah rumah kita dah takut dah nak dekat dengan rumah tu, tapi dalam kubur kelak.. duduk sorang sorang selama 40 ribu tahun paling minimum... lepas tu ada 'hantu' pulak yang bukan setakat menakut-nakutkan korang..tapi di seksanya korang!!! ..

semoga aku dan korang semua bila jadi mayat kelak, selamat dari azab kubur!! AMIN!!!

ps: (Orang yang bertanya mana?mana?mana? tu adalah seorang mayat)
ok, selamat malam...

Jul 25, 2006

Kenapa doa tak MAKBUL?

(Apa itu ‘sabar’…)

Aku tengok dalam surat khabar sejak dua tiga menjak nie…ramai org islam sedang tunjuk perasaan sana sini pasal isu-isu semasa, begitu ramai bilangan mereka, dari jauh kelihatan macam buih-buih..oh..

Mereka berkumpul kerana ada hajat tersendiri…

Ada yang nak turunkan harga minyak..

Ada yang nak suruh kerajaan letak jawatan..

Ada yang nak suruh israel berundur dari palestin..

Ada yang nak mufliskan perniagaan orang yahudi..

Aku berbaik sangka, iaitu sebelum dan selepas mereka berhimpun… mereka dah tentu buat solat hajat 12 raka’at pada Allah untuk memakbulkan doa mereka…
Aku juga suka jika setiap kali 5 waktu solat berjemaah, mereka boleh berkumpul macam tu…
Tapi yang jadi masalahnya, kenapa doa mereka tidak makbul?
Minyak tetap naik, kerajaan yang sama tetap memerintah, Israel tetap serang palestin, syarikat yahudi tetap kaya raya..kenapa? kenapa?

Jawapannya adalah..
Kerana doa itu tidak di makbulkan oleh Allah…
Kerana Allah tidak memakbulkan doa mereka…

Kenapa?
Kenapa doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah, sedangkan di kalangan mereka aku tengok ada ramai ustaz dan ustazah, ramai alim dan alimah, kenapa ? kenapa?

Jadi, entry ini di tulis bukan untuk menjelaskan kenapa doa mereka tak makbul, tapi aku yang jahil lagi hina ini nak tanya korang semua.
Yang jauh lebih bijak dan pandai dari aku.
(kalau ada ustaz, ulamak yang baca blog aku lagi bagus!!!)

Kenapa doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah!!!

Seorang yang tidak bertuhan berkata: kerana tuhan tidak ada…oh…(isu pasal ni aku akan bincangkan lain kali..)

Aku pernah tanya ustaz yg bekerja dengan kerajaan…
Jawapannya:
kerana umat islam tiada ilmu, macamana Allah nak perkenankan doa sedangkan dari segi kemudahan senjata dan kepakaran perang kita takde…!!

Aku tak puas hati, aku tanya pulak ustaz yg aktif membakang kerajaan..
Jawapannya:
sebab kita takde Negara yg benar-benar islam..

Aku masih tak puas hati lagi, aku tanya pulak pada ustaz yg natural..tak sokong mana2..
Jawapannya:
sebab ummat hari ni banyak makan benda haram, riba, dan sebagainya..

Nafsu bertanya aku masih belum puas lagi, aku tanya pulak pada pendakwah bebas;
Jawapannya:
kerana umat islam sekarang bukan mukmim, Allah akan tolong orang mukmim sahaja…

....

Oleh yang demikian, kepada korang semua, aku alu-alukan jawapan atau perbincangan secara ilmiah tentang ;
kenapa doa orang islam sekarang tak makbul, kes terbaru, Israel serang palestin…kenapa?

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, dan lain2,” tapi doa masih tak makbul, kenapa?

Sebagai menunggu jawapan yg berilmiah dan terbaik dari ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan,, yang baca blog aku nie..
Apa kita nak buat..?
Bergurau senda antara pusat dan lutut?

JANGAN…HARAM PADA WAKTU EHRAM DAN TETAP HARAM JUGA WALAU BUKAN PADA WAKTU EHRAM…
….
(bayangkan suasana petang di tepi pantai, ombak yang berbuih-buih..dan angin yang menderu…)

Sementara menunggu ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan, menjawab soalan tu…
(oi..hamka, ustaz mana ada baca blog merepek engkau?-..oh..)
atau korang yang bijaksana lagi bijaksini jawab soalan tu.. cuba aku yang bodoh-bodoh alang dalam ugama ni cuba jawab (lebih kurang)… oleh kerana aku bukan ustaz, ulama, sufi, kai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan,.. maka korang boleh membuang jawapan aku ke dalam indah water jika korang tak berkenan…oh…

Mula-mula sekali pasal tunjuk perasaan,
Aku tidak berniat untuk menyalahkan mereka yang ramai ramai berkumpul macam buih tu, bercampur lelaki dan perempuan macam buih.. baguslah apa yang mereka buat, sekurang-kurannya mereka buat sesuatu untuk bantu islam (hope be)..
Mungkin mereka merujuk kepada peristiwa Nabi Ibrahim dibakar , maka seekor burung telah ambil air dari paruhnya dan siram api itu.. Seorang wali Allah bertanya, apa yang kau(burung) buat tu langsung tak dapat memadamkan api itu.. jawab si burung.. sekurang-kurangya akhirat kelak.. ila Allah tanya apakah yang kamu buat ketika Nabi kamu dibakar.. aku telah berbuat sesuatu …oh..

Tapi aku takut jadi macam apa yang dah aku cerita dalam post yg lepas. (kenapa best tengok bola)
Bila ada satu golongan yang tak pandai berenang di campak ke dalam air.. maka korang yang tak pandai berenang ni duduk tepi sengai dan tunjuk perasaan kepada si zalim itu supaya hentikan perbuatan merka.. ok. si penzalim itu insaf.. dan tak campakkan lagi orang ke dalam sungai… tapi sat lagi, si zalim tu meluru ke arah korang dan campakkan korang pulak ke dalam sungai… korang yg sedang bergelut dengan maut tu nak bantuan yang macamana?
Nak ada pulak golongan lain yang tak pandai beranang tunjuk perasan simpati diorang pada korang?... ok, stop sampai sini… aku memang bodoh dan jahil dan hina..

Jadi hari ini, aku bukan nak bincang tentang doa mereka yang hebat-hebat dan tingi-tingi itu, tetapi tidak makbul!..aku nak bincang tentang doa kita semua yang biasa-biasa sajer tapi tetap tak makbul..oh…

Kenapa Doa kita tak makbul?

Baca sahaja, mungkin entry aku tak sehebat tajuk..atau mungkin tak
dapat memberi jawapan yg tepat kerana aku memang confirm bukan USTAZ…aku baru NAK-START…!!!

Antara salah satu sebab musabab doa korang tak makbul adalah kerana: (chech, macamlah doa aku makbul-cis!):
Kerana korang salah berdoa… err.maksud aku korang salah teknik berdoa…

Sebagai contoh, jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yg berlaku? Muka buruk tu jugak
yg korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..

Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
Sepatutnya korang doa macam nih…
“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi org yg muka lebih buruk dari korang)
lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yg berlaku? Kalau doa ‘sabar’
korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”

Jadi perkara yg patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!

Hah!? sekarang ada korang doa sabar dengan apa yg korang tak suka? .. berapa kerat antara kita yg doa sabar dengan kesusahan berbanding yg berdoa
supaya kesusahan tu hilang?
Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai..lambatnya gaji..apahal awek aku tak tepon nie…apatah lagi dengan benda yang kita benci!!!

Korang tahu kenapa Allah bertalu2 bagi korang susah?
Adakah Allah nak korang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan
kesusahan?
Atau Allah nak korang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korang
naik?
Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak ‘hati yg
bersabar’…
nampaknya kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi better korang rujuk ustazlah…jadi

Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang-
sahabat Nabi:
“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”

Kerana itu kalau korang rujuk cerita2 sahabat Nabi S.A.W yakni:
bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,

Bila Khabbab RA di heret atas bara api

Bila Sumayyah di seksa

Bila Abu Bakar Ra di pukul..

Bila Nabi di baling batu

Apakah korang ingat Allah tak boleh halang org kapir?
Buat batu tu stop macam Neo dlm the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje NabiNya di baling batu dan Sahabat2 di
seksa..?
tak lain tak bukan…
Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!
ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!

Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?
Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….

Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan kesusahan dalam
hidup korang?
Ada korang mintak hati yg bersabar?
Tidak, sebaliknya korang menjerit2 terlolong sana sini dan salahkan org lain, salahkan kerajaan,
salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalu
bunuh diri!!! Nauzubillah…

Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…Nabi
Zakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu
akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’
menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati…

Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak
terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mata
Nabi bergenang…

Teringat ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba2 sekor telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka2 kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka2 kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini? Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanAllah…

Atau cerita nabi khaidir yg enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar…

Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yg besar dalam hidup adalah memiliki hati yg sabar…

Korang tahu apa itu sabar?

Sabar terbahagi kepada dua:
Satu: Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan
Dua: Sabar menahan segala penderitaan..

Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!

dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!!
SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT
KESABARAN SAYA,

ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!

Atau aku tambah lagi..
SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!

Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan
SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA
atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil
sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..

Ni lagi satu…bila korang ada hajat dan buat solat hajat, berapa raka’at korang solat hajat? Apa? Tak dengar…Dua?..
DUA SAJER!!!?

Saidina Ali yg tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah ruah, aku yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sajer supaya isteri aku selamat bersalin..oh…kalau lah malaikat tu jenis makluk yg ada sifat penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa aku..korang tolonglah doa aku sama ye..isk..isk…

MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yg bersabar…
Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas
kamu bersabar..

Jadi
yg tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar ngan sifat
suami?

yg tak tahan dengan karenah majikan, dah doa belum sabar ngan sifat
majikan?

yg tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa belum sabar ngan
rezeki Allah?

yg tak tahan dengan karenah anak2, dah doa belum sabar ngan sifat
anak2?

yg tak tahan dengan karenah kerajaan, dah doa belum sabar ngan sifat
pemimpin?

Allah akan betulkan org yg menyusahkan kita bila kita bersabar dengan
mereka yg menyusahkan kita…dan Allah akan biarkan mereka menyusahkan
korang yg tak nak bersabar dengan mereka!!!

Kerana itu korang boleh tengok negara2 yg rakyatnya terus di tindas,
isteri2 yg terus menerus di zalimi suami..kenapa? kerana mereka bukan nak
bersabar tapi tak bershukur dan tak bersabar malahan nak menentang pula!!!

Ingat!! Anjing yang bodoh adalah anjing yang apabila di baling batu dan kayu, maka dimarahnya dan di gigitnya batu dan kayu itu….remember, return to the source..
Allah yang keluarkan masalah, Allah juga yang menyelesaikan masalah..

Seorang isteri yg bersabar dengan karenah suaminya-Allah akan hantar
Malaikat untuk memperbetulkan akhlak suaminya...

Seorang pekerja yg bersabar dengan karenah majikannya-Allah akan hantar
Malaikat untuk memperbetulkan akhlak majikannya...

Seorang rakyat yg bersabar dengan karenah kerajaanya-Allah akan hantar
Malaikat untuk memperbetulkan akhlak kerajaanyanya...

Seorang pendakwah yg bersabar dengan karenah ummatnya-Allah akan hantar
Malaikat untuk membawa hidayat seluruh alam…

Seorang pembaca blog yg bersabar dengan membaca entry ini sampai habis-maka akan habislah entry ini di bacanya-tak lawak…ha ha ha

Dulu aku dah pernah sound pada korang semua yg berdoa ntah-apa-apantah..
Hari ni manusia secara tak sedar nak jadi binatang..kerana itulah munculnya spiderman, batman, silverhawk, masked rider, keluangman, cicakman, angsaman, tapak-selai-man, org utan man..!!!

Kepada org yg mintak doa nak panjang umur…Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!

Kepada yg mintak doa nak makan bayak…aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah,

Ada pulak yg mintak doa nak rumah besar he he he kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ziarah..bayar pulak tu!!

Lepas tu, Ada pulak doa nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramaipun 4 je kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !

Yang ni lain cerita pulak, berdoa supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku
Bagi cadangan agar mintak dengan Allah jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yg doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik jadi ikan …
Korang cakap tak nak lah duduk terus dalam air..nak dua alam….he he he , korang mintak jer jadi…argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang hidup dua alam…

Apa yg Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yg patut korang doa sampai kelaur air mata darah!!!
Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..

Selain sabar, korang kena mintak beberapa perkara lagi…(alamak panjangnya)
Iaitu: mintak dengan Allah supaya bagi hati yang sentiasa bersyukur…

Kerajaan naik minyak 30 sen terus pergi berjemur tengah panas waktu zohor sambil bawak poster kerajan zalim maha firaun..huh, zaman firaun dulu, firaun keluarkan perintah semua anak-anak lelaki bani Israel di bunuh, satu org pun takde tunjuk perasaan…akhirnya 50 tahun kemudian, Allah hancurkan firaun..Allah boleh hancurkan firaun serta merta sebab dan bunuh beribu2 bayi..tapi Allah nak korang sabar dan syukur!!!

Minyak naik 30 sen, jika korang selalu pergi masjid, maka pahala korang naik lagi 30 sen darab dengan 700 ribu ganjaran…nak ke, tak nak? Lainlah jika korang malas pergi masjid..tu yg sanggup pergi berjemur tengah panas waktu zohor bawak sepanduk tu!!!
(semoga Allah ampunkan dosa aku yang selalu berlagak macam bagus ni..oh..)

Eh, cik hamka ni, seorang penyokong islam hadarilah…
Lantak engkaulah nak tuduh aku apa-apapun yg aku sokong adalah islam hari-hari! Bukannya seminggu sekali atau setahun sekali atau 5 tahun sekali!!

Perkara seterusya korang dan aku kena mintak dengan Allah supaya bagi sifat ikhlas dalam beramal…panjang aku nak cerita, lain kali aku bukak tajuk “apa itu ikhlas’..

Dan seterusnya korang kena mintak dengan Allah supaya bagi hati yg sentiasa takut dengan dosa yg lalu dan akan datang..

Orang yg jahat adalah org yg lupa pada dosanya…

Orang yg baik adalah org yg lupa pada amalnya…

Orang yg jahat adalah org yg ingat pada amalnya…(menyebut-nyebut)

Orang yg baik adalah org yg ingat pada dosanya…(menyebut-nyebut)

Tapi org yg lagi jahat adalah org yg berbangga dengan dosanya dan bercerita dengan penuh bangga!!!

Memang ada antara kengkawan aku yang suka-suka cerita dengan bangga dosa2 yang dia buat, siap bawak handphone tunjuk gambar dia buat maksiat denga aweks..dia..
Aku sound: ahli neraka adalah terdiri dari mereka yang berbangga dengan dosanya..!!!
Alhamdulillah, kengkawan aku masih ada iman..beliau terus beristigfar…

Aku pernah makan sekali dengan satu org alim
(alim sebab dia mengajar di madrasah untuk hafiz..)
Si alim itu bagitahu…Orang-orang alim solat hajat 12 rakaat sehari supaya kekal dalam hidayat, kekal dalam ugama islam, kekal dalam jalan yg betul..oh..aku yang tak alim ni, solat hajat ada buat ke? Oh..

Hari ni, aku nak tanya korang, berapa rakkat korang buat solat hajat dan doa supaya kekal dalam islam atau hidayat?
12? 4? 2? atau tak pernah? Oh!!!
Aku ni nak mampos agaknya bila tak pernah buat solat hajat mintak supaya kekal dalam hidayat islam…

Nota: org yg paling suka baca blog aku adalah isteri aku, next, anak-anak ku(akan datang) dan sahabat-sahabatku..maka tak salah aku tulis dengan keras dan kasar untuk mereka yang aku cintai-harap maklum!!,

Satu org alim ajar aku bila solat tahajjud mintak empat perkara dngan Allah..

Ya Allah, PILIHlah aku menjadi org islam yg soleh.

Ya Allah, GUNAkanlah aku menjadi org islam yg soleh.

Ya Allah, BANTUlah aku menjadi org islam yg soleh.

Ya Allah, TERIMAlah aku menjadi org islam yg soleh.

Hari ini kita semua telah dipilih menjadi org islam, tapi takut bila kita mati kelak, kita tidak diterima sebagai seorang islam…maka mintaklah dengan Allah supaya gunakan kita sebagai asbab hidayat dan mintaklah Allah Bantu kita dalam mencari hidayat dan menjadi asbab hidayat…

Berbalik kepada sabar…apa itu sabar?

Korang kena bersabar solat lima waktu kat masjid sampai korang jadi mayat…

Korang kena bersabar baca Al-quran sampai korang jadi mayat…

Korang kena bersabar berpuasa sebulan sekali pada tiap2 tahun sampai korang jadi mayat…

Korang kena bersabar dengan muka korang yang tak hensome sampai korang jadi mayat…

Korang kena bersabar buat dakwah sampai korang jadi mayat…

Korang kena bersabar dengan kesusahan yang akan sentiasa datang sampai korang jadi mayat…

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."

Aku dan korang kena baca hadith nabi dengan isteri korang pada setiap malam, bila isteri tanya, sampai bila nak buat macam ni bang?
Aku kata:
kalau sayang nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini sampai jadi mayat!!!!

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yg ditegur ini menyusahkan utusan2 Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yg besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yg lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..

Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!

Satu lagi..last, kalau nak doa, jangan lupa sebut nama nabi kita saw, kerana Nabi Adam diampunkan dosa dia bila berdoa dengan menyebut nama Nabi Muhammad SAW..insyaAllah!!

Untuk kesekianan kalinya, seorang penjual ubat mestilah mempunyai badan yg sihat untuk menarik keyakinan pembeli.. maka aku yg selalu membebel macam mak nenek ni mesti membuktikan bahawa aku adalah seorang yang makbul doanya..tapi jangan email aku pulak suruh buat solat hajat… aku tak buat solat hajat on-line..nanti nak kena bukak akaun pulak nanti, untuk pengetahuan korang semua, aku mempunya beberapa doa yang makbul setiap kali aku memintanya..err.. iaitu doa makan dan doa tidur..!!(tak lawak, nak lebih lawak kononnya aku kena tambah doa bersetubuh!!!, ) so malam ni, solat hajat 12 rakaat mintak dengan Allah dapat isteri atau suami solehah..amin!!!!, ok, bye, aku nak pergi makan keropok dan air teh tarik dan tidur, oh tidak, mungkin aku akan pergi tunjuk perasaan, jumpa di sana..he he he!!!

Ps: Sentiasalah tunjuk perasaan kita kepada orang yang kita sayangi terutamanya yang sudah menjadi mayat dengan banyak berdoa untuk mereka….isk..isk…

Jul 20, 2006

Bagaimana hilangkan mengantuk?

(Jangan rosakkan masa depan korang)

Aku manusia biasa, ada orang yg anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara on-line..maafkan aku kepada yg email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama..sekolah pondok telefon je dulu2 sebab masa tu takde handphone (tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..kalau korang ada masalah nak measure pressure, temperature, flow, level nak guna instrument apa, aku boleh tolong lebih kurang…

Bakat yg sebenar aku, adalah melukis..tapi dah lama tak melukis, karya-karya ku banyak disiarkan dalam surat awek-awek lama aku…jadi aku bukan ulama’

Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap ugama, betul tak..?

Satu pengalaman, pernah aku pergi solat magrib di masjid hijau bukit kuang kat kemaman, aku pakai serban dan jubah..terus diorang tolak aku jadi imam…
Aku memang pernah berceramah kat surau-surau dan masjid-masjid..itupun sebab aku kenal dengan ustaz-ustaz dan mereka bagi peluang pada aku..

Maka, Adalah bebarapa orang sahabat yg mula melayan aku macam orang alim..
Jika jumpa aku, mesti nak cium tangan..
Teringin rasanya aku nak hulurkan kaki kananku agar dia berbai'at dengan ku he he he..

Lalu mereka-mereka ini selalu bertanya soalan soalan ugama yg apa sahaja jawapan aku..di telannya bulat-bulat!!!
Maklumlah, aku ni seorang alin di pandangan mata mereka..oh..Bahaya betul..…

Kadang –kadang mereka SMS aku malam2 bertanya hal-hal ugama..
Tanya macamana nak bersetubuh…macamana nak inzalkan isteri dan banyak lagiler…
Kalau korang perasan, masa aku mula tulis blog ni dulu, aku ada taruk kat blog:

Penulis mengalu-alukan sebarang soalan mengenai dunia dan akhirat…

Tapi korang tahu apa jadi?
Bersepah soalan datang dan kebanyakkanya merepek…
Sebab tu la ni aku dah delete dan aku tulis…

Penulis bukan ustaz,ulama,sufi,kiai,bilal,imam,mufti,atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat ,cacian, makian, hinaan dan teguran dari korang amat berpatutan.

Tapi jika korang nak tanya aku apa-apapun aku still masih jawab..Cuma aku tak janji akan jawab terus…insyaAllah..
Dan aku amat alu-alukan sekiranya apa yg aku tulis tak betul dan salah…korang tegur…
Terima kasih kepada mereka yang menegur…aku hargainya..

Ok, sambung cerita..
Baru baru ni ada org bertanya aku bagaimana nak elakkan mengantuk ketika dengar khutbah jumaat…
Mungkin dia bertanya dengan ikhlas…tapi ini satu peluang untuk aku buktikan bahawa aku adalah manusia biasa, jangan mendewakan aku…

Aku mintak dengan dia supaya bawa sehelai sapu tangan dan jumpa aku sebelum solat jumaat..aku pendekkan cerita, seperti yg di janjikan, sehelai sapu tangan darinya aku ambil dan lipat dengan elok.. kemudian aku masukkan sesuatu kat dalam sapu tangannya…sambil berpesan:

“JANGAN BUKA BUNGKUSAN INI SEHINGGA LAH KAMU BENAR-BENAR MENGANTUK WAKTU KHUTBAH NANTI…”

(bayangkan bunyi air yg mengalir dari paip-untuk mengisi masa selang, kemudian teruskan bacaan)

Memang manusia ni ada yang bersifat taksub…patutlah bila ada ulamak yg benarkan konsert, maka ada orang yang taksub akan keluarkan hujah untuk benarkan tindakan ulamak tadi…aku nak bagitahu kat korang semua, jangan rosakkan masa depan akhirat dengan taksub pada seseorang yg alim sehingga apa sahaja dia buat nampak betul dengan alasan..oh..dia tu ulamak, oh dia tu hafal Al-Quran..oh..dia tu boleh jalan atas air..

Apa nak hairan jalan atas air, labah-labah pun boleh jalan atas air..Nabi ajak sahabat jadi manusia bukannya nak jadi binatang, kebal macam kura-kura, boleh terbang macam burung! Setan pun boleh jalan atas air…

Antara fitnah terbesar akhir zaman adalah ulamak yg berdusta..oh…jangan pulak lepas ni korang berburuk sangka dengan ulamak..aku tak tujukan nasihat ini kepada ustaz, mufti atau ulamak..mereka terbaik, lebih baik dari aku..yang aku tujukan adalah pada korang yang mendewakan dan taksub kepada ulamak tadi sehingga mereka menjadi perfect..!!!
apa sahaja kenyataan mereka korang telan dan tak berak-berak..bahaya jika tak dapat berak..buasir nanti..oh..

Sahabat bila ada yg macam tak kena pada keputusan Nabi saw, diorang r.a akan tanya :
Adakah ini wahyu?
Jika wahyu..of course kena taat seratus peratus…tapi bila benda tu bukan wahyu..korang kena pakai otak..akai ada ka?

Berbalik kepada member aku tadi, Aku sebanarnya tidak tahu apa yg terjadi pada dia kerana dia masih men"dewa"kan aku…
Adakah dia makan gula-gula yang aku letakkan dalam sapu tangannya itu? he heh

(ketika aku sedang munulis ini, mataku semakin kayu..tengok dah selah eja..sepatutnya kupu, eh bukan : kuyu..aku pun menyeluk poketku dan makan satu gula-gula kerana mata mula mengantuk..tapi aku yakin 100% bahawa gula-gula tak boleh hilangkan mengantuk-hilang ngantuk datang dari kudrat Allah-alangkah berimanya aku..he he)

Sambung balik…
Dan aku dapati kat Malaysia ni ramai orang yang jenis telan sajer apa yg tok guru/orang alim/ ulama’ dia bagi…
Cth: “siapa separate church and state maka dia adalah KAPIRRRRRRRRR”
Aku tanya kenapa?
Eh, ustaz tu cakap macam tu, dia tu dulu pernah belajar al-azhar kau tau?

Atau,
Menurut ustaz 'O', Takpe kita gunakan kaedah yahudi untuk berjuang, sebab ini adalah strategi-(strategi kepala hotak engkau..)

Menutur ustaz Q, Siapa tak undi parti X maka dia dalah kapir…
(lantak engkau ler..)

Kalau korang rujuk sejarah..
Khalifah islam macam saidina Umar RA misalnya…dia keluarkan perintah agar taat dia apa yang betul sahaja…
Atau cerita khalifah Muawiyah ra..dia buat pengumuman lepas solat :
"Harta baitumal adalah harta aku…siapa nak bantah? angkat tangan…, "
3 kali dia ulang dan tiada seorang pun yang bantah, tak lama kemudian seorang pakcik angkat tangan mengatakan bahawa dia membantah..maka muawiyah r.a memerintahkan pakcik ni jumpa di bilik kerajaan, semua jemaah dah cuak…dalam bilik itu Muawiyah RA peluk pakcik tu dan ucap terima kasih kerana di zaman pemerintahannya masih ada orang yg tak telan sahaja…dan Allah merahmati mana-mana pemimpin yg ada rakyatnya faham akan kebenaran…

(sama macam aku sekarang nie, aku tak telan gula -gula, aku hisap sahaja hihihi)

Kat Opis aku ada seorang engineer, yg terima seratus peratus apa ustaz dia cakap…
Aku tanya dia:
"eh, setahu aku tak boleh nak solat fardu kat rumah dengan isteri.."
Dia cakap, ustaz dia tu dah belajar ugama lebih 30 tahun…kita tak layak nak pertikaikan keputusan dia..
Aku kata:
"engkau ni baru 5 tahun belajar engineer, org Mexico yg kilang kita upah kerja kat sini dah berpengalaman 30 tahun dalam industri oil dan gas..tapi selamba kau krtik diorang dan komplen diorang,sebab kau paham apa itu instrumentation of process control even kau baru study 5 year..sebab kau paham!!!
Tapi bab-bab ugama kau just serahkan pihak ulamak sahaja buat keputusan…kau telan sahaja? Kalau benda tu betul memang patut taat seratus peratus..tapi Allah dah bagi otak…kat akhirat otak bukan di guna untuk bagi alasan, tapi untuk dibakar bersama-sama dengan roh dalam neraka..!!! oh!!"

Saidina Ali r.a bila Nabi s.aw ajak dia masuk islam, dia cakap nak tanya kat bapak dia dulu, tapi lepas tu dia jumpa nabi dan terus masuk islam dengan jawapan lebih kurang: “aku tak akan biarkan orang lain untuk buat keputusan masa hadapan ku..”

Nota untuk mualaf; masa depan dalam islam bukanlah hari tua tapi hari akhirat,,,harap maklum
Dan..memang betul ketaatan dalam satu organisasi tu penting.. walupun dalam kumpulan genster sekalipun..tapi tiada ketaatan dalam maksiat..

Aku nak tambah sikit lagi..
Ada pulak golongan yang perasan bagus dan merasakan bahawa dia adalah penganut setia apabila forward email hari-hari….

Segala berita yang dapat dari email terus TELAN dan forward-forward..forward!!!

Oh makanan ini haram-forward

Oh makanan ini halal balik-foward

Oh Kiamat dah dekat, kena simpan gula setahun…-forward

Oh Dato K dan CT adalah sepasang kekasih -forward

Oh kalau tak forward ni akan mati dalam 7 hari, nasib baik cepat forward-forward

Oh Orang cina nak bunuh org melayu-forward

Oh Forward kan ini kepada 7 orang dan anda akan bahagia-forward

Oh Parti tu parti kapir-forward

Oh emailkan kepada 100 org dan akaun anda akan bertambah-forward

Oh forward melalui emal adalah dakwah-forward

Forward-forward..forward!!! sampai jadi mayat...!!

Orang macam gini yang tak selidik dahulu semua berita dan TELAN sajer…adalah berada dalam bahaya, sebab bila nak mati kelak setan akan datang dan menyamar jadi org alim/ustaz/ ulamak yg korang sanjung…dan cakap kat korang bahawa ugama islam tu salah, Nabi penipu dan sebagainya..masa tu tentu korang rasa nak forward bukan?

Dan korang akan mati dalam keadaan kempunan tak sempat nak forward berita tu..yg membuatkan korang terkeluar dari islam, ..oh..

Ini banyak berlaku kerana la ni setan baru buat usaha 10% dan korang dah percaya dengan semua berita yang karut marut 100%..masa nak mati kelak, setan akan buat usaha 90% untuk murtadkan korang, setan akan menjelma jadi arwah nenek korang atau mak bapak korang atau siapa sajer yg korang akan percaya..dan cakap..matilah dalam ugama yahudi, itulah ugama yg membawa kau masuk shurga!!! kalau iman korang kuat jer yg boleh menafikan 'email' setan tu...

Nak forwad? Boleh ni alamatnya…
www. Neraka.jahanam.forever.com…isk..isk…!!!

Ingat..jangan rosakkan masa depan korang!!!

Akhir kata.. kalau nak berjaya dunia dan ahirat, role model kita tetap Nabi SAW dan sahabat RA …malahan ustaz, ulamak dan mufti untuk berjayapun, tetap kena ikut mereka..

Seorang mufti yg hebat dia punya fatwa, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang hafiz yg dah hafal 30 juzuk Al-Quran, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang kaya atau miskin untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang engineer atau siapa sahaja, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang penulis blog atau penulis buku ugama yg hebat, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Pendek kata: semua orang kena buat usaha atas iman dan amal…AKU PUN!!!!

Arghh...! gula-gula yg aku makan semasa menulis entry ni dah habis di hisap..mata aku mula mengantuk..satu petua yang aku nak bagi pada korang semua yang telah aku amalkan sejak zaman berzaman dan memang selepas aku buat amalan ini, terus hilang mengantuk, mata aku terus segar..insyaAllah..
Ok, dengar baik-baik...
Cara terbaik untuk hilangkan mengantuk adalah TIDUR!!!!..(tak lawak)… bye..aku nak pergi bersaudara ngan mayat kejap..selamat malam!

Ps: Mayat adalah saudara kepada orang yang tidur…

Jul 17, 2006

Nak masuk islam tak?

(Kenapa orang kapir tak nak masuk islam..)

Pada suatu hari...Aku dan mamat berjalan-jalan cari makan…
“jalan-jalan cari makan?”

Aku rasa macam binatang pulak bila jalan-jalan cari makan..sepatutnya jalan-jalan pergi makan..he heh..
Emmm…nak makan keropok rasanya..di jalanan berjumpa dengan sahabat lama seorang non-muslim. (Aku harapkan dia mu’alaf..oh..)

Tanya si mamat:
“kau masih kapir?”

Si dia benarkan jawapan mamat..

Nota; si kapir ni kawan rapat kitaorg..sebab tu tak kisah jika bertanya kau ni masih kapir ke tak..harap maklum!

Kemudian kami bertiga sama-sama jalan-jalan cari makan, er..maksud aku jalan-jalan pergi makan…

Di kedai makan kami bercerita pasal kerjaya, anak-anak, pendapatan semasa, filem -filem terkini, isu semasa dan beberapa perkara merepek..

Aku mengubah topik dengan bertanya pada si kapir tu: “kenapa kau masih kapir?”

Nota: aku bertanya begitu sebab dulu dia ada azam nak masuk islam, pandai baca bismillah, alhamdulillah, selalu mengucap kalimah tauhid , bagi salam , membaca buku-buku islam dan lain-lain-..harap maklum.

kemudian, si engineer itu,(non muslim).. telah bagi hujah dan alasan kenapa dia masih kapir (sepatutnya aku tulis: dia masih tidak memeluk ugama islam-lebih harmony dan rasional rasanya-oh)..

Aku ingat nak tulis alasannya dengan penuh ilmiah kat sini..tapi panjang sangat, antara sebab dia tak masuk islam walaupun dari segi teori islam itu indah adalah kerana dari segi amali(practical) org islam mempunyai rekod yg buruk seperti pengganas, penzalim, perompak, pembunuh, perogol, penagih dan lain-lain…

Aku pendekkan cerita…
Selepas kami berpisah..aku bertanya kepada Mamat..

“Orang kapir sekarang bukan sahaja tak nak masuk islam, tapi mereka takut nak masuk islam, kau tahu kenapa?”

Mamat cuba menjawab tapi di halang oleh aku kerana aku tidak berniat untuk mendengar jawapannya..

Sambungku…

“Ada sebuah kereta keluaran proton terbaru… proton NEO, cantik, sport rim, special edition lagi..engkau nak naik tak ...jika pemandu proton itu org yang gila!!!

Mamat menjawab: (aku telah padam jawapan mamat, he he he)

Moral:
JADI… HARI INI ORANG KAPIR TAK NAK MASUK ISLAM KERANA RAMAI ORANG ISLAM YANG GILA..!!!
err..maksud aku gila dunia, gila duit, gila kuasa, gila politik, gila SMS, gila hiburan, gila pangkat, gila bola, gila isim, gile memblog dan gila-gila remaja !!

(semoga aku dan korang tidak menjadi org yg gila..gila akhirat takpe..he he, tau takpe!!!)

Ps: Ramai org menjadi gila bila org yg tersayang menjadi mayat..oh..

Jul 13, 2006

Bagaimana nikmat di SHURGA?

(di tulis ketika hujan turun dengan lebatnya)

Aku sekarang berada di opis,
Hari ini hujan turun dengan lebatnya….aku mula berasa lapar, bila lapar, terus ingat bini..(sepatutnya ingat Allah..oh),

Pada waktu-waktu begini, di saat hujan turun, .(dimensi membuka mata memekakkan kan telinga)…kalau bini aku ada di sisi, tentu bini aku akan hidangkan aku keropok goreng dan teh’ tarik…

Kemudian kami akan minum bersama-sama sambil mendengar bunyi rintik hujan menimpa bumbung …untuk mengisi masa yg syahdu itu, kami mula berduet menyanyi lagu popolar seperti:
“sandarkan kepada kenangan’, irish, “Senja nan merah” dan lain lain..(akulah suami idaman wanita kononnya..huh)

Benarlah kata satu org alim, kadang-kadang (kadang-kadang?) kehidupan selepas kahwin adalah seperti dalam shurga rasanya..walaupun aku tak pernah pergi ke sana, namun nak sangat pergi ke sana, tapi tak layak pulak ke sana, dan berharap dengan rahmat Allah dapat ke sana..jumpa di sana ye!!, tingkat lapan shurga firdaus..amin ya Rabulalamin..

Raihan kata:
Wahai tuhan aku tidak layak ke shurgamu...
Namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu…
isk..isk..

Apabila pintu shurga di buka kelak..akan terdapat satu golongan yg masuk ke dalam shurga berbondong-bondong tanpa dapat di tahan oleh penjaga shurga..malaikat penjaga shurga tidak dapat menghalang golongan ini memasuki shurga sebagaimana korang tak dapat menghalang kemasukkan burung-burung ke dalam rumah korang apabila korang buka jendela di waktu pagi…

Maka malaikat ini membuat laporan kepada Allah, kerana takut Allah murka kepada mereka kerana tidak dapat menghalang kemasukkan golongan itu..lalu Allah berfirman…(lebih kurang maksud-ini hadith kudsi)
“Biarlah golongan itu masuk ke shurga hari ini, Aku malu untuk menghisab mereka hari ini, kerana di dunia dahulu mereka adalah golongan yg memalukan dirinya sendiri kerana Ku”

Nota untuk mua’laf: menghisab bermaksud soal-jawab daripada Allah kepada setiap manusia sebelum dibuat keputusan ke shurga atau Neraka.

Jadi sesiapa yg malu nak pergi masjid ke, nak pakai tudung ke nak buat apa-apa yg baik ke...dan lain2..janganlah malu-malu kawan..kerana org yg memalukan diri dia kerana Allah, Allah akan malu nak hisab kelak..oh..kepada Allah aku memuji!!

Nikmat yg mana lagi aku dustakan?

Di beritakan kelak..apabila ahli shurga melewati pintu shurga, maka mereka akan terpegun selama bertahun-tahun kerana indahnya melihat pintu gerbang shurga..korang yang pertama kali pergi KL dan tengok KLCC 'live'..terpegun gak..adalah dalam 5 minit kot...tapi bila korang masuk shurga kelak...korang akan berhenti di setiap langkah bertahun-tahun kerana terpegun dengan kehebatan shurga!!!

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ada pulak wanita2 yg kecik hati kerana dalam shurga ada sikit punya ramai bidadari2 yg lawa dan cantik...yg aku tahu..kalau salah mintak sangat betulkan kerana aku bukan ustaz/ulama'...apabila pertama kali korang(lelaki) jumpa dengan bidadari..korang datang keinginan untuk menyetubuhinya..tapi bidadari tu cakap, nanti ada yg lebih cantik dari saya...maka korang pergi ke bidadari yg seterusnya..bila korang berjumpa dengan next bidadari, korang dah lupa dengan bidadari before..but, next bidadari said: ada lagi yg lebih berhak dan cantik daripada saya..(lebih kurang maksud)

Sehinggalah akhirnya korang berjumpa dengan ketua bidadari yg kecantikkannya adalah 70 kali lebih dari semua bidadari..iaitu isteri korang di dunia ini! dan isteri korang tu telah di solek selama 500 tahun...dan umur isteri korang waktu tu 16 tahun dan korang pulak sebaya dengan superman(30 tahun)

Wah..wah..wah,,meleleh air liur..!!!

May said:
"Bersamalah kita berdoa...
Agar cinta engkau dan aku...
bisa tembus ke pintu shurga..berkat rahmatNya..

Korang tanya pulak:
"Apakah amalan ahli shurga?"

Aku yg jahil bab2 ugama sekadar menjawab setakat dengar dari mulut ke telinga kata:
Dalam shurga kelak (amin...) korang dah tak payah solat, puasa, dan lain lain, tapi satu amalan jer yg korang wajib buat iaitu ziarah…sebab tu sebelum masuk shurga kita kena rajin ziarah jiran2 kita, bukan ziarah nak pinjam VCD, nak pinjam gergaji, nak pinjam cangkul..tapi ziarah semata2 kerana Allah, khalifah2 islam zaman2 dulu, akan pergi ziarah rumah-rumah org yg tak pergi masjid dan tanya :
kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..

Hari ni bila aku terlewat bangun subuh (oh..aku adalah manusia biasa yg banyak dosa)..takde pulak org dari masjid datang ziarah aku tanya:
kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..kasihannya aku..isk..isk..

Tentu korang ingat tentang golongan yg berada di bawah arasy yg mana mereka adalah terdiri daripada orang yg berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah…
Kalau korang pergi solat berjemaah, itu adalah salah satu dari bertemu dan berpisah semata2 kerana Allah dan yg paling baik, korang bertemu dengan org yg jauh dari Allah dan ajak mereka kepada Allah...bukan setakat ziarah hari raya nak makan kuih..setahun sekali!..huh! (kata kat aku sendiri!!!)

Untuk program ziarah dalam shurga ni Ustaz A ada bagitahu aku pada 8 tahun yang lalu…:
(siapa ustaz A? rujuk post “kiamat sudah dekat”)

Pada setiap Hari Sabtu-ahli shurga kena Pergi ziarah shurga ibu paba atau penjaga korang…korang tanya sempat ke nak ziarah dalam masa satu hari? Apa pulak tak sempat..paling minimapun satu hari dalam shurga dah 1000 tahun…bergantung pada amalan masing-masing...…

Hari Ahad-Pergi ziarah shurga anak-anak korang.(kalu takde anak?..alahai, mak bapak koranglah akan datang ziarah korang, bukankah korang anak mereka..lainlah korang anak buluh betung(tak lawak)

Hari Isnin-Pergi ziarah shurga tok guru, ustaz atau sape sajer yg pernah ajar korang ilmu ugama…(assalamualaikum ustaz!!),,err..aku bukan ustaz..oh..

Hari Selasa-Pergi ziarah shurga anak murid korang, atau siapa sajer yg korang pernah ajar ilmu ugama...(itulah pasal Nabi suruh sampaikan walaupun satu ayat)

Hari rabu-Pergi ziarah nabi kita Muhammad s.aw.(bayangkan betapa luasnya shurga Nabi? shurga Abu bakar r.a pun patah sayap malaikat jibrail terbang tapi baru sekadar halamannya..oh..hebatnya Allah-Nikmat mana lagi yang aku dustakan? )

Hari Khamis-Nabi akan ziarah shurga setiap ummatnya..jadi pada hari ni duduk-duduklah dalam shurga menunggu kedatangan Nabi besar Muhammad saw yg kita kasihi.

Hari Jummat: Inilah kemuncak nikmat dalam shurga iaitu ziarah Allah..dan dapat menatap wajah Allah..apabila melihat wajah Allah..maka akan lupa segala nikmat yg lain..malahan nikmat menatap wajah Allah adalah jauh lebih nikmat daripada bersetubuh dengan bidadari…kemudian, wanita-wanita yg menjaga aurat dengan sempurna..maka Allah sendiri akan ziarah mereka..oh..!

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Korang Tanya pulak:
“Bagaimana jika org yg kita nak ziarah itu berada di neraka?”

Aku yg jahil lagi hina ini berkata, kalau salah tolong betulkan:
Terdapat sesetengah riwayat mengatakan bahawa ahli shurga akan melawat ahli neraka di neraka itu sendiri..dan pada hari itu..api neraka menjadi sejuk…

sehingga terdapat perbualan seperti:

“eh kenapa ustaz kat sini?”

“aku tak amal apa yg aku tahu(kata ustaz)”oh…

Aku juga mohon berlindung kepada Allah daripada ilmu tanpa amal..sedang aku memarahi korang yg tak pergi solat berjemaah..aku sendiri meninggalkan solat tahajjud..!!!

Seorang alim pernah menangis dengan berkata:
sehingga ke hari ini, aku masih tidak pernah solat hingga bengkak kaki seperti Nabi Muhammad s.a.w ..oh…(kepada Allah tempat mengadu..)

Berbalik bercerita tentang nikmat shurga..
Pernah korang dengar ustaz cakap org yg telah berkahwin telah mendapat sedikit nikmat shurga? tentu korang terbayang nikmat shurga itu adalah bersetubuh, bersenggama, bercekerama, berasmarada dan macam-macam lagilah!! he he he..betul jugak tu, tapi ada lagi nikmat yg biasanya org kahwin dapat yg mana, nikmat itu adalah sama dengan nikmat dalam shurga...

biar aku cerita...

untuk pengetahuan korang nikmat shurga ini terbahagi kepada tiga tahap..,
pertama cuba korang bayangkan ketika korang duduk-duduk kat rumah dan korang pulak sudah berkahwin, satu hari hujan turun pada waktu petang dengan lebatnya..korang pun kelaparan..lalu order kat isteri tersayang keropok goreng dan air teh tarik…perghh, meleleh air liur beb!

Bestnya ada isteri yg baik…lalu sebagai isteri yg solehah, apa yg korang order dah tentu dapat punya...jadi..sekiranya apa yg korang order itu dapat..itu adalah nikmat untuk ahli shurga yg terbawah!!! Kerana setiap permintaan ahli shurga akan di tunaikan..tapi setiap permintaan itu perlu di lafazkan…,

Begitulah di ibaratkan kehidupan dalam shurga yg terbawah, yg mana,korang kena order pada malaikat apa yg korang nak…macam Nabi sulaiman a.s yg kena order Jin dan binatang untuk melaksanakan satu-satu projek..

Hari ni mana2 raja pun kena keluarkan perintah baru rakyat buat..itu pun bukannya siap serta merta..dalam shurga apa yg korang order akan dapat serta merta...bayangkan jika Nabi sulaiman order kat Jin untuk alihkan istana Balqis, boleh sampai sekelip mata..apatah lagi dalam shurga!!

huh, hari ini mana ada kerajaan/raja yg mana bila dia order bukannya dapat serta merta, nak buat jambatan bengkokpun tak siap-siap!!
Donald Trupm, Bill gates dan sape sejer yg jutawan,,kalau order bukannya siap serta merta dan bila dah siap kelak, ada pulak yg tak puas hati sana sini..itulah hakikat kehidupan dunia yg korang banggakan…bermakna Kerajaan yg sehebat Nabi sulaiman a.s/Zurkanain a.s/Firaun /Namrud/Qarun dan lain-lain sedikitpun tidak dapat ,menandingi kehebatan kerajaan seorang ahli shurga terbawah…malahan shurga yg paling kecilpun luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia..!

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Perkara nikmat Kedua yg aku nak cerita tentang nikmat shurga yg korang dapat kat dunia ni lagi terutamanya kepada mereka yg dah kahwin..err..masih dalam situasi yg sama..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan..korang baru niat nak makan keropok goreng dan teh tarik..tiba2 isteri korang dah terpancul depan korang dengan membawa keropok dan air teh’ tarik,,

Best betulllah isteri korang tu,,isteri korang begitu memahami korang, dia tahu apa kesukaan korang, dia tahu bagaimana nak puakan nafsu korang.....

wah-wah-wah,,bestnya kahwin!!
Ha! Itulah nikmat pertengahan dalam shurga, yg mana korang just niat nak makan apa..Allah terus hantar makanan sama dengan apa yg korang fikirkan, tak payah cakap dengan mulut, just niat!!..hebatnya Allah!!!

Hari ni tiada satu kerjaan pun yang mampu dapatkan sesuatu just dengan Niat..ha ha ha!
Pernah aku dengar cerita..dalam shurga pertengahan ini, ketika seorang ahli shurga melihat sepasang burung sedang terbang, maka timbullah niat di hati nak makan daging burung panggang…maka dengan serta merta burung itu datang padanya lalu bertukar menjadi daging burung panggang..
"pling"
Kemudian pasangannya lagi satu just hinggap pada satu pokok lalu memerhatikan pasangannya di makan oleh ahli shurga.
Selesai makan, si ahli shurga ini mencampakan tulang2 terakhir, maka dengan serta merta tulang itu bertukar menjadi burung kembali dan kembali kepada pasangannya…lalu burung yg dimakan ini bertanya kepada pasangannya,:

"Apakah parasaan sayang, bila melihat kanda di makan oleh ahli shurga..?

pasangan burung itu menjawab..:

"saya begitu lazat sekali melihat kekanda di makan oleh ahli shurga lebih daripada nikmatnya kita bersetubuh"(lebih kurang maksud)!!!..oh..Dahsyat..burung yg lihat ahli shurga makan pun dapat rasa nikmat yg lebih dari bersetubuh!! Apatah lagi pemakan danging burung itu sendiri?
Cuba bayangkan dia punya nikmat..oh..hebatnya Allah.

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ok. , aku puji isteri2 yg hebat..yg dapat memuaskan nafsu suaminya tanpa perlu di ajar…atau, sebaik sahaja suaminya niat nak makan makanan tu, belum sempat suaminya order kira macam ada deria ke enam ler ni kot..dah siapkan makanan tu.
Betullah org kata, bahawa, kahwin ni hidup macam dalam shurga..he he he…

Dan nikmat yg terbesar dalam hidup adalah di nikmat di taati…
Siapa yg nak jadi bos..kalau pekerjanya tak taat?
Siapa yg nak jadi raja..kalau rakyatnya tak taat?
Siapa yg nak jadi jurulatih bola..kalau pemainnya tak taat?
Siapa yg nak jadi suami..kalau isterinya tak taat?
Dan wanita solehah adalah nikmat terbesar dalam hidup di dunia!!!

Wanita..hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan membahagiakan...(sambung sendiri lagu ni)

Tambahan:
Setiap manusia nak kekal muda, sentisa sihat dan harta pulak nak semakin bertambah..tapi hakikatnya..dalam dunia ini..lama2 pun korang duduk kat Malaysia, korang akan menjadi org tua yg sakit..walaupun anak korang semua doktor, menantu terdiri daripada pawang dan dukun, kedai farmasi kat depan rumah, belakang ada hospital..namun akhirnya korang tetap akan jadi mayat.

Kat hospital, aku tengok ada ramai doktor pakar, ada banyak alat-alat canggih, ada nurse yg tunggu pesakit, tapi hari2 ada org yg jadi mayat kat hospital....ada bilik mayat tu..

Doktor pakar jawab..oh.. dia mati sebab dia sakit tua..huh, doktorpun akan jadi mayat...tapi dalam shurga adalah kehidupan yg kekal muda, sentisa sihat dan harta semakin bertambah..korang boleh terbang macam superman...pernah bila di ceritakan kepada budak2 bahawa dalam shurga boleh mintak apa sahaja, seorang budak bertanya: boleh tak nak mintak basikal?
Oh..Nikmat mana lagi yg aku dustakan?
Kesimpulannya..walau camne bestpun korang bayangkan nikmat shurga tetap tak sama dgn nikmat shurga yg sebenarnya dan hakikatnya tidak pernah dapat di bayangkan oleh sesiapapun!!! dan bila korang pergi melancong, tak kiralah pulau kapas ke, air terjun sekayu ke, korang lihat sikit punya cantik ciptaan Allah..tapi di sebalik kecantikkan itu Allah nak bagitahu bahawa di shurga jauh lebih cantik berkali-kali ganda, di nisbahkan kecantikkan itu seperti setitik air dengan laut yg luas!!!

Nikmat mana lagi yg aku dustakan?

Eh?!lupa pulak nak cerita nikmat satu lagi dalam shurga..Jeng-jeng-jeng..ni aku nak ceritakan nikmat tertinggi yg ahli shurga dapat..korang bayangkan sama seperti tadi, ..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan, tapi tak tahu nak makan apa..

Tiba2 isteri korang bawa keropok goreng dan air teh tarik…alangkah surprisenya,,sebab, korang tak mintak dan tak niatpun!!
Namun, inilah sebenarnya apa yg korang nak!!!!

Korang dah tak payah fikir nak order apa, apa sahaja yg isteri korang hidangkan, memang itulah yg korang mahu..!!!

Wah wah wah..bertuahnya korang dapat bini lagu tu…begitulah yg berlaku di shurga yg tertinggi, yg mana ahli shurga itu tidak perlu lagi order atau niat nak apa-apa, belum sempat buat apa2 tiba-tiba dah datang apa yg kita mahu!!!
Belum sempat rindu..org tu dah datang depan mata..tiba2 datang makanan yg memang kita nak makan!!!oh..hebatnya Allah, tak mustahil langsung kerana Allah yg cipta kita dan dia Maha tahu apa kehendak kita…

Korang pernah buat kawan korang atau awek/bini korang atau anak korang gembira bukan? Ya, korang buat surprise, dia tak mintak pun benda tu, tiba2 korang bagi, yg penting benda itu memang dia mahu!!..dia terkejut,.,dia tidak menjangka langsung..lalu mereka menangis terharu..
Begitulah hebatnya layanan Allah dalam shurga yg tertinggi ini yg mana korang akan terkejut dan terharu dan menangis kegembiraan..apabila Allah memberi sebelum sempat korang meminta...niat, malahan belum sempat berfikir..!!!

Alangkah terharunya korang..hinggakan korang akan sujud pada Allah menangis dan berkata:

Nikmat mana lagi yg aku dudstakan..?

Lalu Allah berfirman..angkatlah kepalamu..di sini tiada ibadat lagi..berseronoklah..(amalan yg kena buat, hanyalah ziarah menzirahi,,)Oh..

Jadi kepada yg bujang dah berapa kali aku pesan, kahwin cepat-cepat..boleh rasa sedikit nikmat shurga!!!he he he..
Namun ada jugak yg berkahwin tapi mendapat azab macam neraka..order air tapi di hidangkan buah ‘zakum’…!!!oh..!!

Ps: seperti biasa, petang ni hujan turun…karang kat rumah, bila aku balik dari opis, teka apa isteri aku hidangkan kat aku he he he…(jangan hidang roti mayat sudah..oh..)

(jangan harap pada makluk...)

Jul 6, 2006

Kenapa BEST tengok bola?

(Siaran ulangan)

Aku nak tanya korang:(just fikir positif)
Kenapa korang suka sangat tengok bola sampai sanggup tunggu walaupun jam 3 pagi?
Tentu ada antara korang yg akan jawab:
“Suka tengok skill diorang”
“Sebab david beckham hendsome!”
“Sebab diorang main penuh strategy”
Dan lain-lain..

Hakikatnya, walau apapun jawapan korang…sebenarnya tengok bola adalah best kerana permainan itu ada peraturannya…dan semua pemain bermain mengikut peraturan...dan korang faham sangat dengan peraturan itu…

(siapa yg tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat tangan - dan pergi tidur!!!)

Kerana itu dalam mana2 perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan..lagi,untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yg di tetapkan…

Malahan jika korang nampak pemain2 buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menujukan santau kepada pengadil yg tak nampak kesalahan para pemain..Dan lagi, jika pengadil bagi hukuman yg tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!!!

Apatah lagi jika ada mana2 pemain yg telah di 'beli'..ohh,,lagi tak best!!!Walaupun begitu korang masih mengikut nafsu yg mana jika pasukan korang buat salah biarlah pengadil tak nampak atau pengadil bagi hukuman yg ringan sajer..tetapi mengikut nafsu korang juga sekiranya pihak lawan buat salah dan silap, korang jerit2 depan kaca TV bagitahu kat pengadil dan korang amat berharap agar pasukan lawan yg korang tak suka itu di hukum dengan hukuman yg berat!!!kad merah!!!!

13 tahun yg lalu, aku juga suka bermain bola sepak…jam 6 petang aku akan turun bermain kat padang hujung kampong, tapi permainan itu sungguh bosan dan bahaya kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan(boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halam surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yg berdekatan..apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak genster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang…selepas mendapat kecederaan lebih kurang..aku give-up..aku bosan bermain tanpa peraturan…permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yg main, oleh sebab aku bukan samseng atau alim...aku bermain permainan yg lebih selamat seperti bermain congkak, jongkat jongkit, batu seremban dan main bola di PS1..he he he, sungguh seronot bermain kerana ada peraturan..!!!

Malam karang, andaikan korang bangun jam 3 pagi dan tengok bola..yg takde peraturan, takde pengadil…bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan..ada gaduh-gaduh..darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,,ada yg berkain pelikat cap gajah duduk....best tak?!!!Huh!! Aku pun akan tutup TV mana mana game yg takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!!!!

(ingat Myteam menentang pasukan kebangsaan?)

Oleh yg demikian, hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan…

Dengan syarat,
KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..

Dewasa ini, ugama sudah jadi tak best lagi bila ummat ni sudah tidak faham dengan peraturan ugama...dan peraturan ugama ni, mestilah korang dan aku pergi cari sendiri pada guru2 yg mursyid...tak sama belajar ugama dari blog dengan berhadapan dengan guru..tak sama!!! ‘Feel’ dan kesan dia adalah lain.

Macam aku pernah cerita dulu, cuba korang baca cerita hantu yg bertajuk "Mayat Bangkit dari kubur” kat opis waktu kerja..ada korang rasa, takut? Ngeri?, tapi cerita yg sama jika di baca kat tepi mayat depan kubur waktu tengah malam jam satu pagi, diselangi dengan salakan anjing dan burung hantu..apa korang rasa? Takut bukan?..menggigil-gigil kepala lutut di buatnya…Begitu jugak belajar bab2 ugama ni, tak best jika setakat baca blog, baca buku, dengar lagu, atau tengok siaran lansung ehwal islam sambil kaki belunjur depan TV..macamana ugama nak jadi best?!!! Belajar ugamapun tak ikut peraturan!!!Korang kena belajar dengan penonton bola agaknya, macamana nak jadikan sesuatu tu best…

Kalau ada game bola, korang boleh tengok macam2 stail penonton, ada yg tengok kat rumah dalam tv, ada yg just nak tahu keputusan, ada yg just tengok berita, ada yg just baca surat kabar, ada yg tak pedulipun keputusan bola..tapi yg paling best, yg tengok bola kat stadium sambil jerit2, dan siap conteng muka lagi ha ha ha..itulah penonton yg paling best!...jadi kalau setakat belajar ugama dari blog/lagu/TV/dll terus nak jadi best…huh..korang kena banyak menangislah..(aku pun..)

Teringat aku kat mamat kalau nak main bola kat hujung kampung pun pakai jersey lengkap-aku kata, apa ke hal engkau pakai jersey lengkap ni..ni main suka2 sajer..sape yg pasukan dia dulu bolos, kena bukak baju..nanti jersey engkau pun kena bukak..dia kata :
"lantak engkauler..aku pakai macam nie, baru ada ‘feel’. Main bola!!!., "

Sebagai contoh, dalam peraturan menyelamatkan org yg lemas sungai macamana?
Eh ada org lemas..macamana nak buat ni?
Korang cakap: alah senang sajer..kita nyayi lagu yg bertajuk "bagaimana nak berenang"…he he he..tak sampai korus aku rasa si lemas tu dah mampos lemas dalam air…

Kemudian ada pulak org lain yg lemas…
Korang cakap: alah senang sajer , jika cara tadi tak berjaya....kita jemput pakar pencaramah pasal berenang, bagi ceramah kat tepi sungai nie…he he heh, mampos lagi sorang..

Kemudian sorang lagi lemas…Korang cakap: jika penceramah tadi gagal, kita kena angkat poster, tunjuk gambar bagaimana nak berenang… …he he heh, mampos lagi sorang..

Kemudian ada lagi yg lemas…Korang cakap: Kita campak buku bagaimana nak berenang kepada mereka…huh..!!!!

atau korang salahkan kerajaan..
Ini semua salah kerajaan ler nie, sebab kerajaan tak ajar rakyat berenang, tengok!! kan dah ramai yg lemas, jika tuan2 pilih saya jadi ketua, saya akan ajar korang berenang, ha ha ha...dah dah dah, jangan jadi bodoh dan bangang, nun kau nampak tak si mamat yg pandai berenang dah pergi terjun dalam air selamatkan si lemas tadi…itulah peraturan menyelamatkan ummat…bukannya guna otak atau baca buku terus jadi pandai keluarkan fatwa..cara ni sesuai, cara ni betul, cara Nabi dah tak releven , bla bla bla blaHHH…

Kita ni wakil Allah, khalifah Allah, apa kerja wakil Allah?, untuk ajak org yg jauh dari Allah kepada Allah, jadi cara atau peraturan nak ajak org pada allah adalah cara Nabi, jangan nak pandai2 buat pembaharuan atau bidaah…Cuba korang wakilkan aku suruh pinang siti Nurhaliza..korang sanggup bagi hantaran 7 dulang dan maskahwin RM 4000 ajer, sekali bila aku jumpa Siti aku ubah, jadi RM1000, aku ambik RM 3000 dan aku pulak ajak siti kahwin..korang marah tak???

TAU TAKPE...!

Jadi ingatlah korang semua termasuk aku, bahawa segala-galanya ada peraturan…
Nak bersetubuh kena kahwin,
Nak ambik barang org kena mintak izin,
Nak bukak akaun Bank kena isi borang,
Nak gosok gigi kena diam,
Nak berak kena menerang,
Nak anak kena pancut dalam,
Nak masuk neraka kena langgar perintah tuhan!!!
Itulah peraturan…

Satu org hamba Allah pernah tanya pada Nabi s.a.w.lebih kurang cam gini:“boleh tak saya nak berzina dan minum arak?”
Nabi SAW jawab lebih kurang maksud, dan Nabi bagi peraturan:
“boleh, dengan syarat engkau cari tuhan lain!!”
Org yg bodoh sajer yg tak paham jawapan Nabi lalu sanggup cari tuhan lain untuk berzina dan minum arak!!!

Ingat!!!, bahawa dunia ini adalah penjara org islam…best ke masuk penjara yg tiada peraturan..? malam2 kena liwat..esok kena jilat tahik..kena sepak-kena terajang, nak ke hidup macam tu?

Seorang non-muslim pernah bertanya:
“Nabi kamu bilang, dunia ni shurga org kapir, dan penjara org islam, tapi aku tengok ada org islam yg jadi Manager syarikat di ‘penjara’(dunia) ini, sedangkan aku hanya menjadi kuli di ‘shurga’ ku…”

Aku kata:
“Jika nak di bandingkan kehidupan seorang islam yg jadi raja pun dengan kehidupan seorang ahli shurga, atau jika ahli shurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja seperti org islam di dunia ini, maka pasti ahli shurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara…tak bebas, penuh dengan undang2. tak boleh minum arak, seks bebas (dalam shurga boleh minum arak dan seks bebas) tapi sekiranya seorang ahli neraka di beri kehidupan bekerja sebagai juruteknik sepertimu, maka ahli neraka akan menganggap kehidupanmu bagaikan shurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu….”oh...

Wahai org islam, jika macamana senangpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat shurga, sebenarnya korang tinggal dalam ‘penjara dunia’….tapi untung gak sebab dalam penjara ini masih ada peraturan2 yg best seperti kahwin, makan yg best2(yang halal sajelah) Cuma korang kena ikut peraturan Allah seperti jangan minum arak, zina dan lain-lain…(yang haram)Dan kamu wahai org bukan islam, macamana susahpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat neraka, korang sekarang sebenarnya hidup dalam ‘syurga dunia’, korang bebas di sini, nak minum arak, nak zina

Nota: bukan semua ugama yang menghalalkan perkara ini, ini hanya contoh-harap maklum!

Biasa org yg duduk dalam penjara, mereka tak komplen rezeki yg warden bagi dan mereka yakin dengan rezeki.kalau korang tengok polis tangkap org jahat(mereka berdosa kerana mereka berpeluang-jangan hina mereka), korang tengok mereka menangis, mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara.

Cuba korang tanya banduan “eh, korang nak makan apa dalam penjara nanti?” dia akan marah kat korang balik, jawab si banduan: ”polis tangkap aku, dialah kena sediakan makanan aku”, pendek kata tak pernahlah dalam sejarah mana2 banduan mengeluh pasal rezeki.Jadi aku nak kaborkat korang, bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka korang pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki korang semua! Jangan nak risau-risau, Allah yang hantar kita, Maka Allah jugalah yg sediakan rezeki kita..kena yakin…

Dunia ni untuk org kapir, jangan berebut dengan mereka, jangan ambik lebih dari keperluan hidup. , sebab itu hak mereka..bila korang ambik hak mereka, mereka menjadi org yg teriniayai..dan Allah akan segera membantu mereka yg terianya! kerana itulah dunia jadi macam hari nie...Allah dah tak bantu org islam yg merampas hak org kapir!!!..oh..

Lagi satu dalam penjara dunia ini ada peraturan..asrama pun ada peraturan.., takkan penjara takde..Dalam penjara, tak boleh sesuka hati nak tidur, nak lepak, nak main bola, nak tengok TV, nak bergurau antara pusat dan lutut, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, basuh baju, dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut peraturan, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nanti!!!!-so, dalam penjara dunia ini, selamilah peraturan ugama dan amalkanlah...(aku dah penat membebel macam mak nenek)

Dan akhir sekali (aku dah cerita dulu, tapi takpe cerita ugama di ulang-ulang) org yg duduk dalam penjara , mereka rindukan dunia luar. Kalau korang tengok para-para banduan mereka selalu rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara…mereka selalu bercerita tentang dunia luar penjara. Kadang2 mereka menangis bila rindukan dunia luar mereka.

Mmmmmmmmmmmmm

Jadi aku dan korang semua, kita duduk dalam penjara dunia ni kenalah rindu hari akhirat sana, kena selalu cerita hari akhirat sana, kena buat persedian untuk keluar dari penjara dunia ini…kena hintung masa yang telah berlalu kerana;Hari ini semakin sempit untuk kita buat usaha masukkan diri dalam shurga dan semakin sempit masa untuk buatkan usaha selamatkan diri dari penjara yang sebenar-benarnya(Neraka) -pesan kat diri sendiri.

Hari ni org takut cerita pasal mati...setahu aku, yg jahil ini..hanya org kapir dengan org takde tuhan jer yg takut mati...no komen. apa, apapun, Apa yg berlaku seperti Jerman kalah, atau perisriwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita semakin ke depan…langkahan kaki kita adalah langkahan maut..menuju tempat menjadi mayat…

Yang pastinya.. kat dunia ni takde warden yg pastikan korang ikut peraturan Allah, yg ada hanya IMAN. Imanlah warden kita..Warden kat dunia ada gaji yg khas..tapi untuk ‘Warden’ iman kita tu nanti, akan dapat ‘gaji’(ganjaran) kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik….inshaAllah……

Ps: Kepada semua banduan…menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”….lebih sedih jika menuju ke neraka!!!

Jul 2, 2006

Anda Tercekik Tulang?

(petua tercekik tulang-sebuah kisah benar)

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)

kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..

(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..

kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!

he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

(supermanpun akan jadi mayat)