Jan 31, 2020

Virus setiap 100 tahun?

(tanya sama abang keretamayat)


Komen pembaca:

Tahu tak abang mayat?, ada kospirasi big farma yang kawal semua virus ni dan akan lepaskan setiap 100 tahun pada tahun ke 20, maka tahun ni virus Karona dilepaskan.

Smallpox ~ 1520
Leptospirosis ~ 1620
Wabak Besar Marseille ~ 1720
Penyakit Miasmatik ~ 1820
Spanish Flu ~1920
Koronavirus ~ 2020

Apa pendapat abang mayat?

Jawapan:

Baru baca page Najib Razak tadi, Kata bekas PM tu, Wabak SARS yang merebak di antara Nov 2002 hingga Julai 2003 berjumlah 8,098 kes di seluruh dunia.
Jadi kenapa SARS 2003 aka selsema babi tiada dalam senarai di atas?

H1N1 aka selsema burung 2009 letak kat mana?

Black Plague 1347, Koléra 1900, Influenza 1890, Asian Flu 1956-1958, Sixth Cholera Pandemic 1910, Black death 1346-1353, Great Plague of Milan 1629-1631dan banyak lagi kenapa tak petik? Sebab tak berlaku tahun 20?

Adohai.., Waktu macam ni tak payahlah nak karang cerita teori konspirasi sebab cerita macam tu semua orang bodoh boleh tulis.

Lagipun zaman sekarang tulis cerita palsu boleh kena tangkap tau!

Cerita palsu ni macam cerita dongeng.

Dulu ia berbunyi begini:

“Pada zaman dahulu….”

Sekarang dia berbunyi begini..

“Jika saya menang pilihan raya, (sambung sendiri)”

Woha


Jan 30, 2020

Tetamu dan Filem paling Murung?

Satu hari bini saya cakap, nak tontonlah filem lakonan Jennifer Lawrence yang jadi isteri penulis tu?, nak tengok ketabahan isteri melayan tetamu hingga suami jadi penulis terkenal, apa tajuk filem dia bang?

Alamak?


Filem ni sebenarnya tak sesuai lagi lagi jenis introvert macam bini saya, nanti boleh kena panik dan kemurungan! 

******

Al kisahnya..

Salah satu nikmat hidup adalah bila ada orang datang ziarah kita bertanya kabar, orang sudi singgah rumah kita, orang sudi makan rumah kita, tidur dan lepak.

Tapi dengan syarat kita suka orang tu dan mereka pun suka dengan kita.

Tambah satu lagi syarat, bini kita pun suka tetamu datang rumah sebab jika bini tak bagi kerjasama, tetamu pun rasa serba salah nak lepak rumah kita lama-lama.

Untuk itu saya selalu pesan pada bini, maaf jika tetamu abang akan sedikit susahkan awak, tolong layan elok-elok. Sebelum nak mengeluh, fahamilah, abang memang suka layan tetamu terpilih, dan bila layan tetamu kadang otak abang akan lebih terbuka luas hingga bila abang nak menulis nanti, idea datang mencurah curah.

Betul, sebagai penulis kadang kita terkena sindrom writers block, takde idea nak menulis, sekali tetamu datang tukar suasana rumah kita, bila mereka balik, idea terus datang mencurah curah, sungguh betul kata Nabi, tetamu datang bawa rezeki, bawa rahmat, menjauhkan bala, menyukakan Allah.

Bercerita tentang tetamu bawa idea kepada penulis, maka saya kongsi satu cerita dengan bini, satu filem lakonan Jennifer Lawrence sebagai isteri yang tak suka dengan tetamu suaminya, suaminya penulis yang takde idea tapi bila datang tetamu lelaki, sakan suaminya berborak, lepas tu datang pulak tetamu bini, merayau dalam rumah, dan cuba nak curi permata, bini penulis jadi stress, lepas tu datang pulak dua anak lelaki tetamu bergaduh dalam rumah, sampai salah sorang mati.

Bini stress, suruh suami jangan jemput lagi tetamu, lepas semua dah balik, suami dapat idea menulis, lepas tu mereka berjimak dan isteri mengandung, bila tahu isteri mengandung, suami lagi banyak idea nak menulis, akhirnya buku yang di tulis pula laku keras hingga ramai peminat datang nak tanda tangan.

Jadi itu yang saya cakap kat isteri, biarlah tetamu yang abang suka datang sini, makan sini, lepak sini, tidur sini dua tiga hari, biarkan mereka sebab mereka datang bawak rahmat, bawak keluar dosa kita, bawak masuk pahala, dan amalan melayan tetamu nanti akan kita teruskan di syurga.

Bini dah lama redha dan setuju, sebab saya bukan biarkan dia buat kerja rumah sorang sorang, saya akan tolong sama sama masak, sama sama kemas rumah, sama sama layan tetamu. Jika tetamu tu datang mengejut, saya akan segera bungkuskan makanan dari restoran berdekatan, jadi bini hanya perlu hidang dan buat air sahaja.

Bulan berganti tahun berganti, rumah kami memang meriah dengan kehadiran tetamu, anak anak pun suka sebab mereka dapat kawan baru dan pengalaman baru, Alhamdulillah.

Satu hari bini saya cakap, nak tontonlah filem lakonan Jennifer Lawrence yang jadi isteri penulis tu?, nak tengok ketabahan isteri melayan tetamu hingga suami jadi penulis terkenal, apa tajuk filem dia bang?

Alamak?

Filem ni sebenarnya tak sesuai lagi lagi jenis introvert macam bini saya, nanti boleh kena panik dan kemurungan! Sebab ending filem ini boleh buat orang murung jika tak faham cerita!
Setelah diterangkan segala risiko, Maka bini pun tonton jugak filem ni dan akhirnya bini cakap..

“Tengok bang, bahaya jika terima tetamu yang salah! Kesian perempuan tu last last mati bunuh diri!”

Betul, sebab tu abang cakap, tetamu yang betul akan bawa rahmat, tetamu yang salah akan bawa bala!

Jadi pesanan kepada kita semua, jika korang menjadi tetamu, janganlah menjadi tetamu yang salah.
Bagi mereka yang belum menonton, risau korang akan kemurungan lepas tonton filem itu, maka saya bagitahu spoiler siap siap.

Alkisahnya bila buku penulis tu laris, rumah mereka di datangi oleh ramai lagi tetamu sebab semua nak berkenalan dengan penulis dan nak tengok anak penulis, punyalah ramai sampai ada yang berkemah luar rumah dan ada yang menceroboh masuk walau tidak di undang.

Waktu bini dia lahirkan anak, orang ramai serbu masuk dan berebut nak pegang anak sampai patah kepala bayi, putus tangan dan kaki bayi, dan peminat penulis yang taksub, beramai ramai telah makan anak penulis tu.

Ngeri tak? Itu yang buatkan si isteri penulis akhrnya bunuh diri dengan meletupkan rumah bersama semua tetamu.

Ambik kau!

Murung sekejap lepas menonton, dan bila korang fikir balik kaitan filem ini dengan dunia, rupanya mereka buat filem ini sebagai analogi agama Kristian!

Penulis tu adalah ‘Tuhan’, isteri penulis adalah Mother Nature, tetamu pertama adalah ‘Adam’, isteri tetamu adalah ‘hawa’ yang merayau makan buang larangan (dalam filem ini mencuri permata) anak tetamu yang bergaduh pula adalah ‘Qabil’ dah ‘Habil’, buku karangan pula adalah ‘Bible’, peminat pula adalah manusia, dan anak Mother adalah Jesus, dan Jesus akhirnya mati di tangan manusia, lalu Mother of Nature kiamatkan dunia!

Terkejut Puan bini tengok filem tu, tapi sebab saya ada sebelah, maka semuanya terkawal, lepas tu ada tetamu nak datang rumah kami dan kami layan macam biasa. Hidup di teruskan, dan selamat datang wahai tetamu, dan janji Allah, siapa yang layan tetamu dengan baik, maka Allah akan layan kita sebagai tetamu Allah dengan penuh kebaikkan di syurga.

Sekian cerita saya, isteri dan tetamu, semoga kita Berjaya menjadi tetamu Allah di Syurga.

Ps: Di tulis selepas tetamu balik rumah. Woha!

Jan 22, 2020

Tahlil bukan Haram?


(Menjawab dalil Wahabi kononnya Iman Syafee mengharamkan Tahlil part 1)

Setakat ini ada 5 dalil petikan dari wahabi yang macam mereka salah tafsir dari kitab I’anah at-Thalibin kononnya Imam Syafee mengharamkan Tahlil. Ini banyak dicantumkan di media social milik mereka seperti Facebook, Blog, Youtube dan dikutip oleh sesama mereka secara membabi buta tanpa ilmu.

1. Dalil pertama

“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)

Jawapan.

Petikan di atas, bermula dengan Ya, (naam) bermakna ada soalan Panjang dan jawapan, soalan tu memang panjang tapi point dalam soalan itu adalah, di zaman itu, bila ada kematian, orang ramai datang dan MENUNGGU tuan rumah bagi makan kepada tetamu yang ziarah mayat dan tuan rumah kerana MALU telah hidang makanan yang banyak sedangkan urusan mayat belum selesai.
Jadi jawapan atas pun muncul sebab logiklah, hidang makanan sebab malu dan hidang pulak dengan hidangan yang banyak, urusan mayat pun belum selesai, memang dapat pahala orang yang mencegahnya.

Jadi balik kepada Tahlil di Malaysia, di buat selepas mayat di tanam, lepas tu tuan rumah yang jemput, dan ajak tetamu berzikir, berdoa, baca Al quran, dan makan, jadi tak timbul rasa beban dan malu, malahan tuan rumah akan malu bila ajak orang tapi orang tak datang atau datang tapi tak makan.

Dalam bab tetamu pulak, kita yang ajak, kita kena hidang makanan, dan kita akan dapat pahala layan tetamu, dan tetamu akan dapat pahala ziarah kita. Dan bila baca zikir dan doa bertambahlah lagi pahala.

Pengalaman saya sendiri, kematian arwah ayah, ramai yang hadir ziarah ayah dan cium dahi, orang kampung tolong gali kubur, urus jenazah semua, dan ramai yang datang hulur duit hingga cecah RM3 ribu, maka urusan mayat semuanya selesai, dan tiada orang tunggu nak makan, dan tiada jamuan makan pada hari uruskan mayat itu, selesai mayat dikebumikan, baru saya ajak orang kampung datang bertahlil selama tiga hari, dan hidang makanan kepada tetamu yang hadir, duit baki itu kami sedekah kepada masjid atas nama arwah ayah.

Jadi, adakah tahlil zaman ini sama dengan amalan dalam soalan itu, jawapanya tak sama, maka bila tak sama tak boleh ambik jawapan yang lain kepada soalan yang lain.

Soalan yang betul,

Salah ke? Lepas dah tanam mayat semua, keluarga yang masih bersedih buat majlis tahlil, ajak orang kampung hadir dan keluarga rasa kurang dukacita bila ramai yang hadir baca zikir, dan doa untuk arwah, dan dengan tanpa ada rasa apa apa beban, keluarga itupun hidang makanan kepada tetamu. Waktu makan, ada antara tetamu memuji kebaikkan arwah dan bercakap perkara yang baik tentang arwah hingga keluarga rasa bersyukur untuk arwah dan hilang duka cita.

Jadi jika jawapan begitu yang di tanya pada Imam Syafiie, InsyaAllah tak adalah nak jawab: Ini Bidaah Munkarah! 

Oleh kerana Imam Syafie telah tiada, InsyaAllah anak murid Imam sayafie dan guru guru serta ustaz yang faham fekah akan jawab, ini adalah biadaah yang baik, bidaah hasanah.

Jadi betul lah tahlil itu bidaah?

Ya bidaah hasanah, tak buat tak apa, jika buat tanpa ada dosa di dalamnya maka dapatlah pahala.

Habis satu dalil wahabi dipatahkan, ada empat lagi, tunggu…

Jan 20, 2020

Kerana Dia Anak Syurga?

(Buku kisah anak saya seorang OKU autisme)


untuk order, whatsapp: 0199117163

Autisme.. kau datang tidak ku jemput.
Masuk rumahku tanpa sedar hinggalah guru tadika perasan kehadiranmu.
Dan doktor sahkan kau ada dirumahku.
Mula mula aku terkejut, apatah lagi bila baca banyak kisah buruk tentangmu.
Tapi aku sangka baik, engkau makhluk Tuhan yang diciptakan, dan dalam ciptaan Tuhan pasti akan ada hikmah.
Lalu akupun membuka hatiku padamu, aku pelajari sifatmu, aku fahami tindakkan mu, dan aku menerimamu sepenuhnya.
Rupanya bukan semua cerita buruk tentangmu, banyak kisah positif yang aku baru tahu tentangmu.
Apa apapun, Kini engkau telah menjadi sebahagian dari hidupku.
Darimu aku kenal parent lain yang sangat baik membantuku walau tidak pernah bersua muka.
Darimu aku kenal dunia baru. Darimu aku belajar Bahasa Tuhan.
Terima kasih autisme kerana sudi berkenalan denganku melalui anakku dan menjadikannya anak syurga.
Dan kepada anak syurgaku, bawalah ayah terbang bersamamu di syurga.
Woha!

Jan 17, 2020

Rezeki terakhir Ayah?

Sesungguhnya, semua ayah ada rezeki terakhir, dan apakah rezeki terkakhir ayah anda? di sini saya kongsikan rezeki terakhir ayah dalam bentuk video sebagai panduan kita bersama. Selamat menonton dan Al Fatihah.

 https://youtu.be/bKU9UCIHKVQ


 

Rezeki terakhir arwah ayah.

Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.

Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja.

Tapi rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid.

Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah.

Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.

Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir.

Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.

Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.

Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.

Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini.

Ayah, mekar rindu dari jauh. Balik kampung tak akan pernah sama lagi...

Sob..sob..

Ps: Mekar adalah nama manja saya yang arwah ayah berikan waktu kecik dan melekat sampai sekarang. Dan cintaku pada arwah ayah dan ibu, sentiasa mekar. Woha!

Jan 13, 2020

Lagu dari Arwah?

(Andai Esok Aku Menjadi tanah…)

Tadi saya baca facebook kawan saya katanya isteri tercinta meninggal tahun lepas, dan dia menulis kat facebook katanya hari ni dia menyesal sangat sebab banyak masa dia tak habiskan dengan isterinya, katanya jika isterinya hidup, dia nak pegang tangan waktu berjalan, nak bawa makan tempat best, nak teman isteri tengok wayang, nak masak best best, dan nak menyanyi lagu cinta sebagai kenangan. (ini saya tambah)

Maka sayapun terilham nak rakam video ini, sebuah lagu tentang pelajaran sains orang melayu zaman dulu.

Apa? Belajar sains macam orang zaman dulu? Al kisahnya orang melayu bila bercinta suka bertanya soalan sains untuk menguji tahap IQ pasangan kekasih.

Seperti: Dinda.., jika Kanda menjadi Rembulan, Dinda jadi apa? Jika Kekasih kita jawab nak jadi matahari salah lah sebab bulan dan matahari tak dapat bertemu, nampak sangat nafsu sedang kuasai diri sampai lupa nak berfikir secara waras, maka tipnya nak jawan seolan kekasih, kenalah jadi makhluk yang dekat dengan bulan dan ada manfaat pada bulan, jangan jadi burung pungguk rindukan bulan, tapi jadilah bintang atau lebih puitis dan berilmiah, menjadi Kejora sampai pagi nanti. Chewah.

Baik, jika Kanda jadi burung? Dinda nak jadi apa? Jangan jawab nak jadi sayap,, sebab burung dah ada sayap, dan nampak sangat macam adinda ni malas tak mampu nak gerakkan sayap dan konon nak sayap lagi, jadilah sesuatu yang bermanfaat kepada burung seperti angin, atau lebih puitis dan berilmiah, menjadi Sang Bayu.., Perghhh!

Jika Kanda jadi Pelangi? Jadilah awan… pandai!

Ok last: Jika Kanda menjadi Tanah? Dinda nak jadi apa? Ingat! Jadilah sesuatu yang bermanfaat kepada perumpaan yang di berikan.

Hintnya, Nabi ada bagitahu, pokok atas kubur, zikir pokok itu memberi manfaat kepada mayat yang jadi tanah.

Arghhh, susah sangat nak cari jawapan, korang tonton video ini dan sila sedekahkan Al fatihah dari jauh.

Woha!

Link video beserta jawapan yang mengejutkan:

https://youtu.be/lGM1D8b-NkI




Jan 7, 2020

Bahaya FB bagi 'wanita'...?

(Bahaya belajar agama dari ruang komen FB, berat untuk saya maafkan semua orang yang mengata dan menfitnah saya tapi di hujung artikel ini saya akan maafkan dengan syarat yang ringan sahaja.)

Sebelum itu, ini ada saya print screen sikit kata kata fitnah yang menimpa saya, semoga Allah ampunkan dosa mereka. Saya juga nak maafkan tapi dengan sedikit syarat.

Kisahnya begini, saya tulis blog dari tahun 2006, dan ada artikel saya nasihat khas pada isteri bertajuk "Rumahku Syurgaku" dan ada jugak tajuk nasihat khas untuk suami bertajuk "Rumahku Nerakaku"

Boleh cari di blog, boleh baca semua komen, semuanya murni murni, semua setuju dan ucap terima kasih, maka pendek cerita, saya masukkan kisah ini dalam buku.

Empat belas tahun kemudian, awal tahun baru 2020, di bulan January, ada orang copy paste sedikit petikan buku tersebut bab nasihat suami kepada isteri yang bahasanya agak tinggi, budak budak baru nak up memang tak faham.

Macam wahabi tak faham bab bidaah hasanah, atau si munafik yang tak faham bab tasauf, lalu saya tulis tema:"Isteri kena berkhidmat kepada suami" lepas tu letak hadis sikit kelebihan isteri berkhidmat dapat pahala dan macam-macam.

Tapi bila buka ruang komen, semua melenting! ada yang cakap salah guna perkataan berkhidmat, sebab khidmat itu kerja! kena bayar gaji, dalam islam tak ada perkataan khidmat kepada suami, biar betik?

Lepas tu ada yang tak baca habis dan pening lalu melenting, siap tuduh saya tulis ni supaya isteri mati kepenatan dan ajar orang jadikan isteri hamba abdi. Jika jumpa ular nak pukul saya dan gantung dipokok petai.

Puan puan sekalian, Saya dah 18 tahun kahwin, isteri saya belum mati kepenatan lagi. Elok ada sebelah saya ni hah sambil habiskan debit saya bershooping di Shopee.

Asal dia bahagia, saya pun bahagia.

Ada yang tuduh saya ni bujang tapi sedang mencari jenis isteri belajar tinggi lepas tu nak kurung bini terperap dalam rumah jadi hamba.

Mungkin betul jika tuduh saya tak KAHWIN LAGI! tapi kan, sebenarnya saya belum kahwin lagi sebab perkahwinan pertama saya ini sangat membahagiakan saya, malahan saya banyak membantu pasangan yang nak bercerai berbaik semula (kisahnya ada dalam blog dan buku)

Bab kurung bini jadi hamba?

Tuan puan, isteri saya belajar IPTA juga, dan dari hari pertama kahwin sampai sekarang anak lima dia masih bekerja, saya tak pernah halang isteri bekerja. Dia ada rumah dan kereta sendiri, tapi saya ajak dia duduk rumah saya dan guna kereta saya. Berdosanya fitnah orang macam tu...

Paling kelakar, bila tuduh salah guna perkataan BERKHIDMAT? apa ke hal ni dik?, bahasa malaysia jer pun, rujuk hadis kisah Fatimah berkhidmat pada Saidina Ali, atau hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abi Mulaikah yang maksudnya, “Sesungguhnya Asma’ telah berkata: “Aku memberikan khidmat kepada Az-Zubair dalam urusan rumahtangga." Lepas tu jika belajar agama ibadat itu terbahagi kepada dakwah, taklim, ibadat dan khidmat.

Jadi apa salahnya guna perkataan khidmat?, suruh isteri khidmat pun nak marah dah kenapa?

Korang takut ke jika kena berhidmat? padahal kisah asal nasihat itu dalam buku saya adalah kepada mereka yang sudah taat suami sehabis baik tapi masih ada rasa berat dalam hati, maka saya cerita tentang seni berkhidmat kepada suami guna bahasa yang perempuan cerdik dan open mind jer boleh faham, jenis fikiran tertutup dan baca sikit dah pening janganlah komen sebelum baca, pergilah baca buku asal dengan perlahan lahan dalam keadaan berwudhu dan bertenang.

Tapi korang bukan nak baca buku tu sampai habis, korang terus maki hamun, padahal dalam bab seterusnya saya nasihat panjang berjela kepada kaum suami, suruh suami tolong basuh pinggang mangkuk, tolong ajar agama melalui amalan taklim, bawak bini makan kat luar, bawak melancong, pujuk mertua, belajar main gitar, ajak bini tengok wayang dan banyak lagilah, tapi korang bangang, sebab dah jelas si copy paste tu tulis (dipetik dari buku Hamka keretamayat) maka korang sebelum nak marah sebab saya konon tak nasihat lelaki pergilah beli buku dan baca. Separuh dalam buku tu nasihat tentang lelaki tau?.

Cuba baca Bab suami yang lupa, pasti korang akan bercuruan air mata terkenang kesusahan suami yang terpaksa tanggung dosa kaum perempuan tapi buat buat lupa.

Lepas tu jika nak komen di FB, ikutlah ajaran islam:

Rujuk surah al hujarat ayat 6. Allah suruh siasat bila datang berita yang korang tak puas hati.., tapi itulah bila komen, baca tak habis tapi sibuk nak maki, nak kutuk.

Patutlah baru baru ni bila melintas di wall video maharajalawak tema trending, kumpulan putih pilih tema perempuan tak takut suami sebagai trending, semua penonton gelak, dan bila fikir balik, tulisan saya zaman 2006 dahulu rupanya tak sesuai langsung jika di baca oleh perempuan yang jenis nak jadikan suami sama bodoh macam dia.

Apa apapun,

Saya nak ucap Alhamdulullah, sebab 2006 tulis, masuk 2020 baru ada orang nak kutuk, tapi yang kutuk tu tak beranipun nak pm beli buku nak baca semua, tapi mengaku pening dan malas nak baca habis, tapi melenting macam dah khatam semua ilmu agama.

Senang cerita beginilah, siapa tuduh saya menyeksa isteri, tuduh saya lelaki bujang yang ajar ajaran sesat, korang pergilah beli malajah keluarga terbitan Jan 2020, akan ada gambar isteri saya sedang tersenyum bahagia memeluk saya.

Ada artike panas panas kisah kebahagian rumah tangga kami yang tercetak dalam majalah itu, ada jual kat seven E, pergilah beli!

Lepas tu tengok wajah saya tu dalam-dalam, saya ni jenis orang yang seksa bini ke? tengok juga wajah isteri saya, ada muka sedih macam korang tak? dan jika betul-betul korang nak kenal saya, jangan baca hanya petikan copy paste itu, tapi jemput baca semua buku saya, ada 13 tajuk,. tak ada satu bab pun saya suruh seksa isteri..

Tapi korang lebih suka menfitnah dan mengkeji, saya halalkan semua kata kata nista dengan syarat korang beli buku saya.

Woha!