Satu hari bini saya cakap, nak tontonlah filem lakonan
Jennifer Lawrence yang jadi isteri penulis tu?, nak tengok ketabahan isteri melayan tetamu hingga suami jadi penulis terkenal, apa tajuk filem dia bang?
Alamak?
Filem ni sebenarnya tak sesuai lagi lagi jenis introvert macam bini saya, nanti boleh kena panik dan kemurungan!
******
Al kisahnya..
Salah satu nikmat hidup adalah bila ada orang datang ziarah
kita bertanya kabar, orang sudi singgah rumah kita, orang sudi makan rumah
kita, tidur dan lepak.
Tapi dengan syarat kita suka orang tu dan mereka pun suka dengan
kita.
Tambah satu lagi syarat, bini kita pun suka tetamu datang
rumah sebab jika bini tak bagi kerjasama, tetamu pun rasa serba salah nak lepak
rumah kita lama-lama.
Untuk itu saya selalu pesan pada bini, maaf jika tetamu
abang akan sedikit susahkan awak, tolong layan elok-elok. Sebelum nak mengeluh,
fahamilah, abang memang suka layan tetamu terpilih, dan bila layan tetamu
kadang otak abang akan lebih terbuka luas hingga bila abang nak menulis nanti,
idea datang mencurah curah.
Betul, sebagai penulis kadang kita terkena sindrom writers
block, takde idea nak menulis, sekali tetamu datang tukar suasana rumah kita,
bila mereka balik, idea terus datang mencurah curah, sungguh betul kata Nabi,
tetamu datang bawa rezeki, bawa rahmat, menjauhkan bala, menyukakan Allah.
Bercerita tentang tetamu bawa idea kepada penulis, maka saya
kongsi satu cerita dengan bini, satu filem lakonan
Jennifer Lawrence sebagai
isteri yang tak suka dengan tetamu suaminya, suaminya penulis yang takde idea
tapi bila datang tetamu lelaki, sakan suaminya berborak, lepas tu datang pulak
tetamu bini, merayau dalam rumah, dan cuba nak curi permata, bini penulis jadi
stress, lepas tu datang pulak dua anak lelaki tetamu bergaduh dalam rumah,
sampai salah sorang mati.
Bini stress, suruh suami jangan jemput lagi tetamu, lepas
semua dah balik, suami dapat idea menulis, lepas tu mereka berjimak dan isteri
mengandung, bila tahu isteri mengandung, suami lagi banyak idea nak menulis,
akhirnya buku yang di tulis pula laku keras hingga ramai peminat datang nak
tanda tangan.
Jadi itu yang saya cakap kat isteri, biarlah tetamu yang
abang suka datang sini, makan sini, lepak sini, tidur sini dua tiga hari, biarkan
mereka sebab mereka datang bawak rahmat, bawak keluar dosa kita, bawak masuk
pahala, dan amalan melayan tetamu nanti akan kita teruskan di syurga.
Bini dah lama redha dan setuju, sebab saya bukan biarkan dia
buat kerja rumah sorang sorang, saya akan tolong sama sama masak, sama sama
kemas rumah, sama sama layan tetamu. Jika tetamu tu datang mengejut, saya akan
segera bungkuskan makanan dari restoran berdekatan, jadi bini hanya perlu
hidang dan buat air sahaja.
Bulan berganti tahun berganti, rumah kami memang meriah dengan
kehadiran tetamu, anak anak pun suka sebab mereka dapat kawan baru dan
pengalaman baru, Alhamdulillah.
Satu hari bini saya cakap, nak tontonlah filem lakonan
Jennifer Lawrence yang
jadi isteri penulis tu?, nak tengok ketabahan isteri melayan tetamu hingga
suami jadi penulis terkenal, apa tajuk filem dia bang?
Alamak?
Filem ni sebenarnya tak sesuai lagi lagi jenis introvert
macam bini saya, nanti boleh kena panik dan kemurungan! Sebab ending filem ini boleh
buat orang murung jika tak faham cerita!
Setelah diterangkan segala risiko, Maka bini pun tonton jugak
filem ni dan akhirnya bini cakap..
“Tengok bang, bahaya jika terima tetamu yang salah! Kesian perempuan
tu last last mati bunuh diri!”
Betul, sebab tu abang cakap, tetamu yang betul akan bawa
rahmat, tetamu yang salah akan bawa bala!
Jadi pesanan kepada kita semua, jika korang menjadi tetamu,
janganlah menjadi tetamu yang salah.
Bagi mereka yang belum menonton, risau korang akan
kemurungan lepas tonton filem itu, maka saya bagitahu spoiler siap siap.
Alkisahnya bila buku penulis tu laris, rumah mereka di
datangi oleh ramai lagi tetamu sebab semua nak berkenalan dengan penulis dan
nak tengok anak penulis, punyalah ramai sampai ada yang berkemah luar rumah dan
ada yang menceroboh masuk walau tidak di undang.
Waktu bini dia lahirkan anak, orang ramai serbu masuk dan berebut
nak pegang anak sampai patah kepala bayi, putus tangan dan kaki bayi, dan peminat
penulis yang taksub, beramai ramai telah makan anak penulis tu.
Ngeri tak? Itu yang buatkan si isteri penulis akhrnya bunuh
diri dengan meletupkan rumah bersama semua tetamu.
Ambik kau!
Murung sekejap lepas menonton, dan bila korang fikir balik
kaitan filem ini dengan dunia, rupanya mereka buat filem ini sebagai analogi
agama Kristian!
Penulis tu adalah ‘Tuhan’, isteri penulis adalah Mother
Nature, tetamu pertama adalah ‘Adam’, isteri tetamu adalah ‘hawa’ yang merayau
makan buang larangan (dalam filem ini mencuri permata) anak tetamu yang
bergaduh pula adalah ‘Qabil’ dah ‘Habil’, buku karangan pula adalah ‘Bible’,
peminat pula adalah manusia, dan anak Mother adalah Jesus, dan Jesus akhirnya
mati di tangan manusia, lalu Mother of Nature kiamatkan dunia!
Terkejut Puan bini tengok filem tu, tapi sebab saya ada
sebelah, maka semuanya terkawal, lepas tu ada tetamu nak datang rumah kami dan
kami layan macam biasa. Hidup di teruskan, dan selamat datang wahai tetamu, dan
janji Allah, siapa yang layan tetamu dengan baik, maka Allah akan layan kita
sebagai tetamu Allah dengan penuh kebaikkan di syurga.
Sekian cerita saya, isteri dan tetamu, semoga kita Berjaya menjadi
tetamu Allah di Syurga.
Ps: Di tulis selepas tetamu balik rumah. Woha!