Jan 30, 2020

Tetamu dan Filem paling Murung?

Satu hari bini saya cakap, nak tontonlah filem lakonan Jennifer Lawrence yang jadi isteri penulis tu?, nak tengok ketabahan isteri melayan tetamu hingga suami jadi penulis terkenal, apa tajuk filem dia bang?

Alamak?


Filem ni sebenarnya tak sesuai lagi lagi jenis introvert macam bini saya, nanti boleh kena panik dan kemurungan! 

******

Al kisahnya..

Salah satu nikmat hidup adalah bila ada orang datang ziarah kita bertanya kabar, orang sudi singgah rumah kita, orang sudi makan rumah kita, tidur dan lepak.

Tapi dengan syarat kita suka orang tu dan mereka pun suka dengan kita.

Tambah satu lagi syarat, bini kita pun suka tetamu datang rumah sebab jika bini tak bagi kerjasama, tetamu pun rasa serba salah nak lepak rumah kita lama-lama.

Untuk itu saya selalu pesan pada bini, maaf jika tetamu abang akan sedikit susahkan awak, tolong layan elok-elok. Sebelum nak mengeluh, fahamilah, abang memang suka layan tetamu terpilih, dan bila layan tetamu kadang otak abang akan lebih terbuka luas hingga bila abang nak menulis nanti, idea datang mencurah curah.

Betul, sebagai penulis kadang kita terkena sindrom writers block, takde idea nak menulis, sekali tetamu datang tukar suasana rumah kita, bila mereka balik, idea terus datang mencurah curah, sungguh betul kata Nabi, tetamu datang bawa rezeki, bawa rahmat, menjauhkan bala, menyukakan Allah.

Bercerita tentang tetamu bawa idea kepada penulis, maka saya kongsi satu cerita dengan bini, satu filem lakonan Jennifer Lawrence sebagai isteri yang tak suka dengan tetamu suaminya, suaminya penulis yang takde idea tapi bila datang tetamu lelaki, sakan suaminya berborak, lepas tu datang pulak tetamu bini, merayau dalam rumah, dan cuba nak curi permata, bini penulis jadi stress, lepas tu datang pulak dua anak lelaki tetamu bergaduh dalam rumah, sampai salah sorang mati.

Bini stress, suruh suami jangan jemput lagi tetamu, lepas semua dah balik, suami dapat idea menulis, lepas tu mereka berjimak dan isteri mengandung, bila tahu isteri mengandung, suami lagi banyak idea nak menulis, akhirnya buku yang di tulis pula laku keras hingga ramai peminat datang nak tanda tangan.

Jadi itu yang saya cakap kat isteri, biarlah tetamu yang abang suka datang sini, makan sini, lepak sini, tidur sini dua tiga hari, biarkan mereka sebab mereka datang bawak rahmat, bawak keluar dosa kita, bawak masuk pahala, dan amalan melayan tetamu nanti akan kita teruskan di syurga.

Bini dah lama redha dan setuju, sebab saya bukan biarkan dia buat kerja rumah sorang sorang, saya akan tolong sama sama masak, sama sama kemas rumah, sama sama layan tetamu. Jika tetamu tu datang mengejut, saya akan segera bungkuskan makanan dari restoran berdekatan, jadi bini hanya perlu hidang dan buat air sahaja.

Bulan berganti tahun berganti, rumah kami memang meriah dengan kehadiran tetamu, anak anak pun suka sebab mereka dapat kawan baru dan pengalaman baru, Alhamdulillah.

Satu hari bini saya cakap, nak tontonlah filem lakonan Jennifer Lawrence yang jadi isteri penulis tu?, nak tengok ketabahan isteri melayan tetamu hingga suami jadi penulis terkenal, apa tajuk filem dia bang?

Alamak?

Filem ni sebenarnya tak sesuai lagi lagi jenis introvert macam bini saya, nanti boleh kena panik dan kemurungan! Sebab ending filem ini boleh buat orang murung jika tak faham cerita!
Setelah diterangkan segala risiko, Maka bini pun tonton jugak filem ni dan akhirnya bini cakap..

“Tengok bang, bahaya jika terima tetamu yang salah! Kesian perempuan tu last last mati bunuh diri!”

Betul, sebab tu abang cakap, tetamu yang betul akan bawa rahmat, tetamu yang salah akan bawa bala!

Jadi pesanan kepada kita semua, jika korang menjadi tetamu, janganlah menjadi tetamu yang salah.
Bagi mereka yang belum menonton, risau korang akan kemurungan lepas tonton filem itu, maka saya bagitahu spoiler siap siap.

Alkisahnya bila buku penulis tu laris, rumah mereka di datangi oleh ramai lagi tetamu sebab semua nak berkenalan dengan penulis dan nak tengok anak penulis, punyalah ramai sampai ada yang berkemah luar rumah dan ada yang menceroboh masuk walau tidak di undang.

Waktu bini dia lahirkan anak, orang ramai serbu masuk dan berebut nak pegang anak sampai patah kepala bayi, putus tangan dan kaki bayi, dan peminat penulis yang taksub, beramai ramai telah makan anak penulis tu.

Ngeri tak? Itu yang buatkan si isteri penulis akhrnya bunuh diri dengan meletupkan rumah bersama semua tetamu.

Ambik kau!

Murung sekejap lepas menonton, dan bila korang fikir balik kaitan filem ini dengan dunia, rupanya mereka buat filem ini sebagai analogi agama Kristian!

Penulis tu adalah ‘Tuhan’, isteri penulis adalah Mother Nature, tetamu pertama adalah ‘Adam’, isteri tetamu adalah ‘hawa’ yang merayau makan buang larangan (dalam filem ini mencuri permata) anak tetamu yang bergaduh pula adalah ‘Qabil’ dah ‘Habil’, buku karangan pula adalah ‘Bible’, peminat pula adalah manusia, dan anak Mother adalah Jesus, dan Jesus akhirnya mati di tangan manusia, lalu Mother of Nature kiamatkan dunia!

Terkejut Puan bini tengok filem tu, tapi sebab saya ada sebelah, maka semuanya terkawal, lepas tu ada tetamu nak datang rumah kami dan kami layan macam biasa. Hidup di teruskan, dan selamat datang wahai tetamu, dan janji Allah, siapa yang layan tetamu dengan baik, maka Allah akan layan kita sebagai tetamu Allah dengan penuh kebaikkan di syurga.

Sekian cerita saya, isteri dan tetamu, semoga kita Berjaya menjadi tetamu Allah di Syurga.

Ps: Di tulis selepas tetamu balik rumah. Woha!

No comments:

Post a Comment