Jan 7, 2020

Bahaya FB bagi 'wanita'...?

(Bahaya belajar agama dari ruang komen FB, berat untuk saya maafkan semua orang yang mengata dan menfitnah saya tapi di hujung artikel ini saya akan maafkan dengan syarat yang ringan sahaja.)

Sebelum itu, ini ada saya print screen sikit kata kata fitnah yang menimpa saya, semoga Allah ampunkan dosa mereka. Saya juga nak maafkan tapi dengan sedikit syarat.

Kisahnya begini, saya tulis blog dari tahun 2006, dan ada artikel saya nasihat khas pada isteri bertajuk "Rumahku Syurgaku" dan ada jugak tajuk nasihat khas untuk suami bertajuk "Rumahku Nerakaku"

Boleh cari di blog, boleh baca semua komen, semuanya murni murni, semua setuju dan ucap terima kasih, maka pendek cerita, saya masukkan kisah ini dalam buku.

Empat belas tahun kemudian, awal tahun baru 2020, di bulan January, ada orang copy paste sedikit petikan buku tersebut bab nasihat suami kepada isteri yang bahasanya agak tinggi, budak budak baru nak up memang tak faham.

Macam wahabi tak faham bab bidaah hasanah, atau si munafik yang tak faham bab tasauf, lalu saya tulis tema:"Isteri kena berkhidmat kepada suami" lepas tu letak hadis sikit kelebihan isteri berkhidmat dapat pahala dan macam-macam.

Tapi bila buka ruang komen, semua melenting! ada yang cakap salah guna perkataan berkhidmat, sebab khidmat itu kerja! kena bayar gaji, dalam islam tak ada perkataan khidmat kepada suami, biar betik?

Lepas tu ada yang tak baca habis dan pening lalu melenting, siap tuduh saya tulis ni supaya isteri mati kepenatan dan ajar orang jadikan isteri hamba abdi. Jika jumpa ular nak pukul saya dan gantung dipokok petai.

Puan puan sekalian, Saya dah 18 tahun kahwin, isteri saya belum mati kepenatan lagi. Elok ada sebelah saya ni hah sambil habiskan debit saya bershooping di Shopee.

Asal dia bahagia, saya pun bahagia.

Ada yang tuduh saya ni bujang tapi sedang mencari jenis isteri belajar tinggi lepas tu nak kurung bini terperap dalam rumah jadi hamba.

Mungkin betul jika tuduh saya tak KAHWIN LAGI! tapi kan, sebenarnya saya belum kahwin lagi sebab perkahwinan pertama saya ini sangat membahagiakan saya, malahan saya banyak membantu pasangan yang nak bercerai berbaik semula (kisahnya ada dalam blog dan buku)

Bab kurung bini jadi hamba?

Tuan puan, isteri saya belajar IPTA juga, dan dari hari pertama kahwin sampai sekarang anak lima dia masih bekerja, saya tak pernah halang isteri bekerja. Dia ada rumah dan kereta sendiri, tapi saya ajak dia duduk rumah saya dan guna kereta saya. Berdosanya fitnah orang macam tu...

Paling kelakar, bila tuduh salah guna perkataan BERKHIDMAT? apa ke hal ni dik?, bahasa malaysia jer pun, rujuk hadis kisah Fatimah berkhidmat pada Saidina Ali, atau hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abi Mulaikah yang maksudnya, “Sesungguhnya Asma’ telah berkata: “Aku memberikan khidmat kepada Az-Zubair dalam urusan rumahtangga." Lepas tu jika belajar agama ibadat itu terbahagi kepada dakwah, taklim, ibadat dan khidmat.

Jadi apa salahnya guna perkataan khidmat?, suruh isteri khidmat pun nak marah dah kenapa?

Korang takut ke jika kena berhidmat? padahal kisah asal nasihat itu dalam buku saya adalah kepada mereka yang sudah taat suami sehabis baik tapi masih ada rasa berat dalam hati, maka saya cerita tentang seni berkhidmat kepada suami guna bahasa yang perempuan cerdik dan open mind jer boleh faham, jenis fikiran tertutup dan baca sikit dah pening janganlah komen sebelum baca, pergilah baca buku asal dengan perlahan lahan dalam keadaan berwudhu dan bertenang.

Tapi korang bukan nak baca buku tu sampai habis, korang terus maki hamun, padahal dalam bab seterusnya saya nasihat panjang berjela kepada kaum suami, suruh suami tolong basuh pinggang mangkuk, tolong ajar agama melalui amalan taklim, bawak bini makan kat luar, bawak melancong, pujuk mertua, belajar main gitar, ajak bini tengok wayang dan banyak lagilah, tapi korang bangang, sebab dah jelas si copy paste tu tulis (dipetik dari buku Hamka keretamayat) maka korang sebelum nak marah sebab saya konon tak nasihat lelaki pergilah beli buku dan baca. Separuh dalam buku tu nasihat tentang lelaki tau?.

Cuba baca Bab suami yang lupa, pasti korang akan bercuruan air mata terkenang kesusahan suami yang terpaksa tanggung dosa kaum perempuan tapi buat buat lupa.

Lepas tu jika nak komen di FB, ikutlah ajaran islam:

Rujuk surah al hujarat ayat 6. Allah suruh siasat bila datang berita yang korang tak puas hati.., tapi itulah bila komen, baca tak habis tapi sibuk nak maki, nak kutuk.

Patutlah baru baru ni bila melintas di wall video maharajalawak tema trending, kumpulan putih pilih tema perempuan tak takut suami sebagai trending, semua penonton gelak, dan bila fikir balik, tulisan saya zaman 2006 dahulu rupanya tak sesuai langsung jika di baca oleh perempuan yang jenis nak jadikan suami sama bodoh macam dia.

Apa apapun,

Saya nak ucap Alhamdulullah, sebab 2006 tulis, masuk 2020 baru ada orang nak kutuk, tapi yang kutuk tu tak beranipun nak pm beli buku nak baca semua, tapi mengaku pening dan malas nak baca habis, tapi melenting macam dah khatam semua ilmu agama.

Senang cerita beginilah, siapa tuduh saya menyeksa isteri, tuduh saya lelaki bujang yang ajar ajaran sesat, korang pergilah beli malajah keluarga terbitan Jan 2020, akan ada gambar isteri saya sedang tersenyum bahagia memeluk saya.

Ada artike panas panas kisah kebahagian rumah tangga kami yang tercetak dalam majalah itu, ada jual kat seven E, pergilah beli!

Lepas tu tengok wajah saya tu dalam-dalam, saya ni jenis orang yang seksa bini ke? tengok juga wajah isteri saya, ada muka sedih macam korang tak? dan jika betul-betul korang nak kenal saya, jangan baca hanya petikan copy paste itu, tapi jemput baca semua buku saya, ada 13 tajuk,. tak ada satu bab pun saya suruh seksa isteri..

Tapi korang lebih suka menfitnah dan mengkeji, saya halalkan semua kata kata nista dengan syarat korang beli buku saya.

Woha!






1 comment:

Anonymous said...

kalau reprint buku tu, tukar lah bab yang pompuan suka nak baca buh kat depan. bab yg dia taknak baca buh kat belakang. at least sampai gak separuh cerdik tu daripada bukak je terus melenting takde cerdiknya dah (my 2 posen)