Petik ayat al quran sikit:
Nov 30, 2016
Pencetus Ummah- Siapa masuk neraka?
(Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat)
Petik ayat al quran sikit:
Ada orang ketuk gendang! Maka bermulalah tempoh masa berdakwah
pencetus ummah Sufi Sufian, Pencetus Ummah jemputan, duniaku, dakwahku!
Lampu pentas dipadam, pentas gelap dan hanya di sinari
cahaya suram. Lalu muncul lelaki dengan pakaian moden, baju kot bertali leher
tanpa kopiah. cahaya beransur ansur terang. Muzik sedih di mainkan, lalu PU
jemputan keluarkan sepucuk surat buat drama dengan suara sedih:
“tuan tuan, hari ini saya dapat surat dari kawan lama,
sungguh sedih surat ini, saya baca: saudara PU, Apa pendapat saudara jika saya
katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa
syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat
baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara PU?”
Berhenti baca surat, simpan dalam baju kot. Bukak baju kot,
sangkut pada kerusi sofa yang merupakan set prop. Pakai cermin mata hitam, dan
mood pentas bertukar kepada lampu lebih ceria, dan muzik sedih di tukar kepada
muzik semangat.
“Asalamualaikum, saya PU sufi Sufian, dan saya ada banyak terima
soalan dari kawan-kawan, dan biasanya kerana perasan sibuk, saya selalu tangguh
sampai berminggu-minggu, tapi soalan tadi, saya kena jawab terus secara
langsung di dalam rancangan Pencetus Ummah, duniaku, dakwahku!
Petik ayat al quran sikit:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,
dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah
berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."
Tapi..,
Ayat di atas bukan di tuju kepada orang yang masih hidup
secera khusus, tapi ayat itu dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja!
yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk
dalam neraka!
Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk
neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah
tak ampun!
Maka, jika anda banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati
masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa
yang dikehendaki-Nya)
Tapi, jika anda syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak
akan ampunkan anda walaupun setelah di azab!
Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat
selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..
Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang
syirik(kapir) maka abadan abadalah (selama-lamanya) mereka di neraka..
Kesimpulannya, siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina
ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan
syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat..,
walaupun dosa syirik.!
Jadi, kepada sahabat tadi, Janganlah malu untuk bertaubat
kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah
bertaubat.., faham?
Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam,
maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat
terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi,
Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak
sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat,
waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!
Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di
beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun
masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam
syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!
Tuan tuan! (muzik sedih di mainkan) NERAKA punya azab bukan
boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan
sakit perut, tapi lebih dari itu! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN
SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)
Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia,
apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan
bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka
manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.
Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut
atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak
akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang
otak mendidih.
Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi
kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas wasappun tak boleh
dah ,,isk..
Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita
bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan
tidak mati…
Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam
keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan
tidak pula hidup (Tahaa: 74)
Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu
dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat,
maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah
azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
(Bunyi gendang di palu-masa dah nak habis)
Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah : Nabi pernah
bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak
100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar
bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan
tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di
malam hari, sehingga matahari terbit
dari barat (HR. Muslim).
Sekian, saya PU Sufi Sufian, Asalamualaikum, Wallahu’lam.
Habis.
Anda mahu komen PU jemputan Sufi sufian? Sila komen di
ruangan komen. Woha!
Nov 16, 2016
Bagaimana nak bagi nasihat?
(Baca sampai habis, semua masalah korang ada jawapan di
hujung entry ini)
Mulakan dengan soalan pembaca:
“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”
“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”
“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk kebahagian hidup?”
Dalam bab meminta nasihat, pesan orang lama, pastikan mereka
lebih tua, lebih berpengalaman, sudah berkahwin, sudah ada anak, dan faham
kerja agama.
Aku mungkin lebih tua, ada anak bini, Cuma bab faham agama,
masih jauh, huhuhu.
Jadi nak nasihat secara personal, aku memang tak layak.
Selalu aku tulis diblog:
Copy paste:
HIMPUNAN NOTA-NOTA UGAMA UNTUK DIRI SENDIRI, DAN
SOALAN-SOALAN YANG AKU CUBA JAWAB (SECARA UMUM, BUKAN SECARA PERSONAL) SEBELUM
NAIK KERETA MAYAT.
Bermakna bila korang bertanya soalan, maka menjadi hak aku
untuk pamer soalan korang di internet, dan jawab secara umum, jangan bimbang,
nama aku akan rahsiakan, aku bukannya kejam sangat.
Kajian ringkas aku:
Bila orang bertanya nasihat, maka mereka dah buang ego mereka
kerana ada masalah besar.
Orang tak akan tanya masalah anak bini jika mereka tak
menghadapinya.
Orang tak akan tanya masalah kerjaya jika kerja mereka
seronok.
Orang tak akan tanya masalah enjin kereta jika kereta mereka
elok.
Orang tak akan tanya masalah laki curang jika laki mereka tak
ada masalah.
Orang tak akan tanya masalah kuatkan zakar jika mereka tak
mati pucuk.
Begitulah seterusnya.
Bermakna, bila orang ada masalah, dan minta nasihat dari
kita, maka mereka sebenarnya dalam kesusahan TAPI…
TETAPI!
Nak tolong pastikan ada ILMU, masalah kereta korang kena ada
ILMU kereta. Masalah sains korang kena
ada ilmu sains, Masalah agama korang kena ada ilmu agama,dan Begitulah seterusnya…
Yang jadi masalah bila tak pandai tapi berlagak pandai,
contoh bab perubatan, orang ada masalah bayi tak sihat, tapi korang nasihat
macam pakar siap tolak vaksin, tolak perubatan hospital dan dakwa yahudi semua
bagai, maka di sinilah yang buat aku terpanggil untuk nasihat secara umum
masalah yang selalu aku tulis di blog keretamayat, so aku dah tulis bab vaksin,
bab manusia ke bulan, bab bumi datar, bab MLM, bab sambung belajar, bab kahwin
awal, dan banyak juga bab agama seperti Sunnah, bidaah, syiah, wahabi, murtad,
gay dan sebagainya.
Kerana itulah, blog aku tak update setiap hari, setiap
soalan atau masalah aku akan kaji dahulu, jika dah rasa sahih, baru aku tulis,
dan aku buka ruang komen, yang mana jika ada salah akan nasihat aku, korang
pulak boleh nasihat aku, begitulah blog aku berjalan, tak semestinya aku betul
sebab aku tulis bukan sebab aku betul, tapi aku tulis untuk dibetulkan jika aku
salah, atau korang dibetulkan jika aku betul, tertakluk pada mana mana yang
betul-woha!
Balik kepada nasihat personal.
Aku nak nasihat sikit bahawa Sangat bahaya memnita nasihat
pada orang yang bukan ahli sebab nasihat ini berbentuk future, kejayaan masih
dalam ‘ramalan’.
Bayangkan di mahkamah, nak buat keputusan benda yang dah
berlaku, siapa betul dan siapa salah, hakim nak jatuh hukuman perlu dengar hujah
dari peguam bela dan pertuduhan ambik masa berapa lama? Itu benda yang dah
lepas, jadi dalam bab nasihat untuk masa depan, sangat tidak jelas dan sangat
perlu kepada kajian yang mendalam.
Ikut ajaran islam, jika ada masalah, rujuk kepada ahli, (An-Nahl
ayat 43) dan kaji sebelum percaya. (Al hujarat ayat 6)
Tapi bila masalah peribadi, tiada yang lebih ahli kecuali
orang yang hadapi masalah yang sama! Atau memang pakar dalam permasalahan
tersebut?
Jika tak jumpa ahli bagaimana?
Ok, ada dalam ajaran islam untuk atasi masalah ini adalah
dengan bermuasyarat.
Zaman Nabi, bila ada masalah, Allah akan turunkan wahyu
untuk selesaikan masalah, namun, perintah mesyuarat dalam islam telah ada
walaupun dizaman wahyu belum putus bermakna mesyuarat adalah sangat penting
Surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), pada ayat 38 ada
diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji
dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri
apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.
“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi
orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)
Jadi balik kepada nasihat personal, korang boleh dapatkan
dari mereka yang pernah ada pengalaman masalah yang sama, atau mereka yang memang
pakar dalam menangani masalah yang sama.
Contoh pesakit kencing manis, boleh rujuk doctor pakar
kencing manis walaupun doctor tu tak pernah kena kencing manis dan pada masa
yang sama boleh rujuk pesakit kencing manis untuk dapatkan lebih info sebelum
buat satu keputusan untuk pilih kaedah rawatan misalnya.
Begitulah lebih kurang.
Bila dah dapat maklumat serta nasihat dari ahli atau orang
yang ada pengalaman yang sama, barulah kita bermuasyarat dengan suami,(jika anda isteri orang),
mesyuarat dengan ayah, dengan ketua kampung, dengan ustaz, dengan ulamak, …TAPI!...
TETAPI!
Bila bincang masalah peribadi, di akhirnya, masalah peribadi
ini akan balik kepada keyakinan dalam diri sendiri.
Sebab hidup kita ini, tidak perlu dengar cakap semua orang,
ramai yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua
orang, tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain
tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian
orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…,
Pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya sangat betul, iaitu jika
keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap SEMUA orang, dengan cakap
orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati
anda sendiri, insyaAllah.
Aku ulang: . Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari
hati anda sendiri, insyaAllah.
Hadis Nabi: wahai Wabishah, mintalah fatwa kepada hatimu,
dan mintalah fatwa kepada dirimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan jiwa dan
hati merasa tenang, sedangkan dosa adalah apa yang terombang ambing dalam jiwa
dan dada meskipun orang-orang memberimu fatwa”
Bermakna di sini, dalam bab MASALAH PERIBADI (bukan masalah
umum) maka sucikanlah hati agar kita boleh ambil ‘fatwa’ dari hati kita sendiri
dengan syarat rasa tenang dalam memilihnya.
Bak kata keretamayat:
“Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”
So, pesan aku, memberi nasihat bukan kerja senang, jangan
dibuat tanpa ilmu yang cukup, sebab tu aku suka nasihat orang belum kahwin
jangan nasihat orang lain bab kahwin, orang belum ada anak jangan nasihat orang
lain bab jaga anak, orang murtad, jangan nasihat orang lain bab agama, orang
belum keluar berdakwah, jangan nasihat bab berdakwah, orang belum berniaga,
jangan pandai pandai nak nasihat bab berniaga, sebab sudut pandang korang tak
tepat.
Cuba tengok FB yang di tulis oleh anak muda, ada yang nasihat
tentang perkahwinan, tentang kerjaya, tentang bisnes, tentang kesihatan, life dan
sebagainya yang bunyi sedap, tapi
kelakor dan menyedihkan, adohai…
Ada yang kutuk hospital sambil nasihat beli produk penapis
air dia yang boleh sembuh semua penyakit-kononnyalah.
Ada yang nasihat suruh orang berhenti kerja dan ajak masuk
MLM??
Ada yang share berita kononnya dunia ni rata dan hujung
dunia di kawal oleh amarica??
Ada yang nasihat suruh guling kerajaan macam arab spring??
Macam-macam lah! Adohai…
Panjang cerita aku ringkaskan:
Balik kepada mereka yang bertanya masalah peribadi:
“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa
nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”
“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik
keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”
“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk
kebahagian hidup?”
Jawapan untuk semua masalah peribadi anda:
“Sucikanlah hati anda dengan takwa, cari maklumat dengan
tanggung jawab, rujuklah ahli, rajinkan mengakaji, bermesyuaratlah, dan ambillah
fatwa dari hatimu yang penuh dengan takwa, InsyaAllah”
Sekian. Sesungguhnya, aku bukan seoarng penasihat yang baik,
terutama bab peribadi.
Maafkan aku.
Ps: “Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”
(takwa=takut dan harap hanya kepada Allah)
Nov 8, 2016
Lepas Solat doa apa?
(Ilmu baru bagi mereka yang tak tahu, sila baca sampai habis)
Aku tanya anak darjah dua: “lepas Solat doa tak?”
Katanya: “Tak..”
“Sebab?”
“Nak main”
Aku cakap: “kena Doa, minta apa apa sahaja dengan Allah,
orang yang tak berdoa dikira sombong..”
Kata si anak, “tak pandai arab”
Kata aku, “Doa sajer guna Bahasa melayu, Allah FAHAM Semua
Bahasa”
Lain hari lepas anak Solat, aku nampak dia berdoa.
Aku tanya: “Doa apa lepas Solat tadi?”
Katanya, “adalah”
“bagitahulah” Pujuk aku.
“Rahsia” Katanya lagi, aku pun berjanji manis:
“jika cerita, ayah beli ‘apa-apa’ "
“Saya doa ayah menjadi kaya dan bagi saya RM satu!”
Sweet jer anak-anak ni punya permintaan.
****
Nanti bila besar sikit, ayah nak ajar DOA empat perkara:
- Minta Allah ‘Pilih’ Kita
- Minta Allah ‘Guna’ Kita
- Minta Allah ‘Bantu’ Kita
- Minta Allah ‘Terima’ Kita
Macam orang mintak kerja, mula mula korang di PILIH untuk
temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA
korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara
hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai
staff tetap, nampak tak?
So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang
islam, tapi adakah kita tahu Allah akan TERIMA kita sebagai orang Islam di
akhir hayat kelak? Untuk itulah kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH
ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH, guna di
sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat kerja agama seperti
berdakwah, mengajar, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu
agama.
Tapi hari ini, kita mengelak dari buat ‘kerja’ agama,
bagaimanalah kita nak di TERIMA olehNYA kelak, adohai..
Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk
majukan agama, tapi Allah nak muliakan kita melalui perantaan agama dan Allah
berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH.
“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”
Maka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu
akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena
mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekekuatan dalam kerja kerja agama
seperti berdakwah, berceramah,
menagajar, dan lain lain.
Bila Allah dah PILIH, dan kita kelihatan berGUNA, maka
BANTUan Allah akan datang. Macam Nabi dan Sahabat dalam perang Badar, mereka
telah diPILIH Allah, dan mereka memBANTU agama Allah, lalu dalam perang, seribu
makaikat datang bantu mereka. Dan dalam Alquran, Allah bagitahu bahawa mereka
telah DITERIMA sebagai islam sejati kerana Allah telah REDHA dengan mereka dan
mereka juga telah REDHA dengan Allah!
Kita hari ini jika tidak ada keGUNAan langsung dalam agama,
tak pelik BANTUan Allah tak datang bila kita ditimpa musibah.
Macam pekerja syarikat yang pemalas, suka ponteng, dah tenti
tak berGUNA dalam kompeni tu, bila kena buang, baru nak gelabah, adohai..
Jadi akhir sekali, dalam doa, selepas minta Allah PILIH kita
untuk bantu agama ALLAH, selepas doa supaya Allah GUNA kita untuk bantu agama
Allah, dan selepas doa minta Allah BANTU kita dalam segala urusan, maka akhir
sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai sebagai seorang islam,
sebagai seorang mukimin, sebagai seorang da’e, Amin.
Ada Doa macam tu tak sebelum ini?
Jika belum, mari kita berdoa lepas solat sekejap lagi:
YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama...
YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama…
YA ALLAH,
BANTUlah kami dalam semua keadaan.
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai seorang Islam yang Engaku Redhai.
Amin YA Rabbiil Alamin.
Ps: Hunjung cerita anak darjah dua datang tuntut hadiah beli
‘apa-apa’.Dari poket aku keluar hadiah
‘apa-apa’. Si anak gembira sedangkan dalam poket aku ada duit RM1 sahaja. Tapi
jika korang berdoa kepada Allah, dalam khazanah Allah ada nikmat yang mana jika
diberi kepada semua manusia dari Nabi adam hingga bayi akhir zaman, sedikitpun
Khazanah Allah tidak berkurang! Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Subscribe to:
Posts (Atom)