Nov 16, 2016
Bagaimana nak bagi nasihat?
(Baca sampai habis, semua masalah korang ada jawapan di
hujung entry ini)
Mulakan dengan soalan pembaca:
“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”
“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”
“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk kebahagian hidup?”
Dalam bab meminta nasihat, pesan orang lama, pastikan mereka
lebih tua, lebih berpengalaman, sudah berkahwin, sudah ada anak, dan faham
kerja agama.
Aku mungkin lebih tua, ada anak bini, Cuma bab faham agama,
masih jauh, huhuhu.
Jadi nak nasihat secara personal, aku memang tak layak.
Selalu aku tulis diblog:
Copy paste:
HIMPUNAN NOTA-NOTA UGAMA UNTUK DIRI SENDIRI, DAN
SOALAN-SOALAN YANG AKU CUBA JAWAB (SECARA UMUM, BUKAN SECARA PERSONAL) SEBELUM
NAIK KERETA MAYAT.
Bermakna bila korang bertanya soalan, maka menjadi hak aku
untuk pamer soalan korang di internet, dan jawab secara umum, jangan bimbang,
nama aku akan rahsiakan, aku bukannya kejam sangat.
Kajian ringkas aku:
Bila orang bertanya nasihat, maka mereka dah buang ego mereka
kerana ada masalah besar.
Orang tak akan tanya masalah anak bini jika mereka tak
menghadapinya.
Orang tak akan tanya masalah kerjaya jika kerja mereka
seronok.
Orang tak akan tanya masalah enjin kereta jika kereta mereka
elok.
Orang tak akan tanya masalah laki curang jika laki mereka tak
ada masalah.
Orang tak akan tanya masalah kuatkan zakar jika mereka tak
mati pucuk.
Begitulah seterusnya.
Bermakna, bila orang ada masalah, dan minta nasihat dari
kita, maka mereka sebenarnya dalam kesusahan TAPI…
TETAPI!
Nak tolong pastikan ada ILMU, masalah kereta korang kena ada
ILMU kereta. Masalah sains korang kena
ada ilmu sains, Masalah agama korang kena ada ilmu agama,dan Begitulah seterusnya…
Yang jadi masalah bila tak pandai tapi berlagak pandai,
contoh bab perubatan, orang ada masalah bayi tak sihat, tapi korang nasihat
macam pakar siap tolak vaksin, tolak perubatan hospital dan dakwa yahudi semua
bagai, maka di sinilah yang buat aku terpanggil untuk nasihat secara umum
masalah yang selalu aku tulis di blog keretamayat, so aku dah tulis bab vaksin,
bab manusia ke bulan, bab bumi datar, bab MLM, bab sambung belajar, bab kahwin
awal, dan banyak juga bab agama seperti Sunnah, bidaah, syiah, wahabi, murtad,
gay dan sebagainya.
Kerana itulah, blog aku tak update setiap hari, setiap
soalan atau masalah aku akan kaji dahulu, jika dah rasa sahih, baru aku tulis,
dan aku buka ruang komen, yang mana jika ada salah akan nasihat aku, korang
pulak boleh nasihat aku, begitulah blog aku berjalan, tak semestinya aku betul
sebab aku tulis bukan sebab aku betul, tapi aku tulis untuk dibetulkan jika aku
salah, atau korang dibetulkan jika aku betul, tertakluk pada mana mana yang
betul-woha!
Balik kepada nasihat personal.
Aku nak nasihat sikit bahawa Sangat bahaya memnita nasihat
pada orang yang bukan ahli sebab nasihat ini berbentuk future, kejayaan masih
dalam ‘ramalan’.
Bayangkan di mahkamah, nak buat keputusan benda yang dah
berlaku, siapa betul dan siapa salah, hakim nak jatuh hukuman perlu dengar hujah
dari peguam bela dan pertuduhan ambik masa berapa lama? Itu benda yang dah
lepas, jadi dalam bab nasihat untuk masa depan, sangat tidak jelas dan sangat
perlu kepada kajian yang mendalam.
Ikut ajaran islam, jika ada masalah, rujuk kepada ahli, (An-Nahl
ayat 43) dan kaji sebelum percaya. (Al hujarat ayat 6)
Tapi bila masalah peribadi, tiada yang lebih ahli kecuali
orang yang hadapi masalah yang sama! Atau memang pakar dalam permasalahan
tersebut?
Jika tak jumpa ahli bagaimana?
Ok, ada dalam ajaran islam untuk atasi masalah ini adalah
dengan bermuasyarat.
Zaman Nabi, bila ada masalah, Allah akan turunkan wahyu
untuk selesaikan masalah, namun, perintah mesyuarat dalam islam telah ada
walaupun dizaman wahyu belum putus bermakna mesyuarat adalah sangat penting
Surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), pada ayat 38 ada
diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji
dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri
apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.
“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi
orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)
Jadi balik kepada nasihat personal, korang boleh dapatkan
dari mereka yang pernah ada pengalaman masalah yang sama, atau mereka yang memang
pakar dalam menangani masalah yang sama.
Contoh pesakit kencing manis, boleh rujuk doctor pakar
kencing manis walaupun doctor tu tak pernah kena kencing manis dan pada masa
yang sama boleh rujuk pesakit kencing manis untuk dapatkan lebih info sebelum
buat satu keputusan untuk pilih kaedah rawatan misalnya.
Begitulah lebih kurang.
Bila dah dapat maklumat serta nasihat dari ahli atau orang
yang ada pengalaman yang sama, barulah kita bermuasyarat dengan suami,(jika anda isteri orang),
mesyuarat dengan ayah, dengan ketua kampung, dengan ustaz, dengan ulamak, …TAPI!...
TETAPI!
Bila bincang masalah peribadi, di akhirnya, masalah peribadi
ini akan balik kepada keyakinan dalam diri sendiri.
Sebab hidup kita ini, tidak perlu dengar cakap semua orang,
ramai yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua
orang, tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain
tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian
orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…,
Pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya sangat betul, iaitu jika
keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap SEMUA orang, dengan cakap
orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati
anda sendiri, insyaAllah.
Aku ulang: . Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari
hati anda sendiri, insyaAllah.
Hadis Nabi: wahai Wabishah, mintalah fatwa kepada hatimu,
dan mintalah fatwa kepada dirimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan jiwa dan
hati merasa tenang, sedangkan dosa adalah apa yang terombang ambing dalam jiwa
dan dada meskipun orang-orang memberimu fatwa”
Bermakna di sini, dalam bab MASALAH PERIBADI (bukan masalah
umum) maka sucikanlah hati agar kita boleh ambil ‘fatwa’ dari hati kita sendiri
dengan syarat rasa tenang dalam memilihnya.
Bak kata keretamayat:
“Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”
So, pesan aku, memberi nasihat bukan kerja senang, jangan
dibuat tanpa ilmu yang cukup, sebab tu aku suka nasihat orang belum kahwin
jangan nasihat orang lain bab kahwin, orang belum ada anak jangan nasihat orang
lain bab jaga anak, orang murtad, jangan nasihat orang lain bab agama, orang
belum keluar berdakwah, jangan nasihat bab berdakwah, orang belum berniaga,
jangan pandai pandai nak nasihat bab berniaga, sebab sudut pandang korang tak
tepat.
Cuba tengok FB yang di tulis oleh anak muda, ada yang nasihat
tentang perkahwinan, tentang kerjaya, tentang bisnes, tentang kesihatan, life dan
sebagainya yang bunyi sedap, tapi
kelakor dan menyedihkan, adohai…
Ada yang kutuk hospital sambil nasihat beli produk penapis
air dia yang boleh sembuh semua penyakit-kononnyalah.
Ada yang nasihat suruh orang berhenti kerja dan ajak masuk
MLM??
Ada yang share berita kononnya dunia ni rata dan hujung
dunia di kawal oleh amarica??
Ada yang nasihat suruh guling kerajaan macam arab spring??
Macam-macam lah! Adohai…
Panjang cerita aku ringkaskan:
Balik kepada mereka yang bertanya masalah peribadi:
“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa
nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”
“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik
keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”
“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk
kebahagian hidup?”
Jawapan untuk semua masalah peribadi anda:
“Sucikanlah hati anda dengan takwa, cari maklumat dengan
tanggung jawab, rujuklah ahli, rajinkan mengakaji, bermesyuaratlah, dan ambillah
fatwa dari hatimu yang penuh dengan takwa, InsyaAllah”
Sekian. Sesungguhnya, aku bukan seoarng penasihat yang baik,
terutama bab peribadi.
Maafkan aku.
Ps: “Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”
(takwa=takut dan harap hanya kepada Allah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Baru jer aku baca, blog tazkirah lenggangkangkung ; pesan Habib Umar, taqwa dulu, kemudian baru diberi jalan keluar (masalah selesai) - pengajaran dr ayat seribu dinar.
http://www.ibtimes.com/middle-east-conflict-why-saudi-arabia-attacking-yemen-important-questions-surround
Kalau disyurga nanti, bahasa apa yg akan manusia berhubung?
Kalau baby atau kanak2 pon dapat ke 72 anak dara tu?
Fatwa dr hati, hanyalah utk hati hati yg suci bersih, hati org org yg bertaqwa, yg tersuluh hatinya dgn hidayah Allah swt.
Hello ! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
Post a Comment