Jan 14, 2022

Soalan anak tentang dinasour?

Tiga soalan dari anak:

“Apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

“Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

 “Jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Untuk jawab soalan ni, saya ajak mereka pergi ke Zoo hibrid pertama di dunia dengan konsep baharu mengabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Sampai sana saya jumpa T rex terbesar di Asia, bergerak pulak tu..

Dan di depan T rex itu, saya jawab soalan ini..

“Apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

“Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

 “Jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Nak tahu jawapan? Tonton video ini sampai habis.

Woha!

https://youtu.be/fwb0OMJrsCw

Jan 13, 2022

Tips Beli Rumah?

Macam macam soalan saya terima di inbox, atau orang tag, serta email.

Ada masa saya jawab, insyaAllah,

Terkini, ada orang tanya bab beli rumah? Ada tips tak?

Saya bukan ejen hartanah, tapi waktu bujang saya ada baca buku macam macam, maka timbul Ilham untuk saya beli kereta second hand sahaja, duit saya simpan dan beli rumah pertama waktu bujang, rumah teres second hand, lepas tu kahwin, dan tolong isteri beli end lot teres baru, kemudian anak ramai, malu duduk rumah isteri, maka saya beli rumah kembar,

Tapi waktu bina, tenggelam banjir, maka sempat tolak walaupun pemaju janji diskaun hebat dan jaminan bebas banjir 6 tahun sebab nak gali parit dalam, saya tetap tolak, minggu lepas selepas 7 tahun, Kawasan tu tenggelam banjir, Alhamdulilah, saya tolak tawaran pemaju tu.., dan akhirnya saya beli tanah mini, dan buat rumah mini banglo. Hidup ringkas sahaja..

Jadi nak bagi tips beli rumah takdelah pandai sangat, Cuma nasihat saya..

1. Jangan rancang beli rumah dikampung untuk bersara, umur kita belum tentu sampai tua, dan bila kita dah tua, ramai orang yang kita nak jumpa dah tiada, maka cari rumah dekat dengan tempat kerja.

2. Kenapa nak kena beli rumah dekat dengan tempat kerja?, sebab lima hari seminggu kita ke tempat kerja, maka jika rumah dekat, akan sangat menjimatkan masa, tol, dan minyak, yang paling mahal MASA.

3. Jika pasangan bekerja, pastikan isteri yang dekat dengan tempat kerja, kita yang lelaki jauh sikit takpe. Senang jer geng lelaki nak singgah mana mana tempat untuk solat jika rumah jauh.

4. Pastikan ada Kemudahan pengangkutan awam yang ada disekitar rumah. Kereta rosak ada kemudahan naik bas.

5. Jangan beli kereta mewah, simpan sebab Wang pendahuluan beli rumah adalah 10%, jika rumah harga RM250k, kena ada RM25K bayaran muka.

6. Jangan bagi kawan atau adik beradik pinjam duit, kita bukan bank, jangan juga jadi penjamin, nanti bank cari bila penamin lari, jangan buat pinjaman perbadi tolong kawan, sayangi diri sendiri, nak bagi pinjam, setakat mampu halal, itu ilmu fekahnya, jika kawan nak pinjam banyak, tolak dengan baik, sungguh lebih baik bergaduh tak bagi pinjam dari bergaduh tuntut hutang.

7. Ukur Kelayakkan pinjaman yang mampu. jangan ikut orang. Guna formula 200. Harga rumah /200 = ansuran bulanan (RM) , contoh rumah RM250,000 / 200 = RM1,250 sebulan.

8. Pastikan harga mampu kita beli, bukan rumah yang kita suka gila. Jangan terburu buru sebab murah atau ejen kata dah tinggal dua unit sahaja lagi. Atau percuma TV HD.

9. Tak perlu rumah dua dapur, Dry kitchen bukan budaya kita. Rumah kecik takpe, janji kemas bagi cantik dan tersusun.

10. Panas petang takpe, rumah saya panas petang sebab lebih murah, pagi rumah saya sejuk, petang, rumah sejuk jugak sebab saya dah tanam pokok depan rumah, woha!

11. Perlu di ingat, nak beli rumah bukan perlukan duit sahaja, tapi perlukan disiplin yang kuat, dalam menyimpan, maka jangan mudah tergoda nak pakai telephone mahal, baju mahal, kereta mewah, jangan!

12. Kita  bukannya beli rumah setiap hari, mungkin seklai seumur hidup, maka sekali beli biar puas hati dan tak perlu renovasi lagi, maka Cari iklan sepuluh rumah, lima tengok depan mata, pilih dua paling sesuai, dan buat solat istiqarah.

13. Sebelum solat istiqarah, Pastikan sejarah pemaju yang bersih untuk rumah baru, jangan mudah percaya janji manis kontarktor,  semak Lesen Pemaju serta permit iklan jualan.

14. Jangan duduk Kawasan yang bermasalah, atau banyak kes jenayah, siasat sejarah Kawasan isu semasa sebelum beli.

15. Rumah tepi sungai mungkin view cantik, tapi awas bencana banjir.

16. Rumah tepi laut juga view cantik, tapi barang akan banyak berkarat.

17. Jadi sila siasat goegrafi sebelum beli. Tanya AJK surau, pernah banjir tak? Ada hantu tak? Ada jenayah teruk tak? AJK Surau biasanya jujur.

18. Kenapa kena tanya semua?, sebab Hutang kita 35 tahun, waktu bencana, hutang kita tetap kena bayar.

19. Paling penting, beli rumah dekat dengan masjid atau surau, paling jauh pun 1km, tak penat sangat berjalan jika motor rosak, azanpun dengar, lagi dekat lagi bagus,

20. Kenapa dekat dengan surau atau masjid? Sebab kita kena pergi masjid hari hari sampai mati.

Okey, cukuplah 20 tips, jika ada lagi korang boleh tambah.

Woha!

Ps: Jemput semua datang bertahlil di rumah saya sewaktu saya telah arwah. Al Fatihah.

Sarapan paling pelik?

“Abang cuba senyum sikit”

“kenapa?”

“Senyum jer”

“Ok”

“Lebar sikit, biar nampak gigi”

“kenapa?”

“senyum jer, ok, besar lagi senyuman tu, ok, jangan gerak”

Binipun masukkan jari ke dalam mulut saya dan keluarkan sisa lada yang melekat di celah gigi.

Hmmm, pelik?, saya makan Roti Telur goyang, mana datang sisa lada? Bini yang makan Mee goreng, patut dia yang ada sisa lada.

Macam mana sisa lada mee goreng boleh ada melekat kat celah gigi saya?

Tak logik...

Selamba bini bagi jawapan.

"Abang tak ingat kita bercium tadi kat tepi mesin basuh?"

Woha!

Ps: Buku Kisah Laki bini masih ada stok. Terima kasih sudi membeli belah di halaman keretamayat.

Jan 12, 2022

HAARP mesin bencana?

Kata geng teori Konspirasi, Dajjal dan WHO merancang untuk mengurangkan pupulasi manusia dengan mencipta vaksin, ada juga teori mengatakan Sekutu Dajjal Amarica mencipta mesin HAARP yang boleh mengawal cuaca hingga mencetus bencana. Banjir semua ni kerja mesin HAARP lah tu, katanya..

Baiklah, jika betul Dajjal dan WHO nak kurangkan penduduk dunia, maka mereka dan gagal.

Buktinya, keluar berita semalam dalam berita Harian, iaitu data terkini, Penduduk dunia telah bertambah sebanyak 74 juta orang, menjadikan jumlah keseluruhan penduduk dunia pada 2021 adalah sebanyak 7.8 bilion orang.

Dengan program vaksin, kadar kesihatan bayi meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Alhamdulillah.

HAARP pulak, bukan alat kawal cuaca, sebab jika betul HAARP boleh kawal cuaca, dan tentu tak adalah Amerika Syarikat kena bencana alam tiap tahun. Tahun lepas (2021) saja Amerika Syarikat menanggung kerugian 100.2 bilion dolar dengan kematian seramai 528 orang akibat bencana alam.

Jika korang nak tahu, HAARP ni merupakan fasiliti pencawang gelombang radio untuk meningkatkan kecekapan komunikasi dan pengawasan seperti GPS.

Dan bila guna teknologi gelombang radio, usahkan nak kawal cuaca, datang jer hujan lebat, internet dan siaran TV pun terganggu, Adohai..

Jadi balik kepada Islam, rujuklah Firman Allah.. (Surah Ali `Imraan : ayat 54)

“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."

Hakikatnya, Kejap lagi azan, masjid takde orang datang, masih nak salahkan WHO dan HAARP ke? Fikir fikirkanlah.

Woha!

Misteri lelaki di Dobi?

Hujan hujan ni, jemur baju lambat kering, maka buat kali pertama dalam hidup, saya pergi keringkan baju, biasanya anak sulung (lelaki) yang buat, dia ada lessen kereta, tapi sekarang dia dah masuk University. Ayah lah kena pergi.

Sampai Dobi, Alhamdulillah kosong, hanya ada sorang lelaki berpakaian lusuh, rambutnya kusut, pakai topeng muka dan bersamanya ada segugus plastic hitam, saya nak tanya panduan keringkan baju, tak jadi sebab tengok matanya warna merah semacam, sedang sakit ke? Sedang marah ke? Bela hantu ke? Hidap dadah ke? Pencuri baju ke? Macam macam bermain di fikiran.

Astarfirullahalazim, tak baik sangka buruk, mungkin brother tu mangsa banjir yang sedang bersedih.

Takpelah, saya baca arahan di dinding kedai, saya pun macam faham, tukar duit RM10, keluar siling 10 keping, dan saya keringkann guna semua siling.

Tengok masa 60 minit, sempat balik rumah jap ni, sampai rumah bini tanya, eh? Kenapa balik, kejap jer setengah jam? Kan?

Saya cakap, satu jam, lagi 10 minit abang pergilah?

Apa? Satu jam abang keringkan baju! Terbakar baju kita bang, rosak baju tu nanti? Setengah jam jer cukup.

Alamak, yer ke, panas sangat ke Dryer tu?, terus saya bergegas ke Kedai Dobi, karang ada baju terbakar susah jugak!

Saya sampai, brother tu masih ada kat situ, dan baju saya belum terbakar, lagi 5 minit nak cukup 30 minit, dan baki masa ada 35 minit, saya cari button stop, tak jumpa, alamak? Nak kena tunggu satu jam ke?

Saya cuba buka penutup agar mesin tu berhenti berpusing, tapi ada arahan tertulis di situ, JANGAN BUKA PINTU PENGERING, KEROSAKAN AKAN DI DAKWA, CCTV MEMERHATI.

Saya tengok CCTV, berkelip lampu merah, CCTV tengok saya, baiklah! sayaCall No boss Dobi ni, tanya boleh ke buka pintu pengering? Minta izin?

Saya pun call, dan tauke tu cakap, buka jer, okey tak rosak, Cuma awak jangan tutup balik, sebab nanti berpusing kosong tak elok juga, jadi awak bagi kat pelanggan lain dan minta duit dengan mereka.

Okey, faham, saya buka pintu Dryer, mesin stop, dan saya terus keluarkan baju, memang panas sangat rasa pada kain, kemudian saya panggil brother bermata merah tu.

“Awak nak keringkan baju percuma?”

Dia yang dengar perbualan saya dengan bos dobi, faham dan berkeras nak bagi duit RM5 saya cakap, takpelah, saya belanja.

Maka dia pun sambung keringkan baju dengan percuma.

Dan sayapun balik ke rumah dengan baju yang kering.

Isteri sambut dengan gembira kerana baju kesayangannya tidak rosak, pendekkan cerita..

Waktu lipat baju, isteri perli: “Abang ni, keringkan baju pun tak pandai, jika saya mati dan abang kahwin lain, jangan malukan isteri baru yer?”

Saya jawab: “Maaf, abang memang jahil urusan dunia”

Woha!

Ps: Kepada suami suami yang tidak pernah ke dobi, semoga cerita ini membantu memudahkan perjalanan hidup anda di Gerbang Kedai Dobi nanti. Now you know.

Jan 11, 2022

Rahsia Tahik Cicak?

KENAPA TAHIK CICAK WARNA HITAM DAN PUTIH?

Teringat dulu dulu anak anak ada bertanya, kenapa tahik cicak hitam dan putih?

Jawap Tok Siak dari sebuah surau berdekatan..

Kita manusia kencing dan berak, tapi cicak, tidak kencing dan hanya berak sahaja, putih tu mewakili air kencing dalam najisnya. Oleh kerana Cicak hidup atas siling, maka tahiknya selalu jatuh atas sejadah, yang mana sejadah putih tetap Nampak, sejadah hitam pun tetap Nampak, maka selamatlah dahi kita waktu solat sebab tahik cicak dah siap ada warna hitam dan putih, terus dapat elak.

Perghh, kemas jawapan tok siak,

Sila kagum dari jauh.

Woha!

Rasputin? siapa bunuh?

Malam tadi ada kawan datang rumah ajak tengok filem sejarah, kisah bagaimana pembunuhan ke atas bomoh jahat Rasputin yang campur hal politik Rusia hingga cetuskan perang.

Bomon ni berjaya yakinkan raja Rusia yang dia mampu sembuhkan sakit si anak, maka raja lantik dia jadi orang penting, dan bermulalah era huru hara di Rusia,

Maka ramai tak puas hati, maka pembunuhan pun berlaku..

Tengok Tarikh, 30 december Rasputin dibunuh, bermakna, semalam pada 105 tahun yang lalu, Agamawan sesat bernama Rasputin mati dibunuh.

Tapi, siapa yang bunuh Rasputin?

Ada sumber mengatakan Ejen British yang membunuhnya, walaubagaimanapun, para Sejarawan tidak bersetuju, mengikut  Douglas Smith, "Tade bukti ejen British bunuh mereka". Sorang lagi pakar sejarah, Keith Jeffery berkata:  “if British intelligence agents had been involved, "I would have expected to find some trace of that" in the SIS archives, but no such evidence exists.

Walau bagaimanapun, ketika sejarahwan tak setuju teori pembunuhan Rasputin oleh ejen Brtitsih macam james Bond, selamba malam tadi filem British gambarkan bagaimana ejen mereka Berjaya bunuh Rasputin.

Guna formula mudah, apa yang paling Rasputin suka?, maka itulah kelemahan Rasputin, bila dapat info Rasputin suka Homoseks, dan makan kek manis, maka ejen muda serta hensem ditugaskan untuk goda Rasputin sambil bawa kek.

Tapi lawaklah pulak, sebab Rasputin minat lelaki tua.., korang tengokla sendiri jika ada masa bagaimana ejen tua Britsih pergi bunuh Rasputin.

Alkisahnya, Jika Rujuk sejarah, pada 30 Disember 1916, Rasputin dijamukan dengan makanan & wain yang didakwa dicampur racun sianida yang mampu membunuh sepuluh orang. Apabila dia masih tidak tumbang selepas menikmati hidangan, maka Rasputin di pukul dengan tongkat tapi masih tidak mati sehinggalah 3 das tembakan dilepaskan kepada Rasputin, satu daripadanya tepat di dahi pada jarak dekat. Mayatnya di buang ke dalam sungai..

Itu sejarah, tapi dalam movie malam tadi, aduhh, nak gelak pun ada…. Ya babak makan kek, pukul dengan tongkat, tembak semua ada, tapia da babak Rasputin menari sambil berlawan hingga kelam kabut ejen British tiga orang bergabung nak bunuh tapi nyawanya sangat liat.. sebab Rasputin pandai menari balet!

Woha!

Moral of the story, apa yang kita suka, itulah kelamahan kita..

Hingga Nabi bersabda, Awas penyakit wahan, iaitu penyakit cintakan dunia!

Okey, cukup belajar sejarah dan moral dari sejarah, sekarang saya nak tanya,

Apakah judul filem Britsih ini?